Isnin, 30 Mei 2011

Adeyy...porrah!

MAHKAMAH

Pekerja Kilang Mengaku Tidak Bersalah Tipu Pengurus Syarikat Besi Buruk
SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan cuba menipu seorang pengurus syarikat RM7,000 berhubung penawaran tender besi buruk, tiga tahun lalu.
J. Krishna Murti, 30, dari Pulau Carey, dekat sini, dituduh cuba memperdaya K. Thayalan, Pengurus Syarikat Sri Muda Metals Sdn Bhd, sehingga mempercayai bahawa syarikat itu mendapat tender daripada syarikat perladangan, Golden Hope.
Tertuduh didakwa meminta pengurus itu membayar RM7,000 untuk mendapatkan surat kelulusan tender sedangkan Golden Hope tidak memberi sebarang tender kepada syarikat besi buruk itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Kentucky Fried Chicken di Teluk Panglima Garang, dekat sini, pada pukul 6.10 petang, 6 Feb, 2007.
Krishna, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...