Salam buat semua anak cucu Atok. Semoga senantiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Atok dan Wan sihat walafiat. Terima kasih kerana doakan diri dan kesihatan Atok berdua. Atok juga doakan yang sama buat korang. Entri Atok yang lepas korang dah baca tak? Kalau korang belum baca lagi, tak apalah. Boleh baca time korang lapang. Atok tak marah. Atok menulis bukan kerna nama, kerna sifat kasih pada sesama insan….Hehehe macam Ramli Sarip pulak Atok. Tapi betul, Atok tulis bukan kerana nak nama atau berapa banyak likes atau views. Lagipun blog Atok ini cerita peribadi dan sejarah. Cerita zaman-zaman muda Atok dan kisah orang dahulu-dahulu yang dah lama berpindah ke alam seterusnya, Alam Barzakh.
Mana Atok ada ramai peminat? Memanglah kalau dapat banyak views dan likes
apatah lagi komen, maka bertambah bersemangat lagilah Atok untuk terus menulis.
Rilekslah itu, sifat manusia, tetapi tidaklah sampai kepada sifat riak dan
ujub. Moga-moga Allah perbetulkan niat Atok ini sampai bila-bila agar menulis
dengan penuh keikhlasan. Ikhlas kerana Allah. Kalau korang tak bacapun, mungkin
ada manusia lain pada esok atau masa akan datang yang terjumpa blog Atok ini
dan membaca serta ambil ilmu dan iktibar
daripada penulisan Atok ini. Masuk pahala dalam akaun simpanan akhirat Atok.
Kalau diorang kongsi-kongsikan dan edarkan, maka bertambah-tambahlah nilai
pelaburan akhirat Atok ini. Atok dan Wan bukan alim ulama, tak banyak amalan.
Mungkin dengan secubit ilmu dan sekelumit kata-kata ini, modal kami untuk masuk ke syurga Allah kerana Atok
teringat akan hadis nabi kita,” Sebarkanlah walau sepotong ayat”. Atok memang
amat-amat mengharapkan rahmat Allah dan syafaat Nabi Muhammad. Atok nak menjadi
pencetus minat korang terhadap Sejarah, terutamanya sejarah tempatan, tempat tumpah
darah serta penghidupan kita sendiri.
Okaylah, kali ini Atok nak habiskan cerita yang Atok dah mulakan bak “sekali
keris sudah terhunus, pasti akan bermandi darah”. Hah, Ammekkau! Bukanlah sampai
nak bergaduh bagai. Maksud Atok, cerita ini mesti Atok habiskan, sampai tamat,
sampai klimaks. Barulah dua-dua puas, maksud Atok, kitalah, Atok penulis dan
korang pembaca. Hehehe. Ini episod finale daripada tiga mini siries tentang
Majlis Perbandaran Kuala Langat. Moga-moga lepas ini adalah mana-mana staf
MPKLgt yang terbaca penulisan Atok ini dan bawa cerita Atok tentang mereka
dalam perbincangan mesyuarat mereka dengan YDP. Atok teruskan ya. The Story
goes like this….
KUALA LANGAT TOWN BOARD (KLgtTB)
Pembersihan pantai Morib daripada kenderaan tentera yang tersadai ketika Operasi Zipper pada tahun 1945 mula dilakukan pada tahun 1947. |
Ration makanan harian Askar Tawanan Jepun |
Tapi yang pastinya dalam tahun 1949, KLgtTB dah mula aktif balik. Dalam mesyuarat mereka pada 20 April 1949, Jawatankuasa (JK) mereka telah meluluskan pembelian mesin pemotong rumput terpakai dan pembelian traktor pemotong rumput (mower) yang baharu. Pada bulan Oktober 1949, mereka mula mencadangkan penanaman pokok-pokok di pinggir jalan sebagai teduhan.Mereka mula memeriksa kembali kawasan-kawasan pengurusan mereka terdahulu. Bermula dengan pemeriksaan di kawasan Sg. Pelek pada 15 Jun 1949. Dalam mesyuarat mereka pada 11 November 1949, KLgtTB akan mengalami kemerosotan dari segi kutipan taksiran. Dijangkakan pada tahun 1950, perbelanjaan mengatasi pendapatan sebanyak $22,636.00. Itupun setelah unjuran kenaikan cukai atau kutipan tunggakan dibuat. Kanchong Darat kemudian dimasukkan ke dalam kawasan perbandaran mulai 15 Disember 1949.
Kenaikan kadar cukai terpaksa dilakukan pada tahun 1950 |
Pada 1
Januari 1950, mereka terus memantau kawasan
Telok Panglima Garang. Kemudian pada 16 Januari 1950, mereka membuat
pemeriksaan di kawasan Morib pula. Tidak banyak yang dapat mereka buat dengan defisit
kewangan yang melanda. Alhamdulillah, pembangunan terus berjalan. Pada 10 Mac 1950, Majlis telah mendirikan Stesen
Bas di pekan Banting. Tapi yang peliknya dalam mesyuarat mereka pada 29 Mac
1950, ditimbulkan isu kutipan najis (night soil) dari rumah-rumah dan premis
perniagaan dan kerajaan. Tapi betul juga, selama ini ada ke tidak perkhidmatan
ala Indah Water Konsortium (IWK) ini di Banting atau Sepang pada masa itu?
Tidak pula Atok dengar atau terbaca dalam laporan Revenue mereka. Kalau dekat
Klang atau Kuala Lumpur, memang Atok ada terbaca tentang perkhidmatan town
board yang special ini, dah lama dah, siap beri resit lagi kepada pelanggan
mereka. KLgtTB juga memperkenalkan lesen penjualan ikan masin
atau ikan kering, serta lesen penjaja. Yalah poket dah kering, jadi apa-apa idea yang boleh menambahkan hasil
mahsul diterima.
Lukisan Tandas Angkut |
Kerja-kerja mengangkut najis sedang dijalankan |
Kaedah mengangkut najis ke lori tangki najis |
Sebelum tahun 1951, terdapat 15
kawasan perbandaran di Kuala Langat, tidak termasuk Sepang dan Sungai Pelek.
Kawasan-kawasan ini adalah seperti di bawah:
· Banting, Batu Laut, Bukit Changgang, Chodoi, Jenjarom, Kanchong Darat, Kanchong Laut, Morib, Simpang Morib, Sg. Manggis, Sg. Raba, Sijangkang, Telok Datoh, Telok Panglima Garang, Tanjung Duabelas.
Namun, mulai tahun 1951, banyak berlaku
perubahan dasar oleh kerajaan. Rancangan Briggs mengubah perancangan kerajaan
tempatan termasuk KLgtTB. Kaum Cina dan Tamil di kawasan pinggir hutan dan
perbukitan di seluruh Kuala Langat dan Sepang dipindahkan ke kampung-kampung
baharu di Tanjung Sepat, Salak, Jenjarom dan ada juga yang ke Pandamaran. Seluruh perancangan
tahunan KLgtTB terpaksa diubah. Majoriti kaum Cina menjalankan aktiviti perniagaan dan pertanian di tempat
asal mereka sebelum ini. Apabila mereka dipaksa berpindah bererti mereka
kehilangan mata pencarian. Majlis juga kehilangan pendapatan kerana tiada
aktiviti dijalankan bahkan beberapa kawasan perbandaran terpaksa ditutup. Kawasan majlis perbandaran di Kanchong
Tengah, Simpang Morib dan Sijangkang terpaksa ditutup kerana kekurangan kutipan
hasil malah berlaku defisit.
Mungkin kerana nak kurangkan tekanan kepada
masyarakat, maka cukai hiburan (panggung wayang, opera, atau panggung
bangsawan) dikecualikan. Namun begitu, pembangunan terus berlaku di pekan-pekan
lain termasuk di Banting. Banyak juga rumah dan rumah kedai sama ada permanent, semi permanent dan temporary dibina. Majlis
pun tak rigid sangat beri kelulusan. Janji masyuuuk. Oh ya, korang faham tak maksud permanent, semi
permanent dan temporary itu? Simple jer. Kalau rumah atau kedai, tak kisahlah setingkat, dua tingkat, lantai
tinggi atau teres ke, diperbuat daripada kayu dan papan serta berbumbung atap
nipah, rumbia atau zing, kesemua itu dikategorikan sebagai temporary. Kalau
diperbuat daripada batu bata, Cuma bahagian tingkat atasnya daripada lantai
kayu dan berdinding papan tetapi berbumbungkan genting, itu diklasifikasikan
sebagai semi permanent. Kalau semuanya bricks and mortar dan beratap genting,
haa..barulah dipanggil permanent! Sudah faham tak, semua? Bagus, kita sambung
balik cerita tadi.
Percaya tak tuan-tuan kalau Atok
katakan isu jamban ditimbulkan sekali lagi? Kali ini Majlis bercadang hendak
menjual ‘flapper’ tandas daripada getah kepada premis-premis di Kawasan mereka dengan harga $4 seunit. Flapper ini semacam tingkap kecil di bahagian bawah tandas angkut. Jamban
dahulu fesyen angkut. Ada special
teamnya. Bukan tandas curah, atau tandas tangki septik, atau macam IWK sekarang. Angkut! Angkut pakai baldi
besi, kemudian punggah ke dalam lori . Pekerjaan inilah yang P.Ramlee gelar,
“Pencacai Tua Pengangkat Najis” dalam cerita ”Tiga Abdul”. Macam mana nak bagi
korang faham ini ya? Senang cerita, korang tengoklah ilustrasi jamban angkut
kat bawah ini. Hahaha. Dah tahu tak boleh cerita, lukis jer lah. Tapi Atok tak pasti mereka diwajibkan membeli atau
tidak. Itu gambaran jamban di bandar. Yang di kampung-kampung atau pekan pada masa itu masih menggunakan, tandas
korek, tandas curah, tandas ‘terapung’ atau tandas ‘Pos Laju’. Kih,kih,kih.
Yang faham, fahamlah. Boleh gelak kuat-kuat. Yang langsung blurr tu, biarkanlah.
Nanti kat hujung cerita Atok baru mereka nak faham. Tahu-tahu gelak diorang
lagi kuat daripada kita.
Walaupun kekurangan sumber dan
peruntukan kewangan, KLgtTB,
dalam beberapa mesyuarat mereka, masih boleh meluluskan pembinaan dan
pembesaran system perparitan di pekan Banting, pembinaaan gerai ayam di pasar
basah Banting, dan teduhan untuk basikal. Mereka juga merancang untuk membina
‘island’ utuk polis trafik mengawal lalulintas yang semakin bertambah di jalan
utama di Banting. Beberapa buah sekolah Melayu, Cina dan Inggeris dibenarkan
untuk didirikan di beberapa tempat di Kuala Langat dan Sepang.
Dalam tahun 1952, seluruh
organisasi Majlis Tempatan di Selangor termasuk KLgtTB dirombak Kembali. Semua AJK ‘tak
rasmi’ merupakan muka-muka baharu. Atok nak komen sedikit tentang keahlian JK KLgtTB
ini. Sejak 1929 lagi, tiada muka Melayu dalam AJK mereka. Atok bukan racist,
tetapi Atok nampak semacam Orang Putih ini memang nak mengasingkan atau
meminggirkan orang Melayu di bandar. Memanglah tak ramai orang Melayu di
bandar. Melayu di bandar atau pekan ini rata-rata mereka yang berniaga, bekerja
kerajaan, tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak memilih wakil Melayu dalam
kerajaan tempatan ini. Ya, Atok faham majoriti yang tinggal di bandar daripada
bangsa Cina, tetapi kenapa pula orang Tamil yang majoritinya tinggal di estet,
ada dalam perwakilan JK KLgtTB sebelum ini? Puas Atok cari jawapan, tapi tidak
berjumpa. So, Atok buat konklusi, ini sememangnya agenda Inggeris, melalui
dasar ‘Pecah dan Perintah’ mereka. Mereka mahu Melayu terus di kampung, terus
ketinggalan daripada pembangunan. Mereka tidak mahu Melayu yang pandai. Cukup
sekadar boleh membaca, menulis dan mengira.
