Selasa, 24 Mei 2022

Sejarah Awal Masjid Telok Panglima Garang

Masjid dan surau sememangnya penting dalam hidup kita. Sejak kita dilahirkan sehinggalah kita akan dimandikan, sebelum dikafankan tidak akan terlepas daripada pengaruh dan ikatan masjid. Fikirkanlah, lahir sahaja kita di dunia, kita diazankan, kemudian diberi nama yang baik-baik, kemudian kita membesar, berkhatan, berkahwin, berkeluarga dan akhirnya kembali menyahut Panggilan Ilahi. Setiap detik dalam hidup seorang yang beriman pasti tidak terlekang daripada ajaran suci Islam yang kita anuti ini.

Justeru, Pak Imam, Tok Guru, Bilal, Siak  memang orang-orang penting di kampung selain Tok Penghulu, Ketua Kampung ,dan guru-guru di sekolah. Mereka  sentiasa dihormati dan sering kali dijemput ke rumah atau ke majlis-majlis rasmi untuk memimpin bacaan doa memohon kerbakatan Ilahi. Saban waktu mereka di masjid atau di surau mengimami solat-solat fardhu atau membimbing jemaah dan anak-anak kariah mendalami ilmu-ilmu agama, mendidik, menunjuk arah ke jalan yang benar, jalan yang diredhai Allah.

Entry kali ini memang ada kaitannya dengan masjid Telok secara khusus tetapi Atok juga akan masukkan sejarah dan maklumat-maklumat masjid Telok Panglima Garang. Rupa-rupanya banyak yang kita tak ketahui tentang kampung kita terutamanya masjid.  Surat rasmi di bawah ini membuktikan telah ada masjid di Telok sebelum tahun 1911. Tentang sejarah dan lokasi pembinaan masjid lama ini aku kurang pasti bila dibina. Masjid yang terdahulu dalam keadaan daif dan telah dirobohkan. Untuk membina masjid yang baharu, Penghulu Telok ketika itu memaklumkan bahawa anak-anak buah serta anak kariahnya telah mengumpulkan sendiri wang sejumlah $324 dan memohon pihak kerajaan membantu menyiapkan sebuah masjid baharu yang lebih sempurna buat kegunaan umat Islam di TPG.

Kemudian dalam tahun 1925, pihak kerajaan telah menyediakan rezab tanah awam bagi tapak masjid dan pada tahun seterusnya mewartakan pula tanah bersebelahannya sebagai hakmilik masjid untuk kegunaan sekolah dan tapak perkuburan orang Islam di Telok Panglima Garang.




Kalau mengikut sejarah awalnya,masjid bertiang seri bulat empat ini at least pada tahun 1911, inilah satu-satunya masjid dalam kariah dan mukim Telok Panglima Garang masa itu selain masjid di Sijangkang. 
Mungkin juga Masjid Telok ini dibina di tempat yang sama tapak asal masjid yang terdahulu kerana Atok pernah tengok ada beberapa batang batu nesan lama di sebelah kanan serambi masjid ini. Biasalah, orang dahulu-dahulu perkuburan dan masjid atas tanah wakaf yang sama. Oh ya, sambung balik cerita tadi, memang masa Atok kecil-kecil dahulu, para jemaah solat Jumaatnya sejauh Batu 13 Kg. Sungai Rambai, Atok tengok seawal jam pukul 11 pagi mereka dah menujah basikal ke arah Telok untuk bersolat Jumaat. Yang dari Batu 10, dan Batu 9 Atok tak pasti . Mungkin Jawa-jawa kat sana dah ada masjid sendiri kot. Nantilah Atok tanyakan Setiausaha masjid sekarang, kalau Atok balik ke Telok nanti. Memang ada niat hati Atok nak tanya habis-habisan tentang masjid lama Telok ini, tapi masa tak mengizinkan Atok, lagipunAtok balik ke Telok kejap-kejap jer. Paling lama dua hari. Itu ler pasal. Tapi kalau korang tengok senibinanya tak serupa masjid baru kini. Kubah bentuk tiga segi piramid, tak ada bentuk 'bawang' yang biasa kita lihat. Cuma di menaranya sahaja ada kubah bawang. tapi itu sebagai simbol jer, tidak berfungsi sebagaimana kubah di masjid-masjid di seluruh negara. Ruang solatnya agak besar. Kalau solat Jumaat tu, 200 orang senang-senang jer muat. Tak cukup di dalam dekat serambi pun boleh. Serambinya memang tempat kami dan jemaah masjid makan setiap kali ada jamuan, tak kira jamuan malam jumaat ataupun masa more lepas Tarawih masa bulan puasa.

Tapi yang paling unik tentang masjid lama Telok ini ialah pada 4 batang tiang  serinya. Emak datuk, gedabak besarnya! Atok rasa kalau gempa bumi  9.0 skala Ritcher pun, masjid ini takkan runtuh. Entah siapa arkiteknya aku tak tahu tapi memang tak ada masjid yang pernah aku masuk tiangnya sebesar ini kecuali masjid-masjid 2, 3 tingkat  atau masjid negeri di Shah Alam. Tapi yang pasti tiang-tiang ini menjadi tempat landing otai-otai bersandar semasa dengar ceramah agama atau khutbah Jumaat. Mesti terlentok punya!

Masalah lembu masuk kawasan Masjid Telok


Senibina masjid Telok yang unik


Barisan Jawatankuasa Masjid Telok. Kelihatan Tuan Imam Ashaari Katan (duduk di tengah barisan hadapan , berserban dan berjubah)

Kemungkinan Jamuan  Selepas Solat Hari Raya

Tiang seri Masjid Telok yang  unik

Menara 4 Tingkat Masjid Telok

Masih segar di ingatan Atok wajah tenang dan jernih Tuan Imam Masjid Telok semasa Atok masih kecil dan membesar di sana, pada tahun-tahun 70-an dan 80-an.. Masih terngiang-ngiang suara lunak Pak Alang Katan imam kami mengalunkan ayat-ayat suci Allah ketika kami solat, Maghrib dan Isyak berjemaah. Betapa sabar dan tekunnya arwah memimpin solat sehingga tamat. Tak pernah beliau jemu berdoa setiap kali selesai solat. Beliau begitu setia duduk bersama-sama Ontu (Orang Tua) Mat Jaman dan yang lain di tepi pusara anak kariahnya yang kembali menghadap Ilahi, bertalkin, mengingatkan yang masih hidup hakikat kehidupan di dunia ini dan akhirat nanti, bahawa mati itu pasti, hidup insya Allah. Kehidupan di dunia ini hanyalah mainan semata-mata, akhirat jua yang kekal abadi. Tidak pernah beliau menghampakan jemputan ke majlis kenduri doa selamat walaupun yang menjemputnya miskin atau yang jarang-jarang menjengah ke masjid. Tak pernah dengan marah beliau memalukan orang yang tidak ke masjid, sebaliknya dengan penuh hikmah arwah mengajak mereka ke masjid. Itulah yang buat Atok begitu menghormati beliau. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Mungkin suatu hari nanti perlu bagi Atok menulis biografi beliau yang pernah dinobatkan  Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor.  


OKlah itu cerita Atok. Korang baca pulak cerita kawan sebaya Atok ini yang secara terperinci menceritakan pengalamannya di masjid lama Telok dahulu. Inilah cerita kawan sekampung, anak arwah Ontu (Orang Tua) Leman, Ramlan Sulaiman

Masjid lama di kampung ku, Telok Panglima Garang. Kini telah dibina masjid baru yang lagi besau dan menaranya pun tinggi. Semasa pembinaan untuk menggantikannya di awal tahun 80an dulu, semua kariah bersembahyang di sekolah agama berhampiran. Banyak kenangan di Masjid ini terutamanya semasa di bulan puasa. More dan juadah selalunya disimpan di bahagian bawah menara. Aku suka naik ke menara ini untuk melihat pemandangan di bawah walaupun cuma 4 tingkat sahaja. Ialah masa umur 10 tahun – 4 tingkat pun kira tinggi jugak masa tu. Ketika semua kariah sedang khusuk berterawih aku pulak memain kat atas dan buat bising dan sambil turun ngap kuih2 yang ada di bawah. Tok bilal jadi stress nengok kelaku bebudak masa tu dan pernah sekali kena kunci olehnya ketika aku masih ada kat dalam. Bila kena kunci takut kena marah tak kan nak terjun pulak dari atas macam stunt man makanya kita orang pun sembunyilah di tingkat dua dalam golongan tikar2 yang ada di situ. Selepas semua bersurai dengan tetiba kita orang kuar membuatkan tok bilal terkejut dan cemas. Nasib tak kena heart attack.  Pastu capai beskal terus cau. Kenangan mengusik jiwa lagi."

Tapi sayang, pada awal tahun1980-an, masjid lama ini terpaksa dirobohkan untuk memberi ruang pembinaan masjid baru (kini) kerana penduduk Telok semakin ramai pasal ramai orang luar bekerja dan mahu menetap di TPG. Masa itu Atok tidak berada di Telok. Atok masa itu di seberang laut, melanjutkan pelajaran. Semasa pembinaan untuk menggantikannya di awal tahun 80an dulu, semua kariah bersembahyang di sekolah agama berhampiran.

Itu dahulu. Kini, Masjid Telok dah diberi nama Masjid Al Hidayah, macam masjid-masjid lain. Masjid baru ini lebih luas dan dapat memuatkan kira seribu jemaah pada satu-satu masa. Alhamdulillah, usaha-usaha mengimarahkan masjid sebagai pusat masyarakat sudah dilakukan secara terancang oleh pihak JAIS dan Jawatankuasa masjid sendiri. Setiap minggu pelbagai program keagamaan diatur, untuk semua peringkat umur. Aku rasa sungguh bersyukur dengan perkembangan ini. Maklumlah dunia akhir zaman ini, pelbagai kerosakan berlaku. Masjidlah benteng terakhir kita. Tahniah kepada semua terutamanya para jemaah masjid ini.



Rujukan:
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2016/04/masjid-masjid-di-tpg.html

Untuk bacaan dan rujukan lanjut sila klik pada pautan-pautan di bawah:


Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
25 NOV 1957
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1966/0002354W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
26 NOV 1959
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
2005/0015830W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
1 FEB 1926
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0239998W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
18 JUN 1925
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0235982W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
18 JUN 1925
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0235984W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...