Sabtu, 2 April 2022

KUALA LANGAT TERBAKAR! 20 PERISTIWA YANG MENGGEMPARKAN ...

Salam buat semua. Apa khabar anak cucu Atok sekalian? Semoga bertambah kemuliaan dan ketakwaan kita setiap hari. Semoga juga bertambah keberkatan dalam kehidupan kita seharian. TAK KAYA TAK APA, JANJI BERKAT! HAHAHA....

So, hari ini Atok ada entri baharu yang mungkin menarik perhatian korang. Benda dah lama berlaku tetapi elok juga dikenang-kenang supaya kita tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang sama; takut berlaku kemalangan yang lebih tragis, lebih-lebih lagi melibatkan nyawa dan jiwa raga orang-orang yang tersayang. Jangan salahkan takdir jika kita yang punca angkaranya! Kecuaian, kealpaan, memandang remeh atau ringan punca tragedi. Api ini kecil jadi kawan, bila dah besar kita tak terlawan. Utamakan Keselamatan.

So, kali ini Atok nak bawa korang balik ke Kuala Langat zaman  atok nenek moyang korang masih muda belia. Korang bacalah cerita mala petaka bala bencana berupa kebakaran yang pernah marak dan menjilat-jilat daerah kita tercinta ini. Tapi Atok nak beritahulah kat korang bahawa bukan semua jenis kebakaran yang berlaku Atok masukkan. Cuma berita-berita yang keluar surat khabar dan melibatkan premis, atau bangunan awam; yang mana kebakarannya melibatkan ramai mangsa, sama ada kehilangan nyawa, pekerjaan, harta benda dan wang ringgit. Kebakaran yang melibatkan kenderaan dan rumah individu tidak Atok masukkan walaupun ada keluar surat khabar. Banyak sangat!  Korang bacalah laporan-laporan yang ditulis itu. Kalau ada yang korang tak faham, kabur atau tak ada butirannya, pandai-pandailah korang, nak google ke nak panggil sesiapa yang reti Bahasa Inggeris ke, Atok serahkan kat korang semula.

Kita mulakan dahulu dengan yang terdahulu  ya, baru yang terkemudian. Begini kisahnya....

1. JUGRA, 9 OGOS 1882




Tajuk:1. ATTEMPT OF FIRE WAS MADE BY SOME PRISONER PERSON UNKNOWN. 2. THE FIRE WAS SAMED BY A LOT OF DRIED FLOWER SHEATHS. 3. SHOWING THAT THERE WAS BILL LITTLE WIND. 4. REQUESTING ON ADDITION OF ONE CORPORAL & THREE CONSTABLES RE: 5. FIRES AT LANGAT. 6. THE
Deskripsi:KEBAKARAN YANG CUBA DILAKUKAN OLEH SEORANG YANG TIDAK DIKENALI. SURAT BAHASA INGGERIS HAWLEY, JOHN E.; SYERS, H.C.
No Penerimaan:1957/0001940W
Media Asal:FAIL
Subjek:DOKUMEN
Sumber:SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, PEJABAT
Tarikh:09/08/1882


2. JUGRA, 20 APRIL 1885


Tajuk:REPORT OF FIRE AT THE TOWN OF JUGRA ETC.
Deskripsi:LAPORAN KEBAKARAN DI PEKAN JUGRA OLEH COLLECTOR LANGAT LAPORAN; MEMO BAHASA INGGERIS SYERS, H.C.; CAMPBELL, J.A.G.
No Penerimaan:1957/0004137W
Media Asal:FAIL
Subjek:DOKUMEN
Sumber:SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, PEJABAT
Tarikh:20/04/1885



3. BANTING, 9 JANUARI 1929








4. BANTING,  8 NOVEMBER 1974

                                         



5. TELOK PANGLIMA GARANG 28 MAC 2005

Isnin, 28 Mac 2005....Telok Terbakar!!















6. PULAU CAREY, 24 MEI 2014

Kapal Tangki Terbakar Di Jeti Pulau Carey

KUALA LANGAT: Dua kru sebuah kapal tangki 'Hai Lee 5' yang membawa muatan minyak hitam cedera ringan selepas bahagian depan kapal itu terbakar dalam kejadian di Jeti Pulau Carey di sini, malam tadi (23 Mei).

Dalam kejadian pukul 7.06 malam itu, empat lagi kru kapal tidak mengalami sebarang kecederaan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada kotak fius dan pendawaian di dalam kapal itu. Beliau berkata ketika kejadian, enam kru warga Indonesia berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun berada di atas kapal.

"Bomba menerima panggilan kira-kira pukul 7.06 malam dan jentera pertama tiba pada 7.42 malam. Kebakaran berjaya dipadamkan oleh kru kapal lain yang berada berhampiran menggunakan empat unit alat pemadam api jenis 'dry powder'," katanya ketika dihubungi.

Mohd Sani berkata kru kapal yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatkan rawatan.


7. BANTING, 6 MEI 2015

Tiga kedai terbakar

Oleh Fuad Hadinata Yaacob 
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2015



Banting: Tiga deretan kedai hampir musnah dalam kebakaran kira-kira jam 1 pagi tadi di Jalan Sultan Abdul Samad, dekat sini.

Kebakaran itu membabitkan kedai buku dan percetakan, kedai kasut serta pakaian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.02 pagi dan tiba di lokasi empat minit kemudian.

Menurutnya, dua kedai yang terletak bersebelahan berjaya diselamatkan.

"Kebakaran ini memusnahkan 90 peratus kedai buku dan percetakan, 80 peratus kedai kasut dan 50 peratus kedai pakaian.

"Api berjaya dikawal pada 1.30 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada 3.50 pagi," katanya.

Katanya, tiada mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Beliau berkata, operasi itu membabitkan 18 anggota dan pegawai dari Banting, Andalas serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, nilai kerugian dan punca kejadian masih disiasat.


8. BANTING, 7 JANUARI 2017

Lapan kedai di Banting musnah terbakar
PreviousNext

KEBAKARAN  membabitkan  8 buah  kedai  dua  tingkat  di hadapan  pejabat  pos  lama  jalan  Sultan  Alam  Shah. - Foto Ihsan  Bomba
KEBAKARAN membabitkan 8 buah kedai dua tingkat di hadapan pejabat pos lama jalan Sultan Alam Shah. - Foto Ihsan Bomba


BANTING: Lapan kedai dua tingkat di Jalan Sultan Alam Shah di sini, antaranya restoran dan barangan elektrik, musnah dalam satu kebakaran, pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.40 pagi sebelum 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting; BBP Sepang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bergegas ke lokasi. Beliau berkata, api marak dengan cepat berikutan ada antara kedai terbabit dibina daripada kayu. 

"Bagaimanapun api dapat dikawal pada jam 9.45 pagi tadi. Ketika ini siasatan masih dilakukan di lokasi kejadian untuk mengenal pasti punca dan anggaran kerugian," katanya.



9. TELOK PANGLIMA GARANG, 27 OGOS 2018

Kantin SK Telok Panglima Garang terbakar 

Banting: “Saya terlihat api di bahagian dapur kantin sekolah berkenaan disusuli beberapa bunyi letupan kuat. Saya kemudian segera menghubungi bomba berikutan api marak dengan cepat,” kata pengawal di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Panglima Garang, Hanapiah Jaafar, 53.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi semalam, 70 peratus kantin sekolah itu terbakar. Hanapiah berkata, dia berada di pondok pengawal kantin sekolah berkenaan ketika kejadian.

KEADAAN kantin Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang  yang musnah dalam kebakaran,  pagi semalam.
KEADAAN kantin Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang yang musnah dalam kebakaran, pagi semalam.

“Nasib baik kejadian berlaku ketika waktu awal pagi dan kebetulan pula pada waktu cuti sekolah,” katanya.

Difahamkan, sekolah itu dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 16 Ogos 1975 ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelajaran.

Dalam pada itu, pengusaha kantin, Nor Haizan Mahadi, 39, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu jam 7.30 pagi semalam.


10.  SIJANGKANG, 2 JANUARI 2019

Klinik desa musnah terbakar

Sebuah klinik desa musnah dalam kebakaran di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, dekat Kuala Langat, malam ini. - Foto ihsan Pembaca
Sebuah klinik desa musnah dalam kebakaran di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, dekat Kuala Langat, malam ini. - Foto ihsan Pembaca
KUALA LANGAT: Sebuah klinik desa musnah dalam kebakaran di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, dekat sini, malam ini. Kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. Ketua Balai Bomba Telok Panglima Garang, Mohd Hafizie Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.34 malam sebelum mengerahkan anggota bomba ke kawasan kejadian.

