Assalamualaikum semua. Apa khabar semua? Bertemu lagi kita di sini setelah sekian lama menghilang. Rindu bebenor aku dengan korang. Setakat ini dah ramai otai-otai asal Telok yang telah pergi menghadap Ilahi termasuklah kawan sebaya, teman sepermainan dan juga saudara aku, Allahyarham Azmi, 50 tahun, cucu arwah Paklong Alias yang selalu aku sebut-sebut dalam entri-entri aku yang terdahulu, akibat komplikasi kencing manis. Terkilan aku tak sempat bertegur sapa dengannya sebelum berita kematiannya diberitahu oleh saudara maraku di TPG. Alfatihah. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat Allah dan dan ditempatkan bersama-sama roh-roh para mukmin yang beriman.
Oklah. Kali ini aku nak ceritakan lagi kepada korang tentang kisah dulu-dulu, bukan masa kecil aku, tahun 60-an dan 70-an tetapi lebih jauh ke belakang. Zaman emak dan abah aku baru kenal dunia, Zaman atuk nenek kita belajar menendang keluar Mat-mat Salleh yang hidung tinggi dan bongkak itu. Zaman ketika mereka bertemu buku dengan ruas. Zaman Orang putih yang besar dan tegap dihalau keluar dari Malaya oleh tentera yang pendek, kemetot dan hidung penyek serta mata sepet itu.. Zoooooooooommm. I'll take you back to the future, zaman Perang Jepun. Mat Salleh masa itu berbangga benor dengan kekuatan militer mereka,khasnya kekuatan naval, atau tentera laut mereka. Pendekkan cerita, Singapura, kubu kebal mereka akhirnya jatuh ke tangan Jepun pada bulan Februari 1942.
Oklah…kita teruskan lagi kisah Jepun ini. 3 tahun 8 bulan lamanya Jepun menjadi tuan baharu kepada rakyat Malaya terutama orang-orang Melayu. Mula-mula orang Melayu seronok kerana penjajah dah keluar dan kita dijanjikan kemerdekaan. Tapi si pendek Jepun ini lagi terror otaknya daripada Mat Salleh. Diorang boleh kata 'biarlah Jepun menjadi abang kepada adik-adik di Malaya, memberi tunjuk ajar.' Maknanya mereka nak jadikan Malaya tanah jajahan mereka. Apa dah nasib? Asyik kena tipu jer orang Melayu. Semua orang tipu Melayu. Cina tipu Melayu. Omputeh tipu Sultan dan Raja Melayu. Ingatkan keluar mulut rimau selamat sudah. Rupanya disambar masuk ke mulut naga. Tapi alhamdulillah orang Melayu dan India dilayan dengan baik oleh tentera Jepun. Tak macam kaum Cina. Benci bebenor Jepun dengan Cina. Tapi dalam baik-baik tu, dah ramai dah orang yang kena penampar Jepun, minum air sabun sampai kembung,dan hilang kepala disamurai dek Jepun dalam tempoh tersebut.
Tapi itulah realiti hidup masa perang. Barang-barang keperluan tak cukup. hiduplah orang-orang kita dalam keadaan penuh kedaifan dan hampir kebuluran. Mulalah diorang buat perbandingan hidup antara zaman omputeh dengan Jepun bagero. Baru terasa perit. Apa taknya? Barang- barang keperluan seperti beras tak pernah cukup, harga pulak melambung tinggi. Tak mampu nak beli. Itu pun dicatu. Aku belek-beleklah artikel dalam internet, nak cari kenapa beras tak cukup. Rupa-rupanya selama ini beras-beras yang dimakan oleh penduduk Malaya diimport dari Siam dan Burma (sekarang dipanggil Myanmar). Jadi, korang tahulah beras ini kalau nak dibawa ke Malaya, mesti dibawa naik kapal. Tapi seringkali kapal dagang Jepun ditenggelamkan dek bedilan torpedo kapal selam tentera Berikat yang menguasai lautan Hindi dan laut-laut berdekatan. Jadi bekalan beras ke Malaya terputus. Lagi pun Jepun mengutamakan tentera dan rakyat di negara mereka terlebih dahulu. Semua beras dari negara-negara jajahan seperti Burma, Indo China, Indonesia, dan Korea dibawa pulang ke Jepun untuk stok perang.
Getah dan bijih timah dah tak berharga lagi. Kalau dahulu sebelum perang, getah dan bijih timah dijual untuk pasaran Eropah dan Amerika. Adalah pendapatan untuk orang-orang kampung dan Cina di bandar. Tapi sekarang time perang. Mana ada kapal dagang yang berani? Kalau nak menempah maut, cubalah belayar tanpa iringan kapal tentera laut! Apapun tak boleh! APTB, kata arwah Yus, pelawak terkenal itu. Terpaksalah kita menelan pahit dan perit kehidupan zaman perang. Beras tak ada, terpaksalah tanam ubi kayu. Janji perut berisi. Nak goreng ke, rebus ke, bakar ke, pandai-pandai koranglah.
Tapi alhamdulillah. Reda atau pasrah, kehidupan diteruskan seperti biasa, Engkau, aku, kita serupa. Kaya atau miskin tak ada bezanya. Rupanya kita diuji Allah agar berserah bertawakal hanya kepadaNya. Jangan bergantung harap dengan manusia lain, terutamanya yang bukan Islam. Duit ada tapi dah tak bernilai lagi. Sejak duit pokok pisang yang dikeluarkan oleh Pemerintah Jepun menggantikan duit Straits Dollar keluaran British, harga barangan melambung tinggi. Apa tidaknya! Duit Jepun dicetak tanpa kawalan, tak ada nombor siri.
Bangang tak bangang Jepun ini! Issy..korang tengoklah sendiri jadual perbandingan harga barang keperluan time itu.... Kalau aku pun bengang habis dengan Jepun ni. Belum pun hilang perit rasa penampar dia hari itu, ditambah pula harga barang menggila naik.
Perbandingan harga barangan keperluan 1941-1945 |
Memang patut pun orang mula menyampah dengan tentera Jepun. Mereka ternanti-nanti kepulangan penjajah berkulit putih itu ke Malaya. Mereka sedia bertuankan kembali Omputeh berbanding Jepun.Mereka dah jelak makan ubi kayu.Mereka rindukan nasi.Hinggalah pada satu malam….
Ooops...Korang bacalah buku sejarah kalau nak tahu lebih lanjut. Aku lebih berminat nak fokuskan entri aku kali ini dengan kisah hari-hari terakhir pendudukan Jepun di Selangor terutamanya di Kuala Langat.
Kali ini aku nak detailkan, perincikan tentang Operation Zipper. Korang pernah dengar tak?
Operation Zipper ini nama operasi ketenteraan Tentera Berikat untuk menawan semula Malaya selepas Jerman mengaku kalah pada bulan Mei, sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua di Eropah. Hitler dah bungkus, Mussolini dah ditembak mati, tinggal Tojo sahaja yang masih berkuasa di Asia Pasifik. Jepun dah mula kalah di Burma. Mereka berundur ke selatan Thailand. Tentera Amerika Syarikat dah menawan Iwo Jima. Jepun di ambang kehancuran. Jadi British merancang menawan kembali Malaya dan seterusnya Singapura. Tapi sebelum itu, bacalah intro ini dulu...
Ketika Perang Dunia Kedua , pihak tentera Jepun telah menjadikan Istana Bandar sebagai ibu pejabat mereka di Kuala Langat. Walaupun Istana bandar tempat Sultan Alaudin bersemayam dan mangkat pada tahun 1938, istana ini dalam keadaan terbiar sehinggalah tentera Jepun mengambil alihnya. Mengapa mereka memilih istana ini sebagai HQ mereka? Hal ini kerana istana ini dibina menggunakan batu dan konkrit yang lebih kukuh untuk perlindungan berbanding istana-istana kayu Melayu.Walaupun setelah Jepun berundur dan menyerah kalah, istana ini ditinggalkan begitu sahaja. Terbiar.
Istana Bandar (Istana 40 bilik)
Istana Temasha dibina oleh Sultan Alauddin Sulaiman Shah pada tahun 1899 dengan perbelanjaan baginda sendiri di sebuah perkampungan bernama Bandar. Istana ini dibina mengikut senibina di Timur Tengah dan mempunyai 40 buah bilik. Itulah sebabnya istana ini juga dikenali Istana 40 bilik. Pembinaan istana ini sungguh kukuh di bahagian tengahnya terdapat 2 tingkat mengandungi 4 bilik utama iaitu bilik peraduan, bilik mengadap, bilik tetamu dan persemayaman baginda sultan. Bahan binaan di bahagian atas istana ini diperbuat daripada kayu cengal dan diukir serta dilorek mengikut corak tertentu oleh tukang yang mahir yang mengambarkan seni Islam tulen.Dari bahagian tengah bersambung hingga ke pintu besar arah ke selatan.
Di bahagian mengarah ke utara di adakan beranda iaitu kawasan lapang tidak beratap dan berdinding dengan kisi-kisi batu sebagi tempat berehat di waktu petang atau malam. Tempat ini juga pernah diadakan jamuan kecil .
Jika dipandang dari arah utara, istana ini mempunyai tiga bumbung berkembar tetapi jika dilihat dari rusuk istana ini mempunyai bumbung yang sejajar kecuali dibahagaian hadapannya. Jika ditilik dari perbuatan dan bentuk bangunan ini ada persamaannya dengan Istana Mahkota Kelang.
Dari seni pahat dan ukirannya mengambarkan senibina Islam tulen di bahagian pintu dan tingkap keadaannya melengkung. Di setiap sudut terdapat tiang-tiang kecil meruncing ke atas dibeberapa tempat. Sesekali terbayang juga di hati kita istana ini mirip bangunan istana Alhambra di Granada, Sepanyol yang pernah disebut sebagai senibina moor (Moorish-architecture).
Selain itu dari kawasan berdinding disediakan pula sebuah pintu kecemasan menghala ke kawasan tanah lapang bertembok setinggi 2 kaki. Dari kawasan lapang terdapat dua buah pintu untuk keluar. Kemungkinan pintu ini sebagai persediaan jika berlaku perkara-perkara yang mencemaskan. Susunan bilik-bilik di dalamnya diatur dengan rapi seolah-olah merupakan petak-petak bilik pejabat kerajaan mengelilingi sekitar bangunan.
Keadaan Istana Temasha ini kelihatan masih kukuh tersergam indah di atas sebidang tanah lapang. Pada 1978 ada ura-ura kerajaan Selangor akan mengeluarkan suatu peruntukan yang besar untuk memperbaik istana ini supaya keadaannya terpelihara dan menjadi kesan sejarah lambang kegemilangan kerajaan Selangor di zaman silam. Ketika itu boleh dikatakan Istana Temasha ini adalah salah sebuah istana yang tercantik, bukan sahaja pada bentuk dan perhiasannya tetapi juga rekabentuknya. Jika dibandingkan dengan istana Sultan Deli yang dibina dalam tahun 1898, istana temasha adalah lebih indah dan menarik. Istana Sultan Deli ini lebih besar dan dibentuk menurut keadaan dan alam Deli, Sumatera Utara.bina Islam tulen di bahagian pintu dan tingkap keadaannya melengkung. Di setiap sudut terdapat tiang-tiang kecil meruncing ke atas dibeberapa tempat. Sesekali terbayang juga di hati kita istana ini mirip bangunan istana Alhambra di Granada, Sepanyol yang pernah disebut sebagai senibina moor (Moorish-architecture).
Di Morib mereka membina kubu tepi pantai pula, Mes pegawai atasan mereka pula di Rumah Rehat pegawai kerajaan. Hahahaha….pasti korang terkejut beruk kalau aku katakan mereka juga telah membina sebuah landasan terbang untuk operasi kapal terbang Zero mereka di Ladang Kelanang, tidak jauh dari Simpang Morib. Sebenarnya mereka tidak berminat untuk membina pengkalan tentera udara mereka di situ, cukup hanya beberapa buah berek dan hangar untuk satu, dua skuadron kapal terbang mereka. Lokasinya yang tersorok kira-kira 1km dari jalan raya Kelanang-Simpang Morib dan Kg. Sungai Arak dan dikelilingi pokok kelapa, memang strategik dan ada unsur kejutan kepada pengintip tentera Berikat. Landasan sejauh satu batu setengah ini penting untuk kawalan dan tinjauan udara di pesisir pantai antara Pelabuhan Klang dan Port Dickson, dan sebagai bantuan sokongan kepada markas tentera darat mereka di pantai Morib. Sejujurnya, aku rasa TUDM Jugra patut membina landasan udaranya di tempat yang sama, bagi tujuan yang sama. Mungkin zaman dah berubah. Dengan kecanggihan radar dan satelit kini, hal ini dah tak penting lagi, kot?
Peta Topografi menunjukkan Lapangan Udara Tentera Jepun di Kelanang pada tahun 1945 |
Pemandangan tapak Bekas Lapangan Udara tersebut pada tahun 2015 |
Pada ketika jam menunjukkan pukul 3 pagi waktu Colombo,Sri Lanka, ratusan buah kapal perang dan kenderaan mendarat pihak Berikat dengan kekuatan lebih daripada 100,000 orang berlabuh di perairan Pelabuhan Swettenham, Morib, Bagan Lalang, dan Port Dickson. Ketika itu air tengah pasang. D-Day untuk Malaya telah bermula.
Three different landing zones were selected. 25th Division will landed on Morib Beach, 37th Brigade will get to the Bagan Lalang Beach, 10 miles south Morib and 23rd Division will scattered on Port Dickson beach. The SS Dunera arrived off Morib Beach on the 9th according to the log of my father's RAF squadron - the 89th Squadron. They also transferred to LCIs and then another transfer to smaller landing craft before wading ashore on the afternoon of the 9th. They set off on a 10 mile march to a transit camp at Telok Datok, same one as the 3210 I expect. But it was too late in the day and so they were ordered to bivouac. It was so dark they couldn't see where they were setting up their tents. Unfortunately, some erected their tents on a dry river bed which, unbeknown to them, was subject to flash flooding. They woke up during the night in several inches of water! Overnight monsoon rains thoroughly soaked them and all their kit. When they arrived at Telok Datok, which was no more than a collection of huts, it took two days to dry out!
Pelan Serangan Operation Zipper 1945 |
Boarding a Landing Ship Tank from SS Chitral for landing at Morib, Malaya, September 1945. |
Seaborne landings made by the 7th and 12th Parachute Battalions on the Morib beaches, 1945 |
Members of 12 Para Bn landing at Morib Beach, Malaysia, September 1945. |
Members of the 12th Para Bn march off having landed at Morib Beach, Malaya, September 1945. |
Mereka menjangkakan tentangan hebat daripada pihak Jepun di Morib tetapi memandangkan Hiroshima telah dibom atom pada pertengahan Bulan Ogos tahun 1945, Berikutan peristiwa itu, Jepun telah menyerah kalah,Operation Zipper diteruskan namun tanpa serangan tentera dan kini Operation Tiderace dilancarkan pada 9 September 1945, dengan bala tentera yang sama dalam Operation Zipper. Pengambilan landasan udara Kelanang dilakukan setelah pendaratan tentera di Morib. Pihak Jepun seolah-olah telah mengetahui hal ini dan menyerahkannya kepada tentera udara British. Beberapa buah kapal terbang Zero milik Jepun masih kelihatan di landasan ketika Tentera Udara Berikat mendarat:
Arriving, we flew a wide circuit around the field, looking for any obstructions on the runway. Nothing was seen so we did a low level, line astern pass along the runway, peeled off and came in for landing. We all landed safely and as we ran to the end of the runway, we looked around for any of our troops that were supposed to be there.. At the end of the runway, we turned around and on instructions from the Wingco, kept our engines running and await developments. Sure enough, what appeared to be hundreds of soldiers came marching down the runway towards us. Unfortunately, it was the wrong army. Our "greeters" were all Japanese.The Wingco told us to remain in our planes. He switched off climbed out and walked towards the advancing troops led by several officers. One drew his sword and for a brief moment we suspected the worst, but he offered it to the Wingco who signalled us to switch off. We then organised the soldiers to manhandle the aircraft off the runway to clear the way for the next wave of six aircraft from the "Trumpeter" to land...We were then driven off to the Jap Officers Mess which we appropriated for our use.
Gambar penyerahan dan Perletakan Senjata oleh Tentera Jepun 1945 (lokasi tidak diketahui sama ada di Kelanang Airfield atau di Kuala Lumpur) |
Tiada tentangan daripada pihak Jepun di situ kerana mereka telah pun bergerak ke Kuala Lumpur untuk upacara penyerahan senjata tanda mengaku kalah kepada pihak Berikat. Tentera Jepun sudah mula menyerah di Penang dan Singapura. Walaupun tak mendapat tentangan, operasi sebesar ini menjadi masalah kerana pantai berlumpur Morib. Lebih 300 buah kenderaan tentera tersadai di pantai Morib kerana terkandas di beting-beting pasir dan ditinggalkan begitu sahaja sehinggalah pada tahun 1948, seorang kontraktor membeli kesemua bangkai kenderaan yang dah berkarat tersebut untuk dijual sebagai besi buruk. Penyerahan Senjata oleh Tentera Jepun di Malaya dilakukan oleh Lieutenant General Ishiguro kepada Lieutenant General Roberts (XXXIV Corps) pada 13 September di Kuala Lumpur.
Penyerahan Tentera Jepun pada tahun 1945 di Kuala Lumpur |