Ahad, 29 Mei 2011

CADANGAN PEMBANGUNAN TELOK PANGLIMA GARANG (BP2) PADA TAHUN 2020

BP Telok Panglima Garang merupakan BP yang pesat membangun
selepas BP Tanjung Dua Belas terutamanya di dalam sektor
perindustrian. BP ini merangkumi kawasan seluas 7,961.44 hektar
dan mempunyai seramai 74,049 penduduk pada tahun 2007 dan
dan diunjurkan kepada seramai 126,415 orang pada tahun 2020.
Di antara kekuatan BP ini ialah :
i.  Perletakan bersempadan dengan Daerah Klang
menyebabkannya berpotensi untuk menerima limpahan
pembangunan dari daerah tersebut terutamanya di dalam
sektor perindustrian.
ii.  Ia merangkumi kawasan perindustrian utama Telok Panglima
Garang (Zon Perindustrian Bebas)


CADANGAN GUNA TANAH
Pada tahun 2020, corak guna tanah utama BP Telok Panglima
Garang adalah perumahan seluas 2,867.67 hektar (36.02%),
pertanian seluas 2,669.76 hektar (33.53%) dan industri seluas
1,104.32 (13.87%).
Peta cadangan ini menunjukkan pembangunan perbandaran
dicadangkan di dalam kawasan pembangunan sedia ada di
sekitar kawasan Telok Panglima Garang melalui pendekatan
pembangunan ‘infill’ di kawasan tanah kosong dan tanah terbiar.
Kawasan perbandaran khususnya kawasan perumahan juga
dicadangkan berkembang ke kawasan-kawasan pertanian lot-lot
kecil di kawasan Sijangkang, dan Kebun Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...