Sabtu, 29 Mei 2021

Merungkai Mitos dan Realiti Harimau Jadian di Jugra dan Kuala Langat

 

Salam buat semua anak cucu Atok dan Wan. Dah dua kali Raya Aidil Fitri kita tak dapat beraya bersama. Atok dan Wan kau faham. Kami reda dan bersabar dengan ujian yang sebegini hebat daripada Allah SWT. Kovid ini bukan kaleng-kaleng, bukan boleh dibuat permain. Cukuplah dengan purata 7,000 kes baru setiap hari dengan kira-kira 60 kes kematian. Hargailah nyawa yang Allah amanahkan itu. DiberiNya satu nyawa sahaja buat kita di dunia ini. Janganlah kita mendatangkan kemudaratan kepada diri dan keluarga hanya kerana kedegilan, kebodohan serta ketidak-sabaran kita menghadapi pandemik ini. Seharusnya penularan virus ini merapatkan lagi hubungan kita dengan Allah SWT. Yang mana mungkin terhanyut oleh arus dunia kembali bertaut kepada tali-tali Allah. Bertaubat dan beramallah.

Kita sememangnya makhluk yang lemah. Bumi mana yang tak ditimpa hujan, lautan mana yang tak bergelora? Pintu taubat masih terbuka luas. Nak ke mana kita dengan kebuasan kita mengejar daki dunia? Akhirnya ke kubur juga kita. Hidup di dunia ini terlalu singkat berbanding kehidupan di alam kubur dan akhirat. Tengok sahajalah Firaun yang menyombong sehingga mengaku Tuhan itu. Umurnya di dunia tak sampai pun seratus tahun, tetapi berterusan disiksa di alam Barzakh. Sudah ribuan tahun dia di alam kubur. Tersiksa, apatah lagi di akhirat kelak. Namanya disebut dihina, dilaknat oleh Allah SWT dan  manusia-manusia selepasnya hingga hari kiamat. Memang tak berbaloi! Ambillah pengajaran daripada wabak korona ini. Nyawa kita dihujung tanduk, bila-bila masa sahaja diambil, direntap atau dijemput pulang, menghadap Yang Maha Esa, Rabbul Jalil. Bersolatlah, bertaubatlah.

HAH, itu nasihat Atok buat diri Atok sendiri dan korang semua sempena menggantikan khutbah Jumaat yang Atok dan korang tak dapat hadiri solat Jumaat di masjid hari ini kerana sekatan covid 19 dan SOP yang ketat. Bukan salah kita. Ikut sahaja arahan ulul amri atau pemerintah kita.

Oklah, entri Atok kali ini berkenaan harimau. Ya, Atok dah menulis tentang harimau ini sebanyak  2,3 kali dalam blog ini. Ramai yang berminat dengan penulisan Atok itu. Alhamdulillah. Atok pun seronok pasal korang seronok membacanya sehingga ada yang ceduk@celok dan tampalkan dalam media sosial mereka. Atok tak marah, Atok lagi suka pasal korang kembangkan penulisan Atok itu untuk tatapan lebih ramai orang. TAPI…bagilah Atok kredit sikit. Ya lah. Dah ambil hak orang tu, berilah penghargaan sikit. Nyatakanlah rasa terima kasih itu dengan menyebut atau menulis nama blog Atok ini. Memang Atok tak kenyangpun dengan puji-pujian, tetapi bak kata orang dulu-dulu, “orang berbudi kita berbahasa”. Kalau korang berminat nak baca entri Atok itu, rujuk link di bawah ini…

https://akubudaktelok64.blogspot.com/2014/05/kisah-harimau-di-jugra-dan-telok.html

Kali ini, Atok nak kaji lagi tentang harimau ini, bukan hari-hari mau tau! Atok nak tahu apa speselnya harimau dalam kehidupan orang Melayu di dalam alam raya ini, terutama di sekitar Jugra, Pulau Carey dan Kuala Langat amnya. Apa pasal ada sImbol rimau dalam matawang kita, lencana sekolah, dalam jata negeri dan negara, dalam setem, dalam  logo agensi kerajaan mahupun pasukan sukan di negara kita? Kenapa tidak binatang lain yang dipilih? Kenapa tidak anjing, babi, kucing dan lain-lain lagi? Kenapa mesti harimau?



Sememangnya, Atok minat sangat cerita-cerita misteri dan mistik ini, terutama kisah-kisah harimau jadian dalam novel terlaris di Malaysia, "Bercakap dengan Jin," tulisan Allahyarham Tamar Jalis. Atok dah baca buku-bukunya sejak zaman Atok remaja lagi, sekitar 1980-an lagi. Atok tertarik dengan gaya penulisannya. Memang Atok yakin, penulisannya berdasarkan pengalaman peribadinya mengikut datuknya. Kenapa Atok percaya itu pengalaman peribadinya? Pertama  latar garis masa, tempat kejadian, suasana kehidupan, masyarakat setempat MEMANG selari dengan penceritaannya. Memang ada tokok tambah. Itulah keajaiban kesusasteraan Melayu, dengan elemen dan unsur alam, penulisan sejarah yang kaku dan beku menjadi begitu menarik. Tapi… Mana ada orang yang ingat sesuatu perkara secara terperinci? Betul. Tetapi kalaulah itu pengalaman hidupnya, maka kalau tak 100% pun tepat, masih fakta, at least buat dirinya dan mereka yang mempercayai cerita-ceritanya. Atok salah seorang peminatnya. Atok percaya intipati plot, ceritanya, betul, benar, cuma tidaklah Atok sampai ke tahap taksub. Cukup sekadar mengambil pengajaran dan hiburan pada masa senggang.


 Antara kisah-kisah harimau dalam bukunya itu ada dekat bawah ini:

Menunggang Harimau Ditengah Malam

Manusia Harimau

Harimau Disangka Kucing

Harimau Sembunyi Kuku

Mia, Gadis Harimau

Calon Suami Gadis Harimau

Perempuan Berekor Harimau

Harimau Menangis

Diusik Harimau Raja Susuk

OKLAH. Persoalan-persoalan ini sememangnya bermain dalam pemikiran semua orang, bukan Atok sorang jer. Bahkan orang-orang dahulu pun memikirkannya. Jadi, Atok ambil pendekatan tengah, sama adil sama rasa…tak sebelah mana-mana. Atok akan korek dalam-dalam mitos di sebaliknya TETAPI Atok tetap akan huraikan realiti kehidupan di Kuala Langat dan Nusantara ini secara amnya. Ya..MISTERI NUSANTARA….

A.    MITOS HARIMAU JADIAN

PENDAHULUAN

Syukurlah. Dunia semakin moden. Kesedaran tentang agama meningkat.  Kita kini percaya dengan berilmu pengetahuan melalui pendidikan formal di sekolah, anak-anak kita akan lebih berjaya di dunia dan di akhirat. Anak cucu kita kini tidak lagi memerlukan saka dan amalan khurafat ini dalam kehidupan mereka. Akhirnya, Jugra dan kawasan sekitarnya ‘keras’ dengan kehadiran  ratusan bahkan jutaan makhluk halus tidak bertuan ini  yang merayau-rayau mencari ‘waris jari hantu’ mereka. Pedulikan mereka!

Memang dahulu datuk moyang kita jahil! Dalam kehidupan keagamaan, mereka kuat berpegang kepada syariat Islam. Pada setiap desa akan terdapat masjid dan surau, malah selalu pula rumah-rumah individu menjadi pusat kegiatan keagamaan. Bagaimanapun, mereka masih tetap mengekalkan kepercayaan tradisi warisan nenek moyang yang bersifat magis atau berkait dengan animisme, dan juga memperlihatkan hubungan syirik dan khurafat dengan elemen-elemen kepercayaan yang terdapat dalam agama Hindu, Buddha dan Islam.

 

KAJIAN ILMIAH

Pengkaji-pengkaji seperti Skeat (1984) dan Winstedt (1982) misalnya, hanya menekankan sudut kepercayaan mistik orang Melayu tentang magis harimau yang dianggap unik, tanpa melihat asal-usul dan perkaitan makna harimau tersebut dengan anggota masyarakat yang berkenaan. Lebih dari itu, penumpuan tentang mistik harimau selalu dipandang dalam fungsi perubatan. Hal yang sama pernah diteliti kemudian secara lebih terperinci oleh Peletz (1993) dalam kerja lapangan di salah sebuah daerah di Negeri Sembilan antara tahun 1978-1980. Kajian beliau kemungkinan merupakan kajian terakhir yang menyebut tentang magis harimau.

Sungguhpun begitu, menerusi Swettenham (1903) pula memang sudah diketahui sejak awal lagi bahawa salah satu kelompok yang dirujuk dengan nama suku Kerinci oleh orang Melayu, dikatakan memiliki hubungan yang unik dengan harimau, termasuk juga didakwa memiliki ilmu harimau jadi-jadian.

Seorang pedagang bernama Alexander Hamilton yang datang ke Melaka, pernah menulis tentang kehebatan orang Minangkabau (di Melaka) yang boleh menjinakkan harimau liar.

“.. mereka mempunyai perwatakan ilmu batin yang tinggi, jampi mereka dapat menjinakkan harimau liar, dan membuatkan harimau itu membawa mereka di belakangnya ke mana yang diperintahkan.” – Frontiers of Fear: Tigers and People in the Malay World, 1600-1950.

Catatan yang terawal sekali datang dari sumber China, menyebut wujudnya manusia-harimau di bandar Melaka sekitar abad ke-15. Apabila mengetahui adanya manusia-harimau yang bercampur gaul dengan manusia di bandar Melaka itu, manusia-harimau itu telah ditangkap dan dikenakan hukuman. Dia dibunuh. Itu adalah antara rekod pertama berkaitan dengan harimau jadian.

Pelik! Dalam kehidupan spiritual, orang Kerinci kuat berpegang kepada syariat Islam. Pada setiap desa akan terdapat masjid dan surau, malah selalu pula rumah-rumah individu menjadi pusat kegiatan keagamaan. Bagaimanapun, mereka masih tetap mengekalkan kepercayaan tradisi warisan nenek moyang. Warisan ini termasuklah yang bersifat magis atau berkait dengan animisme, dan juga memperlihatkan hubungan ‘sinkretis’ dengan elemen-elemen kepercayaan yang terdapat dalam agama Hindu, Buddha dan Islam (Hebransyah et al. 2013: 5).

Selain itu, A. Locke yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kemaman pada menulis sebuah buku mengenai pengalamannya dengan harimau di negeri itu, The Tigers of Trengganu. Beliau menceritakan secara lengkap mengenai harimau spesies Malayan yang banyak terdapat di sekitar Terengganu, Kelantan dan Perak ketika itu. Katanya, harimau sebenarnya tidak berbahaya kepada manusia, sebaliknya ia mampu bertukar menjadi penyerang dan pemangsa yang ganas dalam keadaan tertentu.

Locke berkata, berdasarkan pengalamannya berdepan dengan harimau spesies Malayan, haiwan itu bukan dari jenis pemakan manusia berbanding dengan harimau India. Pertama, spesies Malayan hanya berkeliaran di dalam kawasan yang kecil dan ini memudahkan pemburu menjejakinya. Kemudian, orang Melayu memiliki kemahiran dan kesungguhan lebih baik ketika berhadapan dengan haiwan ganas itu berbanding orang di India.

MITOS ILMU HITAM HARIMAU  JADIAN

Sehingga ke hari ini, masyarakat Melayu beragama Islam masih ada yang terbelenggu dengan amalan-amalan seperti itu. Orang-orang Melayu yang ‘sangat kreatif’ ini selalunya menganggap golongan Jin ini boleh menjadi budak suruhan mereka.

Manusia Harimau: Manusia yang mempunyai ilmu harimau dan mempelajarinya sehingga boleh berubah rupa sebagai harimau itu sendiri.

Harimau Jadian: Harimau jadian merupakan makhluk halus yang berdamping dengan manusia sebagai sahabat.

Ada juga pengamal yang memiliki ilmu silat Harimau yang tak perlu dipelajari, dengan sendirinya keluar jika diperlukan. ilmu ini juga diterapkan dengan cara memberi bubuk tulang, gigi, atau darah harimau untuk ditelan bayi saat baru dilahirkan.

TUJUAN ILMU HARIMAU JADIAN

Kenapa mereka membela Harimau sebagai Pendamping? Kebiasaannya manusia terbabit menggunakan bantuan jin untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta; menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan. Beberapa budaya dalam Alam Melayu merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar rupa dan badan menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.

Harimau jadian alias Harimau cindaku biasanya dituntut bagi tujuan mempertahankan diri dan menjaga keturunannya dari serangan harimau nyata. Harimau jadian biasanya membenarkan penuntutnya bertukar menjadi harimau dengan memiliki kekuatan luar biasa. Ia boleh menjelma sebagai separuh harimau atau harimau sebenar. Ia mampu (tidak semestinya) membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.  Pengamal juga dikatakan memiliki tindak balas yang sangat tinggi. Apabila sebahagian masyarakat ini berhijrah ke Tanah Melayu, mereka membawa bersama ilmu dan amalan tersebut, sebahagian besarnya bertujuan sebagai perlindungan dan keselamatan. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, sekiranya tidak ada seolah-olah ianya tidak lengkap.  Sebelum berhijrah membawa diri ke negara baru seperti Tanah Melayu dari serata pelusuk Indonesia Kepandaian begini merangkumi ilmu rawatan kependekaran pawang bomoh. Tanpa ilmu, hijrah mereka biasanya gagal. Kononnya mereka perlukan sesuatu mengiring mereka sebagai langkah keselamatan terhadap kemungkinan serangan binatang buas dan juga puaka puaka rimba. Maka mereka yang berilmu tinggi pastinya dapat meneroka suatu kawasan yang luas bersama sanak saudara dan beberapa teman yang menumpang hijrah. Mereka perlu bergabung kerana ancaman Lanun pula yang mula mengambil kesempatan atas kemakmuran suatu penempatan. Keadaan dahulu pada ketika itu, membuka suatu kawasan hutan bukan semudah sekarang.

Maka wujud gelaran bidan, tok peran, tok bomoh, tok pawang dan lain lain. Biasanya pasti ada yang mampu berkomunikasi dengan makhluk halus yang sudah lama bertapak di sesuatu kawasan. Ini melibatkan suatu tahap lain pula. Harimau dipilih kerana kegagahan. Dikenali Raja Rimba. Ada yang membawa dari seberang lagi sebagai Penjaga diri dan ada juga yang mampu menjinakkan harimau liar buat tunggangan. Ada juga yang memang sudah ada ilmu Sangkaguna boleh menjelma menjadi Harimau pada ketika dan saat di perlukan.

ASAL USUL ILMU HARIMAU JADIAN

Raja-raja pada zaman dahulu di Sumatera terutama dalam kalangan suku-suku Melayu, Minangkabau dan Rejang banyak memiliki ilmu harimau secara turun-temurun. Harimau jadian pula lebih banyak dikaitkan dengan masyarakat wilayah Kerinchi yang berasal dari Sumatera. Mungkin agak mustahil untuk memikirkan logik bahawa manusia ada yang mampu bertukar menjadi harimau .Kebatinan orang kerinci Cerita manusia harimau terus berkembang secara turun temurun di Kerinci. Sebagian besar warga percaya, hingga saat ini manusia harimau masih ada, dan bisa dimintai pertolongan saat sedang kesulitan. 

Harimau jadian memang ada pada zaman nenek moyang Kerinci. "Dulu, tanah Kerinci dihuni oleh suku cindaku--Manusia harimau---," katanya.  Namun, suku tersebut sudah lari ke arah pegunungan. Warga Desa Semerah, Kecamatan Sitinjau Laut, juga sangat menghormati harimau. Malah ada yang beranggapan, harimau sebagai nenek (sosok gaib) yang memiliki kesaktian, yang suatu saat bisa diminta pertolongan antara harimau dengan manusia boleh mewujudkan keadaan saling bantu-membantu.

HARIMAU KERAMAT

Tidak dinafikan masyarakat Melayu dan sebahagian di Indonesia juga percaya mengenai hal-hal berkaitan mistik yang membabitkan semangat seekor harimau. kejadian seperti kemunculan harimau jadian atau harimau keramat kerap menghantui masyarakat Melayu pada hari ini yang dimomokkan dengan unsur-unsur mistik. orang Melayu bukan sahaja di zaman silam, malah pada hari ini turut percaya kewujudan harimau keramat atau turut dikenali sebagai harimau datuk, malah ada yang menggelarkan harimau nenek moyang. harimau keramat pada kebiasaannya dikenal pasti mempunyai tiga kaki yang normal,manakala satu lagi kakinya rencat atau tempang.

Antara kisah harimau dan masyarakat Melayu terawal pernah disebut seorang penulis berdarah Portugis dan Jawa, Godinho de Eredia yang berada di Melaka menggambarkan sebuah perkampungan harimau jadian yang terletak di Gunung Ledang. Penulis itu menyatakan bahawa keselamatan Puteri Gunung Ledang dikawal oleh kalangan orang  Jakun berketurunan Banua yang mampu menukar diri mereka kepada harimau.

Umumnya, harimau keramat dianggap harimau baik yang kewujudannya bertujuan menjaga keselamatan kampung atau daerah tertentu. ada kepercayaan bahawa harimau keramat wujud di sebuah kampung di Sepang untuk menjaga sebuah makam yang dianggap keramat. Di Bukit Jugra juga dikatakan wujud sebuah makam yang didakwa dijaga oleh harimau keramat.

Mitos tentang harimau keramat penunggu Bukit Jugra telah dibukukan oleh  pengkaji  Inggeris bernama  Walter William Skeat pada tahun 1900 yang mengatakan:

“By far the most celebrated of these ghost tigers, however, were the guardians of the shrine at the foot of Jugra Hill, which were formerly the pets of the Princess of Malacca (Tuan Putri Gunong Ledang). Local reports says that this princess left her country when it was taken by the Portuguese, and established herself on Jugra Hill, a solitary hill on the southern portion of the Selangor coast, which is marked on old charts as the “False Parcelar” hill…”

‘(In Jugra Hill) the lady remained for some time, and during her stay constructed a bathing-place for herself. Even to this day she pays periodical visits to Jugra Hill, and although she herself in invisible to mortal eye, her faithful attendant, in the shape of a handsome tiger (rimau kramat), is often to be met with as he prowls about the place at night…’

Bukit Jugra should be associated with one another in traditionary lore. The story runs that this estimable lady, having disposed of her husband by pricking him to death with needles, decided thenceforth to live free from the restrictions of married life.

She was thus able to visit distant lands, taking with her a cat of fabulous dimensions as her sole attendant. This cat appears to have been a most amiable and accommodating creature, for on arriving at Jugra he carried the Princess on his back to the top of the hill.

There are many stories about ghost tigers (rimau kramat), which are generally supposed to have one foot a little smaller than the others (kaki tengkis), which the unnatural smallness of one of the feet was very conspicuous. Such tigers are considered invulnerable, but harmless to man, and are looked upon generally as the guardian spirits of some sacred spot. . .

Selain itu, katanya, jelmaan harimau keramat bernama Datuk Negun pula dikatakan menjaga keselamatan kampung di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Ia dikatakan akan muncul jika wujud ancaman pada kampung.

HARIMAU PERABUN

Biasanya pemiliknya mempunyai ilmu perabun yang membolehkan harimau itu tidak boleh dilihat oleh orang lain. Biasanya pemilik harimau datuk ini adalah orang yang baik-baik yang ingin mengekalkan keharmonian di dalam sesuatu kampung itu. Kalau di lihat secara fizikal kadang-kadang pemilik ini seperti orang biasa saja. Bagi harimau datuk ini, pada masa-masa tertentu ianya akan balik ke hutan dan hidup liar, boleh berkembang biak serta memburu makanannya.

Bila dipanggil oleh tuannya atau bila diperlukan pada masa tertentu ia akan segera datang dengan kekuatan ilmu angin dari pemiliknya. Biasanya bila berada berdampingan dengan pemiliknya, bertih akan diberi sebagai makanan kepada harimau datuk ini sebagai imbuhan hubungan erat antara pemilik dengan harimau yang di pelihara.

Saiz harimau datuk biasanya sebesar lembu dewasa dan berjantina jantan. Andainya diperlekeh ianya akan menampakkan diri, walaubagaimanapun tidak menganggu jika tidak melakukan perkara yang tidak menganggu ketenteraman. 

Biasanya makhluk halus ini akan merupakan diri sebagai harimau jadian jika terdapat kesusahan atau sahabatnya dianiaya. Terdapat perjanjian antara manusia dan makhluk ini agar perhubungan mereka dapat diteruskan dan ianya sentiasa diperbaharui. Adakalanya makhluk halus ini akan membuatkan agar manusia yang sebagai sahabatnya sentiasa digeruni apabila dipandang. 

Ilmu ini didapati melalui mempelajarinya dari seseorang yang mempunyai ilmu sebegini ataupun mendapatnya melalui saka. Biasanya orang sebegini mempunyai kekuatan yang berlipat ganda dari kekuatan orang biasa apabila menjadi harimau. Ia juga mempunyai ilmu perabun dan ilmu angin yang tinggi. Orang sebegini biasanya sentiasa digeruni oleh orang disekelilingnya dan binatang liar mahupun harimau biasa. Ada yang menurunkan ilmu Sangkaguna ilmu Siluman Harimau dan juga ilmu Persilatan berasaskan Harimau.

HARIMAU JADIAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Mitos harimau yang tersemat dalam fikiran mereka tidak mendapat sebarang percanggahan dalam hukum adat dan hukum agama. Malahan, secara praktikal mitos harimau meringankan tanggungjawab lembaga adat dalam menerapkan aturan-aturan hukum masyarakat. Kedua-dua bentuk aturan hukum tersebut hampir memiliki ciri dan fungsi yang sama dalam peranannya, iaitu untuk mendidik manusia agar mereka sentiasa hidup dalam ketertiban dan kesejahteraan.

Sebenarnya anggapan ini tersangatlah SALAH dan jauh tersasar. Golongan syaitan dan Iblis ini sangat bijak. Mereka tidak hairan dengan ayat yang dijampi. Mereka berpura-pura mengikut telunjuk manusia asalkan kita jadi sesat. Mereka yang sebenarnya menunggangi kita seperti keldai dungu...ya seperti keldai yang dungu yang dicucuk hidung dan dipukul dipunggungnya, suruh ia berlari ke arah yang mereka mahukan.

Bayangkanlah segala jenis ilmu kebatinan ini sudah pasti menjadikan jin sebagai "sahabat", "Khadam" dan yang seumpama dengannya kemudiannya menjadi SAKA keturunannya. Hasrat mereka membela saka ni untuk menjaga anak cucu supaya tidak mudah untuk di apa-apakan. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tidak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut dan bilangan jin dalam badan individu itu akan bertambah.

Hanya saka harimau seringkali menjadi masalah pada hari ini. Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia. Ia diwariskan secara turun temurun (menjadi saka) apabila pengamalnya uzur atau sakit tenat.

Antara kesan buruk memelihara saka adalah pemiliknya akan menghadapi seksaan yang amat perit ketika hendak mati kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal. Katanya, situasi lebih dahsyat berlaku apabila ada kes di mana pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya. Lebih membimbangkan adalah jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. Saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga dan orang lain. Saka Harimau akan menumpang saudara terdekat atau sekiranya putus keturunan, ia akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. Akan kelihatan seperti akan ada harimau yang berkeliaran.

Pembela Saka Harimau dikatakan mudah naik darah kerana ilmunya yang panas, dan akan diserang saka itu sendiri sekiranya tidak dijaga dengan baik, terutamanya sekiranya warisnya tidak mengetahui mengenai saka yang menumpang dirinya. Masa berlalu. Pendamping sudah diwariskan maka menjadilah ia Saka. Kebiasaannya SAKA yang macam ni bukan individu itu sendiri yang inginkan tapi ianya akan hadir sendiri tanpa disedari oleh individu tersebut. SAKA akan diwarisi secara turun temurun secara paksa, sukarela atau datang dalam senyap. Kita lihat pada masyarakat hari ini banyak kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan akan berlaku jika tidak dihindarkan. Dalam kes saka harimau, jin yang membelenggu pesakit sebenarnya merupakan saka yang diwariskan oleh nenek moyang mereka sama ada dalam keadaan sedar atau tidak. . Anak kecil atau bayi yang baru lahir tidak pandai bercakap atau mengadu dan melalui tangisan sahajalah mereka dapat meluahkan perasaan mereka. . Malang sungguh mereka yang bersaka keturunan.

Gangguan saka juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan. Katanya, saka adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.

Penanggung masalah ini sangat tidak bernasib baik kerana ianya menimbulkan gangguan emosi dan kesihatan secara keseluruhan. Ada juga yang terpaksa menelan ubat penenang akibat dah tak tahan menanggung gangguan melampau daripada saka keturunannya .Kerosakan saraf yang sukar untuk dipulihkan. Elakkan ubat itu sebab ianya merosak sistem saraf. Kesihatan tubuh badan akan beransur jadi cacat dalam masa yang agak singkat. 

Kita dapat mengenal ciri-ciri umum Saka, melalui 2 keadaan:

1. Saka yang disedari - biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dan sebagainya), yakin diri bahawa keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah lama meninggal dunia), membaca dan mengamal mentera-mentera tertentu, mewarisi kebolehan merawat (bomoh)@bidan@bersilat  ataupun lain-lain.

2. Saka yang tidak disedari - tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit ganjil, atau mimpi yang menakutkan, dan kemudian dibawa berubat dan diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat gangguan saka.

Kita lihat pada masyarakat hari ini banyak kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan akan berlaku jika tidak dihindarkan. Malah, ada juga terdapat bayi yang baru dilahirkan diganggu oleh jin-jin saka ini.  Terdapat banyak kes-kes yang bayi selepas lahir, bayi kerap menangis tanpa sebab.  Dari sudut perubatan moden, mungkin bayi ini ada masalah “colic” tapi selalunya didapati bayi-bayi ini menangis sebab ada benda-benda halus di dalam badan mereka. Anak kecil atau bayi yang baru lahir tidak pandai bercakap atau mengadu dan melalui tangisan sahajalah mereka dapat meluahkan perasaan mereka.  Kalau orang dewasa merasa sakit sekiranya ada jin-jin dalam badan, inikan pula anak kecil yang baru lahir dapat menahan kesakitan apabila adanya jin dalam tubuh kecil itu.  Sekiranya anak kecil itu tidak sakit mestilah dia tidak akan menangis kecuali bayi itu lapar atau pampers perlu diganti.

Terdapat juga kes-kes suami isteri yang telah bertahun-tahun berkahwin tetapi sukar untuk mendapat anak. Mereka puas mencuba rawatan moden di hospital untuk berlakunya persemaian tetapi masih juga gagal.  Ada ramai kes-kes keguguran berlaku disebabkan oleh gangguan saka.  Di dalam situasi demikian, besar kemungkinan jin-jin saka dalam badan isteri menggangu atau merosakan janin-janin di dalam rahim isteri.  Oleh itu di sini saya ingin menjelaskan bahawa salah satu dari sebab mengapa sesetengah pasangan suami isteri sukar untuk mendapat zuriat adalah disebabkan gangguan saka.

Di antara tanda-tanda yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah  seperti berikut:

·     Sakit anggota badan  : bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim, dan sebagainya.

·    Gangguan emosi dan perasaan : “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa sebab.

·   Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang keyakinan diri, “high anxiety”, susah nak fokus dan sebagainya.

·       Gangguan tidur : selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.

·       Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit

·       Sesak nafas atau mengah

·     Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.

·       Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.

·      Gigi berlaga ketika tidur

·      Bercakap, menangis, ketawa dan berjalan semasa tidur

·      Kerap bermimpi menyusukan bayi.

·      Kerap bermimpi dikelilingi kanak-kanak.

·      Kerap bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu didalam mimpi.

·      Boleh mengubat belajar melalui mimpi@secara tiba-tiba tanpa disedari

·      Mendakwa boleh melihat jin/makhluk halus.

·      Banyak penyakit genetik/ketumbuhan ganjil pada badan.

·      Sakit anggota badan/pengsan bila menziarahi orang yang meninggal dunia.

·      Kerap bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.

·      Kerap bermimpi rumah lama/rumah pusaka.

·      Panas baran.

·      Nyanyuk ketika usia tua.

·      Sering sakit lutut tanpa sebab klinikal.

·      Boleh menelek sejarah/sifat seseorang.

·      Boleh mengurut belajar melalui mimpi.

Simptom yang disebut di atas adalah kesan adanya jin-jin saka dalam badan pesakit.  Bila jin-jin ini ada di dalam badan kita, selalunya mereka akan berada di celah-celah tulang belakang di mana terletaknya urat saraf  atau di dalam otak kita. Ini adalah dua tempat “kegemarannya” bila mereka berada di dalam badan kita.  Kenapa mereka suka berada di tempat ini kerana di dalam badan manusia, otak dan tulang belakang adalah organ yang paling penting selain dari jantung manusia? Di sinilah mereka boleh menguasai pergerakan tubuh badan kita melalu urat saraf dan menguasai emosi, minda dan permikiran kita melalui otak kita.

Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Selain itu, masyarakat Melayu beragama Islam juga percaya, harimau akan menyerang manusia sekiranya ia membelakangkan haiwan itu, sebaliknya ia tidak akan menyerang apabila mereka bertentang mata kerana dipercayai di dahi seorang Islam tertulis ayat al-Quran yang menyatakan manusia mengatasi haiwan itu.

 

REALITI  MITOS HARIMAU DI JUGRA DAN KUALA LANGAT

Dalam aspek kepercayaan dan legenda mengenai harimau, masyarakat Melayu dan Cina amat mempercayai bahawa haiwan itu mempunyai kuasa misteri yang berkait rapat dengan corak kehidupan mereka. Tentang harimau mengganas di Jugra ini berdasarkan catatan orang puteh bernama .  Isabella L. Bird Bishop (1831-1904) bertajuk "A Chapter on Selangor - Letter XVII dalam bukunya,  The Golden Chersonese And The Way Thither .ketika berada di Jugra.

“It was a lovely walk up the hill through the palms and bananas, and the bayonets of our escort gleamed in the intense moonlight, not with anything alarming about them either, for an escort is only necessary because the place is so infested by tigers. The bungalow is large but rambling, and my room was one built out at the end, with six windows with solid shutters, of which Mr. Ferney closed all but two, and half closed those, because of a tiger which is infesting the immediate neighborhood of the house, and whose growling, they say, is most annoying. He killed a heifer belonging to the Sultan two nights ago, and last night the sentry got a shot at him from the veranda outside my room as he was engaged in most undignified depredations upon the hen house.

There was a grand excitement yesterday morning. A tigress was snared in a pitfall and was shot. Her corpse was brought to the bungalow warm and limp. She measured eight feet two inches from her nose to her tail, and her tail was two feet six inches long. She had whelps, and they must be starving in the jungle to-night. Her beautiful skin is hanging up. All the neighborhood, Chinese and Malay, turned out. Some danced; and the Sultan beat gongs. Everybody seized upon a bit of the beast. The Sultan claimed the liver, which, when dried and powdered, is worth twice its weight in gold, as a medicine. The blood was taken, and I saw the Chinamen drying it in the sun on small slabs; it is an invaluable tonic! The eyes, which were of immense size, were eagerly scrambled for, that the hard parts in the centre, which are valuable charms, might be set in gold as rings. It was sad to see the terrible "glaring eyeballs" of the jungle so dim and stiff. The bones were taken to be boiled down to a jelly, which, when some mysterious drug has been added, is a grand tonic. The gall is most precious, and the flesh was all taken, but for what purpose I don't know. A steak of it was stewed, and I tasted it, and found it in flavor much like the meat of an ancient and overworked draught ox, but Mr. Ferney thought it like good veal. At dinner the whole talk was of the wild beasts of the jungle; and, as we were all but among them, it was very fascinating. I wanted to go out by moonlight, but Mr. Ferney said that it was not safe, because of tigers, and even the Malays there don't go out after nightfall.

 Kepercayaan ini turut diamalkan dalam kalangan kaum orang Asli Malaysia.

Kisah ni diceritakan oleh Peter Boomgaard dalam bukunya `Frontiers of Fear: Tigers and People in the Malay World, 1600-1950‘. Perkara ni jadi pada tahun 1899, bila ada ahli ekspedisi Inggeris datang berjumpa dengan seorang dukun Orang Asli di Tanah Melayu.

Dukun yang tinggal di Ulu Aring menceritakan kepada ahli ekspedisi terbabit dia menjadi harimau jadian selama tujuh hingga sembilan hari dan sepanjang tempoh itu, akan menyerang lembu di kampung lain.Dukun ni secara terus terang kata yang dia boleh jadi harimau jadian. Menurut dukun ni lagi, dia akan jadi harimau jadian selama tujuh ke sembilan hari dan sepanjang tempoh tu dia akan menyerang lembu kampung lain. Caranya adalah dengan bakar kemenyan, mengasapkan badan dan seru ‘semangat hutan’ untuk kabulkan permintaannya.

“Dia kemudian merangkak, menggelengkan kepala dan bulu serta ekor akan tumbuh dari badannya sebelum dirinya berubah menjadi harimau sepenuhnya.”

 

Bagi masyarakat orang Asli di Pulau Carey dan Kelanang yang dipanggil Blandas, mereka ada upacara pemujaan semangat harimau berantai. Mereka juga mebaca jampi serapah berbentuk rangkap pantun seandainya bertemu dengan harimau di hutan. Dengan membacanya, harimau tersebut dikatakan lemah, menjadi takut dan beredar.

B. REALITI HARIMAU DI JUGRA DAN KUALA LANGAT

Senario kehidupan pada hujung abad ke-19 di Jugra dan Kuala Langat umumnya masih diliputi hutan tebal walaupun beberapa petempatan dan kawasan estet mula dibuka selepas hutan dan semak belukar diterangkan. Pertembungan dan perebutan ruang antara hidupan liar terutamanya pemangsa seperti harimau dengan manusia mengakibatkan kematian tragis. Dikhabarkan beberapa orang pekerja ladang termasuk pekerja-pekerja Tamil tinggal dalam kegelisahan kerana kemunculan harimau di ladang mereka terutama ketika bekerja atau waktu malam. Kerajaan telah menawarkan reward atas terbunuhnya harimau yang bekeliaran atau harimau pemangsa yang pernah membaham manusia.

Kematian ngeri akibat dibaham harimau ini pernah berlaku dalam tahun 1911, 2 kes di Sepang manakala pada tahun 1915, 2 orang  lagi pekerja estet menemui ajal mereka. Lebih mendukacitakan apabila pada tahun 1916 seramai 9 lagi mangsa di baham harimau direkodkan di daerah Kuala Langat. Ini belum lagi harimau-harimau yang memakan ternakan seperti lembu kambing penduduk kampung atau estet. Setelah lebih banyak hutan dibuka dan penembakan lebih banyak harimau, menyebabkan Raja Rimba ini terpaksa beralah membawa diri dan keluarganya lebih jauh daripada petempatan manusia. Hanya setelah itu, manusia rasa lebih selamat untuk menjalankan aktiviti ekonomi mereka walaupun ada ketikanya mereka mendengar ngaumannya tetapi bukan kelibatnya.




             





Kesimpulannya, memang mitos harimau jadian ini wujud di daerah Kuala Langat ini kerana Jugra pernah menjadi pusat pentadbiran Sultan Selangor dan sudah semestinya ribuan hulubang dan panglima dengan pelbagai ilmu persilatan batin pernah tinggal dan berkhidmat di sini. Tapi kesemua itu sudah berlalu. Tiada petempatan kaum Melayu Kerinci yang pernah wujud di Kuala Langat. Sebagai orang Islam seharusnya kita membaca doa tertentu dan ayat-ayat suci Alquran sebelum memasuki kawasan hutan. Harimau sebenar pun telah pupus dari bumi Kuala Langat dengan terpupusnya Hutan Simpan Telok, Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan terkini Hutan Simpan Kuala Langan Selatan. Tiada lagi cerita pelipur lara tentang harimau jadian di Bukit Jugra oleh datuk dan nenek ketika  malam menjelma. Tiada lagi hutan maka tiada lagi ilmu hitam Harimau Berantai di Pulau Carey. Yang tinggal mungkin cenderahati yang dijual di Pusat Kraftangan Orang Asli di Pulau Carey, cerita-cerita lisan generasi lama, dan kisah -kisah di sebalik nama beberapa Petempatan di Kuala Langat. Yang penting,orang Kuala Langat memang kuat kerana mereka hari-hari mau. HAHAHA...Wasalam.



Rujukan:



3 ulasan:

  1. Sangat menarik. Lagi lagi tentang pantang larang. Tahniah abah loveyou

    BalasPadam
  2. sehingga hari ini (2021) di Pantai Tanjung Rhu Pulau Carey, dikatakan masih terdapat seekor harimau. xpasti Harimau betul atau jelmaan. Kalau Harimau betul, mungkin perhilitan boleh ambil tindakan utk tangkap dan pindah ,, sebab harimau ni binatang yg dilindungi. Sesiapa berminat boleh pergi siasat.. sbb byk dah dengar daripada org pulau carey, masih ada harimau.

    BalasPadam
  3. Jugra....
    Watch the video.
    Video ini adalah jelmaan jin Jenis Harimau Belang...

    https://youtu.be/aZhvnnz1D0Q

    BalasPadam

Sejarah Rumah Rehat dan Halting Bungalow di daerah Kuala Pilah

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat Blog Atok ini. Selawat dan salam buat Junjungan Besar kita Saidina Muhammad ibni Abdullah, na...