Isnin, 25 Januari 2021

Kehidupan Merentas Masa di Sekitar Kuala Langat dan Sepang (Sekitar Jugra, Kg. Bandar, Kg. Kelanang, Banting, Morib, Tanjung Sepat sehingga kawasan Sepang)

Salam buat semua. Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad SAW, ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya, serta buat semua umat Islam, tak kira di mana korang berada.Mudah-mudahan diampuni Alah SWT kita semua. Alfatihah buat semua umat Islam yang terlebih awal mendahului kita ke  alam Barzakh. Kabare wak? Atok macam biasa jer, tetap keras....Hahaha.

Entri Atok kali ini spesel sikit. Atok nak kurangkan bercakap. Pasal apa?Pasal Atok dah buat kajian dah. Korang lebih suka Atok tayangkan lebih banyak gambar-gambar lama daripada celoteh Atok yang panjang lebar tu..Nak buat cam mana, dah feel Atok suka bercakap, bercerita masa depan budak-budak di kelas. Korang ingat senang ke nak kurang bercakap kalau dah nama kau Cikgu?Tak percaya tanya menteri-menteri bekas cikgu tu...Hal sejengkal kalau dia bercerita boleh jadi sedepa. ..itulah kemahiran seorang guru yang Allah anugerahkan. Cakap dia jadi perhatian dan ikutan manusia lain.

Tapi takpe Atok faham...Sekeping gambar menceritakan seribu perkataan. Jadi korang tengok-tengoklah gambar-gambar yang Atok jumpa dan kumpulkan di internet untuk kita imbas kembali kehidupan yang pernah Atok dan kita semua lalui suatu masa dahulu di Kuala Langat dan Sepang. Sepang dahulu merupakan sebahagian daripada daerah Kuala Langat. Sebab itulah Atok sertakan sekali dalam entri kali ini. Atok akan ceritakan sikit-sikit jer untuk panduan korang. Kalau nak tanya, tulis kat ruang komen, nanti insha Allah Atok atau sesiapa yang sudi membalas komen dan soalan kamu semua.Ok, jom kita....

JUGRA DAN KG. BANDAR


Almarhum Baginda Sultan Abdul Samad bergambar dengan para pembesar,pendekar dan pekerja istana

Istana Bandar Temasha milik Almarhum  Baginda Sultan Abdul Samad 




Istana Sedang Masa, Jugra  Maklumat danTarikh tidak diketahui

Istana Sedang Masa setelah ditinggalkan oleh waris terakhirnya. Maklumat dan Tarikh tidak diketahui

Istana  Almarhum Baginda Sultan Abdul Samad di pinggir kaki Bukit Jugra

Puing-puing istana Bukit Jugra yang masih berdiri





Istana Long Puteri milik cucunda Almarhum Baginda Sultan Abdul Samad 

Upacara penuh adat istiadat pengkebumian Almarhum  Baginda Sultan Abdul Samad 




Makam Almarhum  Baginda Sultan Abdul Samad
  di kaki Bukit Jugra berdekatan Kg. Permatang Pasir

Tanah Perkuburan milik keluarga Diraja Selangor di Kg. Bandar

Pekan Jugra Lama yang mula terbiar pada tahun 1910

Barisan Rumah Kedai dua tingkat di Pekan Lama Jugra






Kesan Peninggalan Pejabat Daerah Kuala Langat Pertama di Bukit Jugra




Depoh Penyimpanan Peluru Meriam Kubu dan Istana Jugra


Istana Bandar milik Almarhum  Baginda Sultan Alaudin pada tahun 1910





Masjid Diraja Kg.Bandar

Istana Bandar setelah dibaikpulih dan dijadikan Institut Tahfiz Selangor


Sekolah Kebangsaan Bandar yang dibina dalam tahun 1894

Blok Bangunan Sekolah yang sama masih tegak berdiri

Rumah Api Jugra binaan British yang masih tegak berdiri

Pandangan dari Bukit Jugra menghadap  Kuala Jugra dan Selat Melaka


KG. KELANANG

Bangunan Asal Sekolah Melayu Kg. Kelanang

Bangunan sekolah yang dibangunkan buat kali kedua  di Kg.Kelanang

Sekolah  Rendah Seri Lanang yang dibina kerajaan dalam tahun 1970-an

Barisan Guru bergambar dengan Pengurusan PIBG Sekolah sebagai kenang-kenangan


Rekabentuk menarik Menara Masjid Kg. Kelanang yang dibina dalam tahun 1970-an

Pantai Kelanang-    Destinasi Tarikan Pelancong terbaharu untuk Daerah Kuala Langat


BANTING
Deklarasi Kemasyhuran Banting sebagai Petempatan pada tahun 1916

Bangunan Pejabat Pos Banting yang dibina seawal tahun 1910.
Bangunan ini terbakar dipercayai akibat lintar pintas pada tahun 2010.



Deretan kedai di Banting yang dipercayai dibina sebelum Perang Dunia Kedua.




Panggung Wayang Lido yang pernah menjadi medan percintaan
 muda-mudi  di Banting suatu masa dahulu


Kuarters polis di IPD Kuala Langat Banting dalam tahun 1970-an

Gambar kenangan anggota polis Banting dalam tahun 1980-an

Pemandangan Bangunan dan Kuarters IPD K.Lgt di Banting dalam tahun 2020

Projek Pembangunan Luar Bandar di Sg. Kelambu dan Sg. Lang dalam tahun 1961

Murid-murid sekolah berbaris di kiri kanan jalan menyambut ketibaan Menteri Besar Selangor untuk majlis perasmian tersebut.

AJKK Kampung dan AJK Masjid serta kanak-kanak bergambar
 sebagai kenangan selepas  upacara majlis tersebut

Salah seorang penduduk beraksi dengan kereta terbaharu berjenama LEMAN di kampung tersebut.

Para Guru SK Sg. Lang suatu masa dahulu.


Klinik Bidan Kg Sg. Lang yang dibina pada tahun 1963 masih kekal hingga kini




Gambar kenangan Keluarga Allahyarham Hj. Sidek yang mengharumkan nama Banting dan Kuala Langat suatu masa dahulu




KUALA LANGAT (TEMPAT TIDAK DIKETAHUI)

Klinik dan rumah bidan kerajaan pada tahun 1970-an

MORIB

Pemandangan sekitar Rumah Rehat Kerajaan di Morib pada tahun 1930





Lokasi Kedudukan Lapangan Terbang Morib di Kelanang
 ketika Pendudukan Jepun dalam Perang Dunia Kedua




Pendaratan Tentera Berikat di Morib pada bulan September 1945






Kanak-kanak daripada keluarga tahanan Komunis di Kem Jepun di Morib pada tahun 1950-an

 Acara panjat tiang licin dalam Pesta Mandi Safar di pantai Morib pada tahun 1970-an



Bangkai ikan paus yang mendarat di Tanjung Pecah, Morib dalam tahun 1972


Kes pembunuhan berprofil tinggi Allahyarhamah Sosilawati dan beberapa orang rakannya di Morib dalam tahun 2010


TANJUNG SEPAT

Pintu Masuk ke Kampung Baharu Tanjong Sepat pada tahun 1950-an



Kampung Baharu Tanjung Sepat sekarang

 
DAERAH SEPANG

KG, SUNGAI PELEK,
Pekan Sungai Pelek  dahulu

Pekan Sepang lama dahulu

Rumah Tradisional Tok Penghulu Sg. Pelek
Pekan Sungai Pelek sekarang

SALAK TINGGI
Petempatan awal penduduk di Kg. Labu Lanjut, Salak Tinggi


KG. JENDERAM
Diorama kehidupan manusia zaman neolitik di Jenderam

Tapak asal perkampungan manusia neolitik di Jenderam
 Kelihatan pemimpin-pemimpin API  (Angkatan Pemuda Insaf) bergambar dalam kongres mereka dalam tahun 1946 di Melaka. Mereka merupakan golongan Melayu berhaluan kiri. Ramai orang Melayu Jenderam bersimpati dengan perjuangan mereka

Tunjuk perasaan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) yang anti British  DAN  pro komunis pada era Darurat dahulu. Pemuda -pemuda Jenderam turut membantu komunis di  kawasan Kuala Langat dan Kajang, Selangor

Gerakan AWAS di Kg Jenderam pada tahun 1948

Pada 5 Februari 1951 seramai 1500 penduduk melayu Jenderam, Sepang, Selangor telah dipindahkan ke kem tahanan Kluang , Johor .
Kanak-kanak merupakan sebahagian  daripada penduduk kampung yang dihantar pulang kembali  ke Kg Jenderam pada tahun 1960








Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...