Salam anak perantau dari Seremban...Apo kobar sumo? Esey sihat-sihat jo, ekau sumo camno?
Oklah. Kali ini aku nak kongsi pengalaman hidup rakan sekampung aku...Ramlan bin Sulaiman...mungkin sebaya aku, mungkin juga seusia adik aku. Aku kenal benor dengan bapanya...Pakcik Leman...Duduk kat Alor Pak Datu kata orang kampung aku...tepi kubur ler bhai.Tapi dia bukan Tok Adi! Siapa tak kenal dia, sah..BUKAN Anak Telok! Maaf, aku tak pasti sama ada beliau masih hidup atau sebaliknya. Dulu, Ontu (Orang Tua) Leman ni memang terer pasal durian. Di Telok dulu memang banyak dusun durian.,,,Dari Sungai Rambai sampai ler ke Batu 9 Kg. Medan dan Sijangkang...Durian, durian, durian. Pendek kata, kalau dah musim, berlambak-lambak durian, sampaikan kentut berak pun bau durian. Telok pusat durian. Duriannya kelas A..ramai orang cari durian kat Telok. Dalam hal durian jer, Telok dah melahirkan beratus-ratus peraih, penjual dan pencuri durian yang hebat-hebat belaka. Hahaha... Antara nama-nama yang hebat seperti Arwah Mat Jaman (rumah sebelah Masjid), Ontu Malik, Ontu Lias, Ontu Tambi (Batu 11), Ontu Rahman Pelat (Simpang). Kalau kat Telok pulak, Ontu Leman dan Keling Mata Buaya (Sori ler, nama aku tak tahu tapi yang pasti sebelah mata dia pakai mata batu..sure tak berkedip..pasal tu orang panggil Mata Buaya) Ini semua Otai-otai heavy weight !
Kalau kat Teloklah, penuh pondok-pondok durian tepi jalan sepanjang jalan menghala ke Banting...Kitorang tarak takut maa...sampai malam pun tak ada hal...misti habis punya! Terutamanya kalau hujung minggu... berbakul-bakul Ontu Malik raih, termasuk ler durian dari kebun pusaka atuk nenek aku yang enam ekar tu.Tak cukup atas pangkin depan, dia susun atas pangkin tempat dia duduk.Ontu Lias pulak kalau buah high class, dia letak kat dalam peti..untuk yakinkan pembeli, they've got the best deal in town.
Aku pernah jugak belajar daripada diorang cara nak raih (beli) durian. Cara diorang ini agak unik pada orang sekarang, iaitu cara padan. Yang korang tahu beli pakai timbang kilo,kan? Korang mesti tertanya-tanya camne tu..hihihi..tunggulah aku minum kejap....penat aku bercakap tau!
Caranya mula-mula tentukan buah paling besar dalam longgokan durian yang hendak dibeli tu..Itu namanya buah kepala. Tentukan harga borong buah kepala tu..Biasa standard yang digunakan, kalau buah baka kampung, tak lebih RM8. Jadi kalau saiz yang kecil sedikit daripada buah kepala, biasanya padanannya 3:2, maknanya tiga biji buah tu harganya RM8 x 2= 16 hengget ler..Kalau kecik sikit, mungkin 2:1, atau 3:1 dan seterusnya..Korang (penjual) tak payah ler sibuk-sibuk nak padan-padankan...itu kerja diorang. Korang tengok jer...sure korang akan setuju dengan tawaran harganya...good bargaining skills are needed when you're dealing with them. Aku tabik spring kat otai-otai ni...
Itu cerita peraih durian. Penjual pulak tak kurang hebatnya...macam-macam skil diorang bikin.Ada yang buat beli 5 free 1..atau kalau ambil semua, free satu bakul durian tempoyak... tengok rentak pelanggan ler... Tapi antara banyak-banyak penjual tu, aku cukup respek marketing strategy sorang mamat ni..Dia ni sedara aku jugak. Dia punya cara nak tawan pembeli sampaikan aku tengok kalau berhentilah kereta kat pangkin durian dia...9 out of 10, misti jadi! Hebat tak? Lagipun cara dia ni orang-orang lain masa tu tak gunakan. Dia jual pakai longgok, macam cara kat pasar malam sekarang...selonggok RM 20..Jadi, mahu tak mahu, orang terpaksa beli selonggok walaupun pada mulanya nak beli sebiji dua sahaja...Tak sampai petang, habis durian-durian dia. Petang tu dia pergi cari durian lagi untuk jualan sebelah malam pula. padahal orang lain masih tak laku-laku lagi durian pagi mereka. Memang ler hebat, banyak duit tapi habis bagi dekat tokan...beli ganja dan heroin. Kesian, kesian.
Aku pulak time musim durian..memey terasa macam anak orang kaya. Makan tengah hari tak pernah kat rumah..Restoran Selamat kat pekan Telok itu ler port aku. Ambil lauk macam mamak tu abah aku pulak. Apa ada heran...duit banyak! Camne tak banyak? Korang congak ler sendiri...Duit upah kutip durian dan tidur kat pondok + duit durian yang aku rembat dan jual sendiri (kebun atuk aku lah) + duit upah jual durian tepi jalan dan upah tunggu pangkin....Gua loaded, bro.
Pencuri durian kat Telok ini lagi hebat. Modus operandi diorang, pertama time hampir Subuh, lebih kurang pukul 4,5 pagi. Time tu kalau korang berjaga semalaman pun pasti lalok punya..Time tu pulak durian berdebuk-debuk gugur. Yang paling menyirap, bila durian yang kitorang dah kutip dan longgokkan di bawah pondok tu ler yang diorang rembat. Pokemon punya setan! Memey rezeki malaun tu ler.
Pernah pakcik aku terserempak dengan pencuri durian lebih kurang pukul 10 malam. Pakcik aku mengendap tunggu dalam pondok tanpa nyalaan pelita. Apabila pencuri tu hampir dengan kawasan pondok,pakcik aku suluh muka dia. Dia boleh buat muka selamba jer bila pakcik aku kata buat apa kat kebun malam-malam buta ni. Dia kata cari lembu dia.(memang ler bapak dia ada bela lembu kat sebelah kebun aku). Pernah sekali pencuri yang sama tertangkap dengan durian dalam guni. Dia boleh sound balik, "kebun lu kebun gua jugak pasal atuk lu atuk gua, kita sedara,kan?"
Kalau korang tengok lampu picit yang dia pakai paling kecil mentolnya. Kalau tak perasan, kita ingatkan cahaya serangga kelip-kelip, halus sangat! Tapi guni tu dia leretkan atas rumput. Bila terkena durian pasti melekat, pastu baru dia masukkan dalam guni lagi satu. Kalau sekali operasi dapat 5,6 biji durian, bayangkan satu malam dua kali...paling bangsat pun boleh dapat RM50. Senang-senang jer!
Tapi yang pastinya, bila time musim durian, hilang sifat penakut aku pada malam dan kubur (kebun aku memang ada kubur-kubur lama). Bapak aku pulak buat pondok kat celah-celah batu nesan tu. Pelik juga ler..tak ada rasa gerun langsung! Mungkin tika itu wang berharga...Tapi kalau lepas musim durian, nak ke jamban belakang rumah pun mintak ditemankan. Hihihihi...Korang macam mana pulak?
Aku Budak Telok..... Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tumpah darahku...Berbagai pengalaman hidup, asam garam pahit manis kehidupan aku lalui di sini..Mana mungkin aku melupakanmu, duhai kampungku, Telok Panglima Garang...Kau tetap di hatiku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas
Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...
-
Salam buat semua. Hari itu aku balik kejap kat Telok. Jumpa keluarga time cuti sekolah ni..Aku pun jalan-jalan tengok rumah saudara yang ba...
-
Salam buat semua. Hari ini Jumaat 2 Mei 2014. Jam dekat tangan aku menunjukkan pukul 11:35 pagi. Ya, memang hari ini hari persekolahan . Su...
-
Salam buat semua. Hari ini Jumaat. Cuti sekolah semester satu. Aku tak ke mana-mana hari ini. Sakit pinggang, Terasa benar sakitnya. Mungk...
-
Assalamualaikum... Salam Jumaat. Salam buat semua sahabat,rakan dan pembaca sekalian.Maaf dah lama tak turun padang..bukan nak bersenam, mai...
-
Salam buat semua. Wah, semua nampak sihat-sihat jer.Alhamdulillah. Pertama-tama marilah kita panjatkan rasa kesyukuran kita kita ke hadrat A...
-
Salam buat semua. Kepada yang baru datang melawat Ahlan Wa Sahlan. Arigato mas. Selamat Datang. Sihat semuanya? Alhamdulillah. Semoga Alla...
-
Salam buat semua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang buat kita semua memohon keampunanNya, mengharapkan bela...
-
Sejarah pendidikan di Telok sememangnya panjang. Bermula dengan pendidikan fardhu ain tak formal di rumah tok-tok guru ketika mengaji alq...
-
Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua.. Sebut pasal warigh, teringat...
-
Salam buat semua pembaca blog aku ini. Terima kasih ler kerana sudi menjenguk kat sini. Blog aku ini ,pada mulanya ketika aku mula menulis,...
Masa tinggal di Banting, saya selalu beli durian cina di sepanjang jejarum ke Telok. Durian isi cantik dan murah masa tu 1994. Ada kwn saya mmg giler durian..kalau dia makan durian 5-6biji. Dia ckp lepas mkn durian dia tak minum berjam-jam sbb nk kekalkan rasa durian dlm lehernya. Mmg gila jawa tu..lepas kenyang baru dia beli 3-4 bijik utk anak bininya.
BalasPadam