Memaparkan catatan dengan label Kemerdekaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemerdekaan. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Jun 2023

Mentaliti Bumi Hangus di Malaysia


Salam buat semua. Apa khabar semua? Kita kini berada dalam 10 hari terbaik dalam tahun hijrah ini kerana kita dalam bulan Zulhijjah yang mana di dalamnya ada dua upacara dan amalan yang tekenal dan penuh bermakna kepada setiap orang Islam. Ibadah mengerjakan haji dan juga ibadah korban. Marilah kita memanfaatkan keistimewaan bulan ini dengan memperbanyakkan solat sunat , berpuasa, berwirid dan berzikir. Jangan lupa lipat gandakan amalan bersedekah kerana ganjarannya amat besar dalam bulan ini.

Hari ini Atok hendak menyambung kembali penulisan Atok yang sebelum ini tentang Dasar 'Bumi Hangus' yang diamalkan oleh British pada zaman pendudukan Jepun. Atok dah terangkan bagaimana kerakusan British, Jepun dan Bintang Tiga dalam menguasai negara kita. Mereka memperalatkan semua, termasuk orang Melayu demi mencapai impian mereka. Kali in kita lihat pula bagaimana polisi British itu memakan diri kerana kini giliran mereka pula dipermainkan oleh taktik gerila Bumi Hangus versi Bintang Tiga. Kita akan merungkaikan semula hubungan rapuh antara kaum akibat dasar 'Pecah dan Perintah' British, serta layanan yang tidak adil oleh Jepun. Juga kita akan menganalisis bukti dan bibit permusuhan 'abadi' antara kaum di Malaya, dan seterusnya Malaysia. Baca, fahamkan dan perhatikan apa yang berlaku di persekitaran korang kini, pada masa ini. Ambil pengajaran daripada peristiwa Korban. Jangan diulangi kesilapan lampau, dan jangan tertipu dengan janji-janji manis yang akan merobah masa depan korang dan generasi anak keturunan korang.  Jadikan Sejarah pendamping kita yang setia.

The story goes like this....

PENDAHULUAN

Perpaduan antara kaum dan perkara berkaitan merupakan isu penting dalam sejarah Malaysia. Dasar campur tangan British di Negeri-negeri Melayu, Tanah Melayu, telah memberikan kuasa yang luas kepada Briton memanipulasi ekonomi Tanah Melayu. Proses imperialisme dan kolonialisme Briton telah menggalakkan penghijrahan masuk orang Cina dan India secara tidak tersekat. Penghijrahan orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu sejak  pertengahan  1880-an  merupakan  titik  permulaan  kewujudan  pelbagai etnik dan budaya  di Tanah Melayu.

1.  Dasar Pecah dan Perintah British

Tenaga mereka digunakan dalam sektor perlombongan bijih timah dan membuka tanah baru bagi mewujudkan ladang getah. Orang Cina telah menggunakan sepenuhnya peluang yang disediakan oleh Briton (British) dan menjadikan kedudukan ekonomi mereka pada awal abad ke-20 menjadi lebih kukuh. Perniagaan orang Cina menjadi semakin makmur dan meningkat. Komposisi kaum di Tanah Melayu berubah dengan agak mendadak sehingga 1941, di mana Cina menjadi penduduk majoriti.

Pertambahan penduduk yang pesat dan perkembangan kegiatan ekonomi yang sangat memberangsangkan membawa kepada pertumbuhan bandar baharu, jalan raya, jalan keretapi dan pembahagian kaum mengikut sektor ekonomi dan kawasan tempat tinggal menjadi semakin ketara. Keadaan ini turut menyebabkan jurang pembangunan antara luar bandar dan bandar menjadi semakin besar, dan jurang kemajuan sosio-ekonomi antara kaum juga menjadi semakin lebar.

Dasar ‘pecah’ dan ‘perintah’ yang diamalkan oleh pihak British menyebabkan wujud segregasi kaum mengikut kawasan dan kegiatan ekonomi. Misalnya, orang-orang Cina bertumpu di kawasan bandar dan terlibat dalam sektor perniagaan, perdagangan dan perlombongan bijih timah manakala orang-orang India dan Melayu masing-masing tinggal di kawasan ladang dan kampung, dan terlibat dalam kegiatan penanaman getah dan pertanian sara diri. Jika adapun orang-orang Melayu yang terlibat dalam sektor perniagaan, perdagagan, perlombongan bijih timah dan penanaman getah tetapi jumlahnya adalah kecil.

Hal ini dilihat oleh orang Melayu sebagai suatu ancaman besar kepada situasi politik dan ekonomi mereka. Ini telah menggugat "ketuanan Melayu” buat pertama kalinya dalam sejarah Tanah Melayu.  Kesan politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat Negara ini yang asalnya sangat taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang drastik. Kuasaan raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada sesebuah negeri dan negara.

Pada tahun 1930-an, sudah wujud pertentangan dalam aspek kepentingan ekonomi, politik dan sosial. Perkara ini tidak disedari dan kurang diberikan perhatian oleh pemerintah mahupun pemimpin di peringkat akar umbi.  Kesengsaraan hidup menyebabkan rakyat sudah mula menyalahkan sultan kerana beranggapan tidak menjalankan tugas dengan cekap sehingga mengakibatkan Tanah Melayu dijajah. Dilema kemiskinan orang Melayu ini telah disuarakan oleh Sir Cecil Clementi Smith. Beliau mempersoalkan mengenai kehilangan tanah, kuasa sultan dan bilangan imigran yang melebihi orang Melayu. Kegawatan ekonomi dunia turut meninggalkan kesan kepada status pemilikan tanah. Briton (British) memberikan tanah yang berhampiran dengan bandar kepada orang bukan Melayu.

Pada tahun 1930-an, Temporary Occupation Licence (TOL) telah dikeluarkan bagi mengambil hati orang Cina yang berminat dalam penanaman padi. T.S. Adam, Residen Selangor dalam tahun 1932-1937 mengeluarkan arahan supaya tanah TOL di Selangor hanya boleh digunakan untuk menanam sayur-sayuran. Mereka dilarang menanam tanaman jangka panjang seperti kopi, kelapa atau buah-buahan. Dasar Briton (British) ini menyebabkan orang Melayu menjadi peladang kecil di kawasan kampung. Sebagai buktinya, mereka hanya diberikan satu lot tanah untuk seorang atau satu keluarga. Akibatnya, orang Melayu hanya memiliki kebun getah dan kelapa yang luasnya tidak melebihi tiga ekar seorang. Orang Melayu hanya diberikan tanah yang dikategorikan sebagai Rizab Melayu.

2. Ketidak-adilan Layanan Jepun

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah menjadi faktor semerta berlakunya ketegangan hubungan di antara orang Melayu dan Cina. Layanan yang berbeza mengikut kaum menyebabkan timbulnya prasangka. Hal ini dirumitkan lagi dengan zaman pemerintahan Jepun yang telah meruncingkan hubungan dingin antara orang Melayu dan Cina. Jepun yang telah melaga-lagakan orang Melayu dan Cina membawa kepada keretakan hubungan kaum dan prasangka yang sukar dibendung.

Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik dengan orang Melayu dan India tetapi dasar menindas terhadap kaum Cina. Jepun melayan orang Melayu dengan baiknya kerana memerlukan sokongan orang Melayu bagi meneruskan pemerintahan. Orang India dilayan dengan memuaskan kerana Jepun mengharapkan sokongan dan kerjasama orang India dalam rancangannya menguasai India. Bagi orang Cina pula, Jepun telah bertindak kasar terhadap mereka dan Jepun melakukan pembunuhan beramai-ramai dan bertindak zalim terhadap orang Cina. Layanan kasar ini berpunca daripada permusuhan antara Jepun dengan China. Dasar menindas orang Cina disebabkan perasaan membalas dendam ke atas orang Cina yang menyumbangkan sokongan kewangan dan peralatan perang kepada China semasa Perang China-Jepun 1937. Polarisasi perkauman menyebabkan timbulnya prasangka di antara orang Melayu dan Cina. Fahaman komunis yang tidak mempercayai Tuhan menyebabkan orang Melayu beralih arah dan tidak mahu terpengaruh dengan propaganda komunis.

Tentera Jepun kelihatan berbasikal dalam pergerakan mereka mara ke selatan Tanah Melayu

Kerja-kerja menyiapkan jalan Kereta api maut di sempadan Thai - Burma dilakukan oleh buruh-buruh paksa di bawah pengawasan tentera Jepun

Pembunuhan kejam menggunakan bayonet oleh tentera Jepun ke atas orang yang disyaki pengintip

Pemancungan para pesalah oleh tentera Jepun dilakukan dengan pedang samurai


Kekejaman Tentera Jepun dimaklumi oleh seluruh penduduk Asia Pasifik






A. Kekejaman Komunis ketika Tamat Perang Dunia Kedua

Ketegangan hubungan di antara orang Melayu dan Cina telah berlaku berikutan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pengumuman Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, jatuh pada bulan Ramadhan. Ini menyebabkan MPAJA dan Malayan People Anti Japanese Union (MPAJU) semakin berani mengisytiharkan kuasa mereka.  Berikutan pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu, komunis telah mula melakukan kezaliman. Konflik kaum selepas pendudukan Jepun yang telah dicetuskan oleh komunis dalam usaha mengabsahkan kuasa mereka di Tanah Melayu.  Kezaliman Bintang Tiga yang mengambil alih pemerintahan selama empat belas hari telah menjadi antara faktor kepada meletus dan merebaknya konflik perkauman.

Perang ideologi yang bermula pada peringkat awal telah berlarutan menjadi konflik perkauman di antara Melayu-Cina.  Komunis mula menghukum penduduk–penduduk kampung khususnya orang Melayu. Ramai di antara mereka yang diikat kaki dan tangan serta dimasukkan ke dalam guni lalu dicampakkan ke dalam laut hidup–hidup. Ramai orang Melayu yang ditangkap dan dibawa masuk ke dalam hutan serta nasib mereka tidak diketahui. Di kawasan perkampungan Air Hitam orang Melayu yang disyaki sebagai tali barut tentera Jepun, dibunuh, dicincang dan dijadikan makanan babi. Bau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan Sebelum itu mangsa ditangkap dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan seksa sakratulmaut. Bunyi geruh menarik nafas akhir amat gerun dan memilukan.

Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam paras paha. Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960. Kekacauan dan pembunuhan ke atas orang Melayu oleh komunis terus berlarutan hampir di serata lokasi Tanah Melayu.

Pencabulan ke atas kesucian agama Islam juga menjadi faktor semerta meletus dan merebaknya konflik perkauman Melayu-Cina. Penguasaan dan kezaliman komunis terhadap penduduk kampung khususnya telah menjadikan pergerakan orang Melayu terbatas. Pengeksploitasian dan penguasaan ekonomi, budaya kehidupan serta agama Islam yang mula diganggu-gugat oleh komunis telah menyebabkan orang Melayu bersatu. Larangan dan sekatan berkenaan menjadikan orang Melayu semakin bersatu.  Oleh yang demikian, orang Melayu mula memikirkan strategi bagi mempertahankan kampung halaman dan survival bangsa mereka. Keadaan yang tidak selamat juga menyebabkan ulama dan pemimpin agama menjadi tempat pergantungan oleh penduduk setempat. Fatwa syahid yang telah dikeluarkan oleh ulama tempatan meningkatkan semangat perjuangan mereka. Orang Melayu yang dizalimi oleh komunis selepas pengunduran tentera Jepun bersatu dan mempertahankan kelangsungan hidup dan kemandirian bangsa. Agama Islam dijadikan sebagai pemersatu dan tunjang kekuatan. Justeru, gerakan sabilillah ialah anti-Cina dan anti-MPAJA. Gerakan ini bermatlamat mempertahankan agama Islam dan kewujudan orang Melayu akibat daripada pembunuhan kejam serta penyeksaan yang dilakukan ke atas mereka.

Ketegangan Kaum di Johor

Konflik perkauman Melayu-Cina di Johor bermula antara Mac hingga Ogos 1945 manakala di Ayer Hitam pada 20 Jun 1945. Pada 10 Jun 1945, Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) telah membunuh Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail Abdullah, Tuan Haji Hasbullah (Kadi Batu Pahat), Dr.Woodhull (Pegawai Perubatan Batu Pahat) ketika berunding dengan MPAJA di Benut, Johor. Kejadian kedua telah berlaku pada 21 Jun 1945 di Parit Kuman, Mukim Sungei Balang. Sebelum pengunduran tentera Jepun pada bulan Mei 1945 berlaku pembunuhan ke atas Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah iaitu Ketua Kampung, Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat, Johor (Utusan Malaysia, 2009:5). Konflik terakhir berlaku di Mukim Sri Menanti pada 22 Ogos 1945). Pada 20 Ogos 1945 seramai dua orang Cina dibunuh oleh orang Banjar di Batu 14, Sri-Menanti, Jalan Parit Jawa Muar.

Dato’ Sheikh Abdullah bin Yahya telah diculik oleh komunis dan beliau telah dicederakan pada 2 September 1945. Beliau meninggal dunia akibat dari kecederaan parah pada 5 September 1945. Ja’afar bin Abu Bakar dan Daeman bin Arshad dibunuh oleh tentera Bintang Tiga pada 24 September 1945 di Sanglang. Manakala Sikam bin Gempal telah dibunuh oleh gerila Bintang Tiga di Parit Lintang, Pontian. Hubungan Melayu-Cina di Segamat mulai renggang dan terdapat beberapa kejadian pertumpahan darah. Kekacauan juga telah berlaku pada malam 9 Februari 1946 bersamaan hari Sabtu dan pada tengahari Ahad 10 Februari 1946 di Bukit Gambir dan Parit Samsu, Johor. Pergaduhan kecil juga sering kali berlaku di beberapa lokasi yang didiami oleh orang Melayu dan Cina seperti di Pengerang.

Gerombolan pengganas komunis memeriksa perkampungan yang disyaki tempat persembunyian pejuang atau pemimpin pro-Jepun setelah tamat Perang Dunia Kedua



Masyarakat Melayu hilang kepercayaan terhadap komuniti Cina apabila komunis mula mengganggu urusan keagamaan di rumah ibadat khususnya ketika umat Islam sedang berpuasa. Peristiwa tersebut berlaku di Batu Pahat, Johor sebelum tentera Jepun menyerah kalah. Komunis melarang orang Melayu berkumpul di surau dan masjid untuk menunaikan ibadat serta berjemaah. Gerila komunis menggunakan kesempatan membunuh orang Islam dengan menembak dan membakar masjid ketika mereka sedang bersembahyang Gerila komunis bertindak zalim apabila ruang masjid digunakan sebagai tempat penyembelihan dan memasak babi serta orang Melayu dipaksa untuk menyertai mereka. Kawasan masjid di Air Hitam, Muar pula digunakan bagi menyembelih babi. Ini menyebabkan masyarakat setempat terganggu daripada menjalankan ibadat harian. Masjid juga dicemari, dan al-Qur’an dijadikan sebagai pengesat najis (Mingguan Malaysia, 2011:6).

Berikutan daripada keganasan komunis ke atas orang Melayu, Kumpulan Selempang Merah dibentuk oleh Kiai Salleh bin Abdul Karim di Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor. Beliau menggabungkan penduduk Melayu yang terdiri daripada dua suku kaum yang berlainan, iaitu Jawa dan Banjar (Wawancara dengan Tuan Haji Ali bin Haji Yusuf). Senjata yang digunakan berupa parang panjang, lembing, keris, pedang dan tombak. Pergaduhan kaum yang telah bermula di Simpang Kiri, Batu Pahat telah merebak hampir ke seluruh mukim di Batu Pahat. Di Kampung Batu Pahat sebanyak 60 buah keluarga Cina berpindah meninggalkan harta benda apabila sekumpulan orang Melayu dan Jawa mencari mereka dengan bersenjatakan parang. Beberapa kejadian juga dilaporkan di Benut dan Rengit. Perjuangan Kiai Salleh mempertahankan kemandirian bangsa Melayu tidak terhenti setakat di Simpang Kiri, Mukim IV sahaja malah hampir di seluruh daerah Batu Pahat.

Perarakan Pendekar Melayu berselempang Merah di pekan-pekan digeruni masyarakat Cina..

Ketegangan Kaum di Perak

Pergaduhan kaum di Johor merebak ke Sungai Manik, Perak. Konflik tersebut berlaku di antara 15 Ogos 1945 sehingga 15 September 1945. Masyarakat Melayu hilang kepercayaan terhadap komuniti Cina apabila komunis mula mengganggu urusan keagamaan di rumah ibadat khususnya ketika umat Islam sedang berpuasa. Hal yang sama juga telah berlaku di Perak.

Isu sensitif sengaja disebarkan dengan harapan akan berlaku pergaduhan sesama mereka. Komunis juga telah mula menjalankan propaganda bagi merekrut ahli–ahli baharu.  Senario keperitan hidup ketika zaman pendudukan Jepun dan komunis digambarkan dengan kenyataan, “Bila siang Jepun cari, bila malam pula Bintang Tiga cari”. Oleh yang demikian, orang Melayu berada dalam keadaan ketakutan. Dalam situasi cemas itu, penduduk kampung mencari golongan ulama yang boleh mengajar mereka ilmu kebal atau ilmu tidak lut senjata.

Kezaliman komunis menyebabkan beberapa orang pemuda kampung berjumpa dengan Imam Haji Bakri bin Haji Mohd Saman di Parit 8B Sungai Manik bagi membincangkan mengenai keselamatan penduduk kampung. Tuan Haji Imam Bakri bin Haji Mohd Saman mengisytiharkan perang jihad melawan komunis yang mempersendakan agama dan nyawa orang Islam.

Peristiwa serangan komunis pada 6 Mac 1946 meninggalkan kesan yang mendalam khususnya kepada penduduk Melayu di Kampung Bekor. Seramai 80 orang Melayu termasuk kanak–kanak dianggarkan dibunuh dalam serangan selama hampir dua jam ini. Bilangan penduduk yang paling ramai menemui ajal ialah mereka yang sedang bersolat subuh di Masjid Kampung Bekor. Manakala dalam laporan Briton (British) pula menyatakan hanya seramai 70 orang Melayu dibunuh di Masjid Bekor (Bikaw).

Arah Serangan Komunis terhadap Masjid dan Kg. Bekor, Perak


Dalam kejadian di Sitiawan, seramai tujuh orang Cina terbunuh, dua cedera dan beberapa buah rumah dibakar. Pada hari berikutnya komunis membunuh dan mencederakan beberapa orang penduduk kampung.

Di Kampung Bota, Parit, Perak, tiga buah rumah  orang Melayu telah dibakar oleh orang Cina. Seramai 16 orang kanak-kanak dan perempuan  Melayu telah meninggal dunia. Orang Melayu telah menyerang balas selepas beberapa hari dan  menyebabkan seramai 30 orang Cina dibunuh. Hal yang sama telah berlaku di Lelayang, Parit, Perak. Manakala di Manong, Perak, seramai 100 orang Cina telah memusnahkan tanaman orang-orang Melayu ketika membina jalan selebar enam kaki. Penduduk Melayu telah  mengusir orang-orang Cina dengan bersenjatakan parang panjang.

Menjelang bulan Julai 1947, konflik antara Melayu-Cina bertambah serius di sepanjang Sungai Perak. Orang Melayu menjadikan parang panjang sebagai senjata utama bagi mempertahankan nyawa mereka. Oleh yang demikian, mereka kebanyakannya bergantung kepada golongan agamawan dan pemimpin tempatan yang boleh mempertahankan kewujudan mereka. Penduduk tempatan ketika itu seringkali merujuk tempoh masa tersebut sebagai "Zaman Parang Panjang".

Kedudukan Kg. Sungai Manik di Perak

Pemuda-pemuda Melayu  bersilat ketika menyerang kaum Cina dengan keris dan parang panjang


Parang panjang yang tertulis kalimah syahadah.


Keratan Akhbar menceritakan kisah-kisah cemas yang berlaku dalam pertempuran di antara orang kampung dan pengganas komunis serta kaum Cina di Sg. Manik, Perak


Ketegangan Kaum di Selangor

Bibit pergaduhan juga dilaporkan di Sepang, Kanchong Darat dan Bukit Changgang di Kuala Langat. British melaporkan bahawa perkelahian Melayu-Cina berlaku kerana ″perasaan takut suatu pihak akan diserang oleh yang lain″.

Berita mengenai pergaduhan Melayu-Cina turut dilaporkan di Tanjung Karang dan menyebabkan ramai orang Cina melarikan diri sehingga ke Kuala Lumpur. Begitu juga bibit pergaduhan telah muncul kembali di Bukit Changgang, Kuala Langat. Ketegangan hubungan kaum juga turut dilaporkan di Setapak dan Ulu Gombak. Peniaga Cina khususnya di kedua-dua lokasi telah mula mengosongkan premis perniagaan dan berpindah dengan membawa keluarga ke tempat lain. Punca kejadian ialah kerana orang Cina dikatakan telah mendapat gangguan yang luar biasa pada waktu malam

Kisah pembunuhan ngeri yang berlaku di Selangor oleh komunis

Orang-orang kampung berkumpul menantikan berita susulan pembunuhan orang Melayu di Kajang

Ketegangan Kaum di Negeri Sembilan

Pada 5 November 1945 telah berlaku pergaduhan Melayu-Cina di Matang Lima. Dikatakan lebih kurang 1,000 orang-orang Melayu telah berhimpun pada waktu malam di kampung tersebut. Pergaduhan telah berlaku pada jam 5.00 hingga 6.00 pagi.

Pada pagi 6 November 1945 sepasukan tentera British bersama enam orang ″Askar Melawan Jepun″ telah masuk ke kawasan kampung dengan tujuan untuk menyiasat. ″Askar-askar Melawan Jepun″ telah dikepung oleh penduduk kampung dengan bersenjatakan parang. Seramai tiga orang daripada mereka telah terbunuh, dua orang cedera dan seorang lagi telah hilang. Di pihak orang Melayu, seramai 20 orang telah cedera dan meninggal dunia. Seramai 10 orang Melayu yang masih memegang parang yang berlumuran darah telah ditangkap oleh tentera British dan dibawa ke Kuala Pilah.

Pada 6 November 1945 juga, dalam satu serangan balas, sekumpulan orang Melayu seramai 300 hingga 400 orang menyerang orang Cina di Padang Lebar, Kuala Pilah. Dalam kejadian tersebut, seramai 40 orang Cina yang kebanyakannya terdiri dari wanita dan kanak-kanak telah dibunuh.

Dalam peristiwa rusuhan kaum di Padang Lebar, orang kampung telah membunuh hampir semua penduduk yang berketurunan Cina di pekan Padang Lebar. Peristiwa itu berlaku berpunca daripada akibat rasa tertekan orang Melayu dengan kezaliman pemerintahan Bintang Tiga yang majoritinya orang cina. Kebanyakan ahli Bintang Tiga berpengkalan di dalam hutan, tempat memecah batu berhampiran Kampung Serting. Pada waktu itu, pekan Simpang Pertang (Pekan Batu Kikir) adalah markas besar buat Bintang Tiga. Mereka menjadikan gua-gua di hutan berhampiran sebagai tempat persembunyian. 

Kemarahan orang melayu memuncak apabila terdapat berita dari Pekan Lebar yang mana ahli Bintang Tiga telah menangkap 40 orang melayu dalam masa 2 minggu. Orang melayu mula bersepakat dan merancang untuk menghapuskan kesemua orang cina di pekan Padang Lebar. Maka tercetuslah peristiwa amuk Padang Lebar yang amat gerun dan tidak dapat dilupakan sehingga ke hari ini. Antara orang yang bertanggungjawab mengetuai amukan tersebut adalah Haji Dollah. Beliau bersama-sama dengan penduduk setempat telah melakukan persediaan yang rapi bagi menghadapi amukan ini antaranya bertemu dengan Kiai Selamat (seorang yang alim dan arif dalam ilmu persilatan) di Kampung Lonek untuk menuntut ilmu persilatan. Haji Dollah dan orang-orang kampung mula berhimpun di pekan Padang Lebar untuk memulakan rancangan mereka. Mereka berpecah dan berkumpul berasingan di sepanjang jalan di pekan kecil itu. Dikatakan amukan dimulakan oleh Datuk Nara Sutin Bin Daim yang merupakan seorang guru dan diikuti oleh anak-anak muridnya. Maka ramailah orang Cina dibunuh oleh orang melayu dalam peristiwa berdarah itu.


Kekejaman pengganas komunis terhadap orang kampung hanya kerana kesalahan-kesalahan kecil

Pembunuhan ke atas kaum Cina oleh orang Melayu

Kebanyakan mereka yang terbunuh telah dipenggal kepalanya oleh orang melayu yang melakukan amukan tersebut. Akibat dendam kesumat terhadap mereka, dikatakan tidak ada satu orang cina pun yang hidup melainkan seorang sahaja yang bernama See Kun. See Kun dikatakan telah berjaya melarikan diri walaupun mengalami kecederaan di bahagian perut dan terselamat selepas mendapat rawatan di pekan Kuala Pilah.

Pergaduhan Melayu-Cina juga dikatakan sedang meletus di Beranang Ulu, Tampin dan lain-lain lagi.

Ketegangan Kaum di Pahang

Pergaduhan Melayu-Cina yang merebak ke Pahang juga menyebabkan amalan ilmu kebal dan selempang merah yang dikaitkan dengan Islam disebarkan oleh golongan agamawan. Amalan ini dibawa dan diamalkan di Batu Malim, Raub, Pahang oleh Abu Jamal bin Yop Pilus. Pada 11 Februari 1946, telah berlaku kekacauan di kawasan pasar yang melibatkan seramai 200 orang Melayu dan 150 orang Cina di Batu Malim, Raub, Pahang. Kejadian tersebut telah menyebabkan seramai 30 orang Cina terkorban termasuk 10 orang kanak-kanak Cina dan dua orang Melayu. Manakala seramai 16 orang Cina dan 10 orang Melayu mengalami kecederaan.

Pada 19 September 1945 berlaku pembunuhan ke atas orang Melayu di Kota Bharu (Kelantan), 26 September 1945 di Alor Gajah (Melaka), di Selangor,   dan Terengganu.

