Sebut tentang Selangor, pasti orang luar tertanya-tanya,
engkau orang Jawa ke? Dah set dalam kepala diorang, asal Selangor jer Jawa,
asal Jawa jer Selangor..walaupun wajah aku tak mirip langsung Broery Marantika
atau Presiden Bambang Udiyono pun! Kadang-kadang aku tergelak sendiri apabila
ada soalan-soalan serupa itu keluar daripada mulut kengkawan. Aku takde hal.
Aku tak marah pun kat kawan yang bertanya. Aku layan jer. Pasal aku tahu memang
soalan tu relevan. Kat Selangor memang ramai Jawa! Dah nama tempat pun
menunjukkan ‘Jawa was here’ atau ‘forever Javanese’. Padang Jawa, Assam Jawa,
Kampung Jawa. Takkanlah orang Aceh, Bugis, Banjar atau Melayu sekalipun nak
letak perkataan Jawa kat nama kampong diorang? Semestinyalah milik Jawa….Dulu,
Kini dan Selamanya .
Dari Sepang di
selatan hinggalah ke Sabak Bernam di sempadan utara sebelah Perak…Jawa,Jawa,Jawa.
Begitu juga di Kuala Langat dan Klang
tempat tumpuan mereka. Bahkan kat Telok ni juga. Jenjarom, Kebun Bharu, Kg.
Medan sebelah dalam Sijangkang pun sama. Jawa seluas mata memandang. Banting ,korang jangan tanya ler…Bukan dari segi
pakaian yang membezakan, tapi dari segi bahasa dan budaya. Sebab itulah kat
pasar-pasar malam di Klang, Telok dan kawasan majoriti Jawa, nasi ambeng dan
tempeh memang popular…(patut ler kulit muka KT, mantan MB Selangor dan KD, Kris
Dayanti tegang) . Mee Jawa kat pasaraya Gama
Klang dulu paling best. Air Sirap Bandung memang wajib ada dalam menu kenduri
kahwin.
KD
KT
MJ
Wajib ada dalam majlis perkahwinan
Secret Recipe Kecantikan
Ada juga kengkawan aku buat lawak bodohnya, kat mana-mana
pergi pasti jumpa Jawa, Jawa ni orang ke arnab? Hahaha… Aku tahu dia ni cuma buat
lawak jer, bukan menghina kaum Jawa. Ya
tak ya juga. Kemudian aku terfikir macam mana
orang Jawa boleh jadi majoriti penduduk bumiputera teramai di Selangor
ini? Jadi aku pun buat ler sedikit research kat internet ni. Tapi itu semua
kemudian ler aku tulis.
Kg. Sungai Lang
Pekan TPG
Kg. Kanchong Darat
Sebelum ini pun aku cukup respek kat orang Jawa ni. Bagi aku
inilah contoh bumiputera yang mirip Cina.Tolong jangan pandang serong maksud
aku. Dengar dulu apa yang aku nak katakana ini. Aku katakan begitu pasal Jawa
ini spesis paling rajin. Pengalaman aku masa kecil tengok seorang Wak Jawa
begitu gigih mengayuh basikal tuanya ambil upah buat parit, petik kelapa sawit kat
kebun aku. Kerja-kerja kontrak, buruh kasar ini mereka memang lasak dan boleh
diharapkan. Kalau korang pergi kat rumah diorang, Setiap inci keliling rumah
termasuk halaman rumah dimanfaatkan ditanam tanaman. Pernah aku ke rumah kawan di Kebun Bharu masa zaman persekolahan aku dulu. Depan laman rumah pun penuh diorang tanam dengan nenas.Takdelah macam kebun
Melayu, semak samun jer. Silap haribulan rimau kumbang buat sarang kat situ.
Nenas/ Javanese Pineapple
Kehidupan orang Jawa bagi aku cukup sederhana tetapi kaya
budi bahasa. Pengalaman bercampur kawan-kawan di Telok dan Banting ketika aku bersekolah
di Telok Datok dan ketika mengajar di Jugra dulu menyebabkan aku berminat berkawan dengan orang Jawa. Bukan maksud aku nak berkahwin
dengan anak dara Jawa (memang cantik-cantik belaka, bahkan seiras Kris Dayanti
dan Rossa pun ada), tapi untuk mengenali kehidupan seharian mereka dengan lebih
dekat lagi.
Aku tengok mereka ini jenis manusia yang sabar bahkan tidak
mengeluh dengan keadaan hidup yang miskin. Tidak perlu rumah yang besar
sehingga terpaksa berhutang keliling pinggang. Hanya wajib ada rumah Ibu sahaja.
Yang lain boleh ditambah kemudian sekiranya perlu. Tak perlu ada kereta. Ada basikal atau motosikal pun dah cukup. Rokok daun atau lenteng dan kretek paling popular. Benson, Dunhill tak
ada dalam carta pun. Lauk pauk tak perlu banyak atas meja. Ada nasi, ikan
kering atau ikan bilis goreng cili api, dan sayur bening, sudah cukup melazatkan.Tak ada dalam
peribahasa diorang, biar papa asal bergaya. Yang penting ,terus hidup dan
bersyukur dengan apa yang ada.
Orang Jawa ini memang
pakar dalam hal-hal pertanian. Jawa
dengan bertani macam ikan jumpa air. Kata orang, kalau diberi orang Jawa biji
benih, pasti ditukarnya hutan jadi
kebun. Memang periuk nasi, bread and
butter, kata orang puteh. Pernah aku dengar ceramah seorang ‘Wak’ yang
dijemput oleh Jabatan Pertanian Kuala Langat untuk beri ceramah pasal teknik
menanam nenas, padahal Jawa ni sekolah pun setakat Darjah Enam jer. Hebat betul.
Pernah aku ke rumah kawan di Sijangkang. Masa itu rumah dia
hanyalah rumah Ibu sahaja. Rumah Ibu bermaksud rumah asal yang mana semua
aktiviti kelurga tertumpu di situ. Di situlah dapur, ruang makan, di situ juga
tempat belajar, ruang tamu, ruang tidur (beramai-ramai), bahkan emak bapak pun ‘projek’
kat situ time anak-anak tengah tidur lena. Hihihihihi…..Lepas itu bila
anak-anak semakin besar, barulah mereka tambah bilik. Itupun buat sendiri,
projek anak beranak…tak upah orang pun.
Ramai juga dari kalangan orang Jawa ini yang hebat dalam
bidang agama. Pak Kiyai dan anak-anak merekalah yang mendirikan surau-surau dan
sekolah pengajian agama swasta sebagaimana yang terdapat di Kampung Mujahidin
di Batu 9, Kebun Bharu dan di Sungai Lang, Kanchong Darat dan Sungai
Kelambu. Ustaz dan ustazah berketurunan
Jawa penuh di sekolah-sekolah swasta mahupun kerajaan.
Bagi akulah, merekalah contoh terbaik umat Melayu bumiputera masa kini. Kalau nak cari jodoh untuk anak
atau diri sendiri, masukkan Jawa dalam short listed korang, berbaloi-baloi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan