Salam buat semua. Apa khabar sahabat handai, saudara mara, kaum
kerabat, warigh semua? Moga korang sihat adanya. Syukur ke hadrat Allah SWT
atas segala limpah kurniaNya termasuk dipanjangkan umur dan diberiNya kesihatan
yang baik. Moga-moga kita semua berada dalam kesejahteraan hidup, baik di dunia
mahupun di akhirat kelak.
Tanggal 17 Januari 2015, hari itu aku balik ke TPG kerana menghadiri
perkahwinan anak jiran lama aku di Taman Seri Putra Banting. Dah lama wey aku
tak ziarah jiran-jiran lama aku masa aku menetap di Banting, maso den jadi
cikgu sekolah kek Jugra. Dah lebih 13 tahun aku meninggalkan Banting dan Telok
untuk masuk suku, jadi warigh orang Nogori Sembilan. Aku ikut Jambatan Kg.
Sawah untuk ke sana. Terpampang di papan tanda tepi jalan arah ke Morib. Dalam
perjalanan itu tetiba nostalgia lama aku berkelah bersama-sama keluarga, tidur
berkhemah bersama kawan-kawan selepas SRP serta kenangan pesta laut di Morib
menerjah minda aku. Nasib baik tak ada kereta lain masa itu, kalau tidak haru biru jadinya.
Papan Tanda Tempat-tempat Menarik di Banting |
Fikiran aku sekonyong-konyongnya membawa aku ke pasir pantai yang memutih, air
laut yang membiru, deruan ombak menghempaskan diri ke pantai itu. Bahkan lebih
jauh daripada itu, aku membayangkan perkampungan nelayan miskin di Morib ketika
Sultan Abdul Samad mula menduduki takhta singgahsana kesultanan Selangor di
Jugra. Lama benar aku tak merasai kedinginan dan kebiruan air laut di Morib.
Aku kerap kali ke pantai Port Dickson kerana hampir dengan Senawang, tempat
tinggalku kini, hanya 30 minit perjalanan dengan motokar. Memang PD lebih
popular berbanding Morib sebagai destinasi perkhelahan atau mandi manda kerana
banyak pantai yang indah di sini, bahkan hotel dan resort bertaraf 3,4 bintang
pun berlambak di sini. Memang airnya lebih bersih berbanding di Morib yang
berlumpur pasirnya dan jauh sungguh surutnya, tetapi aku rindukan kedamaiannya,
kesepiannya, kepah-kepah yang beribu banyaknya ketika air laut surut. Kurang
manusia berkunjung bererti lebih mendamaikan. Aku dah bosan dengan hiruk pikuk
kehidupan di bandar. benci aku pada bunyi hon kereta, lori dan bas. Kalau aku
kaya, pasti aku bina sebuah banglo untuk aku dan keluarga di Morib. Aku akan
baring bersantai di bawah teduhan pokok rhu selepas makan tengah hari di atas pangkin
di tepi laut. Aku akan melupakan stres duniawi apabila bayu lembut menyapa
ketika itu. Ketika malam pula, aku dialunkan irama ombak yang begitu setia
kasihnya terhadap pantai. Oh, kalaulah….
Pantai Morib yang telah ditembok dan dinaiktaraf. Perhatikan pokok-pokok Rhu dan Tembusu yang mewarnai pantainya |
Pantai Morib ketika air surut...berlumpur dan berkepah |
Kini aku mengerti mengapa penjajah merangkap penyamun Mat Salleh korporat keparat itu membina banglo rehat mereka di Morib, di tepi pantai untuk
pegawai-pegawai dan manager estet mereka. Mereka adakan perjumpaan persatuan
Peladang mereka di banglo ini ,memikirkan cara dan bagaimana mereka hendak
menggeledah sehabis-habisnya hasil bumi kita untuk dibawa balik ke negara
mereka di England itu sambil merehatkan minda.
Oklah…. back to the real world. Balik jer dari TPG hari itu, aku mula
melakukan research sikit kat internet dan surat khabar lama dulu tentang Morib
dan kehidupan masyarakatnya. Banyak yang aku tak tahu rupanya! Makin aku baca,
makin aku jatuh cinta dengan Morib, walaupun reputasi negatifnya pada aku
sebelum ini hanyalah sebuah petempatan nelayan kecil di sebuah pantai berlumpur
yang disempadani kandang-kandang babi di kampung-kampung berhampiran seperti di
Batu Untong dan Tanjung Layang. Aku merasakan setiap kali aku berendam di laut
Morib seolah-olah aku mandi bergelumang dalam kolam najis babi, walaupun pada
hakikatnya tempat-tempat tersebut berbatu-batu jauhnya dari pantai Morib ini.
Mengikut kajian aku, Morib ini telah wujud ketika kesultanan Sultan
Abdul Samad. Pada tahun 1893,Penghulu
Morib ketika itu Raja Mon , dikatakan telah membuka kawasan-kawasan pertanian
untuk tanaman kelapa. Namun begitu tanaman mereka seringkali dirosakkan oleh
babi hutan. Rotan dan perikanan juga kegiatan ekonomi utama di sini, biasanya
untuk untuk pasaran Klang dan Kuala Lumpur. Pada tahun 1898, British telah
mendirikan ‘ halting bungalow’ di Simpang Morib dan Rumah Rehat Kerajaan di
Morib yang dijaga dengan baik oleh seorang Melayu. Pada tahun 1913, Sanatorium
di Morib mempunyai sebuah banglo lama sedia ada, dengan 6 buah bilik dan setiap
bilik menempatkan 2 buah katil manakala banglo baru mempunyai 2 bilik. Di
setiap banglo ada seorang penjaga, seorang tukang masak dan seorang tukang
angkat air yang digajikan. Kesemua mereka kemungkinannya berbangsa Cina Hailam.
Rest house dan sanatorium ini menjadi
‘favourite resort’ pegawai-pegawai kerajaan berbangsa Inggeris dan pengurus-pengurus dari
estet-estet berhampiran.
Pada tahun 1922, laluan Banting-Morib telah bersambung dengan Jalan Sepang
apabila jalanraya sejauh 21 batu dibina. Ini menjadikan keseluruhan pesisir
pantai Kuala Langat dan Sepang dapat dihubungi dengan pengangkutan darat dengan
bandar-bandar besar seperti Klang, Seremban dan Kuala Lumpur. Segala hasil
mahsul Morib kini dapat dipasarkan. Tapi ada sesuatu yang pelik tapi tak
kesampaian berlaku di Morib, at least atas kertas. Nak kata ada tapi tak ada,
nak kata tak ada tapi atas kertas ada. Ish,ish,ish… pening kepala aku memikirkannya.
Bukan aku seorang, tapi semua orang di Morib termasuk di Telok hingga ke Klang
pun pening sama. Kalau ler jadi, seronoknya! Tapi apakan daya, tidak menjadi
kenyataan. Mesti korang pening dan terkeliru macam orang mabuk ketum, kan?
HAHAHA…memang ler…Cuba korang sabar sikit, bagi
ler chance aku minum dulu. Ceritanya begini…
Memang sejak tahun 1913, Kerajaan Inggeris beria-ia nak jadikan Morib
sebagai pusat riadah dan rekreasi yang utama di Malaya untuk pegawai-pegawainya
serta untuk masyarakat umum. Mereka dah rancang nak bina banyak banglo rehat di
situ, siap mereka dan sediakan bajet untuk bina landasan keretapi dari Klang
terus ke Morib. Jadi, diorang siap buat survey sama ada menguntungkan atau
tidak. Bagi mereka, perancangan ini akan memberi kebaikan dari segi ekonomi
kepada kerajaan negeri. Bayangkan, dari tahun 1913 sehingga 1925, mereka kata
projek ini masih ‘on’ tapi tak ada sebarang rel keretapi pun yang dipasang.
Cinabeng punya Residen!
Peruntukan Kewangan untuk projek Jalan keretapi Klang- Morib 1912 |
Penambahan Peruntukan untuk Projek Rangkaian Keretapi Klang- Morib 1913 |
Tapi orang Melayu taklah hairan sangat dengan keretapi bagai. Lagi
pun, bukan diorang yang nak tinggal kat rest house semua tu. Yang penting,
pembangunan khusus untuk mereka dan anak-anak mereka di kampung Morib. Alhamdulillah, pada tahun 1926, Sekolah
Melayu Morib dibina.
Walaupun tak ada keretapi di Kuala Langat, tetapi di Morib dah banyak
dah dibina rumah-rumah rehat. Pada tahun 1931, Morib sudah mempunyai rest house
kecil dan banglo sanatorium, istana
hinggap Sultan, banglo rehat swasta dan banglo kepunyaan persatuan-persatuan kebajikan.
Tapi yang peliknya, tidak pula dibina pusat perniagaan atau tempat
menjamu selera, makanan laut untuk pengunjung-pengunjung di situ. Masing-masing
makan makanan yang dibawa ketika berkelah atau makanan yang dihidangkan oleh
tukang masak rest house atau banglo-banglo itu sendiri. Semakin hari semakin
popular Morib sebagai tempat berehat bersama keluarga di hujung minggu. Namun
ramai juga terutama kanak-kanak yang menjadi mangsa lemas walaupun pantai Morib
landai dan airnya tidak dalam.
Bercerita tentang keadaan pantai Morib, memang
pantai ini memang cetek dan landai terutama ketika air surut. Air surutnya jauh
sehingga hampir 1km ke tengah laut, tetapi di sini banyak beting pasir yang
merupakan penimbunan pasir yang merentangi sesebuah teluk. Beting pasir
terbentuk sama ada selari dengan garisan pantai atau bersudut tepat dengannya .
Bahayanya beting pasir kepada para pengunjung pantai yang bermandi manda ketika
air surut. Tanpa mereka sedari, ketika air mula pasang, mereka terperangkap di beting pasir sedangkan
air sudah mula pasang ke pantai walaupun kedalaman air antara beting dan pantai
kira-kira3 hingga 6 kaki. Namun, bagi kanak-kanak dan orang yang tidak pandai
berenang, hal ini boleh membahayakan nyawa kerana jarak beting pasir dengan
pantai kira-kira 200 hingga 400 meter. Tambahan pula, arus laut ketika itu
kuat.
Walaupun begitu, pengunjung ke pantai ini tetap ramai terutama ketika
ada pesta air atau pasar ria yang diadakan sempena kunjungan DYMM Sultan
Selangor ke daerah Kuala Langat. Sebagai contoh, pada 25 September 1934, telah diadakan pameran
pertanian dan kraftangan di pantai Morib. Ribuan orang kampung keluar
beramai-ramai menyambut kehadiran
baginda Sultan Selangor turun bersama rakyat. Mereka berpeluang menaiki 4 buah
kapal terbang Moth kepunyaan Kelab Penerbangan Kuala Lumpur. Bayaran
sebanyak $2 seorang untuk terbang
mengelilingi Morib. Sambutan yang diberi begitu hebat. Keempat-empat buah kapal
terbang ini bergilir-gilir berlepas dan
mendarat semula atas pasir pantai sehinggalah air laut mula pasang. Pada
sebelah petangnya pula, perlawanann bola
sepak dan hoki persahabatan diadakan di padang berdekatan. Di sebelah
malam, joget ronggeng, wayang bangsawan, wayang kulit serta nyanyian berterusan sehingga ke larut malam.
Ketika Perang Dunia Kedua , pihak tentera Jepun telah menjadikan Morib
sebagai markas kem mereka. Hahahaha….pasti
korang terkejut beruk kalau aku katakan mereka juga telah membina sebuah
landasan terbang untuk operasi kapal terbang Zero mereka di Ladang Kelanang,
tidak jauh dari Simpang Morib. Sebenarnya mereka tidak berminat untuk membina
pengkalan tentera udara mereka di situ, cukup hanya beberapa buah berek dan
hangar untuk satu dua kapal terbang mereka. Lokasinya yang tersorok kira-kira
1km dari jalan raya Kelanang-Simpang Morib dan Kg. Sungai Arak dan dikelilingi
pokok kelapa, memang strategik dan ada unsur kejutan kepada pengintip tentera
Berikat. Landasan sejauh satu batu setengah ini penting untuk kawalan dan
tinjauan udara di pesisir pantai antara Pelabuhan Klang dan Port Dickson, dan
sebagai bantuan sokongan kepada markas tentera darat mereka di pantai Morib. Sejujurnya,
aku rasa TUDM Jugra patut membina landasan udaranya di tempat yang sama, bagi
tujuan yang sama. Mungkin zaman dah berubah. Dengan kecanggihan radar dan
satelit kini, hal ini dah tak penting lagi, kot? Oklah…kita teruskan lagi kisah
Jepun ini. 3 tahun 8 bulan lamanya Jepun menjadi tuan baharu kepada rakyat
Malaya terutama orang-orang Melayu. Dah ramai dah orang yang kena penampar
Jepun, minum air sabun sampai kembung,dan hilang kepala disamurai dek Jepun
dalam tempoh tersebut. Mereka dah jelak makan ubi kayu.Mereka rindukan nasi.
Hinggalah pada satu malam….
Peta Topografi menunjukkan Lapangan Udara Tentera Jepun di Kelanang pada tahun 1945 |
Pemandangan tapak Bekas Lapangan Udara tersebut pada tahun 2015 |
Pada ketika jam menunjukkan pukul 3 pagi waktu Colombo,Sri Lanka,
ratusan buah kapal perang dan kenderaan mendarat pihak Berikat dengan kekuatan
lebih daripada 100,00 orang berlabuh di perairan Pelabuhan Swettenham, Morib,
Bagan Lalang, dan Port Dickson. Ketika itu air mula pasang. D-Day untuk
Malaya telah bermula.
Three different
landing zones were selected. 25th Division will landed on Morib Beach, 37th Brigade
will get to the Bagan Lalang Beach, 10 miles south Morib and 23rd Division will
scattered on Port Dickson beach. The SS Dunera arrived off Morib Beach on the 9th according to the log of my father's RAF squadron - the 89th Squadron. They also transferred to LCIs and then another transfer to smaller landing craft before wading ashore on the afternoon of the 9th. They set off on a 10 mile march to a transit camp at Telok Datok, same one as the 3210 I expect. But it was too late in the day and so they were ordered to bivouac. It was so dark they couldn't see where they were setting up their tents. Unfortunately, some erected their tents on a dry river bed which, unbeknown to them, was subject to flash flooding. They woke up during the night in several inches of water! Overnight monsoon rains thoroughly soaked them and all their kit. When they arrived at Telok Datok, which was no more than a collection of huts, it took two days to dry out!
Pelan Serangan Operation Zipper 1945 |
Boarding a Landing Ship Tank from SS Chitral for landing at Morib, Malaya, September 1945. |
Seaborne landings made by the 7th and 12th Parachute Battalions on the Morib beaches, 1945 |
Members of 12 Para Bn landing at Morib Beach, Malaysia, September 1945. |
Members of the 12th Para Bn march off having landed at Morib Beach, Malaya, September 1945. |
Batu Peringatan Operation Zippper di pantai Morib |
Mereka menjangkakan tentangan hebat daripada pihak Jepun di Morib tetapi memandangkan Hiroshima telah dibom atom pada pertengahan Bulan Ogos tahun 1945, Berikutan peristiwa itu, Jepun telah menyerah kalah,Operation Zipper dibatalkan dan kini Operation Tiderace dilancarkan pada 9 September 1945, dengan bala tentera yang sama dalam Operation Zipper. Pengambilan landasan udara Kelanang dilakukan sebelum pendaratan tentera di Morib. Pihak Jepun seolah-olah telah mengetahui hal ini dan menyerahkannya kepada tentera udara British. Beberapa buah kapal terbang Zero milik Jepun masih kelihatan di landasan ketika Tentera Udara Berikat mendarat:
Arriving, we flew a wide circuit around the field, looking for any obstructions on the runway. Nothing was seen so we did a low level, line astern pass along the runway, peeled off and came in for landing. We all landed safely and as we ran to the end of the runway, we looked around for any of our troops that were supposed to be there.. At the end of the runway, we turned around and on instructions from the Wingco, kept our engines running and await developments. Sure enough, what appeared to be hundreds of soldiers came marching down the runway towards us. Unfortunately, it was the wrong army. Our "greeters" were all Japanese.The Wingco told us to remain in our planes. He switched off climbed out and walked towards the advancing troops led by several officers. One drew his sword and for a brief moment we suspected the worst, but he offered it to the Wingco who signalled us to switch off. We then organised the soldiers to manhandle the aircraft off the runway to clear the way for the next wave of six aircraft from the "Trumpeter" to land...We were then driven off to the Jap Officers Mess which we appropriated for our use.
Gambar penyerahan dan Perletakan Senjata oleh Tentera Jepun 1945 (lokasi tidak diketahui sama ada di Kelanang Airfield atau di Kuala Lumpur) |
Tiada tentangan daripada pihak Jepun di situ kerana mereka telah pun
bergerak ke Kuala Lumpur untuk upacara penyerahan senjata tanda mengaku kalah
kepada pihak Berikat. Tentera Jepun sudah mula menyerah di Penang dan
Singapura. Walaupun tak mendapat tentangan, operasi sebesar ini menjadi masalah kerana
pantai berlumpur Morib. Lebih 300 buah kenderaan tentera tersadai di pantai
Morib kerana terkandas di beting-beting pasir dan ditinggalkan begitu sahaja sehinggalah
pada tahun 1948, seorang kontraktor membeli kesemua bangkai kenderaan yang dah
berkarat tersebut untuk dijual sebagai besi buruk. Penyerahan Senjata oleh
Tentera Jepun di Malaya dilakukan oleh
Lieutenant General Ishiguro kepada Lieutenant General Roberts (XXXIV
Corps) pada 13 September di Kuala Lumpur.
Penyerahan Tentera Jepun pada tahun 1945 di Kuala Lumpur |
Selepas perang tamat, pada tahun 1952, kem tentera Jepun di Morib itu
ditukar menjadi kem untuk keluarga dan tahanan komunis ketika Era Darurat. Kem
ini dijadikan pusat rehabilitasi anak dan keluarga dan bekas pengganas komunis sebelum dihantar
pulang ke Negara China. Berkeluasan seluas 32 ekar, kem depan pantai ini mampu
menampung 300-500 orang keluarga pengganas pada satu-satu masa .
Peta -peta dibawah merupakan peta intipan Tentera Berikat terhadap kedudukan -kedudukan tentera Imperial Japanese Army di Morib sebelum pendaratan mereka untuk membebaskan Malaya dan Singapura pada tahun 1945.
Dalam setahun ,
lebih kurang 4000 orang diproses di kem ini. Bangunannya terdiri daripada bekas
berek tentera jepun, 3 bangunan baru dan dewan makanTerdapat padang permainan
untuk kanak-kanak. Juga, 2 matron dan 3 orang pembantu hospital untuk menjaga kesihatan
mereka sehinggalah seluruh daerah Kuala Langat, Klang dan Kuala Selangor diisytihar
‘kawasan putih’ pada 4 Disember, 1954. Selepas tarikh itu, kem ini dihuni pula oleh keluarga pengganas berketurunan Melayu.
keadaan kanak-kanak di Kem Rehabilitasi Morib |
Pembangunan Morib terus berlangsung. Pada tahun 1958, sanatorium baru
untuk penghidap Batuk Kering (T.B) dibina di Morib. Pada tahun berikutnya,
Masjid baru Morib bernilai $60,000
dibina.
Pada tahun-tahun 1960-an dan sehinggalah pertengahan 70-an, Morib
terus menjadi destinasi pengunjung,
bukan hanya untuk bersantai dan bermandi manda, tetapi juga untuk mandi tolak
bala. Mereka ke Morib naik bas, lori, kereta dan apa jua cara untuk Mandi
safar…Ritual agama persis Hindu mandi di
sungai Ganges, sesuatu amalan yang agak pelik dan berunsur khurafat. Seramai
15,000 orang berkunjung ke
Morib..ada yang berkhemah di sana. Seawal jam 11 pagi pantai Morib sejauh 2
batu sudah penuh dengan pengunjung. Pada
sebelah paginya,sebelum mereka turun ke laut, mereka minum air jampi dahulu,
ayat quran ditulis atas kertas yang kemudiannya direndam di dalam air putih.
Kemudian berduyun-duyun mereka
turun mandi laut untuk membersihkan diri
dari dosa dan bala. Ketika Mak bapak mandi, anak-anak remaja mencari peluang
berkenal-kenalan. Yang menghairankan lagi pelik bin ajaib, orang pejabat agama,
tak berbunyi langsung seolah-olah merestui upacara khurafat sebegini. .Ada juga yang datang mandi Safar untuk
tolak bala tetapi bala yang menimpa mereka ketika di sana. Ada yang dihempap
dahan patah dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Sesetengah ahli masyarakat mempersoalkan mandi
Safar di pantai, kenapa tidak di rumah masing-masing, mandi yang bercampur program maksiat seperti
persembahan pancaragam, mengapa berpesta sedangkan akhir bulan Safar adalah
ketika Rasulullah SAW sedang gering, seolah-olah kita bergembira ketika seluruh
umat islam di seluruh dunia dalam keadaan sedih atas keadaan kesihatan Junjungan kita itu?
Sambutan mandi Safar di Morib mula berkurangan berikutan ramai yang sudah
mula mengerti ajaran agama Islam yang sebenar terutama pada tahun-tahun lewat
70-an berikutan pendakwahan oleh Al
Arqam dan gerakan Islam sedunia. Namun,
program kemasyarakatan berbentuk hiburan dan sukan rekreasi tetap diteruskan.
Mungkin bertujuan menggantikan niat untuk mandi Safar yang sudah bersebati
dalam amalan hidup Melayu ketika itu. Acara sukan laut seperti belayar layar sabang, panjat tiang licin berminyak
pukul bantal, berenang pelbagai gaya, kejar itik,berlari dalam air, lumba
sampan motor sangkut, lumba berdayung sejauh2 batu, lumba basikal atas pasir, bina
badan, pertandingan bolasepak pakaian beragam, pertunjukan pencak silat,
Pameran kraftangan daripada orang asli, orang buta penghuni Sanatorium batuk kering Morib, Pertandingan
sepak takraw antara kampung di Kuala
Langat, pertunjukan kebudayaan antara kaum dan pertandingan pancaragam.
Hadiah-hadiah berupa wang tunai, basikal dan radio transistor diberi.
Pertandingan Memanjat Tiang Licin |
Pada suatu hari dalam tahun 1972, seekor ikan paus sebesar kapal
kecil, berukuran 55 kaki panjang, seberat 9 tan,berukur lilit 20 kaki dan
tinggi 12 kaki terdampar dekat Tanjung Pecah berhampiran Morib, dijumpai tersadai di celah pokok-pokok bakau.
Bau busuk bangkai tersebut menarik perhatian orang ramai sejauh KL. Kerja-kerja
memusnahkan bangkai ini pada mulanya dibakar tetapi apabila air pasang masalah
mula timbul. Akhirnya keputusan diambil untuk meletupkan bangkai tersebut
menggunakan dinamit.
Masa terus berlalu. Kedamaian Morib sekali lagi dikejutkan dengan kes
kejadian lemas pendatang asing Indonesia yang lemas. Di kawasan beting pasir di
Morib, Selangor inilah , negara tiba-tiba digemparkan dengan malapetaka lemas
terburuk yang melibatkan kira-kira 120 pendatang asing tanpa izin (PATI)
Indonesia pada bulan Julai 1993. lebih daripada 29
orang menemui ajal mereka di pantai ini. Mereka dikebumikan beramai-ramai di
perkuburan Orang Islam Banting berhampiran Ladang Sungai Buaya.
Kes Mati Lemas PATI Indonesia di Pantai Morib 1993 |
Kemudian berita paling menggemparkan negara berlaku di Morib. Datuk
Sosilawati Lawiya, seorangjutawan kosmetik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau
dibunuh dengan kejam bersama-sama tiga rakan yang lain di Morib, Selangor. Anak
perempuannya, Erni Erinawati Sofea Bukhari adalah antara orang terakhir yang
dihubunginya. Berita kematian Datuk Sosilawati yang
beberapa hari dilaporkan hilang mula tersebar di laman sosial Twitter. Berita
rasmi kemudiannya dikeluarkan oleh Bernama, Kosmo dan Utusan. Menurut Utusan,
keempat-empat mayat dan salah satu daripadanya mayat Datuk Sosilawati ditemui
di pantai Morib. Kesemua mereka dibunuh kejam sebelum dibuang dan dibakar di
ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib. Abu mayat-mayat mereka
dibuang ke pantai ini.
Kes Pembunuhan 4 orang termasuk Datuk Sosilawati di Morib pada tahun 2010 |
Aku berharap moga-moga itulah kisah tragis terakhir yang berlaku di
pantai Morib buat selama-lamanya. Biarlah Morib dan pantainya menghiburkan jiwa
insan-insan yang dahagakan kedamaian dan ketenangan untuk terus beramal ibadat
buat Allah yang Maha Esa, bukan tempat pembuangan jenazah manusia yang pergi menghadap Allah yang Maha Esa dalam keadaan yang paling menyayat hati dan
perasaan keluarga tercinta. Aku juga mengharapkan agar pihak berkuasa tempatan
MPKLgt terus mengekalkan keindahan dan kebersihan pantai ini. Tidak perlulah
lagi diberi kelulusan untuk pembinaan hotel dan resort percutian. Cukuplah apa
yang ada sekarang. Biarlah Morib sendirian dengan kedamaiannya.
Rujukan:
http://www.paradata.org.uk/images/seaborne-landings-made-7th-and-12th-parachute-battalions-morib-beaches-1945
http://www.alternatehistory.com/discussion/showthread.php?t=145742&page=5
Sangat menarik.
BalasPadamBro boleh tlg cerita tentang bangunan usang seri pantai di morib tu x? Google semua aku cri xde gmbr bngunan tu pun xde di google or mne2, aku minat nk tahu sbb ptg tdy aku shooting model lighting aku dah on pling tinggi pun tetap gelap tu jdi misteri skit tu yg aku ingin tahu mengenai bangunan tu.
BalasPadamEncik mohamad shahrill , whatsapp saya saja sbb saya tahu asal usul bangunan tu dan kisah2 dia dari A - Z sbb saya pernah tinggal di situ selama hampir 20 tahun (No whatsapp : 0147390804)
PadamNo whatsapp (0132585861)
Padamen.unknown,
Padamsuggestions tuan telah saya abadikan dalam enti terbaru saya...merungkai misteri banglo usang di Morib. Terima kasih
usaha compile cerita ni perlu dipuji ..aku org kanchong yg kerap ke morib pun xtau ada runaway zero kt situ
BalasPadamarwah atuk aku walaupun alim...tp dia jual cendol masa pesta mandi safar.haha...gi meniaga dgn mak aku pd thn thn 60an..berus paku ais tu ada lg...tp bila mak aku kawin thn 70 atuk aku dah xmeniaga cendol smpena mandi safar..dah insaf kata nenek...da nk g hj masa tu...
BalasPadamHi you have some amazing images of Morib beach in world war II. I was wondering where you got these images from?
BalasPadamI'm writing from Flame TV we make a BBC programme called Heir Hunters which follows the search for heirs and discovers interesting social history stories along the way.
We are filming a story about a gentleman who sent a postcard from Morib beach in WWII and we would love to use the images. Your help is very much appreciated.
Kind regards,
Nia
Please contact me on niac@flametv.co.uk
BalasPadamSalam tuan.. Masih ada lagi ke?
BalasPadamkemnya dah takdelah tapi kalau rajin, buat kajian mendalam tentang pillbox mereka di tepi pantai atau cari arkib filem mereka ketika di Malaya...kalau nasib baik jumpa....good luck
PadamSalam tuan..boleh saya tahu di mana lokasi tapak jepun tu ye..artifield morib..saya puas tgk peta tuan pos tu..tapi tk jmpa..
Padamwaalaikum salam...lokasinya di Estet Dusun Durian Kelanang Baru yang dijadikan pusat penyelidikan kelapa Sawit. Tuan kena masuk dari arah kampung Sg. Arak untuk ke sana. Dalam peta tahun 1945 itu hanya disebutkan sebagai Kelanang Estate. Perhatikan dan bandingkan pola jalan rayanya...masih ada persamaan walaupun sudah banyak berubah terutama arah haluannya. tentang airfield dan infrastrukturnya telah dimusnahkan oleh Tentera British selepas perang WW2 bukan dengan bom kerana British tidak mahu airfield ini menjadi bukti ketidakcekapan British yg pada asalnya dibuat oleh mereka tetapi disiapkan oleh Jepun dan menggunakannya dlm Ww2. Wallahualam
PadamSalam tuan. Terima kasih keeana nukilkan sejarah sejarah Kuala Langat. Saya berasal dari Ipoh Perak dan sudah berkelana di Jenjarom untuk bantu bisnes delivery kakak saya sejak negara pulih sementara dari kes covid tahun lepas.
BalasPadamMasa saya buat delivery, saya teruja betul nak teroka kawasan Banting. Saya sudah masuk Sijangkang, TPG, Olak Lempit, Bukit Changgang.. Tetapi saya suka lagi masuk belah pekan Banting ke Jugra - Morib. Habis delivery saya akan rehat tenangkan fikiran tengok laut dj Morib/ pantai Kelanang.
Teruja lagi saya tentang Kuala Langat bila saya pernah baca buku Malay Magic
Being an introduction to the folklore and popular religion of the Malay Peninsula oleh William Skate ( penghujung 1980) . Latar belakang kawasan dlm buku ini semuanya berkisar di Kuala Langat. Salah satu Jugra tempat yg saya rasa begitu banyak hal sejarah nya seperti yg diceritakan oleh tuan.
Lepas ini saya akan buat delivery ke kawasan kawasan KL sambil membawa sedikit ilmu yg tuan kongsikan dlm blogspot ni. 😁
waalaikum salam...terima kasih atas minat anda terhadap tempat kami...rasa2nya banyak kajian ilmiah yg telah dibuat tentang kuala langat tetapi masih dalam arkib universiti mereka
Padam