Rabu, 5 Oktober 2022

Menyingkap Tirai Besi di Penjara Pudu (1920-1929)



Salam sekali lagi buat semua. Seelok-elok perkataan ialah orang yang pertama memberikan salam. OKlah. Atok beri salam dulu ya, baru korang jawab. Assalamualaikum w.b.t. Haah, jawablah! Memberi salam itu sunat, yang mendengarnya wajib menjawab. Waalaikum salam warahmatullahi wabarakatuh. Haa.gitu! 

Bukan salam 1 Malaysia, salam itu, salam ini. Dengan orang Islam beri salam yang sebenarnya, kerana di dalamnya ada kalimah SALAM, salah satu daripada 99 nama-nama Allah. Salam bermaksud Sejahtera, tapi tak sama dengan ucapan Salam Sejahtera. Dengan orang kafir,  kita berikanlah ucapan yang baik-baik, jaga akhlak Islam. Tetapi jangan beri salam kat depa, kerana salam itu khusus daripada orang Islam kepada orang Islam yang lainnya, atas dasar keimanan kepada Allah SWT. Tidak boleh untuk orang kafir kerana mereka belum beriman kepada Allah.

Kalau sudah beri salam, kemudian nak beri Salam Apa khabar bossku? pun boleh. Kali ini Atok tak jemu-jemu nak sambung khabar dari Penjara Pudu. Kali ini kita masuk dekad atau dasawarsa ketiga abad atau kurun ke-20. Banyak cerita hebat orang dahulu-dahulu ini. Tapi disebabkan kita masih bercerita tentang kehidupan penyamun, pembunuh, penipu serta ratusan jenis sampah masyarakat ini, maka baik kita membacanya dengan penuh keinsafan dan jadikanlah kisah hidup mereka sebagai ibrah pengajaran buat kita. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. 

 Atok nak korang baca  cerita-cerita yang terdahulu hari itu. Yang tak sempat, klik sahaja link kat bawah ini. Semua Atok dah siapkan. Okay, pleasure reading. Selamat Membaca. Tolong komen sikit kat bawah nanti, ya. Thank you, Arigato. Wasalam.

https://akubudaktelok64.blogspot.com/2015/02/sejarah-penjara-di-klang-1872-1896.html 

https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/09/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu.html 

https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/09/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu_30.html

https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/10/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu.html

https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/10/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu_4.html



Keadaan Penjara Pudu dalam tahun 1920-an







PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU

Sumber Manusia









Dua orang warder berpangkat rendah dikenakan denda kerana menyeludup masuk rokok dan tembakau ke Penjara Pudu dalam tahun 1922


Kematian seorang warder penjara Pudu dalam tahun 1923


Seorang Warder Eropah di Penjara Pudu berhenti kerja dalam tahun 1923
kerana kecederaan diserang banduan ketika di Penjara Taiping 

Majlis Perpisahan untuk seorang warder kerana ditukarkan ke Taiping dalam tahun 1923


Seorang warder penjara Taiping dihukum di Penjara Pudu
 kerana kesalahan menipu dalam tahun 1927


































 PENGURUSAN BANDUAN

Pada tahun 1921, penangkapan 16 orang golongan elit Cina  di Klang yang menjadi anggota sebuah pertubuhan Confucion  telah menimbulkan suasana tegang. Mereka ditangkap atas dakwaan menjadi ahli kumpulan kongsi gelap dan dibawa ke mahkamah. Sabit kesalahan mereka menghadapi hukuman buang negeri, di mana mereka akan diusir balik ke negara asal,iaitu China. Chinese Chamber of Commerce telah merancang boikot besar-besaran di mana semua kedai diarahkan tutup dan semua pekerja enggan meneruskan pekerjaan mereka. Rundingan antara pihak kerajaan dan ketua masyarakat Cina berjalan lancar. Mogok tersebut dibatalkan kemudiannya.


Kemasukan ke Penjara-Penjara


1/2 Laporan penuh Penjara-penjara dalam Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) bagi tahun 1925 


2/2 Laporan penuh Penjara-penjara dalam Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) bagi tahun 1925 

Kemasukan ke Vagrant Ward

292 gelandangan dimasukkan dalam tahun1920. Daripada jumlah tersebut, 172 berbangsa Cina, 116 India dan 4 orang Melayu. Purata harian yang tinggal di situ seramai 71.76 orang berbanding 73.44 dalam tahun 1919. Seramai 21 kematian dicatatkan. 

265 gelandangan dimasukkan ke sini dalam tahun 1923, berbanding 413 dalam tahun 1922 dan 741 pada tahun 1921. Seramai 32 orang meninggal dunia di dalam wad ini pada tahun tersebut.

Dalam tahun 1924, seramai 221 gelandangan dimasukkan ke wad vagrant. Hal ini kerana ekonomi  negara sedang berkembang.  Daripada jumlah ini seramai 182 Cina,dan 35 orang Tamil. Seramai 46 telah dihantar ke rumah orang -orang tua. Purata harian penghuni hanyalah 78 berbanding 102 orang pada tahun 1923.  Hanya 3 kematian dilaporkan berbanding 32 dalam tahun 1923. 

Para penghuni Vagrant Ward mengerjakan kebun mereka, serta kerja-kerja membuat rotan dan penyapu. 565 pikul sayur-sayuran dipungut daripada kebun dengan jumlah harga pasaran sebanyak $4,520 dalam tahun 1920. Dalam tahun 1922, sebanyak 18.45 pikul sayuran dikeluarkan daripada kebun di penjara ini. Namun kesemua sayuran itu hanya untuk kegunaan mereka dan banduan-banduan di penjara. Pekerjaan yang dilakukan selain berkebun ialah membuat penyapu dan bakul.

Analisis Bulanan Penghuni Vagrant Ward di Kuala Lumpur dari tahun 1921 hingga 1930

                                                       Hasil Tuaian Sayur Penjara tahun 1926

Pengikut Setia Yap Ah Loy berumur 99 tahun di Pudu Vagrant Ward dalam tahun 1929


SEL TAHANAN

Pihak berkuasa penjajah sangat bimbang dengan pertumbuhan pergerakan anarkis dan pengaruhnya. Alasan untuk menghancurkannya ialah percubaan pembunuhan, yang dianjurkan oleh anarkis di Tanah Melayu pada tahun 1925.

Pada 3 Januari 1925, sebagai tindak balas kepada penindasan, dua anarkis merancang untuk  membunuh Laurence Guillemard, Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, di Pulau Pinang, tetapi rancangan mereka gagal. Kemudian pihak berkuasa Negeri-negeri Melayu Bersekutu dipilih sebagai sasaran serangan.

Pada 23 Januari 1925, pada waktu pagi,  Wong Sau Ying (Wong Sung / Huang Suying) berusia 26 tahun cuba membunuh pegawai British untuk hal ehwal Cina di Selangor (pelindung orang Cina), Daniel Richards. Seorang wanita berambut pendek dengan jaket putih, skirt hitam, kasut putih dan stokin, memasuki bangunan Protektorat Cina di Kuala Lumpur, sambil memegang sebatang kerajang coklat kecil di tangannya. Melihatkan Richards dan penolongnya W.L. Blythe yang duduk di meja, dia meletakkannya keranjang itu di atas meja dan berpaling kepada Richards, yang ketika itu sedang bercakap di telefon. Kemudian dia membuka beg bimbit dan mengambil sesuatu dan melemparkannya ke  arah Richards. Terdengar bunyi letupan kuat. Richards, Blythe dan wanita tersebut tercedera. Wong Sau Ying telah diberkas dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun. Namun, kemudian dia menggantung dirinya di penjara Pudu  pada 25 Mei 1927. Motif serangan ada kaitannya dengan penghantaran pulang secara paksa imigran-imigran Cina yang bermasalah kembali ke negara mereka.

Kisah serangan bom tangan di Kuala Lumpur pada tahun 1925

Sebuah organisasi komunis telah ditubuhkan yang meliputi aktiviti komunis di seluruh Asia Tenggara ("Laut Selatan" atau Nanyang) dibentuk pada tahun 1928. Organisasi ini sebenarnya adalah cawangan (Jawatankuasa Sementara Nanyang, yang ditubuhkan pada Oktober 1926) Parti Komunis China (PKC). 

Guru-guru di sekolah-sekolah Cina, yang sering mempunyai pandangan komunis, menanamkan dalam pelajar mereka pandangan kosmopolitan "moden", termasuk muzik Barat, seni, dan komunisme. terutamanya berdasarkan kandungan surat yang dipintas oleh pihak berkuasa penjajah British (terutamanya polis Cawangan Khas, atau SB) dan maklumat yang diperoleh daripada dokumen yang dirampas serta soal siasat terhadap komunis yang ditangkap. Kebanyakan mereka dihumbankan ke Penjara Pudu sebelum dihantar pulang ke China.

Tangkapan ke atas perancang-perancang subversif Komunis di Sentul dalam tahun1928

Banduan Bunuh Diri

Terdapat dua kes bunuh diri  dilaporkan sepanjang dekad ini, iaitu satu kes pada 25 Mac 1927, di mana seorang banduan wanita Cina yang disabitkan hukuman kerana cubaan membunuh seorang pegawai Inggeris, ditjumpai mati tergantung di sel tahanannya pada waktu pagi dengan menggunakan kain tuala. Kes kedua pula melibatkan seorang banduan lelaki India pada  malam 19 Ogos 1927. Dia yang disabitkan dengan kesalahan menikam seseorang ditemukan mati tergantung di sel tahanannya. Tidak dinyatakandalam laporan akhbar,  cara  dia menggantung dirinya.

Banduan Wanita yang membunuh dirinya di Penjara Pudu dalam tahun 1927


Banduan Tamil dari Banting yang mati tergantung di dalam selnya di Penjara Pudu dalam tahun 1927

Hukuman Gantung

Pada tahun 1923 terdapat 5 kes hukuman gantung dilaksanakan. 4 orang dihukum gantung dalam tahun 1924

PELAKSANAAN HUKUMAN 

JENIS-JENIS HUKUMAN

Amaran Keras
Kata-kata lisan atau bertulis sebagai amaran untuk tidak lagi mengulangi kesalahan.

Pengurangan Mata Ganjaran
Mata ganjaran ini menjadi imbuhan kepada banduan di atas perlakuan tertentu dan boleh ditukarkan kepada anugerah dan hadiah tertentu jika mencukupi jumlah tertentu.

Pengurangan gred 
berkaitan dengan gaji, denda, pemindahan kerja atau pemecatan

Pengasingan Sel
Banduan dewasa atau juvana diasingkan dan dihalang berhubung atau hubungan bermakna yang minimum dengan individu lain. Mereka yang bersendirian  ini sering mengalami kekurangan deria dan ditawarkan sedikit atau tiada program pendidikan, vokasional, atau pemulihan.

Catuan Diet, Jenis Diet, Masa Makan,
Makanan yang tidak enak sebagai hukuman bukanlah sesuatu yang baru: Banduan diberi roti dan air sehingga mereka mendapat tingkah laku yang baik hak untuk makan daging Dikenali sebagai 'Roti dan Air', ia diberi makan hari demi hari kepada banduan yang membuang makanan atau, dalam beberapa kes, menjadi ganas. Walaupun ia memenuhi garis panduan pemakanan, aktivis hak sivil menggesa agar tidak menggunakan makanan berbentuk bata.

Hukuman Koperal
Hukuman koperal melibatkan penderitaan kesakitan fizikal ke atas tubuh seseorang sebagai hukuman untuk jenayah atau pelanggaran. Hukuman koperal termasuk dirotan, dicemeti,, pukulan, pencacatan,  dan penggunaan tindakan tidak berperikemanusiaan  di mana mangsa boleh dihina, ditendang, dimaki, diludah,dan yang lain.

Hukuman Mesin Engkol
Mesin engkol adalah alat yang menghidupkan engkol dengan tangan yang seterusnya memaksa empat cawan besar atau senduk melalui pasir di dalam dram. Hukuman ini tidak membawa apa-apa hasil yang berguna selain sebagai hukuman dera. Banduan lelaki terpaksa menukar pemegang 6,000-14,400 kali dalam tempoh enam jam sehari (1.5-3.6 saat setiap giliran), seperti yang didaftarkan pada dail. Warder boleh membuat tugas lebih sukar dengan mengetatkan skru penyesuaian. Kini hukuman ini tidak lagi dibuat di sini.

LATIHAN VOKASIONAL, PEKERJAAN DAN GANJARAN

Jenis-jenis pekerjaan

Satu-satunya banduan yang tidak layak ialah banduan hukuman mati. Alasan yang diberikan ialah, mereka tidak dibenarkan menjalankan aktiviti yang mungkin menyebabkan kematian pramatang. Pihak penjara tidak boleh membiarkan mereka makan apa-apa makanan  walaupun dengan tulang ayam di dalamnya. 

Program pemulihan bertujuan untuk memberi pekerjaan mahir kepada banduan ini sebaik sahaja dibebaskan. Mereka boleh mempelajari apa-apa kemahiran, dan terdapat laluan untuk menjadi tukang kebun,  tukang jahit dan sebagainya. Banduan sememangnya dibayar untuk bekerja di penjara. Mereka mendapat elaun yang boleh mereka tuntut apabila mereka dibebaskan dari penjara. Ada yang sudah menjadi sebahagian daripada profesion seperti tukang gunting rambut. ketika mereka memasuki penjara, jadi mereka memotong rambut untuk warden dan banduan lain. Mereka memperoleh wang berdasarkan warna pakaian seragam mereka. Setiap warna mempunyai gred gaji mereka sendiri. Dari pendapatan, mereka boleh memindahkan wang itu kepada keluarga mereka. Jadi selepas mereka dibebaskan, mereka boleh memulakan kehidupan baharu dengan pendapatan di dalam penjara.

Dalam tahun 1920, daripada 2250 blok batu yang dibekalkan, sebanyak 50 ela batu jalan dapat dipecahkan dan 80 ela batu kecil  dikutip untuk kegunaan PWD (JKR kini). Sebanyak 50,701 batu padu dipecahkan berbanding 53,387 dalam tahun 1921.Hal ini berkurangan kerana jumlah kemasukan banduan pada tahun 1922 kurang sedikit berbanding tahun sebelumnya. 213 ela padu batu serta 78 ela batu granit dipecahkan pada tahun 1923.

Pekerjaan-pekerjaan lain yang dilakukan para banduan ialah kerja-kerja mendobi, memasak, menyapu, menukar lampu, mengangkat najis, atendan dan ayamah di hospital, pembantu stor dan pejabat, pencuci bangunan,jurugambar, pengangkut air, pembuat roti, tukang batu simen dan tukang cat, pembuat perabot, pembut karpet, penjilid buku, penenun, tukang besi, tukang ayan, pembuat bidai, kerja-kerja membuat bakul rotan dan pembuatan kasut but.

Mulai bulan Mac 1924, kerja-kerja pemecahan batu di dalam kawasan penjara telah diberhentikan. Banduan-banduan ditugaskan untuk industri pembuatan alas kaki daripada sabut dan juga pembuatan penyapu.

TAHAP KESIHATAN BANDUAN

Pada tahun 1920 terdapat 518 banduan sakit di hospital. 2,523 banduan dimasukkan ke penjara ini dalam tahun tersebut.  Seramai 316 pesakit dirawat  di dalam hospital penjara pada tahun 1923 dengan kematian hanya 1.80%.  Dalam tahun 1924 pula, purata  harian pesakit 8.48.dengan tiga kematian.

LAPORAN-LAPORAN TAHUNAN

Laporan Tahunan 

Pada Januari tahun 1920, seramai 78 pesalah, namun tinggal 47 orang sahaja pada akhir Disember 1920. Purata banduan sehari ialah seramai 352 orang. Di penjara sivil pula terdapat 787 direman di sini. Dalam tahun 1922, seramai 37 banduan dikenakan hukuman rotan kerana masalah disiplin berbanding 54 kes dalam tahun 1921.Tiada sebarang cubaan melarikan diri pada tahun 1922. Kemasukan baharu sepanjang tahun 1923 seramai 1,141 orang.Terdapat purata  271 banduan harian berbanding 308 dalam tahun 1922. 

Kos tahunan setiap banduan sebanyak $282 berbanding $304 pada tahun 1921. Kos penyelenggaraan  banduan pada tahun 1923 sebanyak $331 setiap orang berbanding $338 pada tahun 1922. Dalam tahun 1924, purata harian dan sel tahanan seramai 254 orang berbanding 309 sepanjang tiga tahun sebelumnya. Kos purata tahunan setiap banduan pada tahun 1924  adalah sebanyak $328.

Dalam laporan Nazir Penara pada tahun 1925 mendapati terdapat sub-warder Asia yang culas dalam menjalankan tugas mereka. Banduan wanita diberi tugasan yang kurang sesuai untuk mereka. Sepatutnya mereka ditugaskan menjahit dan membaiki pakaian hospital. Kerja mengupas sabut kelapa tidak sesuai buat mereka. Semua banduan, termasuk di vagrant ward, yang disahkan sihat sepatutnya diwajibkan bekerja. Terdapat rungutan daripada banduan tentang daging babi yang dibekalkan tidak segar. Kata mereka bekalan babi tiba pada hari Ahad tetapi babi dihidangkan pada hari Jumaat. Lebihan sayuran dari kebun sepatutnya dijual kepada staf penjara atau kepada hospital-hospital di sekitar Kuala Lumpur.

Laporan tahun 1926 pula memaklumkan kerja-kerja pembaikan bumbung salah satu blok Vagrant ward masih dilakukan. Kuarters semi-D staf penjara sepatutnya dibina seragam seperti mana yang terdapat di Taiping. 

Laporan tahun 1929 pula memakumkan para banduan didapati malas bekerja atau tidak diberikan tugasan secukupnya. Mereka lebih suka duduk-duduk ketika bekerja dengan alasan mereka banduan hukuman jangka pendek. Sepatutnya mereka dihukum dengan pekerjaan yang melibatkan kekuatan fizikal agar mereka terus sihat.



Laporan Penjara Pudu bagi tahun 1922



1/2 Laporan penuh Penjara Pudu dalam  bulan Mac tahun 1925 daripada Nazir Penjara.

2/2 Laporan penuh Penjara Pudu dalam  bulan Mac tahun 1925 daripada Nazir Penjara.


1/2 Laporan penuh Penjara-penjara dalam Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) bagi tahun 1925 


2/2 Laporan penuh Penjara-penjara dalam Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S)
 bagi tahun 1925

 Laporan penuh Penjara Pudu dalam  bulan Mei tahun 1926 daripada Nazir Penjara.






1/2 Laporan penuh Penjara Pudu dalam  bulan Ogos tahun 1929 daripada Nazir Penjara.

2/2 Laporan penuh Penjara Pudu dalam  bulan Ogos tahun 1929 daripada Nazir Penjara







1/3 Memorandum Reformasi Penjara daripada Megistret Kuala Lumpur dalam Tahun 1929

2/3 Memorandum Reformasi Penjara daripada Megistret Kuala Lumpur dalam Tahun 1929


3/3 Memorandum Reformasi Penjara daripada Megistret Kuala Lumpur dalam Tahun 1929

Rujukan:




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Rumah Rehat dan Halting Bungalow di daerah Kuala Pilah

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat Blog Atok ini. Selawat dan salam buat Junjungan Besar kita Saidina Muhammad ibni Abdullah, na...