Ahad, 12 Julai 2020

Sejarah Balai Polis Lama Telok Datok, dan Kuala Langat (1942-1960)

Salam..Bertemu kita pagi ini. Atok rasa seperti ada semangat baru dalam diri ini selepas membaca kisah abam-abam polis kita yang telah mendahului kita menghadap yang Maha Esa. Moga Allah SWT mencucuri rahmatNya terhadap mereka atas perkhidmatan dan pengorbanan mereka kepada agama, bangsa dan tanah air walaupun ramai yang mempertikaikan mereka dengan gelaran 'anjing kerajaan'  penjajah British. Segalanya bergantung kepada niat seseorang. Sekurang-kurangnya bumi Tanah Melayu ini tidak lagi bermandikan darah membunuh manusia seagama kerana habuan duniawi. Malaya aman dan negeri-negeri mula bersatu walaupun di bawah kerajaan kaffir yang sesat Barat.

Kali ini, kita terokai garis masa tahap kedua yang begitu mencabar, mengguris jiwa dan perasaan serta keimanan. Zaman yang penuh keperitan, penyiksaan dan nyawa begitu murah nilainya. Hilang sudah kemanusiaan, bermaharaja lela sifat kebinatangan dalam diri. Kita dipaksa dan terpaksa memilih siapa teman siapa lawan. Ditelan mati emak, diluah mati bapa.
Ramai yang tersalah pilih, tetapi majoriti memilih jalan Allah dan Rasulnya, iaitu Islam.

A. ERA PENDUDUKAN JEPUN  (1942-1945)
Semasa Perang Dunia Kedua, bermula 1942 sehingga 1945. lebih tepat lagi, tiga tahun lapan bulan. Ketika itu, Jepun menakluk sebahagian besar Asia termasuk Malaya. Dengan propaganda  'Asia untuk Asia'. satu demi satu penjajah dihalau keluar sehingga membuka mata rakyat Asia yang memandang tinggi bekas tuan penjajah mereka. Barulah mereka tahu kekuatan penjajah hanyalah pada tipu muslihat melalui 'dasar pecah dan perintah' dan pertunjukan kekuatan militer tanpa semangat juang. Rata-rata umat manusia  di Asia marah dan rasa dikhianati apabila British, Belanda dan Perancis lari lintang pukang meninggalkan mereka bersendirian, pulang ke Eropah. Kini mereka di bawah kawalan penjajah baru, yang lebih garang dan ganas walaupun lebih pendek. Kalau dahulu mereka terpaksa memandang tinggi bekas tuan berkulit putih dan berhidung tinggi , kini mereka terpaksa menunduk hormat kepada tuan baharu berkulit kuning, bermata sepet.
Kehidupan begitu menyempitkan. Kita terpecah tiga.  Kaum Cina yang begitu dibenci tentera Jepun lari ke hutan mengangkat senjata. Bangsa Melayu dan India agak bernasib baik. Layanan diberi mesra walaupun tegas. Mereka pasrah menerima Jepun sebagai tuan yang baharu. Akur dan taat segala perintahnya. Sama sahaja bagi mereka. Inggeris atau Jepun. Mereka berkecuali. Golongan ketiga merupakan mereka yang dahulunya begitu membenci Inggeris dan mahukan kemerdekaan. Golongan inilah yang diangkat tentera imperial Jepun (IJA) sebagai pembantu dan mata-mata mereka.

Atok tidak berniat hendak membincangkan secara terperinci kehidupan ketika itu. Terlalu banyak bahan bacaan dan buku-buku sejarah tentang itu. Atok pun pernah menulis beberapa entri tentang keperitan hidup ketika itu. Bacalah entri-entri di bawah ini:
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2017/09/operation-zipperkembalinya-tentera.html
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2015/05/kisah-kempeitai-dan-toshiba-di-tpg.html
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2015/02/kisah-jepun-pesta-dan-mandi-safar-di.html
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2013/06/kisah-kisah-zaman-jepun.html

Cuma kali ini Atok nak fokuskan keadaan huru hara ketika Jepun menyerah kalah dan M.P.A.J.A atau Komunis Bintang Tiga yang bermaharaja lela memburu dan membunuh sesiapa sahaja yang pernah menentang mereka serta membantu dan menyokong Jepun. Tindakan mereka lebih bersifat membalas dendam tanpa mempedulikan etika peperangan sebagaimana tertera dalam Konvensyen Geneva. Baik tentera Jepun, mahupun  Bintang Tiga, mereka terus membunuh musuh-musuh mereka. Rakyat awam tersepit. Polis tidak lagi dapat mengawal keadaan.  Masing-masing menjaga diri masing-masing. Malaya menjadi lawless nation:    

Tentera Jepun di ambang kekalahan. Mereka seakan mengerti nasib yang bakal menimpa mereka, terutama panglima-panglima perangnya yang menyedari mereka akan ditangkap dan dibicarakan. Hanya satu sahaja keputusan dengan dua kemungkinan yang bakal diterima, BERSALAH! bererti sama ada digantung atau ditembak ATAU dipenjarakan bagi tempoh yang panjang. Sebagaimana tentera Nazi di Eropah, Jepun juga mempunyai pelan terakhir yang dipanggil 'The Final Solution' mereka sendiri:
(Maaflah....cerita dalam Bahasa Inggeris)

For the average civilian, the Japanese occupation represented “abnormal times.” Abnormal, according to prosecutor S.K. Bannerji, because those in authority “exercised an absolute discretion over the lives and property of the civilian residents and more often than not, this discretion was exercised to the fullest possible extent and in the most arbitrary manner.” The sense of abnormality was magnified by the actions of the kempeitai military police who had unlimited powers to arrest, torture and mete out summary judgement. Whether the purported infringements were valid or speculative, no one was above suspicion. Outside the physical threat to life and limb, and perhaps even more dire, was the threat of being randomly targeted.

In 1945, as the tide of war began turning against the Japanese, there was a corresponding escalation in atrocities. The highly-charged atmosphere bordered on paranoia; any whiff of dissent or suspected infraction was met with swift reprisals. Civilians careless enough to let slip that a future Allied victory was imminent were accused of spreading propaganda and summarily disposed of. Repressive measures were stepped up to tighten security and maintain control. In Kampar town for example 40 to 45 “beggars” – most likely displaced persons or refugees – were trucked to the outskirts in early 1945 and shot; in May, several Chinese teens suspected of theft were executed without trial; in June, Chinese farmers who were clearing jungle foliage without obtaining prior permission were machine-gunned on site; that same month, a Malay man, Ali Zaman, was executed for “blasphemy” against the emperor; and in August, six pork sellers and several others were rounded up in the town market for “spreading communist propaganda” and shot.

From mid-1945 onwards, there were concerted efforts at eliminating witnesses and destroying evidence. Captain Harada Kensei testified that in preparation for imminent Allied landings, the Jesselton kempeitai had received the order to implement the “Third War Plan.” This, he said, involved “clearing out all elements detrimental to the peace,” including blacklisted persons and suspects in custody.  The existence of a ‘Third War Plan’ has not been raised in any known academic discourse on the Japanese occupation nor did any other accused mention it. Nevertheless, it is clear that ‘clearing out’ activities accelerated during this time.

Elimination operations continued even after the Japanese surrender on 15 August. Between late August and early September 1945, the cells at Kampar police station were emptied out. Malay constables testified that the Chinese prisoners were shot in batches in the neighbouring hills. On 5 September in Melaka, 14 Chinese civilians were arrested from among 50 who had gathered at the Overseas Chinese Association building. They were spirited away to a remote island where they were bayoneted and thrown down a well. Having heard of the Japanese surrender, they had gathered to discuss future plans for the community. While the atrocities described in some detail above are not exhaustive, these multiple accounts, it is hoped, convey in some limited measure the destitution and degradation unleashed during the occupation. Wives were left to dig for the bones of their husbands on the beach;[66] fathers fished their sons’ bodies out of rivers; while strangers disposed the corpses of unknown dead. Meanwhile, profiteers flourished in the black market, women canoodled with Japanese officers at dance halls, desperate mothers scavenged for food, and scores of orphaned feral children roamed the streets, even as informants exchanged accusations for favours.
Such abnormal times were made possible by the undercurrent of chronic terror which ran beneath the surface of normal living. In maintaining a violent hegemony, the Japanese administration was aided by local Chinese, Malay, Indian and Eurasian auxiliary policemen, translators, jailers, mortuary hands, doctors, sub-wardens – and the list is large for those who made up the cogs of the occupation machinery – who, while often reluctant, were obsequious servants. Many felt fear and in turn perpetuated fear. The participation of collaborators, as the historian Timothy Brook has pointed out, allows for the narrative of atrocity in war to be normalised. Those in Japanese employ inadvertently legitimised and maintained the Japanese system of terror.

note:
Caught inr Banting.....
War Criminal Court....WO235/873: Trial of Sgt. Maj. Tanaka Hideo, Raub, 18 July 1946, TNA; Raid on Cho residence, Brinchang, in June 1945, WO235/866, TNA.
Tentera Jepun selepas menyerah kalah kepada Tentera Berikat di Malaya





 Gambaran keadaan huru hara di Telok Datoh akibat tindak tanduk Bintang Tiga di penghujung perang, menantikan kepulangan Tentera Berikat ke Malaya masa itu dinyatakan dalam penulisan berikut:



Walaupun British mengambil kembali jajahannya di Malaya, Singapura dan Borneo, namun maruah dan kekuatannya lemah. Maklumlah baharu lepas perang. Tambahan pula maruah mereka sudah tercemar. Suara menuntut kemerdekaan terdengar di sana sini.
Mereka mengubah strategi. Tanah-tanah jajahan mula dianggap rakan, bukan lagi 'hamba'. Politik mereka licik dan mesra rakyat demi kelangsungan hidup mereka sendiri. Anak-anak negeri mula diberi tempat di peringkat tinggi pentadbiran, hal ehwal masyarakat bawahan mula diambil perhatian.

Suara kemerdekaan yang meruap-ruap dapat disejukkan seketika. Mereka membeli masa walaupun pada hakikatnya akan tiba masanya mereka membebaskan jajahan mereka. Mereka membentuk Commonwealth.  Dulu Jajahan, kini sebagai rakan. Yang penting hasil mahsul bekas negara jajahan takluknya perlu berterusan bekalannya ke negara Opah Queen.

Tapi tak semua bersetuju. Bintang Tiga, API dan PETIR mahukan kemerdekaan segera, sama ada sukarela atau paksarela. UMNO dan yang lainnya mahukan kemerdekaan
bertransisi atau sistematik. British akur dengan kehendak rakyat yang mahu merdeka secara aman. 10 tahun lagi katanya.
TIDAK! kata komunis. Maka, kekerasan yang diguna, kekerasan jugalah yang dirasakan. Rasa aman hanyalah 2 tahun terdahulu, keperitannya selama 12 tahun terkemudian.

B. ERA DARURAT  (1948-1960)
Bermulalah Darurat. Perang antara Tentera British di Malaya dan Parti Komunis Malaya. Perang kerana kemahuan serta nafsu PKM untuk mengambil alih tampuk kekuasaan di Malaya serta menegakkan sebuah republik komunis yang condong kepada negara China, tanpa mempedulikan sensitiviti rakyat pribumi Melayu. Maka perang antara ideologi, antara kaum dan antara agama ini meruntun perpaduan, toleransi, diplomasi, sensitiviti serta mencabar ketuanan Melayu. Tidak pula ini disamakan dengan perang saudara. Semua kaum terheret sama. Ada Melayu, Cina dan India yang berjuang bersama PKM atas alasan menentang musuh yang sama, Inggeris. Majoriti memilih  untuk menyebelahi bersama Inggeris, termasuk Melayu, Cina dan India. Mereka benci akan kekejaman Bintang Tiga ketika 14 hari bermaharajlela ketika Inggeris tiada. Kerajaan bersultan perlu dipertahankan, bahkan wajib mereka berjihad menentang komunis yang tidak mempercayai Tuhan itu.

PKM mempunyai anggota-anggota  yang dinamakan Min Yuen. Yang menyamar menjadi orang awam di sekolah, pejabat kerajaan, tauke kedai, jiran sebelah rumah Mereka ini mata dan telinga Chin Peng. Penyampai maklumat, cerita. Dan pemeras ugut yang menyamun duit untuk diberi pada Chin Peng.Pada mata Chin Peng, mana-mana orang di Tanah Melayu yang tak berkerjasama dengan PKM dianggap pengkhianat. Bunuh sahaja mereka ini!

Apa sahaja kepunyaan British, maka dibakar semuanya. Ladang, kilang, bangunan semuanya hangus...Tetapi apabila Balai Polis Bukit Kepong dibakar dan anggota polis dibunuh. maka tahap kesabaran rakyat terutamanya orang Melayu tercabar!
Komunis, musuh bangsa dan musuh agama dikejar dan dicari. Nasionalisme kini bertukar jihad fisabilillah.
Banting dan seluruh Kuala Langat tidak terkecuali.
Seluruh Kuala Langat diisytihar darurat, kawasan hitam. Penduduk di 40 buah kampung besar di dalamnya kini disekat pergerakan. Kegiatan ekonomi rakyat miskin yang bergantung harap pada getah, kopi, kelapa dan ikan kini terhenti macam PKP. Yang ingkar darurat, ditembak mati. Siang mencari rezeki tapi malam harus di rumah dan dipadamkan api (pelita). Hidup seolah kembali ke zaman Jepun.

Rancangan Briggs dilaksanakan untuk menyekat bekalan makanan, wang, ubatan dan maklumat diberikan kepada PKM. Sekatan jalan raya dijalankan. Penggunaan kad pengenalan diwajibkan. Catuan makanan untuk setiap keluarga. Penempatan semula orang-orang Cina ke kampung-kampung Baru. Kampung ini dikawal ketat bagi menghalang penyaluran maklumat dan makanan kepada pihak Komunis, musuh negara.

Kehidupan rakyat di Kuala Langat kembali ceria pada 5 Disember tahun 1954 apabila daerah ini diisytiharkan kawasan putih iaitu selamat daripada ancaman komunis, namun pergerakan anasir subversifnya masih ada dan bergerak aktif secara bersembunyi sehinggalah dekad 70-an.

Kisah tragis rakyat menentang komunis ada Atok abadikan dalam entri di bawah:
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2013/06/telokkuala-langat-dan-klang-masa.html

C. ASPEK KESELAMATAN KETIKA ERA PERANG JEPUN DAN DARURAT (1942-1960)
Balai polis di Kuala Langat ketika itu tinggal 3 buah yang berfungsi dan  masih wujud. 2 buah balai polis  baharu  didirikan ketika zaman Darurat. Pada penghujung tahun 1950-an, Kuala Langat mempunyai 5 buah balai polis.

1. Balai Polis Telok Datoh
Polis Tentera Jepun mengambil alih balai ini dan dibantu oleh anggota dari pelbagai bangsa untuk meneruskan kekejaman mereka:

In maintaining a violent hegemony, the Japanese administration was aided by local Chinese, Malay, Indian and Eurasian auxiliary policemen, translators, jailers, mortuary hands, doctors, sub-wardens – and the list is large for those who made up the cogs of the occupation machinery – who, while often reluctant, were obsequious servants. Many felt fear and in turn perpetuated fear. The participation of collaborators, as the historian Timothy Brook has pointed out, allows for the narrative of atrocity in war to be normalised. Those in Japanese employ inadvertently legitimised and maintained the Japanese system of terror. 

Atok tak pasti sama ada polis  masa zaman British diberhentikan kerja atau diambil semula sebagai polis masa Jepun. Mungkin juga Tidak! Ramai lagi Melayu yang benci akan Inggeris dan mahu membantu Jepun.
Setelah Jepun kalah, Balai ini beroperasi seperti sebelum  perang meletus, pegawai dan anggota lama dikerah kembali untuk mengawal keselamatan dan keamanan Kuala Langat.

Ketika Darurat, Balai polis ini mengawal ketat Banting dan Kuala Langat.  Balai Polis Telok Datoh menggerakkan anggotanya. Seluruh kawasan pekan Banting dipasang kawad berduri. Anggota tentera juga tiba berkawal. Pada waktu malam, semua lampu dipadam. Hanya kedengaran bunyi derap kasut serta kenderaan dan trak polis dan askar. Pintu masuk dari arah jambatan dan Jugra juga Morib dikawal ketat. Basikal, motosikal, kereta dan jentera diperiksa untuk elakkan penyeludupan kepada pengganas. Agen-agen komunis mula  terasa panas. Mereka diawas dan dibanteras, disiasat dan disiat-siat.

Juga mana-mana anggota polis yang tewas akan dibawa ke sini terlebih dahulu sebelum dihantar pulang ke kampung halaman untuk urusan pengkebumian. Begitu juga mana-mana anggota komunis yang mati ditembak akan dipamerkan di hadapan balai ini untuk tujuan pengecaman oleh orang ramai dan  waris terdekat.

Suatu hari awal pagi Ahad, 6 Julai 1952, bersama-sama dengan bantuan tentera asing, Scotland dan Fiji, anggota polis menggempur  sarang persembunyian PKM bahagian Selatan Selangor, dari Kuala Langat, Sepang dan Kajang di Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Mayat pemimpin komunis terkenal, Liew Kon Kim, perempuan simpanannya Ah Ying dan seorang lagi , Kong Fah dihantar ke Balai ini, kemudian dipamerkan di  hadapan balai Balai Polis  ini sebelum dipamerkan pula di Balai polis Jenjarom dan Balai Polis  Tanjong Sepat.
Selepas 3 hari, mayat-mayat tersebut dikebumikan.

2. Balai Polis Banting
Ketika perang, balai ini masih berfungsi seperti dahulu, cuma kali ini agak pelik...pelik sesangat. Setiap kali Jepun memenggal kepala musuhnya yang menjadi spy bagi pihak MPAJA, kepala mereka akan dipamerkan di simpang jalan  berhampiran balai ini untuk tayangan umum dan pengajaran  nasib mereka yang menentang Jepun.

Untuk ke Banting dari Telok Datoh, sebuah jambatan kayu dibina oleh Jepun menggantikan jambatan besi yang diletupkan oleh tentera British ketika berundur ke selatan.

3. Balai Polis Batu Laut
Tidak banyak maklumat tentang balai ini ketika era Jepun tetapi masih beroperasi.
Namun, Semasa Zaman Darurat,  Kampung Batu Laut telah diisytiharkan sebagai 'kawasan hitam' seperti juga beberapa kawasan yang lain di seluruh negara. pihak berkuasa telah mengarahkan supaya seluruh Kampung Batu Laut dipagar bagi mengelakkan pihak komunis daripada keluar masuk kampong dengan mudah selain mengugut, memeras dan mempengaruhi penduduk kampung. Walau bagaimanapun, usaha ini tidak sepenuhnya dapat mengelak dan menahan pengaruh komunis yang semakin galak dan ganas.

Pada masa yang sama, Pekan batu Laut, balai polis, pejabat pos dan lain-lain jabatan telah ditutup serta merta dengan arahan "Notis Pindah" pada tahun 1952. Walaupun orang-orang Melayu di kampong ini dipercayai tidak dapat dipengaruhi oleh pihak komunis, tetapi demi keselamatan mereka, para penduduk Melayu juga terpaksa dipindahkan ke suatu kawasan yang jauh sedikit dari Pekan Batu Laut iaitu berhampiran dengan Sungai Batu.

Peristiwa ini amat menyayat hati kerana segala keindahan dan kemeriahan Pekan Batu Laut telah musnah. Sejak itu, Pekan dan Kampung Batu Laut tidak lagi menjadi tumpuan utama pentadbiran di kawasan ini dan banyak bangunan-bangunan asal telah musnah dan terbiar sehingga kini..

4. Balai Polis Tanjung Sepat 
Akhirnya keadaan menjadi semakin susah untuk dikawal menyebabkan semua penduduk berbangsa Cina di Kampung Batu Laut terpaksa dipindahkan ke suatu tempat yang diberi nama New Village. Tempat ini ialah di Tanjung Sepat.  Kawalan polis diperhebat. 24/7, setiap detik setiap ketika.

5. Balai Polis Jenjarom 
Kampung-kampung Cina di atas bukit dan pinggir hutan seluruh Kuala Langat dan Sepang dipindahkan ke Kampung Baru Jenjarom. Perkampungan baru terbesar di Kuala Langat. Sebuah balai polis kecil diwujudkan di situ,  di pintu masuk. Seluruh kawasan dikawal, berkawat. Berkekalanlah balai polis itu sehingga kini.

Keratan akhbar dan peristiwa besar berkaitan komunis dalam era ini adalah seperti di bawah:

19 Jun 1947   
Kuala Langat juga tidak terkecuali menerima ancaman subversif terutama di kalangan sasaran masyarakat berbangsa Cina. 
-lanun bersenjata api di Kuaa Jugra melibatkan tongkang menghala ke Singapura. Suspek berbangsa Cina

21 April 1949
-Kejadian lanun bersenjatakan pistol dan pembunuhan 2 nelayan cina di  perairan Jugra dilakukan oleh kumpulan lanun Cina. Rampasan kargo hanyalah berupa ikan kering

20 Februari 1950
-Kejadian pembunuhan 2 orang special constable Melayu, seorang konstabel Bantuan Cina dan seorang awam di Cina di Bukit Changgang, 17 orang Cina telah ditahan polis.

6 November 1951
-Seramai 23 anggota polis special constable ditangkap di beberapa eset di sekitar Banting kerana bersubahat dengan PKM.

9 Disember 1951
-Segerombolan 30 orang komunis  yang menyerang sebuah kampung di Kuala Langat dipatahkan oleh pihak kawalan kampung tersebut. Seorang polis bantuan mati manakala seorang komunis cedera dan dibawa lari oleh rakan mereka

9 Julai 1953
-Seorang gadis Tamil mati disambar buaya ketika  membasuh baju di Sungai Manggis berhampiran Ladang Brooklands

26 Mei 1955
-Seorang kanak-kanak berumur 4 tahun mati ditikam di rumahnya di Telok Panglima Garang. Motif pembunuhan dipercayai dendam kerana ayahnya merupakan pesara kerajaan.

Waduh, panjang betul celoteh Atok kali ini! Benci sungguh Atok terhadap Komunis dan Jepun ini.
Diorang rasa konon dah cukup hebat dengan kekuatan militer. Orang Melayu tetap membenci Inggeris tetapi kerana Inggeris menggunakan tipu muslihat politik, maka dengan kesedaran berpolitik juga orang Melayu berjuang menumbangkan keegoan mereka pada tanggal 31 Ogos 1957.
Melayu pantang dicabar. Tidak berinjak seincipun walau diserang. Ini bumi mulia, tanah tumpah ulama, warisatul anbia. Jihad cara hidup kami. Sekali keris terlucut sarungnya, pasti akan ada yang bermandikan darah. MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA!


Rujukan:

Newspaper Article - 15 Charged In New 'Death Railway' Case, Morning Tribune, 25 July 1946, Page 2
Newspaper Article - Japs Charged With Deaths Of 1,000 Po Ws, The Straits Times, 25 July 1946, Page 5
Newspaper Article - CONDEMNED JAPS ESCAPE FROM PRISON, The Singapore Free Press, 10 August 1946, Page 5
Newspaper Article - Hooded Pirates' Daring Hold-Up, The Straits Times, 2 June 1947, Page 3
Newspaper Article - Gang Held In Piracy Case, The Straits Times, 21 April 1949, Page 5
Newspaper Article - Field Guns Pound Bandit Hideouts, The Straits Times, 23 February 1950, Page 1
Newspaper Article - 10 Years For Bandits Girl Friend, The Straits Times, 27 September 1950, Page 4
Newspaper Article - Terrorist life in the jungle, The Straits Times, 23 February 1951, Page 6
Newspaper Article - 23 'bad area' specials arrested, The Straits Times, 6 November 1951, Page 1
Newspaper Article - PRO-BANDIT VILLAGE IS WIPED OUT, The Straits Times, 13 November 1951, Page 7
Newspaper Article - New food attack on Kajang gang, The Straits Times, 22 October 1952, Page 4
Newspaper Article - 27 suspected Red helpers held in big screening, The Straits Times, 20 February 1953, Page 5
Newspaper Article - Hunting party saves injured aborigine, The Straits Times, 15 July 1953, Page 4
Newspaper Article - New move to cut off Reds' food supplies, The Straits Times, 20 December 1954, Page 1
Newspaper Article - THREE FENCES IN MALAYA _, The Straits Times, 16 April 1955, Page 7
Newspaper Article - One man's pluck bad town over, The Straits Times, 17 April 1955, Page 3
Newspaper Article - Boy of 4 slain, The Straits Times, 26 May 1955, Page 7
Newspaper Article - Citizens who didn't wait, The Straits Times, 5 July 1956, Page 6
Newspaper Article - Habis gelap Banting kembali teran, Berita Harian, 13 February 1958, Page 4



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Rumah Rehat dan Halting Bungalow di daerah Kuala Pilah

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat Blog Atok ini. Selawat dan salam buat Junjungan Besar kita Saidina Muhammad ibni Abdullah, na...