Rabu, 3 Ogos 2022

Sejarah Kuala Langat Town Board (1945-1975)

Salam buat semua anak cucu Atok. Semoga senantiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Atok dan Wan sihat walafiat. Terima kasih kerana doakan diri dan kesihatan Atok berdua. Atok juga doakan yang sama buat korang. Entri Atok yang lepas korang dah baca tak? Kalau korang belum baca lagi, tak apalah. Boleh baca time korang lapang. Atok tak marah. Atok menulis bukan kerna nama, kerna sifat kasih pada sesama insan….Hehehe macam Ramli Sarip pulak Atok. Tapi betul, Atok tulis bukan kerana nak nama atau berapa banyak likes atau views. Lagipun blog Atok ini cerita peribadi dan sejarah. Cerita zaman-zaman muda Atok dan kisah orang dahulu-dahulu yang dah lama berpindah ke alam seterusnya, Alam Barzakh.

Mana Atok ada ramai peminat? Memanglah kalau dapat banyak views dan likes apatah lagi komen, maka bertambah bersemangat lagilah Atok untuk terus menulis. Rilekslah itu, sifat manusia, tetapi tidaklah sampai kepada sifat riak dan ujub. Moga-moga Allah perbetulkan niat Atok ini sampai bila-bila agar menulis dengan penuh keikhlasan. Ikhlas kerana Allah. Kalau korang tak bacapun, mungkin ada manusia lain pada esok atau masa akan datang yang terjumpa blog Atok ini dan membaca serta ambil ilmu dan  iktibar daripada penulisan Atok ini. Masuk pahala dalam akaun simpanan akhirat Atok. Kalau diorang kongsi-kongsikan dan edarkan, maka bertambah-tambahlah nilai pelaburan akhirat Atok ini. Atok dan Wan bukan alim ulama, tak banyak amalan. Mungkin dengan secubit ilmu dan sekelumit kata-kata ini, modal kami  untuk masuk ke syurga Allah kerana Atok teringat akan hadis nabi kita,” Sebarkanlah walau sepotong ayat”. Atok memang amat-amat mengharapkan rahmat Allah dan syafaat Nabi Muhammad. Atok nak menjadi pencetus minat korang terhadap Sejarah, terutamanya sejarah tempatan, tempat tumpah darah serta penghidupan kita sendiri.

Okaylah, kali ini Atok nak habiskan cerita yang Atok dah mulakan bak “sekali keris sudah terhunus, pasti akan bermandi darah”. Hah, Ammekkau! Bukanlah sampai nak bergaduh bagai. Maksud Atok, cerita ini mesti Atok habiskan, sampai tamat, sampai klimaks. Barulah dua-dua puas, maksud Atok, kitalah, Atok penulis dan korang pembaca. Hehehe. Ini episod finale daripada tiga mini siries tentang Majlis Perbandaran Kuala Langat. Moga-moga lepas ini adalah mana-mana staf MPKLgt yang terbaca penulisan Atok ini dan bawa cerita Atok tentang mereka dalam perbincangan mesyuarat mereka dengan YDP. Atok teruskan ya. The Story goes like this….

KUALA LANGAT TOWN BOARD (KLgtTB)


Secara rasminya, setelah Perang Jepun berakhir, maka berakhirlah juga riwayat Telok Datoh Sanitary Board. Seluruh Malaya termasuk Kuala Langat diletakkan di bawah pentadbiran B.M.A (British Military Administration). Seperti mana ketika zaman Jepun, pengurusan kerajaan tempatan adalah pada tahap minimum. Namun begitu, pada 29 November 1945, Kuala Langat Town Board ditubuhkan. Siapa teraju utamanya, Atok tak tahu. Tak ada data atau maklumat. Siapa yang uruskan pengutipan sampah sarap, pembayaran cukai pintu bagai, Atok juga tak tahu. Atok syak jer kalau-kalau diorang gunakan tenaga buruh paksa tawanan perang Jepun. Maklumlah duit dalam perbendaharaan negeri sudah licin licau Jepun kerjakan masa perang dahulu. Kalau adapun duit pokok pisang yang Jepun cetak tanpa had dan tiada bernombor siri masa hujung-hujung perang dahulu. Duit itu tak ada harga seduitpun! Apa susah, beri makan  dan minum jer askar Jepun tu.  Tapikan, Atok rasa tidak. Jepun-Jepun itu dah dihalau berkumpul di Kuala Lumpur, dalam kem-kem askar kat sana. Bila masa pula nak transport diorang datang ke Banting hari-hari? Tak mungkinlah. Mungkin Inggeris panggil balik kakitangan dia yang masih hidup dan sedia menyambung perkhidmatan yang terhenti seketika semasa perang dahulu. Yalah Atok pasti mereka jugalah yang buat kerja-kerja itu kerana kehidupan selepas perang memang memeritkan. Makanan tak cukup. Kerja tak ada. Yang kaya sudah jadi miskin. Yang miskin terus jadi papa kedana, tak cukup makan, pakai bagai. Besar punya syukur mereka ini dapat kembali pekerjaan mereka. Rasa-rasa Atoklah, BMA ini sampai 1948 atau 1949. Entahlah, korang checklah sendiri.

Pembersihan pantai Morib daripada kenderaan tentera yang tersadai ketika Operasi Zipper pada tahun 1945 mula dilakukan pada tahun 1947.

Ration makanan harian Askar Tawanan Jepun

Tapi yang pastinya dalam tahun 1949, KLgtTB dah mula aktif balik. Dalam mesyuarat mereka pada 20 April 1949, Jawatankuasa (JK) mereka telah meluluskan pembelian mesin pemotong rumput terpakai dan pembelian traktor pemotong rumput (mower) yang baharu. Pada bulan Oktober 1949, mereka mula mencadangkan penanaman pokok-pokok di pinggir jalan sebagai teduhan.Mereka mula memeriksa kembali kawasan-kawasan pengurusan mereka terdahulu. Bermula dengan pemeriksaan di kawasan Sg. Pelek pada 15 Jun 1949. Dalam mesyuarat mereka pada 11 November 1949, KLgtTB akan mengalami kemerosotan dari segi kutipan taksiran. Dijangkakan pada tahun 1950, perbelanjaan mengatasi pendapatan sebanyak $22,636.00. Itupun setelah unjuran kenaikan cukai atau kutipan tunggakan dibuat. Kanchong Darat kemudian dimasukkan ke dalam kawasan perbandaran mulai 15 Disember 1949.

Kenaikan kadar cukai terpaksa dilakukan pada tahun 1950

Pada  1 Januari 1950, mereka  terus memantau kawasan Telok Panglima Garang. Kemudian pada 16 Januari 1950, mereka membuat pemeriksaan di kawasan Morib pula. Tidak banyak yang dapat mereka buat dengan defisit kewangan yang melanda. Alhamdulillah, pembangunan  terus berjalan. Pada  10 Mac 1950, Majlis telah mendirikan Stesen Bas di pekan Banting. Tapi yang peliknya dalam mesyuarat mereka pada 29 Mac 1950, ditimbulkan isu kutipan najis (night soil) dari rumah-rumah dan premis perniagaan dan kerajaan. Tapi betul juga, selama ini ada ke tidak perkhidmatan ala Indah Water Konsortium (IWK) ini di Banting atau Sepang pada masa itu? Tidak pula Atok dengar atau terbaca dalam laporan Revenue mereka. Kalau dekat Klang atau Kuala Lumpur, memang Atok ada terbaca tentang perkhidmatan town board yang special ini, dah lama dah, siap beri resit lagi kepada pelanggan mereka. KLgtTB juga memperkenalkan lesen penjualan ikan masin atau ikan kering, serta lesen penjaja. Yalah poket dah kering, jadi apa-apa idea yang boleh menambahkan hasil mahsul diterima.

Lukisan Tandas Angkut



Kerja-kerja mengangkut najis sedang dijalankan

Kaedah mengangkut najis ke lori tangki najis

Harus diingat tahun-tahun 1948-1960 merupakan era Darurat, zaman komunis Bintang Tiga mengganas. Kuala Langat juga tidak terkecuali menerima tempias darurat ini. Kehidupan seharian kini berubah sedikit sebanyak. Banyak barangan atau bahan makanan dicatu penjualannya. Tempoh masa pergerakan sosial juga terhad, mungkin dari waktu Subuh hingga 7 malam sahaja. Merentas daerah dilarang sama sekali. Macam PKP hari itu. Waktu malam memang dilarang sama sekali keluar rumah kecuali urusan darurat. Lampu dan pelita mesti dimatikan sebelum tidur. Namun, kehidupan tetap diteruskan.

Sebelum tahun 1951, terdapat 15 kawasan perbandaran di Kuala Langat, tidak termasuk Sepang dan Sungai Pelek. Kawasan-kawasan ini adalah seperti di bawah:

·    Banting, Batu Laut, Bukit Changgang, Chodoi, Jenjarom, Kanchong Darat, Kanchong Laut,    Morib,  Simpang Morib, Sg. Manggis, Sg. Raba, Sijangkang, Telok Datoh, Telok Panglima Garang, Tanjung Duabelas.

Namun, mulai tahun 1951, banyak berlaku perubahan dasar oleh kerajaan. Rancangan Briggs mengubah perancangan kerajaan tempatan termasuk KLgtTB. Kaum Cina dan Tamil di kawasan pinggir hutan dan perbukitan di seluruh Kuala Langat dan Sepang dipindahkan ke kampung-kampung baharu di Tanjung Sepat, Salak, Jenjarom dan ada  juga yang ke Pandamaran. Seluruh perancangan tahunan KLgtTB terpaksa diubah. Majoriti kaum Cina menjalankan  aktiviti perniagaan dan pertanian di tempat asal mereka sebelum ini. Apabila mereka dipaksa berpindah bererti mereka kehilangan mata pencarian. Majlis juga kehilangan pendapatan kerana tiada aktiviti dijalankan bahkan beberapa kawasan perbandaran terpaksa ditutup. Kawasan majlis perbandaran di Kanchong Tengah, Simpang Morib dan Sijangkang terpaksa ditutup kerana kekurangan kutipan hasil malah berlaku defisit. Walaupun ketiga-tiga kawasan ini kecil serta tidak banyak memberikan hasil kepada majlis kerana kekurangan penduduk dan aktiviti perniagaan, pasti sedikit sebanyak mengehadkan perancangan mereka.

Mungkin kerana nak kurangkan tekanan kepada masyarakat, maka cukai hiburan (panggung wayang, opera, atau panggung bangsawan) dikecualikan. Namun begitu, pembangunan terus berlaku di pekan-pekan lain termasuk di Banting. Banyak juga rumah dan rumah kedai sama ada permanent, semi permanent dan temporary dibina. Majlis pun tak rigid sangat beri kelulusan. Janji masyuuuk. Oh ya,  korang faham tak maksud permanent, semi permanent dan temporary itu? Simple jer. Kalau rumah atau kedai, tak  kisahlah setingkat, dua tingkat, lantai tinggi atau teres ke, diperbuat daripada kayu dan papan serta berbumbung atap nipah, rumbia atau zing, kesemua itu dikategorikan sebagai temporary. Kalau diperbuat daripada batu bata, Cuma bahagian tingkat atasnya daripada lantai kayu dan berdinding papan tetapi berbumbungkan genting, itu diklasifikasikan sebagai semi permanent. Kalau semuanya bricks and mortar dan beratap genting, haa..barulah dipanggil permanent! Sudah faham tak, semua? Bagus, kita sambung balik cerita tadi.

Percaya tak tuan-tuan kalau Atok katakan isu jamban ditimbulkan sekali lagi? Kali ini Majlis bercadang hendak menjual ‘flapper’ tandas daripada getah kepada premis-premis di Kawasan mereka dengan harga $4 seunit. Flapper ini semacam tingkap kecil di bahagian bawah tandas angkut. Jamban dahulu fesyen angkut. Ada  special teamnya. Bukan tandas curah, atau tandas tangki septik, atau  macam IWK sekarang. Angkut! Angkut pakai baldi besi, kemudian punggah ke dalam lori . Pekerjaan inilah yang P.Ramlee gelar, “Pencacai Tua Pengangkat Najis” dalam cerita ”Tiga Abdul”. Macam mana nak bagi korang faham ini ya? Senang cerita, korang tengoklah ilustrasi jamban angkut kat bawah ini. Hahaha. Dah tahu tak boleh cerita, lukis jer lah.  Tapi Atok tak pasti mereka diwajibkan membeli atau tidak. Itu gambaran jamban di bandar. Yang di kampung-kampung atau pekan  pada masa itu masih menggunakan, tandas korek, tandas curah, tandas ‘terapung’ atau tandas ‘Pos Laju’. Kih,kih,kih. Yang faham, fahamlah. Boleh gelak kuat-kuat. Yang langsung blurr tu, biarkanlah. Nanti kat hujung cerita Atok baru mereka nak faham. Tahu-tahu gelak diorang lagi kuat daripada kita.

Walaupun kekurangan sumber dan peruntukan kewangan, KLgtTB, dalam beberapa mesyuarat mereka, masih boleh meluluskan pembinaan dan pembesaran system perparitan di pekan Banting, pembinaaan gerai ayam di pasar basah Banting, dan teduhan untuk basikal. Mereka juga merancang untuk membina ‘island’ utuk polis trafik mengawal lalulintas yang semakin bertambah di jalan utama di Banting. Beberapa buah sekolah Melayu, Cina dan Inggeris dibenarkan untuk didirikan di beberapa tempat di Kuala Langat dan Sepang.

Dalam tahun 1952, seluruh organisasi Majlis Tempatan di Selangor termasuk KLgtTB dirombak Kembali. Semua AJK ‘tak rasmi’ merupakan muka-muka baharu. Atok nak komen sedikit tentang keahlian JK KLgtTB ini. Sejak 1929 lagi, tiada muka Melayu dalam AJK mereka. Atok bukan racist, tetapi Atok nampak semacam Orang Putih ini memang nak mengasingkan atau meminggirkan orang Melayu di bandar. Memanglah tak ramai orang Melayu di bandar. Melayu di bandar atau pekan ini rata-rata mereka yang berniaga, bekerja kerajaan, tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak memilih wakil Melayu dalam kerajaan tempatan ini. Ya, Atok faham majoriti yang tinggal di bandar daripada bangsa Cina, tetapi kenapa pula orang Tamil yang majoritinya tinggal di estet, ada dalam perwakilan JK KLgtTB sebelum ini? Puas Atok cari jawapan, tapi tidak berjumpa. So, Atok buat konklusi, ini sememangnya agenda Inggeris, melalui dasar ‘Pecah dan Perintah’ mereka. Mereka mahu Melayu terus di kampung, terus ketinggalan daripada pembangunan. Mereka tidak mahu Melayu yang pandai. Cukup sekadar boleh membaca, menulis dan mengira.

Jawatankuasa KLgtTB bagi tahun 1952

Namun, sejak 1930-an, gerakan nasionalis mula mendapat tempat dalam kalangan orang-orang Melayu. Malah orang Melayu menolak mentah-mentah cadangan Malayan Union Inggeris pada tahun 1946 dahulu. Suara-suara yang mahukan kemerdekaan Malaya begitu lantang. Inggeris pula mahukan Kerjasama bangsa Cina menentang anasir-anasir komunis. Jadi, untuk menenangkan suasana, maka JK KLgtTB pada tahun 1952 terdiri daripada berbilang kaum. Inggeris tahu, mereka hanya menghitung hari sahaja sebelum kemerdekaan terpaksa diberikan kepada Malaya.

Dalam mesyuarat mereka pada 3 Disember 1952, JK telah membuat keputusan untuk menutup dua lagi kawasan perbandaran iaitu Kanchong Darat dan Simpang Morib kerana kekurangan hasil akibat pemindahan atau penempatan semula kaum India dan Cina di sana. Yang terakhir ditutup ialah Chodoi pada tahun 1956 kerana kekurangan perniagaan apabila Rumah Kastam di Bandar dipindahkan.

Surat mohon penutupan S.Morib dan Kanchong Darat Town Board areas pada tahun 1952

Kerugian yang ditanggung di Simpang Morib pada tahun 1951

Perbelanjaan melebihi pendapatan di Kanchong Darat pada tahun 1951

Kekurangan penduduk punca penutupan Chodoi Town Board areas pada tahun 1956

Defisit pendapatan berbanding perbelanjaan di Chodoi

Seterusnya, perkembangan dalam tahun 1953. Dilaporkan pada  24 Januari 1953, pembinaan tempat letak basikal berbumbung (Sementara) telah didirikan di pekan Banting. Satu kebakaran rumah salai getah berlaku di estet Brooklands di Sungai Sedu pada 9 Mei 1953. Pihak bomba Banting telah bergegas dan mengawal kebakaran dengan baik. Atas kecekapan mereka itu, pihak pengurusan estet tersebut telah bermurah hati memberikan cek bernilai $300 sebagai tanda penghargaan kepada pihak bomba. Bercakap mengenai Bomba di Banting, sememangnya telah wujud pasukan Sukarelawan Bomba di Banting sejak 1 Disember 1932. Berita gembira buat penduduk Kuala Langat tiba pada 24 Ogos 1953, apabila kerajaan bersetuju membina Balai Bomba yang baharu, siap dengan kemudahan kuarters untuk kakitangan mereka.

Dalam tahun-tahun 1950-an, sampah sarap yang dipungut dibakar di dalam incinerator. Tidak ada tempat pelupusan sampah seperti sekarang. Hanya beberapa tempat sahaja yang disediakan incinerator ini seperti di Morib dan di Sungai Manggis. Atok tidak pasti selain pembakaran, kaedah apa lagi yang digunakan untuk melupuskan sampah ini. Mungkin juga sampah-sampah ini ditanam dalam lubang-lubang yang besar yang kemudiannya dikambus apabila penuh. Ya, jujur, Atok tak ada maklumat tentangnya. Korang buatlah advanced research pasal itu. Kalau hari-hari digunakan pasti  mesin ini rosak suatu hari. Disebabkan harganya yang mahal, mereka hanya mampu membaikinya sahaja.

Di dalam mesyuarat mereka bertarikh 26 Oktober 1954, mereka memilih untuk membaiki sahaja  incinerator yang rosak itu. Banyak juga agenda yang mereka bincangkan dalam mesyuarat tersebut. Antaranya membatalkan keputusan untuk pembelian pemotong besi bernilai $1000 bagi kegunaan Bomba di Banting. Harganya terlalu mahal untuk operasi biasa pihak Bomba dan Penyelamat. JK juga menangguhkan cadangan pelan Dewan Orang Ramai di Banting. Pembinaan tempat letak kenderaan yang baharu juga ditangguhkan kerana kekurangan peruntukan. Hakisan pantai Morib sememangnya mereka maklumi tetapi tiada peruntukan untuk projek sebesar itu pada tahun tersebut. Bilik menukar pakaian serta mandi yang dalam keadaan uzur diberikan peruntukan sebanyak $2,500 untuk membaikinya. AJK juga mengambil maklum keadaan Theatre Hall di Banting milik Madam Chi Liung. Mereka memberi amaran kepada beliau untuk meruntuhkannya dan membina yang baharu. Kalau tidak, lesen dan permit operasinya hanyalah sehingga tahun hadapan, 1955. Mereka juga memaklumi pentingnya tanda ‘Had Laju’ kenderaan diletakkan di beberapa tempat strategik di Banting. Pendek kata, mereka banyak mengumpul data tentang permasalahan seharian pada tahun tersebut. Kemungkinan tindakan akan dibuat dalam tahun 1955. Itupun kalau ada peruntukan tambahan untuk mereka.

Memang betul. Pada 13 April 1955, mereka bersidang lagi membincangkan perkara-perkara berbangkit pada tahun 1954. Mereka bersetuju untuk membeli incinerator yang baharu di Sungai Manggis. Bukan itu sahaja, mereka juga akan membeli lori pengangkut sampah yang baharu. Sepuluh bilik persalinan dan mandi  yang baharu di Morib akan dibina. Tempat atau petak parkir kenderaan di sepanjang jalan raya di Banting diluluskan pembinaannya. Untuk menambah hasil KLgtTB, mereka meluluskan cadangan mengenakan bayaran sebanyak $1.50 bagi setiap acara menggunakan padang awam di Telok Datok atau di mana-mana padang awam dalam Kuala Langat. Salah seorang AJK KLgtTB, telah bersetuju untuk menyerahkan tanahnya sebagai tapak cadangan Dewan Orang Ramai di Banting.


AJK KLgtTB pada tahun 1955

Mengenai hakisan di pantai Morib pula mereka bersetuju untuk membaikinya dengan menyusun tempurung-tempurung kelapa dengan kos $6,000 setahun berbanding kos membina tembok penahan ombak konkrit kekal yang terlalu tinggi, kira-kira $350,000. Tiada pihak yang berminat untuk membina Theatre Hall yang baharu. Jadi, mereka terpaksa bersetuju dengan kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan oleh Madam Chi Liung ke atas Theatre Hall lama miliknya. Amusement Park di Banting mula dirobohkan.

Dalam mesyuarat itu juga rungutan tentang keadaan parit di pekan Banting yang rosak akibat muatan lori yang berlebihan dibincangkan. Begitu juga perparitan di Chodoi yang dipenuhi pasir dari jalan raya. Mereka juga dimaklumkan tentang dua anggota Bomba yang dihantar ke Klang untuk menjalani kursus memandu jentera Bomba, sekiranya pemandu sakit atau cuti rehat. Beberapa cadangan pembinaan bangunan diterima dan ditolak dalam mesyuarat tersebut. Pada tahun itu juga pelbagai rungutan orang awam disuarakan melalui akhbar. Antaranya tentang ketiadaan bekalan elektrik di Banting, ketiadaan hospital daerah serta cadangan pembinaan jambatan konkrit yang baharu di Telok Datok menggantikan jambatan kayu yang dibina oleh Jepun dahulu.

Pada tahun-tahun di ambang kemerdekaan Malaya, sekitar tahun 1956 dan 1957, kedengaran banyak cadangan pembangunan untuk Banting. Antaranya ura-ura  projek pembinaan substation atau bangunan stesen pencawang elektrik untuk Banting pada 27 November 1956, pemasangan pili-pili Bomba di sekitar Banting pada 16 Februari 1957 dan pembinaan  pili-pili air di Morib pada 22 April 1957. Mungkin inilah hadiah istimewa sempena kemerdekaan untuk penduduk-penduduk Banting dan Kuala Langat amnya.

Ketika rakyat Malaya masih dalam keadaan euphoria meraikan kemerdekaan negara, KLgtTB memilih untuk menaikan kadar cukai pintu. Maka pada tahun 1958, dibentangkanlah jangkaan pendapatan dan perbelanjaan untuk tahun 1959. Rakyat tidak membantah jika perancangan awal menyediakan bekalan elektrik, pembinaan dewan orang ramai, serta pembinaan jambatan baharu merentasi Sungai Langat di Banting dan Telok Datok menjadi kenyataan, namun sehingga saat itu tiada  langsung bayangan tiang atau deretan batu bata sebagai bukti projek dalam pembinaan. Mereka menyuarakan kesalan mereka melalui akhbar. Bahkan ada AJK di dalam KLgtTB atau nama Melayunya yang baharu, Lembaga Bandaran Kuala Langat, mengulangi kritikan orang ramai itu dalam mesyuarat-mesyuarat mereka.


Punca-punca Pendapatan KLgtTB pada tahun 1958


Punca-punca lain Pendapatan KLgtTB pada tahun 1958

Banting dan Kuala Langat masih bergelap sehinggalah pada tahun 1960. Jambatan baharu yang dinamakan Jambatan Abdul Samad disiapkan pada tahun yang sama, 1960. Dewan Orang Ramai Banting menjadi realiti hanya dalam tahun 1965. Jauh dan begitu perlahan pembangunan asas di Kuala Langat ini berbanding daerah-daerah lain di Selangor walaupun pada masa itu British sudah tiga tahun  bungkus pakaian serta angkat kaki, berangkat pulang ke negara mereka di England.




Keratan-keratan akhbar tentang projek-projek masyarakat di Kuala Langat dalam dekad 1960-an

Memang, pembangunan Kuala Langat kini memfokuskan pembangunan di luar bandar, di kampung-kampung di mana majoriti orang Melayu berada. Ketika ditanya mengapa kerajaan memajukan pembangunan semacam ini, salah seorang menterinya mengatakan orang Melayu sudah lama dinafikan pembangunannya oleh Inggeris, hampir 83 tahun lamanya. Maka kini keadilan buat orang Melayu dapat ditegakkan. Lagipun mereka tuan tanah negara ini. Pelbagai projek kerajaan negeri dan persekutuan mencurah-curah masuk ke Kuala Langat. Namun pembangunan bandar dalam Kawasan Lembaga Bandaran Kuala Langat tetap diteruskan. Pasar awam, skim perumahan kos rendah untuk rakyat, gerai-gerai untuk orang Melayu berniaga dibina serta dikenakan sewaan minimum. Rakyat betul-betul mengecapi nikmat kemerdekaan, bahkan membuktikan kepada dunia kita mampu membangunan tanah air lebih hebat daripada apa yang dibuat oleh penjajah. Lembaga Bandaran Kuala Langat terus memainkan peranannya sehinggalah Kuala Langat dan Sepang berpisah. Daerah Sepang mencapai taraf daerah sepenuhnya pada 1 Januari 1975. Lembaga Bandaran Kuala Langat dibubarkan serta digantikan pula dengan tertubuhnya Majlis Daerah Kuala Langat pada 1 Januari 1977 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.


Sekadar Perbandingan pendapatan MPKLgt pada tahun 2019

Rujukan:


Sila klik pada pautan di bawah untuk maklumat terperinci:

SHADE TREES - TOWN BOARDS. KUALA LANGAT.

13 OCT 1949

ERECTING AN OFFICE AT THE BANTING, BUS STAND.

10 MAR 1950

SALT FISH LICENCES - 1951

4 MAR 1950

CLOSING OF WELLS TELOK BUNUT AREA BANTING.

15 APR 1950

HAWKERS LICENCES - 1951

7 NOV 1950

STREET STALL LICENCES - 1951

17 FEB 1951

STANDARDIZATION OF TOWN BOARD LORRIES

1 AUG 1951

 REMOVAL OF NIGHT SOIL.

29 MAR 1950

PROVISION OF RUBBER LATRINE FLAPS FOR SALE TO SHOPKE...

7 AUG 1951

TOWN PLANNING LOW COST HOUSING SCHEMES.

11 OCT 1951

RE-ORGANISATION OF TOWN BOARDS.

12 AUG 1952

ERECTION OF A TEMPORARY BICYCLE SHED ON LOT. NO:14 M...

24 JAN 1953

 VOLUNTEER FIREMEN

1 DEC 1932

FIRE REPORT ON RUBBER SMOKE HOUSE AT SUNGEI SEDU EST...

9 MAY 1953

CONSTRUCTION OF FIRE STATION AND STAFF QRTS. AT BANT...

25 AUG 1953

 EXEMPTION FROM ASSESSMENT RATES ON NO.6 (THEATRE HAL...

26 MAR 1951

THEATRE HALL BANTING

15 SEP 1954

COMMUNITY HALL.

29 AUG 1958

 INSPECTORATE ON FIRE SERVICES FEDERATION OF MALAYA T...

11 JAN 1956

FIRE BRIDGADE STAFF - TRANSFERS.

11 APR 1956

ANNUAL FIRE SERVICES EFFICIENCY COMPETITION.

27 MAY 1957

FIRE HYDRANTS

16 FEB 1957

POWER SUBSTATION AT BANTING FOR CENTRAL ELECTRICITY ...

27 NOV 1956

INCINERATOR AT SUNGEI PELEK. HEAD 18. ITEM 27. SELAN...

14 FEB 1957

PROPOSED ADDITIONAL &ALTERRATIONS & GENERAL REPAIR O...

2 APR 1957

PROVISION OF EXTRA WATER TAPS AT MORIB BEACH.

22 APR 1957

PROPOSED PETROL FILLING STATION TO BE ERECTED BY THE...

25 FEB 1927

PROPOSED SHELL SERVICE STATION BANTING.

25 AUG 1958


Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
15 JUN 1949
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0688210W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
3 DEC 1952
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0302604W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
15 DEC 1949
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0688212W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
30 AUG 1951
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0688475W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
4 NOV 1950
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0299950W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
18 JUL 1958
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
2005/0015725W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
24 FEB 1955
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
2005/0015486W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
29 NOV 1945
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0290413W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
23 DEC 1948
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0296108W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
8 NOV 1956
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0688712W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
8 NOV 1952
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0302605W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
10 OCT 1956
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1966/0002231W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
3 DEC 1952
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0302604W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
9 OCT 1951
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0688483W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
18 JUN 1951
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0688438W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
26 JAN 1950
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0688262W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
17 FEB 1948
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1984/0012702W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
17 FEB 1948
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1984/0012702W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
3 DEC 1952
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0302604W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
13 FEB 1957
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1966/0002269W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
29 MAY 1957
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1966/0002303W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
12 APR 1956
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1966/0002192W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
16 JAN 1950
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0688211W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
8 MAR 1957
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1966/0002288W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
24 AUG 1949
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0688213W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
18 JUL 1958
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
2005/0015725W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
1 JAN 1950
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0688319W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
29 NOV 1945
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0290413W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
13 JAN 1956
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1988/0006172W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
18 JUL 1958
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
2005/0015725W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
30 APR 1957
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1966/0002297W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
21 MAR 1957
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1966/0002314W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
15 JUL 1957
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1966/0002320W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
27 DEC 1957
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1966/0002377W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
7 JAN 1958
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1966/0002381W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
28 APR 1951
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0688356W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
8 MAY 1946
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0290843W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
12 MAY 1896
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0063083W
Hit
:
67
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
1 AUG 1947
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0292895W
Hit
:
18
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
12 MAY 1896
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0063083W
Hit
:
67
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
FEDERAL - DEPARTMENT
Source
:
Date
:
15 JUL 1946
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0574766W
Hit
:
56
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
FEDERAL - DEPARTMENT
Source
:
Date
:
9 AUG 1946
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0574761W
Hit
:
38
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
20 APR 1953
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0301452W
Hit
:
31
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
15 JUL 1946
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0303425W
Hit
:
29
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
14 JAN 1952
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0301451W
Hit
:
29
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
23 MAY 1958
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0301139W
Hit
:
25
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
21 DEC 1949
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0298704W
Hit
:
23
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
28 APR 1949
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0296899W
Hit
:
22
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
6 JUL 1897
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0071290W
Hit
:
22
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
28 JUN 1949
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0297380W
Hit
:
20
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Sejarah Rumah Rehat dan Halting Bungalow di daerah Kuala Pilah

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat Blog Atok ini. Selawat dan salam buat Junjungan Besar kita Saidina Muhammad ibni Abdullah, na...