"Tiada mangsa tercedera atau terkorban dalam kebakaran di klinik ini yang dikhususkan untuk ibu mengandung.

"Penghuni kuarters berdekatan tempat kejadian juga sempat keluar menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati klinik itu tidak beroperasi ketika insiden berlaku. 
Katanya, pihak forensik masih di tempat kejadian untuk mengumpul bukti bagi mengenal pasti punca kebakaran.

“Klinik itu adalah bangunan jenis Kelas C, ia terbakar 100 peratus. 

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Panglima Garang, BBP Pelabuhan Klang dan BBP Banting terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
11.  TELOK PANGLIMA GARANG, 17 OKTOBER 2019

Stor kilang plastik terbakar

AHMAD ISMADI ISMAIL | | 17 Oktober 2019


KLANG – Sebuah stor kilang plastik di kawasan perusahaan Telok Panglima Garang di sini musnah dalam kebakaran tadi. Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba, mereka telah menerima panggilan kecemasan pada jam 4.54 petang. Seramai 21 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang, Pelabuhan Klang dan Banting bergegas ke lokasi kejadian. Laporan awal kebakaran melibatkan sebuah stor kilang berkenaan yang berkeluasan 100 x 200 kaki persegi telah terbakar 80 peratus. Sehingga jam 6 petang tadi, operasi memadam kebakaran masih giat dilaksanakan. 
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.



12.  KUALA LANGAT UTARA, 20 APRIL 2020

80 hektar hutan simpan Kuala Langat terbakar

KEBAKARAN hutan dianggarkan 50 hektar di kompartmen 21 Hutan Siimpan Kuala Langat Selatan. NSTP/Ihsan UPBN
KEBAKARAN hutan dianggarkan 50 hektar di kompartmen 21 Hutan Siimpan Kuala Langat Selatan. NSTP/Ihsan UPBN

KUALA LANGAT: Kerajaan Negeri Selangor akan memohon bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk melakukan pengeboman air menggunakan pesawat Bombardier CL-415 bagi mempercepatkan kerja pemadaman kebakaran di Kompartment 21 Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di sini.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hee Loy Sian, berkata ini kerana kebakaran yang mula dikesan pada Jumaat lalu kini merebak sehingga seluas 80 hektar berikutan cuaca panas, kering dan berangin.

“Hutan yang terbakar ini tidak mempunyai jalan masuk dan sumber air. Bagaimanapun kita sudah menempatkan dua jentolak untuk membuka jalan supaya pasukan bomba dan agensi berkaitan dapat masuk ke kawasan kebakaran.

“Kerajaan negeri juga mengaktifkan sebuah telaga tiub kira-kira 1.5 kilometer daripada kawasan kebakaran untuk digunakan dalam kerja pemadaman api,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kebakaran hutan simpan berkenaan di sini, hari ini.

13. BANTING, 19 JULAI 2020
Surau Al-Firdaus di Taman Banting Baru hangus terbakar
0
1111
Bahagian dalam surau yang hangus terbakar

CYBERJAYA – Surau Al-Firdaus di Taman Banting Baru terbakar hangus dalam satu kejadian kira-kira pukul 3 petang tadi.

Menurut Pengerusi surau tersebut, Redzuan Nahar, kebakaran tersebut menyebabkan keseluruhan kawasan dalam surau tersebut musnah terbakar.


Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian kebakaran itu.

“Kebakaran tersebut berjaya dikawal oleh pasukan bomba yang tiba sejurus selepas itu.

“Pada masa ini, kami sangat-sangat mengalu-alukan sumbangan orang ramai demi meringankan bebanan yang ditanggung berikutan keadaan surau yang hangus terbakar,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Bahagian siling surau turut mengalami kerosakan teruk

Redzuan berkata, sumbangan tersebut boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Surau Al-Firdaus Taman Banting Baru, 12074010041185.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi beliau sendiri di talian 013-2783239 atau setiausaha surau, Hasmi Hassan (013-5011715) atau bendahari surau Khairul (016-2514648)

“Segala sumbangan orang ramai didahului dengan jazakumullahu khairan kathiran. Moga sumbangan ini antara asbab untuk ke syurga Allah nanti,” ujarnya.-MT

14.  BANTING, 4 OGOS 2020

Asrama perempuan MITS Kuala Langat terbakar

Bernama
Asrama perempuan MITS Kuala Langat terbakar
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi satu minit menunjukkan kejadian kebakaran asrama pelajar perempuan berkenaan. - Sekadar gambar hiasan
Seramai 131 pelajar perempuan terselamat dalam kejadian kebakaran di tingkat tiga bangunan asrama Mahaad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Kuala Langat, Banting dekat sini awal pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata 27 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, Telok Panglima Garang, KLIA, Pelabuhan Klang serta Seksyen 7 bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.49 pagi.Beliau berkata kebakaran itu menyebabkan 40 peratus atau kawasan seluas 30x100 kaki persegi asrama pelajar perempuan itu musnah dalam kejadian berkenaan.
"Kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 6.24 pagi dan kerja-kerja 'overhaul' sedang dijalankan. Kesemua 131 pelajar perempuan yang menghuni asrama tersebut berjaya dikumpukan di lokasi selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
15.  MORIB, 10 JANUARI 2021
Terbakar atau dibakar?
Kebakaran di sebuah gereja di Morib. FOTO ihsan JBPM
Kebakaran di sebuah gereja di Morib. FOTO ihsan JBPM

Kuala Langat: Sebuah gereja di Morib di sini, 80 peratus terbakar dalam kebakaran yang dilaporkan berlaku malam ini. Malah sebelum kebakaran itu, pihak gereja mendakwa premis berkenaan dimasuki pencuri yang dikatakan melarikan kabel elektrik. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyemalat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, bomba tiba ke lokasi kejadian di Banting Mar Thoma Syrian Church pada 7.45 malam, sebaik menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati kebakaran membabitkan sebuah gereja jenis bangunan kelas A dan bomba berjaya mengawal kebakaran itu. Tiada mangsa terbabit kerana ketika kejadian gereja sudah ditutup.

"Individu terakhir meninggalkan gereja adalah penjaga bangunan pada 7 malam. Dia bersama polis kerana ada kes kecurian kabel elektrik di gereja itu sebelum berlaku kebakaran," katanya ketika dihubungi. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman ketika dihubungi mengesahkan kedua-duanya kejadian itu.

"Menurut kenyataan awal pihak gereja, terdapat kecurian kabel elektrik di gereja berkenaan sebelum kebakaran berlaku.

"Siasatan lanjut akan dibuat selepas pihak bomba selesai menyiasat punca sebenar kebakaran," katanya.

Ditanya sama ada individu sama yang membakar dan mencuri kabel elektrik itu katanya, siasatan polis masih berjalan dengan bantuan pasukan forensik bomba.

"Polis sedang menunggu pihak forensik bomba siasat punca sebenar kebakaran. Apa pun kita akan siasat dari sudut maklumat awal oleh pihak gereja yang mengatakan ada berlaku kecurian kabel eletrik sebelum kebakaran," katanya.


16.  KUALA LANGAT SELATAN, 2 MAC 2021

Lebih 40 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Selatan terbakar
Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di Tanjung Sepat, hari ini. - Foto BERNAMA.
Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di Tanjung Sepat, hari ini. - Foto BERNAMA.

KUALA LANGAT: Kebakaran di kompartment 15 Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di sini yang mula dikesan sejak kelmarin, kini merebak sehingga lebih 40 hektar berikutan cuaca panas, kering dan berangin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis, berkata kerajaan negeri memperoleh bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk melakukan pengeboman air menggunakan pesawat Bombardier CL-415 bagi mempercepatkan kerja pemadaman kebakaran itu.

Katanya penggunaan teknik pengeboman air akan dijalankan petang ini, diyakini mampu mempercepatkan pemadaman antara dua hingga ke tiga minggu daripada jangkaan masa empat sehingga enam minggu sebelum ini.

Beliau berkata, penggunaan pesawat Bombardier CL-415 mendapat kelulusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk diterbangkan hari ini.


