Selasa, 7 Julai 2020

Sejarah Balai Polis Lama Jugra dan Kuala Langat (1878-1920)

Salam buat semua...Atok dan Wan doakan agar kita semua sihat walafiat serta dalam keredaan (keredhaan) Allah hendaknya. Amiin.

Tahun 2020 ini memang amat mencabar buat Atok sekeluarga. Banyak sungguh dugaan dan tribulasinya..namun Atok dan Wan kau harunginya dengan penuh keinsafan dan kesabaran. Mana tidaknya, Bermula Januari keluarga kami dikejutkan dengan pemergian sepupu perempuan Atok di Telok menemui Sang Pencipta Rabbul Jalil akibat komplikasi setelah menjalani pembedahan injap jantung.
Sesungguhnya, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Itu janji Allah dalam al Quran. Masih terbayang gelak tawanya setiap kali kami bertemu dalam majlis-majlis keramaian keluarga, ketika perkahwinan mahupun Hari Raya. Beliaulah yang pertama menelefon Atok ketika Atok berpindah sekolah dari Miri ke Jugra. Tergambar keseronokannya apabila adik sepupunya pulang ke kampung halaman mencurahkan bakti sebagai pendidik di SMK Jugra pertengahan 1997 dahulu. Sejak berpindah balik ke Semenanjung, hubungan kekeluargaan kami dengan keluarga arwah semakin rapat dan mesra. Semoga Allah menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Alfatihah(dibaca).

Kemudian, sejak Januari juga kesihatan Atok terjejas sedikit, penyakit saraf sedikit sebanyak mengganggu urusan seharian Atok. Atok terpaksa bertongkat ke sekolah. Atok perlu bersolat secara duduk di surau dan masjid. Terasa amat payah dugaan ini sehinggalah Atok masuk hospital di Seremban kerana terjatuh di bilik air ketika hendak mandi dan berwuduk. Atok pasrah. Atok reda dengan ketentuan Allah. Atok tetap bersabar dengan ujian dan dugaan ini. Atok disahkan slipped disc. Tulang belakang Atok menekan saraf menyebabkan kesukaran untuk Atok berdiri lama kerana saraf yang tertekan itu melemahkan kaki dan lutut Atok untuk bergerak. Kesudahannya, kini Atok terlantar di rumah dan diberi cuti selama 3 bulan oleh doktor. Namun, Atok bersyukur kerana hikmah di sebalik ujian yang kecil ini, kasih sayang Wan kau terhadap Atok bertambah mesra. Bertingkek-tingkek kata orang Negeri Sembilan. Dialah yang menguruskan makan minum pakai mandi Atok. Sehinggakan urusan ke jamban juga Wan kau uruskan hingga selesai. Bukan kerana Atok nak pencen bulan 11 ni, tapi kerana kasih dan sayang, simpati dan empati terhadap kekasih awal dan akhirnya...biar muka tak hensem asal dapat bini macam Wan kau ni hah!

Waktu dalam PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini Atok di rumah sahaja. Menonton tv menatap wajah-wajah frontliners kita bertungkus lumus menyelamatkan seramai mungkin manusia daripada wabak covid 19 ini. Terima kasih tak terhingga Atok buat mereka. Tak kiralah doktor, jururawat, kakitangan hospital, Ayammah, HA, MA, polis, tentera hatta budak food panda dan grab juga. Mereka semua membantu. Moga syurga galang gantinya buat kalian. Ammiin.

Bercakap tentang frontliner membawa Atok ke entri kita kali ini. Hari ini Atok nak menyingkap kembali peranan dan fungsi polis dalam mewarnai kehidupan kita terutama di Banting dan Kuala Langat. 

Tapi sebelum itu korang kena tahulah juga sejarah perkembangan kepolisan di Selangor khasnya di Banting. Panjang ceritanya... Jadi, untuk tidak mem'boring'kan korang agar tidak tertanya-tanya ketika Atok sedang bercerita, ada eloknya Atok pecahkan cerita ini mengikut era masa atau zaman. Sejak zaman Kepten Syers berkuasa sebagai Sherif di Selangor sehinggalah ke zaman netizen menjadi Sharif Dol, polis, mata-mata dan sekaligus hakim di media sosial ini.

Begini kisahnya....

A. Era Pentadbiran British di Selangor

Sejak awal lagi Negeri Selangor telah melaksanakan sistem pemerintahan yang adil dan saksama. Penjara dapat membuktikan masyarakat pada zaman tersebut hidup di bawah kerajaan undang-undang. Bagi golongan pemerintah atau Raja dituntut untuk melaksanakan satu sistem keadilan terhadap masyarakat, juga ianya melambangkan sistem perundangan di Jugra.
Tetapi bagi pihak British lain pula. sistem keadilan istana dilihat oleh British sebagai berat sebelah, tidak memberikan keadilan sebenarnya kepada yang tertuduh. Ada dalam kalangan istana mempergunakan keadilan itu untuk kepentingan mereka sendiri. Biasanya keputusan sultan sama ada dilihat kurang arif dengan pendakwaan kesalahan itu sendiri. Keputusan yang dianggap berat sebelah  dijalankan oleh orang yang berpentingan dalam perbicaraan tersebut, serta tidak menyeluruh, penuh muslihat, serta gelojoh atau terburu-buru. Keputusan yang lebih kepada apa yang beta rasa dan Beta suka, keputusan yang mengikut mood sultan atau wakilnya. 

Keputusan yang sentiasa berubah walaupun kesalahan yang sama. Dan,sebab terpentingnya, tidak mengikut proses perbicaraan yang sebenar tanpa memberi ruang dan peluang pembelaan serta rayuan hukuman. Contohnya peristiwa perbicaraan kejadian rampasan kapal pedagang dan pembunuhan subjek British yang dilakukan oleh 8 orang lanun yang ada kaitan dengan Raja Yaakob di Jugra. Apabila pihak British menuntut pembelaan, {British tiba di Kuala Jugra dengan 8 buah kapal perang Pluto, Thalia, Salamis, Acon, Midge, Rinaldo, Frolic, Luzon dengan semua meriam menghala ke Bukit Jugra, sudah pasti terketar-ketar kepala  lutut Sultan dan para pembesar negeri}, maka mahkamah segera dijalankan oleh YamTuan Tunku Diaudin beserta tiga orang Dato atas arahan Sultan Abdul Samad.

Perbicaraan yang dilakukan pada 15 Februari 1874 dan keputusan hukuman bunuh dengan kris dijatuhkan ke atas kesemua tertuduh pada keesokan harinya. Hal ini sememangnya dilihat oleh British untuk melindungi kepentingan pihak istana yang terlibat. Buktinya Sir Frank Swettenham sendiri pernah mengakui bahawa beliau tidak yakin kesembilan-sembilan tertuduh yang telah dihukum bunuh itu bersalah kerana mereka tiada berkepentingan dan berjawatan, mungkin difitnah atau hanya mengikut arahan pihak atasan.

Jadi, apabila pihak istana Selangor menerima kehadiran seorang Residen yang menjadi penasihat baginda dalam urusan negeri kecuali dalam hal-hal berkaitan adat istiadat Melayu dan agama Islam, maka pihak British segala beransur-ansur mengambil alih peranan Sultan dan para pembesar istana dalam hal pengadilan dan perundangan. Penubuhan mahkamah berpandukan common law Barat diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Pada peringkat awalnya, pegawai Daerah menjalankan tugas-tugas pelbagai fungsi selain merancang pembangunan dan perbelanjaan daerah serta  mengutip hasil mahsul, pungutan cukai dan duti eksais kastam, beliau juga berperanan sebagai magistret bagi kes-kes pendakwaan di daerah terbabit sekiranya tidak melibatkan kes jenayah berat yang mana akan diuruskan oleh mahkamah Tinggi di Klang atau Kuala Lumpur. Untuk membantu beliau menjalankan peranannya dengan efisieh, maka system kepolisan dan penjara disusun dan dikuatkuasakan.

Selepas tahun 1874, Selangor aman. Ya lah, dah 6 tahun mereka berperang bagai nak rak, bunuh sedara seagama, hanya kerana berebutkan pangkat,kuasa dan harta dunia, bersekongkol pula dengan kafir menyerang sesama Islam, mengusir rakyat dari kampung halaman mereka, akhirnya negeri tercinta ini jadi milik orang, penjajah dan pendatang yang kafir tidak beriman kepada Allah dan yang tidak pula menghormati ketuanan Melayu di negara ini. Allah sudah tunjukkan kesan dan akibat perpecahan sesama ummah. Tanpa Islam, kita lemah,kita menjadi bangsat di bumi sendiri. Inggeris menggunakan peluang untuk menjarah pusaka bangsa secara halus, dengan izin sultan.
Hahaha.. pelik bunyinya,kan? Bayangkan, kita mengalu-alukan kehadiran penyamun dan perompak di rumah kita! Kita jamu mereka makan, minum, baring dalam bilik,  bersama dengan bini kita, di atas katil kita sebelum mereka keluar dan bawa balik emas berlian kita,siap kita lambai mereka... Tak ke dayus namanya!

Peranan polis ketika itu memang untuk menemani Pegawai Pemungut Cukai ke kampung-kampung di seluruh negeri, menjaga keselamatan para peladang Inggeris, mengawal tingkah laku pendatang asing di estet dan lombong, menyelesaikan kes jenayah anak negeri, membuang negeri penjahat dan lanun, mengiringi orang kenamaan dalam urusan rasmi dan kematian keluarga diraja dan istana. Tak lupa juga mencatat kelahiran dan kematian anak bangsa dan penduduk setiap masa.

Pasukan polis merangkap tentera daripada keturunan Sikh ini sememangnya digeruni terutama oleh masyarakat Cina yang menggelar mereka Bengali kwai  atau Syaitan Benggali.  Kesetiaan, disiplin yang tinggi dalam diri mereka ini menyebabkan mereka digemari sebagai bodyguard, pegawal sekuriti dan lain-lain tugas yang merbahaya.

Pasukan polis dengan nama Selangor Military Police Force di bawah Kepten Syers diuji kekuatannya setahun kemudian. Pada bulan Oktober 1875, pemberontakan oleh kaum Mendailing tercetus di Cheras, Kajang dan beberapa tempat di Hulu Langat. Dengan kekuatan seramai 75 anggota polis, dibantu 100 sukarelawan Melayu dan 200 orang Cina di bawah kawalan Kapitan Cina,  pemberontakan-pemberontakan tersebut dapat dipatahkan. Peristiwa ini membuktikan bahawa keperluan mendesak untuk mendirikan pos kawalan atau balai polis di kawasan pedalaman seperti di Hulu Langat mesti dibuat segera. Rentetan pemberontakan tersebut, dan kejayaan polis mematahkannya menyebabkan Selangor kembali aman dan pihak polis dipandang tinggi. Petempatan di mana ada terdapat balai polis, kini lebih aman kerana penduduk boleh membuat aduan dan masalah dapat diselesaikan secara aman. Pihak penghulu juga dipantau oleh pihak polis dan laporan dihantar ke pentadbiran negeri berhubung tingkah laku dan prestasi kerja penghulu tersebut. Apabila negeri aman, pendapatan negeri dapat dikumpul dengan berkesan. Buktinya pada tahun 1876, hasil pendapatan Langat daripada hasil percukaian telah meningkat kepada $1600 sebulan.


1. Rumah Pasung Jugra

Rumah Pasung (Balai Polis), Jugra terletak kira-kira 50 meter dari Pengkalan Batu Hampar telah dibina oleh Kapten Harry Charles Syers, pegawai polis British pada tahun 1878. Ketika itu, Jugra berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Selangor.

Rumah pasung ini dibina bagi tujuan mengawal keselamatan dan aktiviti harian penduduk setempat khasnya menahan pesalah-pesalah yang melakukan jenayah.
"Balai polis ini dibina untuk mengawal kegiatan jenayah pada masa itu selain bertindak sebagai tempat pengutipan cukai terhadap pengusaha biji timah bagi laluan Sungai Langat."
"Atas sebab itulah, balai polis ini dibina di sini kerana ia berdekatan dengan Pengkalan Batu Hampar yang pernah menjadi tempat perdagangan bijih timah,"
Balai polis lama itu berkeluasan 1,858 meter persegi, Bahan binaannya terdiri daripada batu granit yang dipotong berbentuk empat segi. Ia dilengkapi dengan lokap menempatkan sebuah bilik kurungan besar di bahagian bawah dan dua bilik kurungan kecil di bahagian atas bangunan bagi pesalah-pesalah yang telah dijatuhkan hukuman dan digunakan sehingga tahun 1897 apabila Penjara Pudu dibina.



Bangunan ini berperanan sebagai rumah pasung sehinggalah pentadbiran Selangor berpindah ke Klang pada tahun 1882.
"Perpindahan pusat pentadbiran negeri ke Klang turut menyebabkan fungsi balai berkenaan semakin berkurangan dan sebuah balai polis baharu dibina di Teluk Datuk ekoran ramai penduduk membuka kawasan penempatan di sana,.".
Walaupun begitu, pada tahun 1890, sebuah berek untuk rumah pasung ini dan sebuah rumah untuk Assistant District Officer (A.D.O) Kuala Langat dibina berhampiran Bukit Jugra. Menurut seorang bekas D.O Kuala Langat yang pernah berkhidmat dan tinggal di Jugra pada tahun 1911, rumah pasung ini masih ada dan terus berfungsi.



Pada tahun 1882, terdapat beberapa buah  balai polis lain di Kuala Langat selain di Bukit Jugra. Dikatakan kekuatan pihak polis di Kuala Langat adalah seperti berikut:

A.Balai Polis Bukit Jugra...........................Seorang berpangkat Sarjan, 3 orang konstabel
    Gudang Kerajaan di Bukit Jugra.............. 3 orang konstabel
    Pejabat Collector and Magistrate..............Seorang konstabel
    Off Duty Emergency)............................... 2 orang konstabel 
                            
B.Balai Polis Kuala Jugra..........................Seorang Koperal, 3 orang konstabel

C.Balai Polis Kanchong.............................Seorang Koperal, 3 orang konstabel

D.Balai Polis Bandar..................................Seorang Koperal, seorang konstabel



A.Balai Polis Bukit Jugra

Tajuk:ASKS FOR INSPECTION OF POLICE FORCE
Deskripsi:ARAHAN PEMERIKSAAN PASUKAN POLIS DI PENGKALAN BATU, LANGAT DAN KUALA SELANGOR SURAT BAHASA INGGERIS BRITISH RESIDENT OFFICE, KLANG;. 09/12/1878

Tajuk:RE PAYMENT OF POLICE
Deskripsi:PEMBAYARAN KEPADA PASUKAN POLIS YANG BERTUGAS DI LANGAT SURAT BAHASA INGGERIS SYERS; ABDUL SAMAT; BRITISH RESIDENTS OFFICE,KLANG; REKKO   28/06/1880

Tajuk:RE. TRANSFER OF GOVINDASAMY FROM THE POLICE DEPARTMENT TO KUALA LANGAT    09/06/1885


Tajuk:INVITING TENDERS FOR LIGHTING STREET LAMPS AND STATIONS AND FOR THE SUPPLY OF RATIONS TO CONVICTS AND PRISONERS CONFINED IN POLICE STATIONS
Deskripsi:MAKLUMAN PEMBUKAAN TENDER UNTUK PEMASANGAN LAMPU JALAN DAN STESEN SERTA PEMBEKALAN MAKANAN KEPADA BANDUAN DAN PESALAH YANG SEDANG DITAHAN DI BALAI POLIS BAGI TAHUN 1889; BEBERAP PERMOHONAN TENDER YANG DITERIMA. SURAT; MINIT. BHS MELAYU (JAWI); BHS INGGERIS; BHS CINA. SWETTENHAM FRANK; CAMPBELL J.G BRITISH RESIDENT SELANGOR; COLLECTOR & MAGISTRATE KUALA LANGAT.
12/10/1888



Tajuk:TO LET THE ABDUL SAMAD GO FOR A CRUISE DOWN RIVER ALONG THE LANGAT COAST ON HER RETURN TO KLANG WITH AN INSPECTOR OF POLICE AND SOME MEN 14/1/1887

Tajuk:ENCLOSES CORRESPONDENCE CONCERNING MARRIED POLICE QUARTERS AT JUGRA
Deskripsi:MELAMPIRKAN SURAT MENYURAT BERHUBUNGAN DENGAN KUARTER KELAMIN POLIS DI JUGRA. SURAT; MINIT. BAHASA INGGERIS. CAMPBELL, DG; NORMAN, AC; MAXWELL, WE; VENING, AR; SYERS, HC. BRITISH RESIDENT SELANGOR; COLLECTOR'S OFFICE KWALA LANGAT. 17/06/1889




Tajuk:ENCLOSES CORRESPONDENCE CONCERNING MARRIED POLICE QUARTERS AT JUGRA
Deskripsi:MELAMPIRKAN SURAT MENYURAT BERHUBUNGAN DENGAN KUARTER KELAMIN POLIS DI JUGRA. SURAT; MINIT. BAHASA INGGERIS. CAMPBELL, DG; NORMAN, AC; MAXWELL, WE; VENING, AR; SYERS, HC. BRITISH RESIDENT SELANGOR; COLLECTOR'S OFFICE KWALA LANGAT.
17/06/1889

Tajuk:INFORMS THAT HE HAS RECEIVED A LETTER FROM AG. COLLECTOR KUALA LANGAT REPORTING THE DEATH OF CORPL. HOOSEN BIN SYED
Deskripsi:MAKLUMAN MENGENAI KEMATIAN KOPERAL HOOSEN BIN SYED DISEBABKAN CHOLERA. SURAT BAHASA INGGERIS POLICE OFFICE, KUALA LUMPUR
05/03/1889


Tajuk:FORWARDS ONES TENDER FOR THE CONSTRUCTION OF SURFACE BRICK DRAINS TO POLICE BUILDINGS AT KWALA LANGAT. 09/04/1892



Tajuk:TENDER FOR BRICK DRAINS FOR POLICE BUILDINGS KUALA LANGAT
09/04/1892




Tajuk:BONUS ($3) A POLICE CONSTABLE FOR CARRYING THE MAILS FROM JUGRA TO SEPANG ON AN OCCASION WHEN THE MAIL CARRIER WAS ILL - APPLIES FOR SANCTION FOR THE PAYMENT OF;
24/04/1897

Tajuk:POLICE GUARD ON THE SULTAN'S ISTANA JUGRA - ENQUIRES WHETHER THEY SHOULD REMAIN OR DISCONTINUE
14/02/1898


JUGRA POLICE STATION  20/09/1899

Tajuk:INSANITARY CONDITION OF LATRINE USED BY THE WIVES OF POLICE AT JUGRA
21/02/1899




Tajuk:POLICE STATION AND BARRACKS. JUGRA COMPLETION REPORT 30/12/1902




Tajuk:POLICE STATIONS AT PAHANG ROAD AND JUGRA. UNHEALTHINESS OF
06/07/1903

Tajuk:TENDERS FOR PARTITION WALL, LOCK-UP JUGRA POLICE STATION
23/02/1907



Tajuk:FORWARDS TWO LETTER RECEIVED FROM MR. C.E.S. BAXENDALE ASKING FOR BETTER POLICE PROTECTION IN THE NEIGBOURHOOD OF THE JUGRA ESTATE - KUALA LANGAT  01/03/1908


Tajuk:APPIONTMENT OF ASSISTANT COMMISIONER POLICE FOR KLANG, KUALA SELANGOR AND KUALA LANGAT DISTRICT  17/06/1911




B.Balai Polis Kuala Jugra


Tajuk:KUALA JUGRA POLICE STATION AND QUARTERS DAMAGES BY SEA
19/11/1894
Tajuk:'POLICE STATION AND BARRACKS AT KUALA JUGRA'. RECOMMENDS DEMOLITION OF, OWING TO THE ACTION OF THE SEA, AND SUGGESTS THAT THE MATERIAL BE UTILISED IN ERECTING A 'HALTING BUNGALOW' AT MORIB
14/02/1895


C.Balai Polis Kanchong

Tajuk:REPORTS THAT THE KANCHONG POLICE STATION HAS NOT BEEN VISITED BY ANY EUROPEAN OFFICER SINCE THE AG.COLLECTOR OF JUGRA LEFT THAT STATION.
Deskripsi:LAPORAN MENGENAI BALAI POLIS KANCHONG YANG TIDAK PERNAH DILAWATI SEJAK TURNEY MENINGGALKAN DAERAH JUGRA; CADANGAN SUPAYA BALAI POLIS KANCHONG DITUTUP & PENGAWASANNYA SECARA BERJADUAL DIJALANKAN OLEH POLIS KUALA JUGRA. SURAT; MINIT BAHASA INNGERIS SYERS; INNES JAMES; DOUGLAS,B; RAJA MAHMOOD; TUNKU PANGLIMA RAJA; LUKUT; SUPERINTENDENT'S POLICE OFFICE,K.LUMPUR
10/09/1880

Tajuk:DRAWING ATTENTION TO THE BAD ACCOMMODATION FOR THE POLICE AT KANCHONG
Deskripsi:LAPORAN KEADAAN TEMPAT TINGGAL POLIS YANG TERUK DI KANCHONG SURAT; MINIT BAHASA INGGERIS BELLAMY, HENRY FRANKLIN; BELLAMY, GEORGE CUMMING; COLLECTOR & MAGISTRATE, LANGAT


Tajuk:REQUEST THE WARRANTS BE ISSUED FOR THE NEW POLICE STATION AT KANCHONG.
Deskripsi:ACTING SUPERINTENDENT OF PWD SELANGOR MEMINTA RESIDEN BRITISH MENGELUARKAN WARAN KUASA BAGI KEGUNAAN BALAI POLIS BARU KANCHONG. MINIT; SURAT. BAHASA INGGERIS NORMAN,AC PUBLIC WORKS DEPARTMENT SELANGOR
10/07/1889
Tajuk:FORWARDS CORRESPONDENCE WITH REFERENCE TO SETTLEMENT OF SITE FOR THE NEW KANCHONG POLICE STATION FOR DECISION
17/08/1890



Tajuk:FORWARDS CONTRACT 73/90 FOR NEW POLICE STATION AT KANCHONG KWALA LANGAT AND REPORTS COMPLETION OF WORK & RECOMMENDS FINAL PAYMENT
30/04/1891


Tajuk:FORWARDS CONTRACT 73/90 FOR NEW POLICE STATION AT KANCHONG KWALA LANGAT AND REPORTS COMPLETION OF WORK & RECOMMENDS FINAL PAYMENT  30/04/1891



Banyak juga kes jenayah termasuk pembunuhan dan kejadian lanun di perairan Jugra dilaporkan.Sebagai contoh,

5 Disember 1876   
-kes pembunuhan lelaki berbangsa Cina di Sungai Kurau, berdekatan Tanjung  Rhu.

12 Disember 1876
-kes rompakan lanun terhadap nelayan di perairan Jugra.   Kedua-dua kes dapat diselesaikan di mahkamah megistret Jugra dan banduan- banduan dijatuhi hukuman di penjara  Klang.

17 Februari 1898     
-penduduk Jugra dan Langat khususnya dikejutkan terletak berita kemangkatan  Almarhum Sultan Abdul Samad. Upacara pengkebumian baginda dihadiri 3000 orang rakyat jelata pelbagai lapisan masyarakat. 
Kelihatan juga barisan pasukan polis Panjabi daripada Malay States Guides memberi perbarisan kehormat untuk jenazah almarhum baginda Sultan.

1911
-2 penoreh getah dibaham harimau di Salak

20 Oktober 1915
-2 terbunuh dibaham harimau di K.Langat

3 Jun 1917 
-kejadian sampan karam di Pengkalan Feri Kg. Bandar begitu menyayat hati. 14 pekerja ladang mati lemas.

5 Oktober 1922
-Feri terbalik di Sg. Buaya..seorang mati lemas, Raja Muda terselamat

19 Oktober 1923
Pergaduhan kaum... seorang Jawa mati, 4 Cina cedera di Kuala Langat

1926
-Semua pengurus estet diminta melaporkan sebarang pendatang baru ke ladang mereka kepada pihak polis Jugra. Hal ini kerana terdapat beberapa imigran baru yang melarikan diri daripada kem Kuarantin di Port Swettenham. Ada di antara mereka didapati positif Kolera. Terdapat juga pekerja estet lain yang melarikan diri ke estet baru kerana rakannya di situ.


2. Balai Polis Banting

Tentang kewujudan balai polis ini, tidak diketahui sama ada bangunannya terbina ketika era Balai Pasung di Jugra atau setelah Balai Polis Telok Datoh beroperasi pada tahun 1929. Tiada data atau bukti bertulis yang dapat diperoleh di internet atau dalam akhbar lama.

