Ahad, 8 Mac 2020

Sejarah Pejabat Pos di Banting dan Kuala Langat

Salam. Hari ini hari Ahad. Atok dan Wan berehat santai di rumah jer hujung minggu ini. Anak-anak Atok balik. Yang di Senawang dan di Sendayan tiap-tiap minggu menjengok Atok. Alhamdulillah. Hari ini yang di Bukit Jelutong pun katanya nak balik. Seronok hati Atok dan Wan korang, anak-anak berkumpul di rumah hari ini. Itulah pasal Wan engkau orang pagi-pagi lagi dah ke market Seremban, beli ikan, udang, sotong untuk makan tengah hari nanti. Apa  yang nak dibeli Atok message jer Wan. Mudahnya hidup zaman IT ini. Semuanya di hujung jari jer.

Teringat Atok zaman Atok baru nak mula hidup berkeluarga dahulu. Masih lagi pakai surat mel, bukan e-mel. Berhari-hari baru sampai. Nasib baiklah telefon ada. Bolehlah contact, itu pun dengar suara jer, takde video call macam sekarang. Itu pun Atok dah bersyukur banyak-banyak sebab kalau nak dibandingkan zaman Atok dengan zaman Abah Atok dan sebelum itu zaman Atok Atok, memang takde ler. Sunyi sepi takde orang, takde gelombang mikro, takde gajet. Yang ada, basikal, posmen dan pejabat pos. Itu pun bukan kat Telok. Syukurlah. Tak ada hiruk pikuk kota, Telok menenangkan. Takde khabar berita saudara mara yang jauh tak mengapa. Yang penting kami bahagia. Kalau ada kecemasan dan kematian, telegram itu kemestian. Baliklah semua saudara mara. Yang lambat terima berita atau jauh di perantauan, reda jer. Mungkin tersurat takdirnya begitu. Tak dapat bertemu di dunia. Namun doa tetap menemukan kita di alam berikutnya. Ada tak ada sama sahaja, hidup tetap diteruskan.

Hahaha... entri Atok kali ini pun pasal pejabat pos dan telekomunikasi. Tapi kali ini khas untuk orang-orang Telok, Banting, Jugra, serta seluruh warga Kuala Langat. Atok nak bawa korang balik ke zaman Sultan Abdul Samad, kemudian ke zaman kita mula merdeka sehinggalah zaman kini...Ok murid-murid , buka buku sejarah...Sejarah Pejabat Pos di Banting dan Kuala Langat.  Begini kisahnya....

Kisah bermula ketika British baharu menipu Sultan dan anak-anak raja di Jugra. British dah buka pejabat tanah dan hasil di Jugra untuk mengaut segala hasil usaha anak watan, pendatang dan kapitalis Eropah di Kuala Langat. Banyak estet dah dibuka di sekitar daerah Kuala Langat dan Sepang. Sejarah kewujudan Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat adalah berdasarkan bangunan pertama yang terletak di pinggir Bukit Jugra. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1876. Bangunan ini merupakan bangunan dua tingkat yang menggunakan batu granit dan teknologi terkini pada masa itu. Atapnya pula dibina dari atap genting yang sama dengan yang digunakan bagi bumbung Istana Jugra.


Kedudukannya yang terletak di lereng Bukit Jugra dan menghala ke Sungai Langat menjadikan kedudukannya amat strategik. Kapal-kapal pedagang yang keluar masuk dapat diperhatikan dengan mudah. Masa itu, hanya di Jugra sahaja tumpuan pembangunan. Pejabat Hasil, Pejabat Hutan, pejabat Daerah semuanya di situ.


Sebelum Atok meraban lebih jauh, baik kiranya Atok fokuskan kepada sistem pos jer. So, pejabat pos pertama di Kuala Langat kita dah tahu, iaitu di Jugra. Sultan Abdul Samad dan kerajaan negeri Selangor bersemayam dan beroperasi dari sana, at least pada dasarnya. Mahu tak mahu, segala urusan pentadbiran mestilah ditandatangani Sultan untuk menjadikannya dokumen yang sah. Maka, urusan surat-menyurat kini dibuat menggunakan pos dan khidmat utusan. Surat-surat rasmi jabatan dan ladang-ladang seluruh Kuala Langat dihantar menggunakan bot rasmi kerajaan Selangor yang berulang alik dari Klang ke Jugra dua minggu sekali kerana pada masa itu belum ada lagi perhubungan darat. Seluruh urusan di Kuala Langat dan Sepang (masih di bawah Kuala Langat) bertumpu di Jugra.
Bot dan kapal wap milik kerajaan di  Klang  pada sebelum akhir abad ke-19

Kemudian timbul ura-ura untuk buat jalan rentas darat dari Klang ke Bandar dan Jugra dalam tahun 1896. Maka dipanggillah jurutera sivil dan dikeluarkan tender untuk menjadikan pembangunan jalan raya di laluan itu satu realiti. Kaum asli digunakan dan diupah untuk membuka dan menunjuk arah lokasi  terbaik laluan tersebut:




(No. rujukan: 1957/0070305; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)




(No. rujukan: 1957/0061864; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Asks permission to allow the Collector of Langat to go over the path from Telok Panglima Garang to Klang 
Memohon kebenaran untuk membolehkan `Pengutip Hasil Langat' melewati batas sempadan dari Telok Panglima Garang ke Kelang Minit Bahasa Inggeris Rodger, J.P.; Bellamy, Henry Franklin
(No. rujukan: 1957/0004270; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Report on the track from Telok Panglima Garang to Klang
Laporan keadaan jalan dari Teluk Panglima Garang ke Kelang yang becak teruk kerana hujan Surat; minit Bahasa Inggeris Bellamy, G.C.; Bellamy, H.F.; Rodger, J.P.; PWD, Kuala Lumpur
(No. rujukan: 1957/0004378; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Forwards a draft contract and specification for the construction of three miles of a proposed road from Klang to Bandar Jugra via Telok Panglima Garang.

(No. rujukan: 1957/0010103; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Concerning the opening up the Country to Bandar Langat
Memaklumkan bahawa telah menyuruh 10 orang sakai pergi ke Teluk Panglima Garang untuk merintis pembuatan jalan ke Bandar Langat Surat; Minit Bahasa Inggeris Perks, Arthur J; Rodger, J.P; Collector And Magistrate, Klang; Acting Resident Selangor; Teluk Panglima Garang
(No. rujukan: 1957/0002886; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT) 
Describing a Journey overland from Teluk Panglima Garang to Pencallan Batu
Lapuran berkaitan lawatan dan perjalan dari Teluk Panglima Garang ke Pengkalan Batu Surat Bahasa Inggesris Perks Anthur; Rodger, J.P.; Talbot; Suprintendent Public Work Department, Kuala Lumpur.
(No. rujukan: 1957/0003055; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT) 
Report on the track from Telok Panglima Garang to Klang
Laporan keadaan jalan dari Teluk Panglima Garang ke Kelang yang becak teruk kerana hujan Surat; minit Bahasa Inggeris Bellamy, G.C.; Bellamy, H.F.; Rodger, J.P.; PWD, Kuala Lumpur
(No. rujukan: 1957/0004378; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

Peta Lakar Jalan raya  sekitar Klang, Jugra, Kuala Lumpur, Kuala Selangor 1898

Laluan baharu untuk jalan darat merentas hutan


PEJABAT POS JUGRA

Yang Atok nak fokuskan ialah pejabat pos di Jugra. Di dalam bangunan pejabat daerah itu terdapat juga kemudahan bank (pejabat pos?) dan mahkamah bagi memudahkan orang ramai berurusan. Bukti kewujudan pejabat pos Jugra ini ditemukan pada postmark JUGRA 1907 pada sekeping setem bermotif harimau bernilai 3 cents. Tanda pos (postmark) merupakan cetakan (cop) yang dibuat ke atas surat, poskad dan bungkusan yang menggunakan perkhidmatan penghantaran. Penandaan cop dilakukan oleh petugas di pejabat pos untuk membatalkan setem yang ditampal ke atas barangan pos tersebut. Pada tanda pos tersebut terdapat nama tempat yang membuat tanda pos, serta tarikh pengecopan dibuat.

Postmark JUGRA 1907 sebagai bukti pejabat pos pernah wujud di Jugra satu masa dahulu

HAH. Itu tahun 1907! Maknanya, masa itu,post office kat Jugra tu dah berumur 31 tahun. dan pejabat pos satu-satunya di Kuala Langat ini pada masa itu, bukan hanya menjual setem atau hantar surat menyurat ke seluuruh kawasan di Kuala Langat, malah menjadi bank untuk simpanan rakyat di sana termasuklah di kampung,estet, lombong dan tempat-tempat lain di daerah ini. Apabila sudah dibina pejabat pos bererti telah ada juga kakitangan yang mengendalikannya.

Surat Berdaftar dari Jugra ditujukan kepada Residen British di Kuala Lumpur pada 25 Februari tahun 1918

Dalam laporan The FMS Government Gazzette pada tahun 1914, dimaklumkan beberapa buah pejabat pos termasuklah di Banting sudah sedia ada di seluruh negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang):

Daripada sebuah ibu negeri kini Jugra hanyalah menjadi pusat pentadbiran daerah Kuala Langat sehinggalah pada tahun 1920, Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat telah berpindah ke Telok Datok sebelum dibina kompleks barunya di Sungai Sedu kini. Selepas tahun 1921, tiada lagi khabar berita tentang pejabat pos di Jugra.

Tentang kewujudan pejabat pos Banting pula tak dapat dikenal pasti bila. Yang pasti dalam  laporan kerajaan tersebut juga diberitahu beberapa buah pejabat pos yang ada di FMS, termasuklah di Banting. Bahkan dalam sumber-sumber media lain juga Banting disebut sudah mempunyai pejabat posnya sendiri. 
Sepanjang terbentuknya kerajaan FMS ini, banyak pejabat pos yang dibuka di Selangor. Antaranya;

Ampang,
Bangi, Banting, Batang Berjuntai, Batu Arang, Batu Caves, Batu Laut, Batu road, Batu Tiga, Beranang, Brickfields Road, Bukit Rotan,
Gap,
Jugra, Jeram,
Kajang, Kalumpang, Kapar, Kepong, Kerling, Klang, Kuala Kubu, Kuala Kubu Bharu, Kuala Langat, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Kuang,
Pengkalan Kundang, Petaling, Port Swettenham, Puchong, Pudu, Pulau Ketam,
Rasa,
Sabak, Sabak Bernam, Salak South, Semenyih, Sentul, Sepang, Serendah, Station Street, Sungei Ayer tawar, Sungei Besi, Sungei Buloh, Sungei Choh, Sungei way,
Ulu Langat, Ulu Yam.


Nota: Beranang (beroperasi hanya 5 tahun), Salak Selatan (sehingga 1931) and Sungei Ayer tawar
Beberapa evidens  postmarks daripada surat-surat yang ditemui berlegar di internet membuktikan kewujudan pejabat-pejabat pos ini:

Ampang 1913
Bangi 1910
Banting 1911 2n49 101e30

YA! Postmarks BANTING juga ada tertera pada sekeping setem bertarikh 1911 menguatkan lagi dakwaan bahawa pejabat pos Banting telah wujud sebelum Banting diwartakan sebagai kampung pada tahun 1916. 
postmark Banting bertarikh 1924



Perwartaan Banting 1916


Dalam laporan FMS tahun 1932 juga ada dimaklumkan jarak jalan raya antara Telok Datoh (Datok) ke Pejabat Pos Banting sejauh satu setengah batu, kira-kira 2.4 km sahaja. dan surprisingly itulah juga lokasi pejabat pos Banting yang terlihat di sana sebelum terbakar pada tahun 2010, mungkin. Atok dah ukur pakai Google map, memang itulah jaraknya!

OK. Tadi Atok ada kata di pejabat Daerah dan Hasil di Jugra itu, terdapat bank. So Atok google dan roger kawan-kawan Atok di internet tentang kewujudan bank di tengah-tengah hutan paya dan belantara di Jugra ini. Siapa yang waras nak buat bank dalam hutan tempat jin bertendang di Jugra ini? HAHAHA...terduduk korang dengar cerita Atok! Itulah pasal kita dijajah. Orang putih nampak apa yang kita tak nampak. Kita nampak sampah, orang putih nampak duit.Selangor dan Jugra lubuk duit! Ada lombong bijih timah, ada estet getah, kopi dan kelapa. Ada hasil hutan, ada hasil kampung dan ada hasil bandar. Yang diorang nampak tanda RM. Semua benda yang boleh dijual nak dicukainya. Itulah pasal Dato Maharaja Lela di Perak dan Dato Bahaman di Pahang memberontak. Semuanya berpunca daripada sikap menekan dan tamak British terhadap rakyat. 

Rupanya bank yang wujud bukanlah bank komersial macam Maybank, CIMB yag kita tahu dan tengok kini. Bank itu bank yang diwujudkan kerajaan untuk urusan penyimpanan oleh masyarakat umum dan syarikat. Selangor Savings Bank mengumpul dan menggunakan sebahagian modal penyimpan untuk pembangunan negeri. Simpanan ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Jadi, daripada menyimpan bawah bantal, dalam tempayan ataupun peti besi, orang-orang kampung, Cina di bandar dan Tamil di estet-estet mula menyimpan duit di bank kerana lebih selamat dan menguntungkan.
petikan Selangor Journal terbitan tahun 1895

Peta  sebahagian Kuala Langat 1910
There were no churches or services to attend. Wayang Hassan and Wayang Inche Puteh were the two popular amuse-ments. The collection for a night often amounted to $500. Bullock cart was the only means of travel between Klang and Banting. A Government coach ran from Klang to Kuala Selangor.

Untuk penduduk di kawasan laluan Klang ke Jugra (termasuk TPG), perkhidmatan 'bas mini'  dan lori ini menggantikan kereta lembu mulai tahun 1913.
Begitu juga urusan penghantaran pos. Sebelum tahun 1913, kereta lembu digunakan untuk menghantar mel dari Pusat Mel Klang ke Pejabat Pos di Banting. Setelah mel dan parcels disisihkan mengikut alamat dan lokasi, semua surat ke destinasi di daerah Kuala Langat akan dinaikkan ke atas kereta lembu dari Klang awal pagi dan dijangka tiba di Banting sekitar 3.00 petang hari yang sama. Ketika sampai di Pejabat Pos Banting, pemandu kereta lembu yang berbangsa Tamil itu akan meniup semboyan atau horn untuk memaklumkan ketibaannya. Begitu juga kereta lembu mel dari Banting ke Klang akan tiba sekitar waktu yang sama setelah melalui perjalanan sejauh 20 batu itu.

PEJABAT POS BANTING

Pekan Banting menyimpan beberapa sejarah zaman sebelum Merdeka. Salah satu bangunan yg menarik perhatian di Banting Town ialah Pejabat Pos lama yang terletak di tengah bandar yang kini sudah hangus terbakar. Bentuknya unik kerana sturukturnya dibina pada zaman 'Colonial Government British Malaya'. Bangunan kayu kukuh ini tidak diketahui secara terperincinya bila dibuka. Namun berdasarkan maklumat tersurat dan tersirat dalam pelbagai dokumen rasmi kerajaan, dipercayai pejabat pos ini sudah berfungsi sejak sebelum 1911 lagi. Ini berdasarkan postmarks yang tertera perkataan Banting bertarikh 1911 pada surat bersetem yang berlegar di internet. Kemudian disebut dalam Laporan FMS Government Gazzette tahun 1914 tentang penghantaran mel antara Klang dan Banting kini menggunakan kenderaan bermotor berbanding kereta lembu sebelum ini.
postmark Banting 1919

postmarks Banting 1919 closeup

Pada tahun 1961, pihak Kementerian Pos telah memodenkan  Jabatan Pos dengan menghantar motorsikal, van, lori  menggantikan basikal dan kenderaan pos yang telah uzur dan kerap rosak. Pejabat pos Banting telah menerima van pos bergerak yang dihantar ke seluruh pelosok Kuala Langat untuk memudahkan penduduk yang tidak mempunyai pejabat atau wakil pos di tempat mereka.

Bayangkan betapa kukuhnya struktur bangunan kayu dan papan ini yang dapat bertahan hampir 100 tahun sebelum dibiarkan kosong sebelum terbakar dalam tahun 2010. Bangunan tua dan bersejarah ini megah berdiri menyaksikan  peristiwa-peristiwa bersejarah  sejak pembukaaan estet dan kampung-kampung sekitar Banting, Telok Datok dan Morib, penjajahan Jepun, Kemerdekaan Tanah Melayu, Pembentukan Malaysia sehinggalah  kes pembunuhan yang menyayat hati, Datuk Sosilawati Lawiya, Noohisham Mohamed, Ahmad Kamil Abdul Karim dan Kamaruddin Shamsuddin dalam tahun 2010.
Struktur kolonial ini  akhirnya telah dirobohkan kerana dilaporkan tidak selamat dan tidak lagi strategik kerana terletak di persimpangan jalan raya yang sibuk. 


Pendatang Tamil di estet

Banting 1914

Jadual Jarak Jalan raya antara pelbagai destinasi dalam Kuala Langat dan Sepang 1932.

Bangunan yang terbiar setelah pejabat pos berpindah ke premis baharu di Jalan Bunga Pekan 2
 

postmark Banting 1960


postmark Banting 1966

Kenderaan pos bergerak dari Pejabat Pos Banting

postmark Banting pada surat berdaftar bertarikh 1932
Surat Berdaftar dari Banting ke Pulau Pinang

contoh Surat Berdaftar dari Banting
























Akhirnya terbakar akibat litar pintas ataupun perbuatan khianat tidaklah diketahui puncanya.




Pelbagai versi peti surat untuk kutipan mel
No. 101, Jalan Bunga, Pekan 2, 42700, Banting, Selangor
Business > Courier Service
03-3187 1437
https://www.pos.com.my/

PEJABAT POS JENJAROM



Perihal

PEJABAT POS TELOK PANGLIMA GARANG


Perihal


PEJABAT POS BATU LAUT

Di Kampung Batu Laut sekarang ini masih terdapat bangunan Balai Polis lama dan juga kuarters Kastam yang masih kukuh dan baik.Malah bangunan Pejabat Pos lama juga masih ada tetapi tidak boleh digunakan lagi kerana keadaannya yang sudah uzur dan terbiar. Semasa Zaman Darurat dahulu, Pejabat Pos Batu Laut ini pernah dijadikan tempat simpanan makanan untuk Catuan Makanan kepada penduduk kampung.

PEJABAT POS TANJUNG SEPAT




Perihal

KERATAN AKHBAR TENTANG SISTEM POS DI KUALA LANGAT









































































Sabtu, 7 Mac 2020

Sejarah Setem di Selangor

Salam buat semua. Apa khabar orang Telok? Apa khabar orang Banting, Jugra, Jenjarom ,Sijangkang, Kebun Baru dan semua warga Kuala Langat? Orang Klang apa khabar? Atok doakan kalian always dalam lindungan Allah SWT. Atok? Alhamdulillahlah kerana ada yang bertanya khabar tu. Rindu juga korang kat Atok ya. Atok ngan Wan kau sihat-sihat jer. Maklumlah sihat orang tua.minyak angin lebih mengharumi kami daripada minyak wangi. Atok kalau jumpa mana-mana pasar malam atau pasar tani, gerai yang mula-mula Atok lawati ialah gerai ubat tradisional. Atok belek-belek botol minyak tu. Yang pelik dan yang Atok tak ada atau dah habis, itulah yang Atok beli. Atok rasa di bawah kulit Atok ini lebih banyak minyak urut daripada lemak. Hari-hari, tiap-tiap malam Atok lumurkan minyak, mana tidaknya!

OKlah tu. Cukup itu untuk mukadimmah. Sebelum Atok hidangkan entri terbaru ini, Atok nak tanya korang. Dah baca tak entri Atok sebelum ini? BELUM? Bacalah. Penat Atok ketuk mesin taip ini sampai tengah malam untuk hidangkan cerita sejarah tempat kita. Atok bukan nak glamer. Atok cuma nakkan pahala jer. Itu jer. Korang baca entri Atok, Atok dapat pahala, bukan duit. Pahala Allah beri, bukan duit daripada You-tube atau blogspot. Senang cerita........ korang baca, dapat ilmu, kemudian korang manfaatkan, Atok dapat pahala, walaupun masa itu Atok tengah berehat di alam Barzakh. MUDAHNYA, kan?  Memangpun... Jadi, kalau korang nak tolong Atok senang jer, baca entri dalam blog Atok ini, ambil iktibar dan pengajaran, amalkan yang baik-baik., kecheng,kecheng.... pahala masuk akaun Atok nanti, di samping doa kalian untuk semua muslimin muslimat termasuk Atok. Amiiin.

Hari ini Atok nak sambung penulisan tentang sejarah perkhidmatan pos. Bukan cerita tentang pejabat pos di Selangor, tetapi lebih spesifik. Tentang Setem. Ya SETEM. Apasal pulak Atok nak cerita pasal Setem? Korang jangan marah kalau Atok cakap, Aku punya sukalah! Atok punya blog ke kau punya?
HAHAHAHA....sebijik macam YB Beliau tu kan? Atok main-main jer. Takkanlah Atok nak marah orang yang minat dan setia membaca karya-karya Atok? Where got road? Tapi seriously, ya memang pasal setem. Setem khusus negeri Selangor. Bunyi macam remeh,kan...cuba korang baca...MENARIK! Banyak yang korang tak tahu. BACA YA?

Setem ialah bukti pembayaran yuran perkhidmatan pos yang lazimnya terdiri daripada kepingan kertas berbentuk segi empat kecil yang dilekat pada sampul surat atau poskad. Setem ini menandakan bahawa orang yang mengirim surat atau pakej itu mungkin telah membayar yuran pengiriman terdahulu sama ada dalam jumlah penuh atau ansuran. Setem merupakan kaedah paling laris bagi membayar untuk perkhidmatan pos runcit; alternatifnya termasuk sampul surat pos prabayar dan meter pos. Setem pengeposan julung kali diperkenalkan di United Kingdom pada bulan Mei 1840 sebagai sebahagian rombakan perkhidmatan pos pimpinan Rowland Hill. Oleh itu yuran pos mula dibayar oleh pengirim dan bukannya penerima seperti sebelum itu, namun mengirim secara prabayar bukanlah wajib. Meskipun Penny Black boleh digunakan untuk menghantar mana-mana surat yang beratnya kurang 15 gram dalam United Kingdom, perkhidmatan pos Switzerland masih mengira kadar pos berdasarkan jarak pengiriman.
Kepingan ini kini dicetak pada kertas putih, tetapi ada juga yang dicetak pada kertas berwarna dengan maksud tertentu. Kertas juga menggambarkan masa atau negara mana yang mengeluarkan setem tersebut .Kertas yang dicetak umumnya sudah dibubuh bahan pelekat yang akan menempel dengan mudahnya pada sampul surat apabila terkena air.

SETEM NEGERI SELANGOR

Setem  menampilkan gambar yang melambangkan citra atau jatidiri sesebuah negara (dengan adanya ketua negara atau tokoh terkenal) atau gambar lain sebagai sarana promosi atau peringatan lainnya disertakan tahun cetakan atau harga nominal dengan hiasan seperlunya. 
Pemberian warna berbeza dalam set kepingan kadangkala ada dengan tujuan untuk membedakan jenis fungsi mahupun harga beli.

Mulai 1891 sehingga 1895, setem-setem bemotif harimau melompat dikeluarkan. Kemudian dalam tahun 1895 hingga 1897, siri baru setem berimej kepala harimau atau gajah diterbitkan. Kenapa  imej harimau dan gajah digunakan? Harimau melambangkan kekuasaan manakala gajah pula kekuatan, as simple as that! 
Bank dan pejabat pos menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat. Setem negeri Selangor mula dikeluarkan pada tahun 1891. Sebelum itu, dalam tahun 1881, kerajaan negeri menggunakan setem-setem yang dibeli daripada negeri-negeri Selat untuk urusan pos, hanya dicop perkataan Selangor pada muka depan setem tersebut. Sedikit pun tidak menguntungkan kerajaan negeri kerana harga setem itu dibeli pada harga muka atau face value. Maknanya kalau pada setem itu tertulis nilai seringgit, maka seringgitlah yang kerajaan jual di semua pejabat pos di seluruh negeri Selangor. 

Setem Negeri-Negeri Selat bernilai 2 cents yang dijual di Selangor
Setem Selangor bernilai 2 cents. Motif harimau melompat


Setem bermotif kepala harimau bernilai muka 25 cents

Setem Selangor bermotif gajah. Nilai Muka ( Face value) 1 Dollar
Setem Selangor dengan nilai muka 25 dollar
                                              Koleksi setem Selangor pelbagai denominasi 1891-1899

Apabila, kerajaan FMS atau Negeri-negeri Melayu Bersekutu terbentuk pada tahun 1896, maka mulai tahun 1900, setemnya yang terawal adalah setem-setem negeri yang dicetak di atasnya perkataan Federated Malay States ,contohnya setem negeri Perak dan Negeri Sembilan mula digunakan.Selaras dengan kos yang semakin meningkat,  dalam tahun 1918, perkhidmatan pos FMS telah mengenakan caj baharu, iaitu 2 sen berbanding 1sen sebelumnya. Sehingga tahun 1935, FMS mengeluarkan siri-siri setem dalam 12 denominasi atau nilai. Desain yang sama, iaitu harimau dan gajah terus dikeluarkan dalam pelbagai variasi. Selepas 1935, Tiada lagi setem keluaran FMS, sebaliknya, kembali menggunakan setem negeri masing-masing.


Analisis Pengeluaran Setem Pelbagai Denominasi 1905-1923







Setem FMS tanpa motif, 12 cents




Koleksi Setem FMS pelbagai denominasi 1903-1922


Maka dalam tahun 1935,terbentuklah Malayan Postal Union yang meliputi gabungan Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang Melaka, Singapura)dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) Setem-setem tersebut terus digunakan di negeri-negeri tersebut sehingga 1966 dan di Singapura sehingga 1968.



                                        Koleksi setem MPU pelbagai denominasi 1936-1964

Ketika Perang Dunia Kedua, iaitu Pendudukan Jepun di Malaya dan Singapura sepanjang tahun 1942 sehingga 1945, Setem-setem ini terus digunakan, cuma dicop tangan dengan perkataan "Post of the Military in Malaya". Kemudian setem bercetak "Dai Nippon 2602 Malaya" atau "Japanese post"  dalam tulisan Jepun diterbitkan. Dalam tahun 1943 dan 1944, pihak Jepun telah menerbitkan 10 setem definitif dan 2 set setem commemoratif (setem peringatan) yang ditulis dalam tulisan Jepun dan diedarkan di seluruh Malaya dan Singapura.






Setem Malaya Zaman Jepun. Diterbitan pada tahun 1943 bernilai muka 3 cent.
Digunakan di seluruh Malaya
Setelah kekalahan Jepun dan kembalinya British ke Malaya, British Military Administration telah mencetak setem dengan perkataan B.M.A. MALAYA untuk edaran dan digunakan secara meluas di seluruh Malaya sehinggalah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
Setem BMA Malaya terbitan tahun 1945 pelbagai denominasi bermotif King George VI

Malaysia mula mengeluarkan setem selepas kemerdekaan dari United Kingdom pada 31 Ogos 1957. Setem ini memenangi gelaran Persekutuan Tanah Melayu sehingga 9 Ogos 1963 apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia. Singapura bebas dari Malaysia pada tahun 1965.Semua negeri mengeluarkan setem Malaysia, terutamanya setem definitif dengan reka bentuk yang sama, tetapi dengan nama-nama negeri masing-masing.






Koleksi setem Selangor berwajah Sultan Hishamuddin berlatar belakangkan copra/kelapa


 Koleksi setem Selangor berwajah Sultan Hishamuddin berlatar belakangkan masjid


Koleksi setem Selangor berwajah Sultan Salahuddin berlatar belakangkan harimau


Koleksi setem Selangor berwajah Sultan Salahuddin berlatar belakangkan masjid

Pada tahun 1965 Malaysia mengeluarkan setem definitif yang pertama. Kepingan setem menampilkan orkid untuk nilai rendah Negeri dan burung untuk nilai tinggi Malaysia. Setiap Negeri mempunyai set tersendiri, sama dengan pengecualian nama Negara dan Potret Raja atau puncak Negara yang berkenaan. Lapan nilai tinggi dicetak dalam format potret, memaparkan burung-burung Malaysia, dan mempunyai 'MALAYSIA' dicetak di atasnya sebagai ganti nama Negeri.




 







BACAAN TAMBAHAN

Pada umumnya kepingan ini dicetak oleh percetakan negara.  Dewasa ini, pencetakan dilakukan dengan menggunakan mesin-mesin modern namun secara garis besar tetap mengikuti prinsip-prinsip di bawah ini:

Cetak tinggi (typography)
Cetak dalam (engraving)
Cetak rata (lithography)
Cetak limpah (offset)

Setem itu dicetak dalam format landskap oleh Harrison & Sons di England dalam dua panel 100, 10 x 10, dengan nombor silinder yang muncul di sebelah kanan margin bawah, satu untuk setiap warna, panel sebelah kiri yang bernombor 1A dan kanan pane bernombor 1B. Terdapat dua jenis gam yang digunakan, Gam Arab dan PVA, perbezaannya jelas untuk dilihat, Gum Arab yang berkilat dan PVA pusam. Warna-warna itu tidak dihasilkan oleh kaedah litografi warna standard empat, cyan, kuning, magenta dan hitam, tetapi mempunyai warna khusus seperti yang diperlukan oleh setiap nilai yang dicetak dalam photogravure. Di sebelah kiri margin bawah berisi blok periksa warna, satu untuk setiap warna yang dikelilingi oleh kotak hitam, ini hitam untuk penyesuaian negara silinder hitam. Isu pertama adalah pada kertas bertanduk 'Multiple SPM' bertanduk dan sisir berlubang 14 1/2. Beberapa nilai muncul di kemudian hari dengan watermark mendatar dan kemudian sekali lagi tanpa tanda air.

Nilai yang dikeluarkan ialah 1 sen, 2 sen, 5 sen, 6 sen, 10 sen, 15 sen dan 20 sen. Terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan warna individu dan digabungkan dengan bukti warna penuh. Di samping itu, setiap nilai dihasilkan pada kad bukti Harrison dalam warna penuh.

ISU-ISU DALAM PENCETAKAN SETEM

Sejak permulaan, terdapat masalah mencetak isu ini kerana terdapat beberapa warna yang hilang hadir, dalam beberapa kes lebih daripada satu warna, menunjukkan kawalan kualiti yang buruk. Beberapa warna yang hilang kini sangat sukar untuk dijumpai seperti dalam beberapa kes hanya beberapa setem pada lembaran yang terjejas, umumnya 10 atau kurang. Kebanyakan kepelbagaian ini adalah hasil daripada salah satu bekalan warna percetakan yang terganggu semasa jangka cetakan dan dimulakan semula, menyebabkan warna yang hilang pada satu atau lebih tiang

Isu-isu keadaan asal dicetak oleh Bradbury Wilkinson & Sons di United Kingdom, dengan kepingan 200 dalam dua jajaran 100, 10 x 10, untuk nilai 1c, 2c, 5c, 6c, 10c, 15c dan 20c. Proses percetakan adalah litografi.

Bukti pemisahan warna bagi setiap warna individu dicetak untuk setiap nilai, dan warna digabungkan dalam proses yang akhirnya menghasilkan bukti warna penuh. Bukti-bukti ini dihasilkan, pada mulanya, dalam unit-unit kecil, empat atau lebih dan kemudian sebagai helaian penuh. Pencetakan ini berlaku untuk memastikan bahawa semua warna dicetak dengan betul apabila digabungkan dan juga didaftarkan dengan betul. Bukti lembaran yang lebih biasa dapat dikenal pasti dengan mudah dari unit-unit yang lebih kecil kerana ia mempunyai sempadan putih. Setem yang dicetak sebagai helaian mempunyai reka bentuk yang membolehkan 'pendarahan' di antara setiap setem, percetakan di atas perforasi. Setiap nilai mempunyai dua warna hitam yang berasingan, yang pertama digunakan sebagai terperinci untuk rama-rama dan nilai setem, yang biasa untuk semua Negeri. dan yang kedua untuk nama Negeri, potret Raja dan / atau kot Negara, ini menjadi warna 'penyesuaian' untuk setem asas.

Sebagai tambahan kepada setem helaian, dua nilai, 10 sen dan 15 sen, dihasilkan sebagai setem gegelung untuk digunakan dalam mesin layan diri di beberapa lokasi di seluruh Malaysia. Reka bentuk adalah serupa dengan nilai-nilai negeri, tetapi dihasilkan dengan 'Malaysia' sebagai nama negara kerana ia digunakan untuk mana-mana negeri. Gelung-gelang ini dicetak oleh Harrison & Sons dalam photogravure. Dari permulaan, mesin cap gegelung terbukti tidak cekap dengan mendispens nilai-nilai yang betul untuk wang yang ditawarkan, mungkin disebabkan kelembapan yang mempengaruhi setem. Disebabkan masalah ini, mesin-mesin itu dibekalkan dengan segera selepas mereka memulakan tugas mereka. Oleh itu, contoh yang digunakan secara komersial dari kedua-dua nilai adalah terhad. Pada tahun 2006, satu varian gusi telah dikenalpasti. Ia berwarna coklat, dengan kesan 'ribbing' yang jelas. Ini mungkin merupakan percubaan untuk mengatasi beberapa masalah dengan mesin, ribbing yang mungkin membantu untuk mengelakkan keriting setiap setem. Harrison Proof Cards ada untuk kedua-dua nilai dengan setem imperforate dalam warna penuh pada setiap satu.

Cetakan Harrison & Sons Pada tahun 1978, cetakan semula yang tidak diingini untuk beberapa nilai negeri dikeluarkan dicetak dalam fotografur oleh Harrison & Sons, pencetak yang sama yang menghasilkan setem gegelung lebih awal. Sesetengah cetakan ini agak terhad, terutamanya Perlis 10 sen dan Sabah 20 sen nilai, kerana ia digantikan dengan isu baru Bunga dan Haiwan pada tahun yang sama, dan isu baru itu tidak diumumkan oleh pejabat pos. Sekali lagi, setem dicetak dalam helaian 200 dalam dua barisan 100, 10 x 10. Tidak seperti cetakan Bradbury Wilkinson, lembaran ini mempunyai nombor silinder di margin kanan bawah, satu untuk setiap warna dan bernombor 1A untuk anak panah kiri dan 1B untuk yang betul. Setem ini mudah dipisahkan daripada cetakan Bradbury Wilkinson, kerana photogravure menghasilkan tepi dengan 'kabur', disebabkan oleh proses fotografi ketika menghasilkan silinder percetakan. Ini dapat dilihat dengan jelas di tepi perkataan 'Malaysia'. Cetakan Bradbury Wilkinson mempunyai tepi yang jelas, lurus. Terdapat juga perbezaan dalam naungan, tetapi ini tidak boleh dipercayai. Terdapat dua cetakan semula, tidak semua nilai dicetak semula dua kali, dan nilai-nilai baru dihasilkan semasa percetakan kedua. Ia adalah percetakan yang menghasilkan nilai 10 sen yang terhad. Satu-satunya bukti yang telah muncul adalah bukti penuh warna tunggal pada kad persembahan Harrison & Sons, semua nilai yang ada. Adalah dianggap bahawa hanya dua daripada setiap kad ini akan dihasilkan, satu untuk rekod pencetak dan satu untuk Pejabat Pos Malaysia di Malaysia.

Pada 31 Ogos 1982, Malaysia menerbitkan helaian kecil pertama untuk memperingati ulang tahun ke-25nya sebagai negara merdeka. Lembaran ini banyak digunakan pada hari pertama dan hasilnya dijual awal. Ini diperbetulkan dengan memesan cetakan tambahan dari pencetak Austria, Rosenbaum Brothers Vienna, untuk memenuhi permintaan. Beberapa tahun kemudian, perhatikan bahawa cetakan pertama mempunyai bingkai perak di sekitar tepi setem kiri atas setem 10 sen, ini tidak berlaku dengan cetakan semula, yang tidak ada. Akibatnya, disebabkan oleh penggunaan lembaran asal yang tinggi pada penutup hari pertama, lembaran mint dengan bingkai perak adalah lebih kecil daripada yang digunakan, dan digunakan tanpa bingkai perak yang lebih kecil daripada pudina. Bingkai perak sukar dilihat, dan paling baik dilihat dengan memegang lembaran pada sudut ke arah cahaya.

Pada tahun 1986, satu set definitif yang memaparkan hasil pertanian dan setem buah telah dikeluarkan, tujuh nilai rendah bagi setiap Negeri dan lapan nilai sederhana dan tinggi yang bertuliskan 'Malaysia' untuk digunakan di mana-mana Negeri. Isu ini terbukti menjadi yang paling kompleks yang pernah dihasilkan oleh Malaysia, yang berlangsung selama lebih dari 14 tahun, percetakan terakhir dalam format asal yang berlaku pada tahun 2000. Isu ini penting untuk jenis penebalan, gusi dan air. Nilai rendah adalah sama bagi setiap Negeri, kecuali nama negara, puncak kerajaan dan pemerintah, atau puncak negara hanya untuk Negara-negara tanpa pemerintah. Setem itu dicetak dalam lima warna litografi, cyan, kuning, magenta dan hitam dengan kelabu untuk menonjolkan pelbagai bidang dan bayangan kelabu-kelabu untuk panel latar belakang. Mereka dicetak pada kertas fosforus 'Multiple SPM' dengan pola bergelombang, dalam helai 100, 10 hingga 10 dan mempunyai gusi merah jambu dan berlubang 12 hingga 12. Nilai rendah dan sederhana dicetak oleh 'Printers Keselamatan Malaysia' di Petaling Jaya, berhampiran Kuala Lumpur. Empat nilai tinggi dicetak oleh Harrison & Sons di United Kingdom. Nilai rendah mempunyai nombor plat, satu untuk setiap warna yang digunakan untuk percetakan, di sebelah kiri atas, kanan atas, kiri bawah dan kanan bawah setiap helaian, dalam format 1A, 1A 1A dan lain-lain, dengan warna di atas atau di bawah setiap siri nombor plat.

Rujukan:

FMS GOV 1914_13
FMS GOV 1924_18
Ian's Collection_ Logos of Postal Authority of Malaysia
Setem - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
File:Setem Selangor.png - Wikipedia

Postage stamps and postal history of Malaysia - Wikipedia
en.wikipedia.org › wiki › Postage_stamps_and_postal_history_of_Ma...

Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat Walafiat. Malam tadi Atok baru sahaja balik dari Telok Datok menziarahi jenazah a...