Menurut cerita orang-orang dulu-dulu, kawasan Banting ini dahulunya sebuah hamparan tanah sawah yang sering digenangi air dan dipanggil tanah paya atau lembah. Petani pada masa itu menggunakan bajak atau tenggala yang diheret oleh “banteng” iaitu sejenis kerbau yang memiliki kekuatan tenaga dan garang. Bermula dari nama kerbau itulah kawasan ini diberi nama Banting. Wallahualam.(wah, skema sungguh bunyi intro aku kali ini,kan? Hehehe. Mengikut catatan Inggeris, Banting diwujudkan pada tahun 1916. Itu cerita dulu.Kini Banting terkenal satu dunia pasal kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati dan 3 orang lagi sehingga takut orang luar nak meminang orang Banting....Acah jer.
Cerita aku dengan Banting pulak agak panjang kisah cintanya. Aku kenal Banting sejak sekolah rendah lagi. Masa tu aku bersekolah kat MES Telok Datok..sekolah omputeh termasyhur di Kuala Langat. Jauh tu! Dari Telok ke Telok Datok hampir 10 batu (16km). Kenapa aku bersekolah sejauh itu sedangkan kat Telok ada sekolah kebangsaan? Itu korang kena tanya arwah abah dan atuk aku (Alamat terkini Jalan Pusara a.k.a Alor Pak Datu a.k.a Jalan Kubor). Darjah Satu (tahun 70) , atuk aku yang hantar hari-hari pertama aku bersekolah. Lepas tu, aku ngan kakak aku naik kereta sewa(prebet sapu) ke sekolah. Darjah 2 aku seorang jer (akak aku abah aku tukarkan ke SK TPG) naik bas sekolah Cina Botak, Cina Jenjarom tu. Pagi-pagi lagi seawal 5.45 pagi aku, Faizal Timah Lawa dan ramai lagi budak Telok dan Sijangkang dah bertolak menuntut ilmu di sana. Kalau tak silap aku mak aku bayar tambang RM 10 sebulan kat Cina Botak tu. Seronok sekolah kat sana.
Sampai sekolah jam 6.30 pagi..kitorang mula main galah panjang dan sepak takraw (bawak sendiri ler) sementara tunggu loceng masuk kelas. Apa lebihnya sekolah omputeh ni, aku pun masih blurr..tapi ok pasal semua bangsa ada..lagipun BI aku agak ok berbanding budak SK Telok. itu jer! Walaupun sekolah kristian (aku ingat lagi kat belakang sekolah tu ada gereja kecil dan dewannnya ada piano) tapi aku tak pernah ambil peduli lagipun mana ada father,brother, sister lagi? Ustaz, ustazah,father dan mother, brother,sister aku adalah! Totally Malaysian! Teringat aku masa tu kantin sekolah rendah berkongsi dengan sekolah menengah (sebelah jer).Pengusaha kantinnya berbangsa Cina..Aku telan jer... mana ada fikir-fikir pasal halal haram masa tu ? (Ramai Melayu masih minum dan mencekik di kedai Cina masa tu) Ustazah ngan Ustaz tak cakap apa-apapun....tapi aku sebenarnya tak selalu minum di kantin..pasal aku bawa bekal ke sekolah..maklumlah anak konduktor bas. Aku teringat sampai sekarang kisah prihatin cikgu BI aku (Cina Kristian) tolong jahit seluar aku yang terkoyak masa di kelas, kelantangan dan garangnya Cikgu Singh (berserban) guru darjah 5 aku ketika mengajar BI..Kalau tak siap kerja,maak...berdepik tengah belakang aku kena hantam sama itu Banggali.
"Kalu saya tembeleng kamu, nanti balik rumah dengar radio ada ngggggg (berdengung telinga)"
Kecut perut aku ngan Benggali tu ..nampak serban dia je..aku dah lari jauh. Takut punya pasal aku lulus penilaian Darjah Lima dengan 1A 4B (A tu English ler).Thank you Sir..
