Isnin, 28 Oktober 2013

Telok 1913: Banglo Singgahan British (Halting Bungalow) di TPG

Salam buat semua. Sememangnya aku tak sabar-sabar menulis dalam entri kali ini. Pencarian yang telah lama kulakukan akhirnya berjaya aku temui. Dalam entri aku terdahulu pernah aku tuliskan penyelidikan aku (di Arkib Negara ketika cuti sekolah bulan Disember tiga tahun dahulu) tentang Telok dan Kuala Langat. Banyak kali aku terjumpa perkataan 'halting bungalow'. Setelah aku siasat, rupa-rupanya banglo singgahan ini sememangnya didirikan oleh British untuk pegawai-pegawainya yang bertugas di luar pejabat. Maklumlah ketika itu perhubungan dan pengangkutan agak terhad dan lambat. Alat pengangkutan yang digunakan sama ada bot berenjin wap, sampan (lazim ketika awal penapakan Inggeris di negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang), mahupun di negeri-negeri Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang). Maklumlah, ketika itu perhubungan air, sama ada di laut atau sungai sangat penting, dan bergantung pada pasang surutnya air. Laluan darat pula merupakan laluan tanah merah merentas hutan (semestinya membahayakan) untuk pengangkutan menggunakan kereta lembu atau kereta kuda

Ketika air surut atau keadaan perjalanan yang tidak mengizinkan seperti pada waktu malam atau gangguan hidupan liar seperti gajah, harimau dan buaya, banglo inilah tempat rehat mereka, sebelum menyambung tugas yang diamanahkan. Jadi, banyaklah 'halting bungalow' ini dibina di laluan perjalanan di serata negeri-negeri tersebut. DAN salah satu banglo ini terletak di kampung Telok Panglima Garang! Bagaimana aku tahu tentang banglo ini? Pertama, ketika aku selongkar fail-fail dekat Arkib Negara di Kuala Lumpur. Ketika itu aku terpandang dokumen surat-surat rasmi kerajaan British sebelum merdeka yang banyak tentang 'halting bungalow' ini. Kali kedua pula, ketika aku melayari internet, aku terjumpa artikel  dalam akhbar The Straits Times bertarikh 30 April 1913 di bawah tajuk "Jugra District"ada menceritakan tentang banglo ini secara terperinci. Aku semakin teruja dengan penemuan ini.

Dikatakan secara terperinci dalam laporan itu:
...."Eleven miles from Klang one arrives at a halting bungalow in charge of a Chinese boy, who said he was and old servant to Sir Frank Swettenham, and knew Mr. Cecil Trotter and many of the pioneers of the country"
(Untuk rekod, boy dalam paraphrase di atas bukan bermaksud budak kecil lelaki, tetapi merujuk pekerjaan lelaki tua tersebut yang pernah menjadi orang suruhan. Sememangnya orang-orang British ini memandang rendah terhadap orang-orang Asia.) Diceritakan juga tentang berjenis-jenis arak mahal dan stok banyak barangan dalam tin yang terdapat dalam koleksinya di banglo tersebut.


Jadi, banglo singgahan di Telok ini terletak sebelas batu dari Klang, bererti di Batu 11 Kampung Telok, mungkin sekali di kawasan Simpang Kg. Bandar (Segenting) yang terletak di tebing sebelah utara Sungai Langat, yang berhadapan dengan Kg. Bandar di Jugra di tebing sebelah selatan sungai tersebut.
Halt Bungalow (gambar hiasan)

 Difahamkan dalam artikel tersebut juga bahawa  keadaan jalan raya di sepanjang laluan Klang-Telok-Jugra ketika itu
  "...are  for the most part excellent,being well metalled and blinded...." dan "...The road from Klang towards Telok is being widened and has been for several miles; it is undoubtedly a great improvement as the motor traffic is increasing, and bullock carts are passed every few minutes." 

Untuk menyeberang sungai tersebut bagi kereta (motor car) atau kuda hanya mengambil masa 15 minit sahaja dengan menggunakan feri yang ditarik menggunakan  kabel besi  dan winch dalam air. (Feri besi  baru sahaja dibina dan digunakan tak lama selepas itu).
Digambarkan juga ketika itu di kiri kanan laluan jalan raya itu ditanami  getah, kelapa dan kopi besulam-sulam. Hal ini kerana tuan punya tanah atau ladang ini mengambil kesempatan atas tawaran pinjaman kerajaan sebanyak $10,000  bagi setiap jenis pokok, untuk menggalakkan penanaman ketiga-tiga jenis pokok tersebut. Ketika itu, jambatan besi di Banting sedang dalam pembinaan.
Nantikan entri aku tentang keadaan di Bandar Temasya, Jugra dan Morib selepas ini. Sebelum itu, adios, sayonara, bhai. Assalamualaikum.

Rujukan:
Halting Bunglow, Telok Panglima Garang" Forwards one tender for report;
(No. rujukan: 1957/0047818; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Halting Bungalow Telok Panglima Garang
(No. rujukan: 1957/0047959; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT
Furniture of Halting Bungalow, Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Disposal of :
(No. rujukan: 1957/0221813; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Halting Bungalow, Telok Panglima Garang, Kuala Langat - Disposal of:
(No. rujukan: 1957/0219098; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Halting Bungalow, Telok Panglima Garang - Recommends closing of :-
(No. rujukan: 1957/0217161; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Lease of the Government Halting Bungalow at Telok Panglima Garang - Tenders for :-
(No. rujukan: 1957/0181784; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)

Completion of sanding 3? miles of Road from Bandar to Telok Panglima Garang seeks authority to make final payment in full
(No. rujukan: 1957/0070305; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Road from Bandar to Telok Panglima Garang - Recommends tender for the gravelling of 16/24 $9,200
(No. rujukan: 1957/0061864; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Asks permission to allow the Collector of Langat to go over the path from Telok Panglima Garang to Klang 
Memohon kebenaran untuk membolehkan `Pengutip Hasil Langat' melewati batas sempadan dari Telok Panglima Garang ke Kelang Minit Bahasa Inggeris Rodger, J.P.; Bellamy, Henry Franklin
(No. rujukan: 1957/0004270; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Report on the track from Telok Panglima Garang to Klang
Laporan keadaan jalan dari Teluk Panglima Garang ke Kelang yang becak teruk kerana hujan Surat; minit Bahasa Inggeris Bellamy, G.C.; Bellamy, H.F.; Rodger, J.P.; PWD, Kuala Lumpur
(No. rujukan: 1957/0004378; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Forwards a draft contract and specification for the construction of three miles of a proposed road from Klang to Bandar Jugra via Telok Panglima Garang.

(No. rujukan: 1957/0010103; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Concerning the opening up the Country to Bandar Langat
Memaklumkan bahawa telah menyuruh 10 orang sakai pergi ke Teluk Panglima Garang untuk merintis pembuatan jalan ke Bandar Langat Surat; Minit Bahasa Inggeris Perks, Arthur J; Rodger, J.P; Collector And Magistrate, Klang; Acting Resident Selangor; Teluk Panglima Garang
(No. rujukan: 1957/0002886; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT) 
Describing a Journey overland from Teluk Panglima Garang to Pencallan Batu
Lapuran berkaitan lawatan dan perjalan dari Teluk Panglima Garang ke Pengkalan Batu Surat Bahasa Inggesris Perks Anthur; Rodger, J.P.; Talbot; Suprintendent Public Work Department, Kuala Lumpur.
(No. rujukan: 1957/0003055; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT) 
Report on the track from Telok Panglima Garang to Klang
Laporan keadaan jalan dari Teluk Panglima Garang ke Kelang yang becak teruk kerana hujan Surat; minit Bahasa Inggeris Bellamy, G.C.; Bellamy, H.F.; Rodger, J.P.; PWD, Kuala Lumpur
(No. rujukan: 1957/0004378; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)


Indeks Halaman Utama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dari Sisi Gelap Klang Bandar Diraja ......Bahana Pelacuran

Salam buat semua, peminat  serta pembaca  blog Atok ini. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Kita masih dalam mode Raya, meraikan sauda...