Rabu, 15 November 2023

Sejarah Awal Pendidikan Sekolah Melayu di Selangor

Salam buat Semua. Apa khabar korang? Semoga kita semua senantiasa dalam lindungan Allah SWT daripada azab api neraka, siksa kubur, fitnah kehidupan serta kematian dan fitnah Al Masih Dajjal Laknatullah. Khabarnya tentera Dajjal sedang menggelupur sakarat digempur pahlawan Islam AlQassam di Gaza. Begitulah akan akhirnya bangsa yang sombong, angkuh Yahudi Zionis Israel mengulangi sejarah Firaun dan Namrud. Kemenangan tetap kepada hamba-hambanya yang taat lagi soleh. Janji Allah itu benar.
Kita juga mendapat pahala walaupun tidak turut berjihad berperang bersama penduduk di Gaza. Walaupun sumbangan kita kecil di mata manusia seperti menyatakan sokongan terhadap Palestin, serta mengutuk dan mengecam tindakan kejam Israel di media sosial, memboikot barangan keluaran Yahudi, namun di sisi Allah begitu besar sehingga mengundang keampunan Allah untuk diri kita di sini. Usaha sekecil manapun aan tetap diberikan pahala oleh Allah SWT. Alhamdulilah, boikot oleh Umat Islam di seluruh dunia telah menggoncangkan ekonomi Zionis dan konco-konconya.
Okeylah. Entri Atok kali ini berkenaan Sekolah. Ya, Sekolah. Kata orang zaman persekolahan merupakan masa terindah dalam kehidupan kita. Masa kita belajar tentang liku-liku kehidupan. Masa pertama kali jatuh cinta. Saat julung kali kita berpisah  jauh dengan keluarga kerana tinggal di asrama. Detik-detik kita disayangi rakan, dimarahi guru atas kesalahan kita dan apa jua momen yang meninggalkan nostalgia kepada kita kini. 
Tapi tahukah korang, zaman datuk nenek korang bersekolah dahulupun menyeronokkan, meskipun tiada gajet-gajet canggih, kelas berkipas atau perpustakaan berhawa dingin? Hah, rupanya banyak yang korang tak tahu pasal mereka. Ada pernah korang tanyakan mereka ketika bersekolah dahulu? Betapa perit dan payahnya perjalanan ke sekolah sedangkan mereka pelajar miskin? Ikutilah cerita Atok kali ini. Kita menelusuri kisah datuk dan nenek kita bersekolah. Mungkin dapat kita ambil pengajaran dan iktibar daripada pengkisahan mereka ini. Jom…..

Pengenalan

Perkembangan pendidikan orang Melayu di negara pada peringkat awalnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan sejarah perkembangan dan penyebaran Islam di Tanah Melayu. Kehadiran para pendakwah Arab dan India menyebarkan agama Islam pada abad ke-14 telah membawa bersama satu sistem pendidikan Islam tidak formal di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan pihak kolonial, orang-orang Melayu sebenarnya telah mempunyai bentuk sistem pendidikan mereka sendiri berlandaskan pendidikan agama Islam. Pengajian AlQuran menjadi institusi pendidikan yang penting ketika itu.

Apabila British memerintah dan berkuasa di Selangor, Elit Melayu menuntut dari British hak untuk mendapatkan pendidikan sekolah. Pada mulanya, British menunjukkan keengganan terhadap permintaan tersebut dari golongan elit kerana mereka percaya kesan negatifnya. Akhirnya, kerana tidak dapat menangani tekanan dari elit tempatan, dan mungkin mengambil pelajaran dari pemberontakan 1857 di India,  British menjadi lebih lemah lembut terhadap pendidikan orang Melayu tetapi masih berhati-hati tentang "terlebih-pendidikan," yang mereka telah dihadapi sebelum ini di India.

British bersetuju untuk menawarkan pendidikan kepada golongan elit Melayu. Mereka telah membina dualisme pendidikan bila mana diperkenalkan sistem pendidikan Inggeris untuk kumpulan elit, manakala sekolah Melayu disediakan untuk anak-anak Melayu di kalangan kelas sederhana dan bawahan.

Sekolah Melayu Pengkalan Batu Klang merupakan Sekolah Melayu pertama di Selangor

Pembukaan sekolah Inggeris kepada orang Melayu telah menyebabkan bangsa Melayu berpecah kepada dua golongan. Malah sekolah agama seperti pondok dan madrasah dipinggirkan dalam dasar pendidikan Inggeris. Pendidikan aliran agama Islam terpaksa bersendirian memastikan kelangsungannya di dalam masyarakat Melayu khususnya di kawasan luar bandar dan kampung tradisi Melayu.

Kesediaan Inggeris membentuk masyarakat di negeri -negeri Melayu kepada yang lebih baik mengikut kaca mata Barat sebenarnya lebih banyak berkaitan dengan aktiviti ekonomi. Mereka sebenarnya lebih kepada keperluan bahan mentah dan bukan sangat mahu mengubah masyarakat di tempat yang dijajahnya. Pada peringkat awal tugas Residen British ialah mengembalikan keamanan di negeri-negeri Melayu. Selepas kejayaan itu barulah pendidikan diberikan keutamaan setelah kemudahan asas dibangunkan.

Pendidikan di negeri-negeri Melayu dimulakan apabila adanya Elementary Education Bill of 1870. Matlamat british menyediakan segala kemudahan ini adalah untuk mengekalkan cara hidup tradisional orang Melayu. Pendidikan yang diberikan bertujuan untuk menjadikan anak – anak orang melayu petani dan nelayan lebih baik daripada ibu bapa mereka.

“…Thus the initiation of a system of education had to wait till the more urgent administrative and social service, such as road, railways and bridges, government offices and residencies, hospitals and health centers, had been provided for…

Jelas kepada kita bahawa kolonial British melaksanakan pelajaran dalam kalangan anak-anak Melayu sebagai salah satu cara atau jalan untuk mewujudkan kestabilan politik, mengekalkan status quo orang Melayu, melahirkan pekerja-pekerja rendah dan menghapuskan buta huruf semata-mata.

Usaha British menjadikan negeri Selangor sebagai negeri yang dinaungi ataupun dilindungi telah menyebabkan usaha melaksanakan “Education Act” dijalankan. Dokumen pelajaran seperti Laporan Wooley menyebabkan pelajaran perlu diberikan di mana-mana koloni British.

Selangor Sessional Papers 1888-1905, ada melaporkan bahawa untuk tempoh tahun 1888 hingga 1905, di Selangor hanya dapat didirikan lima buah bangunan sekolah sahaja. Walaupun ada menyebut sembilan buah sekolah namun terdapat kemungkinan sekolah tersebut tidak disediakan bangunan oleh Kolonial British. 

Sambutan masyarakat terhadap system pendidikan British ini pada mulanya amat dingin. Selangor Government Gazette;1892, ada mencatatkan bilangan murid yang hadir ke sekolah yang ditaja oleh Kolonial British di beberapa daerah di Selangor. Boleh dikatakan peratus kehadiran murid-murid ke sekolah pada tahun 1890-an adalah rendah. Pembukaan awal dua buah sekolah di Selangor menunjukkan kadar kedatangan yang begitu rendah. Hal ini dikaitkan dengan sikap orang Melayu terhadap pendidikan sekular British, keadaan perhubungan yang daif, di samping  kesalahan ‘guru’ menyebabkan kegagalan orang Melayu menghantar anak-anak mereka ke sekolah:

"Mereka menyaksikan penubuhan sekolah vernakular Melayu, dan dalam kebanyakan kes penutupan mereka kerana kekurangan kehadiran"

1. Orang Melayu enggan kehilangan perkhidmatan anak-anak mereka di kebun, sungai atau laut, dan tidak mempercayai ajaran sekular.

2. Ramai dari mereka terpaksa berjalan beberapa batu untuk sampai ke sekolah, dan pelbagai sebab yang menghalang mereka datang secara teratur. Kadang-kadang sungai banjir dan jambatan hanyut, atau mungkin tidak pernah ada jambatan.  Di beberapa tempat jalan ke sekolah  melalui hutan  Bimbang ada harimau di jalanan dan anak-anak diarahkan duduk di rumah sahaja.

3. "Pemeriksaan rekod pertama sekolah Klang telah dijalankan pada 15 Disember 1879. Ia mendedahkan bahawa walaupun terdapat tiga puluh kanak-kanak lelaki dalam Daftar. Purata kehadiran harian adalah antara lapan dan sepuluh dan mereka yang hadir pada hari pemeriksaan, hanya tiga yang boleh membaca atau menulis. Ia didapati bahawa gurunya, Mohamed Zin, sering menggunakan murid-murid "memotong kayu api, menjalankan tugas dan lain-lain" sambil menghantar anak-anaknya sendiri,  untuk menjual buah-buahan dan lain-lain.

4. "Ia mengambil masa yang lebih lama untuk mendorong penerimaan yang sama bahawa gadis itu harus dihantar ke sekolah, kerana bimbang  kesucian mereka dicemari

Di Selangor kerana banyaknya laporan yang mengatakan keengganan ibu bapa menghantar anak-anak lelaki ke sekolah telah menyebabkan satu undang-undang diluluskan pada Jun 1891 yang mewajibkan kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan empat belas tahun untuk pergi ke sekolah yang berada dalam lingkungan dua batu dari rumah. Kegagalan ibu bapa menghantar kanak-kanak ke sekolah jika disabitkan kesalahan tersebut akan dikenakan denda sebanyak lima ringgit. Sebenarnya pada masa itu nilai lima ringgit adalah cukup besar nilainya kepada orang Melayu. Tambahan pula, Pengajaran Alquran yang diperkenalkan di Sekolah Melayu menggalakkan para ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah tersebut

Sehingga tahun 1914 terdapat enam buah sekolah bagi kanak-kanak perempuan di Selangor. Keadaan ini telah membawa penubuhan sebuah jabatan khusus untuk menyelia sekolah-sekolah bagi kanak-kanak perempuan.. Usaha menggalakkan kanak-kanak perempuan bersekolah banyak dilakukan oleh pihak istana. Keengganan ibu bapa menghantar anak-anak perempuan ke sekolah dikaitkan dengan kebimbangan keselamatan kanak-kanak perempuan.

Walaupun pada zaman itu telah banyak terdapat sekolah Inggeris tetapi prasangka yang sangat tebal di kalangan masyarakat Melayu bahawa bersekolah Inggeris bererti akan mendedahkan anak itu kepada pengaruh-pengaruh kristian menyebabkan orang Melayu menghantar anak mereka ke sekolah Melayu sahaja. Sementelahnya pula, sekolah-sekolah Inggeris didirikan hampir keseluruhannya di bandar-bandar besar sahaja. Lagipun, orang Melayu kebanyakannya tidak mampu mendapatkan pelajaran khususnya di sekolah-sekolah persendirian.

Kerajaan kolonial British lebih mengutamakan sekolah-sekolah berpengantar Inggeris terutama di kawasan bandar. Keadaan ini sebenarnya memberi peluang kepada penduduk-penduduk bandar yang terdiri dalam kalangan masyarakat Cina, India dan Eurasian untuk menjadi murid di sekolah-sekolah Inggeris berkenaan. Sistem yang dibangunkan British membolehkan kaum Cina dan India lebih maju ke depan dalam pendidikan, kerana pada dasarnya dua kaum itu lebih mesra British dan lebih terbuka untuk menurut apa saja sistem yang diperkenalkan British pada mereka. Walau bagaimanapun, strategi ini tidak akan bertahan lama kerana kepada pembangunan pesat bangunan sekolah, pusat latihan guru dan penubuhan perpustakaan.


Rekod Kehadiran Pelajar di sebuah Sekolah Melayu pada bulan Mac tahun 1883

Terdapat 22 buah sekolah di selangor dalam tahun 1894. 21 daripadanya merupakan Sekolah Melayu

Kehadiran ke sekolah melebihi 80% di hampir semua sekolah Melayu di Selangor dalam bulan Februari tahun 1895

Kehadiran ke sekolah turun ke 70% secara purata di semua sekolah Melayu di Selangor dalam bulan Julai tahun 1895. Sekolah Melayu Kalumpang hanya mencatat 40% sahaja.


Terdapat 44 buah sekolah Melayu daripada keseluruhan 46 buah sekolah vernikular di Selangor dalam tahun 1907


                    Jumlah Sekolah Melayu di Selangor meningkat kepada 47 buah pada Jun 1912

Rumusan Bilangan pelajar-pelajar dalam semua sistem persekolahan di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1924

Pendidikan Guru Terlatih

Pelawat Sekolah Selangor dalam laporan tahunan 1884 menyatakan terdapat kesukaran untuk mendapatkan guru-guru yang menerima jawatan mengajar di kawasan ‘ulu’ atau pedalaman, dan jauh sama sekali dari dunia luar.yang menyeronokkan mereka. Tidak ramai guru yang ingin berkhidmat jauh dari kampung halaman mereka sendiri sehingga kerajaan terpaksa mengimport tenaga pengajar dari Melaka dan Singapura.

Guru-guru yang berminat tetapi tidak mempunyai latihan khusus terpaksa diambil untuk berkhidmat melebihi apa yang telah diperolehi oleh pengalaman mereka sendiri.  Walaupun begitu, majoriti daripada mereka dapat melakukan kerja yang agak baik dan kelihatan cekap untuk mengajar asas-asas pendidikan yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran.

Pada tahun 1898, Kerajaan Selangor menyumbang separuh daripada perbelanjaan kerja dan menghantar 5 daripada  calon-calon yang sedang dilatih sebagai guru di Taiping. Di sana, selain menjadi seorang pendidik,  prinsip-prinsip pengajaran dan pengurusan sekolah diajar dan diamalkan.

Dalam dekad 1920-an, terdapat kebangkitan kesedaran dalam kalangan orang Melayu. Mereka sangat menunjukkan minat terutamanya terhadap pendidikan. Mereka dapat menyerap idea-idea baharu. Ekoran pembukaan Maktab Perguruan Sultan Idris  di Tanjung Malim, perkhidmatan guru yang terlatih dan profesional, telah mula hidup dalam intelektual yang berbeza sama sekali daripada generasi pendidik lama. Pengajian di sana mengambil masa selama tiga tahun.

Teori pembelajaran dan prinsip pengajaran adalah diwajibkan. Bakal guru harus mengambil dua kertas, esei dan kertas Bahasa Inggeris. Geografi perlu diajar dalam kedua-dua tahun, tekanan khas yang dibuat pada geografi Semenanjung Tanah Melayu dan Asia. Sejarah juga perlu diajar untuk kedua-dua tahun; pada tahun pertama sejarah United Kingdom dan pada tahun kedua sejarah Empayar British. Matematik dan Kursus Kebersihan  menjadi subjek tambahan untuk guru pelatih lelaki. Guru-gurunya juga harus kompeten dalam Seni Lukis Mereka digalakkan. untuk melakukan reka bentuk asal dan mengambil kraftangan lain. Pengikat Buku, stensil warna pada kain. kerja logam, tembikar dan lukisan sebagai hasil kerja.  

Tujuan sukatan pelajaran Pertanian dan Perkebunan di kampus perguruan ini adalah untuk meningkatkan sektor penternakan di kawasan Melayu di luar bandar serta juga mengujudkan taman sekolah yang sangat baik yang pantas menjadi ciri Sekolah Melayu di kampung.

Bermula seawal pukul enam tiga puluh pagi selama empat hari seminggu, kecuali hari Jumaat dan Ahad, bakal-bakal guru ini akan melakukan kerja-kerja praktikal selama satu jam di taman dan ladang kolej. Pelajar tahun pertama dan kedua akan mengerjakan plot individu, menghasilkan tanaman makanan seperti jagung, ubi keledek, kacang tanah, tomato, salad, kacang dan sayur-sayuran lain serta tanaman seperti nanas, teh dan kopi dan jika dia berada di tahun ketiganya dia melakukan lebih banyak kerja  di plot komuniti seperti  mengawasi pelajar juniornya; menghias kolej, dan kerja-kerja lain.

Penekanan diberikan kepada pembuatan keranjang dan bakul sebagai subjek yang sangat sesuai dan latihan manual  di sekolah menyedari bahawa kerja manual mempunyai nilai pendidikan dan tidak boleh diabaikan. Di kolej, kursus bola sepak dan latihan kerja yang lebih baik diajarkan supaya penambahbaikan  ketara akan dapat  dilakukan di sekolah kampung tempat mereka berkhidmat nanti.

Sebelum diterima berkhidmat sebagai guru tetap, calon guru ini perlu diuji selama  enam bulan dalam pengajaran praktikal di beberapa buah sekolah  vernakular yang terletak berhampiran kawasan kampus dan yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar tahun ketiga Kolej.  Dalam pengajaran praktikal, tiada markah diberikan tetapi calon harus sama ada lulus atau gagal.

Guru-guru Melayu terus dilatih di Kolej Latihan Sultan Idris di Perak (420 pelajar) dan Kolej Latihan Wanita Melayu di Melaka (217 pelajar); guru Cina dilatih di sekolah Green Lane, Pulau Pinang (402 pelajar); 736 guru Bahasa Inggeris sedang berlatih di Kirkby, Lanes, di Brinsford Lodge New Castle. Biasiswa pelbagai jenis boleh didapati untuk pengajian di universiti di UK dan di Universiti Malaya.

Perkembangan Kurikulum Sekolah Melayu

Dalam tahun-tahun awal penubuhan sekolah Melayu, pengajaran di sekolah vernakular sangat asas; membaca dan menulis dalam watak Jawi dan Rumi, dan empat peraturan matematik mudah. Mata pelajaran yang diajar di sekolah Melayu ialah membaca, menulis dan mengira. Subjek formal yang diajar di sekolah Melayu bagi murid-murid Melayu yang sedang belajar jawi atau rumi.

Asas kurikulum begitu mudah untuk dicapai tidak akan banyak membawa kepada rangsangan berfikir hasil daripada mempelajari sesuatu subjek. Pembelajaran hanya setakat Standard 1V atau Darjah 4. Kurikulum yang dibenarkan oleh pihak kolonial British menjadikan orang Melayu kembali ke kampung-kampung bagi meneruskan kerja-kerja pertanian. Harus diIngat bahawa hampir semua kanak-kanak lelaki Melayu terlibat dalam pertanian.

Antara kandungan kurikulum untuk darjah satu ataupun permulaan persekolahan meliputi perkara-perkara yang berikut:


Dasar kurikulum yang begitu rendah objektifnya telah menyebabkan anak-anak Melayu hanya layak menjadi pemandu kereta lembu, peon (budak pejabat), kerani rendah dan sebagainya. Tambahan pula, tidak banyak guru yang berupaya mengajar kedua-dua mata pelajaran tersebut secara sistematik. Pencapaian orang Melayu dikatakan sudah begitu baik dalam usaha mengekalkan kehidupan tradisi mereka. Kemudahan yang disediakan di sekolah Melayu tidak memuaskan dan sekolah tersebut hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah dan Pendidikan setakat darjah enam sahaja. Bagi Orang Melayu yang ingin meneruskan pelajaran peringkat menengah terpaksa melalui Darjah Khas Melayu (Special Malay Class). sebelum memasuki sekolah menengah aliran Inggeris

Selain itu, pihak kolonial British pada abad ke-19 dan 20 di Tanah Melayu memerlukan tenaga kerja di peringkat bawahan bagi memudahkan kerja-kerja pentadbiran untuk kepentingan mereka. Orang Melayu boleh dikatakan tiada pengetahuan tinggi dalam Bahasa Melayu dan juga tidak boleh berbahasa  Inggeris. Lepasan sekolah Melayu tidak dapat memegang jawatan tinggi dan mereka sekadar menjadi pelayan pejabat sahaja.

Dalam dekad 1920-an, Akhbar-akhbar Melayu bercakap tentang "pembelajaran baru". Kalau dahulu orang kampung berasa malu untuk belajar, tetapi kini semua orang belajar membaca dan menulis. Malah di kampung-kampung terpencil di Malaya  tiada lagi perbezaan untuk anak muda mempelajari Bahasa Melayu, untuk membaca dan menulis Jawi dan Rumi, untuk mengetahui geografi Semenanjung ini dan Nusantara. Tahun 1920 dinyatakan sebagai perkembangan ‘kesedaran bangsa Melayu’ terhadap kepentingan pendidikan sama ada pendidikan Melayu atau pendidikan Inggeris. Isu-isu pendidikan ini telah menjadi topik utama dalam surat khabar Melayu.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Melayu

Kandungan kurikulum yang digunakan di sekolah vernakular Melayu sebelum Perang Dunia Kedua tidak begitu memerlukan guru yang menguasai ilmu-ilmu tertentu yang dapat mengubah pandangan dan pemikiran murid pada masa itu. Dalam melaksanakan kurikulum sekolah Melayu, terdapat sebuah kitab ataupun buku yang memberi panduan kepada guru-guru bagaimana pengajaran di bilik darjah dapat dijalankan dan kandungan kitab tersebut adalah seperti yang berikut:

•  Bahagian petua-petua kaedah mengajar.

•  Mengajar kira-kira darjah I, II, III, IV dan V.

•  Perkaitan Pelajaran.

•  Mengajar Bacaan, Sifir dan Chongak.

•  Mengajar Tawarikh / Sejarah.

•  Nasihat-nasihat tentang Pelajaran.

Melihat kepada kandungan buku bahasa Melayu, jelas kandungan ataupun isi pelajaran yang diberikan kepada kanak-kanak Melayu berkisar kepada nilai-nilai kehidupan seharian mereka dan juga asas membaca dan menulis. Biasanya kanak-kanak diajar membaca, mengeja dan menulis melalui satu petikan yang diberi. Setelah murid-murid membaca petikan di atas, murid-murid akan melalui kerja-kerja latihan seperti menjawab petikan, mengeja dan menyebut. Daripada latihan yang diberi, jelas tidak wujud sama sekali aras pemikiran yang tinggi diberikan kepada murid Melayu.


Bagi kanak-kanak perempuan, kurikulum yang diikuti ialah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira sama seperti yang dilalui oleh kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan perlu melalui kurikulum yang berkaitan seperti jahitan, anyaman dan kerja-kerja kesenian.

Pada tahun 1935, sikap ibu bapa terhadap pendidikan anak perempuan mula berubah. Mereka merasakan pendidikan yang mereka sendiri alami baik untuk masa depan anak-anak perempuan mereka seperti kemahiran memasak dan pengurusan rumah tangga. Penyesuaian kurikulum kepada kanak-kanak perempuan banyak dikaitkan dengan tradisi Melayu yang mana kanak-kanak perempuan lebih banyak tertumpu kepada keluarga dan mereka lebih terikat dengan tradisi di dapur. Oleh itu, sekolah-sekolah vernakular Melayu yang mempunyai kanak-kanak perempuan akan menyesuaikan subjek-subjek yang boleh dipelajari oleh kanak-kanak perempuan.

Jadual Waktu Persekolahan

Penyesuaian jadual waktu adalah atas budi bicara sesebuah sekolah kerana bilangan kelas adalah bergantung kepada bilangan pelajar yang mendaftar sebagai murid di sekolah tersebut. Pengarah Pendidikan (Dr. R. O.Winstedt) memaklumkan peruntukan masa minimum empat jam harus dikhaskan untuk pengajaran sekular, atau pengajaran dan pemerhatian agama mesti dilakukan sebelum atau selepas pengajaran sekular.

Mulai tahun 1935, hampir di mana-mana tempat, sama ada di kampung yang paling jauh atau di sebuah bandar besar, setiap pagi pada pukul 8 di setiap sekolah, kumpulan lelaki atau perempuan akan menjalani latihan fizikal atau Pendidikan Jasmani. Sebelum tahun 1920, latihan fizikal hanya boleh didapati di Sekolah Inggeris di mana ketua sekolah itu sendiri berminat tentang subjek tersebut. Ketika itu tiada guru yang terlatih dalam teknik khas pelajaran ini kecuali di beberapa sekolah di mana Guru Besar mengambil tugas melatih kakitangan mereka sendiri.

Sesi senaman pagi setiap hari persekolahan selama 20 minit di dalam kawasan terbuka di sekolah

Atau mungkin dalam dewan jika cuaca tidak mengizinkan

Bagi pelajar-pelajar dewasa mereka mungkin lebih kreatif dalam teknik senaman yang pelbagai

Di sekolah Melayu, pelaksanaan kurikulum bermula pada pukul 8.20 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Setiap subjek diperuntukkan sebanyak 20 minit. Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila hanya seorang guru diperlukan untuk melaksanakan mata pelajaran yang diadakan bagi tiap-tiap kelas. Dengan lain perkataan, seorang guru itu akan mengajar kurikulum bagi subjek tulisan, bacaan, mengira dan sebagainya.  Bagi murid darjah satu, terdapat mata pelajaran asas, iaitu tulisan, ejaan dan bacaan. Ketiga-tiga subjek ini diselang-seli dengan mata pelajaran bahasa Melayu dan asas Jawi.

Boleh dikatakan dasar kurikulum di sekolah vernakular Melayu banyak memberi pengetahuan asas kehidupan tetapi tidak kepada kemahiran yang membolehkan orang Melayu keluar daripada sistem ekonomi tradisional.



Kalendar Persekolahan

Jumlah cuti persekolahan sepanjang tahun 1884 di Sekolah Melayu di Selangor adalah selama 32 hari. Kebanyakannya jatuh pada hari-hari kebesaran Islam tidak termasuk cuti mingguan iaitu pada hari Jumaat dan Ahad. Pada tahun 1953 dan 1954, Kalendar Persekolahan bagi setiap tahun terbahagi kepada 3 penggal yang diselangi cuti persekolahan. Jumlah hari persekolahan dalam setahun pada tahun 1954 adalah sebanyak 204 hari. Cuti persekolahan yang paling lama ditetapkan pada akhir tahun.

Cuti-cuti Sekolah dalam tahun 1884

Kalendar Persekolahan bagi tahun 1953

Kalendar Persekolahan bagi tahun 1954

Perubahan Buku-buku Teks Import kepada Penerbitan Tempatan

Kurikulum baharu mula diperkenalkan. Secara beransur-ansur buku teks baharu telah diterbitkan dan menarik minat, bukan sahaja kepada guru dan murid tetapi juga dalam kalangan ibu bapa orang Melayu. Gaya pembelajaran baharu di mana murid tidak lagi menghafal. Mereka mempelajari peraturan tatabahasa. Pembelajaran Geografi melibatkan lebih daripada pembacaan sepuluh gunung tertinggi di dunia; dan pembelajaran matematik dengan jadual pendaraban lebih melibatkan angka berbilion-bilion dan berjuta-juta. Semua buku baharu matematik, geografi dan sejarah  adalah berdasarkan  permasalahan dalam kehidupan orang Melayu

Buku Bacaan Kesusasteraan Melayu di Sekolah Melayu dalam tahun 1899

Kisah-kisah menarik penuh tauladan dalam buku Kisah Tok Nujum

Ayat-ayat yang pendek dan mudah tetapi menarik berkaitan kehidupan biasa orang Melayu

Pengajaran dan Pembelajaran AlQuran dan Jawi memerlukan para pelajar mengenal dan menghafal huruf-huruf Hijaiyah

Buku bacaan mengenai asas pelajaran Agama Islam
Buku Sejarah Alam Melayu yang digunakan di Sekolah Melayu

Buku-buku teks moden dalam bahasa tempatan telah disediakan. Malah ada siri matematik tempatan untuk Sekolah Melayu yang sebelum ini hanya terdapat di Sekolah Inggeris. Dalam tahun 1928, beberapa buku teks tempatan dalam Bahasa Inggeris dan  bahasa Cina termasuk untuk Sekolah Melayu  telah berada di pasaran. Silabus Cambridge juga telah diubahsuai. Buku teks untuk sekolah Tamil sedang disediakan. Perkhidmatan kajian kebersihan tropika telah maju. Semua sekolah menengah baru disediakan dengan makmal. Pemberian geran seragam untuk Pasukan Pengakap sekolah juga diluluskan.

Buku Nasihat tentang Agama terbitan tahun 1935 digunapakai oleh Sekolah Melayu

Kisah Tiga Sekawan- Buku Cerita yang diimport dari Indonesia

Pembelajaran Nahu atau Tatabahasa bagi menambah baik pembinaan dan pengolahan ayat dalam penulisan Bahasa Melayu

Buku Hidayah pertama dialih bahasa dari kitab Hidayat Al Islam terbitan tahun 1930-an

Buku Rampaian/ Latihan yang menarik dalam tahun 1930-an

Buku tulis yang cantik yang diedarkan di pasaran dalam tahun 1930-an

Dalam usaha menjadikan pelajaran di sekolah-sekolah vernakular Melayu menampakkan peningkatan, penggunaan buku-buku yang lebih baik kualitinya telah dilaksanakan. Semasa R.J. Wilkinson menjadi pegawai pelawat bagi sekolah-sekolah Persekutuan, beliau telah mengarahkan penggunaan buku-buku yang berkaitan dengan tradisi Melayu khususnya pelajaran yang berkaitan dengan sastera digunakan di sekolah-sekolah vernakular Melayu. Beliau telah mencadangkan agar siri buku Melayu digunakan sebagai teks bagi sekolah-sekolah vernakular Melayu. Terdapat juga cadangan agar subjek Bahasa Inggeris Asas diajarkan di sekolah Melayu.

Sejak 1945, lebih banyak buku teks telah diterbitkan di Malaya untuk kegunaan sekolah Melayu, dia kata. Kira-kira 40 teks baru-buku-buku telah ditambah kepada koleksi sebelum perang, katanya. Kerajaan telah membelanjakan beribu-ribu dolar pada teks-buku untuk sekolah Melayu.

Senarai Buku-buku Teks untuk Sekolah Melayu dalam tahun 1946

Senarai Buku Bacaan untuk Sekolah Melayu di Selangor pada tahun 1949



Buku-buku yang digunakan dalam tahun 1950-an

Setelah merdeka, Kementerian Pendidikan sedang menunggu keputusan dari Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Kerajaan untuk mencetak buku teks mengenai sejarah, sains asas dan kajian alam semula jadi untuk sekolah menengah Melayu,  bermula pada tahun 1958

Hanya -buku teks matematik sahaja dicetak di London. Kelas kini mempunyai buku-buku teks Bahasa Melayu dan kesusasteraan, geografi dan Bahasa Inggeris Guru Bahasa Inggeris dibenarkan menggunakan buku teks dari Indonesia untuk rujukan. Kelas-kelas peralihan Melayu tetap disediakan untuk mereka yang ingin terus belajar dalam bahasa Inggeris di sekolah Inggeris.

Orang Melayu kini mula berminat dalam ilmu pemilihan benih dan putaran tanaman. Mereka mempunyai ketekunan dan kegigihan mempelajari tentang jentera. Sebuah sekolah perdagangan di Kuala Lumpur telah telah ditubuhkan dan terbukti hebat terutama kepada orang Melayu yang  menunjukkan kebolehan dan minat terhadap mekanikal. Dua buah sekolah perdagangan lain akan menjadi bermula secepat mungkin, satu dalam Singapura dan satu lagi di Ipoh. Sekolah pertanian ditubuhkan di Serdang. Keadaan semasa orang Melayu banyak berubah berbanding dengan keadaan sebelum pendudukan British.

Pada tahun 1956, Latihan vokasional pasca sekolah rendah untuk kanak-kanak lelaki diberikan dalam 4 buah sekolah teknikal junior Kerajaan (perdagangan), dengan 1,005 murid. Pendidikan profesional pasca menengah diberikan di Kolej Teknikal. Kuala Lumpur (dengan 16 pensyarah dan 337 pelajar), dan di Kolej Pertanian, Serdang (87 pelajar). Empat belas sekolah perdagangan dibina di pelbagai bahagian persekutuan-empat pada tahun 1957, lima pada tahun 1958 dan lima lagi pada tahun 1959.