17.  KUALA LANGAT UTARA 14 APRIL 2021

BANTING: Setiap kali jarum jam melewati pukul 7 pagi, Tonjoi Pipis pastinya akan bergegas menyiapkan diri untuk masuk ke dalam hutan yang terletak kira-kira satu kilometer dengan menunggang motosikalnya. Beliau tinggal di perkampungan Orang Asli Pulau Kempas yang terletak sekitar 21.5 kilometer dari Pekan Banting. Masa bagi Tonjoi, 51, dari suku kaum Temuan adalah ‘emas’ dan beliau sedikit pun tidak mahu terlambat untuk ke kawasan rayau masyarakat Orang Asli itu kerana ada banyak perkara yang perlu dilakukannya. Di samping bercucuk tanam, beliau masuk hutan bukan setakat mencari sumber rezeki tetapi “lebih daripada itu”.

Bapa kepada tujuh orang anak ini yang juga merupakan Pengerusi Sahabat Hutan Gambut Kuala Langat Utara (SHGKLU) memberitahu Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini, 

“semua yang dilakukan bagi memastikan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) akan terus menjadi warisan generasi Orang Asli masa depan.” 

Sejak tahun 2014 lagi, hampir setiap hari, beliau bersama penduduk kampung bermandikan keringat untuk memulihara dan memelihara hutan ini akibat kebakaran besar yang pernah berlaku sekitar tujuh tahun lalu.

“Rutin kami bermula sekitar pukul 8 pagi sehinggalah lewat petang dengan pelbagai aktiviti pemulihan seperti menanam pokok Tenggek Burung di kawasan terosot, melakukan pemantauan daripada sebarang pencerobohan dan pembakaran serta membina sekatan parit untuk menaikkan paras air dalam tanah gambut di HSKLU.

“Malah, masyarakat di sini juga dididik cara betul memelihara hutan ini dengan baik seperti mengelak melakukan aktiviti berisiko kebakaran. Sebenarnya, proses rehabilitasi hutan ini telah berjaya dan kerana itu kami tidak faham mengapa hutan ini hendak dimusnahkan,” katanya kepada Bernama sambil menambah agensi kerajaan, swasta dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar banyak memberi mereka tunjuk ajar bagi memelihara dan memulihara hutan.

Semuanya demi ‘survival’ HSKLU, untuk menjamin kelangsungan hutan yang bukan sahaja warisan nenek moyang mereka tetapi juga adalah “paru-paru hijau” terakhir di selatan Selangor.

Justeru, beliau dan penduduk kampung berdekatan terkejut apabila mendapat berita kerajaan negeri Selangor bercadang untuk menyahwartakan status HSKLU bagi tujuan projek pembangunan bercampur. Bagi beliau dan penduduk kampung yang lain, sukar sekali untuk menerima alasan bahawa 40 peratus kawasan hutan (HSKLU) sudah tidak lagi mempunyai elemen hutan dara selain kebakaran yang kerap berlaku.

Kebakaran besar

Diwartakan sejak tahun 1927, hutan paya gambut HSKLU yang terletak di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, Selangor dilaporkan pernah mencatatkan beberapa insiden kebakaran dalam tempoh 10 tahun. Berdasarkan rekod dari tahun 2012 sehingga 2017, kerajaan negeri memaklumkan kawasan hutan di sini telah terbakar seluas 359.60 hektar atau 888.21 ekar yang sekali gus menjadikan sebanyak 30 hingga 40 peratus daripada keseluruhan HSKLU dikatakan mengalami kemerosotan akibat kebakaran berkenaan. Pada tahun 2014 sahaja, satu kebakaran besar dilaporkan berlaku di hutan tersebut, melibatkan kawasan seluas 132 hektar berbanding tahun sebelumnya (2013) hanya sekitar 82 hektar dan 50 hektar, pada tahun 2012. Perangkaan ini adalah berdasarkan Statistik Keluasan (ha) Kebakaran Hutan di dalam HSKLU 2012 hingga 2021, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS). Melihat kepada data tersebut, pastinya situasi ini menimbulkan kebimbangan tentang nasib HSKLU yang asalnya berkeluasan 7,246.96 hektar, dan kini mengecil saiznya kepada sekitar 957.63 hektar sahaja.

Kemerosotan keluasan ini akibat daripada pembangunan pesat di sekeliling hutan berkenaan yang memberi tekanan kepada HSKLU, antaranya projek Gamuda Cove (sebelah selatan), perumahan Saujana Putra (sebelah utara), Leburaya ELITE (sempadan timur) dan ladang Bukit Cheeding (BOH Plantations Sdn Bhd) di sebelah barat laut. Malah, kerajaan negeri juga sebelum ini tidak menafikan bahawa pelbagai aktiviti pembangunan guna tanah yang pesat di sekeliling hutan ini menjadi antara faktor ancaman ke atas pengekalan hutan tersebut.

Bukan halangan

Biarpun berlaku beberapa siri insiden kebakaran di hutan berkenaan namun penduduk kampung serta pihak berkepentingan tidak sekadar berpeluk tubuh dan membiarkan khazanah alam berusia 8,000 tahun ini terbiar begitu sahaja. Apatah lagi, apabila menyedari bahawa HSKLU adalah “paru-paru hijau” terakhir di selatan Selangor. Tambahan, ia masih mempunyai ekosistem hutan paya gambut paling penting serta stabil dalam memainkan peranannya melestarikan alam serta mitigasi pemanasan global untuk kesejahteraan hidupan manusia.

Selain itu, ia masih kaya dengan kepelbagaian flora seperti pokok Meranti Bunga (Shorea Teysmanniana) dan Meranti Bakau (Shorea uliginosa) yang disenaraikan sebagai ‘terancam kritikal’ dan ‘terancam,’ (Critically Endangered and Endangered) di bawah senarai merah tumbuhan Malaysia - Dipterocarpaceae Semenanjung Malaysia. HKSKLU turut menjadi habitat fauna terancam seperti Beruang Matahari, Harimau Kumbang, Harimau Dahan, spesies endemik Tupai Terbang Terkecil (Selangor Pygmy Flying Squirrel) serta ikan laga yang sukar dijumpai iatu Langat Red Fighting Fish.

Justeru dengan bersandarkan keistimewaan itu, pelbagai usaha pemuliharaan dan pemeliharaan giat dijalankan dalam kalangan masyarakat suku kaum Temuan dari tiga buah kampung yang menetap di sekitar barat daya hutan tersebut meliputi Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Bukit Cheeding dan Busut Baru bersama agensi berkaitan serta NGO alam sekitar. Ini termasuklah dengan menubuhkan SHGKLU yang melibatkan orang kampung bagi memastikan langkah pemuliharaan bersama pihak berkepentingan sejak 2014 dapat terus diperkasa dan bukanlah sekadar ‘bermusim’.

Menariknya, usaha pemuliharaan ini yang digemblengkan bersama beberapa agensi kerajaan, swasta, NGO seperti Global Environment Centre (GEC), JPNS, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kuala Langat, BOH Plantations Sdn Bhd, Gamuda Land, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) (Orang Asli/Orang Asal Micro-Grant Facility for Conservation and Livelihood (OA MGF) ini tidaklah hanya melibatkan komuniti dewasa. Usaha gigih ini juga melibatkan golongan kanak-kanak Orang Asli menerusi penubuhan Junior Peatland Forest Ranger Kuala Langat (JPFR) yang memberi tumpuan terhadap penyemaian nilai mencintai alam sekitar serta kepentingan memahami keunikan hutan paya gambut sedari kecil lagi.

Pemulihan berjaya

“Tidak dinafikan, berita itu membuatkan kami rasa seperti sia-sia sahaja usaha selama ini kerana seolah-olah tidak dihargai. Namun ia tidak mematahkan semangat semua penduduk kampung untuk terus terlibat dalam program pemuliharaan berkenaan.

“Malah, usaha pemuliharaan tetap dijalankan setiap hari tanpa henti biarpun sehingga ke hari ini status cadangan penyahwartaan hutan tersebut untuk projek pembangunan bercampur masih lagi menjadi tanda tanya,” kata Tonjoi.

Hakikatnya, kesedihan itu tidak hanya dirasai dalam kalangan komuniti penduduk kampung bahkan juga pihak lain yang turut sama dalam usaha pemuliharaan HSKLU.

Mengulas mengenainya, Pengurus Program Hutan dan Pesisir Pantai, GEC, Nagarajan Rengasamy (HE) berkata kenyataan kerajaan negeri bahawa 40 peratus daripada HSKLU sudah merosot kualiti hutannya ketika ini adalah kurang tepat. Ini kerana, kawasan hutan yang terjejas akibat daripada kebakaran sebelum ini sudah menjalani aktiviti pemulihan dengan penanaman semula lebih daripada 12,000 pokok sejak tahun 2015 lagi. Pokok-pokok berkenaan kini dianggarkan berusia antara empat hingga lima tahun.

“Kenyataan 40 peratus hutan ini adalah terosot sebenarnya wujud pada tahun 2014 dan bukannya sehingga sekarang. Ini berdasarkan laporan perkembangan program pemulihan yang dilaksanakan jelas menunjukkan HSKLU semakin pulih dengan usaha penanaman pokok dan pertumbuhan hutan secara semula jadi.

“Malah, aktiviti penanaman pokok yang melibatkan lebih daripada 20 hektar yang kini dianggarkan telah pun mencapai ketinggian tujuh hingga lapan meter serta pertumbuhan hutan secara semula jadi yang melibatkan lebih daripada 200 hektar di HSKLU yang terosot sekali gus telah membentuk hutan sekunder,“ katanya sambil menambah HSKLU masih lagi mempunyai 60 peratus kawasan hutan dara yang belum lagi terjejas.

Bagi memudahkan urusan penanaman, satu tapak semaian diwujudkan di Kampung Orang Asli Pulau Kempas yang berkeluasan 0.4 ekar. Bukan sebarangan pokok yang boleh ditanam tetapi spesies flora seperti Tenggek Burung (Melicope lunu-ankenda) dan Mahang (Macaranga pruinosa) menjadi pilihan utama kerana sifatnya berdaya tahan dan mampu hidup di kawasan terosot selain kekuatannya beradaptasi terhadap kawasan berair serta berpaya.

Demi ‘survival’ HSKLU

Menariknya, program pemuliharaan ini tidak hanya menyasarkan usaha pemulihan hutan yang terosot. Sebaliknya, ia turut melakukan inisiatif lain khususnya berkaitan dengan langkah mitigasi kebakaran seperti membina 12 sekatan parit dan memasang sembilan (9) unit piezometer sebagai tindakan pengurusan hidrologi HSKLU.

“GEC mengajar teknik sekatan parit kepada ahli SHGKLU. Mereka juga bekerjasama membinanya di kawasan yang berisiko tinggi dan sering berlaku kebakaran. SHGKLU juga perlu sentiasa menyelenggara sekatan parit serta melakukan pemantauan paras air di parit berkenaan menggunakan piezometer.

“Selain itu, lima papan tanda Sistem Risiko Bahaya Kebakaran (FDRS) sebagai sistem amaran awal turut dipasang di kawasan hutan yang kerap berlaku dan terdedah kepada risiko kebakaran,“ katanya.

Bagi menjalankan pemantauan, pasukan rondaan terdiri daripada dua penunggang motosikal ditugaskan menjalankan rondaan sekitar HSKLU sebanyak tiga hingga empat hari seminggu selain memantau melalui menara tinjau bagi meminimumkan risiko berlakunya kebakaran hutan. Semua program pemulihan ini yang diselaraskan berdasarkan pelaksanaan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Selangor 2011-2020 dan Pelan Pengurusan Kebakaran Hutan bagi HSKLU dan HSKLS (Selatan) 2017-2021 terbukti keberkesanannya dengan merujuk kepada Statistik Keluasan (ha) Kebakaran Hutan di dalam HSKLU 2012 - 2021, JPNS.

Berdasarkan laporan tersebut, HSKLU tidak mencatatkan sebarang kebakaran selama lima tahun, selepas langkah mitigasi kebakaran dilaksanakan pada tahun 2014 iaitu pada tahun 2015, 2016, 2018, 2019 dan 2020 Bagaimanapun, dua kebakaran direkodkan pada tahun 2017, melibatkan keluasan 95.6 hektar dan terbaharu awal Mac 2021. Namun begitu, kemarakan api kali ini dapat dikawal daripada terus merebak apabila hanya melibatkan keluasan lima (5) hektar sahaja, hasil daripada keberkesanan langkah pencegahan selain tindakan pemadaman kebakaran yang dilaksanakan, katanya.

Masa depan semua

“Kami percaya kebakaran baru-baru ini adalah disebabkan tindakan manusia tidak bertanggungjawab dan bukannya disebabkan faktor semula jadi. Ini kerana, jalan gravel atau batu kerikil yang terdapat berhampiran dengan kawasan HSKLU terbakar adalah laluan pintas ke Dengkil, Putrajaya dan Cyberjaya.

“Ia digunakan secara aktif penduduk di sana dan ada kemungkinan pengguna yang melalui laluan tersebut terbuang puntung rokok. Itu juga boleh menyebabkan berlakunya kebakaran,” katanya.

Justeru, beliau berkata, sebaiknya laluan masuk ke HSKLU ditutup dengan membina pagar berpalang besi bagi mencegah kemasukan kenderaan orang awam tanpa kebenaran. Langkah berkenaan adalah selain daripada memasang papan tanda HSKLU, sebagai pemberitahuan kepada orang luar bahawa penalti boleh dikenakan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 sekiranya masuk ke HSKLU tanpa kebenaran. Sambil berharap kerajaan negeri Selangor mempertimbangkan kembali cadangan penyahwartaan tersebut, Nagarajan berkata HSKLU bukanlah sekadar menjamin masa depan kehidupan masyarakat Orang Asli di situ

“HSKLU berperanan penting mengekalkan kesejahteraan kehidupan manusia dan keseimbangan alam sekitar.

Ïni termasuk perkhidmatan ekosistem, sistem hidrologi bagi lembangan Sungai Langat, pengawalan banjir, menjadi sumber takungan air serta membantu mitigasi isu pemanasan global dan perubahan iklim, “ tambahnya. -Bernama 


18.   TELOK PANGLIMA GARANG, 1 MEI 2021

Seorang maut, tiga cedera tangki minyak terbakar di Telok Panglima Garang
Bernama
Seorang maut, tiga cedera tangki minyak terbakar di Telok Panglima Garang

Kebakaran itu melibatkan dua tangki minyak mentah di kilang Emery Oleo Chemical di kawasan Industri Telok Panglima Garang hari ini. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM : Seorang lelaki warga Indonesia maut manakala tiga lagi cedera ringan apabila dua tangki minyak mentah terbakar di kilang Emery Oleo Chemical di kawasan Industri Telok Panglima Garang hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.36 petang. 
“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang, Banting dan Andalas bergegas ke lokasi kejadian.  
“Mangsa maut ketika melakukan kerja kimpalan dan akibat letupan, beliau terjatuh dari aras tinggi lebih kurang 10 meter,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata mengikut laporan, kebakaran itu menyaksikan dua tangki minyak mentah terbakar sebanyak 50 peratus dan terletak di kawasan kilang berkeluasan 100x100 kaki persegi.
19. MORIB, 3 MEI 2021

15 kedai di Pantai Morib musnah dijilat api

 

15 kedai di Pantai Morib musnah dijilat api

image

15 buah kedai di Pantai Morib, Selangor terbakar dalam kejadian pada Isnin.

3 Mei 2021 - BANTING - Deretan kedai di Pantai Morib di sini terbakar disyaki akibat litar pintas dalam kejadian pada Isnin. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit selepas menerima panggilan daripada Mers 999 pada jam 2.14 petang.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dan BBP Telok Panglima Garang termasuk dua buah kereta peronda MPV polis dikejarkan ke lokasi.

"Kebakaran itu melibatkan 15 buah kedai dan semasa kejadian hanya dua buah sahaja yang sedang beroperasi," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh dua jam dan keseluruhan kerosakan melibatkan 60 peratus deretan kedai yang meliputi bumbung, barangan elektrik seperti peti ais, mesin tebu, peralatan dapur dan lain-lain.

"Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan berpunca daripada litar pintas," katanya.

* Sumber : SInar harian online

20.  TELOK PANGLIMA GARANG, 29 JUN 2021

Penduduk Telok Panglima Garang Bimbang Kesihatan Bakal Terjejas , Sesak Nafas Hidu Bau Tayar Terbakar

Kosmo 29 Jun 2021



a group of people standing next to a pile of smoke: Hee Loy Sian (kiri) ketika membuat lawatan ke kawasan kebakaran yang membabitkan sisa tayar kitar semula di Telok Panglima Garang, Banting, semalam. - Foto BERNAMA
Hee Loy Sian (kiri) ketika membuat lawatan ke kawasan kebakaran yang membabitkan sisa tayar kitar semula di Telok Panglima Garang, Banting, semalam. - Foto RUJUKAN:





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...