SHAH ALAM: Seorang bekas penjual tong gas dipenjara sehari dan denda
RM19,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku
salah atas tuduhan pilihan rasuah membabitkan hampir RM10,000 kepada
pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), di Kuala Langat, dekat sini, akhir tahun lalu.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh yang menjatuhkan hukuman itu terhadap
Eu Wee Siang, 27, dan memerintahkan hukuman penjara itu bermula semalam
. Mengikut pertuduhan pilihan itu, Eu didakwa secara rasuah memberi RM9,950
kepada pegawai KPDNKK, Nazrul Hisham Hamudi Ismail sebagai dorongan
melepaskannya daripada tindakan undang-undang kerana menjual gas tanpa
lesen. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di premis, Wee Siang Trading,
Jalan Klang Banting, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, kira-kira jam
1.25 tengah hari, 30 Disember 2009.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda
atau kedua-duanya sekali. Sebelum ini, dia didakwa mengikut pertuduhan asal
mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama. Ia memperuntukkan
hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda
nilai suapan atau denda RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi,
jika sabit kesalahan. Terdahulu, peguam bela mewakili Eu, Nurul Aeir
S Muhammad Harvian Kamar, memohon hukuman ringan kerana anak
guamnya sudah kehilangan punca pendapatan kerana kilang tempatnya
bekerja sudah ditutup.
Beliau berkata, ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan lelaki itu sudah
menyesal atas perbuatannya. Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa dari SPRM,
Hung Heng Hong, memohon hukuman setimpal kerana tertuduh tidak memikirkan
kesan dan akibat ketika melakukan kesalahan itu. Berdasarkan fakta kes,
Eu ditahan dalam satu operasi bersepadu antara SPRM, Ikatan Relawan Rakyat (Rela)
dan KPDNKK selepas didapati menjalankan perniagaan menjual tong gas tanpa lesen sah.
Peniaga itu yang panik cuba menawarkan rasuah RM10,000 terhadap pegawai
kementerian dan dinasihati oleh kakitangan SPRM supaya tidak berbuat demikian
kerana dia boleh berdepan dengan dakwaan rasuah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan