Selasa, 11 Ogos 2015

Laluan Maut di TPG

Salam buat semua. Apa khabar orang kampung aku di TPG? Juga kengkawan alam maya aku di Telok, Sijangkang dan Kebun Baru? Salam Aidil Fitri buat korang, mungkin belum terlalu lewat kot. Biasalah orang Melayu, Puasa sebulan, raya pun mesti sebulan. Padahal kat negara Arab, puasa sama jugak macam kita, sebulan tapi rayanya sehari. Memang Melayu sifatnya mesti nak berlebih-lebihan. Raya bagai nak rak, kualiti puasanya bagai orang terberak, hampas jer yang keluar. Sepatutnya makin hampir ke penghujung Ramadhan, makin kerap ke masjid. buat qiyamulail bagai. Ini tidak, makin nak habis, makin kerap ke pasar raya. Beli barang bagai tak ingat dunia. Semuanya nak ditukar. Alang-alang tukar, tukar sekali bini yang boros bershopping tu. Nafsu shoppingnya nafsu rimau. Rimau pun boleh lesu kalau hari-hari mau...Kih3.

Sorrylah,bhai. Aku banyak songel hari ini pasal dah lama tak jenguk korang kat sini. Bukan apa, ilham belum mari. Raya hari itu, aku pulang ke TPG. Hari raya pertama tapi selepas Solat Jumaat. Aku ziarah bapa dan emak saudara aku di Batu 11 Telok. Disebabkan tak cukup ruang parkir di halaman rumahnya, aku letak kereta kat bahu jalan jer..Umangai! Keluar jer daripada kereta, aku dah risau sampai naik takut tengok kereta,lori, bas yang lalu...laju-laju belaka! Mentang-mentanglah jalan tu dah ada 4 lorong, dua pergi dua balik, dibuatnya macam Formula One. Tambahan pula, korner kat rumah Mak Yam dan rumah Timah Lawa tu bagai 'Rothman Corner' di Litar Batu Tiga suatu masa dahulu, dilayannya habis.Nasib baiklah dah dipasang divider, kalau tidak kes-kes tragis kemalangan di situ kembali menerjah kotak fikiranku.
Selekoh maut Batu 11 TPG

Dah ramai dah yang tergolek di depan mata aku di situ. Ada yang terkujur kaku di situ, ada yang parah. Kereta, lori, basikal semuanya pernah berdentum di selekoh itu. Paling aku tak lupa, bahkan masih jelas di ingatanku wajah anak arwah Saleh Ketat (nama sebenar aku tak tahu) masa itu berumur 15 tahun kot, terbujur di atas jalan raya tepi jambatan dekat rumah Ontu Kassim. Kepalanya terhentak kat tiang LLN yang masa itu tiang kayu empat segi. Mati serta merta di situ. Masa itu lebih kurang pukul 7:30 pagi. Aku bersekolah petang (Tingkatan 1 tahun 1977).Heboh satu kampung. aku pun jenguk ke tempat kejadian. Jenazahnya dah ditutup (tak salah aku dengan kain batik atau surat khabar, aku tak pasti). Polis belum sampai. Aku beranikan diri singkap kain atau surat khabar itu untuk melihat wajahnya. Timbul rasa kasihan di hatiku. Kepalanya pecah. Otaknya melekat di bucu tiang tersebut. Aku dengar dia membonceng motosikal ke pekan Telok. Nak makan nasi lemak ceritanya. Biasalah orang muda,tak pakai topi keledar.Time korner tu kawan dia layan selekoh itu tapi bergesel dengan bas Mara. Bapanya juga, kata orang meninggal kemalangan di selekoh itu beberapa tahun kemudian.

Macam-macamlah aku dengar pasal korner kat situ. Ada yang kata nampak lembaga melintas ler. Tapi aku tak terima cerita-cerita bodoh macam itu, walaupun masa itu aku masih budak- budak lagi. Pertama, eksidennya tak tentu masa, ada pagi, ada petang dan ada kalanya malam. Yang keduanya banyak kes eksiden tu berlaku lepas hujan renyai-renyai dan lebat. Jadi, aku punya conclusion masa tu, ini semua pasal lari laju time korner, jalan pula mula licin. Tayar antara cengkam tak cengkam jer dengan jalan. Lagipun memang selekoh tu  kategori 'tajam'. Orang sebelah sini tak nampak orang sebelah sana kecuali bila dah terlalu dekat.

Tapi yang paling pasti, sikap pemandu, tak kiralah bawa bas ke kereta ke, hatta penunggang motosikal pun bawa macam Keling mabuk. Teringat aku beberapa budak Telok sebaya aku yang pernah jatuh motor sekitar jalan Telok. Ada yang patah kaki, ada yang terus pecut ke Batu Dua. Gaya menunggang macam kat Litar Batu Tiga Shah Alam, tapi tak sempat ke sana, cuma sempat ke Batu Dua jer. Mesti korang tanya, Litar Batu Dua tu kat mana? Hahaha..itu pun korang tak tahu? Ke kubur ler!

Korang bayangkan, itu kisah masa dahulu...tahun-tahun 1970an. Masa itu boleh lagi berbaring atas jalan waktu malam kot. (pasal tak banyak kereta yang lalu lalang). Korang bayangkan pulak ketika tahun-tahun 80an dan 90an, lori kontena dah mula menguasai jalan raya Klang-Banting. Belum lagi kira lori bawa besi lusuh  ke Amsteel, Olak Lempit. Berterabur besi-besi atas jalan sampai tertonggeng motosikal kerana terlanggarkan besi-besi itu di atas jalan raya. Dan paling tragis kes kemalangan Makcik Oyah, isteri arwah Cikgu Radhi yang meninggal kerana digilis lori kontena di depan Masjid Telok. Bersepai cebisan-cebisan mayatnya, kata kakak aku mendengar cerita saksi-saksi kejadian. Aku dengar anaknya sendiri yang memungutnya. Kalau ada anak-anak arwah yang membaca entri ini, aku mohon maaf dan ucapan takziah daripada aku buat keluarga arwah, walaupun insiden ini dah lama berlaku. Alfatihah buat arwah yang banyak berjasa kepada orang-orang Telok. Moga ditempatkan bersama-sama roh-roh orang yang diredhai Allah. Amin.

Rupanya bukan kat selekoh Batu 11 tu jer yang dipanggil selekoh maut. Beberapa korner seperti korner Pulau Carey kat Sempang pun sama. Aku pernah tengok lori tangki Shell tertonggeng dalam parit depan rumah Ontu Sabah, betul-betul tang korner tu. Mangsanya Ontu Malik, pangkat datuk saudara aku terperangkap dan tersepit di bawah lori tu. Tapi betul lah, berpantang maut sebelum ajal. Hidup lama orang tua tu. Kalau tengokkan keadaan lori, memang dah habis dah, elok jer dia ketika bomba keluarkan dia daripada bawah lori itu. Benarlah, Allah Maha Berkuasa atas segalanya.
Selekoh kat Balai Polis Batu 10 Kebun Baru pun dah banyak makan orang. Laluan kat batu 9 Kg. Medan pun femes juga. Kat Jenjarom pun banyak eksiden. Aku ada juga buka-buka surat khabar lama dan banyak eksiden dilaporkan sepangjang laluan Klang-Banting dari Sijangkang sampai ke Jenjarom. Dahulu dah dipasang signboard gambar tengkorak pegang steering, maknanya jalan maut. Kini title itu masih lagi kita orang Telok pegang. Hebatkan kita!


Laluan Klang- Banting berdekatan TPG kini dikenali sebagai Laluan Maut
Bilangan kemalangan di TPG mengikut kajian
Aku haraplah kes-kes kemalangan maut kat TPG dapat dikurangkan walaupun tak dapat kita hapuskan. Alhamdulillah, semenjak laluan Klang-Banting dinaiktarafkan, kurang juga kemalangan maut. (mungkin pasal divider dan jumlah kereta yang banyak tak membolehkan mereka pecut kot). Elok jugalah dibina road humps (bonggol jalan) untuk kurangkan kelajuan lori kontena yang bermaharaja lela di TPG. Kalau boleh janganlah berbasikal lagi kat situ.Tak selamat! Ikutlah peraturan dan keselamatan jalan raya.

Dekat bawah ini aku sertakan keratan akhbar tentang kemalangan yang pernah menyebabkan Telok menangis....Wallahu alam. Salam dari Seremban.
Kemalangan maut membabitkan motosikal di TPG


Kemalangan melibatkan pelajar sekolah

Lima Kemalangan berturut-turut di tempat yang sama


                                  Kemalangan tahun 1977




                                        Kemalangan tahun 1974


 Kemalangan Tahun 1972

Kemalangan tahun 1965

Kemalangan maut budak sekolah di Batu 10 tahun 1963


Kemalangan maut dekat estet Telok (Tapak asal SMKTPG) tahun 1962


                             Kemalangan-kemalangan dekat Jenjarom 1959




lagi kemalangan kat Batu 10 Telok tahun 1954








Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat Walafiat. Malam tadi Atok baru sahaja balik dari Telok Datok menziarahi jenazah a...