Khamis, 25 September 2014

Hidup Mewah di TPG....Lepas Pencen

Assalamualaikum...apa khabar semua orang kampung? Harap-harap sihat-sihat belaka. Lama bebenor rasanya tak menulis di sini..bukan apa..terasa rindu kat kengkawan di sekitar TPG dan Klang.
Wah, tak lama lagi Telok akan mengalami facelift yang hebat!..ke arah bandar baru..Atas kertas, perancangan TPG akan menyaksikan pembangunan hebat terutamanya zon perumahan dan perindustrian berasaskan maritim di Telok Mengkuang dan Sijangkang di pesisir Sungai Langat. Nilai hartanah pastinya akan melambung tinggi..Takde lagi dijual secara ekar, kini kira kaki persegi.

Sengaja aku mulakan kata-kata dengan membaca apa yang ada dalam kotak fikiran korang. Rata-rata kita yang dah berumur ini dah mempunyai rumah sendiri, sama ada kita beli atau buat sendiri di atas tanah pusaka orang tua. Syukurlah. Masih ada tempat untuk kita membesarkan anak dalam persekitaran yang kondusif, selesa, dan selamat. Cuma...apa rancangan kita untuk menyara hidup kita dan keluarga (termasuk anak cucu yang tinggal bersama) selepas bersara nanti? Hakikatnya nilai wang RM semakin kecil. Jikalau dahulu dengan gaji RM1,000 macam-macam yang boleh diperolehi, rumah murah RM25,000, Proton Saga RM19,000 dan lain-lain lagi. Sekarang gaji RM1,000 boleh beli motosikal dan sewa rumah sahaja.

Nak ke kebun di Telok Mengkuang dah tak larat. Maklum ler dari muda sampai umur 5 series ini cuma pegang pen di pejabat atau di sekolah sahaja. Memang ler EPF atau pencen ada tapi lama-lama bukit pun boleh runtuh....mana cukup?  Nak kerja balik...hentikan ler..Bukan tak bersyukur tetapi hidup mesti diteruskan.Tak payah nak paksa diri minta kerja jaga kat supermarket atau kilang kat Telok tu. Life must go on. Jadi, apa cara nak buat duit?  Haaah...di sini aku nak bagi cadangan pada korang yang asyik kering memanjang poket tu..Buat Duit pasif.  Duduk jer kat rumah, jaga cucu, main dengan cucu..biar duit masuk dalam akaun bank tiap-tiap bulan sampailah kita...ehem berpindah ke Alor Pak Datu...orang Telok jati faham ler maksud aku tu...Hihihi... ke liang kubur ler...

Nak tahu apa caranya? Duduk diam-diam, mata pandang papan hitam, pasang telinga capang korang, dengar apa cikgu nak cakap ni...Back to School again. Aku sekolahkan korang balik. OK murid-murid, cara-caranya....

Renovate rumah korang jadi asrama untuk pelajar kolej/universiti atau pekerja. Cantik ler pasal Telok memang lokasi paling tepat kerana tak jauh ke Banting, Port Klang, atau Shah Alam. Kilang bersepah, kolej dan universiti banyak. Jadi demand untuk tempat tinggal banyak dan tinggi. Tak perlu risau nak cari penyewa. Malam penyewa lama keluar, esok dah masuk penyewa baru. Apa? Mana korang ada rumah lain selain daripada rumah yang korang duduk tu? Itu ler pasal! Belum aku habis cerita korang dah menyampuk. Dengar ler dulu...hiiish.
Memang ler aku tau korang takde rumah lain, pasal tu korang pokai .(Aduss, biso bonar bunyinyo. menikam kalbu)...hahaha.. Jangan ler ambil hati..teman berlawak jer tu..Kita serupa. Aku pun rabak dan koyak macam korang juga.

Caranya, sewa 2 buah rumah sewa, ada 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Berbekalkan dengan sedikit wang simpanan kira-kira RM20k, terus buat dua buah hostel untuk penyewa wanita bujang. Tetapi buat dulu perjanjian menyewa dengan tuan punya selama paling kurang 2 tahun, kalau boleh 3 tahun hingga 5 tahun. Modal sebuah rumah lengkap dengan deposit dan fully furnished sekitar RM10 ribu.

Ubahsuai rumah itu menjadi tempat tinggal ataupun asrama buat pelajar-pelajar kolej/universiti dan juga pekerja.Penyewa adalah wanita bujang. Kira per kepala atau per bilik. Apa yang korang perlu buat ialah  buat sikit renovasi mengikut kesesuaian dan permintaan yang sedia ada. Pasang tikar getah..jika tiada tiles, renovate apa yang patut, cat, pasang rail langsir, buat langsir, tebuk dinding,pasang ampai kain besi tambahan di dinding (penyewa ramai dalam satu rumah),order perabot dan barang letrik,susun2 barang..buat interior,buat kunci semua penyewa, Rumah tersebut, lengkapkan dengan fully furnished seperti katil tingkat, tilam, meja makan, dapur,kabinet dapur,mesin basuh,tv,peti sejuk, wifi percuma dll. Sewa meliputi air, elektrik dan yuran penyelenggaraan. Bagi penyewa betul-betul best and selesa. Orang kata ‘ jaga penyewa, steady pendapatan kita'. Matlamatnya supaya kita boleh naikkan kadar sewa kepada penyewa.




Kemudian buat surat perjanjian dengan penyewa, pengiklanan (buat web/blog /banner/masukkan iklan dlm internet, tampal iklan di merata tempat, email & sms pelanggan, layan panggilan telefon pelanggan, layan pelanggan nak datang tengok rumah. 10 orang tengok ...mungkin sorang dua sangkut. Kerja ni penat sikit. Dah penuh penyewa, lega sikit.

Bayaran? Okay... dari segi bayaran, cajlah berpatutan. RM200 seorang, maksimum 9 orang, Mesti diorang nak walaupun mahal sedikit pasal rumah kita itu more better lah berbanding tempat lain yang ibarat asrama, ramai, rebut-rebut toilet.  Jangan lupa...Ambil deposit 2 bulan seorang.
Kutip sewa jer sebulan sekali.Setiap 1hb kutip sewa.Tempoh tunggak sampai 4hb. Jika  melebihi 5hb, denda RM10 satu hari. Bukan nak kejam atau nak cari untung.Tapi itu strategi untuk disiplinkan mereka. Kalau tak buat begitu, kita rugi atau dianiaya (dimain-mainkan) dek penyewa.

Alhamdulillah boleh dapat untung paling sikit Rm800 sebulan sebuah rumah (2 buah dah RM1600) tapi ingat, bergantung kepada kemasukan penyewa. Dalam tempoh tak sampai setahun, dah pulang modal dah duit kita tu. Yang lain itu,sampai habis tempoh kontrak kita..untung semata-mata.
Masuk tahun kedua, buat lagi hostel kat tempat lain pulak. Begitu ler seterusnya, dan lagi,dan lagi...

Hehehe...OKlah dah tengah malam ni, tetiba pulak mata aku mengantuk, macam dipanggil-panggil isteri naik katil. Korang? Aku tak tahu ler..Korang tidur ler sambil mimpi-mimpikan duit bisnes baru korang tu...Selamat malam, Mat Jenin Moden..Kih, kih,kih. Assalamualaikum.






Jumaat, 13 Jun 2014

Buat Rumah Sendiri Secara Percuma di TPG

Salam buat semua. Jumpa lagi kita. Hari itu aku dah ceritakan kat korang macam mana nak buat perbandingan sama ada nak buat rumah sendiri atau beli rumah daripada pemaju. Kedua-dua ada pro and con, kata omputeh. Dah baca ke belum ni? Bacalah, sebelum korang tersalah buat keputusan. Menyesal nanti. Menangis tak berair mata. Tapi jangan buat keputusan lagi. Stay up with open minded. Aku belum habis sekolahkan korang. Tunggu sampai kuliah akhir aku nanti. Lepas itu, pandai-pandai ler korang. Duit di tangan tu masukkan kat bank dulu. Bank Islam ler. Jangan bank makan riba pulak. Nanti tak pasal-pasal korang seret aku bersama nanti. OK ler. Kali ini aku nak korang tengok aku buat perbandingan buat rumah atas tanah pusaka/ tanah sendiri dan pembelian tanah lot. Dengar dan tengok dulu. Tu nak ke mana pulak tu? Oklah pergi ler buang air dulu, lepas tu jangan korang ke mana-mana. Berkelip mata pun aku tak benarkan. Hihihihi...cikgu ler katakan.

Oklah, seperti yang aku cakap tadi tanah sendiri ini ada dua, sama ada tanah yang korang beli dengan  duit hasil titik peluh korang sendiri atau tanah kurnia, pemberian badan politik dan yang lagi satu tanah pusaka, tanah anugerah datuk nenek moyang yang tak sempat mereka gadaikan (adus, bisa sungguh ya?). Kalau tanah sendiri takde masalah tapi kalau ler korang  nak uruskan tanah pusaka tadi, bibit-bibit masam-masam muka dalam ahli keluarga pasti berlaku.. masa nak bahagi harta pusaka tadi… samada nak bagi ikut faraid atau nak bagi sama rata. Pastu benda ini berlarutan sampai. hari raya pun tak datang rumah.. sedara mara kenduri tak datang.. nak bincang pasal tanah jauh sekali laa.. akibat dia.. tanah pusaka tadi terbengkalai macam tuu jer.. ayoyo... rugi bhai.. rugi

Tapi kalau lah tanah tu kita beli sendiri.. kita beli share-share.. satu tanah kita beli berempat.. macam mana kritikal pun masalah tanah tu.. Insyaallah kita masih boleh lagi duduk semeja.. kasi bincang untuk selesaikan masalah tanah tadi. Pelik bukan? Harta yang dapat free.. dapat percuma.. untung banyak.. tak mau bincang.. merajuk .. siap kutuk adik-beradik lak tu.. tapi yang usaha sendiri nii.. boleh bincang pulak.. hehehe

Tak per.. kita tinggalkan masalah itu dulu.. jom kita ikuti macam mana saudara aku, A berjaya selesaikan masalah tanah pusaka keluarga dia orang.. yang selama ni.. kes dia agak kritikal... ICU. 
Kisah ceritanya macam nii.. saudara A ni ada tanah pusaka.. tanah tu kat TPG.. tanah tu kecik... 1 ekar je.. Tanah itu masih bersatus pertanian.  belum pun convert ke bangunan kediaman.. lokasi tanah tu cun gila.. strategik gila.. harga pulak kalau jual senang-senang boleh capai 500k seekar, maklum ler tepi jalan besar.
Masa nak uruskan pusaka dulu.. ada sikit krisis.. sebab adik beradik lelaki.. nak bahagi harta pusaka tadi ikut faraid.. tapi adik-beradik perempuan lak nak bahagi ikut sama rata.. jadi ada sikit-sikit masam muka laa.. tapi mereka buat keputusan gak.. bahagi sama rata. Lepas itu start lah.. bibit-bibit masam muka.. langsung tak leh bincang pasal tanah.. sampai satu tahap.. saudara A dah agak panik dah.. mereka ada tanah.. tapi tak boleh buat apa dengan tanah tu.. nak jual tak boleh.. nak pajak.. nak buat apa pun tak boleh..Semak makin meninggi. Duit tak masyuk, yang masuk ular tedung dan ular sawa buat sarang untuk diorang sekeluarga.

Jadi saudara aku tu, A jumpa aku.. kita orang bincang-bincang.. kot- kot ler.. ada jalan nak selesaikan masalah tanah dia orang tu. Mula- mula aku bagi dia dua pilihan: 
1. Jual seadanya (status pertanian) mengikut harga semasa dan ambil RM500k. Kemudian dibahagi empat. Jadi seorang dapat RM125k.
                                                            ATAU
2. Jual ikut kaki persegi (status kediaman) mengikut harga semasa RM30-35 sekaki persegi. 
Dia tanya balik kat aku mana lebih menguntungkan? Aku kata memang ler pilihan B tapi korang kena keluarkan modal sedikit dan bersabar. Berapa lama? Aku kata 6 bulan hingga setahun. OKlah. Dia nak dengar apa plan B aku tu.

A. KIRA NILAI TANAH
Apa yang kita orang buat.. kita orang kasi kira nilai tanah tu dulu.. katakan sekaki persegi.. area sana sekitar RM30 – RM35
1ekar = 43560kp 
Kalau sekaki  harga dia RM30.. jadi RM30 x 43560kp : RM1,306,800  (nilai tanah keluarga A)

B. KIRA NILAI SETIAP ADIK BERADIK (4 orang)

RM 1306,800 /4 = RM 326,700
Nilai tanah.. bagi setiap adik beradik dapat.. berdasarkan pembahagian pusaka. Aku kata itu secara kasar…belum tolak khidmat juruukur dan pertukaran status tanah (pertanian ke kediaman). Katakan lah upah ukur dan tukar status tanah RM 10,000. Jadi setelah dikira, bersih tiap-tiap orang dapat RM 324,200...Wow, kata kawan aku...ini lebih baik daripada bodoh-bodoh jual kat Cina (pasal susah nak jual kat Melayu kalau harga RM500k tu) Perbezaannya cukup besar, lagipun itu ler saja tanah pusaka yang ada, kata A.... RM324200 tolak RM 125000 =  Tambahan RM199,200 setiap adik beradiknya!

Bila dah ada info cenggini.. pastu korang fikir-fikirkan lah..Korang timbang-timbangkan lah. Setakat ini.. pengalaman aku lah.. bila kita mampu tunjukkan untung setiap adik beradik yang macam ni.. Insyaallah.. yang masam-masam muka sebelum ni, dah boleh selesai Insyaallah. Dia orang boleh sepakat balik.. boleh duduk semeja balik.. untuk urus harta pusaka sekangkang kera tu..

Kemudian dia kata kat aku, walaupun setiap orang dapat lebih RM300k, tapi kalau nak beli rumah kat TPG ni, rumah teres dua tingkat dapat ler. Tapi menyesal juga rasanya kerana itulah satu-satunya tanah pesaka yang diaorang ada, lagipun nostalgia bersama orang tua masih dalam ingatan diorang adik beradik. Aku kata kalau gitu, kita ikut Pelan C. Hah.. Ada lagi plan C? Ya lah kata aku..korang nak duit tapi korang masih nak buat rumah kat tanah itu, kan? Ya. kata dia bersungguh..tapi macam mana?

Aku kata nantilah aku beritahu. Malam ini aku ada hal. Lagipun cerita cenggini, mestilah kat cofee house ke, warung mamak ke..yelah HAUS katakan. Lagipun korang nak buat house, kan? Besoknya dia kata nak jumpa aku kat  Allson Kelana Seremban, minum petang katanya...Hihihi. Aku kata kat dia aku main-main jer. Kalau kau ajak aku turun Telok pun aku balik, lagipun ini kan time cuti sekolah. Kata dia tak apa, dia nak dengar idea first class aku itu... Tak sabar benar dia nakdengar plan C aku tu...

A. KIRA NILAI TANAH

Apa yang kita orang buat.. kita orang kasi kira nilai tanah tu dulu.. katakan sekaki persegi.. area sana  kali ini tetapkan RM35

1ekar = 43560kp 
Kalo sekaki  harga dia RM35.. jadi RM35 x 43560kp : RM1,524,600  (nilai tanah keluarga A)

B. KIRA UPAH TOLAK TANAH,  BUAT JALAN, BUAT PARIT  JURUUKUR PERUNDING

Tolak Tanah.....RM 800
Buat Jalan.......  RM5,000 (beli tanah merah dan batu kasar)
Buat Parit........ RM800
Upah ukur.....   RM10,000
Tukar Status.... RM 3000
---------------------------------
Jumlah              RM19,600

Jualan-kos = RM 1,524,600 - RM19,600 

                 = RM 1,505,000/4
                 = RM 376,250 seorang
TETAPI......
Jumlah keluasan tanah itu setelah ditolak jalan dan parit, kira-kira tinggal bersih kira-kira 32,000kp. Kalau korang empat beradik nak buat rumah sebiji sorang, korang kena pecahkan tanah itu pada 8 bahagian. Setiap adik- beradik dapat 2 lot  banglo (normal banglo lot kira-kira 50 x80, 4000kps). Satu lot korang jual, satu lot korang buat rumah sendiri. Kalau korang jual satu lot tu,  korang boleh dapat RM35 x 4000kps= RM140,000. Di samping ada tanah untuk korang buat rumah sendiri, korang boleh dapat duit sebanyak itu dan jiran baru. Sekarang ini korang 4 beradik dan 4 jiran baru...dah ada 8 rumah dalam tanah pusaka korang. Tapi korang jangan salah anggap, korang dan jiran baru ada tanah lot jer, rumah masing-masing buat sendiri tau.

Laa...kata kawan aku...aku mana ada duit nak buat rumah lagi? Mana ada bank nak bagi buat pinjaman perumahan? Aku kata kat dia balik...Yang kau dapat RM140k duit orang beli lot kau yang lagi satu tu buat apa? Gunakanlah buat rumah. Dia kata dia ingat nak simpan duit tu untuk belanja gi Mekah dan anak-anak nanti. Aku cakap kat dia suka hati engkau ler, kan aku dah cakap status tanah ini dah status kediaman, masing-masing lot ada geran yang berasingan. Kalau nak buat pinjaman kat bank, mesti diorang terima sebagai cagaran. Ya kah? apasal tak bagi tahu awal-awal,ngok? Tengok tu..kita dingokkannya. Nasib baik ler aku fikir sedara, kalu tidak memang aku hantar bil untuk yuran perundingan aku ini...baru engkau tahu siapa yang ngok, NGOK!
Tapi aku cakap kat dia, kalau aku ler jadi cam dia...aku buat cenggini:
Duit RM140,000 hasil jualan lot itu aku pecahkan jadi dua bahagian
Duit buat rumah....................................RM100,000
Duit pergi Mekah (laki bini)..................RM40,000

Duit buat rumah tu aku kata engkau boleh dapat dua pintu, semi-D aku kata.Setiap pintu berukuran 20 x 80. Kebiasaanya rumah teres mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu bersekali dengan ruang makan, dapur dan 2 bilik air.Ada baki 10 kaki untuk laman dan belakang. Selesa apa? Dia kata nak buat apa dua rumah?. Aku katakan kat dia, satu kau duduk anak beranak, yang lagi satu engkau sewakan ler. Busuk-busuk masuk tiap-tiap bulan RM 500, ngok! Hahaha..Aku pulangkan balik ngok kat dia. Ya tak yalah. Kata dia sambil garu kepala. Otak engkau otak antarabangsa, superb. Tapi dapat ke buat dua pintu dengan RM100k tu? Aku kata apasal pulak tak boleh, engkau ada baca tak blog aku? Belum. Aku kata baca dan fahamkan dulu entri aku "Aku kontraktor: Buat rumah sendiri di TPG" itu. Yelah, yelah kata dia. Yang pasti hari itu dia balik ke Telok dengan wajah berseri-seri. Tak sabar rasanya dia nak ceritakan consultation kitorang dengan adik beradiknya. Kalau jadi nanti, jangan terperanjat kalau posmen hantar surat daripada aku dengan bil RM10,000. Kecik jer tu,bhai..Bayar kongsi-kongsi dengan adik beradik korang.HAHAHAHA










Khamis, 12 Jun 2014

Umangai 2: Nak Beli atau Buat Rumah Sendiri di TPG? Jom Bincang!

"Kenapa harga rumah yang ditawarkan oleh pemaju perumahan begitu mahal dan melampau sejak akhir-akhir ini?" Hahaha..Itulah persoalan yang bermain dalam fikiran semua anak Telok yang dah berkahwin, dah berkeluarga ramai tetapi masih menyewa atau menumpang rumah emak mertua.

Salam buat semua. Sengaja aku mulakan kata-kata dengan membaca apa yang ada dalam kotak fikiran korang. Rata-rata kita yang dah berumur ini dah mempunyai rumah sendiri, sama ada kita beli atau buat sendiri di atas tanah pusaka orang tua. Syukurlah. Masih ada tempat untuk kita membesarkan anak dalam persekitaran yang kondusif, selesa, dan selamat tapi bayangkan pulak nasib anak-anak kita yang sekarang ini baru nak ikut jejak kita. Baru nak berkahwin atau baru nak merasa rumah sendiri. Apakah sanggup kita lihat mereka terus menyewa atau memilih untuk tinggal bersama kita seumur perkahwinan mereka? Dah takde ruang tanah untuk kita binakan rumah buat mereka. Kalau adapun, anak kita bukan seorang dua. Tinggal di rumah flat bukan jawapannya, apatah lagi rumah pangsa yang tak pernah bersih, tak pernah sunyi, atau tetap sempit itu.

Kadang-kadang terjadi harga rumah naik mendadak, harga rumah tetap naik, terus naik dan tak pernah turun.......Kenaikan harga rumah dari masa ke semasa memang tidak dapat dielakkan lagi dan begitu ketara sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Perkara ini bukan saja berlaku di bandar-bandar besar saja tetapi menyeluruh sehingga ke bandar-bandar kecil seluruh negara. Hal ini disebabkan oleh permintaan terhadap hartanah ini begitu tinggi sekali. bukan saja di bandar besar seperti KL,Penang atau JB tetapi menyeluruh seluruh negara termasuk di TPG.

Kenaikan yang mendadak ini sangat memberi tekanan kepada golongan pertengahan yang berpendapatan sekitar RM 3000 ~ RM 4000 sebulan. Cuba korang congak kejap. Sekarang ini di TPG,

Harga sebuah rumah teres setingkat dengan keluasan 1200 ~ 1500 ka persegi termasuk car porch adalah antara RM150,000 ~ RM 200,000 sebuah. Kebiasaanya rumah teres mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu bersekali dengan ruang makan, dapur dan 2 bilik air.
Aku beri korang gambaran lagi, kalau Semi D setingkat, luas tanah 22' x 70', luas binaan 2,323 sqf, 4 bilik, 3 bilik mandi. Harga bermula dari RM367,000. Bermula maksudnya harga minimum. Nak peningkan kepala korang tengok yang ini pulak: Semi-D dua tingkat, Luas tanah 37' x 85', luas binaan 3,132 sqf, 5 bilik, 5 bilik mandi, harga bermula dari RM611,000.
Banglo lot (normal bungalow lot biasanya 4000 ft2) jangan cerita dan tanya. Buang masa dan buat pening kepala jer memikirkannya.

Pendekkan cerita, berapa jumlah pinjaman bank yang korang perlukan bagi membiayai pembelian rumah sendiri?. Jika dapat pinjam sekitar RM150k pun, bayaran bulanan sudah tentu sekitar RM1500 sebulan. Mampu tak? Sendiri tanya, sendiri mahu jawab tau..Itu golongan pertengahan, kerja gomen, taraf pendidikan diploma atau ijazah. Kalau setakat SPM jer, apa citer? Kalau mengharapkan rumah kos rendah selain flet, sorry ler bhai.....Pemaju perumahan lebih berminat kepada projek perumahan mewah daripada perumahan kos sederhana dan rendah. Kenapa..? Sudah pastilah kerana untungnya berkali ganda dan boleh dimiliki oleh warga asing yang bermastautin di negara kita.

Itu belum lagi masuk sungutan pembeli-pembeli rumah tentang rumah yang beli dari pemaju, antaranya ialah:-
Rumah lambat siap
Kos meningkat
Harga rumah bertambah mahal
Rumah cepat rosak
Kemasan tidak cantik
Bahan binaan tidak berkualiti
Pemaju / kontraktor lepas tangan
Pembeli tidak puas hati dengan mutu binaan
Pembeli rasa tertipu.

Ya lah...ada juga orang kata, memanglah mahal tapi kalau tak beli sekarang, bila?  Harga rumah makin naik, tambahan pula kat TPG menggila towkay pemaju buat rumah. Lagipun bukankah ada pinjaman perumahan oleh kerajaan (bagi yang kerja gomen ler) dan bank-bank? EPF pun boleh dikeluarkan untuk beli rumah..at least buat bayar deposit dan bayaran guaman. Yes. Yang itu tak dapat aku nafikan. Kata kawan aku masa sembang dalam internet hari tu, dia ada kata, tak rugi beli rumah. Makin lama harga rumah makin naik. Bukan macam kereta, makin lama makin jadi besi buruk. Sekali lagi aku setuju. Kata dia (memang dia otai yang terlibat dalam sektor hartanah);

Anggaran peningkatan : 20 % setahun
Price stability : 61 - 70 %
Faktornya ramai yang ingin mencari rumah berstatus freehold di area lingkaran pinggiran kota metropolitan untuk tujuan dibeli dan tinggal.

Katakanlah jika tahun ini, 2014, kita beli rumah RM180,000 + faktor pembangunan serta kemudahan asas seperti sekolah, klinik, masjid, jalan raya, highway dan shopping mall, tahun  2015 harga rumah naik 20% , so nilai rumah tahun 2015 akan menjadi RM 216,000...
Tahun 2016 dan 2017 naik lagi 20%  + kerana ada highway SKVE  dan shopping mall baru...maka rumah akan melonjak kepada RM259,000..
Jika Tahun 2018 dan 2019,  + kawasan - kawasan berdekatan highway telah menjadi mahal, sekaligus market value ke atas rumah di TPG akan meningkat lagi 20%....maka market value rumah akan meningkat daripada RM259000 kepada RM 300K...
Bayangkan umur rumah baru tak sampai 5 tahun, harga rumah korang dah naik hampir sekali ganda. Good investment,bhai.

Perkara positif yang kedua, dalam projek perumahan seperti ini, pihak pemaju juga diwajibkan membina kemudahan asas seperti jalanraya, dewan orang ramai, surau, padang permainan kanak-kanak, longkang dan sebagainya.Jadi, walaupun semua kos membina kemudahan asas ini  ditanggung oleh pembeli melalui harga rumah yang telah ditetapkan oleh pemaju, tapi semuanya ada di situ.

Yang ketiganya, kalau kita hendak menjualnya, atas sebab berpindah tempat atau nak ambil keuntungan segera, tak ada masalah.  Ready buyer dah ada. Buat jer perbandingan nilai hartanah kita.Tapi bagaimana
harga rumah dan strategi menilainya? Apabila kita sebagai tuan rumah mengambil keputusan untuk menjual hartanah pasti kita sendiri berasa bingung bagaimana dan apakah caranya kita boleh menjual rumah ini? dan tertanya-tanya “apakah harga rumah kita? betul ke harga yang kita nak jual ini?” Aku pasti… setiap tuan rumah mesti akan berfikiran sebegitu.

Jadi hari ini aku ingin berkongsi sedikit info menarik bagaimana kita boleh melakukan penilaian hartanah sendiri, sekurang-kurangnya kita tahu berapa nilai hartanah kita. Perbandingan data hartanah boleh dibuat dengan mengakses segala sumber data hartanah seperti akhbar, majalah, papan tanda dan internet. Akhbar-akhbar yang boleh digunakan dan banyak data-data hartanah adalah ruang “classified” The Star. Ada beberapa majalah yang boleh digunakan seperti iproperty dan homefinder. Untuk internet,  boleh juga gunakan iproperty.com, propertylink.com.my, estate123.com, dan thinkproperty.com.my. Data-data ini dikumpulkan dan digunakan untuk perbandingan, sebaik-baiknya hartanah itu mesti didalam keluasan yang sama. Tetapi masalahnya tidak semua hartanah yang  dijual berada di dalam keluasan yang sama. Kalau begitu, korang perlu menilai harga semasa tanah mengikut ukuran sekaki persegi (kps).

Jadi, dah aku ketengahkan kelemahan, kekurangan serta kebaikan beli rumah daripada pemaju. Akhirnya korang kena buat keputusan sendiri, sanggup tak? Kalau tak sanggup, jangan risau kita masih ada banyak cara lagi. Dunia belum kiamat. Nantikan cerita aku selanjutnya, dengan ilmu kengkawan di internet ini, tentang solusi perumahan untuk korang. Sementara itu, selak-selak dan belek-beleklah entri-entri lama aku di sini. Ikhlas dari aku, Anak Telok kepada orang TPG semua. Adios, wasalam.

Khamis, 5 Jun 2014

TPG dalam Tahun 1933: Tapak Asal Kg. Telok Mengkuang

Salam buat semua. Aku harap semuanya berjalan lancar dalam  kehidupan korang, sama ada hal duniawi ataupun hal berkaitan agama. Alhamdulillah. Banyakkanlah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberiNya buat kita nikmat Islam dan kesihatan untuk kita terus beribadah kepadaNya dan menabur bakti sesama manusia. Sakit pinggang aku tempoh hari dah hilang dah. Aku agak banyak sangat toksik dalam badan aku ni sampai peredaran darah tak berapa  nak lancar. Lagipun masa itu aku baru lepas berbekam. Banyak sangat jarum.Itu pasal ler angin masuk. Lepas aku mandi kat kolam air panas, hilang sakit-sakit pinggang aku. Syukurlah. Korang pun sama. Kalau badan rasa tak berapa nak sedap, pergilah mandi sauna. Keluarkan peluh dan kalau boleh berendam kat kolam air panas. Cari ler kat KL ada, Setapak ataupun kat Hulu Langat. Biar keluar duit lebih sikit tak apa, asalkan badan sihat. Lagipun kita orang lelaki ni pinggang nak pakai lama..HAHAHAHA (Kalau  korang faham maksud aku ler).

Kali ini cerita aku berkisar dekat Telok lapan puluh satu tahun yang lalu.Ya, aku nak bawa korang balik ke zaman arwah bapa dan atuk korang. Yes..kita nak balik ke zaman lampau macam dalam filem“ Back to the Future” itu. Tapi kita tak perlukan alat dan teknologi canggih untuk ke sana. Tak ada transporter untuk  kita masuk, atau stargate untuk kita lalu. Cukup hanya sekeping peta lama dan imaginasi. Nak ikut tak? Dah aku agak dah..Hahaha

Kalau korang tengok peta topografi lama itu bertarikh 1933. Ya, ketika itu  arwah bapa aku pun belum lahir lagi. Yang ada atuk dan nenek korang jer. Bayangkan kehidupan mereka di Telok masa itu. Penjajah British sudah berada di Selangor lebih daripada 59 tahun (sejak 1874). Pembangunan negeri sedang rancak. Residen Inggeris di Selangor masa itu
T.S Adams, manakala sultan yang memerintah atas 'nasihat’ daripada Residen ialah Tuanku Alaeddin Sulaiman Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa. Lantak ler.  Tapi sebelum aku bercerita dan mentafsir dengan panjang lebar tentang peta ini, korang terpaksa aku ‘sekolahkan’ sekali lagi…Hehehe…Ini berkaitan Geografi atau Ilmu Alam kata orang-orang dulu. Kalau tak faham, susahlah aku nak explainkan kat korang. So, dengar,dengar,dengar.

Pertama, peta ini menggambarkan keadaan sebenar pada masa itu di tempat yang dinyatakan. Ini rekod rasmi kerajaan, mana boleh main buat ikut suka jer? Setiap maklumat yang ada memang tepat, bukan andaian. Peta ini memang dilukis mengikut skala.  Setiap satu petak hitam itu melambangkan sebuah kediaman, rumah kekal. Kalau korang rajin, kiralah berapa banyak petak hitam kecil yang ada di Telok. Itulah banyak rumah yang ada sebenarnya ketika itu.  Begitu juga jarak antara tempat-tempat, juga benar kiraannya mengikut skala peta. Korang mungkin tertanya-tanya macam mana mereka boleh dapat data dan maklumat itu setepatnya? Hello brader, pernah dengar tak Jabatan Ukur dan Pemetaan? Itulah kerja diorang, termasuklah mengambil gambar dari udara (aerial photography). Jadi imej fotografi tadi ditukarkan ke dalam bentuk lukisan di peta. Sekarang ni diorang gunakan imej satelit terus.

Berbalik  kita ke Telok. Masa itu penduduk Telok semakin bertambah. Bukan kerana ada Jepun yang melabur dan buka kilang kat Batu 10 macam sekarang, tapi kerana banyak petempatan baru dibuka. Kampung Sijangkang baru 25 tahun diteroka (1907). Ramai peneroka Jawa mula bertapak di situ. Telok bukan lagi milik sepenuhnya Aceh atau Bugis, seperti sebelumnya.

Kini Keling dan Cina mula menjadi anak Telok. Banyak ladang kopi, kelapa dan getah di sekitar Telok. Orang-orang Melayu jati dan Melayu Dagang (Melayu Nusantara yang datang merantau ke Selangor selepas 1874) kini tidak lagi menjadi petani sara diri. Mereka sudah mula mengikut rentak dan kemahuan British menyediakan tanaman makanan dan komersial untuk menampung selera rakus kapitalis di pasaran antarabangsa sedunia. Kopi dan kelapa sememangnya tanaman utama sejak 1880an lagi, tetapi sebagai pekebun kecil (saiz kebun kurang daripada 100 ekar), datuk nenek kita mungkin telah bertindak bijak dengan mempelbagaikan tanaman atas tanah milik mereka. Maklumlah harga pasaran dunia berubah-ubah.

Pada tahun 1890an, antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Tuan punya estet beralih kepada tanaman getah . Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya pada tahun 1890, harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Ketika harga getah melambung ke paras tertinggi pada tahun 1910, iaitu $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. mereka beralih pula kepada getah iaitu mereka terkesan dengan keadaan ekonomi dunia masa itu. Namun sebagai pekebun kecil, cara yang terbaik ialah dengan mencampurkan beberapa tanaman komersial ini agar pendapatan seharian mereka berterusan dan tidak merugikan. Di samping itu mereka juga menanam beberapa pokok buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan dan sebagainya untuk  anak dan keluarga mereka. Sebab itu di Telok banyak kebun menyulamkan kelapa dan kopi, di samping  pokok buah-buahan dan pokok kelapa di halaman dan di belakang rumah mereka.

Tetapi langit tak selalunya cerah.  Mulai tahun 1929 harga getah di pasaran  jatuh merudum di seluruh dunia. Namun, hidup harus diteruskan juga. Banyak estet terpaksa mengurangkan kadar upah pekerja mereka daripada 40 sen sehari kepada sepuluh sen sahaja. Orang kampong pada masa itu terpaksa  juga mengubah cara hidup mereka. Jika dahulu kaum wanita hanya bekerja dalam rumah, kini mereka terpaksa membantu suami di kebun atau menjual hasil kampung seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan tempe  di pekan sehari atau pasar-pasar sekitar Telok, Banting dan Klang untuk menambah pendapatan. Mereka mula keluar dari rumah untuk bekerja dan berniaga sejak selepas Subuh sehinggalah selepas Asar baru mereka pulang. Ketika itu tanggung jawab menjaga rumah dan menguruskan adik-adik terletak di atas bahu anak perempuan sulung mereka, tak kiralah berapa umurnya (biasanya 9 tahun ke atas).

Kaum lelaki terpaksa mengambil upah menetak  daun nipah, menjadi nelayan sungai dan mengumpul kayu api. Kaum perempuan pula dengan dibantu anak-anak perempuan, menyemat atap untuk dijual kepada peraih Cina untuk memenuhi kehendak pelombong-pelombong di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Walaupun kehidupan agak perit berbanding pada tahun 1920an, kehidupan mereka masih baik berbanding pekerja estet.

Pola petempatan berselerak dapat dilihat di kawasan kebun- kebun kecil ini manakala pola petempatan berjajar (lurus) wujud di kawasan sepanjang Sungai Langat dan jalan-jalan di Telok, Kampung Medan dan Sijangkang. Kalau dilihat daripada peta ini, ternyata masih ramai yang tinggal berhampiran atau di atas sungai. Sememangnya sungai masih nadi kehidupan mereka. Segala keperluan harian mereka termasuk pengangkutan dan perhubungan ada dan melalui sungai. Walaupun sudah banyak rumah dibina di sepanjang jalan Klang-Jugra dan Klang-Telok Datok, masih terdapat rumah-rumah atas air di Telok Mengkuang dan sepanjang Sungai Langat, dari Beting Tengah hinggalah ke Sungai Rambai. 


Kini, rumah-rumah seperti itu sudah tiada lagi.Begitu juga Kampung Telok Mengkuang yang sudah tidak wujud lagi kini. Justeru, aku mengajak korang menelusuri ( menyusur kembali) sejarah silam Telok. Peta ini merupakan bukti rasmi pernah wujud perkampungan tersebut di situ sebelum tahun 1933. Pemilihan tapak kampung ini sememangnya strategik. Terletak antara dua likuan sungai Langat; di likuan sebelah kiri, lebih hampir ke Telok dan Jugra manakala likuan kanannya lebih dekat dengan Klang dan Kuala Klang atau Port Swettenham ketika itu. Tak perlu menunggu lama kalau bersampan. Ketika itu terdapat lebih daripada 20 buah rumah di kampung itu. Bila dan kenapa Kampung Telok Mengkuang ini ditinggalkan, itu aku tak pasti. Kita (maksud aku korang anak-anak muda Telok) kenalah banyak buat rujukan di internet, Arkib Negara dan Perpustakaan Tun Uda di Shah Alam. Mungkin kalau ada peta topografi Telok yang lain pada tahun-tahun selepas 1933, baru aku berani buat tafsiran yang baru pulak. Lagipun cerita lisan dari mulut orang tua-tua di kampung Telok tentang kewujudan Kg. Telok Mengkuang ini tidak pernah aku dengar. Tak tahulah kalau-kalau atuk nenek korang ada bercerita. Jadi,di sini aku simpulkan, kemungkinan kampung ini tidak wujud lagi di situ  kerana mereka sudah menjual tanah milik mereka kepada pekebun Cina atau mereka telah mendirikan rumah-runah baru mereka di kebun-kebun berhampiran jalan utama di Telok di mana terdapat kedai-kedai runcit dan kemudahan asas seperti bekalan air paip (mulai tahun 1939), serta jalan raya dan klinik kesihatan (Federal Dispensaries) di Batu 1 Sijangkang, Kampung Baru Jenjarom dan Telok Datok.

Korang juga boleh nampak dalam peta ini penerokaan haram hutan Telok Mengkuang (bertanda X) yang dilakukan oleh kaum Cina. Kawasan tengah hutan diteroka dengan tanaman kelapa manakala kawasan tepi sungai dibiarkan hutan, seolah-olah tiada apa-apa penebangan hutan dilakukan. Parit-parit yang dibina oleh mereka pendek-pendek dan tidak lurus. Tiada jalan raya menghubungkan  ‘kebun-kebun’ mereka dengan Kampung Telok Mengkuang. Pengangkutan hanya melalui jalan sungai. Jadi, kawasan ini memang terpencil dan tidak diketahui umum kecuali mereka sahaja. Hanya kawasan tebing sungai Langat sahaja yang dibiarkan berhutan nipah ataupun bakau. Tembelang ini pecah ketika survey ini dijalankan melalui  fotografi udara. Walaupun begitu, pihak Pejabat Tanah Daerah mungkin hanya berdiam diri tanpa apa-apa tindakan diambil kerana telah ‘disogok’ oleh peneroka haram ini. Aku bukan rasis (perkauman) atau prejudis (prasangka) terhadap bangsa pendatang ini, tetapi begitulah hakikatnya!

Hanya ketika zaman darurat sahaja (1948-1960), barulah semua petempatan Cina di Telok Mengkuang ini dipindahkan ke beberapa buah kampung baru di Sungai Jarom dan di Pandamaran atas sebab- sebab keselamatan. Ketika itu kebun-kebun ini terus ditinggalkan begitu sahaja sehinggalah pada tahun 1966, kerajaan menawarkan pembukaan tanah pertanian dan tanah hutan di seluruh Telok Mengkuang. Bund ataupun benteng dibina sepanjang sungai bagi menghalang kemasukan air masin atau ketika air sungai banjir hingga ke tepi tebing.
Maka ramailah orang-orang kampung termasuklah Cina-cina memohon tanah T.O.L lot pertanian masing-masing di situ. Kebun atuk aku terletak bersebelahan kebun Mat Ghani Simpang dan Ah Kaw. Aku rasa kebanyakan pekebun Cina di situ bukan peneroka asal.
Mereka merupakan pembeli tanah-tanah yang dijual oleh orang Melayu ketika itu atas sebab-sebab kewangan yang menghimpit. Masa atuk aku dapat tanah itu memang dah ada pokok kelapa siap ditanam. Maknanya memang telah ditanam sebelum tahun 1933 lagi. Nasib korang ler Ah Pek! Sejak itu, TPG terus maju dan prosperous, kata omputeh. Pokok-pokok kelapa tadi telah ditebang dan digantikan dengan kelapa sawit.

Nama Telok Mengkuang kini diabadikan pada nama jalan utama di persimpangan tiga ke TPG di sekitar Taman Dato' Hormat. Kini kawasan ini telah banyak berubah. Banyak tanah pertanian telah dijadikan tempat penternakan ayam secara komersial. Begitu juga kilang-kilang dibina. Entah siapa yang meluluskan, aku tak tahu. Mungkin polisi kerajaan telah berubah. Status tanah pertanian kini bertukar kepada status pembangunan pelbagai guna.

Mungkin juga kerana suapan mewah daripada towkay-towkay ke mulut pegawai dan kakitangan pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat termasuk di SUK Shah Alam (sejarah rasuah berulang kembali..hihihihi). Aku tak nak menuduh tanpa bukti tapi yang pasti pada tahun 2020 nanti seluruh kawasan Telok Mengkuang akan diwartakan sebagai kawasan perindustrian marin. Sudah pasti harga tanah di situ melambung tinggi, tidak lagi dinilai mengikut ekar tetapi mengikut kaki persegi. Bertuahnya pemilik kebun (termasuk keluarga aku) di situ. Mungkin jadi jutawan segera! HAHAHAHAHAHA….




Jalan Telok Mengkuang di Taman Dato' Hormat


Telok Mengkuang: Pandangan udara dari arah Bukit Jugra

 Telok Mengkuang: Pandangan udara dari arah Sijangkang
Rujukan:
Spirits of Resistance and Capitalist Discipline, Second Edition ... - Aihwa Ong
The Devil's Milk  A Social History of Rubber - John Andrew Tully
The Tamil Migration Cycle 1830 - 1950 -Christophe Z Guilmoto
http://studentsrepo.um.edu.my/491/5/BAB4.pdf

Anda mungkin berminat membaca:

Indeks Halaman Utama
Perkembangan Awal Telok Panglima Garang: 1860 hingga 1910
Pembangunan di Telok 1916-1925
Sungai, Atap Nipah dan Telok
Antara Telok, Telok Mengkuang dan Telok Gong
Telok Panglima Garang: 1887 - 1950: Satu Tafsiran Peta

Jumaat, 30 Mei 2014

Kisah Harimau di Jugra dan Telok

Salam buat semua. Hari ini Jumaat. Cuti sekolah semester satu.  Aku tak ke mana-mana hari ini. Sakit pinggang, Terasa benar sakitnya. Mungkin ujian kecil Tuhan buat aku. Walaupun cuma cramp, tapi azabnya Allah sahaja yang tahu. Korang tanyalah sesiapa yang pernah sakit pinggang, mesti diorang setuju bila aku katakan bagai nak putus nyawa rasanya, seolah-olah itulah seteruk-teruk penyakit dan kecederaan yang dirasa. Memang pada mulanya aku merancang nak balik ke Telok, hantar kakak aku balik setelah dua minggu dia kat rumah aku. Lepas tu nak ke Bukit Rimau, Shah Alam ziarah adik perempuan bongsu aku . Terpaksalah aku berperap kat rumah sehari dua sampai sakit itu hilang.

Bercerita pasal rimau atau harimau ini, aku tertarik dengan kisah-kisah lama yang pernah diceritakan oleh orang-orang tua di Telok masa dulu-dulu, cerita tentang harimau keramat yang menjaga Bukit Jugra dan juga harimau yang banyak berkeliaran di hutan-hutan sekitar Telok dan bagaimana seorang panglima bertarung dengan rimau di Telok. Masa itu umur aku baru budak-budak lagi. Jadi cerita-cerita macam gitu memang menarik perhatian dan mendatangkan ketakutan buat diri aku. Tapi lama kelamaan, cerita begitu, hilang terus dalam ingatan aku sehinggalah aku terbaca kisah-kisah berkaitan harimau di dalam surat khabar The Straits Times dulu-dulu.

Timbul persoalan dalam fikiran aku kenapa lencana SMK Jugra tempat aku mencurah bakti sebagai pendidik dahulu ada simbol harimau, dan mengapa lencana SMK Telok Panglima Garang pun ada  kepala rimau? Mungkin ada kisah di sebaliknya.Takkan kebetulan?  Kalau tidak, masakan mereka gunakan lambang harimau? Kaji punya kaji, aku dapat buat beberapa kesimpulan kat sini.




Aku ambil keputusan untuk pecahkan cerita rimau ini kepada 3 bahagian. Pertama mitos atau lagenda harimau jadian di Jugra , kedua tentang harimau yang mengganas memakan binatang ternakan dan ketiga tentang harimau yang pernah makan manusia seperti yang pernah menjadi igauan penduduk Telok dan Malaya amnya.

Yang pertama mitos tentang harimau keramat penunggu Bukit Jugra telah dibukukan oleh  pengkaji  Inggeris bernama  Walter William Skeat pada tahun 1900 yang mengatakan:
“By far the most celebrated of these ghost tigers, however, were the guardians of the shrine at the foot of Jugra Hill, which were formerly the pets of the Princess of Malacca (Tuan Putri Gunong Ledang). Local reports says that this princess left her country when it was taken by the Portuguese, and established herself on Jugra Hill, a solitary hill on the southern portion of the Selangor coast, which is marked on old charts as the “False Parcelar” hill…”
‘(In Jugra Hill) the lady remained for some time, and during her stay constructed a bathing-place for herself. Even to this day she pays periodical visits to Jugra Hill, and although she herself in invisible to mortal eye, her faithful attendant, in the shape of a handsome tiger (rimau kramat), is often to be met with as he prowls about the place at night…’
Bukit Jugra should be associated with one another in traditionary lore. The story runs that this estimable lady, having disposed of her husband by pricking him to death with needles, decided thenceforth to live free from the restrictions of married life.
She was thus able to visit distant lands, taking with her a cat of fabulous dimensions as her sole attendant. This cat appears to have been a most amiable and accommodating creature, for on arriving at Jugra he carried the Princess on his back to the top of the hill.
There are many stories about ghost tigers (rimau kramat), which are generally supposed to have one foot a little smaller than the others (kaki tengkis), which the unnatural smallness of one of the feet was very conspicuous. Such tigers are considered invulnerable, but harmless to man, and are looked upon generally as the guardian spirits of some sacred spot. . .

Kisah tentang Puteri Melaka bernama Puteri Gunong Ledang yang membunuh suaminya sendiri. Sang putri pun kemudian membawa jasad suaminya ke darat (sang putri membunuhnya ketika mereka sedang berada di atas sampan) dan menguburkannya di kaki Bukit Jugra. Dalam proses penguburan tersebut sang putri didampingi oleh dua ekor kucing yang kemudian berubah menjadi hantu harimau yang diperintahkan untuk menjaga pemakaman suami sang putri.
Kemudian legenda lainnya yang lebih baru menceritakan bahwa sebelum dibangunkan rumah api , arus sungai begitu kuat dan mampu merosakkan kapal-kapal yang berlabuh di pantai dekat bukit ini. Menurut legenda, kekuatan ghaib yang ada di bukit ini merasa terganggu dengan pembinaan rumah api British tersebut sehingga efeknya menyebabkan pendarahan selama 30 hari. Air sungai pun berubah menjadi merah darah.
Jadi, sebenarnya mitos tentang  rimau keramat yang menjadi penunggu dan tunggangan Putri Gunung Ledang itu memang dah berzaman. Tambahan pula, Jugra menjadi pusat pentadbiran bagi Selangor semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad dahulu. Semestinya baginda dikelilingi pawang-pawang diraja dan hulubalang-hulubang serta pendekar yang memiliki ilmu kebatinan persilatan yang memperlihatkan kehebatan dan kedaulatan Raja dan sultan di mata rakyat biasa yang rata-rata jahil dalam ilmu keduniaan dan akhirat. Kesemua ini ‘mainan diraja’ bagi memastikan rakyat terus menumpahkan taat setia ke bawah duli baginda sultan dan kaum kerabatnya.

Orang-orang Melayu yang ‘sangat kreatif’ ini selalunya menganggap golongan Jin ini boleh menjadi budak suruhan mereka. Sebenarnya anggapan ini tersangatlah SALAH dan jauh tersasar. Golongan syaitan dan Iblis ini sangat bijak. Mereka tidak hairan dengan ayat yang dijampi. Mereka berpura-pura mengikut telunjuk manusia asalkan kita jadi sesat. Mereka yang sebenarnya menunggangi kita seperti keldai dungu...ya seperti keldai yang dungu yang dicucuk hidung dan dipukul dipunggungnya, suruh ia berlari ke arah yang mereka mahukan.

Bayangkanlah segala jenis ilmu kebatinan ini sudah pasti menjadikan jin sebagai "sahabat", "Khadam" dan yang seumpama dengannya kemudiannya menjadi SAKA keturunannya. Antaranya ialah :

1) Dewa Daulat - Raja-raja melayu, orang Istana, Pawang diraja, Orang bergelar,
ketua adat dan segala adat istiadatnya, peniup Nafiri dan
keseluruhan keturunan mereka terlibat dgn SAKA DAULAT.
2) Pontianak - pengamal perbidanan, urut dan andaman pengantin
3) Toyol - untuk mengumpul kekayaan, wang ringgit.
4) Bunian (pari-pari hutan) - Pengamal perbomohan dan perubatan tradisional
5) Jembalang Tanah - orang asli jakun dan semai dlm perdukunan
6) Hantu Langsui - perbomohan dan pengamal santau dan tuju-tuju.
7) Puteri Mayang Mengurai - perbomohan dan perubatan
8) Puteri Pulau Tujuh - perbomohan dan perubatan
9) Dewa Laut - pengamalan orang sakai laut utk perlindungan ribut dan nelayan.
10) Dewa Sungai - org asli dayak sungai utk perlindungan kaumnya dan perubatan
12) Hantu Raya - jaga harta benda, anak cucu, rumah, kebun dan jadi kaya
13) Hantu Pokok Kayu Ara - pengalamal Kuda Kepang dan barongan
14) Pantas di Awan - utk jaga diri, keluarga, tanaman, perubatan, hebat dan gagah
15) Hantu Bukit - org asli senoi dan jakun. utk jaga kawasan
16) Hantu Perahu - org asli kuala, utk jaga perahu dan arah cari ikan
17) Puteri Mak Yong - pengamal tarian makyong tujuan diminati org ramai.
18) Hantu Air - org asli Dayak Laut dan seletar tujuan cari ikan banyak.
19) Jembalang Pulau - pengamal wayang kulit,dikir barat, rebat, selampit
20) Panglima Hitam - Popular pd pengamal persilatan dan pertahanan diri, boleh
dikatakan hampir kesemua persilatan melayu menyeru namanya dan dgn sendirinya
ia didampingi - silat Seru dll.
21) Dewa Sungai - perguruan silat sending
22) Penunggu Pulau - perguruan silat Lincah
23) Hantu Bangau Putih - persilatan Bangau Putih
24) Puaka Terbang putih - persilatan Helang Putih
25) Jembalang Tanah - persilatan Budi Suci, wali suci, Roh suci dan silat Cimandi.
26) Dewa Kura-kura - Persilatan Kura-kura, labi-labi atau lelabi.
27) Harimau Jadian - Persilatan Gayong Harimau, Silat Harimau, Persilatan
Macan Putih
28) Jembalang Harimau Berantai - Silat Harimau Berantai
29) Dewa Saka - Persilatan dan perbomohan Buang Saka.
30) Dewa Angin - Perbomohan raja santau dan tuju
31) Hantu Tulang - Pengamal urut patah
32) Puaka Pulau Pemanggil - Pandai bersyarah, ahli politik, tok ketua, ustaz, lembut
lidah, memukau orang, bersuara kuat dll
33) Puaka Harimau Kerinci - sahabat untuk menjaga kampung, rumah, keluarga,
kebun, tanaman, ternakan dan boleh bawa tuannya pergi kemana2 dengan cepat.

Kesimpulannya, banyak khadam jin berbentuk ‘harimau’ ada dalam pelbagai amalan persilatan ketika itu dan diwarisi hingga kini, terutama oleh anak cucu (sehingga tujuh keturunan mungkin).

Namun, syukurlah. Dunia semakin moden. Kesedaran tentang agama meningkat.  Mereka percaya dengan berilmu pengetahuan melalui pendidikan formal di sekolah, mereka akan lebih berjaya di dunia dan di akhirat. Anak cucu mereka kini tidak lagi memerlukan saka dan amalan khurafat ini dalam kehidupan mereka. Akhirnya, Jugra dan kawasan sekitarnya ‘keras’ dengan kehadiran  ratusan bahkan jutaan makhluk halus tidak bertuan ini  yang merayau-rayau mencari ‘waris jari hantu’ mereka.

Ketika aku bertugas di SMK Jugra dahulu, sekitar lewat 1990an, pernah ‘mereka’ mengganggu beberapa orang komando TUDM  yang sedang menjalani latihan di kawasan kelapa sawit di sekitar kem Jugra termasuk di belakang sekolah aku dulu. Dengar cerita,  sampai meracau-racau askar-askar gagah berani tersebut sehingga kem komandan terpaksa memanggil bomoh untuk menyemah dengan mengorbankan kambing hitam dan memagar kawasan serta memulihkan semangat mereka.

Pernah juga beberapa orang pelajar kami pucat muka mereka semasa merokok di sebalik surau sekolah, ketika itu mereka bermalam di sekolah kerana ada aktiviti kadet polis keesokan harinya. Budak-budak ini memaklumkan mereka ternampak kelibat seekor harimau di situ. Gangguan sebegini berlaku dari semasa ke semasa sehingga beberapa orang guru pernah demam disentuh dan ditegur makhluk halus ini.

 Aku sendiri dan sepupu aku pernah melihat beberapa orang budak kecil berlari-lari di kaki lima bangunan sekolah pada waktu siang hari. Ketika itu hari Ahad, bukan hari persekolahan. Ketika aku mengajukan pertanyaan kepada rakan guruku yang tinggal di kuarters guru di situ tentang kehadiran budak-budak tersebut, dia menafikan kerana hanya dia seorang sahaja yang berada di kuarters pada masa itu memandangkan guru-guru lain telah pulang ke kampung masing-masing. Aku dan sepupuku berpandangan sesama sendiri. Memang tak kita nafikan mereka wujud, namun kekuatan dan kehebatan hanya milik Allah SWT. Bermohonlah kepadaNya. Jangan sesekali kita melakukan syirik terhadapNya. Nauzubillahimin zalik.

Woi, dah panjang benar ceritanya! Itu baru habis kisah harimau yang pertama,kisah harimau jadian dan saka. Belum lagi kisah harimau yang mengganas di Jugra dan Telok. Korang nak aku sambung lagi tak? Dah aku agak dah…mesti nak punya.

Tentang harimau mengganas di Jugra ini berdasarkan catatan orang puteh bernama .  Isabella L. Bird Bishop (1831-1904) bertajuk "A Chapter on Selangor - Letter XVII dalam bukunya,  The Golden Chersonese And The Way Thither .ketika berada di Jugra.
“It was a lovely walk up the hill through the palms and bananas, and the bayonets of our escort gleamed in the intense moonlight, not with anything alarming about them either, for an escort is only necessary because the place is so infested by tigers. The bungalow is large but rambling, and my room was one built out at the end, with six windows with solid shutters, of which Mr. Ferney closed all but two, and half closed those, because of a tiger which is infesting the immediate neighborhood of the house, and whose growling, they say, is most annoying. He killed a heifer belonging to the Sultan two nights ago, and last night the sentry got a shot at him from the veranda outside my room as he was engaged in most undignified depredations upon the hen house.
There was a grand excitement yesterday morning. A tigress was snared in a pitfall and was shot. Her corpse was brought to the bungalow warm and limp. She measured eight feet two inches from her nose to her tail, and her tail was two feet six inches long. She had whelps, and they must be starving in the jungle to-night. Her beautiful skin is hanging up. All the neighborhood, Chinese and Malay, turned out. Some danced; and the Sultan beat gongs. Everybody seized upon a bit of the beast. The Sultan claimed the liver, which, when dried and powdered, is worth twice its weight in gold, as a medicine. The blood was taken, and I saw the Chinamen drying it in the sun on small slabs; it is an invaluable tonic! The eyes, which were of immense size, were eagerly scrambled for, that the hard parts in the centre, which are valuable charms, might be set in gold as rings. It was sad to see the terrible "glaring eyeballs" of the jungle so dim and stiff. The bones were taken to be boiled down to a jelly, which, when some mysterious drug has been added, is a grand tonic. The gall is most precious, and the flesh was all taken, but for what purpose I don't know. A steak of it was stewed, and I tasted it, and found it in flavor much like the meat of an ancient and overworked draught ox, but Mr. Ferney thought it like good veal. At dinner the whole talk was of the wild beasts of the jungle; and, as we were all but among them, it was very fascinating. I wanted to go out by moonlight, but Mr. Ferney said that it was not safe, because of tigers, and even the Malays there don't go out after nightfall.

Cerita tentang harimau betina yang dijerat dan dibunuh. Semua orang di istana dan kawasan berhampiran termasuk Sultan dan dirinya menjamu selera makan daging  harimau yang dimasak. Rasanya seperti daging pejal lembu jantan Organ-organ harimau tersebut digunakan untuk tujuan perubatan.Tulangnya direbus menjadi tonik berubat. Darahnya dijadikan tonik oleh orang Cina di situ. Hati dan hempedunya dijemur untuk dijadikan ubat oleh sultan dan kaum Cina. Memang, mengikut perubatan Cina, hampir keseluruhan bahagian harimau berguna untuk kesihatan. Pendek cerita korang tengok jer lah gambar di bawah:

Pulau Carey dahulupun ketika dibuka memang banyak gajah yang merosakkan tanaman Binatang liar lain termasuk harimau dan rusa banyak kelihatan. Harimau pernah dilihat berenang merentasi sungai Langat di situ. Memanglah, ketika itu banyak kawasan hutan  termasuk di Telok dan di Kampung Medan diteroka untuk dijadikan kebun atau ladang. Semestinya kawasan semula jadi harimau ini terganggu. Apabila berlaku hal tersebut, maka harimau ini akan menjadikan ternakan seperti lembu dan kambing  bahkan manusia sebagai habuan segera. Pernah berlaku pertarungan antara harimau dengan manusia di situ. Ketika itu British  menggalakkan rakyat membuka perkampungan dan kawasan pertanian yang baru membenarkan bahkan membayar habuan atau reward setiap ekor harimau atau buaya yang dibunuh atas alasan menjaga keselamatan penduduk. Setiap ekor harimau yang dibunuh atau dijerat dibayar sebanyak RM50 seekor tanpa mengira saiz, dan tidak kurang daripada RM200 bagi harimau pemakan manusia. Banyak cerita dan laporan akhbar tentang kematian ramai manusia terutama pekerja estet di sekitar Jugra, Sepang, dan Klang akibat serangan harimau.
Bagi buaya pula, kalau saiz kurang daripada 3 kaki dibayar 25sen sekaki, antara 3 hingga 6 kaki dibayar 50 sen sekaki manakala yang panjangnya melebihi 6 kaki dibayar RM1 sekaki. Tiada had.Setiap ekor yang dibawa ke balai polis akan dibayar sewajarnya sehinggalah harimau dan buaya bukan lagi ancaman kepada manusia di sekitar Telok, Jugra dan Kuala Langat amnya. Ketika itu tiada lagi bayaran untuk harimau yang ditangkap atau ditembak kecuali pemakan manusia. Namun begitu, harimau lain yang ditembak boleh dijual kepada pembeli berbangsa Cina, yang menjualnya kepada pengedar dan pengeksport di Singapura untuk pasaran antarabangsa. 

Harimau kini semakin berkurangan dan diwartakan sebagai spesis terancam di Malaya dan Malaysia kemudiannya. Kini hanya tinggal tak sampai 500 ekor harimau yang  masih hidup dalam hutan di seluruh Malaysia. Begitu juga nasib kita kaum lelaki, dulu mengancam, kini terancam akibat desakan hari-hari mau sang isteri. HAHAHA.


Anda mungkin berminat membaca:
Indeks Halaman Utama

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...