Isnin, 30 Mei 2011

Balik kampung kini lebih cepat dan selesa

Butir-butir Lebuhraya

NamaLebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)
Panjang (km)51.00 Kilometer
Tarikh dibuka29-Jun-2010
Tarikh dibina29-Ogos-2006
Alamat pejabatPusat Perdangangan Phileo Damansara 1, Blok B Unit 3A01,
No 9, Jalan 16/11 of Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya,
 Selangor.
KonsesiSKVE Holding Sdn. Bhd.
Telefon Utama603-79077010
Website-
Email
Fax603-79607013
Nota
SKVE.png

Jajaran lebuhraya ini bermula dari Persimpangan Jalan Negeri
 B11/B13 berhampiran Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
 dan jajaran menghala ke kawasan 'Wetland Putrajaya' 
merentasi Hutan Simpan Ayer Hitam, Hutan Simpan Kuala Langat,
 Kg. Tanjung Rabok, Teluk Panglima Garang, Pulau Carey 
dan berakhir di Jalan Lingkaran Pulau Indah yang sedang 
dalam pembinaan. Jajaran lebuhraya ini juga merentasi
 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) 
dan cadangan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat.

Lebuhraya ini terbahagi kepada 4 seksyen iaitu :-

i.   Seksyen 1A   ; Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) -
 Persimpangan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP/B15)
 sepanjang 7.8km. Jajaran ini telah siap dibina.

ii   Seksyen 1B   ; Persimpangan Lebuhraya Damansara Puchong
 (LDP/B15) - Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah
 (ELITE) sepanjang 11.9km telah siap dibina dan telah
 dibuka kepada trafik secara rasminya pada 29 Jun 2010.

iii   Seksyen 2 ; Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah
 (ELITE) - Persimpangan Teluk Panglima Garang sepanjang 
12.6km (menyambungi cadangan Lebuhraya Pantai Barat
 melalui Persimpangan WCE)

iv   Seksyen 3 ; Persimpangan Teluk Panglima Garang

 - persimpangan rangkaian Pulau Indah sepanjang 18.9km

Terdapat 9 buah persimpangan bertingkat di mana 4 buah
 persimpangan telah siap dibina iaitu Persimpangan Bertingkat
 UNITEN, Cyberjaya, Wetland dan LDP/B15. Manakala 5 buah
 persimpangan yang akan dibina ialah Persimpangan Bertingkat
 NSECL, WCE, Pulau Garang, Pulau Carey dan Pulau Indah.
 6 buah plaza tol juga akan dibina bagi lebuhraya ini.

Jadual Kemajuan Projek Berakhir Jun 2010

Pakej
Jarak
(km)
Tarikh Mula
Tarikh Siap
% Kemajuan Kerja
Dijadual
Sebenar
Beza
Pakej 1A
(P/B UNITEN – B15,LDP)
7.1

Dis 2000 
SIAP
Pakej 10B
(B15,LDP - NSECL)
12.6
1.2.08
31.5.10
100
99.62
-1.38
Pakej 10C
(NSECL Teluk Panglima - Garang)
12.4
1.7.08
31.5.11
28.74
26.08
-0.38
Pakej 10D
(Teluk Panglima Garang – Pulau Indah)
18.9
1.9.08
31.12.11
15.05
12.89
-2.66
%Kemajuan Keseluruhan
54.71
53.33
-1.38


Label    

Berita tentang Telok

Sedikit berita tentang Hal2 semasa di Telok

http://www.sinarharian.com.my/sh/selangor/content/story9027673.asp

http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=17473:banjir-di-teluk-panglima-garang-72-keluarga-pindah&catid=58:negeri-selangor-darul-ehsan&Itemid=103

http://www.malaysia-news.co.cc/wilayah/kecekapan-mdkl-dipuji.html

http://www.selangorkini.com.my/my/berita/29497

http://omong.wordpress.com/2008/08/05/smk-telok-panglima-garang-teacher-utters-rascist-remarks/

Ahad, 29 Mei 2011

CADANGAN PEMBANGUNAN TELOK PANGLIMA GARANG (BP2) PADA TAHUN 2020

BP Telok Panglima Garang merupakan BP yang pesat membangun
selepas BP Tanjung Dua Belas terutamanya di dalam sektor
perindustrian. BP ini merangkumi kawasan seluas 7,961.44 hektar
dan mempunyai seramai 74,049 penduduk pada tahun 2007 dan
dan diunjurkan kepada seramai 126,415 orang pada tahun 2020.
Di antara kekuatan BP ini ialah :
i.  Perletakan bersempadan dengan Daerah Klang
menyebabkannya berpotensi untuk menerima limpahan
pembangunan dari daerah tersebut terutamanya di dalam
sektor perindustrian.
ii.  Ia merangkumi kawasan perindustrian utama Telok Panglima
Garang (Zon Perindustrian Bebas)


CADANGAN GUNA TANAH
Pada tahun 2020, corak guna tanah utama BP Telok Panglima
Garang adalah perumahan seluas 2,867.67 hektar (36.02%),
pertanian seluas 2,669.76 hektar (33.53%) dan industri seluas
1,104.32 (13.87%).
Peta cadangan ini menunjukkan pembangunan perbandaran
dicadangkan di dalam kawasan pembangunan sedia ada di
sekitar kawasan Telok Panglima Garang melalui pendekatan
pembangunan ‘infill’ di kawasan tanah kosong dan tanah terbiar.
Kawasan perbandaran khususnya kawasan perumahan juga
dicadangkan berkembang ke kawasan-kawasan pertanian lot-lot
kecil di kawasan Sijangkang, dan Kebun Baru

peta kampung aku





Sejarah kampungku


Sebagaimana yang diceritakan oleh Allahyarham Tuan Haji b. Bulat, bekas Ketua Kampung Telok Panglima Garang yang memegang jawatan tersebut selama 25 tahun (1968 ~ 1994) pada 15hb Mei, 1996 menyatakan bahawa :

Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli.

Disebabkan kedudukannya yang strategic, ramai pedagang-pedagang Aceh datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan tersebut dipanggil Beting Pak Aceh.

Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri ke Bukit Tampoi di Dengkil.
Di sepanjang perjalanan Orang Asli yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata :

“JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG”

Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli
di Bukit Tampoi, Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa
mereka berasal dari Telok dan menetap di sini setelah dihalau
oleh pedagang Aceh yang amat handal dan garang.

Begitulah asal-usul nama Kampung Telok Panglima Garang
manakala lambang harimau diambil di atas keberanian dan
sifat pedagang Aceh .

Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat Walafiat. Malam tadi Atok baru sahaja balik dari Telok Datok menziarahi jenazah a...