Salam buat semua pembaca blog Atok, Aku Budak Telok yang Atok sayangi. Semoga senantiasa dalam rahmat Allah hendaknya. Atok dan Wan alhamdulillah, sihat-sihat sahaja. Doakanlah agar kami dapat peluang mengerjakan haji secepat mungkin. Dah lama Atok dan Wan simpan niat dan duit untuk ke Tanah Suci. Duit dah cukup dah, kata orang Tabung Haji, cuma giliran Atok dan Wan belum sampai lagi. Doakanlah sama-sama dengan Atok ya, agar hasrat murni Atok dan Wan tercapai sebelum ajal menjemput kami kembali kepadaNya.
Okaylah. Entri Atok masih lagi berkisar tentang penjara. Ya, tentang Penjara Pudu.Atok nak singkap peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku di situ. Rupa-rupanya banyak sekali kisah-kisah masyarakat tersimpan dan terkubur di sana. Yalah, siapalah yang nak ambil tahu sangat tentang sejarah hidup penyangak, pembunuh, pengganas di sana suatu masa dahulu? Mereka pun kalau boleh tak nak orang lain tahu sejarah hitam mereka. Atok buat begini bukan nak aibkan mereka pun. Atok nak kita ambil pengajaran. Jangan diulang apa yang pernah terjadi kepada mereka dahulu.
Sungguh, banyak benar hal-hal yang berlaku dalam Penjara Pudu ini dalam tahun 1930-an sehingga sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. Bacalah dengan penuh keinsafan.
So, Atok nak korang baca sambungan cerita hari itu. Yang tak sempat hari itu, klik sahaja link kat bawah ini.
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2015/02/sejarah-penjara-di-klang-1872-1896.html
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/09/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu.html
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/09/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu_30.html
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/10/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu.html
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/10/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu_5.html
PENGENALAN
Perkembangan dan kemajuan Malaya dalam tahun-tahun 1910-an dan 1920-an membawa kepada kemakmuran negara dari segi ekonomi, kependudukan, serta pembangunan. Perubahan fizikal terutamanya pembandaran tumbuh pesat di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang dan Ipoh. Pembukaan lebih banyak kawasan dan lombong bijih timah dan penanaman getah menarik lebih ramai imigran diimport masuk oleh Inggeris bagi memenuhi tuntutan pasaran dunia. Namun, kesan-kesan negatif mula terasa kerana persaingan hebat dalam mencari pekerjaan sehinggakan ramai yang terpinggir dan menjadi gelandangan terutama di Kuala Lumpur dan di bandar-bandar lain di negeri Selangor. Ramai juga yang terjebak dalam jenayah dan pelacuran ketika kejatuhan ekonomi dunia terutama kerana permintaan ke atas getah dan bijih timah menjunam mulai tahun 1929 hingga ke beberapa tahun terawal dalam 1930-an.
|
Gambar sekitar Penjara Pudu dalam tahun 1930-an
|
|
Peta Kuala Lumpur dalam tahun 1935
|
Perkembangan politik dunia terutamanya ketika komunisme mula melebarkan pengaruhnya sejak Revolusi Bolshevik di Rusia ke negara China, menyebabkan pemikiran kaum imigran Cina yang berada di seluruh Nusantara dan Asia Tenggara terutamanya di Singapura, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu bersikap lebih anti-kolonial, anti-kapitalis dan agak militan dalam mencapai tujuan politik dan ekonomi mereka.
Orang Melayu juga tidak terkecuali menerima kesan, terutamanya apabila kehadiran terlalu ramai imigran atau pendatang asing mula membuatkan ketuanan Melayu mereka mula tercabar terutamanya apabila Inggeris mula mengambil lebih ramai kaum asing ini dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam perjawatan Pentadbiran (Kerani, Pembantu Pegawai, dll), Penguatkuasaan (Polis, Penjara,dll) dan sebagainya. Orang Melayu terus dicengkam dan terpinggir di luar bandar . Mereka resah kerana masih mewarisi kemiskinan datuk moyang mereka. Pendidikan yang mereka miliki tidak dapat menyaingi kaum imigran Cina dan India yang mendapat pendidikan Inggeris dan Cina di bandar-bandar. Kalau adapun pekerjaan, sekadar Office Boy, Toty, serta Jaga, yang tidak memerlukan kemahiran atau pendidikan yang tinggi, cukup sekadar boleh membaca dan menulis. Orang Melayu mula memandang ke arah Indonesia yang ketika itu banyak memperkatakan tentang perjuangan nasionalis, serta menentang dasar-dasar zalim penjajah Belanda termasuk dasar "Pecah dan Perintah" ke atas kaum pribumi di sana.
|
Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor dalam tahun 1931 |
Tambahan pula, Pentadbiran Inggeris mula menunjukkan sikap membelakangi kuasa sultan. Buktinya, Pihak Residen Inggeris di Selangor mencampuri urusan pemilihan Raja Muda Selangor pada awal 1930-an. Residen Selangor pada masa itu, Thomas. S. Adams tidak memperkenan pelantikan putera sulung Al-Sultan Alauddin Sulaiman Shah atas alasan beliau memiliki sikap yang tidak sepatutnya sebagai bakal sultan. Perkara sebegini tidak pernah berlaku sejak pembunuhan Residen pertama Inggeris di Perak, JWW Birch. Akibatnya, Al-Sultan terpaksa ke England menghadap Raja Inggeris, menyelesaikan kemelut istana Selangor dengan Residen Selangor ketika itu. Walaupun akhirnya Residen Selangor ini ditukarkan ke Afrika, Sultan terpaksa menerima dengan berat hati pelantikan anakandanya yang lain, Tengku Laksamana Alam Shah sebagai pengganti baginda kemudian, sekaligus mempersoalkan dan memperlekehkan otoriti Majlis Tubuh Negeri Selangor.
Faktor-faktor sebegini menyebabkan kekuasan Inggeris mula dipersoalkan dan mulai goyah, sama ada oleh kaum bumiputera ataupun kaum imigran. Bagi menegaskan "siapa yang sebenarnya berkuasa di Malaya", Inggeris mula menangkap dan menghumbankan 'penjenayah-penjenayah' ini ke penjara. Mereka menggunakan sewenang-wenangnya "Banishment Enactment" untuk membuang negara sesiapa sahaja yang melawan atau mempersoalkan otoriti mereka, balik ke negara asal. Polis dan Penjara terus menerus digunakan. Pemenjaraan dan penghantaran pulang virus 'banduan -banduan politik' ini, dilihat sebagai langkah berkesan mengendurkan dan membendung semangat perjuangan kaum bumiputera dan imigran yang bersifat anti-British ini. Hal ini berterusan sehinggalah meletusnya Perang Dunia Kedua.
|
Pasukan polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1936 |
PEMBINAAN INFRASTUKTUR DAN KEMUDAHAN PENJARA
Tidak terdapat sebarang pembinaan blok-blok baharu dibuat di Penjara Pudu kecuali beberapa renovasi di blok Banduan Akhir dan kerja-kerja mengecat semula vagrant ward.
Dalam tahun !932, pihak kerajaan membenarkan kerja-kerja mengubahsuai dua buah sel di blok Banduan Akhir sebagai sel hukuman gantung.
|
Minit Mesyuarat yang membenarkan kerja-kerja pengubahsuaian sel Banduan Akhir dalam tahun 1933 |
VAGRANT WARD
Pemindahan Gelandangan dan Orang Tua-tua ke Petempatan Baharu di Sungai Buloh, Selangor
Dalam tahun 1930, setelah Vagrant Ward baharu siap dibina di Sungai Buloh, Selangor, kesemua penghuninya (kecuali 12 orang sahaja), dipindahkan ke sana. Di sana, kerajaan telah menyediakan 25 wad dan setiap wad mampu menempatkan 24 buah katil. Kemudahan yang disediakan di sana adalah pejabat pentadbiran, farmasi,dewan makan serta dapur yang lengkap dan dua bengkel kerja yang lengkap.Wad-wad ini disambungkan dengan "susur anak gajah menyusu" Jarak rumah Orang-orang Tua ini hanyalah kira-kira 1.2 km dari Pusat Kusta Sungai Buloh. Mereka berpindah atas dasar sukarela atau atas perintah mahkamah. Kini, vagrant ward di Penjara Pudu khusus untuk golongan gelandangan sahaja. Bangunan Ward lama di Penjara Pudu ini dibiarkan kosong dan dicat semula.
Dalam tahun 1935, pintu pagar baru Vagrant Ward di Penjara Pudu dibina, ekoran sungutan para penghuninya yang merasa seolah-olah mereka dilayan seperti banduan kerana terpaksa keluar masuk ikut pintu utama penjara.
|
Bandingan data tahun 1931 dan 1932 tentang Banduan dan Wad Gelandangan |
|
Keterangan dan statistik penghuni Petempatan Orang Tua-tua di Sungai Buloh dalam tahun 1930 |
|
Laporan tentang Wad Gelandangan di Penjara Pudu dalam tahun 1930 |
|
Penghuni Vagrant Ward di Penjara Pudu dalam tahun 1939 |
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU
Sumber Manusia
Walaupun dalam tahun 1930, rungutan daripada warden adalah berkenaan bekalan air ke kuarters serta jumlah waktu kerja yang panjang di penjara, terdapat juga berita gembira buat mereka kerana kerajaan bersetuju membina 400 buah kuarters untuk kakitangan kerajaan pangkat bawahan tidak jauh dari kawasan penjara.
|
Rancangan pembinaan lebih banyak kuarters kerajaan berhampiran Penjara Pudu dalam tahun 1931
|
|
Latihan kebakaran di Penjara Pudu dalam tahun 1939 |
BANDUAN-BANDUAN TAHANAN
Banduan Prokomunis dan Antipenjajah
|
Keratan akhbar tentang banduan pro-komunis dalam tahun 1930 |
|
Keratan akhbar tentang banduan pro-komunis dalam tahun 1931 |
|
Keratan akhbar tentang banduan pro-komunis dalam tahun 1934 |
Banduan Buang Negeri
Hukuman buang daerah berpandukan kepada Banishment Enactment,1900 di Selangor. Pesalahnya yang telah dijatuhi hukuman buang daerah seumur hidup di kehendaki keluar dari negeri Selangor dalam tempoh sepuluh (10) hari sebagaimana di wartakan. Apa yang menarik setiap hukuman daripada pihak mahkamah dan polis (mewakili British) perlu mendapatkan perkenan serta pengesahan tuanku Sultan dengan cop mohornya.
|
Banishment Enactment 1900 dengan pindaan 1909 ...Penghantaran pulang banduan ke negara asal |
|
1/3 Keratan akhbar tentang banduan buang negeri dalam tahun 1934 |
|
2/3 Keratan akhbar tentang banduan buang negeri dalam tahun 1934 |
|
3/3 Keratan akhbar tentang banduan buang negeri dalam tahun 1934 |
Banduan Mogok dan Agresif
Dalam tahun 1937, terdapat 62 orang yang menyertai mogok di Batu Arang. Kengganan mereka untuk bekerja kerana termakan hasutan puak pro-komunis, ditangkap dalam protes tersebut. 34 orang ditempatkan di Balai Polis Campbell manakala 30 lagi ditahan di Penjara Pudu. Sekali lagi protes atau mogok agresif dan menyerang ini berlaku sebuah ladang getah di Kuala Langat pada tahun 1941. Dalam kejadian tersebut, seramai 122 pekerja ladang diangkut dan dihumbankan ke penjara Pudu sementara menantikan hari perbicaraan.
|
Laporan akhbar tentang mogok pekerja lombong di Batu Arang dalam tahun 1937 |
|
Laporan akhbar tentang mogok pekerja estet di Kuala Langat dalam tahun 1941 |
|
Kisah banduan Eropah yang lari dari tugas dalam tentera dalam tahun 1932 |
|
Kes pengedaran dadah di Kuala Lumpur oleh orang Jepun dalam tahun 1932 |
|
Kes banduan gila dalam tahun 1937 |
Banduan Bunuh Diri
|
Kes Banduan wanita gantung diri dalam tahun 1930
|
|
Banduan Tamil gantung diri dalam tahun 1932
|
|
Banduan Tamil melarikan diri dalam tahun 1931 |
|
Banduan Tamil yang lari dari penjara berjaya diberkas semula dalam tahun 1931 |
|
Kes lari dari penjara yang berjaya dalam tahun 1941. Tiada tangkapan dibuat |
|
Lagi kes pecah keluar Penjara Pudu dalam tahun 1941 |
PELAKSANAAN HUKUMAN
JENIS-JENIS HUKUMAN
Amaran Keras
Kata-kata lisan atau bertulis sebagai amaran untuk tidak lagi mengulangi kesalahan.
Pengurangan Mata Ganjaran
Mata ganjaran ini menjadi imbuhan kepada banduan di atas perlakuan tertentu dan boleh ditukarkan kepada anugerah dan hadiah tertentu jika mencukupi jumlah tertentu.
Pengurangan gred
berkaitan dengan gaji, denda, pemindahan kerja atau pemecatan
Pengasingan Sel
Banduan dewasa atau juvana diasingkan dan dihalang berhubung atau hubungan bermakna yang minimum dengan individu lain. Mereka yang bersendirian ini sering mengalami kekurangan deria dan ditawarkan sedikit atau tiada program pendidikan, vokasional, atau pemulihan.
Catuan Diet, Jenis Diet, Masa Makan,
Makanan yang tidak enak sebagai hukuman bukanlah sesuatu yang baru: Banduan diberi roti dan air sehingga mereka mendapat tingkah laku yang baik hak untuk makan daging Dikenali sebagai 'Roti dan Air', ia diberi makan hari demi hari kepada banduan yang membuang makanan atau, dalam beberapa kes, menjadi ganas. Walaupun ia memenuhi garis panduan pemakanan, aktivis hak sivil menggesa agar tidak menggunakan makanan berbentuk bata.
Hukuman Koperal
Hukuman koperal melibatkan penderitaan kesakitan fizikal ke atas tubuh seseorang sebagai hukuman untuk jenayah atau pelanggaran. Hukuman koperal termasuk dirotan, dicemeti,, pukulan, pencacatan, dan penggunaan tindakan tidak berperikemanusiaan di mana mangsa boleh dihina, ditendang, dimaki, diludah,dan yang lain.
Hukuman Mesin Engkol
Mesin engkol adalah alat yang menghidupkan engkol dengan tangan yang seterusnya memaksa empat cawan besar atau senduk melalui pasir di dalam dram. Hukuman ini tidak membawa apa-apa hasil yang berguna selain sebagai hukuman dera. Banduan lelaki terpaksa menukar pemegang 6,000-14,400 kali dalam tempoh enam jam sehari (1.5-3.6 saat setiap giliran), seperti yang didaftarkan pada dail. Warder boleh membuat tugas lebih sukar dengan mengetatkan skru penyesuaian
Siapa kata hidup dalam penjara seperti dalam neraka? Kalau korang nak tahu di dalam penjaralah tempat orang makan sedap-sedap Tak dapat doh, makan seimbang lagi enak seperti ini kalau korang hidup bebas kat luar tu.Memang, tak dapat dinafikan banduan-banduan in terkurung macam burung di balik tabir besi, tapi kalau korang tengok diet pemakanan mereka, orang biasa pun tak makan macam diorang. Tak percaya tengok menu makanan seminggu mereka seperti dilaporkan dalam akhbar ini. Harus diingat menu ini dalam tahun 1938, orang bebas kat luar rata-rata masih miskin tapi banduan dapat makan yang sedap-sedap.
Semua dapat makan sayur, tak kiralah, keledek,kangkong,bayam,ubi kayu,dan terong. Memang sayur-sayur ini ditanam dalam kawasan penjara tapi bukan oleh banduan terhukum tetapi oleh puak gelandangan yang tinggal dalam Vagrant ward di penjara itu. Semuanya FOC, free of charge, sepanjang tahun. Banduan Tamil makan daging kambing dua kali seminggu, Cina pula dah semestinya daging babi.
|
Laporan pemakanan banduan di Penjara Pudu dalam tahun 1938 |
LAPORAN-LAPORAN TAHUNAN
Walaupun Majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan memorandum dan cadangan kepada pihak kerajaan negeri tentang pembaharuan yang perlu dilakukan ke atas kondisi banduan-banduan di Penjara Pudu dalam tahun 1929, namun tiada apapun yang dilakukan oleh kerajaan untuk membaiki keadaan di penjara tersebut.
Sehinggalah pada tahun 1940, disuarakan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Negeri yang secara spesifik membincangkan keadaan teruk, sama ada secara fizikal mahupun psikologi banduan-banduan di sana. Mengikut laporan, banduan-banduan hanya dibenarkan keluar sel mereka selama beberapa jam untuk bekerja, makan dan mandi dalam sehari.
Dalam sehari, jadual rutin mereka adalah bangun, mandi pada pukul 6.30 pagi. Kemudian mereka akan mula bekerja mulai 6.50 pagi sehingga 10.40 pagi. Entah bila mereka bersarapan tidak pula diberitahu. Dari 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari mereka akan kembali ke sel mereka. Kemudian mereka akan kembali bekerja dari jam 1.00 sehingga 3.45 petang. Setelah itu mereka terus dikurung sehingga 6.30 pagi keesokan harinya. Pada hujung minggu pula, mereka terpaksa berkurung lebih 38 jam daripada 48 jam yang ada. Sepatutnya mereka diberi sedikit kebebasan pada hujung minggu untuk beriadah atau melakukan hobi mengikut minat masing-masing.
Laporan Cadangan Pembaharuan Penjara 1929
|
1/3 Memorandum Reformasi Penjara daripada Megistret Kuala Lumpur dalam Tahun 1929
|
|
2/3 Memorandum Reformasi Penjara daripada Megistret Kuala Lumpur dalam Tahun 1929 |
|
3/3 Memorandum Reformasi Penjara daripada Megistret Kuala Lumpur dalam Tahun 1929
|
|
Laporan Nazir Penjara dalam tahun 1930 |
|
Perbahasan tentang kondisi banduan di Penjara Pudu dalam tahun 1940 |
|
Jawapan balas Kerajaan terhadap Reformasi Penjara |
Rujukan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan