Salam buat semua.
Minggu ini seminggu aku bercuti. Cuti sempena Raya Hindu a.k.a
Hari Deepavali dan Awal Muharam 1436H. Korang bayangkan duduk di rumah tak buat
apa-apa selama seminggu…BORING! Korang kata seronok bercuti panjang?
Bayangkan…dalam setahun ada 365 hari,kan? Aku cuma bekerja solid 180 hari sahaja, tak termasuk cuti
sekolah, cuti umum dan cuti hujung minggu. Kalau campur cuti Rehat Khas
kerajaan selama 7 hari setahun dan MC yang doktor beri (atau aku yang minta),
tak sampai 6 bulan aku bekerja, itu pun bekerja Cuma setengah hari sahaja. Tak
sampai pun 6 jam. Wah, mesti korang jealous dengar cerita aku yang terlalu
banyak cuti dalam hidup ini,kan? Hahaha…itulah nasib seorang cikgu masa kini.. Isk,isk,isk
(menangis konon!)
Tapi korang kena ingat…jadi cikgu atau pendidik ini kena kuat
mental, maklum ler berdepan dengan kerenah beratus-ratus manusia (banyak kelas),
pelbagai ragam. Lepas itu kena pulak semak kerja-kerja sekolah dan kerja rumah
budak-budak ini. Lepas itu, terpaksa pula marah-marahkan budak yang tak siapkan
kerja rumah, budak ponteng, jaga kesihatan murid-murid, dan berbagai-bagai
bagai lagi. Pendek kata, kitaoranglah emak abah bebudak ini selama mana mereka
di sekolah…bayangkan kerja enam jam tapi solid dengan masalah! Lepas itu segala
kerja yang tak dapat disiapkan di sekolah, kami terpaksa bawa balik ke rumah.
Kitaorang kerja tak boleh bertangguh. Kerja hari ini, habiskan hari ini
juga…atau paling lewat esok. Tak macam penjawat awam lainnya..fail bertimbun
atas meja masih boleh turun minum berjam-jam di kantin. Oooops..maaf ya. TERmengumpat pulak.
Nak jalan bercuti..isyy..,malaslah. Tak sampai sebulan lagi dah
bercuti panjang. Masa itu jalan sakan ler. Jalan, makan, tidur selama sebulan
setengah bercuti panjang sehingga awal tahun depan. Tapi dalam keadaan harga
petrol dah naik ini, semuanya perlu berkira. Hanya yang perlu-perlu sahaja. Rasa-rasanya lepas ini terpaksalah aku anak
beranak beratur panjang naik bas kalau nak ke mana-mana, macam dulu-dulu. Nostalgik sungguh masa itu.
Jadi, aku pun cari dan rayau (kata omputeh, surfing) dalam internet cari bahan-bahan tentang sejarah pengangkutan bas dan kenderaan awam yang lain di sekitar Banting, Klang, dan kawasan sekitarnya. Kalau korang baca pasti korang surprise pasal banyak things that we take for granted sebenarnya suatu nikmat atau kesenangan yang tak dikecapi oleh orang lain di mana-mana tempat sama ada di Malaya, Malaysia atau di dunia umumnya. Nak tahu? Teruskan membaca. Seperti biasa, aku skemakan sikit penulisan ini untuk rujukan bebudak sekolah dan universiti yang nak copy dan paste cerita kat sini untuk projek Sejarah atau Geografi diorang. So,sit back, relax and enjoy the reading. Ceritanya begini……
Kisah bermula hidup orang kampong. Ramai migran dari China dan India
datang ke Malaya untuk berkampung. Ramai yang datang itu nak cari rezeki. Dah
lama duduk, ada juga teringin nak berbini. Ek Eleh…dah macam lirik lagu Ke Jolobak ke Jelebu pula bunyinya,
kih,kih,kih….
Kuala Lumpur, Klang, Kuala Selangor semakin berkembang. Penduduk
semakin ramai. Pengangkutan awam untuk bergerak ke sana ke mari bagi tujuan
perniagaan, belajar atau apa sahaja perlu disediakan. Tak cukup dengan kereta
lembu, kereta kuda atau lanca dan beca. Kenderaan yang boleh membawa ramai
orang dan barangan diperlukan. Masa itu, kira-kita pada tahun 1882, kereta api
diperkenalkan di Kuala Lumpur, Klang. Tujuan utama British bukanlah sangat nak
bawa orang, tapi nak punggah hasil samun khazanah negara kita untuk dibawa ke
England, dengan perkenan Sultan..Pelik bukan? Penyamun minta izin tuan rumah
untuk angkut keluar harta samun itu. Itulah hakikat penjajahan secara halus
yang dijalankan atas nama Penasihat kepada Sultan. Masa itu bijih timah diangkut guna keretapi sampai ke Klang, tempat kapal wap berlabuh sebelum
belayar ke England, tempat asal penyamun Inggeris ini. So, nak kaburkan niat
jahat diorang, pengangkutan awam menggunakan keretapi dilancarkan. Dua tiga koc
atau gerabak untuk penumpang, selebihnya gerabak barangan. Selepas itu, pada tahun 1901, barulah pelabuhan baru yang dikenali sebagai Port Swettenham dibina di Kuala Klang.
Korang tengok jadual sejarah pembinaan laluan keretapi ke Bukit
Kuda, Klang, Port Swettenham (nama lama Pelabuhan Klang sempena nama residen
Inggeris, Frank Swettenham), Kapar, dan seterusnya ke Kuala Selangor seperti
tertulis di bawah ini:
Peringkat
|
Tarikh
|
Stesen Asal
|
Stesen Baru
|
Jarak (dlm batu dan rantai)
|
1
|
15th September 1886
|
Kuala Lumpur
|
Bukit Kuda
|
19-40*
|
2
|
15th September 1890
|
Bukit Kuda
|
Klang
|
3-00*
|
Kuala Lumpur
|
Klang
|
21-37
|
||
3
|
1st January 1899
|
Klang
|
Port Swettenham
|
5-40
|
4
|
1st February 1913
|
Connaught Bridge Jn
|
Kapar
|
11-62
|
5
|
1st June 1913
|
Kapar
|
Jeram
|
7-63
|
6
|
1st September 1913
|
Jeram
|
Assam Jawa
|
5-47
|
7
|
15th February 1914
|
Assam Jawa
|
Kuala Selangor
|
4-36
|
Masa itu, keretapi menyediakan ‘motor coaches’ untuk
mengangkut manusia berulang alik
beberapa kali dalam sehari, mengikut jadual yang disediakan. Maka, ramailah
orang bergerak ke destinasi masing-masing dengan keretapi. Nak ke Kuala Lumpur
kini dah tak ada masalah, nak turun ke Klang atas urusan perniagaan atau ke pejabat
kerajaan, tak ada hal. Semuanya beres. Jadi ,kehidupan orang Kuala Lumpur,
Klang, Kuala Selangor kini mudah dan pantas. Perkhidmatan ‘railway
motor coaches’ dari Kuala Lumpur, Klang ke Kuala Selangor (umpama kommuter
sekarang) bermula dari tahun 1915 hingga 1924.
Tambahan pula, keretapi juga menyediakan perkhidmatan
kereta, ‘bas mini’ awam serta kereta mel (untuk urusan pos):
In June 1907 a
service was started along the 28 miles of good road between Klang
station on the Port Swettenham to Kuala Lumpor line to Kuala Selangor, a
route
bordered by many miles of rubber estates. The
service started with 18 h.p.Milnes- Daimlers but soon these proved to be too
small and were substituted with larger 28 / 32
h.p. models fitted with 35 seat charabanc style bodies of angle iron construction with garden seats and long canopies etc.built at central railway workshops.
Untuk penduduk di kawasan laluan Klang ke Jugra (termasuk TPG), perkhidmatan 'bas mini' dan lori ini menggantikan kereta lembu mulai tahun 1913.
Selepas tahun 1925,
perkhidmatan motor coach ini dihentikan, bukan kerana tiada sambutan, tetapi
kerana banyak berlaku kerosakan mekanikal gerabak-gerabak tersebut. Perkhidmatan keretapi mel dan barangan masih
diteruskan. Dalam ketiadaan perkhidmatan tersebut,antara 1925 hingga 1937,
pengangkutan ‘bas mini’ dan teksi swasta atau prebet sapu wujud bagi memenuhi
permintaan pengguna masa itu.
...before the Second World War there was no such thing as
public service vehicles.
Those who owned vehicles would convert it into a carriage
and operate like buses and these vehicles, according to Tan, were called
Mosquito Buses. The British colonists saw the need to regulate these vehicles
and hence laws were passed and the hackney carriages were the first to emerge.