Masuk Darjah 6 aku dah panjang langkah ke Banting. Banting ke Telok Datok dalam sebatu jer.. Tapi aku sebenarnya tak sampai Pekan Banting lagi, cuma kat library lama tepi sungai. Bangunan tu, masa tu aku tengok pun dah uzur benar. kalau nasib tak baik ditelan Sungai Langat..Pokok bakau belakang bangunan tu jer. Aku seronok ke sana untuk baca dan pinjam buku cerita novel kanak-kanak Enid Blyton (harap ejaannya betul). Untuk ke Banting aku kena lalu merentas pejabat pertanian dan kebunnya...Sambil lalu sambil merasa buah susu yang sedang masak ranum. Aku rasa masa tu abang Allykalam (orang kampung aku) dah kerja kat situ kot?
Ini jambatan ketiga Banting di tapak yang sama
Lepas tu.ikut tepi jalan raya melintas Balai Polis Banting lama (kini Giat Mara Banting) dan seberang jambatan untuk ke Banting. Masuk sekolah menengah form 1, aku pakai seluar panjang kaler hijau. Aku batch pertama pakai seluar hijau kerana sebelum tu budak sekolah menengah masih pakai seluar putih..Aku beli seluar panjang pasal masa tu bulu kaki aku dah mula panjang...geli aku tengok budak-budak India dan Benggali masih pakai seluar pendek dengan bulu-buku kaki terserlah. Bukan ke comel dan hensem kalau tutup aurat!
Time sekolah menengah aku asyik bergaduh jer dengan budak-budak Cina. Maklum ler gangster Banting dah mari tercabar kemelayuan aku..Bukan aku yang mahu tapi terpaksa! Aku bukan jenis campur geng..aku buat hal aku tapi Cina malaun nak tunjuk samseng dengan aku...nasib baik tak mampus aku kerjakan! Member-member gengster Melayu aku tabik spring kat aku...tapi ironinya (peliknya) lepas aku belasah anak cina tu, aku pulak yang menangis!
Masa sukan sekolah aku buat kat padang (kini Stadium Jugra). Masa tu aku masih ingat ada tiga batang pokok mangga besar kat tenggahnya..musim buah aku dan kawan-kawan akulah penunggunya...apa saja dapat aku lesing ke arah mangga-mangga tu. Aku faraidkan mangga-mangga tu kat kengkawan. Time solat Jumaat, aku paling bengang. Bukannya apa. engkau orang bayangkan masjid terdekat di Sungai Manggis. Maka menapaklah aku pergi dan balik di bawah panas terik mentari . Setahun lamanya begitu...mudahan-mudahan Allah ampuni dosa-dosaku kerana kepayahan itu. Amin.
Kengkawan aku ramai, Cina, Melayu, India. Aku survey dah diorang datang sejauh dari Batu Laut bawa ke Olak Lempit dan Sijangkang, paling jauh 15 batu (hampir 23 km) semata-mata untuk ke MES! Alhamdulillah ramai yang berjaya dan menjadi. Baru ler aku faham visi arwah atuk dan abah aku. Aku meninggalkan MES dan Telok Datok kerana menyambung pelajaran ke Teknik Bukit Piatu, Melaka pada tahun 1980. Sesekali ada juga aku ke Banting untuk shopping dan tengok wayang walaupun aku lebih banyak ke Klang. Kalau adapun aku ke pekan sehari (kini tapak Plaza MDKLgt) pada pagi hari Ahad untuk beli kuih dan tengok-tengok gelagat orang ramai terutama anak-anak dara.
Pejabat Pos
hospital Banting
Panggung Lido
Aku juga jarang ke Morib.Yang aku ingat tahun 1972 aku ikut jiran ke sana tengok Pesta Pantai. Jiran aku ke sana pasal berniaga kain. Orang punyalah ramai. Yang seronoknya ada acara naik tiang licin dan berenang kejar itik. Memang kelakar. Kemudian baru aku tahu pesta pantai tu diadakan sebagai ganti Pesta Mandi Safar yang khurafat itu.. Kemudian tahun 1979, ketika aku dan kengkawan tidur dan berkhemah kat Morib lepas SRP. Seronoknya pengalaman buat unggun tepi pantai dan tidur dalam hujan ribut malam tu.
Pantai MoribDah mungkin jodoh aku dengan Banting masih kuat.Sementara menunggu kerja kosong, aku menarik (istilah memandu teksi atau kereta sewa) kat Banting ke Klang selama 2 tahun. Tahun 1997,balik sahaja dari Sarawak, aku mula bertugas di Jugra sebagai seorang pendidik. Tujuh tahun aku mengutip nostalgia di sana.
Masjid Bandar Jugra
Istana Bandar, Jugra