Maka educated guess yang boleh  dibuat ialah.......nanti dahulu! Kita kena tengok balik latar belakang Banting itu sendiri. Ketika Pekan Jugra mengalami zaman kegemilangannya sebelum 1901, Banting hanyalah kampung kecil di tepi sungai Langat. Sama seperti kampung-kampung lain di Kuala Langat. Namun setelah Jugra dianggap pekan mati sekitar 1920-an. Banting mula berkembang pesat.  Terletak di 3 jalan raya utama, laluan Telok Datoh- Morib dan Telok Datoh-Klang, Banting menjadi nadi ekonomi bagi daerah Kuala Langat. Sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian daerah, sudah semestinya Banting berubah daripada satu perkampungan kepada sebuah peka yang sibuk. Sudah pasti pihak polis perlu membina balai polis untuk tujuan kawalan dan keselamatan penduduk. Di Banting ketika itu sudah ada deretan kedai dan pejabat pos. Maka, sebuah balai polis kecil dibina berhampiran persimpangan Jalan Morib dan Jalan Jugra.  Pondok polis atau pondok bit ini menjadi tempat aduan warga Banting dan juga tempat berehat bagi anggota yang bertugas di pekan tersebut. Tidak diketahui sama ada terdapat berek atau pondok terhad untuk kegunaan anggota polis di situ.Semua anggota polis adalah dari Balai Polis Jugra, kemudian barulah dikendalikan oleh Balai Polis Telok Datoh. 




3. Balai Polis Batu Laut

Kampung Batu Laut dipercayai dibuka pada tahun 1873 dan mempunyai  pelabuhan. Penduduknya pun bertambah ramai. Tidak lama kemudian ramailah pedagang-pedagang dari Melaka yang datang berniaga ke kawasan ini dengan membawa kain, benang, lada hitam, rempah, minyak Wangi dan sebagainya. Pada masa itu, Raja Husain yang mengetuai rombongan mencari perlindungan di sini telah dilantik menjadi Penghulu dan beliau telah berusaha memajukan kampong tersebut. Kemudiannya, kemudahan prasarana telah dibina seperti jalan raya, balai polis, pejabat kastam, sekolah harian, sekolah agama, pejabat pos dan beberapa buah kedai. Mungkin juga garis masanya hampir sama dengan kewujudan Balai Polis lama Banting atau lebih awal daripada itu wallahu alam. Di Kampung Batu Laut sekarang ini masih terdapat bangunan Balai Polis lama dan juga kuarters Kastam yang masih kukuh dan baik. Pada tahun 1936, telah dibina Pejabat Pos Batu Laut yang sebelumnya hanya berwakil pos di pejabat Kastam.


Tajuk:REMOVAL OF THE TWO POLICE CONSTABLE, STATIONED AT BATU, KUALA LANGAT   11/01/1907
Tajuk:RECOMMENDS THAT THE POLICE STATION AND TIDE WAITERS QUARTERS, BATU, KUALA LANGAT BE SOLD BY AUCTION 09/02/1910
Tajuk:ERECTION OF POLICE STATION WITH BARRACKS FOR SIX FAMILIES AT BATU, KUALA LANGAT DISTRICT. TENDERS FOR: 
03/05/1912



Close up gambar terkini Balai Polis Batu Laut










Wah, panjang betul cerita Atok kali ini, macamlah Atok pernah hidup zaman itu! Itu baru episod pertama, baru nak mula, baru nak geli-geli.. HAHAHA.... itulah pentingnya education. Belajar daripada sejarah... Jangan diulang kesilapan orang terdahulu, ikut teladan yang baik dan menguntungkan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Yang penting pegang kuat-kuat agama Allah ini, kuatkan Islam dalam diri, keluarga dan negara.

HUUAAARGH...Menguap panjang Atok. Kepala Atuk dah berat dah. Mengantuk, mengantuk...nak tidur mana? Wan korang dah siap-siap pakai bedak dan minyak wangi. Katanya, Atok dah janji nak main Police and Thief dengan dia...Malam esoklah Atok sambung cerita...kisah kehidupan pahit masyarakat kita yang ditimpa bala perang dan seterusnya keganasan komunis dalam era Darurat. Apakah peranan polis Di Banting dan Kuala Langat ketika itu? Tungguuuu!



Rujukan:

WEBPAGES
http://www.prison.gov.my/portal/page/portal/hijau/berita?fac_next_page=htdocs/berita/ViewBerita.jsp?id=33

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/05/152742/penjara-pudu-jugra-dibaik-pulih

https://www-sinarharian-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/35553?amp_js_v=a3&amp_gsa=1&usqp=mq331AQFKAGwASA%3D#aoh=15939694985492&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.sinarharian.com.my%2Farticle%2F35553%2FBERITA%2FNasional%2FKalau-tak-berani-tak-guna-saya-jadi-polis

https://drsinga-com.cdn.ampproject.org/v/s/drsinga.com/2018/01/18/galeri-darurat-bukit-kepong/amp/?amp_js_v=a3&amp_gsa=1&usqp=mq331AQFKAGwASA%3D#aoh=15939720468434&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fdrsinga.com%2F2018%2F01%2F18%2Fgaleri-darurat-bukit-kepong%2F

http://mukimbatu.blogspot.com/p/maklumat-kampung.html?m=1

BALAI POLIS DAN PENJARA JUGRA _ Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)

ARTICLES
Newspaper Article - H. E. THE GOVERNOR'S VISIT TO LANGKAT., The Straits Times, 14 February 1874, Page 1
Newspaper Article - MALACCA., The Straits Times, 12 September 1874, Page 8
Newspaper Article - JOTTINGS FROM KLANG., Straits Times Overland Journal, 30 November 1876, Page 7 Newspaper Article - THE FATE OF THE CHIEFS., Straits Times Overland Journal, 11 January 1877, Page 5 Newspaper Article - JOTTINGS FROM KLANG., Straits Times Overland Journal, 11 January 1877, Page 10
Newspaper Article - Selangor News., Straits Times Weekly Issue, 7 September 1892, Page 542 Newspaper Article - Selangor News., Straits Times Weekly Issue, 12 September 1893, Page 8
Newspaper Article - THE GOVERNOR'S TOUR., The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 3 August 1905, Page 68
Newspaper Article - THE F.M.S. IN 1910., The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 3 November 1910, Page 13
Newspaper Article - Kuala Langat Planters., The Straits Times, 26 April 1916, Page 9
 Newspaper Article - Cholera Cases in Malaya., The Straits Times, 31 March 1926, Page 10
Newspaper Article - Untitled, The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 16 October 1929, Page 3
Newspaper Article - GOVERNMENT SALE., The Straits Times, 8 October 1930, Page 17
Newspaper Article - Untitled, The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 7 September 1931, Page 3
NewspapeNewspaper Article - A JOURNAL IN THE FEDERAL CAPITAL., The Straits Times, 20 June 1931, Page 16
Newspaper Article - JUGRA IN DAYS THAT ARE DEAD., The Straits Times, 24 August 1931, Page 16
Newspaper Article - A JOURNAL IN THE FEDERAL CAPITAL., The Straits Times, 13 February 1932, Page 6
Newspaper Article - A JOURNAL IN THE FEDERAL CAPITAL., The Straits Times, 5 November 1932, Page 6 British Intervention In Malay States., The Straits Times, 1 December 1932, Page 16
 Newspaper Article - Decreased Crime In The F.M.S. TURN TO NORMAL FIGURES, Malaya Tribune, 23 June 1934, Page 21
Newspaper Article - 25 YEARS IN THE MALAYAN CIVIL SERVICE RECOLLECTIONS OF THE O.A.G., Malaya Tribune, 7 May 1936, Page 14
Newspaper Article - DROWNED IN KLANG RIVER., The Straits Times, 23 May 1936, Page 12
Newspaper Article - INSIDE THE ROOM, Malaya Tribune, 17 June 1936, Page 13
Newspaper Article - NOTES Of The DAY., The Straits Times, 7 May 1937, Page 10
Newspaper Article - 3 STRIKERS KILLED, The Straits Times, 16 May 1941, Page 10
Newspaper Article - ARMOURED CAR ARREST OF STRIKERS AT BANTING, Malaya Tribune, 13 May 1941, Page 2
Newspaper Article - STATE OF EMERGENCY IN SELANGOR PROCLAIMED, Malaya Tribune, 17 May 1941, Page 5
 Newspaper Article - 20 LABOURERS IN UNLAWFUL ASSEMBLY, The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 21 May 1941, Page 9

Sejarah Rumah Rehat dan Halting Bungalow di daerah Kuala Pilah

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat Blog Atok ini. Selawat dan salam buat Junjungan Besar kita Saidina Muhammad ibni Abdullah, na...