Mulai tahun 1958, murid-murid yang telah tamat persekolahan rendah tetapi belum dipilih untuk sekolah-sekolah menengah harus diberi peluang untuk mendapatkan Sijil Tamat Persekolahan. Kerajaan akan memberikan sumbangan kepada sekolah untuk membeli buku teks untuk murid miskin. Kelas Lanjutan di sebelah petang disediakan untuk pelajar yang lebih tua yang terpaksa meninggalkan sekolah. Mereka yang menghadiri kelas  untuk belajar Bahasa Melayu tidak perlu membayar yuran.

Selepas merdeka, hanya terdapat dua jenis sekolah di Persekutuan Tanah Melayu, iaitu sekolah bantuan utama dan sekolah pemberian bantuan sekunder. Dalam tahun 1961, Sekolah Melayu dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan manakala Sekolah Inggeris dan sekolah-sekolah Vernikular Cina, Tamil dan Mubaligh dikenali sebagai Sekolah Jenis Kebangsaan.  Peperiksaan Perkhidmatan awam khas untuk memberi sama peluang untuk semua golongan muda Melayu diwujudkan. Kemasukan ke perkhidmatan awam kebanyakannya berdasarkan kualifikasi yang diperoleh  daripada  sekolah Kerajaan atau sekolah aliran Inggeris bantuan kerajaan. Dewan Bahasa dan Pustaka juga ditubuhkan untuk menghasilkan buku-buku teks.  

Contoh Buku Teks Bahasa Melayu Untuk Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dalam tahun 1969

Pelajaran Radio Untuk Pelajar Sekolah Melayu

Pelajaran Radio yang disiarkan ke Lebih 1, 500 sekolah Melayu di Persekutuan Tanah Melayu kini menerima siaran sekolah harian yang dihantar dari Radio Malaya. Siaran - siaran ini, yang direka sebagai bantuan untuk mengajar, dimulakan sebagai eksperimen pada tahun 1946, menggunakan dwibahasa - kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Melayu Program-program ini disiarkan dua kali sehari, pagi dan petang, semasa hari persekolahan. Bahagian penyiaran Sekolah Radio Malaya dikendalikan terutamanya oleh guru profesional, masing-masing pakar dalam subjeknya sendiri, Dasar Pendidikan berada di bawah Jawatankuasa Penasihat penyiaran sekolah yang bermesyuarat setahun sekali bagi menyusun program untuk tahun yang akan datang.

Kelihatan seorang guru memberi arahan kepada anak-anak muridnya sebelum siaran radio pendidikan ke udara dalam tahun 1952

Peperiksaan di Sekolah Melayu

Pelaksanaan kurikulum memerlukan pengujian atau penilaian bagi mengetahui sejauh mana kurikulum tersebut dapat diikuti oleh murid-murid. Oleh itu, terdapat pelbagai ujian dikenakan mengikut sistem yang dijalankan di sesebuah sekolah. Sistem peperiksaan yang dijalankan di sekolah vernakular Melayu tidak memberi banyak peluang kepada anak-anak Melayu untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi berbanding mereka dari sekolah beraliran Inggeris. Anak-anak Melayu yang berada di peringkat rendah, tahap peperiksaan yang paling tinggi biasanya mengandungi subjek-subjek yang berikut:

Pada peringkat awal persekolahan Melayu, di umur enam tahun pelajar mesti menghadiri Sekolah Melayu, dan jika sebelum usia 11 tahun dia berjaya mencapai standard 4 di sekolah Melayu, maka dia dibenarkan mendapat pendidikan percuma di sekolah Inggeris.  Kelas IV adalah kelas tertinggi bagi sekolah vernakular Melayu. Biasanya dalam laporan berkaitan pelajaran di negeri Selangor pada setiap tahun akan dinyatakan murid-murid yang lulus dalam sesuatu peperiksaan. Malangnya, bilangan yang lulus di sekolah-sekolah vernakular Melayu adalah rendah. Amat malang, kanak-kanak pintar dipaksa untuk berhenti persekolahan mereka.

Untuk menyambung pelajarannya ke sekolah Inggeris, kelas petang perlu disediakan untuk murid-murid ini. Penginapan di asrama sekolah perlu disediakan memandangkan jarak sekolah Inggeris di bandar sememangnya jauh dari kampung mereka. Biasiswa untuk kanak-kanak lelaki miskin harus disediakan untuk pembayaran yuran untuk kanak-kanak lelaki miskin  yang layak dan pintar di kelas menengah. Kelas Bahasa Melayu khas untuk pelajar-pelajar Melayu atau Remove Class di Sekolah Bahasa Inggeris perlu disediakan .


KESIMPULAN

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957.

Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga.

Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap Negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya.

Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.  Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. Wallahualam.

 


1 ulasan:

Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat Walafiat. Malam tadi Atok baru sahaja balik dari Telok Datok menziarahi jenazah a...