Selasa, 26 November 2013

Perkembangan Awal Telok Panglima Garang: 1860 hingga 1910

Memang betul dan tepat kata pepatah Inggeris, A picture worths a thousand words”. Sekeping gambar menceritakan banyak perkara. Jadi, peta yang aku jumpa ini, semestinya bahan grafik (gambaran), menceritakan secara terperinci tentang sejarah,kehidupan dan dasar pembangunan negeri  masa itu. Kita di Telok memang bertuah kerana terletak  di antara dua batang sungai utama di Selangor ini, Sungai Klang dan Sungai Langat, yang banyak mencatat sejarah kerajaan Selangor

Pembukaan Petempatan Baru dan Tanah Pertanian
Sebenarnya, kewujudan Telok sebagai petempatan seiring dengan pemilihan Jugra sebagai pusat pemerintahan kerajaan kesultanan Selangor dahulu.  Kedatangan kaum Melayu Dagang dari Sumatera dan Aceh merupakan perintis  dan peneroka di Telok. Apabila Jugra dan kemudiannya Bandar Temasya dimajukan, sudah semestinya menarik golongan-golongan pedagang, peniaga dan rakyat biasa untuk mengadu nasib di sini.



Sebelum pentadbiran British diperkenalkan keadaan penempatan di Kuala Langat tidak menunjukkan kemajuan dan  bertaburan. Perkampungan kecil didapati di sepanjang tebing Sungai Langat. Kawasan pedalaman masih lagi diliputi hutan belantara dan paya. Namun demikian, ada beberapa bukti yang menunjukkan penghijrah-penghijrah dari Sumatera dan Jawa turut datang, tetapi di dalam bilangan yang amat sedikit sekali. Pada tahun 1860-an, sejumlah kecil penghijrah-penghijrah dari Sumatera, yang terdiri dari orang-orang Mendailing, Rawa dan Batu Bara, telah datang ke Selangor. Sesetengah daripada penghijrah-penghijrah ini mungkin telah bergiat dalam perlombongan bijih timah secara kecil-kecilan di kawasan pedalaman.

Dalam sistem pemerintahan feudal yang diamalkan sebelum campurtangan Inggeris pada tahun 1874, kesemua tanah  termasuk hutan rimba,di negeri ini milik Sultan. Tanah-tanah di Jugra termasuk di Morib milik sultan dan kerabat baginda. Jadi, rakyat lain digalakkan membuka tanah-tanah pertanian bagi menampung ekonomi Jugra. Beberapa orang kerabat diraja juga telah membuka tanah-tanah pertanian untuk penanaman tebu dan kelapa di sekitar Kelanang dan Morib. Ada di antara mereka dianugerahkan 2000 ekar untuk dikerjakan.Golongan bangsawan dan pertengahan yang lain juga mendapat hakmilik tanah  kurniaan sultan dengan bayaran premium sebanyak dua sen sahaja bagi setiap ekar. Tetapi tanah tersebut masih lagi dalam keadaan asalnya, hutan tebal.Terpulanglah kepada pemilik untuk  mengerjakannya atau tidak, setelah pembayaran dibuat. Saiz tanah mereka juga agak luas .


Setelah kerajaan Inggeris  ‘memerintah,’ mereka masih meneruskan  dasar pengutipan cukai tanah tersebut sehinggalah Enakmen Tanah 1911 digubal. Walaupun hasil utama negeri datangnya daripada cukai bijih timahdan hasil hutan, British melihat potensi tanah pertanian yang luas sebagai  sumber hasil negeri pada masa akan datang. Lagipun, mereka ingin menukarkan ekonomi sara diri yang diamalkan sebelum ini kepada ekonomi perdagangan dunia, sesuai dengan permintaan dunia terhadap barangan makanan dan sumber mentah ketika Revolusi  Perindustrian memajukan dunia Barat.

Maka, kemasukan kaum pendatang Melayu Dagang terutama Jawa, Aceh, Mendailing dan Minangkabau amat dialu-alukan. Kaum Jawa pula merupakan pekerja kontrak yang dibawa masuk oleh agen-agen British di Pulau Jawa untuk bekerja di ladang-ladang milik Inggeris, walaupun gelombang kedua datang bukan sebagai pekerja kontrak tetapi peneroka bebas. Merekalah yang banyak membuka kawasan-kawasan petempatan baru di Klanang dan Sepang, dan kawasan-kawasan lain di Kuala Langat termasuk di Sijangkang dan Jenjarom. Pembukaan kampung-kampung dan hutan untuk petempatan  mula dapat dikesan dengan jelas kira-kira pada tahun 1880-an.


Pada tahun 1887, seorang yang bernama Haji Kei [Kiyai] Abdul Kadir dari Padang, Muar, telah menulis surat kepada Collector Magistrate, Langat untuk memohon tanah di daerah Kuala Langat. Permohonan beliau telah diterima dan mendapat sokongan yang kuat dari Collector Magistrate, Langat. Dalam proses memilih dan meluluskan permohonan-permohonan tanah, nampaknya CollectorMagistrate tempatan lebih mengutamakan dan mempercayai pemohon-pemohon Jawa daripada pemohon-pemohon Melayu tempatan. Petempatan di Kelanang dibuka oleh Haji Kiyai Kadir, dan Tanjung Dua Belas pula dibuka oleh Encik Sadik.Sehingga akhir tahun1880an, Hj. Kiyai Kadir terus berusaha mendapatkan tanah baru di kawasan Kelanang dan usaha beliau itu telah diikuti oleh penghijrah-penghijrah Jawa yang lain.


 Pada tahun 1890-an, disamping pembukaan penempatan-penempatan, perkembangan yang penting di Selangor ialah pengenalan pertanian ladang, dengan kopi sebagai tanaman utamanya. Tunku Dia-Udin yang mempunyai tanah seluas 2,000 ekar yang belum dikerjakan. Beliau sedang membersihkan seluas 150 ekar darinya dan telah mengatur kerja_kerja untuk membawa masuk orang Jawa untuk tujuan penanaman kopi di atas tanahnya. Pada tahun 1896, Penolong Pegawai Daerah Kuala Langat, telah meluluskan 1,000 ekar tanah lagi kepada pemohon-pemohon yang kebanyakannya terdiri dari orang-orang Jawa kerana pada pendapat beliau....

 . . .the great feature of the development of the district at present is the marked activity in planting circle at Klanang, which may without much exaggeration be described as booming in respect of Javanese.
..“Everyone who is familiar with Javanese conditions understands that colonization on a large scale has chance of success only if the Javanese receive an area where under their own leaders and administrative system, they devote themselves quietly to agriculture as the mainstay of their livehood." 
Sememangnya, kemajuan awal Kuala Langat dan Telok banyak terhutang budi kepada pengorbanan kaum Jawa.   

                        
Peta Lakar:  Jalan Raya Klang - Jugra, 1898

                                                            
Selangor 1901

                                                                            
Telok 1911

Prasarana/Infratruktur

Sebagai pusat pentadbiran negeri, sebelum dipindahkan ke Klang dan seterusnya ke Kuala Lumpur, Jugra dilengkapi dengan prasarana yang sepatutnya dimiliki. Pejabat-pejabat kerajaan, Banglo Residen, kuarters pegawai dan pekerja, hospital daerah menunjukkan kewujudan Inggeris sebagai pemerintah sebenar. Hampir keseluruhan kawasan Jugra dan Bandar sudah diteroka dan dimajukan.

Pembinaan jalan darat dari Jugra ke Klang juga memberi impak penting kepada kewujudan kampung-kambung sepanjang laluan tersebut. Hutan tebal dan hidupan liar bukan lagi halangan besar kepada peneroka-peneroka awal yang berani ini. Bahkan Inggeris membayar wang ganjaran bagi setiap binatang buas yang ditangkap atau ditembak. Dengan pemberian tanah pertanian oleh Inggeris dan bantuan insentif untuk tanaman, mereka gigih mengerjakan tanah tersebut secara bergotong royong bersama ahli keluarga dan jiran sekampung. Pembukaan estet-estet  di sepanjang laluan tersebut dan di Pulau Carey juga menjadi pemangkin perkembangan Telok. Di sebelah kiri jalan raya tersebut, kawasan estet dan kampung manakala di sebelah kanannya masih lagi diselubungi Hutan Simpan Kuala Langat Utara sehinggalah ke Klang. Kereta lembu merupakan pengangkutan utama membawa manusia dan barangan di laluan tersebut, menggantikan sampan dan tongkang di sungai.

Dengan kehadiran beribu-ribu pekerja asing India dan Cina di estet, Telok kini merupakan petempatan penting dan singgahan pegawai-pegawai dan pengurus ladang berbangsa British dari Jugra ke Klang.Walaupun tidak terdapat sebarang jambatan dibina merentangi Sungai Langat, perkhidmatan feri disediakan di Segenting ke Kampung Bandar dan ke Pulau Carey atau  Jugra Island pada masa itu. Justeru, Telok kini bercirikan sebuah pekan dan berfungsi sebagai  hab atau pusat pengumpulan hasil pertanian dan juga keperluan harian penduduk setempat.  Sebuah sekolah vernakular Melayu  atau Sekolah Melayu yang ditanggung sepenuhnya oleh Inggeris mula dibina dan beroperasi di Telok pada tahun 1900.

Kegiatan Ekonomi
Sebelum kehadiran Inggeris, mata pencarian penduduk di Telok  sama seperti mana jua penduduk-penduduk lain di serata Malaya. Mereka menangkap ikan di sungai ,mengeringkan ikan sebagai ikan masin, menetak nipah untuk dijadikan atap, bercucuk tanam seperti pisang,ubi, dan padi bukit, di samping pokok-pokok dusun seperti durian dan manggis. Pertanian masih untuk sara diri, mungkin sebagai barter trade, tetapi bukan dagangan komersial. Ada tertulis dalam catatan Inggeris tentang tanaman padi sawah di  Jugra dan di sekitar Kuala Langat tetapi bukan di Telok. Kemungkinan juga penduduk di Telok mendapatkan bekalan beras mereka dari pesawah-pesawah di Hulu Langat atau dari pekedai di Jugra dan Klang. Kemudian setelah kedatangan British yang memperkenalkan tanaman dagangan seperti kopi, kelapa dan getah, mereka mula memfokuskan tanaman tersebut di tanah milik mereka. Namun mereka masih mengekalkan tanaman pelbagai baka untuk keperluan keluarga mereka sendiri.

Bagi kaum Jawa pula, biasanya bekalan makanan diperolehi dengan cara mengambil upah menebas, dan membuat parit di kawasan yang berdekatan dengan tempat penerokaan tersebut. Selain dari itu, mereka juga menjual rotan dan nibong. Setelah selesai membersihkan hutan, peneroka-peneroka akan menanam tanam-tanaman yang dapat menampung keperluan harian mereka seperti sayur-sayuran, ubi-ubian, pisang, jagong dan padi bukit. Untuk menambahkan pendapatan mereka sementara menunggu tanam-tanaman mereka itu mengeIuarkan hasil, peneroka-peneroka itu akan bekerja sebagai buruh-buruh bebas di ladang-ladang. Biasanya kerja-kerja itu dilakukan di sebelah pagi, sementara di sebelah petang mereka terus mengerjakan kebun-kebun mereka sendiriKesimpulannya, kehidupan rakyat semakin makmur dan selesa walaupun pada hakikatnya mereka di bawah penjajahan Inggeris. Taraf hidup mula meningkat. Mereka sudah mula dapat mengatur kehidupan mereka dengan lebih berani.

 DOKUMEN-DOKUMEN RASMI TENTANG TELOK PANGLIMA GARANG

TAHUN 1885




TAHUN 1888




 TAHUN 1894




TAHUN 1896









                          

                        

                         


                            
TAHUN 1897


TAHUN 1899





 TAHUN 1900






 TAHUN 1901



 TAHUN 1905









 TAHUN 1906





 TAHUN 1908












 TAHUN 1909



 TAHUN 1910




 rumah pekerja di estet
                                                           


Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
3 AUG 1896
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0064574W
Hit
:
18
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
31 OCT 1896
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0066110W
Hit
:
18
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
27 DEC 1895
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0060890W
Hit
:
17
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT



















Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
23 OCT 1894
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0052149W
Hit
:
23
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
28 NOV 1895
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0059383W
Hit
:
23
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT




Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...