Selasa, 30 Oktober 2012

Jambatan Gantung Terapung di Klang?




Salam Idul Adha buat teman-teman,sedara mara,kaum kerabat dan pembaca sekalian. Raya haji tahun ni aku raya sakan. Dah cuti sampai lima hari gomen beri,  Khamis sampai Ahad, aku sapu ler. Satu Selangor aku rayau. Dari Sungai Buaya, Ulu Selangor sampailah ke KL, Shah Alam dan Telok sebelum balik semula ke Seremban. Campur, tolak, darab, bagi, aku rasa dah lebih 500km aku dera Exora aku. Kalau orang dah lama menjerit. Aku seboleh-bolehnya nak elak masuk Klang.Bukannya aku lupa diri,atau lupa daratan, tapi tak sanggup aku nak mengharung trafik jem terutama kat Jambatan Kota, bawa ke Hospital TAR.untuk ke Telok. Rimas, lemas aku dengan jem di Klang. Aku rela pusing jauh menyeberang  Jambatan Connaught kat Sg. Kandis daripada masuk bandar. Klang bagi aku dah macam bohsia, dah tak boleh nak dipulihkan lagi.Dah BARAI! Korang bina ler sepuluh jambatan... makin teruk jemnya... KECUALI jambatan/jejantas bertingkat macam kat kolumpo! Cerita pasal jambatan, aku dapat input baru mengenai sejarah jambatan di Klang. Sebenarnya bukan 2 tapi dah 4 buah jambatan dibina sejak Jambatan Belfield pada tahun 1908! Kisah jambatan itu korang bacalah dalam entri aku yang lepas..terperinci...Tapi lepas aku buat research sikit kat internet, rupanya ada 2 lagi jambatan yang dibina selepas tentera British letupkan Jambatan Belfield semasa mereka berundur daripada serangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.


 Tapi aku masih belum ada maklumat tentang apa tentera Jepun buat lepas tu. Aku yakin mesti Jepun buat something untuk melintas/menyeberang selama 3 tahun 8 bulan  kependudukan mereka di Tanah Melayu. Paling haprak pun aku rasa diorang buat jambatan pontoon (yang terapung) atas tapak jambatan yang diletupkan itu. Mungkin jambatan di bawah ini asalnya jambatan buatan Jepun masa itu. Pada tahun 1950an, aku dengar ada jambatan gantung didirikan.
Jambatan gantung ini menggantikan jambatan Belfied yang diletupkan oleh Jabatan Keretapi sebelum tenters Jepun tiba. Aku tak pasti sama ada jambatan gantung itu khas untuk kenderaan ringan (basikal,beca) atau pejalan kaki. Kereta, lori boleh lalu atau tidak? Aku tak yakin. Nama pun jambatan gantung. Yang pasti. lori dan kenderaan berat menggunakan jambatan pontoon di sebelahnya
Ianya satu projek yang gagal dan memalukan penjajah British
untuk membina jambatan gantung bagi pejalan kaki yang berulang alik daripada kedua-dua tebingSungai Klang.Rekabentuk jambatan itu yang boleh berayun apabila angin kuat bertiup di tengah sungai dan akan mengancam nyawa manusia yang melaluinya.Kemungkinan kerana kegagalan tersebut, maka dibuat laluan paip air daripada Klang Utara ke Klang Selatan. Jambatan Gantung ini runtuh kedalam sungai Klang kerana putus tali penggantungannya kerana karat pada tahun 70an.





 
Kemudian,barulah dibina jambatan Kota.   Korang bacalah maklumat budak skema yang aku jumpa dalam internet ini:
"Jambatan Kota di Klang, jambatan dua tingkat yang popular dan antara jambatan tertua di Malaysia, dibina pada bulan Mei 1957 oleh sebuah Syarikat British, Dorman Long Bridge and Engineering Ltd.( Korang tengok sifat penjajah. Negara di ambang kemerdekaan pun diorang nakkan juga kontrak last minute. Dasar penjajah bagero!) Jambatan dua tingkat sepanjang 500 meter itu dibina dengan menggunakan struktur besi merentasi Sungai Klang bagi menjadi penghubung utama antara Bandar Klang Utara dan Klang Selatan. Ia pernah ditutup daripada digunakan orang ramai pada 21 Januari 1992. Jambatan Kota Lama itu diserahkan kepada MPK pada 1992. Pada tahun 1995 MPK telah membelanjakan sebanyak RM750,000 untuk menguatkan dan mengukuhkan struktur jambatan Kota Lama ini. Pada 20 November 1996, MPK telah membina 58 buah gerai cenderamata bagi menempatkan lebih ramai bumiputera berniaga di pusat bandar, Pengubahsuaian itu siap sepenuhnya pada 17 Julai 1997 lantas menjadikan kewujudannya sebagai tarikan pelancongan di Klang."


Jambatan Kota, Klang




Tentang jambatan terbaru yang keempat pernah wujud di Klang dan berhampiran stesen kereta api  ini namanya jambatan Raja Muda Musaeddin,  kalau tak silap aku. Bila dibina? Entahlah... aku tak berapa nak ingat.. mungkin awal 1980an kot? Korang tanyalah JKR. Jambatan ni biasa jer, macam jambatan-jambatan lain cuma ada awning sepanjang jambatan untuk pejalan kaki. Hah..begitulah cerita teman seadanya. Kalau  kengkawan ada maklumat baru atau nak betulkan maklumat yang saya terima,saya berfikiran terbuka dan sedia menerima tempahan....Kah,kah,kah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...