Memaparkan catatan dengan label dysenteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dysenteri. Papar semua catatan

Isnin, 26 April 2021

3 Wabak Penyakit yang pernah menghantui Jugra dan Kuala Langat

Hari Pertama (Isnin 26 April 2021)

Salam Ramadhan buat semua anak cucu Atok di luar sana. Syukur ke hadrat Ilahi masih mampu kita menghirup udara keredaan dan menghela keluar hawa kemaksiatan dari diri kita dengan limpahan rahmat, hidayah dan keampunan daripada Yang Maha Esa Rabbul Jalil.  Semenjak pencen bulan sebelas tahun lepas, memang Atok dan Wan terperap dan terperuk jer kat rumah. Dengan keadaan kesihatan Atok yang tak mengizinkan untuk Atok bawa kereta lagi akibat slip disc, tambahan pulak covid yang makin menggiler kini, memang, memang Atok di rumah sahaja. Ada tak ada, anak-anak ajak keluar berbuka puasa di luar. Itulah sahaja Atok menjenguk dunia. Korang bayangkanlah...hampir 30tahun Atok bekerja, hari-hari keluar rumah lebih 8 jam, tetiba terkurung bodoh di rumah. 30 tahun mengeteh di kedai bersama-sama kengkawan, tiba-tiba minum teh berdua jer dengan Wan. Ish,ish,ish, ceritapun orang takkan fahamlah. Ibarat burung kau kurung dalam sangkar, macam itulah Atok rasa, Ibarat Wan korang lalu tepi kedai emas tapi tak singgah, resah gelisah bercampur menyesal pun ada. Hahaha... Hai, bilalah nak selesai PKP semua ni? Oklah...cut the talk short, entri Atok kali ini memang menggemparkan...bukan sesuka Atok tulis. Atok bukan jenis nak glamer atau kira berapa like Atok dapat...tidak, Atok bukan orang cenggitu.

Atok tulis kerana itu fakta, Atok nak korang tahu apa yang pernah berlaku di istana dan bumi Jugra, sama ada suka atau duka. Memang entri kali ini tragis, kisah kematian. Bukan kerana pembunuhan tetapi akibat penularan penyakit. Kita kini merasa keperitan virus Corona tapi mereka terlebih dahulu merasai azabnya nyawa dicabut akibat virus dan bakteria. Walaupun tidak bersifat pandemik sebagaimana Covid19, epidemik yang dialami meskipun setempat, tetapi kematian itu fakta. Bayangkan  ramai saudara sekampung tergolek, lemah dan lesu menanti ajal di depan mata anak dan isteri. Hanya dengan keimanan yang jitu kepada Allah SWT dapat mereka harungi semua itu dengan penuh keinsafan, kesabaran dan keredaan. Bukan satu wabak melanda, bahkan dituruti penyakit lain dalam garis waktu yang tak jauh.

Wah, makin teruja korang Atok nampak!!. Jadi sebelum Atok teruskan cerita ini, maka ada baiknya Atok tuliskan mengikut garis masa dan wabaknya, agar dapat korang faham betul saling kaitan ceritanya.Lagi satu, semua cerita yang Atok tulis ini fakta, bukan cerita mulut orang-orang tua. Atok korek-korek cerita ini daripada laporan akhbar lama dahulu. So kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut, ikut jer link atau sumber yang Atok beri di bawah. So, ARE YOU READY? Let's go!

Atok bahagi-bahagikan wabak penyakit ini mengikut garis masa, bukannya ikut jumlah kematian dan sebagainya. Ada di antara wabak ini masih wujud dan menular walaupun pada skala yang kecil dan jangka waktu yang singkat. So,open up your mind, jangan rigid dan naif sangat,ok? Hahaha.

1. Kolera atau Taun

Penyakit ini bukan wabak baru, bahkan pada zaman Rasulullah SWT dan para sahabat dahulupun pernah berlaku. Biar Atok sekolahkan korang sikit asal usul kolera ini.

Kuman-kuman taun dari sumber yang tercemar ini membiak dalam usus dan perut kita. Pembengkakan dinding usus memaksa pesakit berasa loya lalu memuntahkan segala isi perutnya.  Cirit birit berlaku menyebabkan air dalam badan berkurangan dengan banyaknya. Darah menjadi pekat dan kekurangan oksigen. Akhirnya mangsa pitam dan terjelepuk pengsan. Jika dalam tempoh 2 hari mangsa tidak mendapatkan rawatan serta air secukupnya menggantikan air badan yang hilang, kematian menyusul.

Bayangkan ayah ibu atau anak menyaksikan sendiri kesengsaraan dan kematian ahli keluarga mereka!

Menurut Mrs Innes dalam bukunya, dalam tahun 1870-an ketika dia dan suaminya menetap di Jugra pada masa itu sebagai megistrat dan  revenue collector, Taun memang sudah melanda Jugra. Katanya, wabak taun ini berlaku setelah kemarau yang berpanjangan. Penduduk Jugra terpaksa menggunakan air perigi atau lopak-lopak air  dan parit yang semakin mengering sebagai air minum dan kegunaan harian. Air-air dari sumber ini dikatakan telah tercemar dengan kuman taun. Masa itu mana ada bekalan air bersih melalui paip! Walaupun tidak disertakan dengan statistik kes dan kematian akibat wabak ini, melalui pemerhatian beliau, apa yang boleh dan terdaya dilakukan oleh orang kampung Jugra hanyalah berdoa kepada Allah Swt agar musibah ini diangkat.

keratan akhbar tentang situasi kolera di Jugra dalam tahun 1870-an

Memanglah orang kampung minum air yang dimasak tetapi mungkin kuman ini merebak melalui sentuhan dan pakaian serta pengendalian makanan mentah dan masak yang tidak sempurna. Kita tak tahu. Mana ada doktor masa itu? Yang ada cuma bomoh dan pawang. Apa tahunya! Yang diorang buat hanyalah buat maksiat kufur dan syirik, buang ancak di sungai untuk halau taun. Kalau ancak itu terapung dan belayar, kata mereka wabak ini akan hilang tak lama lagi tapi kalau tenggelamlah ancak itu, maka kata mereka, malang sungguh kerana taun akan lama di kampung mereka. Itu kata Innes dalam bukunya yang masyhur suatu masa dahulu.

Kemudian, lama sangat selepas itu, kira-kira dalam tahun 1917, dilaporkan seorang imigran Tamil mati akibat kolera di kem kuarantin di Port Swettenham. Apa kena mengena Port Klang dengan Jugra? Memang ada kena mengenalah! Klang, Port Swettenham dan Jugra dulu tiga serangkai.  Port Klang tempat turunnya imigran dari negara luar sebelum dihantar ke estet-estet di Jugra dan serata Selangor. Klang pula ada hospital untuk rawatan penyakit dan pesakit. Syukurlah mangsa ini dikenalpasti di pusat kuarantin itu, kalaulah terlepas ke Jugra, haru biru juga jadinya, walaupun masa itu ilmu perubatan barat mula diterima pakai oleh rakyat negara ini. Memang dalam tempoh 1917- 1918, kes kolera yang berlaku, merupakan kes import dari Madras, India, bukan kes tempatan.

Dalam tahun 1926, hospital estet yang merawat mangsa taun di ladang mereka mula mengamalkan beberapa SOP khusus tentang mangsa. Pertama, mangsa-mangsa (maksimum 3) akan diasingkan ke sebuah pondok beratap rumbia, kira-kira 400 ela dari rumah atau hospital estet. Pesakit dilarang dihantar ke wad untuk mwngelakkan penularan lebih serius. Doktor atau dresser akan mengenal pasti kontak rapat mangsa. Selepas itu semua pakaian dan hak milik mangsa dikumpulkan dan dibakar. Doktor akan melawat pesakit dan memberikan rawatan dan ubatan. Selepas mangsa-mangsa pulih, pondok tersebut akan dibakar. Agak pelik tapi berkesan!

Kes-kes taun terus berlaku terutama selepas banjir. Mulai 1911, setelah wabak kolera menular di Kedah, kerajaan mula membekalkan air bersih kepada rakyat. Pili-pili awam didirikan di tepi-tepi jalan. Vaksinasi cegah taun mula diberikan kepada mangsa. Ketika banjir berlaku, di  kampung dan petempatan sepanjang Sg. Langat dalam tahun 1970-an, mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan mangsa banjir di Telok Datok akan diberi makanan dan minuman bersih dan disuntik dengan vaksin cegah taun sebelum dibenarkan pulang setelah air surut.

Wah, panjang sungguh cerita Atok hari ini! Ini baharu satu wabak penyakit, kolera atau taun. Belum lagi malaria, dystentry yang lebih tragis dam membunuh ramai orang Jugra. Atok rasa kita sambung esoklah cerita itu. Tak larat dah! Biarlah Atok uruskan benda lain di samping tolong Wan kau di dapur untuk buka puasa...ooops persiapan berbuka puasa nanti.. Korang teruskan berpuasa tau,  Selamat berbuka bila  Maghrib nanti. Assalamualaikum.

Hari Kedua (Selasa 27 April 2021)

Alhamdulillah. Kita sambung balik sembang kita semalam. Korang dah baca ke belum entri Atok pasal kolera atau taun semalam? Oklah, kali ini kita bincangkan wabak penyakit kedua tetapi paling banyak membunuh jiwa dan menjadikan ramai wanita janda. Bukan hanya berlaku di Jugra tapi merebak habis satu Malaya. Demam Malaria.

2. Wabak Malaria.

Sejak Inggeris ambil alih pentadbiran negeri atas 'Dasar Penswastaan' yang dipersetujui baginda alsultan, maka diperkenalkan Dasar Pembangunan Pertanian bertujuan kononnya untuk membangunkan negeri, menambah hasil mahsul negeri melalui cukai tanah dan cukai eksport, di samping membekalkan sumber makanan untuk penduduk Selangor yang semakin bertambah dengan kemasukan imigran dari China dan India, maka ramailah penduduk memohon untuk membuka tanah hutan. Ramai imigran rumpun Melayu yang terdiri daripada etnik Jawa, Minang, Mendailing Rawa, Bugis, Banjar dari seluruh pelusuk Nusantara tiba dan membuka petempatan-petempatan baharu. Mereka juga memohon keizinan Sultan untuk bermastautin  di Selangor teruama di Klang dan Kuala Langat. Banyak kawasan baharu dibuka namun tiada pula kedengaran kes-kes penyakit atau wabak. Mungkin keluasan hutan yang dibuka sedikit sahaja. Namun semenjak Port Swettenham dibuka pada tahun 1890, dan pembukaan kawasan estet untuk penanaman kelapa, kopi dan getah berkeluasan ribuan ekar di sekitar pesisir pantai Selangor, tetiba sahaja berlaku epidemik Malaria. Wabak ini begitu teruk sekali di Klang,  Kuala Klang, Kuala Langat terutamanya sekitar Jugra. Pasti ramai tertanya-tanya, kenapa berlaku tiba-tiba?, kenapa pulak di hutan-hutan kawasan pesisir pantai?, Dari mana munculnya virus ini? Kalau Corona asal dari Wuhan, yang ini dari mana pulak? Kenapa mangsanya majoritinya daripada satu kaum, iaitu Tamil? Woi, pening wey nak jawab! Tapi Atok akan jelaskan satu persatu agar korang tenteram jiwanya. Penjelasan ini Atok dapat daripada pakar-pakar kaji penyakit dulu-dulu, bersama dengan penerangan oleh ahli geografis dan alam sekitar. Bukan Atok reka-reka doh!

Pertama, bentuk muka bumi atau fizikal kawasan pesisir pantai ini rendah, rata dan berpaya. Memang ini habitat semulajadi nyamuk tiruk yang menjadi pembawa virus malaria. Ketika hutan ditolak dan diterangkan, maka habitat asal nyamuk ini musnah. Setelah hutan diterangkan, nyamuk ini akan membiak dalam lopak-lopak air yang bertakung di bekas perdu atau pongka pokok yang telah ditebang itu. Tanpa sistem peparitan yang mengeringkan paya dan lopak ini, bilangan nyamuk meningkat dan apabila berlaku kontak dengan manusia di kawasan tersebut, maka virus itu dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk tersebut. Maka dengan keadaan kesihatan dan fizikal imigran Tamil yang lemah dan kurang bernutrien itu, menjadikan kes demam malaria bertukar epidemik.

Berbalik kepada persoalan lain, kenapa Imigran Melayu yang membuka hutan tidak terkena demam ini? Sebenarnya, kalau kawasan hutan dibuka secara tidak meluas, tidak menjadi masalah kerana nyamuk tiruk ini mungkin berhijrah ke hutan berdekatan. lagipun mereka tidak tinggal bersesak-sesak seperti di coolie line seperti di estet-estet.

Mungkin di sekitar rumah orang Melayu imigran ini mereka ada cara menghindarkan gigitan nyamuk seperti penggunaan beberapa daun herba terpilih. Tapi faktor utamanya ialah human contact. Semakin ramai dan bersesak-sesak, semakin mudah gigitan nyamuk dan pasti semakin cepat demam ini merebak.

Port Swettenham pulak apa cerita? Oklah, memang kat sana takde estet TAPI yang menjadi puncanya ialah pelabuhan dan pusat kuarantin itu sendiri. Masa pelabuhan ini mula-mula dibuka pada tahun 1890, keseluruhan kawasan ini diturap konkrit tanpa sistem perparitan yang sempurna. menyebabkan air hujan bertakung tanpa ada jalan meresap ke bumi atau ke laut. Tambahan pula, imigran dari India terpaksa dikuarantin selama 7 hari dalam khemah besar beratap rumbia, bersesak-sesak sebelum dihantar ke estet-estet terutama di Jugra dan Klang. Pasti nyamuk tempatan menyampaikan salam perkenalan  buat tetamu yang tak diundang ini. Harus diingat juga malaria ini bersifat antarabangsa. Kat India, Ceylon dan negara-negara subtropika dah biasa dengan demam malaria ini. Mati berjemaah pasal malaria bukan hal mengejutkan. Jadi imigran yang mungkin ada virus ini dalam badan menyebarkannya kepada manusia lain melalui gigitan nyamuk ketika di Port Swettenham ini.

So, what's next?  Tapi sebelum tu macam mana rasanya orang yang kena demam ini? Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bayangkan korang kena demam ini. Suhu badan meningkat tinggi. Panas giler tapi badan menggigil kesejukan. Kepala pening, lemah dan longlai  semua sendi dan tulang. perut membuncit kerana limpa membengkak. Sistem imun badan terganggu merosakkan organ-organ penting, akhirnya maut tiba. Kalau sembuh pun, mangsa masih dan akan  merasai kesan simptomiknya sehingga berbulan-bulan. Wo, azab wey! 

Sekarang barulah kita tengok kes-kes demam malaria yang pernah menghantui penduduk Jugra dan Kuala Langat. Kenapa Kuala Langat terutama Jugra dianggap tempat berpuaka akibat malaria?

Mengikut statistik yang dipetik oleh akhbar ternama ketika itu, berlaku epidemik malaria di New Amherst Estate yang terletak di Pulau Carey (dalam mukim Jugra).  Dikatakan pekerja dewasa terkesan dengan malaria ini seawal 2 bulan setelah tiba di ladang tersebut. Dikatakan 1 daripada 5 lelaki di situ mati akibat malaria. Kanak-kanak juga tidak terkecuali. Ramai yang terkena penyakit ini. 15 daripada 33 kanak-kanak ini mati dalam masa dua bulan! Dikatakan dalam tempoh masa dari tahun 1892 hingga 1898. tiada seorangpun bayi yang dilahirkan di estet tersebut.

Dalam tahun 1901, kes malaria di Klang mencanak naik. Pesakit malaria di hospital kenak meningkat sehingga 65%. Pejabat-pejabat kerajaan ditutup. Ramai pekerja kerajaan yang tinggal di kuarters dijangkiti malaria. 300 kematian dicatat dalam kalangan bangsa Cina sahaja sehingga komuniti mereka menutup kedai selama 3 hari bagi meratapi kematian saudara mara mereka.

Itu cerita Cina di bandar, kalau dekat estet pulak lagi haru. Sebagai contoh,  Dalam sebuah estet, dikatakan daripada 300 orang pekerjanya,  lebih separuh (171) daripada mereka hilang:

125 pekerja diberi notis berhenti  

34 melarikan diri 

12 tengah nazak menunggu maut Selebihnya dah dihantar balik ke India.

Dalam tahun 1904, di sebuah estet tiada seorangpun kanak-kanak di bawah umur setahun termasuk bayi yang dilahirkan.

Kes malaria semakin parah di Klang pada tahun 1907 melibatkan imigran Tamil. Pada tahun 1911, Jugra diisytiharkan sebagai kawasan merah (PKPD) akibat malaria yang menggiler. Sehingga bulan Jun 1938 kes-kes malaria masih tinggi di Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.  Kalau korang nak detail lagi tentang jumlah kes-kes di Selangor, dan Malaya umumnya, korang gilah korek-korek data dekat jabatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

So, korang imaginelah sendiri betapa sengsaranya kehidupan imigran Tamil  sehingga saat kematian.  Datang mereka ke mari dalam keadaan miskin papa kedana, matinya mereka tinggal tengkorak kering (kurus kering).

Pelik juga, kes-kes malaria masih ada sehingga kini. Pada 2012, seramai 12 orang asli dimasukkan ke wad hospital orang asli di Gombak kerana dijangkiti virus ini, bukan kerana nyamuk tetapi monyet! Begitu juga di Sabah.

Oklah cukup setakat ini pasal malaria. Dah tak larat Atok. Esok Atok sambung lagi, ya? Assalamualaikum.

Hari Ketiga (Rabu 28 April 2021)

Salam. Buat semua. Tak sangka entri Atok kali ini sampai 3 hari baru siap. Macam drama Melayu kat tv masa  petang-petang. Hahaha...mestilah. Kalau nak cerita, cerita habis-habis. Bukan sekerat jalan. Atok tak suka buat kerja separuh jalan. Tengah-tengah sedap, berpeluh-peluh, seronok baru nak datang, tetiba dah keluar, habis. Hampeh. Memang marah. Siapa-siapa pun terbakar. So, panjang pun panjanglah janji pembaca seronok, puas membaca. Dapat maklumat lengkap. Atok pun happy pasal tak sesia penat lelah selongkar internet berhabis duit dan masa. Memang itupun yang Atok terapkan pada anak-anak dan anak murid Atok dahulu. Buat kerja sampai siap, sampai sempurna. Atok pentingkan kualiti.

 Oklah gitu. Kita sambung cerita semalam dengan wabak penyakit ketiga yang pernah mencatat sejarah hitam buat masyarakat marhaein di Jugra.

3. Wabak Dysenteri

Hmmm. Atok pun tak tahu nak menyebutkan nama penyakit ini dalam bahasa Melayu. Rasa-rasa tak jumpalah. Takpelah kita pakai sahaja istilah Inggeris ini. Bunyi macam takde hal, biasa sahaja tapi bagi mangsanya terlalu perit untuk digambarkan, kerana penghujungnya berakhir dengan kematian yang menyiksakan.

Wow, serius bunyi penyakit ini,cikgu. Apa tidaknya? 


Bakteria di dalam usus besar yang menyebabkan pembengkakan pada usus kecil. Akibatnya, berlaku cirit birit yang teruk dengan lendir berdarah di dalam najis. Jika pesakit terus kehilangan air dalam badan, maka seperti kolera, kematian menyusul. Telah tercatat dalam suratan takdir di Jugra pada suatu hari, ketika umat Islam di sana riang gembira menyambut kedatangan syawal tahun 1907, Jugra digemparkan dengan kematian  warganya lagi. Daripada 120 kes yang dijangkiti dysenteri, 30 orang menemui maut. Yang sedihnya, punca penyebaran wabak ini berpunca dari istana ketika jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang disediakan oleh pihak istana buat rakyat jelata. So, ramai akan bertanya, siapakah mangsa-mangsa? Adakah sultan, kerabat, kakitangan istana juga menjadi mangsa? Hah, jawapan untuk soalan itu Atok tak dapat nak jawab. Bukan Atok tak nak jawab, tapi takde maklumat terperinci. Tapi kalau ikut logik Atoklah, memang pihak istana yang menyediakan bajet untuk jamuan itu TAPI yang menyiapkan juadah, memasak, menyaji sehinggalah mengemas kembali tempat jamuan semuanya dikendalikan oleh JKK kampung-kampung berdekatan. 

Pastilah ramai yang bergotong royong menguruskan majlis ini. Maklumlah ratusan, kalau tidak ribuan tetamu marhaein yang hadir. Pasti berlaku pencemaran makanan di sana-sini, walaupun pada tahun-tahun terdahulu, majlis OK jer. Mungkin ketika pengendalian bahan mentah masakan, mungkin juga ketika penyajian makanan, ataupun daripada air minum yang tercemar dan seribu satu kemungkinan. Atok tak tahu, Jabatan Kesihatan masa itu pun tak pasti. Yang pasti wabak ini merebak begitu cepat. Mungkin dalam masa seminggu sahaja, Jugra kehilangan 30 warganya. Kemungkinan besar  ramai kanak-kanak. Tak mungkin juga sultan dan kerabatnya menjadi mangsa, kerana mereka tak makan bersama-sama rakyat. Kalau korang berminat, buatlah research terperinci lagi. Atok pun teruja nak dengar.

Begitulah ceritanya. Memanglah kematian itu pasti bagi setiap makhluk yang bernyawa, tetapi peristiwa inilah yang paling tragis di Jugra. Mungkin ada atok nenek moyang korang yang masih kuat ingatannya tentang hal tersebut boleh korang tanya (masih hidup lagikah mereka?). Seperti biasa dalam hidup umat Islam yang mukmin, mereka sabar dan reda atas kehilangan ahli keluarga. Kita move on. Anak bukan milik kita. Milik Allah. Life goes on. Itulah kelebihan umat Muhamnad ini berbanding bangsa-bangsa kafir. Kita ada Allah. Pasti Allah gantikan dengan yang lebih baik sama ada ketika masih di dunia atau di akhirat kelak. Tidak ada sedikit kerugian pun buat kita umat Islam yang beriman. Wallahu alam.

Kesimpulannya, Atok kaitkan pula dengan kehidupan kita kita dengan pandemik Covid19 kini dengan peristiwa-peristiwa di atas.:

1. Ketika wabak melanda, ikutlah SOP yang ditetapkan pihak penguasa. Jangan jadi orang bodoh sombong. Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.

2. Tuntutan kebersihan diri dan persekitaran perlu dijaga dan diamalkan. Bukankah Kebersihan itu sebahagian daripada Iman?

3. Hulurkanlah bantuan kepada keluarga mangsa. Mereka tertekan dengan ujian. Bantulah ikut caramu.

4. Berdoalah kepada Allah. Allah yang menurunkan penyakit. Allah jua yang menyembuhkannya.

5. Tambahlah ilmu pengetahuan dalam diri kalian. Vaksin dan ubat-ubatan bukan turun dari langit. Itu semua hasil ilmu yang dipelajari dan diamalkan.

Oklah. Cukuplah ya.  Atok nak berehat kejap sebelum nak keluar berbuka dengan anak-anak di luar. Ingat, kita jaga kita. Wassalam.

Rujukan.





Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...