Khamis, 24 Ogos 2023

12 PERISTIWA MENARIK TENTANG SIJANGKANG

Salam buat semua. Atok dan Wan korang asyik terkenangkan korang jer, terutamanya orang-orang kampung Atok di TPG. Entahlah. Tak juga lama Atok tak balik ke sinun. Baru jer bulan ini, 12 Ogos, time mengundi PRN. Atok walaupun duduk kek Seremban ni, tapi Atok tetap balik mengundi kat TPG. Atok mengundi di SK TPG saluran 3. Atok seronok bebenor bila balik ke Telok. Sebelum mengundi, pergi breakfast dulu kat Sg. Buaya, ikut jambatan kat Segenting tu. Bila balik kampung walaupun atas alasan mengundi camni dan balik hari jer tapi Atok akan dapat jumpa atau terserempak dengan orang-orang kampung yang lama tak diketemukan masa raya atau masa majlis perkahwinan. Tambahan pula, calon feveret Atok dah menang parlimen dan DUN. Berbaloi balik walaupun paling cekai RM150 terbang untuk minyak dan makan minum. Ya lah, bukan tekak Atok sorang jer yang perlu diradak. HEHEHE....

Kali ini Atok nak ceritakan pasal sejarah tempat kita. Kita mulakan dengan Sijangkang. Ada maklumat baharu yang Atok terjumpa dalam internet. Pasal itulah pagi-pagi lagi Atok dah mula menaip. Atok nak kongsikan cerita ini dengan korang... The story goes like this.....

Kampung Sijangkang hanyalah 12km jaraknya dari bandar diraja Klang menggunakan Jalan Klang-Banting. Kebanyakan penduduk di sini berketurunan Jawa.  Menurut cerita penduduk, datuk nenek mereka dahulu mendarat di Kampung Pendamar, Klang, tetapi tanah di sana tidak sesuai untuk pertanian lalu mereka meneroka tanah baru di sini dan beberapa kawasan lain yang subur. Koloni kecil ini kemudiannya membentuk masyarakat yang lebih besar memajukan kampung tersebut sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat hari ini.

Kampung Jawa-Melayu dan sedikit Banjar ini dikatakan dibuka semenjak 1907 lagi. Nama Sijangkang bersempena dengan pokok Jangkang yang seakan pokok getah yang menyebarkan benihnya dengan cara letupan.  Pokok itu kemudiannya mati di dalam sungai. Dalam bahasa Cina mati disebut "si" jadi muncullah nama Sijangkang.

Sebenarnya perkampungan ini telah wujud jauh lebih lama daripada yang diceritakan. Dalam satu surat permohonan Syed Zin, pemegang amanah perladangan milik Tengku Kudin, Wizurai Selangor untuk membuka tanah di Sijangkang bertarikh 7 September 1884,  atas namanya sendiri. Ini membuktikan telah wujud perkampungan tepi sungai di Sijangkang sebelum tarikh berkenaan, atau mungkinkah Sijangkang dibuka oleh Syed Zin sendiri?. Wallahu alam. Hal ini kita serahkan kepada pakar sejarah tempatan.

07/09/1884       PERMOHONAN MEMBUKA 500 EKAR TANAH DI SIJANGKANG (BANDAR) KELANG DARI SYED ZIN; MINIT; SURAT BAHASA MELAYU (JAWI); BAHASA INGGERIS BELFIELD, HENRY CONWAY; RODGER, J.P; TURNEY, C.H.A

Dalam satu lagi surat rasmi yang ada  dalam simpanan Arkib Negara Malaysia ialah sepucuk surat bertarikh 7 Mac 1908 berkaitan tender membina laluan dari Kampung Sijangkang ke Jalan Langat (laluan Klang-Jugra). 

Tender pembinaan jalan tanah merah menyambungkan Kg. Sijangkang dan Jalan Langat dikeluarkan dalam tahun 1907 dan disiapkan dalam tahun berikutnya, 1908









A.    SEKOLAH MELAYU SIJANGKANG

Sekolah Melayu Sijangkang yang asal telah dibina dalam tahun 1913. Walaupun masih boleh digunakan tetapi kedudukannya tidak strategik kerana agak jauh daripada kedudukan petempatan di sana yang jaraknya kira-kira 3 batu (5km) daripada semua arah dalam kawasan Sijangkang. Bayangkan kanak-kanak terpaksa berjalan kaki sejauh itu untuk ke sekolah! Walaupun ura-ura membina sekolah yang baharu, siap dengan kuarters guru dan tandas dicadangkan pada tahun 1921 di kawasan yang lebih berdekatan dengan petempatan  majoriti penduduk, namun atas sebab tertentu,mungkin atas faktor kekangan kewangan dan keadaan sekolah lama yang masih baik lagi, maka rancangan pembinaan sekolah baharu tersebut ditangguhkan

Hanya pada 12 Julai 1927,sekolah ini berpindah ke tempat sekarang iaitu Pekan Batu Satu. Bangunan sekolah dibina oleh kerajaan iaitu sebuah bangunan yang mengandungi tiga bilik darjah. Selain itu terdapat juga dua buah rumah guru. Pertambahan murid semakin pesat. Oleh kerana bangunan yang ada tidak dapat menampung keperluan semasa, maka sebahagian daripada murid telah terpaksa belajar dibawah bangunan sekolah dan dibawah rumah guru.

Pencapaian mengagumkan SK Sijangkang Sekolah ini telah melahirkan ratusan bekas pelajar yang hebat dalam bidang akademik termasuk ko-kurikulum di daerah Kuala Langat.

19 October 1964- Menteri Besar Selangor, Dato Harun bin Haji Idris telah merasmikan pembukaan bangunan tambahan kepada Sekolah Kebangsaan Rendah berharga $120,000 di-Kampong Sijangkang.  Gambar di-sabelah menunjokkan Menteri Besar itu membuka "plaque" sekolah tersebut. Yang memerhati ialah Inche' Mohd. Said bin Haji Siraj, guru besar sekolah itu.

Menteri Besar Selangor, Dato Harun bin Idris di-gambar bersama pendekar putera dan puteri kampong Sijangkang, ketika beliau membuka bangunan tambahan sekolah kampong tersebut.  Pendekar2 itu terdiri dari murid2 sekolah itu sendiri yang telah menunjokkan permainan penchak silat bagi memeriahkan pembukaan sekolah mereka.



9 Jun 1966 - Sekolah Sijangkang Kuala Langat, yang mempunyai hampir 1.000 orang, telah menyandang gelaran Johan Bola Sepak dan Bola Jaring daerah Klang dan Pantai baharu2 ini. Kedua2 jenis permainan ini di-pertandingkan anjuran Majlis Sukan Gabongan antara sekolah rendah seluroh negeri.




9 November 1967 - MURID Rahman bin Dasuki (kiri) Johan lelaki bahagian 'A' dan Zalamiah binti Zakarla, johan perempuan bahagian 'A' dalam temasya sukan tahunan Sekolah Sijangkang, Kuala Langat, yang telah di-adakan bagi kali ke-27 baru2 ini. Johan lelaki bahagian 'B' telah dimenangi oleh Abdul Jalil bin Ali manakala johan perempuan 'B' dimenangi oleh Hafizah binti Hassan. Temasha sukan tahunan Sekolah Sijangkang itu telah dirasmikan oleh Dato' Harun bin Haji Idris Menteri Besar Selangor.

Sekolah Kebangsaan Sijangkang dilanda ribut dalam tahun 1967


PUSAT PENGEMBANGAN AGAMA ISLAM










B.    PUSAT PENGEMBANGAN AGAMA ISLAM

Satu lagi keistimewaan Sijangkang berbanding tempat-tempat lain dalam mukim Telok Panglima Garang ialah minat penduduknya dalam mendalami ilmu agama Islam. Pernah di kampung ini wujud sebuah sekolah agama berasrama yang dinamakan Sekolah Arab Raudzah Sibayan atau lebih dikenali sebagai Sekolah Arab Sijangkang. Kepada penduduk tempatan di sini ianya lebih mesra dipanggil Pondok Kiyai Muhammad Ali. 

Pondok ini merupakan pondok Jawa yang pertama diketahui ditubuhkan di Selangor. Ia terletak di Batu 1, Kampung Sijangkang Kuala Langat, Selangor. Ia bermula dari sebuah masjid yang didirikan oleh Kiyai Haji Muhammad Ali Qaribun dengan bantuan adik-adiknya. Masjid ini dinamakan Masjid Kiyai Haji Muhammad Ali Umar. Kiyai Haji Ali mengajar di masjid ini dengan bilangan murid yang sedikit dan lama kelamaan, muridnya mencecah 400 orang. Mereka mendirikan pondok-pondok kecil di sekitar masjid berkenaan. 

Surau dan pondok Kiyai Haji Husin di Sijangkang




Kemudian sebuah lagi sekolah agama dengan sistem pengajaran pondok, iaitu Pondok Kiyai Husain. Pondok pengajian ini ditubuhkan sekitar tahun 1944 di Sijangkang, Kuala Langat juga. Ia dikenali sebagai 'Pondok Kiyai Haji Husain Sijangkang' atau disebut di kalangan masyarakat Jawa sebagai Pondok Kiyai Kusin. Kiyai Husain merupakan anak Kiyai Abbas, cucu kepada Kiyai Qaribun dan anak saudara kepada Kiyai Ali. Pondok Kiyai Husain dikenali juga sebagai Pondok Wetan dan Pondok Kiyai Ali dikenali sebagai Pondok Kulon. Sekarang, pondok ini disebut sebagai Asrama Haji Husain dan Ma’ahad al-Ṭalabah al-‘Abbāsiyyah. 

Telah berlaku satu peristiwa hitam iaitu pada 7 September 1959, seramai lima belas orang penuntut lagi tidak hadir di-sekolah mereka, iaitu Sekolah Arab Raudzah Sibayan (di-bantu Kerajaan) Sijangkang, di-mana lebih dari 80 orang penuntut sedang mogok. Jumlah penuntut di-sekolah ugama tersebut sekarang telah merosot tlnggal 85 orang sahaja, 50 darlpadanya penuntut perempuan. Apakah kehendak mereka sehingga sanggup anak-anak ini menentang guru mereka sendiri? Kecil sahaja isunya. Pelajar-pelajar ini ingin mengadakan latihan  persembahan drama sempena Maulidur Rasul yang akan tiba tidak lama lagi. Tetapi pihak pentadbiran sekolah tidak dapat membenarkannya kerana kawasan latihan  serta sekolah mereka terletak dalam kawasan masjid. Peiajar-pelajar itu mogok ke sekolah kerana membantah Nadzir sekolah itu.

Seminggu kemudian, pada 15 October 1959, seramai 34 orang daripada 80 orang pelajar di  sekolah Arab Raudzah Al-Sibyan Sijangkang yang telah mogok semenjak 11 hari  yang lalu, telah kembali semula belajar di sekolah itu setelah diberi kata dua oleh pihak pengurusan sekolah.






Dikatakan bahawa kegemilangan pengajian pondok Kiyai Husain adalah antara tahun 60-an dan 70-an, namun kemudiannya pupus disebabkan tiada penyambung untuk meneruskannya. Berbanding pondok lain, pondok ini istimewa kerana ia mengeluarkan sijil khatam Al-Quran dengan qiraat Hafs. Asrama Haji Husain kini merupakan penempatan untuk warga tua yang melazimi amalan zikir yang dipimpin oleh Kiyai Muhammad Mahin, salah seorang anak Kiyai Husain. Beliau kembali ke rahmatullah pada 11 Zulhijjah tahun 1401 H (1981 M) dan dikebumikan di Perkuburan Islam Simpang Lima, Klang. 





Kini, insititusi pondok Jawa tidak lagi berkembang kesan dari kemunculan sekolah-sekolah agama atau ma’ahad yang menawarkan pengajian secara bersijil yang diiktiraf dan dapat digunakan untuk menyambung pengajian serta memperoleh pekerjaan rasmi.

C.     AKTIVITI-AKTIVITI POLITIK

Berikut merupakan senarai  Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Kawasan Meliputi Mukim Telok Panglima Garang sejak  1959 hingga 2023



D.    AKTIVITI -AKTIVITI EKONOMI

Gerakan kedua menggalakkan pekebun2 kechil menanam getah semula di-Selangor akan diadakan pada  13 Oktober 1958 ini setelah satu pameran menanam getah semula diadakan di Kampong Sijangkang pada hari tersebut. Gerakan pertama di-Selangor telah dljalankan di Kapar pada hari Ahad lalu. Menteri Pertanian dan Perikanan, Tuan Abdul Aziz bin Ishak memberi tahu kira-kira tiga ribu orang Melayu di Kampung Sijangkang bahawa Kerajaan Perlkatan telah menyusun satu ranchangan yang besar untok memajukan kawasan luar bandar negeri ini. 

Projek pembinaan Peparitan Sijangkang dalam tahun 1960



Pada 8 Mei 1961, Sharlkat Bekerjasama2 Kampong Sijangkang akan berusaha mengadakan sendiri mesin-mesin kopi mereka dan menjual sendiri kopi kapada pembeli yang selama ini dilakukan oleh pedagang pengantaraan. Tuan Haji Yusof Siraj, seorang jurucakap sharikat itu memberi tahu Berita Minggu. 

18 Oktober 1961 - Sultan Selangor dan Tengku Ampuan hari ini memeriksa jalan baru $280,000 yang menghubungkan Kampung Sijangkang dengan jalan pantai. Tengku Ampuan akan melawat dua buah sekolah Melayu di Sijangkang dan Permatang Pasir.

12 January 1962 - Sebatang jaian raya yang panjang-nya kira2 tiga batu telah siap di-bena oleh pehak yang berkuasa di-batu 9 Kampong Sijangkang di-bawah ranchangan pembangunan luar bandar. Inche Shahudi b. HJ. Ibrahim setiausaha ranchangan pembangunan luar bandar dl-sinl memberitahu Berita Harian. 

Yang Berhormat Inche' Mohd. Tahir Majid, Ahll Majlis Meshuarat Undangan Negeri Selangor, kawasan Morib teiah mengingatkan pendudok2 kampong pada 29 Mei 1962 supaya berusaha meninggikan lagi taraf hidup mereka, Beliau telah berkata demikian dalam ucapannya di-majlis merasmikan pembukaan balai rakyat Kampung Sijangkang 

Pada 4 Januari 1962, Jawatankuasa ranchangan pembangunan luar bandar kampung Sijangkang dalam mesyuara-nya telah memutuskan akan meminta kipada pihak yang berkuasa bantuan kambing dan lembu untok percubaan  belajar ternak. Kampung Sijangkang tidak lama lagi akan mempunyai sebuah padang rumput seluas satu ekar untuk menternak lembu dan kambing. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar kampung itu, Tuan Haji Yusof bin Salleh menyatakan kapada Berlta Harian bahawa padang rumput itu akan dibina oleh Jabatan Pertanian.



Usaha menjadikan Kuala Langat pusat penanaman kopi  dengan menggalakkan pekebun-pekebun terutama di Sijangkang dan TPG menanam kopi dalam tahun 1958

Pembangunan rancak di Kuala Langat tidak bermakna sekiranya rakyat tidak dapat menikmati bekalan air dan elektrik. Sijangkang mula memperoleh elektrik dalam tahun 1967.







E.    AKTIVITI-AKTIVITI  SOSIAL 

Satu lakonan bertajuk "Anak Buangan" dipersembahkan oleh Kesatuan Persuratan Pelajar2 Melayu Selangor cabang Sijangkang di bangunan Sekoiah Umum Sijangkang mulai 17 hingga 19 Ogos 1959. Pada malam terakhir diadakan "Malam Aneka Warna." Sandiwara  untuk mengutip derma.

Pada 23 Januari 1966, Persatuan Belia Kampong Medan, Sijangkang, Klang telah mengadakan gerakan kerja gotong royong kerana membersihkan padang bola sepak yang telah dlbina di-bawah ranchangan PLB dengan belanja $12.000.

Persatuan Palang Merah Sijangkang Kuala Langat, mengadakan satu majlis perjumpaan Hari Raya pada 30 Januari 1966 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sijangkang.

Pada 5 Mac 1966, sebuah Kelas Palang Merah telah ditubuhkan di Kampung Medan. Sijangkang. Begitu aktifnya persatuan ini kerana sebulan kemudian mereka iaitu pada 8 April 1966, mereka telah meiawat sambil belajar ke Pusat Latihan Askar Melayu Diraja, Port Dickson. Selama sehari suntuk, rombongan tersebut mempeiajari cara-cara Gerakan Palang Merah di-lakukan di kalangan tentera. 

Tidak lama kemudian, pada 7 Mei 1966 berjaya mengadakan "Malam Anika Hiburan" tepat jam 7.30 malam, bertempat di-Dewan Orang ramai Banting. Dalam konsert itu, Che' Jamnah binti Jarkasi, 17 tahun, pelajar Sekolah Menengah Inggeris Methodist, Telok Datoh telah memenangi gelaran 'Ratu Baju Kurong'. 

Palang Merah Sijangkang telah berjaya mengutip derma sebanyak $170 hasil "Malam Anekaramanya". Setiausaha pertunjokan itu. Inche Salehuddin bin Daud, berkata kutipan itu akan didermakan kepada Tabung Pertahanan Negara. Pada 29 Ogos 1966, satu upacara angkat sumpah Pegawai-pegawai dan Jawatankuasa Palang Merah Sedunia cawangan Sijangkang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sijangkang Kuala Langat,sebaik sahaja mendapat pengesahan daripada Pegawai2 tinggi Palang Merah Pusat.


Berikut adalah peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku di Sijangkang sejak tahun 1950-an yang menyentuh dan mengubah kehidupan di sana:

Tahun 1950-an

20 Februari 1956 - Pengerusi UMNO cawangan di Kampong Sijangkang dekat sini telah memberitahu polis bahawa nyawanya telah terancam. "Anda mempunyai empat hari untuk hidup." Ugutan itu datang dalam surat yang ditemuinya di taman rumahnya semalam.

21 Februari 1956 - Jawatankuasa kampung di Sijangkang di Selangor Selatan telah meminta pengerusi U.M.N.O tempatan. cawangan. Inche Taharil bin Atmawi, keluar dari kampung esok. Dalam surat kepadanya jawatankuasa itu menulis "Anda mempunyai 48 jam untuk keluar'

22 Februari 1956 - Pengerusi UMNO cawangan Sijangkang, Inche Taharil bin Atmawi, hari ini mengingkari arahan "keluar dari kampung kami" oleh jawatankuasa kampung. Inche Taharil diminta beredar di perkarangan.

24 Februari 1956 - Jawatankuasa Kampong Sijangkang telah memberitahu Inche Taharil bin Atmawi, pengerusi cawangan UMNO tempatan, bahawa arahan "berambus"nya masih berlaku. Inche Taharil telah mengingkari arahan jawatankuasa itu untuk meninggalkan kampung itu selewat-lewatnya pada Selasa lepas berikutan dakwaan bahawa beliau mengumpul tandatangan sebagai membantah larangan perdagangan Cina di kampung itu. Dia mencetuskan masalah dengan menentang pengapit penjaja

15 Mac 1957 - 41 orang pelajar dari Sekolah Arab Sijangkang, akan mengadakan lawatan empat hari ke Singapura minggu depan. Jabatan Perkhidmatan Penerangan telah mengatur program untuk murid-murid sekolah

18 Mac 1957 - Empat puluh satu pelajar Sekolah Arab. Sijangkang. Selangor. akan tiba di Singapura pagi ini dalam lawatan berpandu empat hari.

23 Mac 1957 -Pendiam, lembut tutur kata Abdul Ghani bin Haji Ismail. 30, mempunyai pandangan pertama tentang Singapura minggu ini dan menyukainya. Abdul Ghani ialah seorang murid di Sekolah Arab di Sijangkang, Selangor. Dia tiba bersama 40 orang murid sekolah itu

11 October 1958 - Gerakan kedua menggalakkan pekebun2 kechil menanam getah sa-mula di-Selangor akan diadakan pada  13 October ini sa-teiah satu pameran menanam getah sa-mula di-adakan di-Kampong Sijangkang pada hari tersebut. Gerakan pertama di-Selangor telah dljalankan di Kapar pada hari Ahad ialu.

11 May 1959 - Menteri Pertanian dan Perikanan, Tuan Abdul Aziz bin Ishak memberi tahu kira2 tiga ribu orang Meiayu di Kampong Sijangkang malam Khamis kelmarin bahawa Kerajaan Perlkatan telah menyusun satu ranchangan yang besar untok memajukan kawasan2 luar bandar negeri ini. 

10 August 1959 - Lakonan "Anak Buangan" akan dipersembahkan oleh Kesatuan Persuratan Pelajar2 Melayu Selangor chabang Sijangkang di bangunan sekoiah umum Sijangkang mulai 17 hingga 19 August ini. Pada malam akhir-nya akan di-adakan "Malam Aneka Warna." Sandiwara Kesatuan ini ialah untok mengutip derma.

7 September 1959 - Hari ini lima belas orang penuntut lagi tidak hadhir di-sekolah mereka, ia-itu Sekolah Arab Raudzah Sibayan (di-bantu Kerajaan) Sijangkang, di-mana lebeh dari 80 orang penuntut sedang mogok. Jumlah penuntut di-sekolah ugama tersebut sekarang telah merosot tlnggal 85 orang sahaja, 50 darlpadanya penuntut perempuan.

15 October 1959 - Seramai 34 orang daripada 80 orang pelajar di  sekolah Arab Raudzah Al-Sibyan Sijangkang yang telah mogok semenjak 11 hari  yang lalu, telah kembali sa-mula belajardi sekolah itu semalam. Peiajar itu mogok membantah Nadzir sekolah itu.

Tahun 1960-an

15 February 1961 - Pertandingan pakaian kebangsaan lelakl dan perempuan kerana menyambut bulan bahasa di kawasan Kuala Langat telah di-adakan di-Padang Telok Datok. Keterangan pambar dari kiri ka-kanan: Rukiah binti Jamil dari Sijangkang mendapat nombor tiga, Ramlah binti Badri dari Sungai Manggis mendapat nombor dua, dan Fatimah Sham.

27 March 1961 - Perkumpulan Perempuan Kampong Sijangkang sekarang telah berpechah menjadi dua bahagian. Ustazah Noriah binti Haji Husin, Setiausaha perkumpulan itu, berkata bahawa puncha perpechahan Itu ialah kerana sa-tengah dari ahli2-nya tidak setuju diadakan pelajaran mengenai perkumpolan di-Balai Raya di-situ.

8 May 1961 -  Sharlkat Bekerjasama2 Kampong Sijangkang akan berusaha mengadakan sendiri mesin2 kopi mereka dan menjual sendiri kopi kapada pembeli yang sa-lama ini di-lakukan oleh pedagang2 pengantaran. Tuan Haji Yusof Siraj, saorang juruchakap sharikat itu memberi tahu Berita Minggu. 

18 October 1961 - The Sultan of Selangor and the Tengku Ampuan today inspected the new $280,000 road which connects Kampong Sijangkang with the coast road. The Tengku Ampuan also visited two Malay schools at Sijangkang and Permatang Pasir.

12 January 1962 - Sebatang jaian raya yang panjang-nya kira2 tiga batu telah siap di-bena oleh pehak yang berkuasa di-batu 9 Kampong Sijangkang di-bawah ranchangan pembangunan luar bandar. Inche Shahudi b. HJ. Ibrahim setiausaha ranchangan pembangunan luar bandar dl-sinl memberitahu Berita Harian. 

24 January 1962 - Jawatankuasa ranchangan pembangunan luar bandar kampong Sijangkang dalam meshuarat-nya telah memutuskan akan meminta kapada pehak yang berkuasa bantuan kambing dan lembu untok perchubaan  belajar ternak.

7 May 1962 - Pejabat Pelajaran Negeri Selangor telah didesak supaya membena sa-buah bangunan baharu bagi sekolah kebangsaan di-Kampong Sijangkang untok menggantikan bangunan lama yang telah uzor. Desakan Inl teiah dlsampalkan harl Sabtu yang lalu kapada Pegawai Pelajaran Nefceri.

29 May 1962 - Yang Berhormat Inche' Mohd. Tahir Majid, Ahll Majlis Meshuarat Undangan Negeri Selangor, kawasan Morib teiah mengingatkan pendudok2 kampong supaya berusaha meninggikan lagi taraf hidup mereka, Beliau telah berkata demikian dalam uchapan-nya di-majlis merasmikan pembukaan balai ra'ayat Kampong Sijangkang 

11 June 1962 -  Ustazah Rohanah binti Noor, 20 tahun, ialah ibu yang malang baharu2 ini bila anak-nya, berumor 2 tahun 4 bulan. mati lemas di-perigi dekat madrasah tempat ibu-nya mengajar. Anak-nya, bin Bajl Husaein telah terjatoh dalam perigi.  Ibu-nya tidak mengajar lagi.

20 July 1962 -Kampung Sijangkang tidak lama lagii akan mempunyai sa-buah padang rumput sa-luas satu ekar untok menternak lembu dan kambing. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar kampong itu, Tuan Haji Yusof bin Shaleh menyatakan kapada Berlta Harian bahawa padang rumput itu akan di-bena oleh Jabatan Pertanian.

27 July 1962 -Madrasah Raudzan Sibyan, Sijangkang mengumumkan bahawa bayaran sekolah murid2 yang seiama ini di-tetapkan $1.00 sa-bulan, teiah di-turunkan kapada 50 sen. Tuan Haji- Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Madrasah itu berkata bahawa langkah tersebut dl-buat kerana memandang ramainya bilangan murid2 yang tidak menjelaskan bayaran sekolah mereka lagi.

15 November 1962 - Sabuah lesong batu zaman purba dan dianggarkan berumor kira2 200 tahun, telah di-jumpai oleh sa-orang peladang daiam sa-buah parit di Kampong Kebun Baharu, Sijangkang. Lesong itu ketika di-jumpai berlumoran dengan lumpor. dan di-katakan telah di-buat dari batu pejal gunung.

16 November 1962 - Kampong Kebun Baharu, Sijangkang, kira2  yang biasa-nya sunyi sepi sekarang sebok dengan kedatangan orang ramai kerana melihat sabuah lesong purba yang tdah di-jumpai di-situ kelmarin oleh sa-orang peladang. Lesong itu, berumor kira2 200 tahun dan berat-nya kira2 10 pikul.

18 March 1963 - En.  Abdul Razak Husain, Tlmbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar, akan merasmikan pembukaan jalan raya dl-beberapa buah kampong di-sini, pada 20 March lni. Jalan raya itu di-bena di-kampong Jenjarom,  Darat Batu, Sijangkang dan Kampong Sungai Kelambu.

26 September 1963 - Saramai 100 orang pemohon2 tanah pinggir dikampong batu 9, 10 dan 13, Sijangkang telah menyatakan kekesalan mereka terhadap pehak yang berkuasa kerana sa-hingga hari ini pun permintaan mereka maseh belum diluluskan. 

7 January 1964 - Chawangan UMNO di-kampong Sijangkang telah berterus terang membantah ura2 sa-tengah kalangan Perikatan hendak menchalunkan Che' gu Abdul Samad Kahar untok bertanding dalam pilehan raya Parlemen bagi kawasan Kuala Langat. Dalam meshuarat agongnya hari Rabu lepas, chawangan itu mengambil keputusan tidak akan memberikan sokongan.

6 March 1964 - Jawatankuasa Madrasah Raudzah Sibyan kampong Sijangkang akan merayu kapada Pejabat Ugama Isiam Negeri Selangor supaya memberikan Bantuan untuk memulehkan semula kemajuan sekoiah itu yang telah mengalami kemerosotan bilangan murid2-nya sejak akhir2 ini.

8 May 1964 -  Menteri Perlanian dan Sharikat Kerjasama Malaysia, Inche Mohd. Khir Johari. telah mengeshorkan supaya sekolah2 ugama ra'ayat mengadakan suatu mata pelajaran pertanian untok "kemajuan ra'ayat" seperti pelajaran menanam kopi, padi, keiapa, getah. Inche Khir baharu2 ini telah memberitahu pendudok2 kampong Sijangkang.

3 October 1964 - Menteri Pelajaran Malaysia Inche Abdul Rahman Bin Talib akan merasmikan pembukaan sekolah tambahan kampong Sijangkang  pada 17. October akan datang ini, jam 3.30 petang.

14 October 1964 - Beberapa achara saperti tarian Mak Inang. Tarian Zapin, perbarisan dan Nyanyian murid2 sekolah Kebangsaan Sijangkang Pembukaan sekolah tambahan. akan di-adakan dalam upachara meresmikan di kampong Sijangkang pada hari Juma'at akan datang ini. Sekolah tersebut akan diresmikan oleh Dato' Harun Bin Hj. Idris Menteri Besar Selangor. 

19 October 1964- Menteri Besar Selangor, Dato Harun bin Haji Idris telah merasmikan pembukaan bangunan tambahan kepada Sekolah Kebangsaan Rendah berharga $120,000 di-Kampong Sijangkang.  Gambar di-sabelah menunjokkan Menteri Besar itu membuka "plaque" sekolah tersebut. Yang memerhati ialah Inche' Mohd. Said bin Haji Siraj, guru besar sekolah itu.

3 November 1964 -Menteri Besar Selangor, Dato Harun bin Idris di-gambar bersama pendekar putera dan puteri kampong Sijangkang, ketika beliau membuka bangunan tambahan sekolah kampong tersebut sadikit hari yang lalu.  Pendekar2 itu terdiri dari murid2 sekolah itu sendiri yang telah menunjokkan permainan penchak silat bagi memeriahkan pembukaan sekolah mereka.

31 January 1965 -Sultan Selangor akan merasmikan sabanyak empat buah masjid baharu di-daerah Kuala Langat saiepas Hari Raya Puasa ini. Masjid2 tersebut ialah di-kampong Batu 9, Sijangkang; Kampcng Bukit Changgang; Sungai Manggis dan Kelanang. Tiap2 sabuah berharga sa-banyak $25.000. 

11 February 1965 -Sultan Selangor akan merasmikan pembukaan  masjid di-Kampong Baru batu 9 .

26 February 1965 -Jawatankuasa Masjid kampong Baharu Batu 9 Sijangkang, Kuala Langat di-sini telah merayu kepada Pehak Kerajaan supaya memberikan bantuan bagi memagar masjid kampong tersebut, untok menjaga keselamatan.

8 March 1965 - Baginda Sultan Selangor baharu2 ini telah mendermakan sa-banyak $100 kapada Masjid kampong Batu 9. Sijangkang.  untok tabong masjid itu.

17 April 1965 - Kerajaan Pusat akan di-desak untok merayu kapada penyimpan Mohor2 Besar Raja Melayu supaya mengadakan satu Mufti Agong di Negara Malaysia dengan sa-chepat mungkin. Demikian keputusan yang telah di-ambil dalam meshuarat agong UMNO chawangan Sijangkang di-sini pada hari Ahad yang lalu. 

26 April 1965 - UMNO Bahagian Kuala Langat baharu2 ini tidak bersetuju dengan chadangan supaya Kerajaan pusat mengadakan sa-orang Mufti Negara, demikian ditegaskan di-sini kelmarin. Baharu2 ini Chawangan UMNO Sijangkang telah mengemukakan usul tersebut memandang bahawa negara ini mempunyai Islam sa-bagai ugama rasmi. 

14 June 1965 - Dato' Harun bin Hj. Idris Menteri Besar Selangor akan merasmikan pembukaan pasar mlnggu di-Kampong Sijangkang pada 16 June ini.

19 July 1965 - Che Miswah binti Yaakub telah berjaya menjadi Johan Pertandingan membacha berzanji yang telah di-adakan di kampong Sijangkang. dalam upachara menyambut Maulud Nabi Mohammad S.A.W. yang telah di-ada-kan di-halaman Masjid Kampong Sijangkang. Kuala Langat pada malam ithnin minggu yang lalu. Naib Johan ia-lah Che' Kamsih Binti Sukimin.

25 July 1965 - Persatuan Islam Sa-Tanah Melayu (PAS) ranting Kampong Medan, Sijangkang. telah mengadakan sambutan Maulud Nabi pada hari sabtu minggu lalu. Beberapa orang pensharah dari Ibu Pejabat PAS telah memberikan «harahan mengenai periuangan Nabi Muhammad.

1 September 1965 - Dewan Muslimat PAS bahagian kawasan Kuaia Langat. telah berjaya mendirikan sa-buah bangunan rumah-nya sendiri bagi melichinkan lagi gerakan2 mereka untok menarek lebeh ramai lagi orang2 supaya memasokl ahii PAS. Bangunan ltu di-dirikan dengan menelan belanja sa banyak $500/-, bertempat dl-Kampong Medan Dalam, Sijangkang.

8 September 1965 - Kelas Dewasa Ugama anjoran Pejabat Majlis Ugama Islam Negeri Selangor sekarang telah tidak di adakan buat sementara waktu.  Demikian di-nyatakan oleh sa-orang juruchakap Majlis Ugama Islam Negeri Selangor kapada Berita Harian di-sini hari ini. Beliau mengulas permintaan pendudok2 Kampong Medan Sijangkang.

13 September 1965 - Saramai 30 orang kaum Ibu UMNO chawangan Sijangkang, Kuala Langat akan membuat permohonan kapada pehak yang berkenaan untok menjadi tentera Watanilah.

15 September 1965 - Pasokan bola jaring Sekolah Kebangsaan Sijangkang telah berjaya menyandang gelaran johan pertandingan bola jaring antara sekolah2 rendah seluroh daerah Kuala Langat pada hari menyambut ulangtahun Malaysia baru2 inl. Pasokan ini telah mengalahkan pasokan Sekolah Kebangsaan Banting 18-4. 

17 October 1965 - Sekolah Kebangsaan Sijangkang. Kuala Langat. akan mengadakan sukan tahunan sekolah-nya pada 23. October ini bertempat di-padang sekolah tersebut.

23 October 1965 - Dua permalnan yang ganjii' ada-lah di-antara 60 jenis perlawanan yang akan di-adakan dalam temasha sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Sijangkang besok, mulai 2 petang. Permainan2 itu ia-lah "Si-buta menchari bungkusan dan Melompat ikat kaki sa-orang." Lebeh 2.000 orang Ibu bapa kanak2 sekolah tersebut dl-jangka akan menyaksikan temasha.

28 October 1965 -  Kementerian Belia. Kebudayaan dan Sukan teJah memberi bantuan $250 kapada Persatuan Belia Kampong Batu Laut sabagai tambahan untok membena sa-buah dewan kechil persatuan tersebut. Sementara itu Persatuan Belia dan Gabongan Muda Angkatan Seni Sijangkang akan bergotong royong pada 30 October ini.

1 November 1965 - Satu Gerakan mengutlp derma kapada beberapa buah kampong dalam Negeri Selangor akan di-lancharkan oleh jawatankuasa Masjid kampong Sijangkang untok memperbaiki masjid yang ada sekarang yang telah udzor keadaannya. Keputusan lni telah d!ambil oleh meshuarat agong.

3 December 1965 - Sebanyak 4 buah gelanggang Bidminton telah dibena di-kampong dalam daerah Kuala Langat yang telah di-selenggarakan dibawah ranchangan pembangunan Luar Bandar Daerah Kuala Langat. Gelanggang Badminton itu ia-lah di-kampong Bukit Changgang, Kampong Sungai Rambai, Kampong Sijangkang, dan kampong Batu 10 Kebun Baharu. 

3 January 1966 - Jawatankuasa Masjid Sijangkang akan melancharkan kutipan derma di-seluroh Selangor tidak lama lagi untok membaiki mastid tersebut. Setiausaha Masiid itu. Inche Ismawi bin Haji Manan, berkata pehak-nya memerlukan wang sa-banyak $20,000 untok membaiki masjid itu. 

9 January 1966 - Persatuan Palang Merah Sijangkang Kuala Langat, akan mengadakan satu majlis perjumpaan Hari Raya pada 30 Januari ini bertempat di-Sekolah Kebangsaan Sijangkang.

23 January 1966 - Persatuan Belia Kampong Medan, Sijangkang, Klang telah mengadakan gerakan kerja gotong royong kerana membersehkan padang bola sepak yang telah dl-bena di-bawah ranchangan PLB dengan belanja $12.000.

26 January 1966 - Kelab belia kampong Medan, Sijangkang baru2 ini mengadakan gerakan kerja rotong royong kerana membersehkan Padang permainan bota sepak dlkampong itu. Padang permainan tersebut telah di-bena di-bawah Ranchangan pembangunan luar bandar daerah Kuala Langat dengan memakan belanja sabanyak $12.000.

9 February 1966 - Kerajaan Selangor telah menguntokkan satu kawasan tanah di-batu 9. Kampong Medan. Sijangkang, untok tanah perkuboran pendudok2 kampong tersebut Sa-lama inl mereka yang menlnggal dunia dl-situ terpaksa di-kebumikan di tanah perkuboran Telok Panglima Garang, sejauh kira2 tiga batu dari situ.

28 February 1966 -  Lembaga Pembangunan Luar Bandar Kuala Langat baharu2 ini telah meiuluskan pembentokan jawatankuasa iembaga kemajuan kampong Medan, Sijangkang, Kuala Langat, demikian menurut satu puncha rasmi baharu2 ini. Jawatankuasa pembangunan kampong itu telah di-gantong perjalanan-nya sa-lama dua tahun.

5 March 1966 - Sebuah Kelas Palang Merah telah di-tubohkan di-kampong Medan. Sijangkang. baharu2 lni. 

8 March 1966 - Kerajaan Malaysla di-desak supaya mengetatkan lagi undang2 kera'ayatan, sa-suai dengan pergolakan politik dalam negeri ini sekarang. Demiklan keputusan Pergerakan Kaum Ibu UMNO Chawangan Kampong Medan, Sijangkang,  dalam meshuarat agongnya di-Baial Raya kampong tersebut minggu lalu.

3 April 1966 -Masjid Kampong Sijangkang yang menelan beianja $20,000 untok memperbaiki-nya maseh memerlukan sa-banyak $10.000 .Dengan kekurangan ini maka jawatankuasa pembenaan masjid tersebut telah melancharkan gerakan menchari derma untok mengadakan wang tambahan itu. Inche Ismawi bin Haji A. Manan. setiausaha lembaga masjid itu, merayu.

8 April 1966 -Anggota2 Pertubohan Paiang Merah Sijangkang, Kuaia Langat baru2 ini meiawat sambil belajar ke Pusat Latehan Askar Melayu di-Raja, Port Dickson. Sa-lama sa-hari suntok, rombongan tersebut mernpeiajari chara2 Gerakan Paiang Merah di-lakukan di-kaiangan tentera.

7 Mei 1966 - Persatuan Pa1ang Merah Sijangkang Kuala Langat akan mengadakan "Malam Anika Hiburan" pada 7 Mei jam 7.30 malam, bertempat di-Dewan Orang ramai Banting. Malam pertunjokkan akan di-adakan berjenis2 anika hiburan.

25 Mei 1966 - Che' Jamnah binti Jarkasi, 17 tahun, pelajar Sekolah Menengah Inggeris Methodist, Telok Datoh telah memenangi gelaran 'Ratu Baju Kurong' anjuran Palang Merah Sijangkang bertempat di Dewan Orang Ramai Banting, baru2 ini. Che' Jamnah dudok di-tengah2.

25 Mei 1966 - Palang Merah Sijangkang. Kuala Langat telah mengutip derma sa-banyak $170 hasil "Malam Aneka Rama-nya" di-E>ewan Orang Ramai, disini, baharu2 lni. Setiausaha pertunjokan itu. Inche Salehuddin bin Daud, berkata kutipan itu akan di-dermakan kepada Tabong Pertahanan Negara.

9 Jun 1966 - Sekolah Sijangkang Kuala Langat, yang mempunyai hampir 1.000 orang, telah menyandang gelaran Johan Bola Sepak dan Bola Jaring daerah Klang dan Pantai baharu2 ini. Kedua2 jenis permainan ini di-pertandingkan anjuran Majlis Sukan Gabongan antara sekolah rendah seluroh negeri.

5 Julai 1966 - Sekolah Kebangsaan Sijangkang, Kuala Langat akan mengadakan temasya sukan tahunan-nya pada 9 Julai akan datang ini, bertempat di-padang sekolah itu.

29 Ogos 1966 - Satu upachara angkat sumpah Pegawai2 dan Jawatankuasa Palang Merah Sadunia chawangan Sijang yang akan di-adakan di Sekolah Kebangsaan Sijangkang Kuala Langat, tidak lama lagi ia-itu sa-baik2 sahaja mendapat pengesahan daripada Pegawai2 Tinggi palang Merah Pusat.

21 September 1966 - Pendudok2 Kampong Medan, Kuala Langat akan bergotong royong memberehkan tanah perkuboran di-situ pada 23 September ini. Kerja gotong royong itu akan di-ketuai oleh Inche Abdul Rahim bln Hussain. Pegawai Daerah Kuaia Langat.

30 Mei 1967 - Angin puting beliong yang mengganas sa-lama dua jam petang Sabtu kelmarin di Kampong Sijangkang, Kuala Langat telah musnahkan 13 buah rumah, 50 ekar kebun getah dan bangunan lama sekolah kebangsaan kampong tersebut. Sementara itu pendudok2 Kampong Sijangkang akan bergotong royong membaiki surau, jembatan dan sekolah tempat mereka yang menjadi mangsa ribut.

28 September 1967 - Menteri Besar Selangor Dato Harun bln HJ. Idris akan meresmikan pembukaan sukan temasha hari Ibu Bapa sekolah kebangsaan Sijangkang. pada 21 Oktober di padang sekolah pukul 2 petang.

2 Oktober 1967 - Pasukan Kampong Sijangkang telah berjaya menyandang gelaran Johan badminton dan naib-johan sepakraga jaring dalam temasya sukan Ulangtahun Merdeka di-Kampong Sijang kang baru2 ini. Temasha sukan tersebut yang termasok perlawanan2 lumba baslkal, lumba lari, tarek tall dan panjat tiang lichin.

MURID Rahman bin Dasuki (kiri) Johan lelaki bahagian 'A' dan Zalamiah binti Zakarla, johan perempuan bahagian 'A' dalam temasya sukan tahunan Sekolah Sijangkang, Kuala Langat, yang telah di-adakan bagi kali ke-27 baru2 ini. Johan lelaki bahagian 'B' telah dimenangi oleh Abdul Jalil bin Ali manakala johan perempuan 'B' dimenangi oleh Hafizah binti Hassan. Temasha sukan tahunan Sekolah Sijangkang itu telah dirasmikan oleh Dato' Harun bin Haji Idris Menteri Besar Selangor.

9 November 1967 - MU RID Rahman bin Dasuki (kiri) Johan lelaki bahagian 'A' dan Zalamiah binti Zakarla, johan perempuan bahagian 'A' dalam temasya sukan tahunan Sekolah Sijangkang, Kuala Langat, yang telah di-adakan bagi kali ke-27 baru2 ini. Johan lelaki bahagian 'B' telah dimenangi oleh Abdul Jalil bin Ali manakala johan perempuan 'B'

20 November 1967 -Mariam binti Ahmad dari Melaka telah di-pileh menjadi johan lagu keronchong: bahagian wanita dalam pertandingan akhir Bintang Radio, malam tadi. Sementara Husni A. Samad darl Sijangkang menjadi johan bahagian lelaki. Dengan kejayaan itu, Mariam dan Husni berjaya merebut piala pusingan Menteri.

29 November 1967 - Lebeh 500 orang penyokong2 PAS telah mengadakan rapat umum PAS di-Batu satu Sijangkang di sini kelmarin. Pada pukul 8 malam, 14 November, 1967 yang lalu telah di-adakan rapat umum oleh PAS di-Pekan Kampong Sijangkang, Kuala Langat. Hujan lebat telah turun menchurah2 pada sa-belah petang-nya hingga membawa ka-pukol 8 malam. Walau pun hujan lebat rapat umum PAS dapat sambutan hangat.

23 Mac 1968 - Pertunjokan Malam Pesta Ria Pemuda Sijangkang mendapat sambutan. Pergerakan Pemuda UMNO chawangan Sijangkang, Kuala Langat, pada 16 dan 17 Mach lalu telah mengadakan pertunjoan pentas di-pada g sekolah Kebangsaan Sijangkang. Tujuan di-adakan 'Malam Pesta Ria. itu ia-lah untok menyambut Hari Raya Haji yang baru lalu.

6 November 1969 -Sidek bin Yahya, 17 tahun, yang berjaya dalam peraduan mengarang anjoran Bangsa2 Bersatu di sini. berchita2 untok menjadi pengarang. Kemenangan beliau di-dorong oleh guru bahasa-nya. Beliau ialah pelajar Tingkatan Lima di-Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah Kelang dalam jurusan sastera dan berasal dari Sijangkang Kuala Langat.

2 Disember 1969 - Kementerian Pelajaran di-rayu supaya membena sa-buah sekolah untok anak2 kaum Tamil yang tinggal di-Beting Tengah, Kampong Sijangkang Dalam, daerah Kuala Langat. Sa-ramai 72 orang kanak2 kaum mereka berumor antara 6 hingga 11 tahun buta huruf disebabkan ketiadaan tempat untok mereka bersekolah sekarang.

15 Disember 1969 - Masa depan 72 orang anak2 kaum India di Kampong Sijangkang Tengah, dekat sini mungkin gelap jika Kementerian Pelajaran tidak membenarkan segera ke sekolah untok mereka. Mereka ia-lah anak kapada kira2 70 keluarga yang tinggal di situ sejak 10 tahun dulu. Ibubapa mereka sekarang sedang rungsing.

Tahun 1970-an

21 Mei 1970 - Mulai 14 Mei yang lalu sa-orang pelajar dan kampung Sijangkang  melanjutkan pelajaran-nya di-Universiti Kebangsaan dalam Jurusan Pengajian Islam. Beliau adalah anak sulong kapada Enche' Mahmud,saorang pengurus kedai Sharikat di-kampong Sijangkang

28 November 1971 - Tiga orang wanita guru2 kelas kemajuan masharakat telah berkongsi membuka sa-buah kedai keriting rambut di Kampong Sijangkang kira2 Mereka ia-lah Che Rukiah binti Jamil, 27 tahun, Che Sariaton binti Jamil, 25 tahun, dan Che Hasnah binti Haji Siraj 20 tahun.

Tahun 2000-an

25 Julai 2003 - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan ketua dan 66 pengikut ajaran sesat Islam Jamaah di sebuah rumah di Kampung Batu 8, Sijangkang, dekat sini, malam kelmarin. Dipercayai amal ajaran sesat yang diasas dari Indonesia, ajaran ini sangat berbahaya dan boleh menyesatkan.

10 Mac 2004 - Misteri kehilangan seorang gadis sejak 26 Februari lalu terjawab apabila mayat See Sheau Fang, 18 tahun ditemui ditanam dalam lubang sedalam 1.52 meter di tempat letak kereta yang disimen di sebuah rumah teres, Taman Perwira, Sijangkang dekat sini.

17 Mei 2007 - Seorang ibu mengandung tiga bulan maut, manakala suami dan anaknya cedera dihempap ​​pokok kelapa sawit yang tumbang ke atas rumah mereka ketika hujan ribut di Batu 9, Jalan Tanjung, Kampung Sijangkang, awal pagi kelmarin.

19 Januari 2012 - Kejutan berlaku di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi, dilantik sebagai exco kerajaan negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Ali.

F.    SELEBRITI- SELEBRITI TEMPATAN KELAHIRAN SIJANGKANG

1.    ZOY

Mohd Zohri Sukimi atau lebih dikenali sebagai ZOY ialah seorang pelukis komik tahun 1980-an yang masih lagi aktif berkomik dan berkartun hingga ke akhir hayatnya. Mohd Zohri Sukimi lahir pada 23 Januari 1959 di Kampung Sijangkang, Banting. Bapanya bekerja sendiri sebagai pekebun kopi, dan beliau merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Bermula dengan komiknya yang berjudul Pendekar Sijangkang dengan Penerbitan Knight. Karya-karyanya menyingkap kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan kebudayaan. Komik AYOKO merentas budaya dua negara iaitu Malaysia dan Jepun. Selain daripada menyumbang komik untuk akhbar Utusan Malaysia dan majalah FANTASI (awal penerbitan), beliau turut menjadi pengilustrasi beberapa penerbitan lain. Kini, beliau menjadi pelukis kanan di Berita Harian dengan menyumbang komik mingguan dengan Berita Minggu dan sebagai residen kartun politik syarikat tersebut.

Karya terakhir beliau ialah Permata dan Keris Gajah Sewu yang tidak sempat dihabiskan setelah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akibat Sepsis Secondary to Respiration Pneumonia.

2.    GMIE SCREEN

Gmie atau nama sebenar, Hajmi Ibrahim, menempa nama dengan kumpulan Screen dan popular dengan rangkaian lagu seperti Bila Cinta Didusta dan Tak Suka Tak Apa pada era 1990-an. Pada 2016, arwah menyertai pertandingan musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza (GV3) dan berentap hingga ke pentas akhir serta meraih tempat keenam.

Selepas hampir dua tahun diuji sakit buah pinggang berlubang, vokalis kumpulan Screen, Gmie, 50, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada jam 2.30 pagi tadi.Allahyarham Gmie  meninggalkan isteri, Siti Royani Gumari dan lima anak. Jenazah disolatkan di Masjid Jamiatul Islamiah, Kampung Medan, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Medan, Sijangkang, pada jam 10.30 pagi 

Allahyarham Gmie Screen


3.    ASMIRA SUHADIS











Asmira Suhadis dilahirkan di Sijangkang, Selangor, Malaysia, pada 18 Mei 1961. Ia menjalani kegiatan sebagai penulis bebas dalam berbagai genre kepenulisan. Puisi, syair, script, lirik lagu. Beliau pernah bertugas menjadi tenaga jurnalis, menjadi wartawan untuk majalah dan media tabloid. Asmira memulai masa kepenulisannya menulis cerita pendek untuk “Utusan Pelajar,” dan cerpen-cerpen remaja di tahun 1980-an. Ia memiliki pergaulan berbagai kalangan, salah satunya ia merasa senang mengenal “kaum peribumi.” Kaum dari masyarakat asli.

Beliau memenangi penulisan skrip TV, Misi di FINAS pada tahun 2003. Kemudian script yang ditulisnya itu diangkat menjadi drama seri di RTM (Radio Tv Malaysia). Menulis tentang perjuangan kaum Samai, untuk drama khas kemerdekaan RTM, Bah Tilot. Kemudian digarap menjadi drama musikal.

Kesuksesan kepenulisannya di penulisan skrip, Asmira pernah memenangkan di beberapa pertandingan menulis script drama, documenter terbitan FINAS, semenjak tahun 2003-2008.


4.    ATHOOL

Berasal dari Kampung Sijangkang, Kuala Langat, Selangor. Dilahirkan pada tahun 1973. Bersekolah di SK Sijangkang, Kuala Langat dan SM Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Mula berkecimpung dalam dunia seni kartun apabila mendapat kerja sebagai kartunis di majalah Gelagat pada tahun 1991 sewaktu berumur 18 tahun. Pada tahun 1994, bekerja sebagai pelukis komik di bawah pengurusan pelukis terkenal,Encik Jaafar Taib. Pada tahun 1995, bekerja di syarikat penerbitan buku, Delta Publishing. Kemudian bertugas di majalah Din Beramboi pada tahun 1997, majalah Cabai pada tahun 1998 dan majalah APO? Terbitan MOY pada tahun 2000. Juga pernah bekerja sebagai ilustrator di penerbitan Pustaka Yamien Sdn. Bhd. pada tahun 2001 dan melukis kartun untuk majalah Kedai Kopi, di bawah pengurusan kartunis Juragan.

Pada tahun 2003, bekerja di Zebra Editions sebagai pereka grafik buku sebelum mendapat kontrak sebagai pelukis komik di Bahagian Multimedia,Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2004. Pada tahun 2005 dan hingga kini, bekerja sebagai pelukis sambilan di syarikat penerbitan Telaga Biru untuk buku-buku motivasi dan majalah seperti Solusi dan Al-Ustaz. Pada tahun 2013, diberi peluang untuk menghasilkan buku kartun yang bertajuk, Ustaz Azhar Idrus Live.




G.     DESTINASI-DESTINASI MENARIK

1.     PASAR PAGI SIJANGKANG DAN SIJANGKANG JAYA

Salah satu keunikan  Pasar Sabtu Sijangkang adalah pasar ini merupakan salah satu pasar tani terpanjang di dalam daerah Kuala Langat. Bermula dari Jalan Mawar di Pekan  Batu Satu Sijangkang, pasar ini merentangi hingga ke Batu 7 Sijangkang. Pelbagai menu makanan moden dan  tradisional Melayu dan Jawa ada di sini, Kuih dangai, dan nasi ambeng unik di sini dan di Selangor dan Johor sahaja, di samping barangan basah pasar dan barangan kering dapur. Luangkan masa pagi korang sekeluarga di sini, bermula seawal 6.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Jika korang tidak berkesempatan ke sana pada hari Sabtu, usah gelisah atau kesal. Korang boleh repeat dengan pergi ke Pasar Tani pagi Ahad di Taman Sijangkang Jaya. Meskipun lebih pendek, namun korang takkan menyesal punya.








2.    Taman Rekreasi Paya Bakau Kg Sijangkang

Taman ini mula dibuka sejak tahun 2015. Di bahagian luarnya sahaja pun terdapat banyak kemudahan untuk beraktiviti. Ada taman permainan, sarang madu kelulut, tapak perkhemahan & bbq, medan ilmu, adventure track, jeti sampan, pondok rehat dan surau.

Di antara pokok-pokok yang tumbuh secara semulajadi di hutan paya bakau Kg Sijangkang pula dari jenis sinem, mata buaya, buta-buta, pyea-pyea dan gedabu. Terdapat beberapa jeti kecik di dalam taman rekreasi ini tetapi sewaktu lawatan air sungai sedang surut jadi tak dapatlah melihat sampan melaluinya. Laluan kayu (plank) juga dibuat sendiri hasil derma kayu, peralatan dan kudrat penduduk Kg Sijangkang.

Wujudnya taman rekreasi ini adalah cara penerapan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan ekosistem paya bakau secara santai. Penjagaannya mampu memberi pendidikan terhadap warisan sejarah serta flora dan fauna yang ada. Payau bakau juga berfungsi untuk menghalang hakisan ombak dan kemasukan air masin ke dalam sumber air minuman.

Perkhidmatan dan aktiviti lain yang disediakan seperti Memanah, bot penambang, peralatan sukaneka, katering, kanopi dan khemah.


Pemandangan-pemandangan yang mententeramkan jiwa outdoor pengunjung

Maklumat di bawah Atok dapat tentang Kg. Sijangkang dari Arkib Negara Malaysia dan Newspaper SG.  Atok minta maaf kerana maklumat ini tidak disusun mengikut garis masa, daripada yang terdahulu hinggalah yang terkemudian. Tapi tak apa, korang scroll jer mana-mana maklumat yang korang nak dan terus klik pada link yang berwarna biru itu. Insha Allah, akan keluarlah maklumat tersebut sama ada berupa dokumen, imej atau video. Kalau ada link yang terputus atau rosak, korang go over dan highlightkan link tersebut dan klik kanan untuk search the web. Kalau ada yang memang menarik perhatian korang, kongsilah bersama dengan Atok dalam ruangan komen di bawah,Okay? Wasalam.

RUJUKAN:






Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
PERSEKUTUAN - JABATAN
Sumber
:
Tarikh
:
 
Jenis Rekod
:
IMEJ
No Penerimaan
:
2008/0000053W
Hit
:
48
Subjek
:
PERISTIWA  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
PERSEKUTUAN - JABATAN
Sumber
:
Tarikh
:
9 SEP 1960
Jenis Rekod
:
IMEJ
No Penerimaan
:
2001/0027490W
Hit
:
42
Subjek
:
PERISTIWA  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
7 JUL 1921
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0216666W
Hit
:
27
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
13 APR 1911
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0157177W
Hit
:
26
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
7 SEP 1884
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0003602W
Hit
:
25
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
7 MAR 1908
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0141182W
Hit
:
24
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
23 FEB 1907
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0134024W
Hit
:
20
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
12 FEB 1907
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0134436W
Hit
:
18
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
21 JAN 1908
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0140254W
Hit
:
12
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok

  Penyediaan kemudahan awam secara sistematik  di Kuala Langat  hanya bermula apabila British menyediakan  sistem pentadbiran moden. Perkemb...