Memaparkan catatan dengan label tempe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempe. Papar semua catatan

Khamis, 31 Oktober 2013

Jawa...Dulu, Kini, dan Selamanya

Sebut tentang Selangor, pasti orang luar tertanya-tanya, engkau orang Jawa ke? Dah set dalam kepala diorang, asal Selangor jer Jawa, asal Jawa jer Selangor..walaupun wajah aku tak mirip langsung Broery Marantika atau Presiden Bambang Udiyono pun! Kadang-kadang aku tergelak sendiri apabila ada soalan-soalan serupa itu keluar daripada mulut kengkawan. Aku takde hal. Aku tak marah pun kat kawan yang bertanya. Aku layan jer. Pasal aku tahu memang soalan tu relevan. Kat Selangor memang ramai Jawa! Dah nama tempat pun menunjukkan ‘Jawa was here’ atau ‘forever Javanese’. Padang Jawa, Assam Jawa, Kampung Jawa. Takkanlah orang Aceh, Bugis, Banjar atau Melayu sekalipun nak letak perkataan Jawa kat nama kampong diorang? Semestinyalah milik Jawa….Dulu, Kini dan Selamanya .

Dari Sepang  di selatan hinggalah ke Sabak Bernam di sempadan utara sebelah Perak…Jawa,Jawa,Jawa.  Begitu juga di Kuala Langat dan Klang tempat tumpuan mereka. Bahkan kat Telok ni juga. Jenjarom, Kebun Bharu, Kg. Medan sebelah dalam Sijangkang pun sama. Jawa seluas mata memandang.  Banting ,korang jangan tanya ler…Bukan dari segi pakaian yang membezakan, tapi dari segi bahasa dan budaya. Sebab itulah kat pasar-pasar malam di Klang, Telok dan kawasan majoriti Jawa, nasi ambeng dan tempeh memang popular…(patut ler kulit muka KT, mantan MB Selangor dan KD, Kris Dayanti tegang) . Mee Jawa kat  pasaraya Gama Klang dulu paling best. Air Sirap Bandung memang wajib ada dalam menu kenduri kahwin.
 KD
 KT
 MJ
 Wajib ada dalam majlis perkahwinan
Secret Recipe Kecantikan
Ada juga kengkawan aku buat lawak bodohnya, kat mana-mana pergi pasti jumpa Jawa, Jawa ni orang ke arnab? Hahaha… Aku tahu dia ni cuma buat lawak jer, bukan menghina kaum Jawa.  Ya tak ya juga. Kemudian aku terfikir macam mana  orang Jawa boleh jadi majoriti penduduk bumiputera teramai di Selangor ini? Jadi aku pun buat ler sedikit research kat internet ni. Tapi itu semua kemudian ler aku tulis.
Kg. Sungai Lang
 Pekan TPG
Kg. Kanchong Darat
Sebelum ini pun aku cukup respek kat orang Jawa ni. Bagi aku inilah contoh bumiputera yang mirip Cina.Tolong jangan pandang serong maksud aku. Dengar dulu apa yang aku nak katakana ini. Aku katakan begitu pasal Jawa ini spesis paling rajin. Pengalaman aku masa kecil tengok seorang Wak Jawa begitu gigih mengayuh basikal tuanya ambil upah buat parit, petik kelapa sawit kat kebun aku. Kerja-kerja kontrak, buruh kasar ini mereka memang lasak dan boleh diharapkan. Kalau korang pergi kat rumah diorang, Setiap inci keliling rumah termasuk halaman rumah dimanfaatkan ditanam tanaman.  Pernah aku ke rumah kawan di Kebun Bharu masa zaman persekolahan aku dulu. Depan  laman rumah  pun  penuh diorang tanam dengan nenas.Takdelah macam kebun Melayu, semak samun jer. Silap haribulan rimau kumbang buat sarang kat situ.
Nenas/ Javanese Pineapple
Kehidupan orang Jawa bagi aku cukup sederhana tetapi kaya budi bahasa. Pengalaman bercampur kawan-kawan di Telok dan Banting ketika aku bersekolah di Telok Datok dan ketika mengajar di Jugra dulu menyebabkan aku berminat berkawan dengan orang Jawa. Bukan maksud aku  nak berkahwin dengan anak dara Jawa (memang cantik-cantik belaka, bahkan seiras Kris Dayanti dan Rossa pun ada), tapi untuk mengenali kehidupan seharian mereka dengan lebih dekat lagi.

Aku tengok mereka ini jenis manusia yang sabar bahkan tidak mengeluh dengan keadaan hidup yang miskin. Tidak perlu rumah yang besar sehingga terpaksa berhutang keliling pinggang. Hanya wajib ada rumah Ibu sahaja. Yang lain boleh ditambah kemudian sekiranya perlu. Tak perlu ada kereta.  Ada basikal atau motosikal pun dah cukup.  Rokok daun atau lenteng  dan kretek paling popular. Benson, Dunhill tak ada dalam carta pun. Lauk pauk tak perlu banyak atas meja. Ada nasi, ikan kering atau ikan bilis goreng cili api, dan sayur bening,  sudah cukup melazatkan.Tak ada dalam peribahasa diorang, biar papa asal bergaya. Yang penting ,terus hidup dan bersyukur dengan apa yang ada.

 Orang Jawa ini memang pakar dalam hal-hal pertanian.  Jawa dengan bertani macam ikan jumpa air. Kata orang, kalau diberi orang Jawa biji benih, pasti  ditukarnya hutan jadi kebun. Memang periuk nasi, bread and butter, kata orang puteh. Pernah aku dengar ceramah seorang ‘Wak’ yang dijemput oleh Jabatan Pertanian Kuala Langat untuk beri ceramah pasal teknik menanam nenas, padahal Jawa ni sekolah pun setakat Darjah Enam jer.  Hebat betul.  

Pernah aku ke rumah kawan di Sijangkang. Masa itu rumah dia hanyalah rumah Ibu sahaja. Rumah Ibu bermaksud rumah asal yang mana semua aktiviti kelurga tertumpu di situ. Di situlah dapur, ruang makan, di situ juga tempat belajar, ruang tamu, ruang tidur (beramai-ramai), bahkan emak bapak pun ‘projek’ kat situ time anak-anak  tengah tidur lena. Hihihihihi…..Lepas itu bila anak-anak semakin besar, barulah mereka tambah bilik. Itupun buat sendiri, projek anak beranak…tak upah orang pun.

Ramai juga dari kalangan orang Jawa ini yang hebat dalam bidang agama. Pak Kiyai dan anak-anak merekalah yang mendirikan surau-surau dan sekolah pengajian agama swasta sebagaimana yang terdapat di Kampung Mujahidin di Batu 9, Kebun Bharu dan di Sungai Lang, Kanchong Darat dan Sungai Kelambu.  Ustaz dan ustazah berketurunan Jawa penuh di sekolah-sekolah swasta mahupun kerajaan.

Bagi akulah, merekalah contoh terbaik umat Melayu bumiputera  masa kini. Kalau nak cari jodoh untuk anak atau diri sendiri, masukkan Jawa dalam short listed korang, berbaloi-baloi! 


Indeks Halaman Utama

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...