Begini..kalau tuan-tuan baca title entri ini, tuan akan faham aku tengah bercerita tentang Pulau Carey. Betul. Pulau yang terletak sebelah Jugra itu, tak jauh dari Telok Panglima Garang tu. Pulau yang satu masa dulu dikenali sebagai Telok Gunjeng oleh penduduk Telok, Bandar, Kelanang dan sekitarnya. Persoalannya, yang mana satu betul, Telok ke Pulau? Sebelum bertambah pening, jom kita baca apa maksud telok dan Pulau dari sudut geografi:
Teluk adalah tubuh perairan yang menjorok ke daratan dan dihadkan oleh daratan pada ketiga sisinya. Oleh karena letaknya yang strategik, teluk banyak dimanfaatkan sebagai pelabuhan. Teluk adalah kebalikan dari tanjung, dan biasanya keduanya dapat ditemui pada suatu garis pantai yang sama. Manakala Pulau sebagai kawasan daratan yang dikelilingi air dan mampu menampung habitat manusia.
Jadi kesimpulannya, memang jauh berbeza antara pulau dan teluk. Jadi, kenapa dan bila daratan ini dipanggil Pulau Carey sedangkan sebelum ini dipanggil Telok Gunjeng sahaja? Sebenarnya istilah Pulau Carey itu sahaja pun telah menunjukkan pengaruh British ke atas kawasan tersebut yang bermula selepas campurtangan mereka ke atas Selangor bermula tahun 1874, iaitu selepas kejadian pembunuhan 4 orang pedagang berbangsa Cina dari Melaka oleh lanun-lanun yang berlindung dan dikatakan di bawah kawalan salah seorang putera diraja Selangor. Kejadian itu memang fakta tetapi ada konspirasi di sebaliknya untuk menghalalkan campurtangan tersebut. Tapi cerita tentang itu boleh tuan-tuan rujuk internet.
Mengikut J.M Gullick dalam bukunya, A History of Selangor (1766-1939), bijih timah yang dilombong di Reko, Ulu Langat diangkut melalui sungai Langat untuk dieksport. Namun disebabkan ciri fizikal Sungai Langat yang berliku-liku dan panjang (lebih 50 batu atau 80km), maka pelombong- pelombong berbangsa Amerika telah mengenal pasti satu laluan pintas yang berpotensi untuk memendekkan jarak perjalanan ke laut. Lokasinya dikenalpasti dengan membina terusan dari Sungai Keluang (sungai kecil yang masuk ke Sungai Langat) hingga ke Sungai Jugra ( juga sungai kecil berpunca dari Bukit Jugra, yang mengalir ke laut). Jarak tersebut dikenal pasti hanyalah sejauh 6 batu sahaja! Sudah pasti mereka tersenyum lebar. Maka pada sekitar petengahan 1850-an, kerja-kerja membina terusan dijalankan.(of courselah, dengan persetujuan sultan).
Tapi tanpa kajian EIA (Environmental Impact Analysis) terlebih dahulu,(oh ya, memey ler tak dibuat....Hahaha), maka usaha yang sepatutnya menguntungkan telah membawa kesan sebaliknya. Air pasang dari laut masuk secara ganasnya menyebabkan banyak hutan di tebing kedua-dua sungai tumbang dan dihanyutkan. Arus deras dan hanyutan pokok-pokok yang tumbang menyukarkan perjalanan tongkang malahan amat merbahaya. Tebing sungai asal runtuh dan saiz sungai semakin melebar. Akhirnya, bijih timah diangkut dengan tongkang sehingga pengkalan berhampiran bandar Temasya (Bandar Langat) dan kemudian diangkut menggunakan kereta lembu melalui jalan darat sejauh 4 batu dan kemudian dipunggah semula ke atas kapal wap yang sedia menunggu di Kuala Jugra. Begitu juga sebaliknya. Jadi, terusan yang dibina itu akhirnya menjadi cabang kedua Sungai Langat yang lebih pendek dan lebih lurus berbanding Sungai Langat asal yang sememangnya lebar, panjang dan berliku-liku itu.
Pulau Carey: Pandangan dari Rumah Api, Bukit Jugra
Pulau Carey: Pandangan dari Jirat (Kubur)Cina di Bukit Jugra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan