Khamis, 9 Januari 2014

Keratan Akhbar tentang Telok tahun 70-an


Salam. Bertemu kita semula..Sepanjang tahun 70-an tak banyak berita tentang Telok dan Sijangkang. Mungkin tak ada apa yang sensasi berlaku di kampung kita. Cuma banyak iklan -iklan kerja dan tender pembangunan memandangkan status Telok dah berubah, daripada kampung tradisional kini menjadi zon perindustrian bebas. Banyak kilang menawarkan pekerjaan bererti migrasi masuk penduduk luar ke Telok bermula..Ramai kemudiannya memilih untuk menetap di Telok dan beranak pinak di sini...Selamat Datang semua.



































Indeks Halaman Utama

Isnin, 6 Januari 2014

Keratan Akhbar tentang Telok Selepas Merdeka dan tahun 60-an


Salam. Kembali bersama. Kali ini Telok selepas merdeka...masih banyak berita tentang Sijangkang...Aku pelik juga kenapa Sijangkang dirujuk sebagai sebahagian Klang? Kalau hampir ke Klang,oklah diterima tetapi kalau di dalam daerah Klang aku kompius ler pasal Sijangkang memang di dalam pentadbiran Kuala Langat. Apa pun korang bacalah kisah yang berlaku masa itu. Kalau korang nak tahu bila tarikh keratan ini diambil,  pergi dekat keratan itu, klik kanan, save image dan korang akan tengok nombor failnya, itulah tarikh akhbar itu dikeluarkan...OK, bhai....pleasant reading


Pemenang hadiahPertandingan Menulis Karangan BM jatuh kepada....

Bebudak sekolah Agama kat Sijangkang dah pandai berdemo pulak!


Tender buat jalan kat Sijangkang



Menteri ancam nak letak jawatan...apahal pulak dengan Sijangkang?


Rintihan Jawa Sijangkang

 Projek Kebun kat Telok Mengkuang dan Sijangkang

 Belajar Bahasa Melayu dengan merujuk keratan berita

Indeks Halaman Utama

Sabtu, 4 Januari 2014

Keratan Akhbar tentang Telok Sebelum Merdeka



Salam buat semua. Bertemu lagi kita pada entri kali ini. Syukur alhamdulillah. Tentu ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan Telok dulu kala.Oh, tak sabar-sabar korang menanti,ya. Hari itu, maksud saya setahun yang lalu..oops, bulan 12 2013 lalu, ada saya tulis dan paparkan tentang Jenjarom. Jadi kali ini, saya akan hidangkan keratan akhbar tentang Telok, Kg. Medan, Kebun Bharu dan Sijangkang pulak. Banyak benar ceritanya, tapi to my surprise, banyak cerita dari Sijangkang berbanding Telok. Maknanya Jawa Sijangkang lebih sensasi daripada Melayu Telok.  Seperti biasa , saya bahagi-bahagikan ikut era masa; sebelum merdeka, tahun 60-an, 70-an dan 80-an...Tapi korang kenalah lawat blog saya ini selalu kerana saya akan sentiasa updatekan kalau ada artikel lama yang terbaru,ok? Janji?Yang lain itu korang buka ler sendiri kat internet ini dan jangan lupa beritahu saya kalau ada yang menarik. Kita kongsi-kongsikan,ya? So, ini berita bukan aku yang cipta, memang sebagaimana yang dilaporkan. Kalau ada yang tersinggung, saya minta maaf banyak-banyak. Bukan niat nak mengutuk,menghina atau mengungkit kisah silam hitam sesiapapun. Maaf, sejuta kali kemaafan saya pinta terlebih dahulu. So, reset minda...I bring you The Blast from The Past...Hihihihi

Kisah Tok Penghulu TPG masa dulu-dulu


Tender Beli Tong Dram Terpakai Kerajaan




Kejadian Bot Karam di Sungai Buaya OTW ke Bandar dari Telok

                      Pertandingan Antara Sekolah Melayu di Kuala Lumpur, Selangor



Anak Telok ke London!

Ribut Melanda Sijangkang
 Pameran Kraftangan di Klang

 Bila Jawa Sijangkang Marah.... 



 Pelajar Pintar di Sijangkang

Budak-budak Sijangkang  ke Singapura

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...