Memaparkan catatan dengan label temple. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label temple. Papar semua catatan

Sabtu, 27 November 2021

Keperitan Kehidupan Estet di Kuala Langat Suatu Masa Dahulu

Salam daripada Atok buat semua pembaca tersayang blog Atok ini. Atok doakan dan aminkan semua perkara yang terbaik buat korang, dunia dan akhirat. Tak kiralah apa sahaja perkara yang korang minta. Rezeki, penghidupan, kehidupan, kejayaan, kesihatan, kekayaan, ilmu pengetahuan, peningkatan amalan dan penghapusan dosa, kesejahteraan, kebahagiaan, dan apa sahaja terlintas di hati dan fikiran korang. Amiin, amiin, amiin ya Rabbal 'Alamin. Buat diri korang serta Atok sekeluarga dunia akhirat. 

Entri Atok kali ini tentang keperitan hidup dan realiti kehidupan di estet suatu masa dahulu. Bersyukurlah  kerana kita tidak mengalami kepayahan hidup sebagaimana mereka yang terdahulu. Cubaan hidup mereka begitu hebat, sejak pertama kali mereka menjejakkan kaki ke tempat baharu yang begitu asing yang beribu batu jauhnya dari tanah kelahiran mereka,  hidup terasing daripada masyarakat sekeliling, kekal dalam kemiskinan sehinggalah ajal menyapa mereka di bumi bukan milik mereka ini. 

Hasrat membina penghidupan baharu yang lebih menjaminkan tidak kesampaian. Namun jauh di sudut hati, mereka lihat ada sinar untuk anak cucu mereka. Justeru, mereka tetap menunggu dan terus menunggu. Kini, generasi keempat dan kelima menikmati hasil pengorbanan datuk nenek moyang mereka. Mereka kini duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan sesiapa sahaja di dunia ini termasuk bangsa bekas majikan datuk nenek mereka yang pernah menghina dan memperdaya. Begini kisahnya......

Pekerja estet

Pasangan suami isteri

Kebanjiran tenaga kerja dari India ke Tanah Melayu bermula sejak tahun 1889. Namun, tidak semuanya daripada suku kaum Tamil pekerja ladang.  Ada juga yang bekerja dalam sektor kereta api . Yang lainnya memilih bekerja di pelabuhan-pelabuhan di Singapura dan Pulau Pinang. Suku kaum Telegu juga bekerja di estet-estet getah di Hilir Perak dan beberapa bahagian di Selangor. Malayalam pula ramai di Hilir Perak, Kuala Lumpur, sebahagian Negeri Sembilan dan Johor Bharu.

Suku kaum Gujerat, Sindh, Chettiar dan Muslim Selatan India memilih kawasan-kawasan perbandaran  di Kuala Lumpur, Penang, Ipoh dan Singapura untuk membuka perniagaan mereka. Sub-etnik Tamil dari Sri Lanka juga tinggal di bandar-bandar walaupun ada daripada mereka yang bekerja di luar bandar sebagai  kerani dan penyelia di ladang-ladang .

Jururawat dan pembantu hospital dari India dan Sri Lanka  telah lama berkhidmat di hospital-hospital di Tanah Melayu, terutamanya di Kuala Lumpur dan Klang sejak 1880 lagi.

Kelahiran dan Kematian di Selangor pada tahun 1920

Kelahiran dan Kematian di Selangor pada tahun 1923


Hasil Pendapatan dan Perbelanjaan Selangor pada tahun 1889-1923

1. Penipuan Propaganda Kerajaan British.

95% daripada pekerja Tamil ini bertumpu di ladang-ladang di Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Mereka dijanjikan pendapatan yang lumayan, kerja-kerja yang ringan dan tempoh masa yang pendek. Keperluan asas seperti tempat tinggal, pakaian dan makanan dan barangan runcit akan disediakan oleh majikan mereka. Namun, keadaan begitu berbeza setelah mereka tiba dan menjejakkan kaki buat kali pertama ke Tanah Melayu. Keadaan di estet-estet ketika itu umpama khemah tahanan perang dengan buruh paksa. Kehidupan mereka di situ begitu daif kerana bayaran gaji yang rendah, makanan yang tidak pernah mencukupi dan tidak berkhasiat, di samping tempat tinggal yang mengecewakan. Mereka berasa tertipu kerana layanan yang diterima, pendapatan yang sedikit yang tidak setimpal dengan kerja-kerja buruh kasar di ladang-ladang, seolah-olah pengorbanan mereka membangunkan setiap ekar ladang dan setiap kilometer jalan kereta api dan jalan raya tidak dihargai langsung.

Estet-estet yang wujud di Kuala Langat dalam tahun 1924

Walaupun telah dimaklumi semua, ladang-ladang berskala besar ini dibuka bertujuan untuk mendapatkan keuntungan buat para pelabur kapitalis Barat, namun kemudahan-kemudahan asas yang disediakan di ladang-ladang tidak memuaskan dan memalukan, tidak selayaknya untuk manusia. Para pekerja ditempatkan di coolie lines, bangsal besar yang didiami semua pekerja, termasuk mereka yang sudah berkahwin. Keadaan mereka bersesak-sesak di dalamnya. Langsung tiada keselesaan dan ruang peribadi buat mereka setelah bekerja berjam-jam di ladang.  Walaupun mereka tidak berpelajaran serta buta huruf, tidak sepatutnya layanan sedemikian diberikan kepada mereka.  

Coolie Lines: Tempat tinggal pekerja

Contoh pelan bangunan Coolie Lines

Contoh Pelan Bangunan Dapur untuk Coolie Lines

Kuarters Kelamin Pekerja estet

Kuarters pekerja yang lebih baik di sesetengah estet




Banglo Pengurus Estet daripada kayu dan atap rumbia


Banglo Pengurus daripada batu dan atap rumbia

Walaupun harga getah di pasaran meningkat, namun gaji yang dibayar hanyalah kira-kira 35 sen sehari bagi pekerja lelaki dan 28 sen bagi pekerja wanita. Mereka dipaksa menerima keadaan seadanya kerana mereka telah menandatangani kontrak untuk tempoh yang panjang, tiada rawatan kesihatan dan perubatan, tiada pengagihan kerja yang baik. Pekerja-pekerja ini dipaksa membuat apa sahaja tugasan yang diberikan pada hari itu.  Makanan yang diterima juga tidak berbaloi dan  tidak seimbang. Kebajikan pekerja sering dipandang sepi oleh Pengurus ladang. Tiada skim  pencen atau persaraan buat para pekerja Tiada skim perlindungan untuk kemalangan di tempat bekerja, pampasan setelah tamat tempoh kontrak ataupun pemberian hak milik tanah selepas bersara. Kesemua perkara ini memberi tekanan mental dan kewangan kepada para pekerja dan keluarga mereka.  

2.  Kebosanan Hidup

Kedudukan ladang-ladang baharu ini yang juga merupakan bekas hutan menjadikan petempatan mereka jauh daripada ketamadunan. Perjanjian yang ditandatangani oleh mereka tidak membenarkan mereka keluar dari estet tempat tinggal mereka, apatah lagi menyeberang sempadan negeri. Tambahan pula  sistem komunikasi dan pengangkutan pada masa itu adalah sukar. Mereka umpama terpenjara di ladang mereka sendiri, tiada ke mana-mana. Orang luar juga tidak dibenarkan masuk ke estet-estet mereka. Mereka yang melarikan diri akan dihukum dan dipenjarakan oleh mahkamah British. Mereka seolah-olah dipaksa hidup terasing, hanya mengekalkan gaya hidup mereka sendiri, tanpa penyesuaian dengan suasana baharu di bumi yang asing ini. Polisi demi polisi pengurusan estet dan kerajaan British pada masa itu menyukarkan lagi kehidupan mereka yang sedia susah, tambahan pula mereka tidak dibenarkan bergaul dengan pekerja daripada kaum lain, atau daripada kasta dan jawatan yang lebih tinggi. Dasar British ini seolah-olah melahirkan sistem perhambaan yang baharu, walaupun pekerja-pekerja ini dibayar upah. Perasaan rindu terhadap kampung halaman dan rasa kesal kerana terpedaya dengan kata-kata manis agen Kangani di kampung mereka di India dahulu terus menghantui mereka.

3.  Masalah Kewangan Yang Serius

Kadang-kadang apabila para pekerja bergaji harian ini tidak mendapat gaji yang penuh, mungkin kerana sakit, hujan sehingga tidak dapat menoreh, berbelanja untuk pendidikan dan pakaian anak-anak dan sebagainya, mereka kesempitan wang. Jadi, terpaksalah mereka meminjam daripada golongan Ceti, kerani dan mungkin pengurus estet. Mereka ini akan mengenakan faedah sehingga 12% setahun ke atas pinjaman yang dibuat. Bahkan peniaga kedai todi juga akan mengenakan faedah ke atas todi yang diminum secara berhutang. Sebagai contoh, pelanggan yang minum secara berhutang sebanyak RM1 akan diminta membayar sebanyak RM 1.50 pada hari gaji nanti.



4.  Ketagihan Todi dan Samsu

Lama sebelum kedatangan pekerja-pekerja ini ke Tanah Melayu, mereka merupakan peminum todi dan samsu di India. Todi merupakan minuman keras beralkohol yang diperbuat daripada penapaian nira kelapa. Todi murah dan mudah didapati. Tambahan pula, tabiat meminum todi ini digalakkan oleh pihak British dan pengurusan estet sebagai suatu cara bagi pekerja mengatasi dan melupakan sebentar masalah peribadi dan keperitan hidup di estet mereka dan sebagai penguat tenaga untuk bekerja serta menghilangkan rasa panas dalam badan. Perniagaan todi ini sebenarnya menambahkan pendapatan buat kerajaan. Bahkan pihak Britishlah yang membuka dan memberi lesen untuk operasi penjualan todi dan samsu tanpa had di estet-estet. Kerajaan British membina  dan membekalkan minuman keras ini ke kedai-kedai todi. Ada juga kedai todi yang diusahakan sendiri oleh pengurusan estet masing-masing. Untuk itu, mereka perlu membayar 40% daripada keuntungan kedai tersebut kepada pihak kerajaan sebagai cukai. Hanya satu kedai todi dibenarkan dibuka di sesebuah estet. Hal ini berterusan walaupun ketika negara di bawah penjajahan tentera Jepun ketika perang Dunia Kedua  (1942-1945) dahulu.

Pemanjat pokok kelapa untuk mendapatkan todi

Minuman todi sebagai minuman popular di estet

Tetapi tabiat meminum minuman keras todi dan samsu ini kemudiannya menjadi bertambah buruk sehingga menimbulkan pelbagai masalah. Pekerja menjadi peminum todi yang tegar, menghabiskan banyak wang dan masa di kedai-kedai todi ini. Bahkan pihak penjual mengambil kesempatan ke atas pelanggan mereka dengan memberikan kredit dengan bayaran ketika hari gaji nanti menyebabkan minuman todi ini dijual tanpa had. Sudah pasti faedah dikenakan ke atas hutang ini. Akibatnya, pekerja membawa balik  baki wang gaji yang sedia rendah, yang semestinya tidak dapat menampung keperluan keluarga mereka. Mahu tak mahu, mereka terpaksa berhutang dengan sesiapapun termasuk ceti, pengurus dan sesama mereka dengan kadar faedah yang tinggi dikenakan. Hutang yang berterusan inilah punca dan sebab mereka terus bekerja di estet walaupun kontrak mereka telah tamat. Hal ini sudah pasti menguntungkan pengurusan estet. Bagi mereka, menguruskan orang mabuk lebih mudah daripada menangani pekerja yang melawan atau membantah arahan pengurus.

Tabiat meminum todi sehingga mabuk ini membawa kepada pelbagai penyakit sosial seperti pergaduhan suami isteri, penganiayaan fizikal terhadap isteri mereka, pengabaian rumah tangga, ponteng kerja, tidak mampu melakukan pekerjaan, mengambil cuti tanpa gaji, kecurangan isteri, dan sebagainya. Walaupun banyak keburukan akibat meminum todi dan samsu ini, namun pihak pengurusan estet dan kerajaan British enggan mengawalnya kerana terbukti perniagaan ini menguntungkan mereka sehinggalah satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Watson pada tahun 1917  mendapati ketagihan todi dan samsu ini mengakibatkan kemudaratan kesihatan kerana meminum todi yang sudah basi atau yang telah dicampur dengan bahan lain. Beliau mendapati 20% peminum arak ini mengalami pening yang serius, menggigil, muntah yang menyebabkan penyakit dysenteri dan cirit -birit yang teruk, yang jika tidak dirawati segera boleh menyebabkan kematian. Bahkan penjualan samsu haram telah menyebabkan ramai pekerja buta mata, lumpuh serta meninggal dunia. Tabiat meminum todi yang tegar dan melampau ini telah menyebabkan kemurungan, pergaduhan, malah sehingga mengakibatkan pembunuhan dan kes bunuh diri yang tinggi dalam kalangan pekerja estet.

Kes-kes kematian akibat Keracunan Todi  di Kuala Langat dalam tahun 1916 

5.  Perbezaan Kasta

Kehidupan sosial komuniti estet yang hidup berkelompok dan pergaulan dengan pelbagai kasta mempengaruhi corak pemikiran mereka. Walaupun mereka kini berada di tempat baharu, beribu batu jauhnya dari tempat asal tanah tumpah darah mereka, India, namun adam resam dan adat Hindu masih kuat pengaruhnya terhadap kehidupan seharian mereka, termasuklah sistem kasta. Hubungan cinta di luar kasta mereka adalah terlarang. Percintaan dan perkahwinan antara kasta mengundang pertengkaran dan pergaduhan, malah pembunuhan dan bunuh diri. Oleh itu, pihak pengurusan estet biasanya mengasingkan petempatan mengikut kasta dan jawatan di ladang mereka.

6.  Hubungan Cinta Terlarang/ Penzinaan

Pernah terjadi dalam awal tahun 1920-an, di mana ratio jantina antara imigran lelaki dan wanita tidak seimbang. Dikatakan kaum lelaki mengatasi wanita dengan kadar 3:1, iaitu 3 orang lelaki bagi setiap wanita. Hal ini telah menyebabkan banyak kes rogol, gangguan seksual serta penzinaan dalam kalangan pekerja termasuk dengan pihak pentadbiran estet. Hubungan intim dan curang pekerja wanita yang telah berkahwin dengan lelaki lain mungkin kerana masalah kewangan dan penganiayaan oleh suami yang mabuk. Skandal, Penzinaan serta Pelacuran wanita luar  dari estet-estet  lain dengan pengurus  dan staf pentadbiran yang dibawa masuk secara senyap-senyap dan hanya diketahui oleh beberapa kenalan rapat mereka.

