Ronggeng dan Budaya Hedonisme Melayu

Ronggeng adalah tari tradisional khas masyarakat Jawa dengan penari utama wanita, dilengkapi dengan selendang yang dikalungkan di leher sebagai kelengkapan menari, dimana pasangan saling bertukar ayat-ayat puitis saat mereka menari diiringi musik dari rebab atau biola dan gong. Ronggeng berasal dari Pulau Jawa, tetapi juga dapat ditemukan di Sumatra dan Semenanjung Malaya. Ronggeng ialah sebuah tarian tradisional yang ditarikan oleh penari utama, dengan siri khas selendang dikalungkan di pundak. Seni Ronggeng berisikan para penari wanita yang memiliki kemampuan menyanyi dan menari. Kesenian ini dipertunjukkan di arena terbuka yang jauh dari rumah penduduk.

Kenes :

  • 1) lincah dan menawan hati (tentang sikap anak kecil) banyak bicara dan banyak tingkah yang menyenangkan 
  • 2) suka bergaya dan bertingkah laku dibuat-buat supaya menarik perhatian, genit, keletah  (bangga akan keadaan dirinya, bermegah diri, mengagungkan diri). Seorang ronggeng haruslah berlenggak lenggok dengan 'kenes' agar dapat menarik perhatian penontonnya

Rangkap adalah soal guna-guna, pengasih, susuk, dan payudara yang akan membuat seorang ronggeng laris. Rangkap di sini sangatlah penting peranannya dalam dunia peronggengan.Yang disayembarakan adalah keperawanan calon ronggeng. Laki-laki yang dapat menyerahkan sejumlah wang yang ditentukan oleh dukun ronggeng, berhak menikmati 'dara'nya.

Istilah ronggeng selalu dilihat sebagai 'tarian kotor' yang dikaitkan dengan keruntuhan moral masyarakat Melayu. Stigma sebegini sebenarnya mengehadkan keupayaan masyarakat untuk memahami apakah itu ronggeng Melayu. Prasangka buruk terhadap ronggeng mungkin disebabkan perkataan itu berasal daripada gabungan kata bahasa Inggeris 'wrong' dan 'gang'.

'Wrong-gang' membawa maksud perkumpulan orang yang membuat sesuatu perkara yang salah di sisi adat dan budaya setempat. Takrifan mentah secara literal ini adalah konstruksi sosial yang membawa kepada interpretasi negatif secara menyeluruh terhadap ronggeng.

Justeru, kita melihat suatu ketika dahulu, ronggeng pernah dianggap merosak budaya orang Melayu kerana bukan sahaja golongan muda, malahan mereka yang berumur turut melampiaskan 'angin' bersosial dengan beronggeng di pusat-pusat hiburan urban seperti di Great Eastern Limited, Hollywood Park, Fairyland, Bukit Bintang Park yang masyhur di Kuala Lumpur sekitar 1950-an.

Selama hiburan berlangsung, para penonton dapat meminta lagu kepada wanita ronggeng. Begitu juga, para wanita penari ronggeng dapat diajak ke luar arena pertunjukan oleh pasangan menarinya ke tempat yang gelap untuk bercengkerama. Pada waktu itu, pusat-pusat hiburan sebegini bukan sahaja wujud di Kuala Lumpur, malah juga terdapat di bandar besar lain seperti di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Wanita yang menari didalamnya digelar 'perempuan joget' atau 'perempuan kabaret' dan patron yang berhajat menari bersama mereka dikenakan caj tertentu dalam bentuk tiket.

Aktiviti meronggeng pernah dikecam oleh pelbagai pihak di dada akhbar tempatan sehinggakan alim ulama turut bersuara melarang agenda ronggeng dalam mana-mana majlis perkahwinan atau keramaian. Larangan meronggeng turut diarahkan ke atas kanak-kanak lantaran kebimbangan masyarakat yang semakin memuncak. Beberapa saat kemudian ronggeng kembali ke arena pertunjukan. Ia menyimpan wang pemberian penggemarnya ke dalam peti dekat panjak (pemain musik). Ronggeng menari kembali sambil menunggu pasangan berikutnya yang menari bersamanya. Pertunjukan sering berakhir hingga dinihari, yang akan berakhir tatkala para penanggapnya kelelahan atau mulai kehabisan wang.

Dunia tari sepertinya telah identik dengan perempuan, meski pun di dalamnya mengandung dilema. Liukan tubuh dan goyangan pinggul telah membuat citra penari perempuan menjadi buruk. Meskipun sebenarnya citra tersebut terbentuk atas peranan penari laki-laki yang memperlakukan penari perempuan sebagai objek dalam menunjukkan kekuasaanya. 

Penggunaan minuman keras secara berlebihan, sentuhan yang dilakukan terhadap penari perempuan, dengan alasan sakral dilakukan secara berlebihan pula. Terlepas dari dilema yang terjadi, kesenian rakyat yang berkaitan dengan penari perempuan tetap hadir dan berkembang dalam masyarakat pendukungnya. Tubuh penari perempuan telah dianggap sakral, ia sebagai simbol kesuburan dalam kaitannya dengan Dewi Sri sebagai Dewi Padi. Perempuan yang memilih menjadi ronggeng berarti dirinya telah menjadi milik orang lain. Adanya minuman keras, sentuhan terhadap ronggeng, dan bertaburannya wang telah di yakini sebagai bagian dari kesakralan tersebut. Akan tetapi unsur wang, seks, dan minuman keras yang semata-mata untuk menunjukkan kekuasaan laki-laki dan dilakukan dengan cara yang berlebihan telah mengakibatkan pertunjukan lebih mengarah pada prostitusi, sehingga citra penari perempuan menjadi buruk. 

Pergaulan tidak berbatas, pencabulan ke atas penari ronggeng, kanak-kanak bawah umur meronggeng, serta belia meronggeng di acara mandi safar adalah antara sejarah hitam yang menjadi sebab orang Melayu merasa jelek mendengar perkataan ronggeng. Sebenarnya, yang dianggap negatif dan kotor itu adalah ronggeng moden yang menjadi alat warga kota bersosial di pusat hiburan.

Ronggeng Melayu pula sebaliknya, ia adalah wadah budaya orang Melayu dan membawa erti yang lebih besar daripada sekadar menari atau berkesenian. Fungsinya terhadap masyarakat malah lebih dalam daripada sekadar memenuhi kehendak manusia untuk bersosial.

Ronggeng adalah budaya muzik dan tari orang Melayu yang tersurat didalamnya seni lagu, seni tari dan seni berbahasa yang tinggi nilainya. Garapan muziknya menunjukkan kearifan tempatan dengan gabungan pelbagai elemen sehingga gubahan, melodi, rentak, tekstur dan penyampaiannya menjadi lambang kesenian orang Melayu serumpun.

Gerak tarinya pula bukanlah basa-basi. Ia sarat dengan makna simbolik yang menunjukkan falsafah pemikiran, kesantunan, pekerti dan jati diri orang Melayu. Bait-bait pantun di dalam lagunya pula tersirat unsur kasih sayang, jenaka, nasihat, adat, kritikan sosial, dan macam-macam lagi. Biarpun ronggeng dikenal pasti dengan kepelbagaian struktur dan gaya yang berbeza permainannya di sepanjang perairan di Selat Melaka hingga ke Selat Andaman, bentuk zahir Ronggeng Melayu ini mudah dan ringkas.

Umumnya ronggeng ditarikan berdasarkan satu kitaran lengkap yang menggabungkan tiga buah lagu berentak asli (senandung), inang (mak inang) dan joget (lagu dua). Penari, pemuzik dan penyanyi 'bermain' bersahaja dan santai namun perilaku dan adab senantiasa dijaga. Penari melenggang dan melangkah bersahaja sesama pasangan di sepanjang kitaran lagu, penyanyi pula berpantun mengusik pemain dan penonton. Justeru itu ia digelar 'permainan ronggeng' yang sangat dekat di hati orang Melayu sehingga ronggeng mampu merentasi bangsa dan diminati penggemar seni bukan Melayu.

Uniknya di negara jiran, mereka ada rentak 'patam-patam' dan kitaran lagunya seiras kita di Tanah Melayu. Di barat daya Thailand pula rongngeng bermula dengan Wai Khru dengan kitaran lagu 'Burung Putih Mak Inang' dan 'Dua'. Pada milenium kini, bentuk permainan ronggeng hadir dalam persembahan pentas yang digelar tarian tradisional merangkumi tarian seperti asli, inang, joget juga zapin. Tarian begini selalu dirujuk sebagai 'tari seni', repertoir tunggal atau gabungan dipanggil 'tarian rampaian' yang sangat popular dalam kalangan aktivis tari.

Baru-baru ini terdapat usaha untuk menghidupkan semula ronggeng Melayu yang asli giat dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Seni Persembahan Nusantara (NusPARC) antaranya melalui acara Panggung Rakyat (2019) dan Pentas Seni Merdeka (2022). Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama banyak pihak seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Yayasan Hasanah, Cultural Economy Development Agency (CENDANA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Peranakan Penang, sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur, Sekolah Seni Malaysia dan lain-lain.

Ronggeng Melayu, tidak kira dalam bentuk permainan bersahaja mahupun persembahan pentas, adalah lambang budi pekerti orang Melayu yang tinggi nilai peradabannya. Seni lagu, tari dan bahasa yang tersurat dan tersirat didalamnya haruslah difahami secara intelektual, bukan ditakrifkan dengan emosional berdasarkan sejarah silamnya.

Justeru ia perlu difahami dengan bijak melangkaui kesenian murni semata, tetapi mestilah merangkumi nilai keilmuan, falsafah dan kearifan pemikiran tempatan yang terkandung didalamnya. Wadah budaya seperti ini mesti dilestarikan supaya tidak pudar ditenggelami hiburan semasa yang tidak membantu membangun minda generasi kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat Walafiat. Malam tadi Atok baru sahaja balik dari Telok Datok menziarahi jenazah a...