Selasa, 30 Ogos 2022

Potensi Pelancongan Warisan dan Alam Sekitar di Jugra, Kelanang dan Morib

Salam buat semua. Syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT atas keberadaan kita di dunia yang fana ini. Betapa Allah SWT terus memberi kita rezeki dan kehidupan berkeluarga yang serba mencukupi. Salam dan selawat buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang dengan usaha baginda dan sahabat-sahabat baginda kita terus beriman kepada Allah di akhir zaman ini. Walaupun kita umat baginda di akhir zaman, yang serba kekurangan dari segi kekuatan iman, namun kita dicintai oleh nabi kita, melalui hadis baginda yang memperkatakan ada segolongan umat baginda yang sungguh-sungguh mencintai baginda walaupun tidak pernah bertemu muka atau hidup sezaman dengan baginda SAW. Mudah-mudahan kitalah, dengan keadaan kita yang serba kekurangan dalam kekentalan iman dan amal, generasi umat yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu . Semoga syafaat baginda buat kita semua. Amin, amin.. ya rabbal ’alamin.

Entri Atok kali ini masih mengenai Jugra,bukan pasal sejarah silamnya tetapi masa depannya. Aiseyman, Atok! Terimalah hakikat, Atok...Jugra sudah berkubur, terkubur. Tengokkan sahajalah kuburan yang melata di puncak dan lereng Bukit Jugra itu. Makam diraja, kuburan pengikut raja, jirat Cina pun ada ,Tok. Ya, mereka pernah hidup di Jugra dan menjadi manusia terhebat di Jugra juga. Tapi mereka sudah mati, dah tak ada lagi!  Mereka sudah terbaring di tanah. Apa lagi yang nak kita perkatakan kecuali mendoakan roh-roh mereka agar ditempatkan bersama-sama orang yang beriman?

Ya, Atok faham, dan Atok terima hakikat yang korang katakan itu. Memang Sultan dah almarhum tetapi legasi baginda dan Jugra masih diperkatakan orang. Atok bukan nak suruh korang bangunkan kembali Pekan Jugra lama itu. Tak payahlah nak bina semula Jugra secara fizikal, tetapi Atok maksudkan kita bina kembali Jugra dalam jiwa dan mental generasi kini. Kalau korang dan kerajaan tak buat apa-apa, dalam tempoh lima puluh tahun, takde siapa akan tahu cerita pasal Jugra kecuali kaki-kaki pancing dan Mat-mat Indon yang cuba mendarat masuk ke Malaysia secara haram. Cuba korang dengar dahulu pembentangan hujah-hujah Atok ini.

Okaylah, Atok tahu dan sedar korang semua orang terpelajar. Jadi, don’t worry, cerita Atok ini bukan cerita Mat Jenin atau Penglipur lara dahulu kala. Atok guna facts and figures. Atok nak kita gunakan segala potensi yang ada pada kita di Jugra dan Kuala Langat. Apa potensi Jugra pada Atok? Jawapannya,  Archaeological and Ecological Tourism. Pelancongan bertemakan Arkeologi dan ekologi. HAHAHA...baru terbeliak biji mata korang! Hah, dengar dan bacakan dengan teliti kata-kata orang universiti (bukan pusat serenti) yang pernah buat penyelidikan tentang Bukit Jugra dan sekitarnya. Ini bukan Atok yang tulis, bukan rekaan Atok:

“Bukit Jugra memiliki aset warisan sejarah dan alam semula jadi yang terdiri daripada tapak arkeologi, monumen, bangunan warisan, hutan simpan, sungai, hutan paya bakau dan elemen alam semula jadi fizikal yang berbukit bukau.Keseluruhan aset ini mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan warisan dalam perspektif arkeo dan eko-pelancongan. Pembangunan pelancongan warisan yang lestari ini akan dapat membantu meningkatkan integriti setempat, menjana ekonomi, memulihara alam sekitar dan juga memelihara kesejahteraan komuniti setempat.”

Korang baca lagi tulisan mereka;

“Pelancongan warisan ini merupakaan pemuliharaan sumber-sumber berasaskan sejarah, kebudayaan, kesenian, artifak, alam semula jadi serta memodenkan struktur sosial untuk penggunaan berterusan pada masa akan datang. Sumber-sumber warisan ini dijadikan penggalak utama kepada pelancong untuk merasai sendiri pengalaman, memahami sejarah dan menilai ciri-ciri keistimewaan yang terdapat di tempat tersebut.  Pendek kata,Landskap arkeologi dijadikan kunci motivasi kepada para pelancong untuk datang berkunjung kesesuatu destinasi.”

Tapikan, Atok terfikir juga dalam benak kepala Atok ini, kenapa Kuala Langat gagal menarik seramai mana pengunjung dan pelancong ke daerah kita sedangkan dengan lebih daripada 6 juta penduduk, Selangor adalah negeri yang paling ramai penduduk di Malaysia. Ia adalah rumah kepada lapangan terbang dan pelabuhan terbesar di negara ini, dengan nama samaran 'Pintu Masuk ke Malaysia' lagi. Negeri ini mempunyai lokasi pusat di Selat Melaka, lorong perkapalan utama yang merupakan salah satu yang paling sibuk di dunia. Selangor mengelilingi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, kedua-duanya sebelum ini milik negeri itu. Rumah kepada banyak tarikan bandar dan semula jadi, Selangor adalah salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia?

Kalau ikutkan laporan pelancongan yang Atok dapat, kita di Kuala Langat hanya menduduki tangga ke-7 daripada 12 PBT di Selangor, dengan hanya 3% daripada keseluruhan pelancong ke Selangor dalam tahun 2018. Pelancong tempatan (dalam negara) seramai 149,443 serta cuma 1,049 pelancong antarabangsa yang menjejakkan kaki ke daerah kita. Jadi, di mana silapnya? Kerajaan negeri, PBT, Tourism Selangor atau kita semua yang menetap di Kuala Langat? Percayalah cakap Atok, memang semuanya bersalah, termasuklah kita, dan boleh dipersalahkan!



Korang bayangkanlah kenapa rakyat Malaysia bukan sahaja kurang lagi tapi TIDAK menjadikan Kuala Langat sebagai destinasi pilihan mereka? Tak kiralah hujung minggu, cuti perayaan, cuti awam mahupun cuti persekolahan. Daripada jutaan warga Lembah Klang, kenapa mereka berdedai-dedai atau berpusu-pusu keluar ke Melaka dan Port Dickson tetapi tidak ke Morib dan Jugra untuk release tension? Tak payahlah nak tengok statistik bagai, korang jenguklah highway PLUS ke arah selatan pada hujung minggu. JEM! JEM KETAT...Bumper to bumper kata orang puteh. Bermula petang Jumaat, highway dah mula jem ke arah selatan. Hari Ahad petang pula highway jem, nak balik ke KL. Kenapa mereka sanggup bersusah payah sebegitu?

Sebabnya Port Dickson dan Melaka ada pakej pelancongan yang  lebih menarik! Bukankah kita pun ada Morib yang pantainya selari dengan Port Dickson di Selat Melaka? Macam Trivago juga...Sama tapi tak serupa. Mereka lebih berjaya daripada kita, walaupun air laut kita sama. Pakej Pelancongan Warisan dan Pelancongan Ekologi mereka lebih hebat daripada kita! PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) mereka lebih kuat berusaha menarik pelancong berbanding Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat kita...YA, itu fakta. Pergilah tengok sendiri dan bandingkan dengan apa yang orang kita buat. Kalau penduduk lembah Klang sahaja pun kita dah tak mampu tarik mereka ke Jugra, Banting atau Morib, jangan haraplah orang-orang negeri lain nak datang, menempah homestay atau hotel-hotel kita kecuali yang sememangnya ada urusan peribadi seperti balik kampung atau kenduri kendara.

Harus diingat melancong bukanlah suatu tindakan berbentuk impulsif atau spontan, ianya dirancang dengan teliti. Memandangkan banyak faktor yang terlibat seperti biaya kewangan, masa, dan sebagainya perlu diambil kira, maka semestinya pakej pelancongan ke destinasi tertentu dipilih berdasarkan khabar tentangnya daripada kawan-kawan, saudara mara, atau media. Kehebatan sesuatu pakej percutian itu mestilah berbaloi dengan biaya yang dikeluarkan dan masa yang dihabiskan. Seluruh anggota kumpulan perlu merasai pengalaman baharu yang tidak ada di tempatnya atau di tempat-tempat yang pernah dilawatinya sebelum ini. So, kenapa Jugra dan Morib kurang menjadi pilihan mereka? Jom kita bongkar.

Kaedah analisis SWOT (strength, weaknesses, opportunity, threats) digunakan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman atau cabaran untuk menjadikan kawasan kajian, Jugra sebagai destinasi pelancongan warisan. Hasil dapatan daripada analisis SWOT yang dikenal pasti, :

STRENGTH (KEKUATAN)

·  Jugra mempunyai kekuatan dengan memiliki warisan budaya bersejarah yang unik dan warisan alam semula jadi yang indah.

WEAKNESSES (KELEMAHAN)

·  Dari segi kelemahan, beberapa elemen warisan budaya yang terdapat di Jugra telah ditinggalkan dan berlaku gejala vandalisme oleh para pengunjung khususnya di kawasan Bukit Jugra.

·  Mengikut kedudukan geologi, lokasi Jugra terletak di penghujung mukim mungkin antara penyebab utama kawasan tersebut telah terpinggir.

OPPORTUNITY (PELUANG)

·    Dari segi peluang, pihak berkuasa tempatan telah merancang untuk mewujudkan kemudahan  pengangkutan seperti trem atau van pelancong di Jugra.

·   Selain itu, Jugra mempunyai peluang untuk dimajukan sebagai tapak pelancongan warisan  kerana memiliki khazanah warisan yang mampu menarik perhatian ramai pelancong.

THREATS (ANCAMAN)

·   Manakala dari segi ancaman, terdapat beberapa laporan mengenai tanah warisan di Jugra dibiarkan tidak terjaga adalah kerana faktor ekonomi.

·   Daya tarikan utama yang terdapat di Jugra adalah mengenai kisah sejarahnya. kekurangan penyediaan infrastruktur merupakan masalah utama yang boleh menjejaskan usaha pembangunan pelancongan warisan di Jugra.

·   Jugra berpotensi untuk lebih dikenali di seluruh Malaysia dan dunia apabila dibangunkan sebagai pusat pelancongan warisan. cabaran utama bagi menjadikan Jugra sebagai tapak pelancongan warisan adalah melalui penyediaan keperluan infrastruktur. Kebanyakan responden menyokong penuh (88.2%) usaha untuk melindungi khazanah warisan yang terdapat di kawasan kajian.

PAKEJ-PAKEJ PELANCONGAN YANG LEBIH MENARIK

Sebagaimana dikatakan di awal penulisan ini potensi Jugra adalah  Archaeological and Ecological Tourism. Pelancongan bertemakan Warisan dan Alam Sekitar. Infrastrukur ini ibarat hardware atau perkakasan dalam sebuah komputer. Kalau sudah siap semua infrastruktur ini, baharulah software atau pakej pelancongan boleh dimasukkan. Kita tidak perlu malu untuk meniru contoh-contoh pakej pelancongan yang terbukti berjaya dan popular dari destinasi-destinasi pelancongan hebat sama ada dalam negara atau di luar negara. Jadi sedaya upaya kita fokuskan pakej-pakej kita kepada hanya dua jenis pelancongan ini sahaja. Biarlah pakej yang kita tawarkan itu nanti unik, tidak ada di tempat-tempat lain, hanya ada di Jugra dan Kuala Langat. Barulah orang buka mata sikit. Jom kita tengok pakej mana yang menepati Pelancongan Arkeologi dan yang mana sesuai untuk Pelancongan Ekologi.

A. PELANCONGAN ARKEOLOGI

1.         Lawatan ke monumen-monumen bersejarah di sekitar Bukit Jugra, Kg. Bandar dan Morib menepati kategori ini. Sebaiknya lawatan ini diiringi jurupandu Pelancong yang bertauliah dan berlesen, yang dapat menerangkan secara terperinci dan mendalam sejarah tempat ini. Seeloknya, pemandu pelancong ini mesti menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa, Bahasa Melayu dan satu bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Mandarin atau Jepun. Pergerakan mereka hanya menggunakan trem atau secara berjalan kaki sahaja. Galakkan mereka bertanyakan soalan.

2.         Ketika di kawasan monumen seperti Istana Jugra, Muzium In-situ, Istana Bandar, Masjid Bandar, biarkan mereka dalam mode explore semasa di tapak-tapak arkeologi, makam, atau galeri-galeri ini. Papan-papan bermaklumat haruslah sekurang-kurangnya dwibahasa, Iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris.

3.         Program inap desa ataupun homestay merupakan salah program pelancong yang semakin popular serta semakin mendapat tempat di kalangan pelancong terutama daripada negara-negara Eropah mahpun dari negara Asia seperti Singapura. Program homestay mempunyai daya tarikan tersendiri terutama dari aspek kebudayaan, warisan serta kedudukan sesebuah homestay. Bahkan program yang hampir sama turut dilakukan di beberapa negera seperti di Taiwan (Leisure Stay ) dan negara barat yang turut dikenali sebagai ‘Farm Stay’.

Jadikan Homestay satu inisiatif bagi menggerakkan sektor pelancongan dalam kalangan Bumiputera di negeri ini, sekali gus menjana ekonomi masyarakat di kampung.  pengeluaran kuih muih, pertanian dan memberikan nafas baru untuk agro-pelancongan. kesan ekonomi secara keseluruhannya seperti agro, kuih tradisi, kedai makan, kraftangan, pekerjaan dan sebagainya.

4.         Kebudayaan merupakan salah satu aspek  paling penting dan yang paling utama menjadi daya tarikan utama kepada pelancongan.  Keenakan makanan masakan melayu yang pelbagai serta keunikan makan menggunakan tangan serta duduk bersila  sentiasa menjadi pilihan pelancong. Pemakaian kain pelikat dan kain batik sentiasa menjadi keutamaan dan akhirnya akan menjadi barangan cenderahati yang bermakna kepada pelancong. Bawalah para pelancong ke pasar-pasar pagi, petang dan malam agar mereka dapat menikmati juadah tempatan.

5.         Juga sentiasa didedahkan para pelancong dengan keunikan tarian mahupun keindahan barangan kraftangan yang turut memberi pengalaman kepada pelancongan untuk mencuba dan merasai pengalaman  melakukan aktiviti ini sendiri.

 

B.   PELANCONGAN EKOLOGI

Bukit Jugra juga memiliki aset alam semula jadi yang terdiri daripada hutan simpan, sungai, hutan paya bakau dan elemen alam semula jadi fizikal yang berbukit bukau.

1.         Aktiviti Paragliding

Jika anda seorang yang gemarkan cabaran, maka paragliding adalah gelanggang untuk menguji kemampuan mental dan kebijaksanaan anda berada di angkasa Paragliding adalah antara sukan udara yang popular di seluruh dunia.Ia bergantung sepenuhnya kepada kuasa angin dan apungan udara panas.Aktiviti meluncur ini memerlukan kawasan tanah tinggi bagi memudahkan melancarkan penerbangan. Ringkasnya, paragliding memerlukan anda berlepas dari kawasan tinggi, idealnya dari titik pergunungan. Ini adalah kerana keperluan untuk mempunyai ketinggian dan kelajuan angin yang sesuai untuk membolehkan anda berlepas dengan selamat. Anda boleh mengalami salah satu pengalaman paragliding tandem terbaik di Bukit Jugra yang menjanjikan anda pengalaman yang luar biasa.


Paraglider merupakan sejenis nylon lembut yang mana apabila dikembangkan dengan angin ia mampu membawa seseorang itu melayang di udara seperti seekor burung Fikirkan burung yang terbang dan bayangkan anda adalah burung. Itulah pengalaman yang akan anda lalui dengan paraglider. Sebaik sahaja anda telah berlepas dari darat, apa yang perlu anda lakukan ialah memandu paraglider anda merentasi tanah yang luas di bawah anda sambil mengambil pemandangan yang menakjubkan dari jauh di atas. Anda kini mempunyai peluang seumur hidup untuk mengalami penerbangan santai dan pemandangan indah yang akan terbukti tidak dapat dilupakan.Paragliding telah terbukti dapat memenuhi impian anda. Ia adalah sukan udara untuk tujuan rekreasi yang murah dan mudah.

Antara program yang ditawarkan adalah :

1)  Bengkel Sehari Pengenalan Paragliding

2)  Kem Aero

3)  Kelas Teori dan Praktikal

4)  Asas Jurulatih dan lain-lain

Untuk keterangan lanjut :

Sekretariat Persatuan Luncur Udara Malaysia

Tel : 03-90502561 (Kapten Ikhwan)

Hp : 019-2087876 (Orkid)

 

2.         Aktiviti Hiking (Mendaki)

Denai sepanjang 4.7 km ini terletak berhampiran Banting, Selangor. Secara amnya dianggap sebagai laluan yang agak mencabar, ia mengambil masa purata 2 jam 9 minit untuk dijejaki. Denai ini popular di kalangan penduduk tempatan. Ini adalah kawasan yang sangat popular untuk mendaki, berbasikal gunung, dan berlari, jadi anda mungkin akan bertemu dengan orang lain semasa meneroka. Laluan ini dibuka sepanjang tahun dan cantik untuk dikunjungi pada bila-bila masa.  Mulakan mendaki dari tempat letak kereta di sebelah masjid. Laluan ini agak curam. Anda memerlukan tali di sisi untuk membantu anda. Ia agak licin kerana mungkin hujan pada tengah malam. Sesetengah kawasan di laluan ini agak berlumpur, terutamanya pada musim hujan. Jangan lupa membawa penghalau serangga, memakai but mendaki yang selesa dan membawa air minuman yang mencukupi.  Laluannya redup dan sejuk walaupun pada sebelah petang. Ia adalah pendakian yang cukup baik dan agak mencabar. Pendek kata, inilah pendakian jarak pendek yang menyenangkan.

Mula-mula melalui laluan hutan. Laluan ini akan membawa anda ke puncak Bukit Jugra, di mana terdapat Rumah Api Bukit Jugra melalui jalan berturap (tarmac). Pemandangan terindah di Puncak Rajawali; Papan tanda ikonik Jugra di dasar Rumah Api Bukit Jugra dan pastinya, pemandangan Sungai Langat yang inda, sesuai untuk sesi fotografi. Dari kejauhan nun di Selat Melaka, dapat  kita dapat lihat banyak kapal belayar dan momen matahari terbenam  di ufuk barat. Secara keseluruhan, trek di Bukit Jugra ini adalah baik untuk mereka dalam kategori Beginner dan tempat yang terbaik untuk berehat sambil bersantai. Namun pastikan anda mendaki secara berkumpulan kerana pernah berlaku kejadian seorang lelaki yang telah tersesat dan terpisah dengan isterinya ketika mendaki Bukit Jugra. Selepas hampir dua jam operasi pencarian dijalankan, mangsa bagaimanapun berjaya ditemui lima kilometer (km) dari lokasi masuk melalui kunci air Kampung Bandar, Banting.





3.         Aktiviti Sukan Lasak

Kem Gelanggang Buaya di bawah pengurusan TUNTAS CONSULTANCY Sdn Bhd, adalah sebuah pusat latihan rekreasi yang tenang,menyegarkan dan mempunyai keunikan yang amat tersendiri dibangunkan diatas tanah seluas 20 ekar dalam kawasan kawasan persekitaran desa dan kampung Melayu dan meliputi kawasan pekan, ladang kelapa sawit dan hutan-hutan dara dan paya bakau.Terbahagi kepada 4 fasa yang tersendiri daripada fasa pertama adalah kawasan tapak perkhemahan dormitori,rumah penginapan dan chalet fasa perkhemahan untuk 240 orang dilengkapi sebuah dewan berpentas sebaguna,bilik mandi serta tandas kelompok dan sebuah bangunan 8 unit chalet bagi dormitori dengan rekabentuk terkini boleh menempatkan 330 orang peserta lengkap dengan pasarana dan dikelilingi dengan landskap yang menarik dan kehijauan.

Fasa ketiga boleh memuatkan 240 orang peserta dengan kemudahan dewan serbaguna,bilik kuliah, ampitheatre, wakaf dan padang. Kelengkapan lain ialah prasarana latihan merempuh halangan,high rope,ascending/descending, river crossing,flying fox,abseiling dan tasik buatan untuk aktiviti berkayak dan aktiviti sukan air.



Untuk keterangan lanjut :

Kem Gelanggang Buaya

Ruj : En Azmi Bin Samsudin

Lot 1765-1768 Mukim Kelanang,

42700 Kuala Langat,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-31203937 / Fax : 01-31202906

4.         Aktiviti Memancing di Kolam

Hampir seluruh kawasan tebing Sungai Langat dari Kg. Bandar ke Tanjung Tongkah merupakan kawasan penternakan komersial ikan dan udang secara akuakultur. Terdapat juga pemilik kolam akuakultur ini yang memperkenalkan kolam dengan konsep tangkapan dan pelepasan ikan air masin. Kolam ini menjadi sangat popular di kalangan pemancing. Yuran masuk adalah RM50 selama 3 jam, anda boleh memancing dengan gewang dengan syarat anda hanya menggunakan cangkuk tunggal. Anda boleh menyimpan hasil tangkapan anda dengan membayar harga jualan ikan dan ia berbeza dari satu spesies ke spesies yang lain. Semua  jenis gewang boleh digunakan di kolam ini. Terdapat juga kolam pancing yang mengenakan bayaran RM3 sahaja sepanjang hari. Setiap tangkapan anda akan ditimbang dan caj dikira mengikut harga,berat dan jenis ikan. Bawa pulang hasil tangkapan anda itu atau upah mana-mana restoran untuk memasakkannya untuk anda,keluarga atau kumpulan anda, dengan sedikit bayaran upah.

5.         Aktiviti Memancing di Batu Ampar



Port para pemancing. Rezeki datang sini waktu adanya pertandingan memancing. So boleh nampak meriahnya tempat ni😊😊Tempat nice, Majlis Daerah patut upgrade tempat ni jadi tempat memancing yang selesa dan cantik, sampah merata. Please keep our environtment clean.Tempat terbaik untuk melepaskan stress dengan memancing di tepi sungai.. Walaupun boleh sesak dengan orang ramai.. Tapi sangat disyorkan. Tapak yang bagus kerana mereka membina platform konkrit di sana supaya anda boleh pergi ke pinggir air. Pemandangan yang bagus dengan angin sepoi-sepoi. Platform konkrit kecil di tepi sungai memberikan pandangan Sungai Langat yang luas yang mengalir menuju Selat Melaka. Menghadap sungai itu adalah Bukit Jugra dan tanah perkuburan Cina di cerun bukit. Namun, persekitaran cukup panas kerana tiada pokok-pokok rendang di sekeliling. Pemandangan matahari terbenam yang luar biasa.  Seronok apabila melihat perlumbaan paragliding lepas landas.


6.         Aktiviti  Trip Memancing  di Jugra

Jeti Kelanang merupakan salah sebuah jeti nelayan di Kuala Sungai Langat. Terletak di Kampung Kelanang dan berhampiran dengan kawasan bersejarah Bukit Jugra. Sejak tahun 2001, pihak MPKL bersama Berita Harian telah mengadakan pertandingan memancing GP sirkit Kebangsaan Peringkat Laut dalam. Pertandingan ini mendapat sambutan hangat orang awam,hampir 800 orang mengikuti pertandingan ini setiap tahun dan telah menaikkan nama Jeti Kelanang sebagai antara lokasi memancing yang popular di Selangor

Trip memancing ke Jugra ini boleh dilakukan secara terancang atau secara ad hoc sahaja. Pasti ramai nelayan yang akan menyewakan bot mereka untuk aktiviti ini. Pilih lokasi anda, laut dalam atau sungai. Lokasi memancing  ini memang menarik dan banyak ikan, cuma anda kena pastikan masa yang sesuai hendak turun, kena tengok jadual pasang surut air. Tentang harga, mereka ini (nelayan) boleh dibawa berbincang tetapi sebagai panduan anggaran harganya seperti berikut:

·    Sewaan Bot Laut Dalam.

1.         Lokasi:  Jeti Nelayan Kampung Kelanang.

Banting, Kuala Langat Selangor.

2.         Lokasi:  Jeti Nelayan Kampung Bandar

Rm 850.00 / trip - muatan 7 orang pemancing.



 S
ewaan Bot Sungai

1.         Lokasi:  Jeti Nelayan Kampung Kelanang.

Banting, Kuala Langat Selangor.

2.         Lokasi:  Jeti Nelayan Kampung Bandar

Bilangan pemancing : 5 Orang

Sewa Sampan + enjin + Tekong : RM200


Pengalaman Memancing Sungai

7.         Aktiviti River Cruise atau Menyelusuri Sungai dengan Bot

Ikuti perjalanan sekali seumur hidup ini di atas bot pelayaran menyelusuri sungai di Jugra untuk pengalaman yang benar-benar mendalam, bermakna dan peribadi dalam landskap yang kaya dengan ekosistem ini. Jadual perjalanan berlepas dari jeti-jeti Batu Ampar, jeti Pulau Carey, Jeti Kelanang, Jeti Kg. Bandar, menyelusuri sungai sepanjang lebih  20km dari Segenting Simpang Bandar hingga ke Kuala Jugra di sekitar Tanjung Tongkah, pergi dan balik. Sungai Jugra kaya dengan pelbagai jenis ikan yang menyediakan rezeki untuk nelayan tempatan dan pelbagai spesies burung air yang besar. Sepanjang tebingnya, kehijauan yang subur, lebih banyak spesies burung dan hidupan liar domestik boleh dilihat.  Menavigasi  sungai Jugra, ini adalah cara yang paling menyeronokkan dan bermanfaat untuk mengalami rantau ini, bagi mereka yang bersedia mengalami pengembaraan baru.




Kini, bagi pencinta alam semula jadi, disyorkan menyusuri hutan paya bakau di Sungai Langat (Jugra) dengan menyewa bot yang bertolak dari Jeti Kelanang atau Jeti Kg. Bandar. Dengan bayaran RM350 sebuah bot yang memuatkan maksimum sembilan penumpang, anda akan dibawa meneroka landskap sungai ditumbuhi pokok bakau sambil menimba pengetahuan mengenai ekosistem. Sepanjang mudik pergi dan balik, pelancong berpeluang cerah terserempak dengan burung bangau yang terbang rendah juga bersantai di gigi air bersama memerang dan monyet. Bawa sahaja kamera dan video anda untuk merakam momen terindah bersama keluarga dan alam sekitar.

8.         Aktiviti Sukan Laut

Kuala Langat yang terletak di pesisir pantai Selat Melaka mendapat kelebihan daerah ini berbanding daerah-daerah di pedalaman Selangor. Banyak aktiviti laut dapat dijalankan di sini. Sebagai contoh kedua-dua pantai di Morib dan Kelanang memberi peluang kepada para pengunjung untuk bersantai sambal menikmati keindahan laut yang membiru dan menenangkan. Antara aktiviti-aktiviti yang sedia ada  dan berpotensi diadakan di kedua-dua pantai berpasir ini ialah:

·         Berkelah

·         Berkhemah

·         Mandi laut

·         Mengutip kepah (Ketika air surut)

·         Menjaring ikan (dengan bot)

·         Mengisa (Menjaring ikan di pantai)

·         Memancing pantai

·         Menyelusuri garis pantai dengan bot

·         ‘Banana boat’

·         Snorkeling

·        Pertandingan Sukaneka seperti mengejar itik, memanjat tiang licin, berenang dan perahu         layar

 9.         Aktiviti Sukan Golf

Sukan golf kini bukan lagi eksklusif kepada golongan tertentu sahaja. Dengan sedikit bayaran, walaupun tanpa keahliaan para pengunjung boleh menikmati sukan yang menyihatkan ini di samping dapat mengagumi landskap di Kawasan ini.

Bagi para peminat golf yang baharu berjinak-jinak dengan kayu dan bola golf, jangan risau anda dapat mengasah skil kemahiran anda dengan mengunjungi driving range terlebih dahulu sebelum beralih ke padang golf sebenar yang ada di Morib dan di Pulau Carey:


MUTIARA GOLF DRIVING RANGE

Tempat : Junior Academy, Tongkah

Tel:  019-6451156 (Mr Sri)

Masa beroperasi : 7.00 pagi - 10.30 malam

Kemudahan : 10 bay

Bayaran Bola:

100 biji - RM 10.00

50 bini - RM 5.00

 

·    KELAB GOLF SRI MORIB

Tempat : Batu 38 1/2, Jalan Kanchong Laut Morib,

               42700 Banting Kuala Langat

Tel :        03-31982919 (Cik Suzana)

 

·     CAREY ISLAND GOLF CLUB

Tempat : c/o West Estate, 42960 Carey Island Port Klang,

                    Selangor Darul Ehsan

      Tel :        03-3318611 / 03-3318728

      Kemudahan : 36 par , 9 lubang

      KOLAM RENANG,      GELANGGANG TENIS,      PING PONG,      DART,      SNUKER

 

CADANGAN-CADANGAN PENGGALAKAN PELANCONGAN ARKEOLOGI DAN EKOLOGI DI JUGRA


A.    PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Sebagaimana yang telah Atok maklumkan di awal entri ini, kajian SWOT ke atas Jugra mencadangkan pembinaan  banyak infrastruktur untuk menampung kehadiran lebih ramai pelancong pada masa akan datang.Kalau sudah begitu saranan pengkaji ini, ada baiknya diikuti. Mula-mula kita pandang kepada kerajaan negeri dan anak buahnya PBT kita, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL). Apa dasar rancangan sebenar mereka untuk memajukan sektor pelancongan Kuala Langat secara amnya dan Jugra khususnya? Kelemahan yang ditunjukkan ialah Infrastruktur atau kemudahan asas. Daripada tinjauan Atok sendiri, pembangunan infrastruktur di kawasan bukit Jugra memang minimum. Memanglah kawasan Bukit Jugra ini kawasan warisan dan hutannya dizonkan sebagai hutan simpan, tetapi bukanlah bermakna tidak boleh langsung dimajukan! Bukan Atok nak suruh pulihkan atau tegakkan balik bangunan-bangunan seperti Hospital, Istana Jugra, Rumah Rehat, Masjid, Jugra Clubhouse atau  bangunan kedai-kedai seperti mana dahulu. Atok tahu kosnya terlalu besar.

Kerajaan Negeri  pasti mempunyai perancangan yang holistik untuk memastikan keunikan dan kepelbagaian etnik, warisan dan budaya serta kekayaan alam semula jadi kekal relevan sebagai aset dan daya tarikan utama pelancongan di negeri ini. Justeru, kerajaan negeri atau kerajaan tempatan, MPKL seharusnya bersedia memperuntukkan sejumlah wang yang banyak sebagai bukti komitmen mereka dalam pembangunan pelancongan di Kuala Langat terutamanya di Jugra, Kelanang, Morib dan Pulau Carey..

Cuma Atok minta sekurang-kurangnya MPKL:

1.   Bangunkanlah Dataran Jugra, siap dengan deretan kedai-kedai souvenir, kedai makan,restoran makanan laut atas air, surau, tandas awam, serta tempat parkir Bas Persiaran dan kenderaan lain. Biar penuh kawasan tanah lapang ini ditambak dan diturap sepenuhnya. Pastikan juga ada taman permainan kanak-kanak dibina. Tebing sungai itu ditambak dengan bongkah-bongkah batu serta mempunyai laman siar atau laluan berjoging. Hiasilah dataran ini dengan pokok-pokok bunga hiasan dan pepohon yang rendang yang memberi teduhan kepada para pengunjung. Bersihkan kawasan dan tapak serta catlah monumen-monumen bersejarah ini seperti Istana Bandar, Bangunan Pejabat Daerah Lama, Istana Jugra, Masjid Bandar dan seumpamanya dengan warna asalnya dahulu. agar para pengunjung dapat akses ke tempat tersebut. Letakkanlah papan tanda bermaklumat tentang sejarah monumen-monumen tersebut untuk makluman para pelawat.

2.     Kerajaan juga diminta menjadikan Istana Bandar sebagai Galeri Diraja Sultan Abdul Samad. Kumpulkan segala artifak, dokumen bersejarah dan barangan milik peribadi keluarga diraja ini.

3.      Minta pihak MPKL membina petting zoo bagi menarik pengunjung berkeluarga terutama yang mempunyai anak-anak kecil prasekolah mahupun di sekolah rendah. Adakan pelbagai jenis haiwan termasuklah beburung,unggas, rusa,  seladang, ayam hutan serta binatang ternakan seperti pelbagai jenis ayam, lembu, kerbau dan kambing di kawasan bawah Bukit Jugra.

4.   Mohon juga kerajaan melalui Lembaga Muzium Selangor, PADAT bagi membina bangunan baharu  dua tingkat di tapak padang awam di pantai Morib lama untuk dijadikan sebagai Muzium Kuala Langat. Bangunan dua tingkat ini akan mempamerkan bahan-bahan bersejarah dari seluruh Kuala Langat termasuk artifak, bahan penulisan, dokumen, gambar-dan foto lama serta bahan grafik, juga pameran bermusim atau berkala.Muzium ini nanti akan memaparkan kepelbagaian gambar dan artifak yang mencoretkan sejarah daerah Kuala Langat.

5.    Pencahayaan daripada tiang-tiang elektrik mestilah cukup terang dan jelas kepada pengunjung pantai ketika waktu malam. Deretan kiosk, gerai souvenir, gerai makanan dan minuman, medan ikan bakar,  perlu ditambah dari semasa ke semasa. Tempat letak kenderaan berturap diberikan keutamaaan. Kemudahan seperti tandas, ruang parkir, laluan kepada pengunjung termasuk untuk OKU disediakan secukupnya. Wakaf-wakaf rehat, bangku panjang untuk para pengunjung di pantai Morib dan Kelanang mesti ditambah.


6.  Bagi memastikan keselamatan kepada pengunjung Hutan Simpan dan Bukit Jugra, kenderaan persendirian kecuali basikal tidak lagi dibenarkan dipandu sehingga ke puncak bukit. Sebaliknya trem disediakan untuk mengangkut para pengunjung yang memerlukan. Para pendaki yang menggunakan laluan denai atau hutan seharusnya berdaftar dengan pejabat Perhutanan yang akan menyediakan malim untuk membawa mereka mendaki dan menuruni Bukit Jugra. Hal ini penting demi menjamin keselamatan para pendaki daripada laluan berbahaya atau tersesat.



7.      Naiktarafkan serta turap semula semua jalan atau laluan berbatu. Ini termasuklah jalan ke puncak Bukit Jugra hingga ke tapak lama markas TUDM. Di kawasan laluan denai mendaki yang agak curam dan berlaku hakisan tanah, buatkanlah tangga konkrit untuk keselesaan dan keselamatan pendaki. MPKL mestilah juga  menaiktaraf,melebarkan,menurap jalan raya sedia ada di Bukit Jugra, laluan ke Pantai Kelanang sehinggalah ke pantai Morib serta ke Kg. Bandar, untuk memastikan kelancaran perjalanan kenderaan termasuk trem ke tempat-tempat tersebut. Lampu-lampu seharusnya menerangi laluan-laluan ini sepanjang malam. Pasangkan lampu di setiap tiang sepanjang laluan  ke Jugra dan puncak Bukit Jugra ini. Biar Jugra dan bukitnya bermandikan cahaya pada waktu malam.

8.     Atok  juga minta kerajaan negeri bantulah MPKL untuk membina jeti baharu di Batu Ampar. Buatkan yang berkonkrit, besar dan gagah, boleh tahan paling kurang 50 tahun lagi. Pembinaan jeti berpontoon di Batu Ampar, Pulau Carey, Jeti Nelayan Kelanang dan Kg. Bandar untuk kemudahan masyarakat nelayan khususnya dan untuk menjamin aktiviti sukan dan rekreasi bertemakan air dapat dilakukan dengan penuh keyakinan kepada pengusaha dan peserta dari segi keselamatan dan keupayaan beroperasi

9.       Kerajaan negeri sepatutnya melihat aspek positif kewujudan inap desa atau 'homestay' sebagai produk pelancongan negeri yang perlu dibantu serta diperkasakan dan bukannya ditutup. Berikanlah peruntukan bagi melengkapkan kemudahan premis orang kampung program inap desa berkembang, malah lebih banyak rumah kosong dan terbiar dinaik taraf menjadi inap desa. inap desa kini mendapat sambutan menggalakkan dan menjadi tumpuan penginapan pelancong domestik yang mempunyai keluarga besar atau mencari penginapan murah. Ia adalah sebagai alternatif penginapan kepada pelancong. Kedudukan sesebuah homestay juga menjadi kekuatan kepada pemilihan sesebuah homestay oleh pelancongan. Sawah padi saujana mata memandang mahupun keindahan pantai juga menjadikan aktiviti sesebuah homestay berbeza dan unik.  Komoditi utama negara seperti kelapa sawit, getah dan koko sentiasa menjadi perhatian para pelancong dan sentiasa menjadi persinggahan bagi para pelancong untuk mendekati secara dekat mahupun menyentuh tumbuhan ini.

 B.    DANA GERAN SOKONGAN PELANCONGAN, SENI & BUDAYA (GSPSB)

Ia bertujuan menyemarakkan dan mengaktifkan semula sektor pelancongan, seni dan budaya agar terus berdaya saing melalui pemberian sokongan dan bantuan insentif kepada pihak swasta serta persatuan bukan kerajaan (NGO) penggiat industri bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi. Penggiat industri yang layak memohon GSPSB termasuklah syarikat dan organisasi swasta tempatan, syarikat berkaitan kerajaan negeri, anak syarikat di bawah kerajaan negeri dan NGO tempatan.

 C.    PROGRAM PELANCONGAN BERKALA

Seharusnya program pelancongan yang dirancang dapat menarik ribuan pengunjung ke tempat-tempat percutian ini. Program-program mungkin sahaja bersifat umum dan pelbagai seperti Pesta Makanan. Pesta Sukaneka Rakyat sempena Keputeraan Sultan, Pameran Artistik, Seni Kontemporari dan Tradisional, Pertandingan Memancing, Pertandingan Sukan Air, Pameran Kraftangan boleh sahaja dibuat sepanjang cuti-cuti persekolahan atau pada hujung minggu. Libatkanlah penyertaan ramai pihak dan peserta daripada negeri -negeri lain atau di peringkat antarabangsa.

Tourism Selangor seharusnya;

·    menggunakan semua saluran media yang sedia ada mahupun media alternatif serta penggunaan lawan web rasmi Tourism Selangor,

· membuat promosi ke seluruh negara yang turut mengedarkan risalah pelanconganberkaitan homestay cetakan Tourism Selangor kepada masyarakat umum bagi membolehkan mereka mendapat maklumat dan merancang percutian homestay mereka.

·    Menyediakan Pakej-pakej yang menarik dengan pelbagai aktiviti yang bersesuai dengan lokasi sesebuah homestay 

Homestay yang berlesen dan sentiasa menjadi keutamaan kepada Tourism Selangor dalam aktiviti promosi dalam dan luar negara serta menjadikan ianya antara pakej utama bagi kunjungan Negeri Selangor. Terdapat beberapa homestay utama dan popular di daerah Kuala Langat seperti Homestay Kampung Sungai Lang Tengah,  Homestay Kampung Endah, Homestay Kampung Batu Laut, Homestay Kanchong Darat, Homestay Kampung Kundang,  di samping ratusan lagi homestay kecil-kecilan milik persendirian di serata  daerah Kuala Langat ini.

Contoh: Inap desa Kampung Lang Tengah diberi jaminan merasai pelbagai pengalaman selain menimba pengetahuan berguna menerusi pilihan pakej antaranya, merentas desa dan beriadah dengan ATV, Pakej Ladang, menyusuri hutan paya bakau, Pakej Kembara, mesyuarat dan satu pakej khas untuk generasi muda seperti pelajar sekolah menimba ilmu mengenai penternakan ruminan secara fidlot berteraskan teknologi hijau. Ladang ternakan lembu dan kambing biri-biri milik KOPSAL dibuka tiga tahun lalu mampu memberi nilai tambah terhadap iklim pelancongan tempatan dengan menyediakan aktiviti berinfomasi buat peserta inap desa. Dengan bayaran RM5, peserta diberi peluang berinteraksi dengan haiwan ternakan itu, memberinya makan malah merakamkan foto kenangan. Bayaran RM10 dikenakan kepada mereka yang ingin merasai pengalaman menangkap dan mengejar biri-biri.Hadiah sagu hati diberikan kepada mereka yang berjaya menangkapnya. 

 D.   KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR

Alam sekitar penting bagi semua kehidupan. Kini alam sekitar semakin dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu,kempen-kempen yang sesuai perlu dilaksanakan untuk membendung masalah alam sekitar. Pihak kerajaan dan pertubuhan alam sekitar seperti Tabung Alam Malaysia (WWF Malaysia) dan Persatuan Pencinta Alam (MNS) perlu berusaha untuk memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar melalui pelbagai kempen dengan melibatkan ramai penjung dan pelancong serta juga para pelajar sekolah dan universiti tempatan.

      1.   Kempen Kitar Semula

Kitar semula ialah proses mengitar semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, menjimatkan sumber, mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan bersih, menggurangkan penggunaan tenaga, menyelamatkan hutan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

     2.    Kempen Anti Beg Plastik

Kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' ini bertujuan bagi membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa. Kempen pengharaman penggunaan beg plastik akan dilaksanakan sebagai langkah ke arah memelihara alam sekitar dan mempromosikan teknologi hijau. Orang ramai digalakkan membawa beg sendiri semasa membeli-belah atau menggunakan beg mesra alam. Bahan campuran kimia boleh merosakkan keseimbangan ekosistem dan memberi kesan buruk kepada bumi iaitu pemanasan global.

    3.    Kempen Cintailah Sungai Kita

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menganjurkan kempen "Cintailah Sungai Kita" sejak tahun 1993 dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran tentang betapa pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu bagi menimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan mencintai sungai. Kebersihan sungai bukan tanggungjawab sebuah kementerian sahaja. Banyak punca-punca pencemaran yang dikenal pasti memerlukan penglibatan lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk mengatasinya. Di samping itu penglibatan pihak swasta, komuniti setempat, masyarakat umum dan pelajar sekolah juga perlu bagi menjamin sungai-sungai kita bersih.

    4.     Kempen Laut Bebas Plastik.

Jabatan Perikanan Malaysia boleh menganjurkan Program Kempen Laut Bebas Plastik. Pasti banyak  sampah akan berjaya dikutip sepanjang pesisiran Pantai Kelanang dan Morib nanti. Selain itu, boleh juga diadakan aktiviti lain seperti, pertandingan mewarna, pertandingan memasak, pameran dan forum perkongsian ilmu daripada wakil Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), serta universiti -universiti tempatan.

E.    JENIS-JENIS PAKEJ PELANCONGAN

Pakej Warisan:

-Lawatan ke Monumen-monumen Bersejarah di Jugra, Kg. Bandar, Muzium Kuala Langat di Morib, Rumah Datok Sidek di, Kanchong Darat, Balai Polis Lama di Telok Datok, Muzium Plantation dan Mah Meri  Cultural Village di Pulau Carey, Kilang Kerepek, Pasar Kemboja, Kunjungan ke Majlis Perkahwinan (Event sebenar).

Pakej Pembelajaran:

-Bukit Jugra Hiking, Jugra River Cruise, Ladang Sawit, Ladang Fidlot, Mah Meri Cultural Village, Kilang Kerepek

Pakej Marina:

-Trip Memancing Laut, Trip Memancing Sungai, Snorkeling, Jugra River Cruse, Memukat Pantai, Kayaking, Batu Laut Yacht Sailing

Pakej Xtreme:

-Bukit Jugra Paragliding, Bukit Jugra Hiking, Bukit Jugra Abseiling, Jugra Flying Fox,

Okaylah, itu semua merupakan contoh-contoh pakej dan aktiviti-aktiviti yang telah serta masih dibuat oleh pengusaha-pengusaha pelancongan, tapi kalau Atoklah, mungkin fokus Atok lain pulak. Sepertimana yang Atok sebutkan tadi di permulaan perbincangan kita ini, objektif kita untuk menjadikan Kuala Langat sebagai destinasi pelancongan, at least untuk program 3 hari 2 malam (3D2N) pada hujung minggu. Pakej bernilai RM 350 per pax (all inclusive). Peserta merupakan kumpulan kecil, keluarga, kawan-kawan, minimum 10 orang, menggunakan van pelancong. Korang tengokkanlah itinerary yang telah Atok rancangkan untuk program ini. Komenlah sikit tentang kos, aktiviti, masa  dalam ruangan komen nanti ya. Wasalam.

JUMAAT

3 pm       - Check-in homestay. Taklimat dan penerangan Program

               - Pemberian kain batik dan kain pelikat sebagai cenderahati

               - Berehat dan pengurusan diri

8 pm       - Makan malam di Homestay

10 pm     - Berehat dan Tidur


SABTU

7  am       -Sarapan pagi di warung kampung

8  am       -Kunjungan ke Pasar Kemboja, Kanchong Darat

10 am      -Kunjungan ke Tempat Bersejarah di Kg. Bandar (Park and Ride)

                        - Masjid Bandar

                        - Istana Bandar

                        - Sekolah Kebangsaan Bandar

11 pm     - Kunjungan ke Tempat Bersejarah di Jugra (Park and Ride)

                        - Muzium In-situ

                        - Istana Jugra

                        - Rumah Api Jugra

                        - Petting Zoo, dll

12.30pm - Makan Tengah hari di Jeti Kelanang dan berehat

2 pm       - Kunjungan ke Pantai Kelanang (Park and Ride)

3 pm       - Kunjungan ke Pantai Morib (Park and Ride)

               - Muzium Kuala Langat

4.30pm   - Lawatan ke kilang Kerepek, Kanchong Darat

5.30pm   - Kembali ke Homestay

               - Berehat dan pengurusan diri

8 pm       - Makan Malam di Restoran Ikan Bakar, Morib

10 pm     - Berehat dan Tidur


AHAD

7 am       - Sarapan pagi di warung kampung

8 am       - River Cruise di Jeti Batu Ampar (Park and Ride)

10 am     - Kunjungan ke Mah Meri Cultural Village, Pulau Carey (Park and Ride)

12 pm    - Kunjungan ke Plantation Museum, Pulau Carey (Park and Ride)

1-2 pm   - Jemputan Makan Kenduri  (Sebenar)

2 pm      - Kembali ke Homestay 

3 pm      - Program tamat, Check-out Homestay





Sejarah Menarik Rumah Rehat, dan Halting Bungalow di Seremban

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat semua umat Islam dan peminat blog Atok ini. Syukur alhamdulillah atas segala limpahan rahmat Allah...