Jawatankuasa KLgtTB bagi tahun 1952 |
Namun, sejak
1930-an, gerakan nasionalis mula mendapat tempat dalam kalangan orang-orang Melayu.
Malah orang Melayu menolak mentah-mentah cadangan Malayan Union Inggeris
pada tahun 1946 dahulu. Suara-suara yang mahukan kemerdekaan Malaya begitu
lantang. Inggeris pula mahukan Kerjasama bangsa Cina menentang anasir-anasir
komunis. Jadi, untuk menenangkan suasana, maka JK KLgtTB pada tahun 1952 terdiri
daripada berbilang kaum. Inggeris tahu, mereka hanya menghitung hari sahaja
sebelum kemerdekaan terpaksa diberikan kepada Malaya.
Dalam mesyuarat mereka pada 3 Disember 1952, JK telah membuat keputusan untuk menutup dua lagi kawasan perbandaran iaitu Kanchong Darat dan Simpang Morib kerana kekurangan hasil akibat pemindahan atau penempatan semula kaum India dan Cina di sana. Yang terakhir ditutup ialah Chodoi pada tahun 1956 kerana kekurangan perniagaan apabila Rumah Kastam di Bandar dipindahkan.
Surat mohon penutupan S.Morib dan Kanchong Darat Town Board areas pada tahun 1952 |
Kerugian yang ditanggung di Simpang Morib pada tahun 1951 |
Perbelanjaan melebihi pendapatan di Kanchong Darat pada tahun 1951 |
Kekurangan penduduk punca penutupan Chodoi Town Board areas pada tahun 1956 |
Defisit pendapatan berbanding perbelanjaan di Chodoi |
Dalam tahun-tahun 1950-an, sampah sarap yang dipungut dibakar di dalam incinerator. Tidak ada tempat pelupusan sampah seperti sekarang. Hanya beberapa tempat sahaja yang disediakan incinerator ini seperti di Morib dan di Sungai Manggis. Atok tidak pasti selain pembakaran, kaedah apa lagi yang digunakan untuk melupuskan sampah ini. Mungkin juga sampah-sampah ini ditanam dalam lubang-lubang yang besar yang kemudiannya dikambus apabila penuh. Ya, jujur, Atok tak ada maklumat tentangnya. Korang buatlah advanced research pasal itu. Kalau hari-hari digunakan pasti mesin ini rosak suatu hari. Disebabkan harganya yang mahal, mereka hanya mampu membaikinya sahaja.
Di dalam
mesyuarat mereka bertarikh 26 Oktober 1954, mereka memilih untuk membaiki
sahaja incinerator
yang rosak itu. Banyak juga agenda yang mereka bincangkan dalam mesyuarat
tersebut. Antaranya membatalkan keputusan untuk pembelian pemotong besi
bernilai $1000 bagi kegunaan Bomba di Banting. Harganya terlalu mahal untuk
operasi biasa pihak Bomba dan Penyelamat. JK juga menangguhkan cadangan pelan
Dewan Orang Ramai di Banting. Pembinaan tempat letak kenderaan yang baharu juga
ditangguhkan kerana kekurangan peruntukan. Hakisan pantai Morib sememangnya
mereka maklumi tetapi tiada peruntukan untuk projek sebesar itu pada tahun
tersebut. Bilik menukar pakaian serta mandi yang dalam keadaan uzur diberikan
peruntukan sebanyak $2,500 untuk membaikinya. AJK juga mengambil maklum keadaan
Theatre Hall di Banting milik Madam Chi Liung. Mereka memberi amaran kepada
beliau untuk meruntuhkannya dan membina yang baharu. Kalau tidak, lesen dan
permit operasinya hanyalah sehingga tahun hadapan, 1955. Mereka juga memaklumi
pentingnya tanda ‘Had Laju’ kenderaan diletakkan di beberapa tempat strategik
di Banting. Pendek kata, mereka banyak mengumpul data tentang permasalahan
seharian pada tahun tersebut. Kemungkinan tindakan akan dibuat dalam tahun 1955. Itupun
kalau ada peruntukan tambahan untuk mereka.
Memang betul. Pada 13 April 1955, mereka bersidang lagi membincangkan perkara-perkara berbangkit pada tahun 1954. Mereka bersetuju untuk membeli incinerator yang baharu di Sungai Manggis. Bukan itu sahaja, mereka juga akan membeli lori pengangkut sampah yang baharu. Sepuluh bilik persalinan dan mandi yang baharu di Morib akan dibina. Tempat atau petak parkir kenderaan di sepanjang jalan raya di Banting diluluskan pembinaannya. Untuk menambah hasil KLgtTB, mereka meluluskan cadangan mengenakan bayaran sebanyak $1.50 bagi setiap acara menggunakan padang awam di Telok Datok atau di mana-mana padang awam dalam Kuala Langat. Salah seorang AJK KLgtTB, telah bersetuju untuk menyerahkan tanahnya sebagai tapak cadangan Dewan Orang Ramai di Banting.
AJK KLgtTB pada tahun 1955 |
Mengenai hakisan di pantai Morib pula mereka bersetuju untuk membaikinya dengan menyusun tempurung-tempurung kelapa dengan kos $6,000 setahun berbanding kos membina tembok penahan ombak konkrit kekal yang terlalu tinggi, kira-kira $350,000. Tiada pihak yang berminat untuk membina Theatre Hall yang baharu. Jadi, mereka terpaksa bersetuju dengan kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan oleh Madam Chi Liung ke atas Theatre Hall lama miliknya. Amusement Park di Banting mula dirobohkan.
Dalam mesyuarat itu juga rungutan tentang keadaan parit di pekan Banting yang rosak akibat muatan lori yang berlebihan dibincangkan. Begitu juga perparitan di Chodoi yang dipenuhi pasir dari jalan raya. Mereka juga dimaklumkan tentang dua anggota Bomba yang dihantar ke Klang untuk menjalani kursus memandu jentera Bomba, sekiranya pemandu sakit atau cuti rehat. Beberapa cadangan pembinaan bangunan diterima dan ditolak dalam mesyuarat tersebut. Pada tahun itu juga pelbagai rungutan orang awam disuarakan melalui akhbar. Antaranya tentang ketiadaan bekalan elektrik di Banting, ketiadaan hospital daerah serta cadangan pembinaan jambatan konkrit yang baharu di Telok Datok menggantikan jambatan kayu yang dibina oleh Jepun dahulu.
Pada tahun-tahun di ambang kemerdekaan Malaya, sekitar tahun 1956 dan 1957, kedengaran banyak cadangan pembangunan untuk Banting. Antaranya ura-ura projek pembinaan substation atau bangunan stesen pencawang elektrik untuk Banting pada 27 November 1956, pemasangan pili-pili Bomba di sekitar Banting pada 16 Februari 1957 dan pembinaan pili-pili air di Morib pada 22 April 1957. Mungkin inilah hadiah istimewa sempena kemerdekaan untuk penduduk-penduduk Banting dan Kuala Langat amnya.
Ketika rakyat Malaya masih dalam keadaan euphoria meraikan kemerdekaan negara, KLgtTB memilih untuk menaikan kadar cukai pintu. Maka pada tahun 1958, dibentangkanlah jangkaan pendapatan dan perbelanjaan untuk tahun 1959. Rakyat tidak membantah jika perancangan awal menyediakan bekalan elektrik, pembinaan dewan orang ramai, serta pembinaan jambatan baharu merentasi Sungai Langat di Banting dan Telok Datok menjadi kenyataan, namun sehingga saat itu tiada langsung bayangan tiang atau deretan batu bata sebagai bukti projek dalam pembinaan. Mereka menyuarakan kesalan mereka melalui akhbar. Bahkan ada AJK di dalam KLgtTB atau nama Melayunya yang baharu, Lembaga Bandaran Kuala Langat, mengulangi kritikan orang ramai itu dalam mesyuarat-mesyuarat mereka.
Punca-punca Pendapatan KLgtTB pada tahun 1958 |
|
Banting dan Kuala Langat masih bergelap sehinggalah pada tahun 1960. Jambatan baharu yang dinamakan Jambatan Abdul Samad disiapkan pada tahun yang sama, 1960. Dewan Orang Ramai Banting menjadi realiti hanya dalam tahun 1965. Jauh dan begitu perlahan pembangunan asas di Kuala Langat ini berbanding daerah-daerah lain di Selangor walaupun pada masa itu British sudah tiga tahun bungkus pakaian serta angkat kaki, berangkat pulang ke negara mereka di England.
Keratan-keratan akhbar tentang projek-projek masyarakat di Kuala Langat dalam dekad 1960-an |
Memang, pembangunan Kuala Langat kini memfokuskan pembangunan di luar bandar, di kampung-kampung di mana majoriti orang Melayu berada. Ketika ditanya mengapa kerajaan memajukan pembangunan semacam ini, salah seorang menterinya mengatakan orang Melayu sudah lama dinafikan pembangunannya oleh Inggeris, hampir 83 tahun lamanya. Maka kini keadilan buat orang Melayu dapat ditegakkan. Lagipun mereka tuan tanah negara ini. Pelbagai projek kerajaan negeri dan persekutuan mencurah-curah masuk ke Kuala Langat. Namun pembangunan bandar dalam Kawasan Lembaga Bandaran Kuala Langat tetap diteruskan. Pasar awam, skim perumahan kos rendah untuk rakyat, gerai-gerai untuk orang Melayu berniaga dibina serta dikenakan sewaan minimum. Rakyat betul-betul mengecapi nikmat kemerdekaan, bahkan membuktikan kepada dunia kita mampu membangunan tanah air lebih hebat daripada apa yang dibuat oleh penjajah. Lembaga Bandaran Kuala Langat terus memainkan peranannya sehinggalah Kuala Langat dan Sepang berpisah. Daerah Sepang mencapai taraf daerah sepenuhnya pada 1 Januari 1975. Lembaga Bandaran Kuala Langat dibubarkan serta digantikan pula dengan tertubuhnya Majlis Daerah Kuala Langat pada 1 Januari 1977 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Sekadar Perbandingan pendapatan MPKLgt pada tahun 2019 |
Rujukan:
Sila klik pada pautan di bawah untuk maklumat terperinci:
SHADE TREES - TOWN BOARDS. KUALA LANGAT.
13
OCT 1949
ERECTING AN OFFICE AT THE BANTING, BUS STAND.
10
MAR 1950
4
MAR 1950
CLOSING OF
WELLS TELOK BUNUT AREA BANTING.
15
APR 1950
7
NOV 1950
17
FEB 1951
STANDARDIZATION OF TOWN BOARD LORRIES
1
AUG 1951
29
MAR 1950
PROVISION OF RUBBER LATRINE FLAPS FOR SALE TO
SHOPKE...
7
AUG 1951
TOWN PLANNING LOW COST HOUSING SCHEMES.
11
OCT 1951
RE-ORGANISATION OF TOWN BOARDS.
12
AUG 1952
ERECTION OF A TEMPORARY BICYCLE SHED ON LOT. NO:14
M...
24
JAN 1953
1
DEC 1932
FIRE REPORT ON
RUBBER SMOKE HOUSE AT SUNGEI SEDU EST...
9
MAY 1953
CONSTRUCTION OF FIRE STATION AND STAFF QRTS. AT
BANT...
25
AUG 1953
26
MAR 1951
15
SEP 1954
29
AUG 1958
11
JAN 1956
FIRE BRIDGADE
STAFF - TRANSFERS.
11
APR 1956
ANNUAL FIRE SERVICES EFFICIENCY COMPETITION.
27
MAY 1957
16
FEB 1957
POWER SUBSTATION AT BANTING FOR CENTRAL ELECTRICITY ...
27
NOV 1956
INCINERATOR AT SUNGEI PELEK. HEAD 18. ITEM 27.
SELAN...
14
FEB 1957
PROPOSED ADDITIONAL &ALTERRATIONS & GENERAL
REPAIR O...
2
APR 1957
PROVISION OF EXTRA WATER TAPS AT MORIB BEACH.
22
APR 1957
PROPOSED PETROL FILLING STATION TO BE ERECTED BY THE...
25
FEB 1927
PROPOSED SHELL SERVICE STATION BANTING.
25
AUG 1958
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.