“Slowly, the bus industry evolved and more and more bus
operators came into existence, Len Chee, Tong Fong, Leng Seng, Foh Hup, and Sri
Jaya” he said.
Pada tahun 1937, pemerintah Inggeris memikirkan keperluan
untuk mengadakan sistem pengangkutan awam yang lebih teratur dan sistematik.
Maka lahirlah industri pengangkutan bas dan teksi awam. Pelbagai syarikat bas
awam ditubuhkan. Sudah semestinya pengusaha bas awam ini rata-rata berbangsa
Cina. Sebenarnya, sebelum itu semua
pengusaha bas mini dan teksi sapu ini dipanggil oleh pihak kerajaan untuk menyatakan
persetujuan terhadap perancangan kerajaan ini. Mereka ditanya permasalahan
berhubung kegiatan mereka. Ramai yang menyatakan mereka kerugian kerana
persaingan sengit sesame mereka berebut penumpang. Jadi, persetujuan mereka
terhadap rancangan mewujudkan rangkaian bas awam dan teksi kerana kesemua pengusaha yang berminat diminta
membentuk konsortium. Semua pihak berpuas hati.
Maka, terbentuklah
berbagai-bagai syarikat bas awam untuk memberi perkhidmatan mereka
di kawasan-kawasan sekitar Kuala Lumpur, Klang dan daerah pesisir pantai
Selangor termasuk Kuala Selangor dan Kuala Langat. Rata-rata konsortium ini
menggunakan nama Inggeris dan Bahasa Cina
untuk pendaftaran syarikat mereka. Nama-nama
Inggeris seperti Kuala Lumpur,
Klang, Port Swettenham Omnibus Company, Klang and Coast Omnibus Company dan Selangor Omnibus Company.
Syarikat-syarikat
lain yang menggunakan nama-nama kecinaan seperti Len Seng, Tong Fong, Foh Hup, Kee Hup sebagai
pendaftaran syarikat mereka. Untuk makluman , ‘Len’ dan ‘Hup’ bermaksud ‘Union’
atau kesatuan dalam bahasa Cina. Kesemua syarikat bas awam ini
beribupejabat di Kuala Lumpur.
Laluan Kuala Lumpur- Klang- Port Swettenham, permit
diberi kepada Kuala Lumpur, Klang, Port Swettenham Omnibus Company,
Laluan Kuala Selangor-Klang- Banting diberikan kepada
Klang and Coast Omnibus Company
Laluan Kuala Selangor- Kuala Lumpur oleh Selangor
OmnibusCompany.
Established
in 1937, Selangor Omnibus was the first bus operator in the country and has
managed to survive all this while with only the KL-Kuala Selangor route which
is exclusive to it.
Pada awal penubuhan, bas-bas pendek (bas mini) bagi
membawa 5-6 orang. Kemudian bas dengan 22 tempat duduk diperkenalkan. Tambang
bas dari Kuala Lumpur ke Klang sebanyak 60 sen manakala ke Port Swettenham
(Pelabuhan Klang) sebanyak 56 sen dikenakan.
Tetapi ada juga kelemahan pengurusan bas awam ini termasuk yang
melibatkan kemalangan maut.
Dalam bulan Disember 1941 sebuah bas
terbalik dekat Kapar mengakibatkan 7 orang penumpang mati. Banyak juga rungutan
awam tentang bas membawa muatan penumpang melebihi bilangan yang dibenarkan.
Ada juga peningkatan dalam perkhidmatan yang disukai pengguna seperti mulai
tahun 1948 bas dengan radio mula beroperasi di laluan KL-Klang- Port Swettenham.
Ramai pengguna sukakannya sehingga mereka sanggup menunggu lama untuk menaiki
bas berradio ini walaupun bas biasa ada.
Rujukan:
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942), 30 September 1937, Halaman 8
Rs & was Saying
The Straits Times, 2 Oktober 1937, Halaman 12,
BIG MODERN BUSES TO REPLACE OLD HIRE-CARS F.MS.
The Straits Times, 14 September 1941, Halaman 8
A.I.F. CORPORAL FINED ON DRIVING CHARGE
The Straits Times, 4 Ogos 1955, Halaman 8
THE BUS THAT LISTED HAD 34 TOO MANY
Federated Malay States Railways. Road Motor Services 1910, pdf..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan