Tapi sebelum itu, aku nak minta maaf banyak-banyak kepada pembaca atau kengkawan aku yang berketurunan India atau Tamil. Bukan maksud aku mengejek bila aku sebut perkataan 'KELING'. Aku bukan prejudis atau perkauman. Cuma istilah ini dah digunakan sejak dahulu lagi apabila merujuk kaum pendatang ini. Dah tak boleh nak tukar lagi dah. Kalau nak panggil India, itu nama negaranya. Nak panggil Tamil, itu nama bahasanya. Jadi, yang paling tepat, itulah panggilannya. Kaum India ini pula bukan semuanya dari Tamil Nadu walaupun majoriti dari situ. Ada juga yang datang dari Kerala dan Sri Lanka, termasuk juga kaum Sikh dan Pathan yang rata-rata orang panggil Benggali. Itu dari segi asal usul geografisnya. Dari sudut kepercayaannya pun berbeza-beza. Ada juga Tamil yang beragama Islam walaupun majoritinya Hindu. Benggali pula beragama Sikh manakala kaum Ceylonese (Sri Lanka) beragama Buddha. Jadi untuk membezakan antara mereka ini, orang-orang Melayu dah bersepakat (tanpa berunding dengan mereka pun), kalau yang berserban tapi beragama Sikh itu, kitorang panggil Benggali. Kalau Tamil beragama Islam kita panggil Mamak. Kalau Mamak atau Tamil (semestinya masuk Islam) berkahwin Melayu , anak-anak diorang kita panggil Mami atau DKK (Darah Keturunan Keling). Jadi kalau Tamil yang masih Hindu, keputusan sebulat suara (termasuk Inggeris menggunakan istilah ini) memanggil mereka Keling. Ya, Keling, Keling, Keling. Muktamad. Ini sebahagian daripada social contract antara kaum di Malaya ketika itu. Tak puas hati? Samanlah dalam court. Habis cerita.
Sampai sahaja di Malaya, tempat pertama yang mereka kenal ialah Pelabuhan Klang atau dulunya dipanggil Port Swettenham. Maka berduyun-duyun mereka turun dan dikumpulkan di tempat atau depoh imigresen. Di sana mereka diproses, diperiksa tahap kesihatan mereka, sebelum ditempatkan di estet-estet di seluruh Malaya, mengikut tuan punya ladang masing-masing. Makan minum mereka,semasa mereka di sana, dijaga dan dilayan baik oleh pihak Inggeris menerusi konco-konco atau ejen yang dilantik.Sesampai mereka di estet, mereka ditempatkan di rumah-rumah kongsi (atau dalam Bahasa Inggeris, Coolie lines).Kemudian barulah mereka tahu, dengan bayaran gaji yang rendah, mereka terpaksa membayar baik tambang kapal dan segala tanggungan termasuk makan,minum selama terikat dengan kontrak. Biasalah. Bangla dan Indon sekarang pun mengalami nasib yang sama. Menyesal pun ada, tapi nak balik semula ke India, jauh sekali. Memanglah India kini jauh di mata, tetapi juga kerana malu dan sudah banyak wang serta tanah yang digadaikan untuk ke Malaya. Lagipun ini harapan dan masa depan keluarga. Jadi, reda dan redah jer lah. Maka, ramai ler yang bekerja di estet-estet sekitar Telok, Jugra, dan Klang. Kalau kat Telok ini, dulu kita ada Telok Estate,( tapak SMK TPG kini), Carey Island estate, Brooklyn estate, Sungai Buaya estate di sekitar Banting dan Jugra, manakala menghala ke Klang pula, Blackwater estate (kini Taman Botani) dan Highland estate (kini Bukit Tinggi).
Jadi, interaksi sosial yang terhad antara mereka dengan orang Melayu dan Cina kebanyakannya berlaku di bandar atau di pekan seperti Telok. Selebihnya mereka menghabiskan masa mereka di estet, sebagaimana imigran Cina tinggal di lombong-lombong bijih timah. Inggeris tahu mereka ini, (Cina dan Keling) memang memerlukan hiburan. Jadi, untuk 'menghiburkan' sedikit hati-hati mereka, Inggeris membuka dan memberi lesen kepada pemilik kedai Todi di estet dan juga kedai candu di lombong. Yang untung tetap Inggeris. Cukai kedai, todi dan juga candu sahaja banyak menyumbang kepada pendapatan negeri.
Tapi ada juga Keling yang datang ke Klang secara peribadi, maksudnya tiada ikatan kontrak. Biasanya mereka ini golongan Mamak yang berniaga, sama ada secara kedai runcit, atau perniagaan rempah ratus. Mereka ini mudah berasimilasi (bergaul) dengan orang Melayu kerana mereka juga beragama Islam. Sememangnya orang-orang Islam itu bersaudara. Bahkan komuniti mamak ini telah mendirikan masjid mereka sendiri di Klang yang dikenali dengan nama Masjid India Selatan pada tahun 1904.Arwah abah aku memang bersekolah di High School Klang tetapi setakat Tingkatan Dua sahaja atas sebab kewangan keluarga masa itu. Abah aku ke sekolah dengan berbasikal setiap hari dari Telok. Jadi, arwah berehat sebentar di masjid India ini untuk bersolat Jumaat sehinggalah lewat petang. Aku juga pernah bersembahyang Jumaat di masjid ini tetapi bila time khutbah aku terlelap sedikit kerana aku tak faham sebiji habuk pun butir ceritanya kerana khatib berkhutbah dalam bahasa Tamil. Jadi, aku layan jer, janji sah solat Jumaat aku minggu tu. Kini masjid itu telah berubah wajah dengan peruntukan RM20 juta.
Ada juga golongan terpelajar dan menengah Keling dan Ceylonese yang bekerja dengan pihak Inggeris sebagai kerani di estet dan di pejabat-pejabat kerajaan sementara kaum Benggali sebagai anggota keselamatan dalam polis dan tentera Inggeris. Jadi, komuniti India di Klang memang nampak ketara kehadiran mereka dalam masyarakat, sehingga jadi bahan ketawa masyarakat yang berkata gagak di Klang banyak kerana gagak ikut Keling ke Klang. Jalan Rembau merupakan Little India di Klang kerana dipenuhi kaum pendatang ini. Segala keperluan kaum ini terdapat di sana, Berduyun-duyun keluar dari estet-estet berdekatan untuk shopping ketika menjelang Deepavali. Berwarna-warni. Ada juga keling peramal nasib yang menggunakan burung untuk menenung nasib orang lain. Macam-macam kebodohan manusia.
Terdapat juga golongan Chetty yang memberi perkhidmatan pinjaman kewangan riba kepada orang-orang yang terdesak memerlukan duit. Golongan Along ini sebenarnya beroperasi dengan kebenaran dan lesen daripada pihak berkuasa Inggeris. Ramai juga orang-orang Melayu yang tergadai tanah mereka kepada 'lintah darat' ini. Memang orang Melayu mudah lupa, tak serik-serik. Dah tahu riba itu haram, tetap mereka nak juga. Tapi tak bolehlah nak salahkan diorang 100 peratus, kerana mereka terdesak. Mana ada bank nak beri pinjaman masa itu? Tapi itu semua di Klang, di Telok pula lain ceritanya.
Di Telok, masa aku kecik-kecik, Keling yang aku tahu dan kenal ialah Antoni sekeluarga (pasal bekerja menoreh getah di kebun moyang aku), mamak Hussin yang berkedai runcit di pekan Telok. mamak Selamat yang buka kedai makan di Telok, Chinnaiah sekeluarga dan Muthu,Selvam sekeluarga (yang juga berkedai runcit) dan Keling Mata Buaya yang meraih durian (ada aku ceritakan dalam entri aku dahulu). Ada dua buah kedai gunting rambut Keling di Telok masa itu. Satu di deret kedai PKNS ( kini di sebelah Shell) dan di deret kedai sebaris kedai mamak Husin itu. Servis diorang first class, siap urut-urut tengkok lagi. Ada juga mamak yang menjaja ABC (Air Batu Campur), ais kepal dan Cendol serta rojak berbasikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan