Isnin, 18 Mac 2024

Suasana Ramadan dan Syawal di Kuala Langat....Suatu Masa Dahulu

Salam Ramadan buat semua pembaca dan peminat blog Atok ini. Syukur ke hadrat Ilahi masih diberiNya kesempatan untuk berada dalam bulan yang mulia ini, bulan Ramadan Al Kareem. Bulan penuh rahmat,pengampunan dan keselamatan daripada api neraka. Cukup dan amat kita kesalkan andai Ramadan ini berlalu tanpa dapat kita manfaatkan sepenuhnya buat mengumpul sebanyak mungkin pahala daripada amalan dan ibadah yang kita lakukan. 

Apa sahaja ibadah yang pernah kita lakukan sebelum ini, marilah kita lipatgandakan sehingga 700 kali dengan rasa penuh kehambaan dan keikhlasan. Semoga setiap daripada kita umat Islam berkumpul semula di tempat asal kita, di Jannah, Syurga yang dijanjikan Allah SWT. Amin, amin ya rabbal ‘Alamin.

OKlah. Kali ini Atok bercerita tentang peristiwa dan suasana suatu ketika dahulu, pengalaman berada dan berpuasa serta seterusnya berhari raya di Kuala Langat. Bagi Atok yang dilahirkan, dibesarkan bahkan berkahwin di Telok Panglima Garang pun, suasana Hari Raya bersama sanak saudara masih terasa kemesraannya, apatah lagi apabila Atok menziarahi pusara arwah bapa dan emak Atok, masih tidak puas lagi Atok terus dambakan kasih sayang dan pengorbanan mereka. Peristiwa nostalgia dan duka bersama-sama mereka tetap Atok kenangkan. Cuma doa dan airmata mengiringi setiap kali Atok luahkan kalimat suci buat mereka. Semoga rahmat Allah bersama-sama mereka dan ditempatkan roh-roh mereka dalam kalangan mereka yang beriman.

Dalam menceritakan pengkisahan ini, Atok selitkan juga pengalaman peribadi Atok ketika di sana, tak terkesampingan nota dan fakta sejarah yang terpahat dalam sejarah Kuala Langat mengikut catatan rasmi di dada-dada akhbar suatu masa dahulu serta dokumen-dokumen rasmi tentang nya. Terima kasih tidak terhingga jua buat penyumbang foto yang Atok gunakan dalam penceritaan ini. Semoga sumbangan kita kepada generasi muda menjadi inspirasi buat mereka dalam mengintepretasi kehidupan di alam fana ini, agar selari dengan kehendak Agama suci kita.

Pekan Banting dalam era 1960-an

Pertama, Atok kupas peranan institusi-institusi berkenaan yang berkuasa dan bertanggungjawab perihal puasa, pendidikan, pengangkutan, keselamatan. Kemudian, kita analisis pula urutan peristiwa atau kronologi berpuasa, berhari raya serta perhubungan sosial sesama kita. Akhir sekali ringkasan peristiwa yang pernah dilaporkan suatu ketika dahulu. Ingatlah kata-kata pendeta, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Semoga jasa mereka terus kita kenangkan dan kita doakan mudah-mudahanmenjadi amalan jariah buat mereka di alam selanjutnya.

Jangan lupa komen, saran, kritik tentang apa sahaja yang korang inginkan. Moga dapat Atok manfaatkan untuk lebih berkarya dalam nuansa maya ini. Jadi, apa ditunggu lagi? Layan jer……

A.    PENTADBIRAN KERAJAAN

1.Peranan Jabatan Pelajaran Selangor

Jabatan Pelajaran Selangor telah mengeluarkan maklumat mengenai jumlah cuti persekolahan bagi Sekolah Melayu di Selangor pada tahun 1884. Jumlah cuti sepanjang tahun tersebut adalah selama 32 hari, kebanyakannya jatuh pada hari-hari kebesaran Islam. Namun, cuti mingguan iaitu pada hari Jumaat dan Ahad tidak termasuk dalam jumlah tersebut. Pada tahun 1893, cuti persekolahan bagi sekolah Melayu bermula dari 19 Mac hingga 23 April sempena bulan puasa dan 5 hari bagi Hari Raya Puasa. Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1894, cuti persekolahan bagi sekolah melayu bermula dari 8 Mac hingga 11 April sempena bulan puasa.

Pada tarikh 1 Disember 1902, Raja Haji Bot telah menghantar sepucuk surat kepada Residen Selangor ketika itu, A.R Venning untuk memohon cuti panjang sebulan sepanjang Bulan Ramadan kepada pelajar-pelajar Islam di sekolah-sekolah Inggeris. Permohonan ini dibuat kerana pada Bulan Ramadan Semua Orang Islam berpuasa dan mengerjakan perintah agama Islam. Namun begitu, permohonan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada Residen.

Pada tahun 1931, sekolah telah mengaturkan jumlah cuti yang hampir sama dengan bilangan hari persekolahan setahun. Cuti akan berlaku empat kali dalam setahun tetapi tempoh cuti lebih pendek berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Kalendar Persekolahan bagi setiap tahun terbahagi kepada tiga penggal yang diselangi dengan cuti persekolahan pada tahun 1953 dan 1954. Jumlah hari persekolahan dalam setahun pada tahun 1954 adalah sebanyak 204 hari dan cuti persekolahan yang paling lama ditetapkan pada akhir tahun.

Walaupun Sekolah Melayu biasanya bercuti setiap kali Bulan Ramadan tiba, amalan ini dilihat tidak praktikal kerana banyak bercanggah dengan takwim peperiksaan awam yang telah diaturkan. Tambahan pula, di negara-negara seperti Republik Arab Bersatu, Arab Saudi dan Pakistan sekolah masih dibuka semasa bulan puasa.

Pada tahun 1959, Kalendar Persekolahan Bersepadu diperkenalkan untuk mencapai keseragaman dalam penggal persekolahan dan tempoh bercuti sekolah di sistem pendidikan negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan mempromosikan bahasa pengajaran di semua sekolah terutamanya bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris di Sekolah Kebangsaan.

Cuti bulan puasa bagi Sekolah Kebangsaan di seluruh Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi isu kontroversial apabila Kementerian Pelajaran mengumumkan bahawa semua Sekolah Kebangsaan tidak akan ditutup semasa bulan puasa dalam satu-satu ketika baru-baru ini. Beberapa orang ibu bapa merasakan dasar ini bertentangan dengan adat tradisi sebagai orang Islam yang berpuasa sambil beberapa lagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan langkah ini kerana ia memberikan kesulitan kepada mereka untuk menunaikan fardhu puasa bersama-sama anak-anak mereka.

Cuti bulan puasa bagi sekolah kebangsaan di seluruh Persekutuan Tanah Melayu yang telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran baharu-baharu ini telah menimbulkan kemushkilan kapada sesetengah ibu bapa dalam daerah ini. Dalam bulan puasa yang akan datang semua sekolah kebangsaan di seluruh Persekutuan Tanah Melayu tidak akan ditutup. Sesetengah ibu bapa itu berpendapat bahawa dasar yang dijalankan oleh pihak yang berkenaan masih berbau penjajah.

"Waktu penjajah dahulu agama Islam yang telah diakui sebagai ugama rasmi diberi penghormatan yang agak tinggi dengan menghormati bulan puasa. Sekarang bulan puasa tidak mendapat penghormatan dari pemerintah," kata mereka.

Seorang bapa memberitahu Berita Harian bahawa jika bulan puasa sekolah kebangsaan tidak ditutup, mungkin sabilangan besar dari ibu bapa dan anak-anaknya tidak dapat menunaikan fardhu puasa. Beberapa orang ibu bapa yang lain pula telah menyatakan rasa tidak puas hati mengenai langkah yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran itu. 

"Langkah demikian semata-mata mendatangkan kesulitan kapada kami," kata seorang bapa. Mereka memberitahu Berita Harian bahawa sabelum dasar itu dijalankan, eloklah diubah semula menurut seperti biasa pada tiap-tiap tahun untuk menghormati bulan puasa itu.

Kalendar Persekolahan Sekolah Melayu di Selangor pada tahun 1884

Surat daripada Raja Bot kepada Residen Selangor dalam tahun 1902 berkenaan kebenaran bercuti kepada pelajar-pelajar Islam di Sekolah-sekolah Inggeris di Selangor

 Surat Pekeliling Kalendar Cuti Persekolahan Sekolah Melayu seluruh Selangor pada tahun 1953
 Surat Pekeliling Kalendar Cuti Persekolahan Sekolah Melayu seluruh Selangor pada tahun 1954


2.Peranan Jabatan Agama Islam Selangor

Bulan Puasa bermula hari ini di semua negara Islam dan semua umat Islam yang taat akan menjalankan puasa sebagai kewajipan suci. Di Selangor, puasa dirayakan oleh orang Melayu dan orang-orang Islam lain, bersamaan dengan seluruh dunia Islam. Bulan puasa, yang dikenali sebagai Ramadan, akan diteruskan selama 30 hari dan pada 1 Syawal, bulan berikutnya Ramadan, "Hari Raja Puasa" akan disambut. Puasa paling penting kepada umat Islam dan mana-mana pengikut Nabi yang didapati bersalah kerana melanggar kepatuhannya boleh dihukum di bawah undang-undang syariah di negeri ini.

Kadi, Penghulu, pembesar, ulama dan penduduk kampung Melayu di setiap bahagian meneropong untuk melihat anak bulan, tetapi kerana mereka gagal melihatnya maka, permulaan Bulan Puasa, ditangguhkan sehingga keesokan harinya. .Laporan pemerhati telah dihantar kepada Ketua Kadi Selangor, yang tinggal di Klang, dan dia telah menyiarkan notis di setiap masjid di negeri itu dan memaklumkan kepada ketua-ketua mengenai permulaan rasmi Puasa.

Dalam menjalankan puasa, umat Islam dilarang untuk menyentuh atau mengonsumsi makanan, minuman, atau tembakau. Hal ini sangat penting bagi umat Islam dalam menjaga ketaatan mereka pada ajaran agama dan merayakan bulan suci Ramadan dengan cara yang benar. Oleh kerana itu, perlu diingat agar selalu mematuhi aturan dan ketentuan yang telah ditetapkan dalam agama untuk memperoleh manfaat spiritual dan kesehatan optimal selama bulan Ramadan:

“(i) Tiada pekedai atau peniaga lain, yang tertakluk kepada Enakmen ini, boleh, dalam bulan Ramadan, antara setengah jam sebelum matahari terbit (fajar siddik) dan waktu matahari terbenam, menjual kepada mana-mana orang yang tertakluk kepada Enakmen ini, apa-apa barang makanan yang dimasak atau apa-apa  minuman atau apa-apa tembakau atau rokok untuk dimakan segera

“(ii) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (i) hendaklah apabila disabitkan di hadapan mahkamah Penghulu, atau jika tiada mahkamah Kadi sedemikian, atau jika tiada Mahkamah mana-mana di atas. perihalan yang mempunyai bidang kuasa, di hadapan Mahkamah Majistret, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua dolar pada sabitan pertama dan pada sabitan kedua atau seterusnya, denda tidak melebihi sepuluh dolar melainkan dalam kedua-dua kes dia membuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah, sebelum prosiding dijalankan, bahawa pembeli memperoleh makanan, minuman, tembakau atau rokok dengan alasan palsu.”

(III) Apabila dibuktikan bahawa mana-mana orang yang diambil bekerja oleh pekedai atau peniaga runcit yang tertakluk kepada enakmen ini, telah menjual pada bulan dan antara waktu yang dinyatakan dalam subseksyen (i) kepada mana-mana orang subjektif  kepada enakmen ini mana-mana artikel seperti yang dinyatakan dalam subseksyen tersebut, untuk kegunaan segera, pekedai atau peniaga lain itu hendaklah disifatkan telah melanggar peruntukan subseksyen (1) melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah yang sebelum itu prosiding dibuat bahawa penjualan itu dilaksanakan tanpa pengetahuan atau persetujuannya, dan bahawa dia telah mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan pematuhan yang sewajarnya dengan peruntukan sub-seksyen tersebut."

Subseksyen yang dipetik di atas terdapat di bawah tajuk kecil "Penjualan Makanan Bermasak Di Bulan Ramadan."

Pada tahun 1949, tidak ada pendakwaan di Selangor terhadap orang Islam kerana berbuka puasa pada bulan Puasa, kata Presiden Jabatan Mahkamah dan Hal Ehwal Agama, Inche Pateh Akhir, kepada Straits Times. Tiada kes yang datang. sebelum Mahkamah Kadi. Di bawah Enakmen Selangor Tahun 1938 adalah menjadi satu kesalahan bagi seorang Penyimpan kedai atau peniaga runcit atau pekerjanya yang beragama Islam membekalkan makanan bermasak atau apa-apa barang minuman pada bulan Ramadan kepada mana-mana orang Islam untuk dimakan segera pada siang hari. Amaran mengenai kesan ini  disiarkan di seluruh negeri pada bulan tersebut.

Dalam tahun 1958, Jabatan Agama Selangor meminta pihak polis menahan orang Islam yang tidak berpuasa pada bulan tersebut. Pihak Kadi diberi kuasa untuk mendenda pesalah. Kedai-kedai orang Islam telah diingatkan bahawa di bawah Enakmen Kesalahan Orang Islam tidak dibenarkan menjual makanan kepada orang Islam setengah jam sebelum matahari terbit sehingga satu jam sebelum matahari terbenam semasa bulan puasa.

Pada tahun 1966, daerah Kuala Langat sekali lagi menempa rekod yang baik kerana tidak seorang pun penduduk Islam yang tertangkap atas tuduhan tidak berpuasa dalam bulan Ramadan ini. Rekod saperti ini juga telah dibuat dalam tahun lepas. Seorang Jurucakap Pejabat Agama Islam Selangor menyatakan kapada Berita Harian bahawa beliau berharap rekod itu akan berulang lagi dalam tahun hadapan.

Pada 1 April 1963, sebanyak 29,291 orang Muslim di daerah Kuaia Langat dan Sepang telah membayar zakat fitrah mereka kepada amil-amil yang dilantik oleh Pejabat Agama Islam Selangor. Berita Harlan melaporkan bahawa jumlah pungutan tahun ini adalah sebanyak $29,291, iaitu lebih banyak daripada tahun sebelumnya yang hanya berjumlah $1,116.50.

Pada tahun 1969, seramai 105 orang Penolong Amil di daerah Kuala Langat telah dilantik oleh Jabatan Ugama Islam untuk memungut zakat fitrah penduduk-penduduk di kawasan tersebut menjelang Hari Raya Puasa. Di antara mereka, 54 orang bertugas di kawasan Kuala Langat Utara dan 51 orang bertugas di kawasan Kuala Langat Selatan. Mereka telah diberi tauliah dan pelbagai cara untuk menjalankan tugas oleh Enche Hamzah bin Haji Salleh, Pembantu Kanan Jabatan Agama Islam daerah Kuala Langat.

Penolong-penolong Amil kawasan Kuala Langat Utara telah menerima tauliah pada tarikh 22 November manakala Penolong-penolong Amil kawasan Kuala Langat Selatan telah menerima pada tarikh 24 November. Ini menunjukkan usaha yang dilakukan oleh Pejabat Agama Islam untuk memastikan pembayaran zakat fitrah dapat dilaksanakan dengan efektif dan berjaya bagi penduduk setempat.

3.Peranan Pihak Istana dan Pejabat Daerah Kuala Langat

Sementara itu, pada tahun 1888, Raja muda pernah memohon bedilan meriam dibunyikan setiap malam di Jugra pada waktu maghrib dan tengah malam untuk mengingatkan rakyat tentang waktu berbuka puasa. Mulai tahun tersebut, pada setiap tahun, ketika bulan puasa dan Hari Raya, meriam dibunyikan oleh pihak polis di Istana Jugra. Malangnya, pada tahun 1902, insiden kecederaan seorang anggota polis bernama Bahar berlaku ketika beliau mengisi serbuk letupan untuk membunyikan meriam lama milik Sultan Abdul Samad sebagai tanda berbuka puasa di Jugra.

Mulai 1941, Siren selama seminit mula digunakan menggantikan meriam untuk memaklumkan waktu berbuka pada setiap hari. Ketika zaman Jepun, amalan ini diteruskan. Dalam tahun 1948, penggunaan meriam tidak dapat digunakan atas faktor keselamatan ketika Darurat. Setiausaha Kerajaan Negeri, Selangor, berkata kerana Darurat tidak mungkin untuk mengatur tembakan senjata untuk menandakan jam berpuasa pada bulan puasa. Usaha akan dilakukan untuk mencari alternatif kepada tembakan senjata api. 

Polis mungkin diminta untuk mengumumkan setiap hari berbuka puasa dengan membunyikan siren pada bulan tersebut. Meriam dan mesingan kereta perisai harus berdiri di padang sebelah pejabat ini pada hari Ahad, 31 Mac 1957 jam 9 malam. dan jika anak bulan nampak perintah akan diberikan oleh pegawai jabatan ini untuk menembak pistol suar pada malam itu, dan jika tidak kelihatan maka menembaknya pada petang Isnin 1 April 1957 jam 6.45 malam.

Dalam tahun 1905, Naib Kadi Selangor telah memohon pendahuluan gajinya untuk hari raya dengan bayaran balik ansuran $15 sebulan. Kerajaan negeri membenarkan pembayaran 'pendahuluan' kepada kakitangannya setiap tahun menjelang Hari Raya Puasa. Dalam tahun 1960, Pada bulan tersebut, kakitangan Kerajaan Persekutuan yang beragama Islam akan bekerja mulai jam 8 pagi. hingga 2 petang sepanjang bulan Ramadan tahun tersebut. 


Jadual Penembakan Meriam untuk Bulan Puasa dalam tahun 1904

Jadual Penembakan Meriam untuk Bulan Puasa dalam tahun 1911

Jadual Penembakan Meriam untuk Bulan Puasa dalam tahun 1928


Waktu Berbuka dan Imsak bagi seluruh Selangor terpampang di dada akhbar setiap hari



B.    PERSIAPAN UNTUK BERPUASA DI BULAN RAMADAN

1.Program Gotong Royong Membersihkan dan Mengindahkan Masjid dan Surau

Institusi Masjid, bererti menjadikan masjid sebagai Pusat Pembangunan Islam yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah. Masjid bukan sekadar lambang dan syiar dalam kehidupan masyarakat Islam malahan lebih penting dari itu di mana masjid adalah nadi dan pusat kegiatan aktiviti umat Islam. Oleh itu kehebatan sesebuah masjid bukanlah bergantung kepada senibinanya semata-mata tetapi juga kepada tahap pengimarahannya. Oleh demikian umat Islam harus memantapkan lagi peranan masjid dalam usaha membangunkan ummah yang cemerlang memandangkan hubungan masyarakat Islam dan masjid tidak boleh dipisahkan kerana saling berkait dan saling memerlukan.

Sejarah telah membuktikan kewujudan masjid sebagai sebuah institusi yang penting di Zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana masjid dan surau berperanan sebagai pusat pembelajaran dan penyebaran agama Islam (Mohd Roslan & Wan Mohd, 2011). Jelas dalam catatan sejarah bahawa masjid telah memainkan peranan penting ke arah pembangunan insan dan masyarakat serta kegemilangan Tamadun Islam itu sendiri. Oleh itu di era moden ini umat Islam harus mempromosikan Masjid sebagai wadah penyatuan umat Islam serta menghidupkan kembali peranan Masjid dengan segala aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Dalam tahun 1884, permohonan Sultan Abdul Samad kepada Residen Selangor untuk pembinaan masjid baharu di Bandar, Jugra yang mana sebahagian daripada peruntukannya adalah daripada kutipan masyarakat seluruh daerah Kuala Langat dan daerah-daerah lain. Kemudian, dalam tahun 1897, satu permohonan Raja Muda untuk pinjaman $1500 bagi menyiapkan masjid di Bandar, Jugra diluluskan oleh Residen Selangor. 

Pada 28 Disember 1964, sebanyak empat buah masjid yang menelan belanja sejumlah $100.000 telah siap dibina di bawah ranchangan PLB daerah Kuala Langat dan akan dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Selangor selepas hari raya puasa. Masjid tersebut berharga $25.000  tiap2 satu.

Penduduk-penduduk Kampung melakukan gotong-royong membersih dan mengindahkan perkarangan masjid  sebagai persiapan menjelang kedatangan Ramadan. Gotong-royong seperti ini adalah program tahunan  dan ia adalah antara pendekatan diambil semua ahli kariah untuk memastikan pekarangan masjid sentiasa dalam keadaan bersih serta selesa bagi menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan. Program berkenaan sudah dirancang lebih awal dan tarikh untuk menjalankan gotong-royong  sebelum umat Islam mula berpuasa. program secara santai dan lebih kepada untuk merapatkan hubungan antara ahli kariah masjid.

Selain bergotong royong  membersihkan permaidani, kipas dan tingkap termasuk menukar lampu, membuang sawang,  mencuci longkang  dan menebas rumput rampai di sekitar surau, mereka turut mengecat semula bahagian masjid ini yang sudah kelihatan pudar disebabkan cuaca. Tumpuan khusus ialah membersih dalaman dan luaran surau dan juga tempat urusan jenazah yang agak kotor dan terbiar.  Amalan bersedekah dengan membersihkan masjid seharusnya dicontohi lebih ramai anak kariah kampung yang sudah berjaya tetapi tinggal di perantauan.

2.Program Gotong Royong Membersihkan dan Mengindahkan Kawasan Perkuburan Islam

Sama ada ia adalah menurut kehendak agama atau adat, membersihkan kubur adalah amalan yang baik, kerana jika sekian lama ianya tidak dibersih tentulah ianya dipenuhi semak. Kubur adalah tempat disemadikan orang yang dikasihi oleh waris, sewajarnya ianya diziarahi dan dibersih. Demikianlah menjadi adat yang murni setiap tahun penduduk melalui masjid dan surau mengadakan gotong royong membersih kubur. Para penduduk juga menonjolkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan aktiviti membersihkan tanah perkuburan di kampung. Aktiviti tersebut bertujuan untuk meningkatkan semangat kekitaan dan kebersamaan dalam masyarakat kampung. Ianya juga adalah sebahagian daripada usaha untuk menjaga kebersihan dan keindahan tanah perkuburan. 

Peserta-peserta sebagaimana diperingatkan di dalam pemberitahuan di masjid-masjid dan surau-surau agar membawa peralatan yang sesuai bagi gotong royong. Kerja-kerja yang dilakukan dari pagi ialah membersih kuburan dari tumbuhan liar (oleh waris), memotong pokok-pokok liar dan mencantas dahan-dahan pokok yang membesar, merumput dan menanam pokok-pokok hiasan. Membersih ruang tapak kubur yang akan digunakan dan membersih bahu jalan dan tepian sempadan kubur. “Tugas pembersihan tertumpu kepada pembuangan rumpai dan lalang di kawasan perkuburan yang bukan hanya mencacatkan pemandangan tetapi menghalang kesuburan tumbuhan lain di persekitaran sama.

Menziarah sambil membersihkan persekitaran kubur-kubur lama

3.Sumbangan Air Minuman dan Makanan untuk Jemaah Masjid atau Surau

Tidak lama lagi bulan Ramadan akan tiba dan sebagai persediaan ke masjid dan surau,  menyediakan air minuman untuk jemaah masjid dan surau masih belum ada. Program ini bertujuan untuk memudahkan jemaah minum ketika kehausan ketika menunaikan solat 5 waktu dan terawih nanti dan juga ketika mengaji. Lazimnya setiap tahun masjid dan surau di kampung sentiasa mengadakan tadarus secara berjemaah sehingga malam terakhir Ramadan. Kebiasaannya surau atau masjid juga menyediakan makanan atau minuman kepada jemaah yang sedang mengaji Al-Quran. Program air minuman sedekah lebih diperlukan untuk masjid dan surau di kampung terpencil yang lebih ramai jemaah yang melakukan tadarus Al-Quran, sama ada sebelum berbuka, selepas terawih dan setelah solat subuh.

4.Program dan Kuliah Agama PraRamadan

Ketika hampir tiba musim Ramadan, kita sudah bersiap siaga untuk meraikan satu bulan penuh berharga, penuh kemuliaan dan penuh keberkatan. Kita menyambutnya dengan penuh syahdu. Seminggu dua sebelum bulan puasa biasanya pihak masjid dan surau sudah menganjurkan kuliah-kuliah khas bagi mengulang sorot kembali fiqah puasa, perihal fadilat Ramadan, hikmah yang terkandung di dalamnya, kelebihan solat tarawih dan witir berjemaah serta sisi-sisi lain berkaitan pencerahan puasa. Pendek kata, menyiapkan minda, emosi, psikologi dan perisai rohani bagi menghadapi satu ujian kental kerohanian. 

Berjarak seminggu atau dua sebelum Ramadan, biasanya sudah terpampang gegantung “Selamat Datang Ramadan”, “Marhaban Ya Ramadan” atau “Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimat.” Semuanya ini menandakan kegirangan umat Islam untuk meraikan satu bulan agung penuh kelebihan.


C.    AMALAN-AMALAN KETIKA DALAM BULAN RAMADAN

Surau di kampung-kampung biasanya didirikan dengan semangat gotong royong. Di sinilah orang-orang kampung berkumpul mengaji dan berbuka puasa di bulan Ramadan. Sungguhpun surau hanya terbuat daripada papan, tetapi mereka di kampung merasa megah kerana suami iteri yang berbalah dibawa ka surau ini untok diperdamaikan. Bukan perbalahan suami isteri sahaja yang diselesaikan di surau,  bahkan perselisihan anak-anak kampung juga. Surau digunakan untuk dan tempat mengaji pada Jumaat. Setiap malam surau dipenuhi orang-orang tua dan muda. Anak-anak disuruh datang juga untuk mendengar sharahan agama.  Dahulu, orang sambut kedatangan Ramadan dengan satu ingatan sahaja, ingin berpuasa di siangnya dan bertarawih pada malamnya. Bulan puasa, ramai orang datang untuk sembahyang tarawikh. Pengumuman permulaan puasa dinanti penuh debaran. Ia bagai satu ujian kerana tidak ramai yang memiliki radio ketika itu, apatah lagi televisyen. Oleh itu hebahan terus tidak dapat diketahui oleh ramai penduduk.

Bagi penduduk kampung, secara tradisinya cara memaklumkan permulaan puasa ialah melalui pukulan ‘kentung’ (ketuk-ketuk) di surau. Ada juga tempat memanggil beduk. Ini dilakukan setelah mendapat maklumat sahih, misalnya daripada penghulu atau ketua kampung. Penduduk kampung yang memiliki radio dan mendengar pengumuman akan memaklumkan kepada imam untuk dibuat hebahan. Setelah sahih tarikh mula berpuasa, kentung akan dibunyikan pada malam tersebut. Pukulan kentung ini dalam nada berlainan daripada pukulan menandakan masuk waktu solat. Apabila  penduduk mendengar bunyi kentung khas ini mereka faham esok puasa bermula. Mereka yang sudah berada di surau pada malam itu akan terus menunaikan solat sunat Terawih.

Kentung sebagai alat Telekomunikasi suatu masa dahulu


Beduk sebagai alat Telekomunikasi suatu masa dahulu

Generasi Muda Penduduk Kg. Jenjarom meneruskan tradisi beduk keliling kampung mereka

Pasukan Beduk bergerak ini merapatkan hubungan sesama penduduk terutama ketika bulan Ramadan

Anak-anak muda juga akan pergi keliling kampung riuh rendah menguar-uarkan kepada penduduk bahawa esok puasa bermula. Suasana malam itu jadi meriah sekampung. Sebenarnya kentung atau tabuh memainkan peranan penting sebagai alat komunikasi dalami kalangan penduduk kampung ketika itu. Selain menandakan masuk waktu solat, ia juga memaklumkan mengenai kematian. Dalam bulan Ramadan fungsinya bertambah. Selain mengumumkan permulaan berpuasa, pada waktu Maghrib kentung dipalu menandakan waktu berbuka puasa dan solat Maghrib.

Bulan Ramadan menyerlahkan lagi suasana kemesraan dan hubungan mesra penduduk sekampung, khususnya dengan jiran berhampiran rumah. Apatah lagi dalam kalangan jiran ini pula saudara mara sendiri. Dahulu, apabila bulan Ramadan, amalan sedekah hanya berlegar di sekitar rumah dan jiran terdekat. dulu-dulu, orang sambut Ramadan dengan penuh kesederhanaan, makannya ala kadar, rasanya kurang pembaziran. Seawal hari pertama puasa kemesraan ini sudah terserlah apabila aktiviti tukar menukar juadah bermula, sama ada lauk pauk atau kuih muih. Inilah tradisi kampung yang sudah jadi amalan tidak bertulis. Emak Atok akan meminta Atok menghantar juadah ke rumah tertentu. Ada kala terus mendapat balasan juadah daripada tuan rumah yang dihantar. Jika tidak, esok lusa mereka pula menghantar juadah. Bayangkanlah, dengan membuat satu juadah atau kuih untuk disedekahkan ke rumah jiran, Allah menghantar kembali rezeki yang melimpah ruah apabila jiran-jiran tetangga ‘membalas balik’ dengan lauk atau titipan kuih muih. Satu jenis kita beri, kita dapat paling kurang tiga empat jenis yang berlainan! Beginilah moleknya tradisi masyarakat kampung. Apa yang dimasak oleh satu keluarga dinikmati sama oleh keluarga lain. Bukan sahaja dapat saling rasa merasai makanan tetapi juga menambah erat hubungan.

Berkongsi juadah berbuka bersama jiran-jiran menambahkan pahala berpuasa

Lagi satu trademark bulan puasa dulu dulu. Sekitar pukul 3 hingga 5 petang di TV1 akan menyiarkan drama bersiri Arab dalam hitam putih..Ceritanya tentang perjuangan Nabi kita dan sahabat-sahabatnya ketika berdakwah di Mekah. Begitu juga tentang peperangan menentang kaum kuffar. Begitu menginsafkan. Seronok kami menontonnya  sebab ada sarikata.

Ketika bulan Ramadan, masa umur Atok belasan tahun. Selepas habis tengok drama ‘Rumah Kedai’, Atok akan naik motor keliling kampung. Dulu-dulu mana ada bazaar Ramadan?  Kenapa Atok ke Segenting, jalan lama ke Bandar, Jugra? Isy,isy,isy...korang ingat Atok ke sana nak cari lauk berbuka  ke? Jahatnya korang! Atok bukan lelaki sebegitu. Memang masa itu Atok selalu ke jeti feri Pulau Carey, tapi Atok ke sana naik motor bersiar-siar sementara menunggu waktu berbuka tiba. Memang, ramai yang ke sana berbuka puasa awal bersama-sama Keling dan Cina, tapi Atok tidak. Gua geng Surau maa...Hehehe. Sengaja Atok naik feri mundar mandir ke Pulau dan Segenting. Time tu air sungai tengah pasang. Airnya hijau  macam air tebu. Hilang sikit dahaga puasa bila memandang aliran sungai ketika itu. Masa itu jambatan ke Pulau Carey belum ada lagi. Jambatan ke Kg. Sawah lagi ler tak ada. Yang ada feri pontoon untuk bawa pejalan kaki, kereta-kereta, dan lori-lori sawit keluar masuk dari pulau tersebut ke tanah besar melalui Telok.

Pekan Banting menjadi tumpuan membeli belah bagi ramai penduduk Daerah Kuala Langat pada sapanjang bulan puasa."Taman Selera" yang terletak berhadapan dengan pasar besar yang salama ini menjadi pusat orang ramai membeli belahlah yang paling meriah.. Menjelang rembang petang di tepi-tepi kaki lima kedal dan juga di tepi jalan raya penuh sesak dengan anak-anak muda mencari peluang menjeling dan bertegur sapa. Semenjak awal Ramadan lagi, juadah-juadah yang dijual berjenis-jenis  itu cuma diletakkan di atas peti-peti kecil atau bakul-bakul jaras yang dibuat sendiri dengan beratapkan payong.

"Kami menjual cuma kuih-kuih jenis lama dan biasa dibuat sahaja", kata sa-orang gadis sunti murid Sekolah Kebangsaan Banting. Dia menolong ibunya menjual juadah. Saya tanyakan kalau-kalau dia ada membuat kuih-kuih jenis baharu. Katanya: "Kuih jenis chiptaan baharu itu bukanlah sukar mengolahnya. Saya pun ada menjualnya. Ini jenis apam moden. Bentuknya kecil dan merekah di atas." 

Gadis sekolah belasan tahun itu memberitahu saya ia menolong ibunya menjual kuih yang beraneka jenis rupa dan bentok. Dia belajar mencari wang lebih untuk belanja Hari Raya.

Seorang petani dari Kampong Sungai Kelambu Dalam adalah di antara beberapa orang petani termasuk kaum ibu yang menjual hasil tanamannya di Taman Selera. Pukul 2.00 petang setiap hari dia sudah sampai di Banting untok mengatur segala jenis jualan hasil pertanian yang diusahakan bersama keluarganya di kampung. "Dengan jualan ini dapat juga sedikit sebanyak wang membantu untuk belanja bulan puasa dan Hari Raya terutama membeli buku anak-anak menjelang persekolahannya tahun depan", katanya. Selain ini akan didapati berjenis-jenis sayuran kampung seperti kacang panjang. terung, timun, keladi. kacang bendi, tomato. petola, pisang, daun meranti, cili, serta ubi kayu.

Gambaran Taman Selera berdepan dengan Pasar Basah Banting dalam tahun 1960-an

Kalau masuk bulan Ramadan, imam, bilal dan beberapa orang AJK Masjid atau surau akan berbuka puasa di surau dan seterusnya berjemaah Maghrib, isyak dan Tarawih sekali. Waktu berbuka yang mana datang, akan bawa  Juadah dari rumah untuk dikongsi bersama. Usai tarawih dan witir biasanya disediakan sedikit jamuan dikenali moreh. Moreh menjadi kemestian. Ada kumpulan AJK masjid yang menyiapkan moreh atau menyusun juadah yang dibawa oleh penduduk-penduduk kampung mengikut giliran. Waktu Moreh memang seronok sangat untuk kami yang budak-budak ini. Makan dan juga bungkus bawa balik.. 

Sebelum kumpulan tadarus membaca ayat-ayat suci al-Quran. seorang demi seorang membaca sambil melakukan semakan. Jika berkemampuan, biasanya sebelum 25 Ramadan akan diadakan majlis khatam al-Quran. Juga disarankan  penyediaan jadual untuk seisi keluarga bersama-sama memuliakan bulan Ramadan ini dengan amal ibadah seperti jadual membaca al-Quran, berzikir dan berselawat setiap hari.

Dalam tahun 1967, Menteri Besar Selangor, Dato Harun bin Idris telah mendermakan minyak tanah kapada seluruh masjid dan surau dalam kawasan pilehan rayanya di Morib. Derma minyak tanah itu adalah untuk kegunaan orang yang bersembahyang taraweh dan bertadarus dalam bulan puasa. Tiap sebuah surau mendapat sebanyak satu tin manakala sabuah Masjid mendapat dua tin minyak.

Hujung minggu usai solat Subuh, biasanya diisi dengan kuliah pengajian. Bergilir-gilir pendakwah atau ustaz jemputan diundang bagi mengisi kuliah pengajian hujung minggu. Kuliah biasanya memperkukuhkan lagi kefahaman beragama jemaah, peri pentingnya mematuhi kehendak syariat, hidup beragama, mematuhi tatacara dan etika kehidupan berlandaskan tujuan agama, juga kaitannya dengan maqasid berpuasa. 

Dahulu, Qiyamullail di bulan Ramadan jarang dibuat orang. Jika ada pun, lebih bersifat individu. Sekarang, qiyamullail dah jadi macam tradisi, khususnya pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Bahkan, ada orang ambil cuti 10 hari terakhir itu untuk memudahkannya beriktikaf di masjid. Itulah rutin kelaziman yang dilalui sejak sekian lama. 

Justeru, kita sebagai umat Islam harus bersyukur dan memanfaatkan sepenuhnya 'kebebasan' mengimarahkan masjid dan surau yang diberikan itu. Apabila kita menghidupkan rumah Allah bersempena bulan mulia ini, maka rahmat ALLAH SWT akan turun. Apatah lagi jika kita menjalankan majlis seperti solat sunat hajat dan meminta doa dengan lebih khusus, lantaran itu kehidupan kita akan lebih stabil, ekonomi stabil dan ukhuwah di masjid serta kejiranan juga akan lebih baik. 


D.    PERSIAPAN UNTUK AIDIL FITRI DI BULAN SYAWAL

1.Membayar Zakat Fitrah

Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah. Yang pertama adalah harus iaitu membayar zakat fitrah setelah masuknya bulan Ramadan. Waktu wajib pula ialah pada malam satu syawal dan afdal pula membayar pada pagi hari raya iaitu setelah terbitnya matahari sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri. Manakala selepas selesai solat sunat Aidilfitri hukumnya adalah makruh sementara melewatkan pembayaran sehingga luput satu Syawal hukumnya adalah haram. 

Sesungguhnya terdapat syarat-syarat yang mewajibkan seseorang itu mengeluarkan zakat fitrah dan di antaranya seseorang itu mestilah beragama Islam, mampu untuk mengeluarkan zakat fitrah dan masuknya waktu untuk mengeluarkan zakat. 

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:

Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”

                                                                                                                  (Riwayat Muslim: 984)

2.Berbelanja untuk Hari Raya

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut 1 Syawal, lagu-lagu klasik malar segar bertemakan hari raya era 1980-an hingga 1990-an semakin rancak diputarkan kembali di corong-corong radio bersama lagu raya versi baharu yang tidak kurang sedapnya menangkap di telinga. Tidak ketinggalan, syarikat korporat yang sinonim dengan penerbitan iklan raya saban tahun juga sudah mula menayangkan 'cerita' masing-masing di kaca televisyen dan media sosial.

Secara umumnya kebanyakan masyarakat kita di Malaysia memang gemar untuk berbelanja berlebihan terutama di musim perayaan. Menjelang musim perayaan, kita sangat sinonim dengan ungkapan seperti “Apa salahnya berbelanja lebih, rayakan sebulan dan hanya setahun sekali”. Ramai dalam kalangan masyarakat kita sanggup berbelanja lebih daripada kemampuan mereka semata-mata untuk memenuhi tuntutan emosi dan nafsu. Pengguna juga sering terperangkap dengan pelbagai taktik iklan jualan murah sempena musim perayaan. Malah ada dalam kalangan pengguna yang menggunakan kesempatan ini untuk berlumba-lumba dengan rakan dan jiran bagi mempamerkan koleksi terbaru raya mereka. Tidak ketinggalan ibu bapa antara golongan yang paling sibuk menyediakan segala keperluan pakaian baharu untuk anak dan paling mencabar untuk menepati tema raya sedondon. Hakikatnya, tidak kira sama ada yang sudah berkeluarga atau masih bujang, tetap pening memikirkan apa yang sesuai dan cantik dipakai dari kepala sampailah ke hujung kaki untuk digayakan semasa berhari raya nanti.

Fenomena ini bukanlah sesuatu yang baik dan harus diamalkan saban tahun terutama sekali dalam situasi ekonomi semasa yang menyaksikan peningkatan kos sara hidup. Ramai yang sanggup membuat hutang baru semata-mata ingin memenuhi selera dan nafsu untuk menyambut hari raya. Kebanyakan masyarakat lebih mengutamakan perbelanjaan semasa tanpa melihat keperluan dan kepentingan untuk perbelanjaan masa hadapan terutama selepas musim perayaan. Utamakan soal “kesederhaan” dalam semua aspek kehidupan termasuk persiapan dan perbelanjaan musim perayaan. 

Jualan songkok di pekan Banting sempena Hari Raya memang dilakukan oleh penduduk-penduduk Kuala Langat saban tahun .Gambar di atas diambil dalam tahun 1969.




Ada juga penduduk-penduduk Kuala Langat yang sanggup membeli belah untuk Hari Raya sehingga ke Klang bahkan ke Kuala Lumpur


3.Membuat kuih muih untuk hari Raya

Kuih raya akan dibuat bersama-sama keluarga seminggu sebelum raya menjelma. Masyarakat dulu akan meluangkan masa bersama keluarga bagi membuat kuih raya bagi dihidangkan kepada mereka yang datang beraya. Kuih raya yang biasa dibuat adalah kuih tart, kuih suji, kuih buah gajus dan banyak lagi.Walaupun Nampak sukar, aktiviti membuat kuih raya ini dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini kerana kita akan berinteraksi dan meluangkan masa yang lama semasa proses pembuatan kuih raya. 

Dalam tahun 1953,  sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Menteri Besar sedang mengumpul dana untuk membeli makanan dan minuman serta mengadakan hiburan. Jawatankuasa daerah telah dibentuk di Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Ulu Langat dan Ulu Selangor untuk anggota pasukan keselamatan beragama Islam yang berkhidmat di Selangor. 

Malah pada tahun 1966, Pergerakan Kaum Ibu UMNO Bahagian Kuala Langat sedang sibuk membuat kuih "bahulu" untuk didermakan kapada seramai 4,000 orang Perajurit-perajurit, Polis Diraja dan Pasukan Keselamatan yang sedang bertugas di Sabah, Sarawak dan Sempadan Siam, pada Hari Raya Puasa ini. Kerja ramai-ramai membuat kuih Bahulu ini di langsungkan di rumah Yang Berhormat Inche Hormat bin Rafe'i, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang juga menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Kerajaan Negeri Selangor di No. 1. Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

Kuih untuk Tentera dilakukan secara beramai-ramai di Telok Panglima Garang dalam tahun 1966


4.Pulang ke Kampung Halaman

Sekitar 1980-an dan 1990-an, sewaktu pertumbuhan ekonomi pesat dan negara mengalami urbanisasi yang tinggi, puluhan ribu anak muda mula berhijrah ke kawasan bandar sama ada untuk menuntut ilmu, bekerja, berniaga atau mencari peluang kejayaan. Daripada mengisi pekerjaan kilang hinggalah ke kerja 'gomen' rata-rata anak muda dari kawasan pedalaman seterusnya berkahwin dan bermastautin di bandar. selain daripada melihat anak bulan, satu petanda bahawa hari raya semakin dekat ialah dengan mengira jumlah kereta yang lalu lalang di jalan raya. Pada ketika itu boleh dikatakan Kuala Lumpur menjadi lengang dan sunyi.

Sudah menjadi kemestian semua mesti balik kampung sehari sebelum raya untuk berkumpul ramai-ramai. Anak-anak yang merantau di Ibu Kota akan pulang menaiki kereta, motosikal, ataupun pengangkutan awam lain. Daripada menaiki bas hinggalah kepada keretapi Ekspress Rakyat, budaya balik kampung menjadi sebahagian identiti hari raya - samalah seperti rendang, lemang, ketupat, pelita dan baju raya. 

Atok ingat lagi pengalaman belajar di luar negara, Amerika Syarikat. Ketika itu Atok baru jer berumur 20 tahun. Time rayalah masa yang paling mengharukan. Walaupun ramai kengkawan yang sama-sama tak balik, tapi ketika kedengaran lagu-lagu Raya dari kaset-kaset yang kami bawa, tanpa disedari bergenang air mata. Walaupun seronok beraya dengan kawan-kawan sekuliah di perantauan, tetapi kami kalah dengan kenangan beraya bersama keluarga di kampung. Cukuplah sekali beraya di Amerika. Atok bertekad takkan ku ulangi beraya tanpa keluarga di sisi. Mulai tahun depannya, setiap tahun Atok siapkan tambang tiket kapal terbang, walau beribu dolar harganya pun, untuk kembali ke pangkuan keluarga, setiap kali cuti musim panas tiba. Atok sepi tanpa keluarga. 

Sudah pasti apabila tibanya hari raya, maka dibawalah menantu dan cucu-cucu untuk bertemu opah, atok, nenek dan tok wan yang berada di kampung.  Bila ramai-ramai balik kampung, tak cukup bilik di rumah Atok dan Nenek untuk semua orang. Makanya yang anak-anak akan membentang tikar, tilam span, toto dan tidur beramai-ramai di ruang tamu. Semasa musim perayaan sahajalah kita boleh merasa kemeriahan suasana seperti ini.  Habis sahaja bentang toto terus berlumba-lumba cop tempat dengan bantal. 


5.Menghias Rumah dan kawasan halaman

Hari Raya pasti akan lebih menggembirakan sekiranya rumah dihiasi dan dibersihkan kerana ia dapat menaikkan semangat tidak kira tuan rumah atau para tetamu yang berkunjung. Selain meningkatkan suasana di rumah, pembersihan juga berperanan menjaga rumah yang bebas dari debu dan habuk agar lebih sihat. Pastikan setiap kawasan dan sudut rumah dibersihkan, potong rumput dan bersihkan longkang serta cabut semua pokok-pokok renek. Aktiviti di kampung bersama anak-anak sempena cuti sekolah. Buka langsir. Keluarkan karpet, tepuk habuk. Buka sarung kusyen dan pasang sarung ganti. Sapu debu, lap tingkap, kipas dan dinding ruang tamu. 



Tentang kemajuannya yang dikatakan pesat sememangnya pesat.  Kalau kita berjalan-jalan ke pekan Banting pada waktu malam, apa yang akan kita nampak? Penghuni rumah-rumah di tepi jalan membuka jendela rumahnya,  maka terlihatlah  akan cahaya lampu neon. Sungguh menyeronokkan. Mereka yang mempunyai peti TV pula diletak setentang dengan jendela (ternampaklah dari jalan raya). Yang menariknya lagi ialah langsir-langsir rumah semuanya dipasang, rumah dahulunya tidak bercat, sekarang dicat kemas dan nampak baharu.

Mendapat kad raya atau memasang pelita buluh untuk malam tujuh likur? Itulah antara tradisi Hari Raya yang semakin pudar dan dilupakan seiring dengan peredaran zaman. Kalau dahulu pemberian kad raya ini antara benda wajib yang akan dilakukan, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Memori pemberian kad raya ini sememangnya meninggalkan sentimental value dalam diri seseorang. Malah, ada yang menghabiskan masa berjam-jam lamanya memilih kad raya dan sanggup beratur di pejabat pos untuk membeli setem. Kad raya yang diterima biasanya digunakan untuk menghias rumah menjelang Hari Raya. Kad raya akan digantung di sana sini atau ditampal di dinding-dinding rumah.

Jualan Kad Raya pelbagai jenis dan corak menarik perhatian pembeli

Amalan menghiasi halaman rumah dengan menyalakan pelita menjadi adat dan tradisi masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman setiap kali menjelangnya bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.Ini adalah tradisi biasa yang akan berlaku pada setiap tahun.  Bila tiba bulan Ramadan, dulu baru hari pertama puasa, dah ‘excited’ cari kayu dan pacakkan keliling rumah untuk sangkut pelita.  Pelita dipasang di halaman rumah, masjid, surau dan jalan-jalan yang utama. seminggu sebelum raya, kaum Adam sudah sibuk masuk ke hutan untuk mendapatkan buluh bagi dijadikan pelita yang menggunakan minyak tanah, 

Malam tujuh likur yang menjadi sebahagian daripada budaya setempat pada setiap bulan Ramadan. Di kampung-kampung dahulu menyaksikan malam tujuh likur sebagai hari masyarakat desa menyiapkan juadah untuk menyambut tibanya Aidilftri. Berhubung tradisi memasang pelita atau dipanggil juga panjut pada masa itu, ia dikatakan bagi membantu mereka yang menuju ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Orang kampung memasang pelita sepanjang Ramadan juga sebenarnya sebagai simbol meraikan bulan mulia itu dan menjadi penyeri setiap rumah kerana mereka pada waktu itu tiada kemudahan elektrik seperti hari ini dan tidaklah boleh dianggap sesuatu yang bersalahan dengan agama. 

Penghujung Ramadan suasana meriah makin terasa. Apabila menjelang hari raya, pemasangan pelita menjadi semakin rancak terutamanya yang disebut sebagai malam ‘tujuh likur’. Bila malam punyalah meriah dengan cahaya pelita sekeliling rumah.  Pelita dipasang di sekeliling rumah dan di sepanjang jalan di kampung untuk menerangi dan menceriakan suasana pada waktu malam bagi menyambut ketibaan bulan Syawal. Kepelbagaian jenis pelita, hiasan dan kreativiti menggunakan bahan-bahan terbuang tradisional dan moden menambahkan keceriaan suasana. Pendek kata, kalau dahulu semua ibarat berlumba-lumba rumah siapa yang paling banyak pelita. Lampu panjut mula menyerikan kawasan sekeliling rumah. Di dalam rumah yang biasanya diterangi minyak tanah diserikan oleh cahaya lampu gasolin yang cahayanya menerjah terang hingga ke halaman rumah.

Satu kampung akan meriah dengan dentuman mercun, percikan bunga api dan orang ramai lalu-lalang. Bunyi mercun atau meriam juga mula kedengaran di sana sini. Kemeriahan Aidilfitri mula melanda seluruh kampung. Kemeriahan dan kegirangan ini berterusan sehingga munculnya fajar Aidilfitri.

Pemasangan pelita pada malam Tujuh Likur menarik perhatian penduduk kampung terutama  kanak-kanak.

Saban tahun lagu ini pasti berkumandang di udara terutama menjelang Aidilfitri.  Sekalipun lagu baru datang dan pergi, lagu klasik Selamat Hari Raya nyanyian Allahyarham Puan Sri Saloma versi rakaman 1973, tetap menjadi pilihan peminat. Dahulu elemen hiburan memang kurang.  Yang ada cuma radio dan wayang gambar, jadi lagu mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat.  Ketika itu (lewat 1950-an) juga, lagu raya cuma ada beberapa kerat saja termasuk Suara Takbir nyanyian Tan Sri P Ramlee.  Kemudian pada era 60-an, barulah datang lagu Datuk Ahmad Jais, Allahyarham S Jibeng dan Allahyarham Fazidah Joned. Lagu-lagu klasik hari raya termasuk nyanyian P Ramlee (Dendang Perantau) dan Saloma kerana ia sentiasa mendapat permintaan dan sukar ditandingi album kompilasi lagu raya pada zaman ini.  Selain itu, lagu raya era 1970-an nyanyian Datuk Sharifah Aini, Uji Rashid & Hail Amir, Sanisah Huri, Allahyarham Datin Rafeah Buang dan Datuk DJ Dave juga cukup mesra telinga.

6.Persiapan  Menyambut Hari Raya di Kuala Langat

Bahan-bahan berikut Atok ambil terus daripada Arkib Akhbar di Singapura. Sengaja Atok biarkan penulisan lamanya agar nampak ‘real’ atau tulin dengan garis masanya.

13 December 1968 - Walaupun di masa akhir2 ini harga barang2 runchit dan perabotan di setengah2 kedai di Pekan Sungai Manggis, Banting dan Morib naik harga tetapi tidak menjadi halangan kapada orang ramai membelinya menjelang Hari Raya Puasa ini. Harga barang2 yang paling mengejutkan kenaikan kapadanya ialah bawang besar yang dahulunya biasa dijual dengan harga 25 sen sekati sekarang telah meningkat 60 sen sekati. Bawang kechil dahulu sen sakati. sekarang meningkat kapada 50 sen hingga 55 sen, telor ayam biasa 8 atau 9 sen sekarang naik 13 sen atau 4 biji 55 sen, lada kering saperti biasa $1.00 satu kati.

Kedai2 kain dan keda12 pinggan mangkok tidak putus2 di-kunjongi oleh mereka terutama dua tiga hari ini. Kedai menjual barang2 kemas telah juga menjadi tumpuan orang ramai tidak berhenti2. terutama orang tua di  kampong2 membeli paun dan ringgit emas dengan harga sederhana. 

Pekan Banting mempunyai sebanyak 132 tuah kedai dari berbagai2 jenis jualan itu. Hanya tiga empat buah kedai sahaja yang paling laris menjual kain baju dan kasut. Sa-orang perawan dari Kampong Sijangkang memberitahu bahawa ia sudah menghabiskan wangnya hampir $100. membeli pakaian Hari Raya, mengganti kushen kerusi. lapek bunga dan langsir jendela.

"Saya terpaksa bersiap lebeh awal kerana ramai rakan sajawat hendak datang di Hari Raya. Jadi tidaklah penat bila Hari Raya," katanya. "Rumah kampong ni kalau serba sadikit tidak dihias tidak sedap benar dipandang. terutama mungkin sidia tu datang. malu rasanya kalau bersepah sahaja." katanya.

8 December 1969- Orang ramai dari seluroh pelusok kampong daerah Kuala Langat sejak beberapa hari lalu telah bertumpu ke Pekan Banting membeli belah untok menyambut hari raya. Sejak pagl lagi orang ramai berduyun2 membanjiri jalan2 raya, kaki lima kedai dan di Pekan Sari Mara yang di-buka tiap2 hari Ahad.

Menjelang hari Raya Puasa ini gangguan bekalan kuasa letrik di-daerah Kuala Langat diharapkan tidak akan berulang lagi sabagaimana Hari Raya tahun lalu. Di masa akhir2 ini gangguan perbekalan kuasa letrik selalu berlaku dan ada yang mengambil masa sampai 8 hingga 12 jam. Paling sengkat gangguan berlanjut satu  dan tiga jam. Satengah2 ahli perniagaan mengalami kerugian. Bagi tuan punya kedai ice-cream di-Pekan Banting pula berkata: "Saya akan kerugian banyak dan salagi gangguan karan letrik itu tidak baik salama itulah saya tidak dapat menjual ice-cream."

Pendudok2 yang menggunakan letrik ia-lah dari lima buah buah kampong dan dua buah kawasan pekan kechil di-Kuala Langat. Mereka baharu mengenal yang kuasa letrik kira2 satahun yang lalu mengharapkan supaya tahun ini lampu letrik tidak akan padam. Juruchakap Letrik Negara Lembaga memberitahu bahawa gangguan bekalan letrik itu disebabkan saloran ka daerah Kuala Langat ini hanya satu sahaja. "Di satengah2 tempat tempat di-dapati saloran nya teerputus kerana pokok tumbang dan jalan pechah disebabkan hujan,"kata-nya.

7.Mendengar Pengumuman Hari Raya

Pada tahun 1915  Dalam F.M.S. tahun ini Khamis adalah Hari Raya Puasa yang diiktiraf secara rasmi, tetapi di Negeri-negeri Selat hari Jumaat dipilih.Di Selangor, tempoh tersebut diambil pada jam 4.30 pagi. dan 6.45 petang., di mana kemudiannya beberapa das tembakan meriam diletupkan, memberitahu orang Islam bahawa, untuk hari berikutnya atau sepuluh jam, mereka boleh makan sesuka hati

Pada zaman 1960-an, 1970-an, 1980-an dan awal 1990-an, pengumuman tarikh Aidilfitri penuh teka-teki dengan unsur kejutan  Nescaya, ada yang suka atau tidak suka dengan kejutan. Bagi sesetengah suri rumah, 1 Syawal mengejut menyusahkan mereka membuat persiapan akhir seperti memasak kuih-muih, rendang dan sebagainya kerana ada bahan yang tidak boleh dimasak terlalu awal.  Kaedah melihat anak bulan Syawal diubah pada 1993 iaitu penentuan awal Ramadan dan Syawal menggunakan kaedah rukyah dan hisab. Pendeknya, awal Ramadan dan 1 Syawal sudah boleh dijangka. 

Sebenarnya, ada tiga amalan berbeza dalam menentukan awal bulan hijriah. Amalan itu ialah rukyah, iaitu melihat anak bulan semata-mata, hisab falak semata-mata serta rukyah dan hisab menggunakan kriteria imkanur rukyah, iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan atau hilal.

“Dulu-dulu, pengumuman tarikh hari raya, amat menyeronokkan. Bayangkan semua ahli keluarga dalam rumah ‘terpacak’ di hadapan televisyen menunggu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh Aidilfitri seperti lazimnya berlaku pada 1960-an, 1970-an dan 1980-an.“Golongan wanita pula akan terus sibuk di dapur, membakar kuih-muih, ketupat, memasak daging dan ayam, selain mula mempersiapkan langsir baharu. Satu keluarga juga sibuk menjalankan aktiviti mengacau Dodol, membuat Ketupat, memasak Rendang, dan membakar Lemang. Semuanya fokus dengan kerja masing- masing

Malam tujuh likur sering dikaitkan dengan malam Lailatul qadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut pahala yang berlipat ganda apabila malaikat dan akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Takbir raya di masjid memeriahkan lagi suasana. Program televisyen pula tiba-tiba bertukar dengan pelbagai bentuk hiburan, diselang seli takbir raya. 


E.    AKTIVITI-AKTIVITI KEAGAMAAN DAN SOSIAL DI BULAN SYAWAL

1.Solat Hari Raya dan Istana Terbuka bersama Pihak Istana

Selama sebulan yang lalu, yang dipanggil Ramadan, umat Muhammad di semua bahagian negara dan khususnya di Negeri-negeri Melayu, telah mematuhi salah satu ajaran agama mereka yang paling ketat, dan telah, tidak kira bagaimana seseorang itu diletakkan pada tangga sosial atau kewangan, dengan sengaja berpuasa, "antara setengah jam sebelum matahari terbit dan matahari terbenam."

Dalam tahun 1932 dan 1957, tumpuan orang Melayu Selangor pada Hari Raya Puasa adalah pada sebuah perkampungan kecil yang terletak di tempat yang paling tidak menarik, di antara anak sungai dan sungai dan dataran pantail yang terletak di barat daya Port Swettenham. Kampung yang dinamakan Bandar ini tidak dapat dipisahkan dengan kerabat diraja Selangor. Sekurang-kurangnya dua orang Sultan pernah tinggal di Kg. Bandar.  Sentiasa pada hari itu Sultan meninggalkan istananya di Klang dan pergi ke Bandar untuk beribadat di masjid di sana,bukannya di masjid Negeri yang mengagumkan di Klang atau Kuala Lumpur. Ini adalah kerana Bandar mempunyai ikatan istimewa dengan kerabat diraja Selangor. Sekurang-kurangnya dua orang sultan telah tinggal di sana iaitu Almarhum Sultan Abdul Samad dahulu, dan Sultan Suleiman yang telah tinggal di sana semasa kanak-kanak. Sultan Suleiman yang kebanyakan masanya bermastautin di istananya di Klang, mengekalkan rasa sayang yang kuat untuk kampung yang aman dan terpencil ini, bersama-sama jemaah yang merangkumi ahli-ahli kerabat diraja dan semua pembesar bersolat sunat Hari Raya di sebuah masjid yang mempunyai kepentingan peribadi baginda. Di masjid ini, pada pagi Hari Raya Puasa, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, sebagaimana layaknya ketua agama Islam di negerinya, menaiki mimbar tinggi dan bertitah kepada jemaah yang merangkumi semua anggota utama keluarga diraja dan pembesar- pembesar Selangor.

Justeru, Sultan dan pembesar-pembesarnya datang dan pergi ke Bandar pada Hari Raya Puasa; kaum petani berkumpul dengan pakaian perayaan mereka untuk melihat orang-orang kenamaaan ini beribadah dan menerima layanan istimewa untuk satu hari yang berharga dalam setahun kehidupan mereka  sambil berhari raya bersama baginda. Ketika Hari Raya Puasa di rumah tradisi ini, Sultan Selangor bergerak di kalangan pembesar dan rakyatnya tanpa sebarang simbol, manusia atau sebaliknya. Sebuah bangunan yang panjang dan rendah, dihiasi dengan riang, yang terletak di sepanjang satu sisi halaman. Di pintu masuknya semua orang menanggalkan kasutnya dan berjalan melalui sekumpulan orang Melayu yang duduk di lantai bangunan itu makan dan minum.

Di penghujungnya terdapat ruang yang berasingan, di dalamnya terdapat tuan rumah yang telah mengeluarkan jemputannya yang paling sopan. Di sini Duli Yang Maha Mulia Sultan telah mengambil minuman dan telah pergi beberapa minit sebelum itu. Di kepala meja rendah, duduk di atas lantai, adalah anak sulung Sultan, Raja Muda, berpakaian cantik dalam pakaian Wahabi Arab yang hanya dipakainya dua kali setahun. Terdapat juga Penasihat Hal Ehwal Agama, ketua kadii dan beberapa ketua utama. Meja itu dihiasi dengan kek dan manisan, yang diberikan kepada tetamu yang baru tiba. Masa itu dihabiskan untuk berbual-bual, sementara latar muzik  nyanyian Arab berulang kali dialunkan. Ketua Kadi melafazkan doa dan jamuan pun bermula.

Dalam tahun 1897, pemberian kerbau untuk majlis hari raya puasa kepada setiap daerah mula diberikan. Pada tahun 1904, Residen membenarkan pembelian  seekor kerbau sebanyak $45 sahaja untuk jamuan hari raya bagi setiap daerah di Selangor sedangkan harga pasaran kerbau adalah dalam lingkungan $95-$100.  Bahkan, pada tahun 1904 Raja Muda meminta pendahuluan elaun hari rayanya untuk membeli dua ekor kerbau untuk jamuan hari raya. In 1911, Pejabat Daerah diberi kuasa untuk membelanjakan sejumlah $45/- untuk membeli seekor lembu jantan bagi orang Melayu pada Hari Raya Puasa di Kuala Langat.

Telah tercatat dalam suratan takdir di Jugra pada suatu hari, ketika umat Islam di sana riang gembira menyambut kedatangan syawal tahun 1907, Jugra digemparkan dengan kematian  warganya lagi. Daripada 120 kes yang dijangkiti dysenteri, 30 orang menemui maut.  Bunyi macam takde hal, biasa sahaja tapi bagi mangsanya terlalu perit untuk digambarkan, kerana penghujungnya berakhir dengan kematian yang menyiksakan. Bakteria di dalam usus besar yang menyebabkan pembengkakan pada usus kecil. Akibatnya, berlaku cirit birit yang teruk dengan lendir berdarah di dalam najis. Jika pesakit terus kehilangan air dalam badan, maka seperti kolera, kematian menyusul. 

Yang sedihnya, punca penyebaran wabak ini berpunca dari istana ketika jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang disediakan oleh pihak istana buat rakyat jelata. So, ramai akan bertanya, siapakah mangsa-mangsa? Adakah sultan, kerabat, kakitangan istana juga menjadi mangsa? Hah, jawapan untuk soalan itu Atok tak dapat nak jawab. Bukan Atok tak nak jawab, tapi takde maklumat terperinci. Tapi kalau ikut logik Atoklah, memang pihak istana yang menyediakan bajet untuk jamuan itu TAPI yang menyiapkan juadah, memasak, menyaji sehinggalah mengemas kembali tempat jamuan semuanya dikendalikan oleh JKK kampung-kampung berdekatan. 

Pastilah ramai yang bergotong royong menguruskan majlis ini. Maklumlah ratusan, kalau tidak ribuan tetamu marhaein yang hadir. Pasti berlaku pencemaran makanan di sana sini, walaupun pada tahun-tahun terdahulu, majlis OK jer. Mungkin ketika pengendalian bahan mentah masakan, mungkin juga ketika penyajian makanan, ataupun daripada air minum yang tercemar dan seribu satu kemungkinan. Atok tak tahu, Jabatan Kesihatan masa itu pun tak pasti. Yang pasti wabak ini merebak begitu cepat. Mungkin dalam masa seminggu sahaja, Jugra kehilangan 30 warganya. Kemungkinan besar  ramai kanak-kanak. Tak mungkin juga sultan dan kerabatnya menjadi mangsa, kerana mereka tak makan bersama-sama rakyat. Kalau korang berminat, buatlah research terperinci lagi. Atok pun teruja nak dengar.

Pada tahun 1964, Sultan Selangor bersama Tengku Ampuan akan menawarkan beberapa buah piala serta hadiah-hadiah khas bagi pemenang2 peraduan kueh2 hari raya sebaik sahaja menjelang malam tujoh likor. Peraduan membuat kueh hari itu dianjurkan oleh Sultan Selangor sendiri sebagai mengambil sempena hari raya. Peraduan serupa itu telah dianjurkan  sejak tiga tahun yang lalu tetapi bagi tahun ini peraduan dibuka kapada semua kaum wanita di seluruh negeri.

2.Peristiwa dan Program Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Kuala Langat

Sekali lagi, bahan-bahan berikut Atok ambil terus daripada Arkib Akhbar di Singapura. Sengaja Atok biarkan penulisan lamanya agar nampak ‘real’ atau 'ori' dengan garis masanya.

26 April 1953 - Anggota pasukan keselamatan yang beragama Islam yang berkhidmat di Selangor diberi jaminan untuk menyambut Hari Raya yang bahagia tahun ini. Sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh th? Mentrl Besar sudah mengumpul dana untuk membeli makanan dan minuman serta memberi hiburan. Jawatankuasa daerah telah dibentuk.

2 March 1963 - Satu perjumpaan hari raya anjoran UMNO Bahagian Morib akan diadakan di-pekan minggu Banting pada 2 March mulai jam 3 petang Achara2 yang akan diadakan dalam perjumpaan itu ialah peraduan feshen. pakaian beragam serta diselangi dengan hibnran. 

11 February 1964 - Satu pilehan raya memileh Imam masjid kampong Bukit Bangkong yang baharu akan dilansongkan selepas hari raya ini. Imam yang lama. Tuan Haji Alis bin Redjo Aiim telah meletakkan iawatannya sedikit hari yang lalu kerana uzur.

12 February 1964 - Guru2 kelas dewasa daerah Kuala Langat Selatan akan mengadakan satu perjumpaan hari raya dlsinl pada 23 February  ini

14 February 1964 -Che Suratinah binti Tunos dan 9 orang anaknya, merupakan keluarga di-kampong Sungai Kelambu, yang sedeh sekali menyambut hari raya pada tahun ini kerana rumah mereka telah ranap dipukol ribut pada malam minggu yang lalu. Kemalangan itu terjadi ketika keluarga tersebut sedang menghadapi hidangan.

28 February 1964 - Kesatuan Kebangsaan Guru2 Sekolah Kebangsaan chawangan Kuala Langat akan menganjorkan satu majlis jamuan Hari Raya pada 29 February ini diDewan Sekoiah Menengah Kebangsaan Telok Datok. Banting. Jainuan tersebut pada mula-nya di-jaduaikan pada 22 February yang lalu diSekolah Tamil Banting .tetapi telah ditanggohkan

28 February 1964 - Parti Perhimpunan Kebangsaan, Bahagian Kuala Langat akan mengadakan satu perjumpaan hari raya di pekarangan rumah Enche Azlz Ishak pada 11 March hadapan. Berbagai2 pertunjokan akan diadakan dalam majlis tersebut, antaranya panchak silat, majlis kompang, lelong kueh dan lain2. Pencharagam Tenaga Murni, Kampong Ĕndah, Morib

18 December 1964 - Gabongan Kesatuan peladang daerah Kuala Langat yang mempunyai sa-banyak 8 buah chawangannya serta dianggotai oleh sa-ramai kira2 500 orang ahli akan mengadakan perjumpaan sachara besar2an sa-lepas hari raya puasa ini. 

28 December 1964 - Empat buah masjid yang menelan belanja sa-banyak $100.000 telah siap dibena di-bawah ranchangan PLB daerah Kuala Langat dan akan diresmikan pembukaannya oleh Sultan Selangor sa-lepas hari raya puasa ini. Masjid tersebut berharga 525.000  tiap2 satu

8 January 1965 - PAS Ranting Telok Datok. Kuala Langat di sini akan mengadakan perjumpaan rayanya sechara besar2an yang akan diadakan di kampong Sijangkang kelak. Demikian dinyatakan oleh Inche Mohd Ali Bin Hj. Salleh Pegawai Penerangan Persatuan Islam Setanah Melayu ranting Telok Datok kapada Berita Harian di sini.

19 January 1965 - Saorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor sekarang sedang berikhtiar mendapatkan ban tuan wang atau pakaian dari jabatan Kebajikan Masharakat bagi pendudok yang miskin di daerah Kuala Langat untok menyambut kedatangan hari raya puasa ini Beliau ialah Inche Hormat bin Rafei.

21 January 1965 - Kelab Belia daerah Teiok Datok, Kuala Langat akan mengadakan perjumpaan hari raya-nya sechara besar2an pada 13 February lni bertempat di Stonor Kelab. Telok Datok, terbuka kapada pemuda pemudi selurohnya. Bayaran perjumpaan itu bagl tiap2 seorang ialah sebanyak $1.00. Berbagai achara sapertl hiboran pancharagam dan tarian

23 January 1965 - Pasokan Kesebelasan Bola Sepak Melayu Telok Datok, akan menganjorkan satu perjumpaan hari raya aidilfitri yang terbuka kapada pemuda2 dan pemudi2 dalam daerah Kuala Langat. Perjumpaan itu akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok 

29 January 1965 - Khamis.—Sultan Selangor akan merasmikan Masjid Kampong Lanjut, Sepang, salepas hari raya puasa akan datang ini. Kampong Lanjut diselenggaraakan di bawah ranchangan tanah pinggir. 100 keluarga dari beberapa tempat dalam daerah Sepang dan Kuala Langat telah berkampong ka situ di-bawah ranchangan tersebut. Masjid tersebut dibena di bawah ranchangan PLB, Kuala Langat

31 January 1965 - Sultan Selangor akan merasmikan sebanyak empat buah masjid baharu di daerah Kuala Langat selepas Hari Raya Puasa ini. Masjid2 tersebut ialah di Kampong Batu 9, Sijangkang; Kampong Bukit Changgang; Sungai Manggis dan Kelanang. Tiap2 sebuah berharga sa-banyak $25.000. 

24 February 1965 - Persatuan Pelajar2 Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok, Banting. bahagian seksi Seni Bahasa dan Budaya pada 7 Februari yang lalu telah mengadakan perjumpaan hari rayanya di sekolah tersebut. Perjumpaan ltu }uga diadakan untok meraikan saramai 57 orang pelajar2 sekolah ltu yang telah lulus pepereksaan LCE.

9 January 1966 - Persatuan Palang Merah, Sijangkang Kuala Langat, akan mengadakan satu majlis perjumpaan Hari Raya pada 30 Januari ini bertempat di Sekolah Kebangsaan Sijangkang.

11 February 1966 - Beberapa kechurian telah berlaku di-sekitar pekan ini selepas hari raya dan tahun baru China yang lalu. Kechurian pertama berlaku di sebuah kedai getah kepunyaan Eng Heng, di Jalan Morib. Ia kechurian kira2 $800. Kechurian kedua beilaku di sebuah kedai kopi kepunyaan Khon Woo, Banting. 

19 January 1967 - Balu penjaga kebun 8 orang anak yang terbunoh  kemalangan petang raya menerima wang bantuan daripada Dato Harun. 

13 December 1968 -  Menjelang hari Haya Puasa ini gangguan bekalan kuasa letrik di-daerah Kuala Langat diharapkan tidak akan berulang 1agi sebagaimana Hari Raya tahun ialu. Di masa akhlr2 ini gangguan perbekalan kuasa letrik aelalu berlaku dan ada yang mengambil masa sampai 8 hingga 12 jam

22 December 1968 -  Sa-orang ratu dan sa-orang pemuda kachak akan di-pileh sacohara senyap2 dimajis perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri anjoran Kesatuan Kebangsaan Guru2 Sekolah Kebangsaan KKGSK Chawangan Seangor Selatan di Sekolah Kebangsaan Banting pada 11 Januari.

31 January 1969 - Tujoh orang gadis dan perawan termasok seorang bukan Melayu telah dipileh untok menjadi "Perimaguri" di-Malam Yayasan Pelajaran MARA dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi daerah Kuala Langat dan daerah Kechil Sepang pada 1 Februari Jam 7.30 maiam di-Dewan Orang Ramai Banting.

27 November 1970 - Pertandingan memileh "Ratu Aidilfitri" adalah merupakan achara kemunchak antara beberapa persembahan yang akan dihidangkan di Malam Aidilfitri, di Pentas Hiboran Pekan Sari Banting, Kuala Langat pada 12 Disember jam 7.30 malam. Gadis2 jelita semua kaum yang berumor 16 tahun ka-atas tinggal bermastautin di Kuala Langat akan berpeluang merebut gelaran.Pertandingan memileh "Ratu Aidilfitri" ada-lah merupakan achara kemunchak antara beberapa persembahan yang akan di-hidangkan di-Malam Aidilfitri, di-Pentas Hiboran Pekan Sari Banting Kuala Langat pada 12 Disember jam 7.30 malam. Gadis2 jelita semua kaum yang berumor 16 tahun. ka-atas tinggal bermastautin di-Kuala Langat akan berpeluang merebut gelaran tersebut dengan hadiah2- nya yang berharga.

Enche' Abu Kassim bin Abu Jamil, Pengerusi Malam Aidilfitri itu memberitahu, lain2 persembahan yang menarek akan juga di-hidangkan. Drama pendek, tarian asli, lawak jenaka Empat Sa-kawan Radio Malaysia Kuala Lumpur, nyanyian dan tidak ketingalan peraduan menduga akal dan hadiah wang tunai juga di-adakan. Tiga buah kugiran, The Rangers dari Port Dickson, Angklong dan sebuah kugiran tempatan akan mengiringi malam menyambut Hari Raya Aidilfitri itu.

Orang ramai yang menyaksikan Malam Aidilfitri itu akan di-kenakan bayaran 50 sen dan 30 sen yang di-sediakan tempat dudok di-hadapan pentas Hiboran Pekan Sari itu.Bagi penderma2 khas akan di-sediakan kerusi yang paling hadapan dekat pentas. Beliau memberitahu, gadis2 jelita yang ingin menyertai pertandingan Ratu Aidilfitri boleh-lah membuat hubongan dengan Che'Fatimah Suhaimi, 656, Jalan Besar Banting. Tiap2 peserta tidak akan di-kenakan bayaran, tetapi hendak-lah menyertakan dua keping gambar ukoran post card atau tiga inchi untok siaran akhbar.






Program-program di Radio Malaya sempena Hari Raya pada tahun 1963

Susunan siaran radio pada Hari Raya Puasa dalam tahun 1963

PENUTUP

Hari raya mengajak kita agar kembali kepada Allah SWT dalam setiap urusan kehidupan kita. Insan yang berjaya menunaikan perintah ibadah dan melepasi ujianNya, wajar bergembira atas nikmat ini. Kegembiraan pada hari raya adalah kemuncak ketaatan dan ‘ubudiyyah kepada Allah SWT. Justeru, umat Islam dituntut menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran dengan bersolat, bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Oleh itu, perayaan yang dicemari dengan acara maksiat bukan gambaran sebenar mukmin yang gembira melaksanakan ibadah dan perintah Allah SWT.

Dalam hadith sahih, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:-

“Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan sewaktu bertemu dengan Tuhannya.” 

                                                              (Hadith Riwayat Muslim, no. 2763, jilid 7, halaman 273)

Hadith ini menunjukkan bahawa orang yang berpuasa akan bergembira ketika waktu berbuka puasa. Mana tidaknya, bermula daripada waktu pagi kita berpenat lelah menahan lapar dan dahaga. Apabila tiba waktu Maghrib, kita dibenarkan makan semula. Apatah lagi selepas selesai sebulan berpuasa, maka kita pun berhari raya. 

Secara umumnya, setiap pengorbanan adalah mulia dan besar nilainya pada sisi Allah SWT. Justeru, gunalah ruang sempit di dunia ini untuk melakukan pengorbanan supaya dapat berehat sepuas-puasnya di akhirat nanti. Wallahualam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Rumah Rehat dan Halting Bungalow di daerah Kuala Pilah

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat Blog Atok ini. Selawat dan salam buat Junjungan Besar kita Saidina Muhammad ibni Abdullah, na...