Selasa, 31 Mei 2011

Kopi Telok, best!!

Kat Telok,dulu kopi tanaman utama. Bukan Telok saje ,seluruh Kuala Langat sampai Johan Setia, Klang ditanami pokok kopi.Kebun nenek aku seluas 6 ekar ditanam tiga jenis tanaman...getah 2 ekar, kopi 4 ekar..dan pokok-pokok durian dan dusun di antara pokok-pokok kopi dan getah.Dulu masa aku kecik sampai 1980an, kat Telok ada dua kedai tempat aku jual biji kopi, satu betul-betul kat pekan Telok, belakang rumah Haji Hamzah..lagi satu kat batu 10 lorong nak pergi Kebun Baru..tapi sekarang hanya tinggal kenangan..Kalau difikir-fikirkan, tak lalu aku nak minum kopi lagi lepas aku tengok anjing-anjing  tauke Cina tu baring-baring atas biji kopi yang dah dijemur kering.Sure ada yang terlepas hajat besar dan kecil kat atas timbunan kopi tu,kan?Tapi apa yang boleh aku buat?Aku jual biji kopi basah jer..Aku pernah tolong arwah moyang aku buat kopi sendiri...lagi bersih! Caranya camni....

1. Mula-mula kopek biji kopi dari kulitnya.


2.Onyang aku pakai gigi jer..tapi kalu banyak buat jer pakai mesin

3. Jemur biji kopi sampai kering..2,3 minggu kalau hari panas jer

4. Balik-balikkan kopi tu biar kering rata


5. Tumbuk ngan alu biji kopi kering untuk pisahkan kulit dengan biji


6. Goreng kering tanpa minyak biji-biji kopi tu kopi..lebih kepada kopi panggang

 7. Tapi onyang aku lagi suka buat kopi campuran. Dia tambah gula lepas kopi tu dipanggang



8. Dia gaulkan biji kopi dan gula pasir sampai mesra dan hitam tapi tak hangit.Lepas tu dia masukkan marjarin untuk bagi rasa masin dan berminyak.
 9. Lepas masak dan sejuk, dia tumbuk gumpalan kopi itu sampai jadi serbuk halus atau kasar. Packing sendiri jer.. takde alat cam di bawah masa dulu.untuk makan sendiri jer,bukan untuk dijual

 10. Sedapnya kopi buatan sendiri!

Kalau yang panggang tak masak dengan gula tu, dia jadi macam nescafe ler

 11. Rupanya pun tak hitam ..cuma perang


2 ulasan:

  1. bang sekarang ada ladang kopi lagi tak kat hilir selangor?

    BalasPadam
  2. Hahaha....Kuala Langat daa...bukan Hilir Selangor๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
    Rasa-rasa ada tak lagi kilang Kopi Anggerik kat Kanchong Darat tu lagi?

    BalasPadam

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...