Masih dail nombor telefon anak Amirtham tidak pernah putus-putus cuba menelefon anaknya Puspanathan sejak kehilangan MH370 dilaporkan hingga semalam.
TELOK PANGLIMA GARANG - A Amirtham, 60, ibu kepada penumpang pesawat MH370, S Puspanathan meluahkan rasa terkejut mendengar suara operator sebaik dia mendail nombor telefon bimbit anaknya, selepas sarapan pagi semalam.
Bercerita lanjut, ibu yang masih mengharapkan kepulangan anaknya itu memberitahu, sebelum ini, setiap kali mendail nombor telefon Puspananthan, hanya respons error yang tertera. Tetapi sebaliknya berlaku, semalam.
"Saya sangat terkejut dengar bunyi 'nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi'. Sebab sebelum ini kalau saya dail nombor dia, tiada bunyi apa-apa kemudian keluar perkataan error. Tapi hari ini (semalam) bila saya dengar suara operator, saya betul-betul terkejut," katanya.
Amiratham berkata, kira-kira jam 10.15 pagi semalam, dia tergerak hati mendail nombor anaknya itu selepas menikmati sarapan kuey tiaw goreng yang juga makanan kegemaran Puspanathan.
Dia kelihatan sebak ketika menceritakan kejadian itu sambil mengakui bukan ingin menolak segala kemungkinan yang berlaku. Tetapi dia dan keluarga masih mengharapkan kepulangan Puspanathan walaupun lambat.
Dia memberitahu, jika selepas ini nombor telefon anaknya itu tidak aktif lagi, dia akan terus mendailnya, dan itulah yang dilakukannya semenjak hari pertama kehilangan pesawat MH370 dilaporkan, 8 Mac lalu.
“Walaupun orang kata penemuan pesawat itu sangat sukar sebab dah sebulan berlalu, tapi saya dan keluarga masih harap semua penumpang selamat.
“Saya nak tengok anak saya di depan mata, tak kisahlah dia dalam keadaan apa sekali pun. Saya percaya masih ada harapan,” katanya yang mulai tenang menjawab pertanyaan wartawan.
Dalam pada itu, Amirtham memaklumkan dia juga mesti mengambil sikap berjaga-jaga apabila menerima kunjungan orang awam kerana risau kejadian tidak diingini berlaku kepada keluarganya, lebih-lebih lagi selepas mendengar berita salah seorang ahli keluarga penumpang pesawat MH370 terlibat dalam kejadian samun.
“Saya kena berhati-hati sama ada berseorangan atau ketika bersama saudara-mara di rumah. Apa-apa boleh berlaku. Memang kadang kala saya tak benarkan orang yang tidak dikenali masuk, termasuk pemberita,” katanya.
Sementara itu, adik kepada seorang lagi penumpang MH370, Zurihan Yusop, 43, ketika dihubungi semalam memaklumkan dia juga cuba menghubungi abangnya Muzi, 50, namun tiada perubahan pada talian abangnya itu.
Katanya, dia masih mendengar suara berkomputer menyebut 'nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sekali lagi.'
“Dari mula kehilangan pesawat, sehingga hari ini saya cuba dail, ia tetap sama dan tidak aktif,” katanya.
Anda mungkin berminat membaca:
Aku Budak Telok..... Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tumpah darahku...Berbagai pengalaman hidup, asam garam pahit manis kehidupan aku lalui di sini..Mana mungkin aku melupakanmu, duhai kampungku, Telok Panglima Garang...Kau tetap di hatiku
Khamis, 10 April 2014
Ahad, 6 April 2014
Rancangan TV dan Radio Tahun 1965-1980
Salam buat semua. Sambutan terhadap posting aku pasal Rancangan TV tahun 80-an tempoh hari amat menyentuh kalbu. Terima kasih ler kerana masih ramai yang berminat tentang sejarah, walaupun hanya sejarah hiburan masyarakat. Yang penting kita menginsafi diri dan bersyukur atas rezeki dan kehidupan yang dilimpah Allah. Itu tahun 80-an, bagaimana pula kehidupan di tahun 70-an pulak? Maksudnya, apa bentuk hiburan ketika itu, di TV, radio atau apa saja media massa yang ada? Kalau kat Telok, apa yang ada? Lepas Isyak jer, maka berkemas-kemaslah orang kampung masuk ke bilik, untuk tidur menantikan ketibaan hari esok. Kalau anak-anak muda pula, selain berlonggok kat kedai burger (masa itu gerai burger kerap dikaitkan dengan bisnes heroin dan ganja), radio transistor sentiasa dibawa bersama. Itulah hiburan percuma yang ada. Kalau hujung minggu atau ada cerita best, ramai-ramai anak muda tunggu bas Mara ke Klang atau ke Banting, masuk panggung wayang. Lepas tu pergi makan-makan kat Emporium Makan, pekena Mee Jawa, keluar masuk supermarket Great Wall, lepas tu baru balik berhimpit-himpit dalam bas balik ke Telok. Apa pula yang agak nakal tu overnight kat kelab malam dan bar yang ada di Klang bertemankan betina jalang GRO. Tapi bagi aku dan kengkawan yang lain, cukuplah radio dan tv sebagai hiburan percuma.
Berbalik dengan cerita radio transistor itu tadi, pasti korang tertanya tentang radio itu, kan? Korang tengok jer lah gambar kat bawah ini. Itulah rupa radio tansistor. Macam-macam brand ada. Ada yang dari Jepun, dan serata dunia. Tetapi yang paling banyak buatan China. Berlambak-lambak dan murah. Murah jer, paling murah RM 10. Boleh dikatakan setiap murid di asrama mesti ada satu. Radio itu dibawa ke hulu ke hilir, prep, tidur... ke jamban pun sama. Aku pun sama..hehehe
Banyak juga rancangan radio yang popular masa itu. Ada juga yang aku ingat. Contohnya, Rancangan No.5 Persiaran Satu setiap hari pukul 9.00 pagi ke udara, Lepas tu setiap hari Ahad time lepas warta berita radio tengah hari, Drama Radio. Sebelah petang pulak, lebih kurang pukul 4.00petang (hari apa aku lupa) Drama Bangsawan, memang aku tunggu-tunggu. Sebelah malam, biasalah program
Pilihan Bersama pukul 9.00 malam sampai pukul 12.00 tengah malam. Time musim durian, lagi hebat. Tunggu durian kat pangkin tepi jalan,pasang radio. Tunggu durian gugur di pondok, dengar radio. Nak tidur pun pasang radio sampai ke pagi. Betullah kata RTM, Radio Teman Setia Anda. Bateri pun dah berlonggok-longgok dipakai. Yang kreatif tu, pergi jemur sel-sel bateri itu bawah matahari untuk sambung nyawa...boleh ler pakai sehari dua lagi..Hihihi...macam-macam.
Time musim bola, ada siaran langsung bola di radio. Satu kampung dok terpegun depan radio, mendengar ulasan selari juruulas sukan terpopular seperti Rahim Razali (dah dapat title Dato' sekarang) dan Hasbullah Awang. Kalau gol time itu, gamatnya macam kat Stadium Merdeka. Begitu hebat peranan dan penangan radio kat kitorang masa itu. Masa itu kitorang tak ada pilihan dah. Radio Nasional jer berbahasa Melayu, kemudian pertengahan tahun 80-an barulah dipecah-pecahkan radio menjadi Radio Ibu Kota, RMIK, Radio FM, dan lain-lain radio ikut negeri. Dari situlah lahir industri penyiaran berbayar (Radio dan TV) seperti kini. Lagi banyak lagi meriah, asalkan jangan lagi kutip duit lesen radio sebanyak RM12 macam dulu. Kini kita dah terlalu banyak dihidangkan dengan info berbagai berserta hiburan sampai ke tahap memualkan mendengar celoteh DJ atau juruhebah di radio. Entah ler.
Kat bawah ini ada aku kumpulkan rancangan radio (dan TV) tahun 70-an. Masihkah korang ingat? Korang belek-beleklah ya...Cuma aku terperasan satu perkara. Sebelum tahun 1979,semua program tv dimulakan dengan Summary dan diikuti dengan cabutan loteri dan toto. TOTO? Judi macam Magnum tu? Yalah, kenapa? tak percaya ke? Masa itu belum keluar fatwa judi itu haram kot? Atau loteri itu dianggap sumbangan masyarakat untuk masyarakat juga?
Masa itu kita semua dalam zaman Jahiliah termasuklah mufti yang warak tetapi takut nak tegur pemerintah. Lepas 1979, baru ler TV dimulakan dan ditamatkan dengan bacaan Alquran. Alhamdulillah..... Seperti biasa, kalau korang nak tahu bila tarikh, hari dan waktu siarannya, try save gambar tu. Nombor fail yang terkeluar itulah tarikhnya. Malaysia 3 dan Malaysia 10 merujuk kepada RTM 1 dan RTM2. OK ler cukup sampai di sini sayang, relakan perpisahan ini..walau berat di hati dan berat perasaan namun ku relakan jua...Itu dia Dato' Malek Rizuan Telok! Tepuk jangan tak tepuk.
1965
Tahun 1974
Tahun 1975
1979
1980
Langgan:
Catatan (Atom)
Sejarah Menarik Rumah Rehat, dan Halting Bungalow di Seremban
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat semua umat Islam dan peminat blog Atok ini. Syukur alhamdulillah atas segala limpahan rahmat Allah...
-
Salam buat semua. Hari itu aku balik kejap kat Telok. Jumpa keluarga time cuti sekolah ni..Aku pun jalan-jalan tengok rumah saudara yang ba...
-
Salam buat semua. Hari ini Jumaat 2 Mei 2014. Jam dekat tangan aku menunjukkan pukul 11:35 pagi. Ya, memang hari ini hari persekolahan . Su...
-
Salam buat semua. Hari ini Jumaat. Cuti sekolah semester satu. Aku tak ke mana-mana hari ini. Sakit pinggang, Terasa benar sakitnya. Mungk...
-
Assalamualaikum... Salam Jumaat. Salam buat semua sahabat,rakan dan pembaca sekalian.Maaf dah lama tak turun padang..bukan nak bersenam, mai...
-
Salam buat semua. Wah, semua nampak sihat-sihat jer.Alhamdulillah. Pertama-tama marilah kita panjatkan rasa kesyukuran kita kita ke hadrat A...
-
Salam buat semua. Kepada yang baru datang melawat Ahlan Wa Sahlan. Arigato mas. Selamat Datang. Sihat semuanya? Alhamdulillah. Semoga Alla...
-
Salam buat semua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang buat kita semua memohon keampunanNya, mengharapkan bela...
-
Sejarah pendidikan di Telok sememangnya panjang. Bermula dengan pendidikan fardhu ain tak formal di rumah tok-tok guru ketika mengaji alq...
-
Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua.. Sebut pasal warigh, teringat...
-
Salam buat semua pembaca blog aku ini. Terima kasih ler kerana sudi menjenguk kat sini. Blog aku ini ,pada mulanya ketika aku mula menulis,...