Rabu, 29 Jun 2011

Bellfield Bridge, Klang

Aku teringat masa kecik-kecik dulu, Klang memang tempat lepak aku berbanding Banting...maklum ler Klang bandar Banting pekan jer..sure aku pergi ke bandar..macam-macam ada... Klang terbahagi dua, Klang Utara dan Selatan..yang menyambungkannya jembatan besi macam jambatan Bailey.. jambatan yang pertama merentangi Sungai Klang yang telah disiapkan pada September 1908 oleh jurutera George Dearie Russell dan James Graig daripada The Federated Engineering Company, kroni Mat Salleh ler. Panjang jambatan ini sejauh 560 kaki dengan kos pembinaan sebanyak $143.633.Way,way back down the history lane, masa moyang aku tengah kiut-miut, mana ada jambatan? Kalau larat berenang ler..tapi mat salleh ada buat khidmat feri  di Pengkalan Batu kat Jalan Tepi Sungai,seberang Klang Selatan dan tepi Pasar Jawa kat sebelah Klang Utara.. 

Sekarang ini, Jambatan Kota hanyalah ikon pelancongan Selangor sahaja kerana.hanya tingkat bawahnya sahaja yang masih digunakan..Klang kini dah ada jambatan konkrit yang baru dan dengar cerita akan dibina jambatan ketiga .Bila? Wallahualam......Jauh benar Klang berubah....

Klang tahun 1870


 






 Jurutera George Dearie Russell




keratan akhbar tentang jambatan belfield



Berakhirnya hayat jambatan Belfied pada tahun 1953 apabila runtuhnya galangnya ke dalam sungai Klang. 
















1 ulasan:

  1. great images!
    saya pun orang klang
    keep up the good work.
    ill frequent your blog

    BalasPadam

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...