Salam buat semua. Atok muncul lagi. Hehehe...Sengaja Atok sambung balik cerita Atok hari itu pasal Puasa dan Raya. Orang Melayu ini berbeza dengan orang-orang Islam yang lain. Puasa sebulan, Rayanya pun mesti sebulan, padahal yang disambut cuma sehari sahaja. OKlah, Raya Haji kita sambut tiga hari pasal nak beraya dan kemudian sembelih korban. Tapi Hari Raya Haji atau Aidil Adha tidak seriang Aidil Fitri. Mungkin kerana kita meraikan orang pergi haji ke Tanah Suci di Mekah dan Madinah, sedangkan raya puasa kita raikan kejayaan kita tetap dan berjaya berpuasa sepanjang bulan Ramadan.Berbalik kepada persoalan tadi, kenapa mesti beraya selama sebulan? Banyak sebabnya....korang fikirlah sendiri.
Kali ini Atok nak bawa korang ke Klang zaman datuk moyang kita, emak bapa dan mungkin juga sebahagian daripada kita termasuklah Atok, menyambut raya. Memang tak sama macam bebudak beraya sekarang. Takkan sama! Tapi, bukankah sama sahaja puasa dan beraya di Klang, Banting, atau di mana-mana tempat dalam Selangor atau Malaya masa itu? Siapa kata? Raya memanglah raya, tapi pengalaman beraya tetap takkan sama! Macam bandingkan ayam dengan itik, memanglah kedua- dua binatang ternakan, spesis burung, tapi rasa lauk dan menu masakannya tak sama. Hehehe...
Banting, pekan, banyak kekurangan. Klang pula bandar, banyak kelebihannya. Lagipun, memang benar Atok dilahirkan di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, tetapi Klang daerah tempat Atok membeli baju dan kasut raya, Dekat Klang ada A&W dan popcorn di Emporium Makan. Klang tempat Atok belajar tengok wayang dan tempat Atok bawa teksi keliling bandar sebelum Atok jadi cikgu dahulu. Tak percaya tanyakanlah kepada Atok nenek korang sendiri, apa pasal mereka seronok beraya dekat Klang? Lagipun, ini kan cerita Atok...kasi chancelah sama Atok mengimbau kembali kenangan di Klang yang penuh pendatang Bangla dan Indon itu... Begini kisahnya,,,,
PENDAHULUAN
Tahun 1888. Hari Raya kali ini berlalu secara senyap-senyap. Sesuatu yang paling ketara, daripada mana-mana perhimpunan orang Melayu pada masa itu ialah ketiadaan pakaian kebangsaan. Sebilangan mereka mula memakai pakaian penjajah. Memang pada pandangan pertama agak mengejutkan dan melucukan. Manakan tidak? seseorang tukang kebun memakai baju berkolar kaku dan kasut hitam berkilat, tanpa stokin, dengan hujung seluar dimasukkan ke dalamnya; apatah lagi mengenakan topi serta kaca mata berwarna biru. Sudah pasti sekumpulan pemuda yang lain tersenyum sinis dengan pakaian ini. Sukar bagi mereka untuk memahami pemikiran orang Melayu di zaman penjajah kini.
Tahun 1889. Setahun berlalu. Menjelang Hari Raya, menutup Bulan Puasa. Sejak beberapa hari kebelakangan ini masyarakat Melayu sibuk membuat persiapan menyambunya secara beramai-ramai. Barangan dan pakaian yang baru, serta barang-barang masakan untuk menjamu selera telah dibeli untuk majlis tersebut. Dalam beberapa jam lagi mereka memulakan hari dengan khusyuk di masjid. Ini diikuti dengan lawatan majlis untuk menyampaikan ucapan tahniah bersama. Jamuan sudah tentu satu kemestian.. Perarakan berkumpulan membentuk sebahagian daripada program; dan dalam kegembiraan hati mereka, Orang Islam menunjukkan bahawa mereka benar-benar boleh menghargai rehat yang menyenangkan dalam rutin membosankan hidup mereka.
1890-Acara paling menarik pada bulan itu ialah pembukaan Sekolah Baharu pada Hari Puasa. Ucapan telah disediakan dan diserahkan kepada Pemangku Pegawai Daerah, yang telah diminta untuk mempengerusikan majlis awam yang sangat diminati, orang-orang terkemuka Mukim hadir dan menandatangani nama mereka dalam "Rekod Sekolah", yang pada mulanya mendapat tentangan yang hebat.
1894-Bulan Puasa bermula hari ini di semua negara Islam dan semua umat Islam yang taat akan menjalankan puasa sebagai kewajipan suci. Bulan puasa, yang dikenali sebagai Ramadan, akan diteruskan selama 30 hari dan pada 1 Syawal, bulan berikutnya "Hari Raya Puasa" akan disambut. Puasa adalah yang paling penting kepada umat Islam dan mana-mana pengikut Nabi yang didapati bersalah kerana melanggar kepatuhannya boleh dihukum.
Kadi, Penghulu, pembesar, ulama dan penduduk kampung Melayu di setiap bahagian pada malam Ahad berkumpul untuk melihat anak bulan, tetapi, kerana mereka tidak dapat melihatnya. Maka, permulaan Bulan Puasa, telah ditangguhkan sehingga hari ini .Laporan pemerhati telah dihantar kepada Ketua Kadi Selangor, yang tinggal di Klang, dan dia telah menyiarkan notis di setiap masjid di negeri itu dan memaklumkan kepada ketua-ketua mengenai permulaan rasmi Puasa.
Keengganan Gabenor untuk mengisytiharkan Hari Raya sebagai hari kelepasan am di Pulau Pinang dalam tahun 1896 dilihat aneh kerana biasanya di negara umat Islam, hari kebesaran Islam harus dipatuhi sebagai hari kelepasan am.
Dalam tahun 1902, British Resident (BR) Pahang dan Perak bersetuju mengesyorkan supaya peruntukan dibuat untuk membolehkan banduan Islam (atau sekurang-kurangnya Melayu) menunaikan ibadah puasa mereka. Maka, pada 20 April, 1903, Residen-Jeneral telah meluluskan cadangan untuk membenarkan amalan berpuasa semasa "Ramadan", atau "bulan puasa'" oleh banduan Islam di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Banduan-banduan muslim di penjara di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dibenarkan berpuasa dan berbuka sepanjang Ramadan seperti yang dilakukan di Selangor sejak 1893 lagi.
Dalam tahun 1929, merujuk kepada perkhidmatan keagamaan di penjara, Kerajaan menyatakan: “Tiada solat berjemaah di penjara Seremban atau Kuantan, tetapi pengaturan akan dibuat untuk mengadakannya pada masa hadapan. Di Taiping, Kuala Lumpur, Penjara Batu Gajah dan, Kuala Lipis solat berjemaah diadakan sehari seminggu, sama ada Sabtu atau Ahad; dan juga pada Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa. Dua hari ini dianggap sebagai cuti. Hari Keputeraan Nabi tidak disambut dengan cara yang istimewa sehingga kini, tetapi kerana ia akan menjadi cuti umum tahun depan untuk kali pertama, pengaturan akan dibuat untuk mengadakan solat berjemaah pada hari itu pada masa akan datang.
Mulai tahun 1935, F.M.S.Railways menawarkan pulangan murah ke semua stesen sepanjang cuti Krismas, Hari Raya dan Tahun Baru. Ketika itu, barangan istimewa untuk Hari Raya Puasa yang terdiri daripada: Kain Kebaya, Kain Batik, Batang Vanila, Serbuk Vanila, Pati Vanila, Pati untuk kek, Bedak muka, Selipar, Kek, Acar, Sirap, Pakaian untuk wanita dan kanak-kanak, Warna untuk kek, Biskut, Stanggi, Sagu Delima, Tepung Hoenkwe, Jem, Mentega, Pati, Chollis, Kropok Ikan dan Kropok Udang kualiti terbaik, Gula-gula, Kasut kanak-kanak, dan sebagainya mudah didapati di pasaran.
Dalam tahun 1942, ketika Pendudukan Jepun, Ketua Kadi Selangor melahirkan rasa ‘sangat kagum’ beliau dengan sikap baik pihak berkuasa terhadap agama Islam. "Kerajaan Nippon," tambahnya "tidak mengganggu pengamalan mana-mana agama di negeri ini. Sebaliknya, beliau amat gembira melihat semua agama digalakkan untuk mengamalkan secara berdampingan. Menjelaskan kepentingan puasa, Ketua Kadi berkata ia adalah untuk menyucikan badan dan menyediakannya untuk hari besar Hari Raya Puasa. Pada masa yang sama, puasa memberi peluang kepada semua umat Islam untuk menjadi lemah lembut dan merendah diri dalam perkhidmatan Allah. Pada zaman dahulu, tambah Ketua Kadi, puasa ini akan menjadi latihan kepada anak-anak muda Melayu yang selalu terpaksa masuk ke dalam hutan berhari-hari tanpa makanan.
Melalui Radio Malaya, umat Islam mendengar perutusan Hari Raya daripada pemerintah mereka. Pernah dalam tahun 1958, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja ketika itu, Inche Abdul Rahim bin Rauf, dalam satu pengumuman rasmi menyatakan bahawa anak bulan tidak kelihatan pada malam Jumaat dan perayaan itu akan bermula secara automatik keesokan harinya. Lebih 50 program khas Hari Raya telah disediakan oleh bahagian Bahasa Melayu Radio Malaya untuk disiarkan sepanjang minggu Hari Raya. Studio Kuala Lumpur akan menyampaikan solat sunat Hari Raya dari masjid baharu Kampong Bharu di sini. Pada pukul 10 pagi esok timbalan Raja Agung akan menyiarkan perutusan Hari Rayanya kepada negara. Ini akan diikuti dengan perutusan daripada Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman, dan timbalannya, Dato Abdul Razak bin Hussein.
- Pada 16 Mac 1961, Sultan Selangor membuka istana Baginda untuk rakyat mengadap baginda kerana Hari Raya pada hari Juma'at dan Sabtu ini. Pagi Hari Raya dikhaskan untok kerabat-kerabat diraja dan petangnya pula untuk pembesar-pembesar. Hari Sabtu ialah untuk pegawai-pegawai Kerajaan dan orang ramai.
- Pada 1 Mei 1963 sekali lagi, Istana Alam Shah Klang tempat bersemayam Sultan Selangor akan dibukakan kapada orang ramai khasnya yang beragama Islam untuk beramah tamah dengan Sultan dan Ampuan pada hari Raya Haji 5 Mei.
- Pada 13 Februari 1964, Sultan Selangor telah berkenan menerima pengadapan rakyat baginda di Istana Alam Shah di Klang untuk megucapkan Selamat Hari Raya kepada baginda pada hari raya yang pertama. Jurucakap Istana Alam Shah memberitahu bahawa pada sebelah pagnya Alim ulama serta pemimpin-pemimpin agama akan mengadap.
- Pada 14 Januari 1965- Sultan Selangor menawarkan beberapa buah hadiah islimewa di samping piala pusingan yang direbut setiap tahun kapada kaum ibu yang berjaya mencipta kuih-muih yang baik. Satu pertandingan membuat kuih anjuran Sultan dan Tengku Ampuan Selangor akan diadakan di Istana Alam Shah Klang.
- Pada 28 Disember 1967- Sultan Selangor akan mengadakan rumah terbuka kepada rakyat, rakan-rakan dan pegawai kerajaan pada hari pertama Hari Raya Puasa tahun ini di Istana Darul Ehsan, Kampong Jawa, Klang. antara 10 pagi dan 12 tengah hari
- Pada 4 Januari 1968 - Meraikan kanak2 miskin dan cacat pada Hari Raya adalah menjadl satu kegemaran Baginda. Setiap tahun apabila tiba Hari Raya, Baginda akan mencari dan membawa anak yatim. miskin dan cacat di Istana Raginda. Pada hari Selasa (dua Hari Raya), Sultan Selangor dan Tunku Ampuan menghiburkan dan menjamu 100 kanak-kanak dan anak yatim yang cacat ke majlis Hari Raya di Istana Darul Ehsan, Kampong Jawa, Klang.
- 2 April 1960 - Enche Abdullah bin Haji Hassan. Speaker Negeri Selangor yang juga menjadi pengerusi UMNO Klang telah mengetuai pemuda2 UMNO Klang apabila mereka melawat 250 orang sakit di hospital daerah Klang untok memberi jamuan Hari Raya.
- 13 March 1961 - UMNO bahagian Klang akan mengirim satu rombongan melawat rumah sakit umum Klang Hari Raya ini untok memberi kuih hari raya kepada orang-orang sakit. Inche Adnan Chlk. setiausaha UMNO Klang memberitahu Berita Harian bahawa selain kuih-kuih itu diberi juga buah-buahan serta minuman ringan.
- 9 Februari 1963- Cawangan Umno di sini akan menghidangkan kek dan minuman sejuk kepada pesakit di Hospital Daerah Klang pada hari kedua Han Raya Puasa. Ahli juga akan mengedarkan hadiah kepada kanak-kanak di hospital.
- 1 January 1968 - Jam'iah Da'awatul Islamiah Selangor hari ini mengedarkan bantuan Hari Raya kapada fakir miskin dan kanak2 berbagai kaum dan agama. Bantuan itu berupa beras, kuih muih, pakaian, kasut dan sebagainya dibahagi-bahagikan kapada kira-kira 1000 orang. Bantuan itu dibahagi-bahagikan melalui 46 cawangannya.
1/2 Keindahan Taman Tasik di Kuala Lumpur dalam tahun 1910 |
2/2 Keindahan Taman Tasik di Kuala Lumpur dalam tahun 1910 |
Bukti kewujudan Pawagam Pearl di Klang dalam tahun 1925 |
Pekan Klang 1985. Pawagam Lido tapak Centrepoint sekarang menghadap ke Nasi Lemak Lido. Pawagam Kapitol baru berhadapan kedai Bata. Filem "Singapura dilanggar todak" ditayangkan di pawagam Lido di Klang dalam tahun 1962 Filem-filem Melayu tahun 1970-an mengambil kesempatan Hari Raya Puasa untuk tayangan perdana mereka Filem-filem Silat dan Filem berunsur seks dari Indonesia mendapat sambutan dalam tahun 1970-an Panggung Wayang Cathay lama di Pelabuhan Klang,Selangor
|
Klang Amusement Park atau Taman Hiburan Klang (dalam petak kuning) pada tahun 1951 |
Sirkit Batu Tiga di Shah Alam dalam tahun 1966 |
Sirkit Batu Tiga di Shah Alam dalam tahun 1980-an |
'Rangkap' adalah perihal guna-guna, pengasih, susuk, dan payudara yang akan membuat seseorang penari ronggeng laris. |
Kesenian Ronggeng ini dipertunjukkan di arena terbuka yang jauh dari rumah penduduk kerana penampilan seksi dan menggoda para penarinya.. |
Penggunaan sapu tangan oleh penari perempuan adalah lazim dan tarian joget lambak. |
Kelab Eksklusif golongan elit banyak menganjurkan majlis tari-menari ala Barat dengan iringan okestra pancaragam |
Pergaulan bebas lelaki dan wanita dalam majlis tari adalah biasa bagi golongan elit Melayu Penari-penari kabaret bergambar dengan bos mereka dalam tahun 1930-an. |
Gadis Kabaret menunggu pelawaaan pelanggan lelaki untuk satu tarian berbayar bagi setiap lagu |
Penjelmaan semula Ronggeng dalam budaya Metropolitan di Singapura |
- Dalam tahun 1929, Kelab Sukarelawan Melayu telah mengadakan jamuan teh pada 4.30 petang Khamis sempena Hari Raya. Bagi memberi peluang kepada ahli-ahli untuk bertemu sesama mereka untuk mengucapkan "Selamat". Pada sebelah malam akan diadakan seperti biasa pada hari ini, Sabtu, persembahan "Ronggeng".
- 25 April 1958 - Pemenang Peraduan Hari Raya, Che Majimin dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, "mahkota" Ratu Kebaya Hari Raya di Great World Park, Klang. Pemenang pertandingan Nyanyian Hari Raya (Terbuka), Che Yatimah Haji Sidek, menerima trofinya daripada Che Kamariah, isteri Enche Rashdee dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Klang. Peraduan itu dianjurkan untuk sambutan Hari Raya.
- 22 April 1959 - Kelab Polis, Klang telah mengadakan majlis Hari Raya Puasa di Ibu Pejabat Polis Klang pada Ahad lepas di mana joget moden telah dipersembahkan. Lebih 300 orang hadir.
- Pada 14 Mei 1960,-Pergerakan Pemuda UMNO Bandaran Klang telah menganjurkan satu Malam Kesenian pada malam hari raya Haji pertama, kedua dan ketiga, (4,5 dan 6 Jun) di Taman Hiburan Klang. Pengelola Malam Kesenian itu. Inche Othman Ahmad memberitahu Berita Harian bahawa peraduan tarian Mak Inang Zapin, Pencak Silat turut dipersembahkan.
- 23 Jun 1959 - TIGA pemenang hadiah pertandingan pakaian mewah anjuran Great World Park, Klang, sempena sambutan Hari Raya Haji adalah dari kiri: Asiah binti. AM (first), Yatimah binte Sidek (second) and Faridah Ahmad (third)
- 3 February 1966 - Sa-orang ibu kapada 4 orang anak telah berjaya mengalahkan 11 orang gadis lain untok merebut gelaran Ratu Hari Raya Taman Hiboran Klang yang telah di-adakan Taman Great World Klang minggu lalu. Che' Rajiah binti Haji Malek, 24 tahun.
- Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah. Inilah cerita tidak seronok balik kampung beraya yang tidak terzahirkan kerana nak jaga hati banyak pihak, tetapi wanita yang solehah tetap berkorban demi menjaga hati suami dan mentua serta ipar. Namun suami yang perihatin dan mentua yang mengambil berat sepatutnya mengambilkira persediaan menyambut kepulangan anak cucu dan menantu agar berhimpun untuk beraya tidak terpalit dosa.
- Begitu juga, pada Hari Raya wanita keluar ke masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya serta mendengar khutbah, namun terjebak dalam larangan tabarruj (berhias melampaui batas).
- Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie.
- Menziarahi sanak saudara pada musim perayaan merupakan amalan yang digalakkan.Namun ia kadangkala dirosakkan dengan unsur berjabat tangan antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Islam melarang seorang lelaki yang ajnabi atau bukan mahram menyentuh wanita yang boleh dikahwininya sekalipun wanita tersebut sepupunya atau iparnya.
- Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. Ada yang memakai pakaian nipis dan ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan tidak kurang juga tidak sempurna penutupan aurat rambutnya. Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
- Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
- Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadan. Sebagai contoh, Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat, berdating, bersyahwat melalui telefon dan ‘chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
- Contoh yang lain, takbir yang disunatkan pada Hari Raya digantikan dengan nyanyian dan tontonan hiburan melampaui batas dalam kaca televisyen. Kalau dahulu, takbir raya berkumandang di masjid-masjid pada malam raya, kini ramai daripada kalangan kita hanya menunggu takbir di celah-celah rancangan dan hiburan yang menjadi hidangan malam raya. Sepatutnya, takbir sentiasa berkumandang di rumah-rumah orang Islam.
Bestnya raya zaman dolu2
BalasPadam