7. Wabak Malaria

Sejak Inggeris mengambil alih pentadbiran negeri atas 'Dasar Penswastaan' yang dipersetujui baginda alSultan, maka diperkenalkan Dasar Pembangunan Pertanian bertujuan kononnya untuk membangunkan negeri, menambah hasil mahsul negeri melalui cukai tanah dan cukai eksport, di samping membekalkan sumber makanan untuk penduduk Selangor yang semakin bertambah dengan kemasukan imigran dari China dan India, maka ramailah penduduk memohon untuk membuka tanah hutan. Ramai imigran rumpun Melayu yang terdiri daripada etnik Jawa, Minang, Mendailing Rawa, Bugis, Banjar dari seluruh pelusuk Nusantara tiba dan membuka petempatan-petempatan baharu. Mereka juga memohon keizinan Sultan untuk bermastautin  di Selangor teruama di Klang dan Kuala Langat. Banyak kawasan baharu dibuka namun tiada pula kedengaran kes-kes penyakit atau wabak. Mungkin keluasan hutan yang dibuka sedikit sahaja. Namun semenjak Port Swettenham dibuka pada tahun 1890, dan pembukaan kawasan estet untuk penanaman kelapa, kopi dan getah berkeluasan ribuan ekar di sekitar pesisir pantai Selangor, tetiba sahaja berlaku epidemik Malaria. Wabak ini begitu teruk sekali di Klang,  Kuala Klang, Kuala Langat terutamanya sekitar Jugra. Pasti ramai tertanya-tanya, kenapa berlaku tiba-tiba?, kenapa pulak di hutan-hutan kawasan pesisir pantai?, Dari mana munculnya virus ini? Kalau Corona asal dari Wuhan, yang ini dari mana pulak? Kenapa mangsanya majoritinya daripada satu kaum, iaitu Tamil? 

Pertama, bentuk muka bumi atau fizikal kawasan pesisir pantai ini rendah, rata dan berpaya. Memang ini habitat semulajadi nyamuk tiruk yang menjadi pembawa virus malaria. Ketika hutan ditolak dan diterangkan, maka habitat asal nyamuk ini musnah. Setelah hutan diterangkan, nyamuk ini akan membiak dalam lopak-lopak air yang bertakung di bekas perdu atau pongka pokok yang telah ditebang itu. Tanpa sistem peparitan yang mengeringkan paya dan lopak ini, bilangan nyamuk meningkat dan apabila berlaku kontak dengan manusia di kawasan tersebut, maka virus itu dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk tersebut. Maka dengan keadaan kesihatan dan fizikal imigran Tamil yang lemah dan kurang bernutrien itu, menjadikan kes demam malaria bertukar epidemik.




8.  Kadar Kematian Ibu dan Anak Tinggi 

Kematian akibat penyakit merupakan suatu kerugian kepada negara. Kesihatan ibu dan anak jarang mendapat perhatian kerajaan . Pembinaan hospital-hospital kerajaan berterusan sehingga 1920. Antara hospital-hospital yang dibangunkan di Selangor ialah Hospital Besar di Kuala Lumpur, Hospital Melayu, Hospital Bangsar (untuk kaum Eropah), Hospital Penjara di Pudu, Pusat Rawatan Mental, Pusat Rawatan Kusta di Sungai Buluh, Hospital Untuk Penyakit Berjangkit, Hospital untuk golongan Fakir, Hospital Tai Wah, ditambah pula dengan 9 buah hospital daerah: Sg. Besi, Kajang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Kuala Kubu, Serendah, Rawang, dan Port Swetttenham. Kerajaan juga mengadakan gedung ubat Persekutuan dan farmasi bergerak.
Walaupun banyak hospital dan klinik dibina, kadar kematian ibu dan anak tetap tinggi akibat ketidakupayaan kerajaan menjaga setiap  penduduknya di samping majoriti orang Melayu dan India memilih untuk melahirkan di rumah, walaupun risiko kematian tinggi akibat ketiadaan bidan yang terlatih. Terdapat banyak kes kematian yang tidak dilaporkan. Banyak sekali kes kematian hanya direkodkan sebagai demam sahaja dan keguguran prakelahiran pada tahun-tahun sebelum 1900.

 Perbandingan faktor utama kematian ibu mengandung di Selangor pada tahun 1914 dan 1918

Perbandingan Kematian Ibu Mengandung di Selangor Mengikut Kaum, Tahun 1936

Perbandingan Kadar Kematian Bayi di Selangor mengikut Kaum dan Daerah untuk tahun 1932 dan 1933

Perbandingan Jumlah Kelahiran berbanding  Jumlah Kematian ketika lahir di Selangor mengikut Daerah pada tahun 1933

Kadar Kematian Ibu ketika mengandung ada kaitannya dengan penjagaan ketika mengandung, nutrisi pemakanan dan juga pendedahan terhadap penyakit. Ibu mengandung yang kurang sihat akibat kekurangan zat terdedah kepada pelbagai penyakit. Hal ini kerana diet pemakanan mereka tidak seimbang dan tidak mencukupi untuk  ibu dan bayi. Menu pemakanan harian mereka hanyalah nasi, kicap, ikan masin dan beberapa jenis sayuran hijau, walaupun ikan segar mudah didapati dalam sungai dan parit. Daging dan ayam merupakan menu istimewa pada hari-hari kebesaran sahaja. Begitulah pemakanan ibu selepas bersalin.

Tambahan pula, bagi kaum Tamil, mereka terpaksa bekerja semula tidak lama selepas melahirkan kerana hak bercuti dan faedah bersalin selama 2 bulan dinafikan oleh pihak pengurusan estet, walaupun hal itu ada termaktub dalam Undang-undang Buruh. Si isteri terpaksa bekerja di ladang, meninggalkan anak kecilnya itu di rumah di bawah pengawasan anak lainnya yang mungkin berumur 9 tahun. Bayi yang tidak disusui badan  dan Ibu yang lemah mungkin terdedah kepada pelbagai penyakit seperti sakit perut, cirit-birit dan dysenteri yang boleh membunuh dengan cepat jika lambat dirawat.

Kurang pengetahuan tentang penjagaan bayi menyebabkan ibu-ibu muda ini alpa tentang kesihatan bayi mereka. Kekerapan memandikan anak kononnya kerana cuaca yang panas menyebabkan batuk dan demam selesema serta penyakit paru-paru.

9.  Kematian Berkaitan  Hidupan liar

Selepas tahun 1905, apabila sebahagian lagi Pulau Carey mula diteroka kerana keperluan pihak British industri getah pada masa itu. Pada masa itu, orang-orang India telah bertungkus-lumus membersihkan hutan-hutan untuk dijadikan kawasan penanaman getah. Ramai buruh India telah mati kerana serangan harimau dan patukan ular-ular.

Kematian ngeri akibat dibaham harimau ini pernah berlaku dalam tahun 1911, dua kes di Sepang manakala pada tahun 1915, dua orang  lagi pekerja estet menemui ajal mereka. Lebih mendukacitakan apabila pada tahun 1916 seramai sembilan lagi mangsa dibaham harimau direkodkan di daerah Kuala Langat. Ini belum lagi harimau-harimau yang memakan ternakan seperti lembu kambing penduduk kampung atau estet. Setelah lebih banyak hutan dibuka dan penembakan lebih banyak harimau, menyebabkan Raja Rimba ini terpaksa beralah membawa diri dan keluarganya lebih jauh daripada petempatan manusia. Hanya setelah itu, manusia rasa lebih selamat untuk menjalankan aktiviti ekonomi mereka walaupun ada ketikanya mereka mendengar ngaumannya tetapi bukan kelibatnya.

             




 

10.   Peningkatan kes Bunuh dan  Bunuh Diri

Keganasan rumah tangga, stress ketika bekerja, masalah kewangan, cemburu kerana cinta, ketagihan arak adalah antara masalah-masalah yang sering terjadi dan dihadapi oleh seseorang pekerja estet dan keluarga mereka. Kehidupan di ladang yang menekan mereka seperti gaji yang rendah, sistem kasta yang menyempitkan pergaulan, beban kerja yang bertimbun, ketiadaan kemudahan kesihatan, ketiadaan kemudahan asas serta eksploitasi ke atas golongan yang tidak berpelajaran ini oleh pihak pengurusan estet dan kerajaan memberi tekanan yang hebat terhadap mental dan fizikal mereka. Kecurangan isteri, percintaan yang terhalang, kekecewaan dan hidup, hutang hal biasa dalam kehidupan mereka. Jadi, tidak hairanlah mereka memilih untuk melakukan pembunuhan dan membunuh diri sebagai jalan keluar daripada permasalahan-permasalahan tersebut. Pembunuhan dan Bunuh Diri ini berlaku apabila si pelaku resah, gelisah, marah dan malu. Kerap kali kecelaruan emosi ini berakar umbi daripada perlakuan untuk menjaga maruah keluarga akibat masalah kewangan, perkahwinan, dan cinta. Lebih malang lagi, budaya masyarakat Hindu yang kurang menganggapnya sebagai sesuatu yang berdosa besar, sebagaimana Islam dan Kristian.

Antara kaedah pembunuhan yang kerap digunakan adalah dengan cara menikam dan memotong anggota badan mangsa menggunakan senjata tajam yang biasa terdapat di estet dan sekeliling mereka seperti cangkul, pisau, parang, kerambit, sabit dan sebagainya. Cara membunuh diri yang popular dalam kalangan orang India di estet adalah dengan menggantung diri, meminum racun rumpai atau racun serangga atau dengan terjun ke dalam sungai atau laut berhampiran. Malangnya, ketiadaan bantuan awal kecemasan serta kekurangan fasiliti perubatan serta kedudukan estet yang jauh daripada hospital antara punca mangsa tidak dapat diselamatkan.


11.   Keganasan di Estet

Ketidak-puasan hati dalam kalangan pekerja terhadap majikan estet begitu meluap-luap dan akhirnya meledak apabila berlakunya mogok ganas di beberapa estet sekitar Klang, Kuala Lumpur termasuk di Kuala Langat.  Dalam tahun 1941, beberapa orang pekerja ditembak mati oleh pihak keselamatan dan ramai lagi ditangkap dan dibicarakan. Mereka mengemukakan beberapa tuntutan. Antaranya:

• bayaran kadar upah yang sama antara pekerja Tamil dan Cina;

• pembuangan kakitangan estet bukan Tamil yang 'sombong dan kasar' dan digantikan dengan kakitangan berbahasa Tamil;

• peruntukan pendidikan untuk kanak-kanak serta peruntukan kemudahan kesihatan yang lebih baik;

• pemberhentian terhadap gangguan seksual terhadap  pekerja wanita oleh pengurusan berbangsa Eropah dan kakitangan yang lain & penutupan kedai- kedai todi;

• kebebasan bersuara dan berhimpun serta bergerak untuk bertemu saudara mara dan rakan-rakan;

• kebenaran untuk terus duduk berbasikal di depan pengurus Eropah dan kakitangan berbangsa Asia yang lain;

• pemansuhan waktu bekerja 10-12 jam sehari;

• tiada hukuman terhadap mereka yang menyatakan bantahan, dan

• kebenaran untuk membentuk kesatuan sekerja mereka.

Orang India juga tidak terlepas daripada kekejaman komunis di Selangor. Antara kejadian yang dilaporkan dalam Tamil Nesan, 19 Mac 1949, dalam tajuk "Pembunuhan di Selangor",adalah perkembangan pada 18 Mac, dimana 3 orang komunis menembak mati seorang penoreh getah India dari Estet Klang, di batu 31, Jalan besar Batu Laut-Banting, Kuala Langat, Selangor kerana dia tidak membantu komunis. Dua orang Cina bersenjata dan seorang India tidak bersenjata memanggil keluar penoreh getah India tersebut. Kedua-dua tangan mangsa diikat sebelum disembelih. Seterusnya, mereka menampal sebuah risalah komunis berbahasa Tamil di sebatang pokok kelapa berhampiran mayat. Pada hari yang sama, komunis membunuh 3 orang penoreh getah berbangsa India dari Estet Chi Liung, di belakang pekan Kanchong Laut, Selangor. Mereka dibunuh kerana enggan bekerjasama dengan komunis.

Rujukan::








Khamis, 20 November 2014

Sejarah Quarantine Camps di Port Swettenham (Port Klang)


Salam buat semua. Moga kita semua dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Moga diampunkan segala dosa dan maksiat yang telah, sedang dan akan kita lakukan. Juga mohon diberiNya kehidupan yang terbaik di dunia dan di akhirat. Hari ini, isu yang melanda Negara berkisar status pendatang. Sebuah parti politik Cina mendakwa Melayu juga tergolong dalam kumpulan pendatang. Justeru, hak-hak istimewa orang-orang Melayu sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara dipertikai. Wah, hebat betul puak-puak kafir sepet ini! Tak sedar diri. Tak sedar dek untung. Jadi, hari ini aku nak buka dan singkap balik lipatan sejarah kedatangan puak dan bangsa yang mula menunjukkan sikap kurang ajar dan biadap terhadap bangsa kita yang merupakan tuan rumah yang menyambut baik kedatangan mereka untuk menyambung kehidupan, daripada kehidupan yang merempat dan melarat sehinggalah mereka menjadi bangsa kaya raya tetapi begitu biadap terhadap Melayu dan sultan-sultan mereka. Moga-moga mereka sedarkan diri betapa perit getir kehidupan leluhur datuk nenek moyang mereka ketika mula menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini.



So, guys. Kalau korang baca entri aku yang lepas terutama sekali Tersungkur di Pintu Syurga dan Pelabuhan Klang: Dulu, Kini dan Selamanya., pasti korang faham betapa mereka menjadi mangsa eksploitasi British dan kapitalis Barat dan China. Semua orang, termasuk sultan dan orang-orang Melayu tertipu dengan dasar ‘prihatin’ bangsa penjajah ini dalam ‘memajukan’ Tanah Melayu. Kali ini aku fokuskan cara kemasukan mereka ke sini lebih seratus tahun lalu. Kalau dulu atuk nenek mereka tinggal tulang belulang sahaja tubuh mereka, anak cucu mereka kini ramai yang obese, tanda kemakmuran hidup di Malaysia. So, kisah mereka bermula di sebuah kem kuarantin  (Q-camps) di Pulau Jerejak di Pulau Pinang, Pulau St. John’s di Singapura, dan Pelabuhan Klang atau dikenali sebagai Port Swettenham suatu masa dahulu.


Sebelum tahun 1906, semua imigran dari India dan negara-negara lain yang ingin ke utara Malaya (Kedah, Penang, Perak),wajib diproses  di Q-camps di Pulau Jerejak, Pulau Pinang  manakala mereka yang ingin ke Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang  diproses di St. John Island, Singapura.

“quarantine is a period of isolation or detention, especially of persons or animals arriving from abroad, to prevent the spread of disease, usually consisting of the maximum known incubation period of the suspected disease  the place or area where such detention is enforced any period or state of enforced isolation”

Sebuah syarikat perkapalan milik penjajah, Straits Steamship Company berperanan mengangkut kargo-kargo bijih timah, kopi, lada hitam,beras dan tembakau. Dalam masa yang sama, kapal-kapal syarikat ini juga digunakan untuk membawa masuk buruh-buruh China ke Tanah Melayu untuk bekerja di ladang-ladang getah dan lombong bijih timah (Chia, Joshua Yeong Jia:2007).

Port Swettenham 1890
Semua imigran,akan dikuarantin selama tujuh hari sama ada dalam kem atau dalam tongkang atau kapal masing-masing sebelum dibenarkan ke tempat kerja di estet atau lombong timah di serata Malaya. Dengan adanya kem ini, maka penularan penyakit berjangkit ke atas masyarakat umum dapat dicegah. Bilangan kemasukan imigran, dalam kiraan ribuan orang sehari, kem-kem ini tidak dapat menampung dan memproses pendatang-pendatang dalam tempoh 7 hari. Tekanan daripada Persatuan Pengurus estet (P.A.M) akibat kelewatan para pekerja mendaftar sedangkan mereka amat diperlukan di ladang.

Tapak Asal Quarantine Camps Port Swettenham 1903
Justeru, atas desakan itu dan khabar angin yang mengatakan pengambilan pekerja akan dihentikan serta kapal-kapal tidak akan mengangkut pekerja lagi ke Malaya kerana kem kuaratin penuh sesak, maka pada tahun 1911,kerajaan British mengambil keputusan untuk membina kem kuarantin sementara di Port Swettenham dan kos pengendalian akan dikenakan ke atas setiap kuli sebanyak satu dollar melalui  Indian Immigration Fund. Namun, kerajaan juga memohon pengurus-pengurus estet, melalui surat pekeliling di bawah,membantu membina kem kuarantin ini:

Klang, 10th July, 1911.
The Manager,
 ....... Estate.

Dear Sir,
Owing to the quarantine accommodation at Penang and Singapore being no longer sufficiënt for the coolies coming into the country, the Government were faced with the alternative of stopping immigration or providing temporary additional quarantine accommodation at Port Swettenham. Government have decided on building a large camp, and have placed an Engineer specially in charge of this work. It has been found, however, that neither materials not contractors are available, and if Government waits till these can be got together by the ordinary  methods, close on two months will have passed, which will be too late for the object to be attained. Government has therefore asked the planters to help, and the P.A.M, have appointed a Committee to assist.

The camp is to hold 3,000 coolies, and the following are urgently required :
Attaps.—47,000 at once, 100,000 in ten days.
Carts.—Government will hire carts at the usual rates, and will provide stables at Port Swettenham for those coming from a distance. They are required for carting timber from the Langat Road to Port Swettenham.'Please communicate with Mr. Swift before sending them.
Contractors. —Contractors are required for the construction of the buildings, which are attap sheds with a sleeping bench down the middle, consisting of planks. Carpenters and men to put on attaps and cut jungle posts are required.
Materials, contractors and offers of help should be sent to Mr. J. A. SWIFT, Engineer, P.W.D., Port Swettenham. When sending materials ,please send a note of the quantities sent, the price, and the price of the cart hire to Port Swettenham. Government will pay for all material and work at the local estate rates.

12 bangsal dibina bagi menampung 2000 orang kuli dan jika perlu akan ditambah sehingga dapat menampung 3500 imigran Tamil. Manakala kos operasi kem kuarantin ini adalah sebanyak $1.63 sen setiap orang bagi tempoh sepenggal. Namun, kos  ini berubah mengikut bilangan pendatang bagi satu-satu penggal. Pada tahun 1914,Kem baru ini akan  dapat menerima dan memproses kuli-kuli dari India ini untuk kerja-kerja di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Tambahan pula, penularan penyakit taun (cholera) di kem Pulau Jerejak di Pulau Pinang mempercepat pembinaannya.


Q-Camps Port Swettenham 1945


Semua pelepasan kuli-kuli ini hanya dibenarkan setelah doktor yang bertugas mengesahkan status kesihatannya.Walaupun kem ini dibina secara tergesa-gesa, tetapi masih menepati spesifikasi  dan mutu binaan.
Ketika itu, penyakit malaria mula mengganas di sekitar ladang-ladang di Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan tidak terkecuali  sekitar Port Swettenham termasuk  dalam kem kuarantin ini. Sebaik sahaja mereka tiba di kem ini, mereka terdedah kepada risiko demam malaria. Semakin lama mereka berada di situ, bilangan yang mendapat malaria ini meningkat. Dr.Watson, Pegawai Kesihatan Daerah Klang dan daerah pantai Selangor, berkata kuli-kuli Tamil mendapat malaria semasa  mereka berada di Quarantine Camp di Port Klang kerana benteng laut (bund) yang dibuat untuk menghalang air laut masuk, telah menakung air, kondisi terbaik untuk nyamuk bertelur ketika hujan lebat. Sepatutnya air itu dikeringkan.  Bayangkan, hampir 10% daripada kuli yang baru sampai ini dan termasuklah,pekerja estet sedia ada, pekerja  JKR, keretapi, sama ada dewasa dan kanak2 menjadi mangsa malaria di kawasan berpaya atau yang bertakung air.
Q-Camps Port Swettenham 1954

Pada tahun 1919 sebuah kem kuarantin yang tetap dan kekal dibina dilokasi yang sama di Pelabuhan Settenham, bukan hanya untuk manusia tetapi juga untuk binatang-binatang yang diimport. Kem ini memang dibuat untuk menampung bilangan penghuni yang ramai, kira-kira 2500 orang seminggu. Mereka ditahan selama kira-kira seminggu untuk penyaringan, rawatan, vaksinasi, dan pemerhatian harian,  bangunan-bangunan ini dapat menampung  maksimum 840 penghuni; cukup selesa untuk 500 orang. Di setiap bangunan, ruang tidur disediakan, nyaman kerana pengudaraannya baik, bumbungnya yang tinggi, berandahnya terlindung daripada panas dan hujan. Bangunan-bangunan ini didirikan daripada besi tetapi bahagian bawahnya dibuat daripada asbestos dan konkrit.  Najis dan hasil buangan  kem ini dibuat secara sistem pelupusan otomatik. 4 orang polis berkawal (1924) dengan pagar berduri mengelilingi kem ini. Walaupun berkawal dan selesa, ramai juga tahanan yang melarikan diri untuk terus ke estet masing-masing.  Apa sebabnya mereka melarikan diri tidak diketahui tetapi yang pasti mereka diketuai oleh pekerja2  yang pernah lama berada di Malaya dan pernah berada di kem tahanan ini sebelumnya.
Berdekatan kem ini ialah hospital yang terdiri daripada 2 buah wad lelaki dan satu wad perempuan. Hospital ini terletak di luar kem. Hospital ini terdapat kuarters kakitangan, dapur,bilik mandi pejabat, farmasi dan keperluan-keperluan yang ada bagi sesebuah hospital canggih ketika itu. Semua immigran disaring di sini terlebih dahulu sebelum di tempatkan di kem bersebelahan. Terletak kira-kira setengah batu, 800 meter dari dermaga  No.6, di mana kapal membawa kuli-kuli ini berlabuh. Dr. W.S.Milne, menjadi Medical officer of the station (1920).  Beliau dibantu oleh 4 orang dresser dari Hospital Kuala Lumpur.

Kem ini terus menyumbang baktinya sehinggalah kerajaan India menghalang dan menghentikan penghantaran rakyatnya ke Malaya mulai 1938. Fungsi kem kuarantin ini dikurangkan kepada hanya kuarantin haiwan ternakan atau haiwan peliharaan sahaja. Kem ini masih wujud sehingga kini .

Port Klang 2014

Animal Quarantine Station Port Klang (Stesen Kuarantin Haiwan)
Jalan Tangki off Jalan Kem, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor.

Nota kaki:
HEALTH CLEARANCE
Shipping agents are required to submit forms PKP 02 / PKP 03 to Port Health Office at least 24 hours before the arrival of the vessels to know the status of the ships.Shipping agents are required to fill the following particulars in the form:
i.Last three ports visited within 14 days
ii.Validity of Deratization Exemption Certificate (DEC)/ DeratizationCertificate (DC)
iii.Any passenger or crew sicks on board
iv. Any stowaway on board A status ( Free or Quarantine) would be given to the ships Quarantine Vessels - Vessels that are arriving from endemic areas of Yellow Fever and Plague or in other condition which might constitute any public health risks will be boarded and inspected by the Health Officer on arrival on the berth (In some cases vessel may be inspected at designated quarantine anchorage) . Such vessels shall display Yellow Flag (day) / Red over White Light (night). These vessels require Free Pratique and Port Health Clearance before commencing work or any other authority could board the ships. Documents that are needed before Free Pratique and Port Health Clearance are issued are Maritime Declarations of Health, Crew Lists, Voyage Memo and copy of the DEC.Free Vessel - Vessels that are deemed healthy will be given Provisional Pratiqueinto the port and the Master/Shipping agents are required to submit the MaritimeDeclaration of Health, Crew List, previous ports called and copy of DerattingExemption Certificate (DEC) within 6 hours of arrival to obtain Health Clearance to allow vessels to sail. The port health office also provide services for the renewal ofDEC and issuance of Deratting Certificate (DC

Pulau Jerejak, Penang
The founder of Penang, Francis Light arrived at Pulau Jerejak in 1786 before heading to Penang and brought immigrants from other parts of Asia. As a precautionary measure step, these immigrants were sent to Jerejak before they were accepted in Penang. Thus the history of Pulau Jerejak begins...
From the Penang Island jetty, visitors will see the old Jerejak jetty and Quarantine Administration building which were built in 1911. Immigrants were brought to this Quarantine Center for health inspection before they were sent to Penang. Between 1969 to 1993, the Quarantine Center was converted into a maximum-security prison to house criminals, thus earning the name 'The Alcatraz of Malaysia'. Presently, there are only 2 prison blocks left; the rest have all been destroyed over time. Visitors can view the prison walls filled with writings by the inmates, expressing their feelings and thoughts.

Further up the Balqis trail on the eastern part of the island, visitors will be able to see 4 wells protruding above the ground. Underneath these wells, there are 8 huge bunkers measuring 15 feet wide x 30 feet length with a depth of 30 feet. Originally these bunkers were used to store water for passing ships, however there were rumors that during the war, the British army used these bunkers to store ammunition. Viewing from the top of the well, you will see that the bunkers are now filled with water with overgrown roots.
The Tuberculosis / Leprosy Hospital was also located on the eastern part of the island. It was built in 1930 by the British Empire to accommodate 150 patients at a time. Although the hospital has been damaged over a period of time, part of the building still exists.There are 2 blocks of 12 individual cells which were used to quarantine the most critical patients suffering from this disease. However, after Jerejak Island was converted to place criminals, these cells were used to house the most wanted criminals in Malaysia. Each cell measures about 8 feet x 8 feet with a small window to allow daylight in. There was no electricity in the cells, thus the inmates had to endure pitch black darkness at night in the thick jungle. The warden's house (which is the only building in that area that had electricity) is about 20 feet away.

Pulau Jerejak is located 1.5 nautical miles from the island of Penang off the west coast of Malaysia.

Once a hospital for tuberculosis and leprosy patients and then a prison housing some of Malaysia's most wanted criminals; Pulau Jerejak has certainly seen its share of hardship and pain, but now the sounds of the past have died away and the island has taken on a fresh look, reverting back to its original splendour. 

St. John's Island, Singapore

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...