B. Kekejaman Komunis ketika Era Darurat (1948-1960)

Pengaruh fahaman komunis semakin meluas menjelang 1948. Malah, untuk merealisasikan wawasan penubuhan Republik Komunis Malaya, PKM menukarkan namanya kepada Malayan People Anti-British Army (MPABA) sekali gus menjadi platform melancarkan serangan lebih agresif untuk melumpuhkan British.Kalau semasa Perang dengan Jepun dahulu, British bermegah-megahan mengatakan taktik defensif Bumi Hangus mereka telah menyebabkan Jepun kelelahan kerana tidak dapat memanfaatkan sumber bahan mentah Malaya seperti bijih timah, getah dan sebagainya, kini giliran British pula dipermainkan oleh Komunis Bintang Tiga dengan taktik ofensif yang sama.

Tiga peringkat strategi dirangka komunis untuk mengambil alih Tanah Melayu bermula dengan menghasut kesatuan sekerja mengadakan mogok. Usaha ini gagal apabila British meluluskan Trespass Law (undang-undang pencerobohan) yang menyekat kesatuan memasuki ladang bagi tujuan berceramah dan menstruktur organisasi pekerja. Ordinan persatuan yang mewakili pekerja juga dipinda dan dikemaskini pada 12 Jun 1948 iaitu mewajibkan semua kesatuan sekerja mendaftar dengan pihak berkuasa.

Strategi kedua PKM ialah menguasai bandar kecil, seterusnya mendirikan markas PKM yang diisytiharkan British sebagai kawasan putih. Bagi memastikan dasar dan rancangan mereka berjalan lancar, Gerakan Rakyat (Min Yuen) berciri serampang dua mata ditubuhkan. Gerakan Rakyat ini bertanggungjawab membekalkan makanan kepada ahli PKM yang melarikan diri ke dalam hutan selepas pengharaman parti itu, selain mengumpul maklumat berkaitan strategi kerajaan menghapuskan mereka.

Pemberontakan bersenjata terkandung dalam strategi terakhir. Melaluinya, anggota dilatih menguasai taktik perang gerila, selain menubuhkan unit kecil berfungsi menakutkan penduduk Tanah Melayu membabitkan pertumpahan darah warga British dan sekutunya. Kekejaman demi kekejaman yang dilakukan memaksa British mengambil pendekatan drastik mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948.

Serangan ke atas orang awam sering dilakukan oleh komunis dengan harapan agar orang awam hilang keyakinan dengan keupayaan kerajaan melindungi nyawa dan harta benda mereka. Dengan itu, orang awam akan membantu komunis dan bukan kerajaan. Keganasan yang dilakukan oleh komunis itu menyebabkan penduduk sentiasa hidup dalam ketakutan dan kebimbangan kerana bahaya ancaman komunis yang boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Antara kejadian komunis terhadap orang awam termasuklah serangan, rompakan, tembakan dan sabotaj. Perbuatan komunis itu menyebabkan kecederaan, kematian dan perampasan barangan serta wang milik mangsa.

Pada zaman darurat, golongan pekedai juga berdepan dengan kesusahan kerana mereka menjadi sasaran peras ugut komunis bagi mendapatkan wang dan keperluan lain. Wang yang dikumpul dari perbuatan peras ugut yang dilakukan oleh komunis adalah sumber penting bagi mereka meneruskan perjuangan di Tanah Melayu. Sekiranya mereka tidak menyerahkan wang itu kepada komunis, maka keselamatan diri, keluarga, kedai dan perniagaan mereka berada dalam keadaan bahaya.

Komunis akhirnya bangkit semula di Semenanjung Tanah Melayu pada lewat 1960-an dan bergerak aktif sehingga akhir tahun 1970-an. Pada Jun 1968, komunis mengambil keputusan untuk kembali semula ke Semenanjung Tanah Melayu dan memulakan gerakan bersenjata buat kali kedua.

Masalah komunis tersebut telah mendatangkan kesusahan, gangguan dan tekanan kepada kehidupan penduduk. Pada masa yang sama, ia juga menimbulkan masalah besar kepada pihak kerajaan dalam usaha menghapuskan gerakan komunis. Walau bagaimanapun, ancaman komunis akhirnya dapat diselesaikan apabila komunis bersetuju berunding dan seterusnya menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan pada 2 Disember 1989.

Serang hendap di Kelian Intan

Pada  10 September 1947, peristiwa berlaku pada jam 7.30 pagi membabitkan serangan pengganas ke atas sebuah lori dan dua bas yang membawa anggota polis. Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban, manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah. Segerombolan pengganas komunis dikatakan melepaskan tembakan bertubi-tubi selama 10 minit, merampas harta penumpang dan mengacukan senapang kepada mereka.

Serangan komunis di Bukit Tangga, Jelebu

Pada 1 Disember 1949, 16 anggota polis maut dalam serang hendap komunis ketika dalam perjalanan pulang membawa duit gaji polis dari Seremban ke Jelebu.  13 anggota polis tercedera mangsa kekejaman tersebut sebelumnya ditawan serta diikat secara tergantung dengan kaki di atas dan kepala ke bawah dengan tujuan menyeksa mangsa manakala tiga mayat anggota yang terkorban disusun di atas lantai trak sebelum dibakar hidup-hidup. Jeritan mangsa-mangsa kedengaran sebelum kesemua mereka  mati hangus dijilat api. Kira-kira 100  orang pengganas Melayu dan Cina terlibat dalam penyerangan tersebut.

Serangan di Kampung Kongkoi, Jelebu

Pada 7 Januari 1950, seramai 15 orang pengganas komunis yang diketuai Khidzir telah menangkap, menyiksa, menyalib dan mengelar dan kemudiannya membunuh Abdul Aziz, Ketua Kampung Kongkoi di Kenaboi, Jelebu berserta dua orang anak buahnya. Di dalam kejadian tersebut pengganas yang kebanyakannya Indonesia serta beberapa orang Cina telah membunuh 3 orang Melayu termasuk penghulu tersebut, keraninya dan bapa mertua kerani tersebut sebelum rumahnya dibakar dan beberapa laras senjata api dibawa lari. Berikutan kejadian tersebut, pihak polis melancarkan gerakan mengesan, memburu dan menggempur kem pengganas-pengganas komunis di sekitar Jelebu.

Serangan di Kampung Simpang Tiga, Setiawan, Perak

Pada 4 Februari 1950, kira-kira 80 pengganas komunis menyerang dan membakar kampung yang mengakibatkan 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Peristiwa Bukit Kepong 

Pada 23 Februari 1950, 150 pengganas komunis yang diketuai Mat Indra menyerang balai polis pada jam 4.30 pagi. Tragedi memilukan ini mengorbankan 23 mangsa membabitkan 13 anggota polis, enam pengawal kampung, tiga wanita dan seorang kanak-kanak.

Anggota polis Balai Bukit Kepong bergambar sebelum kejadian serangan oleh pengganas komunis dalam pada 23 Februari 1950


Balai Polis Bukit Kepong dibakar ketika pertempuran yang berlaku itu



Serang hendap di Sungai Semur, Kelantan

Pada 25 Mac 1950, pertempuran antara kira-kira 250 pengganas komunis dengan platun Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja berjumlah 25 orang. Serangan berlaku pada jam 10.30 pagi ketika platun berkenaan menyusuri sungai. Sejumlah 17 orang anggota tentera terbunuh dengan lapan cedera.

Kedudukan askar Melayu ketika diserang hendap oleh komunis dari dua arah di Sg. Semur

Askar Melayu mengumpulkan bahan-bahan rampasan daripada pihak komunis

Pengiktirafan kerajaan ke atas jasa-jasa mereka mempertahanan negara dalam pertempuran di Sg. Semur, Kelantan


Serangan hendap komunis di hutan Jelondong, Jelebu

Kejadian yang berlaku pada 18 April 1951 di hutan tersebut, jelas mempamerkan sikap kejam, keperongosan dan kebiadapan keterlaluan militan komunis cina terhadap mayat 7 orang Askar Melayu, selepas mereka semua dibunuh. Mangsa yang terkorban dicincang lumat, sehingga tidak dapat dikenalpasti identiti mereka, hinggakan kesemuanya terpaksa dikebumikan di tempat kejadian.



Serang hendap di Kroh, Kedah

Pada 17 Jun 1968, komunis memulakan serangan pertama di Semenanjung dengan melintasi sempadan dari selatan Thailand. Mereka melakukan serangan hendap ke atas pasukan keselamatan  Malaysia di Kroh yang menyebabkan 17 orang anggota keselamatan terkorban.

Keadaan Trak -trak polis hutan yang diserang hendap oleh komunis ketika mereka bergerak melalui satu selekoh jalan raya dekan Kroh, berhampiran sempadan Perak-Thai


Senarai anggota polis yang terkorban dalam insiden serang hendap oleh komunis di Kroh



Serang hendap di Bukit Kayu Hitam, Kedah

Pada 18 Jun 1975, lapan orang anggota Pasukan Polis Hutan telah terbunuh dalam satu kejadian serang hendap komunis di sempadan Malaysia-Thailand, iaitu di kawasan berdekatan Bukit Kayu Hitam. Anggota polis hutan Malaysia yang terkorban ialah MM Maan bin Ahmad Sirat, MM Suparman bin Masron, MM Alizar bin Suruman, MM Mohd. Zahid bin Jumaat, MM Madiun bin Abdul Wahab, MM Abu Nordin bin Ibrahim, MM Saian bin Salimin dan MM Mohd. Nor bin Tumin dari Batalion Ke-6 Pasukan Polis Hutan Kuala Lumpur. Kejadian itu turut menyebabkan tiga orang kakitangan Jabatan Ukur Malaysia dan empat orang anggota Pasukan Peronda Sempadan Polis Thai terkorban. Di samping itu, tiga lagi anggota Pasukan Polis Hutan Malaysia dan dua orang polis Thai cedera. Kejadian itu berlaku ketika tiga orang kakitangan Jabatan Ukur sedang menjalankan kerja mengukur di daerah Kubang Pasu berdekatan sempadan Thai-Malaysia dengan dibantu oleh Pasukan Polis Hutan.

C. Serangan ke atas Balai polis, Infrastruktur, dan Pusat ekonomi milik British

Pelbagai bentuk kegiatan kejahatan dan keganasan dilakukan oleh komunis. Antaranya, komunis melakukan serangan ke atas orang awam dan pasukan keselamatan serta balai polis. Komunis juga menyerang estet getah dan membunuh peladang Eropah serta mengganggu sistem perhubungan dan kemudahan asas. Semua kegiatan komunis itu adalah bertujuan supaya penduduk kehilangan keyakinan terhadap pentadbiran British, mengganggu kegiatan ekonomi dan pelaburan dan seterusnya menghalau orang British keluar dari  Tanah Melayu.

Serangan ke atas kampung Jeram Choh, Johor 

Pada 18 Jun 1948, kira-kira 20 pengganas komunis lengkap bersenjata melakukan serangan ke atas balai polis yang menyebabkan kerajaan mengalih langkah mengumumkan perintah darurat berkuat-kuasa serta-merta.

Tragedi lombong Batu Arang, Selangor 

Pada 12 Julai 1948, lombong ini ditawan komunis sebagai strategi melumpuhkan ekonomi negara. Ia bukan saja mengakibatkan operasi kilang terhenti, malah seluruh kilang dimusnahkan manakala lima pekerja berbangsa Cina terkorban.

Seluruh kuari arang batu dimusnahkan oleh pengganas komunis


Peralatan berat dan mesin-mesin turut dimusnahkan





Sabotaj ke atas kuari Sungai Gepai, Tapah, Perak 

Pada 19 Januari 1950, serangan membabitkan kira-kira 20 pengganas itu memusnahkan beberapa kenderaan dan peralatan kuari.

Serang hendap kereta api, Tampin, Negeri Sembilan

Pada  14 November 1951, serangan ini mengorbankan empat orang awam, termasuk pemandu kereta api, K Vettivelu. Kejadian berlaku pada waktu malam ketika kereta api berkenaan berada kira-kira sebatu dari Tebong berhampiran Tampin. Sabotaj dilakukan dengan mengalihkan landasan mengakibatkan kereta api tersasar, manakala sebahagian gerabak terbabas serta tergelincir kira-kira 10 meter ke bawah landasan. Kereta api itu ditembak bertubi-tubi sekali gus mencederakan 20 penumpang. Antara mangsa terselamat, termasuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan isteri serta dua putera baginda.

Sabotaj dilakukan terhadap kereta api dan pengangkutan awam yang lain untuk meningkatkan tekanan terhadap infrastuktur British

Pokok getah seluruh Tanah Melayu ditetak (1948 - 1951)

Ia adalah tindak balas pengganas komunis terhadap pemilik ladang yang enggan bekerjasama dengan mereka. Perbuatan menetak pokok juga bertujuan melumpuhkan ekonomi yang ketika itu banyak bergantung kepada hasil pengeluaran getah.

Sabotaj Kereta api di Padang Besar, Perlis

Pada 17 Februari 1975, sebuah keretapi barangan disabotaj oleh komunis di Rimbas Mas, 1½ batu selatan Padang Besar. Komunis memasang letupan di landasan keretapi yang mengakibatkan lima buah gerabak kosong terbalik dan kepala keretapi turut rosak. Di samping itu, komunis juga menyamun pekerja keretapi dan merampas wang tunai sebanyak $53. Komunis itu kemudian menyebarkan 34 keping risalah dakyah komunis kepada pekerja keretapi tersebut. Perbuatan komunis tersebut telah menyebabkan perjalanan keretapi tergganggu. Keretapi penumpang dari Butterworth ke Bangkok terpaksa berhenti di Arau dan penumpangnya meneruskan perjalanan dengan bas ke Padang Besar dan seterusnya menaiki keretapi lain ke destinasi mereka. Begitu juga dua perkhidmatan keretapi tempatan antara Alor Setar dengan Padang Besar turut tergendala. 

Jambatan Sungai Jarak diletupkan Komunis

Pada 9 Mac 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah jambatan di Sungai Jarak, dekat Tasek Gelugor, Pulau Pinang telah binasa akibat satu letupan besar malam tadi sehingga menyebabkan perkhidmatan keretapi dari Butterworth ke Utara tergendala. Kejadian tersebut adalah angkara sabotaj oleh anasir komunis, kata seorang jurucakap polis. Ini berikutan dengan penemuan sehelai bendera komunis, kain pemidang serta risalah-risalah yang tertulis dengan kad-kad anti-kerajaan di jambatan tersebut.

Jambatan Sungai Jarak di Pulau Pinang



D. Tindakan Balas British Terhadap Taktik Bumi Hangus Komunis di Malaya

Mulai tahun 1951, kerajaan bertindak melaksanakan Peraturan Darurat 17D untuk memutuskan hubungan penduduk Semenyih dengan pihak komunis.Jenderam merupakan petempatan ke-17 yang ditutup sehingga awal tahun 1951. Kebanyakan pengganas komunis Melayu yang beroperasi di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan datangnya dari pemuda Melayu Kampung Jenderam. Mereka ada pertalian persaudaraan atau berasal dengan tokoh komunis seperti Tan Malaka dari Sumatera, Indonesia. Pembersihan Jenderam oleh pihak tentera perlu dilakukan bagi memastikan tiada lagi kawasan mesra pengganas wujud sebelum darurat ditamatkan. 

Serangan waktu Subuh 15 Februari 1951 terhadap penduduk Jenderam dilakukan oleh lebih 1000 orang tentera serta dibantu oleh 3 kompeni Polis. Namun, kira-kira 30 hingga 40 orang penduduk Jenderam terlepas daripada serbuan Subuh tersebut kerana mereka berada di Kajang dan Kuala Lumpur ketika itu. Rata-rata penduduk Jenderam merupakan penoreh getah dan penanam padi. Mereka dipaksa berkumpul di suatu tempat yang ditentukan. Rata-rata mereka menunjukkan wajah keresahan  kerana kemungkinan mereka akan dibunuh ketika dikerah keluar dengan segera daripada kampung tersebut. 

Pemindahan penduduk dilakukan dengan mengangkut mereka menggunakan lori. Walau bagaimanapun, mereka  berasa lega apabila trak yang membawa mereka tiba di stesen kereta api Kajang dan mereka dimasukkan ke gerabak-gerabak. Namun, mereka langsung tidak mengetahui bahawa mereka akan dibawa  terus ke Kluang, Johor. Di bawah peraturan tersebut, seramai lebih daripada 1500 penduduk Melayu, Cina dan Indonesia di Jenderam, Sepang, Selangor dipindahkan ke kem tahanan Kluang, Johor. Sebuah kem tentera ditugaskan bagi mengawasi mereka di sana. Atas rasa tanggungjawab sebagai seorang pemimpin, Allahyarham Abdullah bin Hussin, Ketua Kampung Jenderam Hulu, bersama isteri beliau turut berpindah ke Kem Kluang walaupun dikatakan beliau sekeluarga bebas daripada tindakan tersebut.

Penduduk Jenderam dipaksa berpindah ke Kluang kerana mereka bersimpati dengan perjuangan Melayu Haluan Kiri dan komunis



Ketika kerja-kerja pemunggahan barangan milik penduduk kampung tersebut, beberapa kejadian kecurian seperti kehilangan basikal dilaporkan. Berlaku kes-kes kecurian dari rumah-rumah yang ditinggalkan seperti guni-guni  berisi padi, tikar, mangkuk dan kuali. Namun kebanyakan kes itu diabaikan oleh pihak berkuasa.

Mulai 16 Februari 1951, Jenderam dengan keluasan 8 batu persegi (20 km persegi)  berubah menjadi kawasan seperti dilanggar garuda, sunyi sepi tidak berpenghuni. Pada awal rancangannya, Jenderam akan dimusnahkan oleh Tentera Udara untuk  mengelakkan kawasan ini menjadi tempat persembunyian dan markas komunis lagi. Namun pihak tentera menafikannya. Lima minggu kemudian, apabila Rancangan Brigg dilaksanakan, semua rumah penduduk kampung di Jenderam kecuali masjidnya telah dibakar, dan semua tanaman penduduk kampung dimusnahkan. Pemusnahan rumah oleh pihak tentera di Jenderam tidak akan diberi pampasan oleh pihak kerajaan seperti yang tertera dalam minit mesyuarat Pegawai Daerah Hulu Langat bertarikh 27 Jun 1952

E.  Sejarah Rusuhan Kaum di Malaysia

Penolakan orang Melayu terhadap propaganda komunis telah menyebabkan mereka menaruh perasaan benci terhadap agama Islam itu sendiri. Orang Melayu telah hilang kepercayaan terhadap orang Cina apabila komunis mula mengganggu urusan keagamaan di surau dan masjid.

Mentaliti Bumi Hangus ini tidak hanya terjadi dalam suasana perang sahaja. Mentaliti itu berterusan, diwarisi, menjadi keseharian kita. Antaranya ialah politik, ekonomi, pendidikan dan sosial kaum. Mereka mewarisi semangat revolusioner Bandung Lautan Api dengan visi yang mirip dengan Hulagu Khan.

Konversi agama Islam membuahkan polemik baru seperti masalah perceraian, hak penjagaan anak, pengurusan jenazah dan konflik antara keluarga  yang melibatkan hubungan inter etnik dan intra etnik khususnya yang berkait dalam kehidupan seharian.  Oleh itu, konversi agama Islam kerap kali memaparkan ketegangan yang berlaku di antara  ‘mualaf’, ‘ahli keluarga’ dan komuniti Muslim asal di persekitaran.

Perbezaan budaya dan agama di antara kumpulan NGO sering memanaskan hubungan etnik di Malaysia kerana atau kononnya banyak isu lapuk tidak diselesaikan secara perundangan seperti kes murtad, perkahwinan di antara agama dengan kedudukan status anak bagi mereka yang memeluk Islam. Rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang diisytiharkan oleh Mahkamah Syariah menyebabkan pihak keluarga bukan Muslim selanjutnya membuat notis rayuan di mahkamah Sivil.

Rusuhan Natrah (1950)

Isu murtad bukan hanya berlaku dalam kalangan komuniti asal Muslim sahaja, namun di sebalik isu yang dipaparkan di atas, hati kita pasti tersentak kerana timbul dalam kalangan Saudara Baru yang ingin kembali semula ke ajaran asal.

Rusuhan Agama ekoran keputusan mahkamah menyerahkan kembali kepada keluarga kandungnya yang beragama Kristian walaupun bemiau telah memeluk Islam dan bersuami dengan pemuda Islam

Rusuhan Natrah‟ berlaku pada 12 Disember 1950 ekoran mahkamah di Singapura menyerah Natrah yang sudah diIslamkan kepada ibu bapanya di Belanda, dan seterusnya dikembalikan kepada agama asalnya Kristian. Keputusan ini mengecewakan masyarakat Muslim di Singapura dan Tanah Melayu apabila Natrah akan dimurtadkan. Seramai 18 orang terbunuh manakala 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan pihak polis British. Selain daripada itu, warga British di Singapura telah diserang, bangunan dan kereta berhampiran padang berhampiran mahkamah telah dibakar.

Rusuhan Pulau Pinang (1957)

Peristiwa ini terjadi pada 2 Januari 1957, beberapa bulan sebelum Tanah Melayu merdeka. George Town diiktiraf sebagai Bandar Raya pertama di Tanah Melayu. Peristiwa ini bermula bila pihak British memberikan status Bandar Raya pada George Town dan perkara ni dapat banyak reaksi dari pelbagai pihak.  Maka berlakulah suasana panik, huru-hara dan rusuhan. Kesan dari peristiwa itu, dilaporkan 4 terbunuh dan 48 cedera.        

Rusuhan Pangkor (1959)

Konflik antara orang Melayu dan Cina di Pulau Pangkor memang dah lama ada, terutamanya melibatkan samseng Cina dan samseng Melayu. Masalah dan konflik bermula bila berlakunya pergaduhan antara seorang Melayu dan seorang Cina di Sungai Pinang, Pulau Pangkor. Pergaduhan tu merebak sampai jadi pergaduhan kaum, tapi keadaan masih terkawal apabila polis berjaya mematahkan rusuhan. Sehari selepas tu, seorang imam masjid dalam satu mesyuarat mencadangkan orang Melayu agar membuat kawalan keselamatan. Keadaan tu dah disalah anggap oleh orang Cina sehingga mereka panik dan membawa senjata. Orang Melayu pun mula panik dan berbuat perkara yang sama. Hasilnya berlakulah rusuhan yang mengorban kedua-dua pihak. Kerajaan selepas itu mengambil tindakan perintah berkurung di Pulau Pangkor. Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan beberapa orang menteri lain, pun datang melawat Pulau Pangkor. Mereka datang untuk memberi nasihat kepada masyarakat di situ supaya bertenang, agar dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian di pulau tersebut.

Rusuhan Bukit Mertajam (1964)

Kejadian berlakunya pergaduhan antara seorang Melayu dan seorang Cina dekat pasar Bukit Mertajam. Akibatnya, berlakulah pergaduhan antara kumpulan Melayu dan kumpulan Cina di sana. Akibatnya seorang Melayu dan seorang Cina yang tercedera. Keadaan bertambah parah apabila orang Melayu yang cedera itu meninggal  keesokan harinya. Maka terjadilah rusuhan, serang-menyerang dan bakar membakar. Dilaporkan seorang Cina terbunuh dan beberapa lagi cedera. Kerajaan selepas itu mengambil tindakan perintah berkurung di Bukit Mertajam selama 10 hari bermula dari 14 Julai 1964.  Rusuhan ini dikatakan tiada kaitan dengan mana-mana parti politik, tapi ajen kongsi gelap dipercayai bertanggungjawab menakut-nakutkan masyarakat untuk mengutip wang perlindungan.

Rusuhan Pulau Pinang (1967)

Pada Jun 1967, Malaysia memperkenalkan matawang baru (mula-mula dipanggil sebagai M$ kemudian ringgit) di samping mata wang lama (Malaya & British Borneo Dollar). Namun, pada November 1967, nilai Pound British turun, jadi mata wang lama pun turun sekali. Yang peliknya, matawang Ringgit yang baru tidak jatuh. Keadaan ni membuatkan rakyat marah, apatah lagi ramai sebenarnya yang hidup dalam kemiskinan. Pihak komunis menggunakan peluang ini untuk membangkitkan perasaan anti penurunan nilai mata wang dengan mengadakan tunjuk perasaan haram dan menghasut rakyat. Akibatnya, berlakulah pertempuran antara orang Melayu dan Cina kat negeri itu. Dilaporkan 29 terbunuh dan 200 cedera akibat rusuhan tersebut. Rusuhan ini dianggap sebagai titik permulaan pergaduhan kaum di Tanah Melayu/Malaysia. Pergaduhan ini akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila peristiwa 13 Mei 1969 mengambil tempat.

Keadaan di bandar Pulau Pinang selepas rusuhan berlaku

Bas awam menjadi mangsa rusuhan di Pulau Pinang




Peristiwa 13 Mei 1969 

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Babak hitam dalam sejarah antara kaum di Malaysia memberi kesan kepada banyak perkara di negara kita.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan dan 211 kenderaan musnah manakala statistik jumlah kematian melibatkan kaum ialah Melayu seramai 86 orang, Cina 342 orang dan lain-lain seramai 3 orang.

Orang Cina berkumpul meraikan kemenangan mereka dalam PRU tahun 1969 yang membawa kepada rusuhan kaum terbesar dan dahsyat di negara kita pada 13 Mei 1969

Perarakan yang mencetuskan rusuhan kaum di Kuala Lumpur


Api kemarahan akibat sentimen perkauman dimainkan oleh kedua-dua pihak



F.   Perang Psywar Politik Antara Kaum di Malaysia

Apabila sesuatu kerajaan yang baharu dibentuk setelah memenangi pilihanraya, sama ada Pilihanraya Umum (PRU) atau Pilihanraya Negeri (PRN), malah Pilihanraya Kecil (PRK) sekalipun, pasti strategi Bumi Hangus ini akan dijalankan secara halus.  Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, hatta YB Adun juga akan melakukan perombakan menyeluruh. Profesionalisme hanyalah pemanis bibir. Timbangannya bukan soal kinerja dan prestasi. Tapi, “orangku” atau “orangnya”.

Adalah sangat jelas apabila sebuah parti politik berbilang kaum di Malaysia tetapi dianggotai majoritinya kaum Cina mengamalkan dasar ini sebagai strategi jangka panjang dengan memainkan sentimen perkauman melampau sejak sekian lama. Menyuburkan fitnah dan mencipta persepsi serta pembunuhan karakter demi menjatuhkan musuh politiknya. Ini termasuklah memanipulasi dan membangkitkan perasaan benci dalam kalangan masyarakat Cina terhadap kaum Melayu. Mereka berterusan melaksanakan Dasar Bumi Hangus ke atas negara ini dan mereka tidak pernah berhenti sesaat pun dalam mengamalkan dasar tersebut. Matlamat melakukan 'total damage' pada kredibiliti parti Islam dan parti orang  Melayu adalah supaya mereka dapat ke Putrajaya.

Barisan pemimpin muda Melayu di bawah panji DAP


Pentomen Pengganas Komunis dalam perbarisan Polis di Ibu Negara

Pemimpin DAP begitu bangga mengenakan seragam Bintang Tiga dalam program menghargai pengorbanan kaum keluarga mereka 'membebaskan' negara daripada cengkaman British


Jasa 300 bekas 'pejuang' pembebasan negara diraikan dalam satu majlis di Kajang oleh parti DAP







Serangan dilakukan dari dua penjuru, melabelkan PAS sebagai Taliban yang ekstremis dan para pemimpin Melayu dari Perikatan Nasional (PN) yang korup yang menyebabkan negara mengalami defisit kewangan yang kini bernilai RM 1.5 trillion, akibat ketirisan dan rasuah. Tanpa bukti yang kukuh, mereka mengheret pemimipin-pemimpin musuh  ke mahkamah. Mereka mendahului mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap musuh politik mereka. Mereka menggunakan rakan-rakan sehaluan mereka daripada parti yang menjadi saingan kepada PAS untuk memecahbelahkan perpaduan ummah yang diperoleh PAS dan PN dalam PRU 15 yang lalu. 

Pas kini digeruni musuhnya DAP kerana berjaya menyatukan 90% orang Melayu di bawah panjinya dan Perikatan Nasional (PN)

Mereka cuba memberi kata dua kepada para pengundi dan masyarakat umum di Malaysia: 

Pilih kami atau hadapilah Malaysia yang ekstremis, yang tidak selari dengan cara hidup mereka  dan  para pemimpin Melayu yang korup.

Sebelum PRU 14, aset negara adalah kukuh, ekonomi negara adalah kedua terbaik di rantau ini, di belakang China. Pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah dengan kadar KDNK 5.9%, antara yang terbaik di dunia (ranking ke-23 daripada 137 negara dunia). Agensi penarafan antarabangsa, Moody’s, Standard & Poor, dan Fitch Group Ratings juga mengekalkan penarafan kredit Malaysia dengan unjuran yang amat stabil pada skor A bagi tahun penilaian 2017. Indeks Daya Saing Global (GCI) 2017-2018 pula menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-23 paling berdaya saing daripada 137 negara dengan perkhidmatan awam Malaysia juga mendapat pengiktirafan antarabangsa. Nilai Ringgit Malaysia berbanding USD ketika itu adalah USD3.0, antara yang terbaik dalam sejarah.

Namun hari ini, setelah PRU 15, ketika mereka memerintah kini, nilai Ringgit jauh lebih rendah. Malahan amat memalukan apabila nilai Bath Thailand naik berganda lebih baik daripada Ringgit. Bursa saham Malaysia adalah terburuk di dunia, pelabur asing lari meninggalkan Malaysia. Cukai-cukai baru diperkenalkan, kos sara hidup meningkat, tarif air dan elektrik meningkat, harga rumah dan hartanah melambung tinggi, penjawat awam dibuang kerja, banyak kilang ditutup, kadar pengangguran kaum Melayu meningkat naik, garis aras kemiskinan juga terus meningkat. Mereka meletakkan punca kemerosotan ini kepada pimpinan terdahulu.

Setelah membentuk kerajaan dan kekuasaan 2/3 majoriti di Parlimen milik mereka, mereka kini beralih ke Fasa Kedua Strategi Bumi Hangus ciptaan mereka. Membentuk Malaysia Baharu. Pihak kafir sudah mula mempersoalkan Ketuanan Melayu dan Islam. Mereka yang kini menguasai kerajaan mahu pelembagaan negara dipinda agar hak-hak Istimewa Bumiputera di bawah pasal 142 ditiadakan, serta kesamarataan hak untuk semua rakyat tanpa diskriminasi dan prejudis diberikan. Kontrak Sosial hanyalah cerita sejarah yang perlu dimuziumkan, hujah mereka. Mereka mahukan kebebasan sebagaimana yang diamalkan di Barat. Tanpa halangan. Kebebasan Mutlak. Jangan dipersoalkan pegangan agama mereka. Jangan dipandang serong golongan LGBTQ ini. Murtad mesti dibenarkan. Azan dihadkan hanya dalam dewan solat sahaja. Singapura menjadi model masyarakat utopia mereka. Pribumi terus terpinggir di tanah air warisan mereka sendiri.

Wow, permintaan mereka begitu mencabar ummah, sensiviti ummah, malah kelangsungan agama! Kita kini dalam mod survival dan defensif. Takrifan kafir Zimmi dan Harbi kini begitu kabur. Mereka mahukan perdamaian dalam sebuah negara umat Islam, namun mereka meminta perkara-perkara yang mencabar umat Islam. Mungkin jika tiada usaha pengamanan dari pelbagai pihak termasuk polis, tentera, pemimpin politik dan institusi istana, sudah pastilah bibit perkauman, perbezaan agama dan ideologi ini akan membawa rusuhan, kekacauan, huru hara malah perang saudara di bumi tercinta ini.

Amalan politik mereka seperti misi Hulagu Khan yang sekadar menghancur-leburkan wilayah taklukan dan menghapus peradabannya. Orientasi kekuasaannya bukan untuk melestarikan peradaban dan kehidupan yang lebih baik. 

G.     Langkah-langkah Penyelesaian Masalah Perkauman

Konflik agama dianggap isu yang sangat sensitif yang akan membukukan perasaan tidak puas hati dan; boleh membangkitkan kemarahan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Seandainya permasalahan yang berkisar konflik antara agama ini tidak ditangani dengan baik pastinya ia akan membuahkan ketegangan yang memuncak di antara kaum di Malaysia. Sekali gus ia akan mengulangi detik-detik hitam yang melakarkan sejarah hubungan antara kaum di Malaysia.

Kesan pemberontakan komunis mencipta sentimen benci di antara kaum, khususnya Melayu dan Cina. “Angka korban darurat dianggarkan mencecah 2,542 orang membabitkan semua kaum terutama Melayu dan Cina. Matlamat awal mereka untuk memerangi kuasa Jepun sebaliknya melahirkan gerombolan gerila yang berniat jahat menimbulkan huru-hara.

Pergaduhan Melayu-Cina telah menyedarkan British, sultan dan pemimpin masyarakat mengenai kepentingan diwujudkan perdamaian. Mengambil kira permasalahan yang berlaku yang melangkaui agama dan budaya, hubungan yang berteraskan dialog kehidupan wajar disuburkan khususnya apabila masyarakat multietnik berkongsi tempat tinggal, pendidikan dan pekerjaan. Peristiwa ini juga turut memberikan pengajaran mengenai kegagalan penjajah membina formula keharmonian kaum.

Oleh yang demikian, British mula merangka pelan pemulihan sekembalinya mereka ke Tanah Melayu. Langkah segera yang dilakukan ialah dengan pengasasan British Military Administration (BMA). Agenda memulihkan kembali keharmonian kaum menjadi keutamaan British kerana keadaan yang aman dan selamat diperlukan bagi memulihkan ekonomi selepas perang. Oleh yang demikian, perancangan untuk mewujudkan hubungan baik di antara kaum dengan memupuk kerjasama di kalangan penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu mula diberikan perhatian. Proses memulihkan keharmonian kaum juga dilaksanakan dengan penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Cina yang menjadi sebuah badan pelindung dan penasihat kepada semua perkara yang berkaitan dengan hal ehwal orang Cina.

Walaupun pelbagai hujah dikemukakan tentang penyebab kepada peristiwa 13 Mei 1969, tetapi satu perkara yang tidak dapat kita nafikan adalah ketidak-seimbangan sosio-ekonomi (terutamanya kepada golongan majoriti Melayu) dan taburan ruangan masyarakat menjadikan rusuhan kaum begitu mudah meletus. Walaupun rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 tersebut bersifat tempatan tetapi impaknya dirasai sampai ke seluruh pelusuk negara. Impak daripada peristiwa tersebut juga menjadikan semua pihak tidak lagi memandang isu hubungan antara kaum di Malaysia sebagai isu yang remeh sebaliknya ia perlu diberi perhatian yang serius dan segala masalah yang boleh membawa kepada masalah ketegangan kaum perlu ditangani dengan sebaik mungkin.

Proses asimilasi dan sosialisasi antara kumpulan kaum yang berlainan ini lebih mudah berlaku apabila mereka berkongsi tempat tinggal atau kejiranan yang sama. Sebabnya, peluang untuk dua atau lebih kaum yang tinggal dalam kawasan kejiranan yang sama bertemu dan berinteraksi jauh lebih baik berbanding mereka yang tinggal secara terpisah. Tinggal dalam kawasan kejiranan yang sama memungkinkan pelbagai kaum berkongsi kawasan rekreasi, taman permainan, pusat sukan, pasar, kedai runcit dan pelbagai lagi kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kerajaan. Dengan cara berkongsi ruang dan tempat yang sama, sikap tolerasi dan memahami budaya, agama dan cara hidup antara kumpulan kaum yang berbeza ini dapat ditingkatkan, dan sikap prejudis dan memusuhi antara kaum jika tidak dapat dihapuskan sepenuhnya pun setidaktidaknya ia dapat dikurangkan.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas pelbagai pihak mengakui wujud segregasi kaum yang amat ketara semasa Malaysia berada di bawah penjajahan British. Bagi negara yang penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia, perpaduan masyarakat amat rapuh. Kegagalan dalam mengagihkan kekayaan secara adil dan ditambah pula dengan ketiadaan dasar untuk mengintegrasikan antara kelompok masyarakat yang berbilang kaum ini boleh menyebabkan berlakunya rusuhan kaum.

Justeru itu, pada tahun 1971 di bawah pentadbiran perdana menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan. Keberkesanan dasar kerajaan dalam menyusun semula masyarakat adalah menerusiperlaksanaan DEB yang bermula pada tahun 1971 dan tamat pada tahun 1990. Dasar ini kemudiannya diteruskan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang bermula pada tahun 1990. Perlaksanaan dua dasar penting ini dilihat berjaya menarik kaum Melayu untuk berhijrah ke kawasan bandar seperti Ipoh, Taiping dan bandar-bandar lain yang terdapat di Negeri Perak yang majoriti penduduknya terdiri daripada kaum Cina.

Penyediaan banyak peluang pekerjaan di sektor awam di bandar-bandar telah membolehkan kaum Melayu mengisi pekerjaan ini dan tinggal di kawasan bandar. Ditambah pula dengan sokongan pinjaman perumahan daripada pihak kerajaan kepada pekerja sektor awam membolehkan kaum Melayu membeli rumah di kawasan bandar.

Di samping itu, kemajuan dalam bidang pendidikan yang dikecapi oleh kaum Melayu menerusi DEB membolehkan kaum Melayu bersaing dengan kaum-kaum lain dalam persekitaran bandar yang mencabar. Jika sebelum ini (di bawah penjajahan British) peluang pendidikan yang diberikan kepada kaum Melayu adalah terhad tetapi menerusi DEB banyak anak-anak Melayu diberikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi melanjutkan pelajaran samada di dalam atau di luar negtara. Keadaan ini membolehkan, anak-anak Melayu memperoleh tahap pendidikan yang tinggi dan seterusnya menjawat jawatan yang lebih baik.

Perubahan pemikiran dan sikap dalam kalangan orang-orang Melayu yang sebelum ini lebih berminat untuk tinggal di kawasan luar bandar berbanding kawasan bandar. Sikap untuk memajukan diri dan terlibat dalam aktiviti perniagaan telah mendorong orang-orang Melayu untuk berhijrah ke kawasan bandar dan tinggal secara bersama dengan kaum-kaum lain. Dalam kes kaum Cina pula, mereka sejak dahulu lagi memang dikenali sebagai kaum peniaga. Oleh itu, kawasan-kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai ditambah dengan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan mempengaruhi mereka untuk berhijrah ke kawasan-kawasan baru dan tinggal dengan kaum-kaum yang lain. Bagi kaum India pula, penutupan banyak kawasan estet menyebabkan mereka terpaksa berhijrah ke kawasan baru dan tinggal bercampur dengan kaum-kaum lain.

Melalui peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sebagai sebahagian daripada dokumen Perlembagaan Negara Malaysia), Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu mempunyai kuasa Pengimbang yang mana, melalui budi bicara baginda sekelian, boleh meredakan sebarang konflik atau ‘stand-off’ yang wujud antara berbagai-bagai parti poltik yang bercanggahan ideologi itu. Perkara ini telahpun dibuktikan dalam kemelut politik di negeri Perlis, Selangor, Perak dan Terengganu selepas pilihanraya umum yang  ke-12 pada bulan Mac 2008.

Peranan Raja Melayu mula berubah selepas 8 Mac (pilihanraya PRU 12) apabila menggunakan kuasa perlembagaan yang diperuntukan kepada baginda untuk mempengaruhi secara aktif dalam perkara penubuhan kerajaan bersama dan perlantikan  menteri-menteri besar di  Perak, Perlis, Terengganu dan Selangor.

Dalam kedudukan Raja Melayu yang neutral, baginda berupaya menghalusi semua sudut pandangan dalam situasi-situasi tertentu. Raja-raja Melayu perlu campurtangan jikalau ahli-ahli politik sibuk bertelingkah dan membaling-baling kerusi di antara satu sama lain dan kita rasa rakyat jelata merasa lega apabila kita (Raja-raja Melayu) masuk campur (meredakan konflik).

Kuasa pengimbang yang ada pada Raja-raja Melayu inilah yang mampu meredakan sebarang konflik-konflik bukan sahaja yang bersumber dari percanggahan-percanggahan parti-parti politik yang berbagai ideologi dan karenah masing-masing, malahan juga daripada konflik-konflik perkauman yang sesekali tercetus dalam sejarah kehidupan msayarakat negara ini  semenjak berkongsi satu bumbung tanah air.

RUMUSAN

Sememangnya kekejaman Bintang Tiga yang mengambil alih pemerintahan selama empat belas hari telah menjadi antara faktor pencetus kepada pergaduhan Melayu-Cina. Komunis telah berperanan sebagai penyokong kepada perjuangan British khususnya ketika pemerintahan Jepun. Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang berpusat dalam hutan telah keluar dan memaksa penduduk kampung menjadi penyokong dengan mengenakan yuran dan membekalkan bahan makanan. Penghulu dan ketua kampung dipaksa menjadi anggota Anti Japanese Union (AJU), dan mereka dipertanggungjawabkan mengumpul cukai daripada penduduk kampung.

Sejarah membuktikan bahawa sehingga 13 Mei 1969 terdapat sekurang-kurangnya 21 peristiwa pergaduhan kecil dan besar yang melibatkan hubungan Melayu-Cina. Pegangan komunisme dan anaknya sosialisme merupakan sesuatu yang bertentangan dengan jalan hidup seorang Muslim sejati. Kalau dahulu, komunisme ini bersifat anarki, memberontak, mencabar status-quo, merangsang orang ramai memilih jalan revolusi, bukannya diplomasi kini pendekatan mereka berbeza. Mereka mengalu-alukan liberalisme sosial dan pluralisme  agama termasuk LGBT yang juga bertentangan dengan kehendak agama Islam. Mereka menyertai politik melalui parti berbilang kaum dan agama, tetapi mereka juga tidak mengutuk aktiviti anarki politik jalanan, seolah-olah restu mereka buat pengganas jalanan ini.

Atok hendak korang banding-bandingkan perjuangan komunisme mereka dengan gerakan zionisme, memang banyak sekali persamaan. Pertama, mereka merupakan kaum pendatang, Cina (Jews of the East) dan Yahudi Zionis. Kedua, mereka datang beramai-ramai sehingga menjadikan mereka hampir atau majoriti suatu ketika di tempat atau negara mereka menumpang. Ketiga, mereka melakukan gerakan subversif, menentang pemerintahan sedia ada sehingga memporakperandakan kestabilan sosial, ekonomi dan geo-politik tempatan. Mereka mengangkat senjata menentang kerajaan. Keempat, mereka melakukan kezaliman ke atas penduduk tempatan sehingga terkeluar daripada batas-batas kemanusiaan. Mereka memaksa dan akan terus memaksa anak-anak negeri menerima ideologi mereka. 

Sesuai dengan maksud Islam yang bererti kesejahteraan, Islam tidak menggalakkan peperangan. Namun peperangan dibenarkan untuk menyelamatkan manusia daripada jurang kekafiran. Hal ini dibuktikan dengan banyaknya pertikaian-pertikaian hingga menyebabkan peperangan. Penyerangan-penyerangan yang tak kenal kemanusiaan merenggut banyaknya nyawa, merosak bangunan-bangunan atau bahkan hancur luluh sehingga rata dengan tanah. Memang Islam adalah agama rahmatan lil ‘alamin. Dalam al-Quran telah dijelaskan bagaimana etika-etika berperang, jiwa yang penuh dengan rasa peri-kemanusiaan dijunjung tinggi. Melihat begitu pentingnya etika-etika tersebut, yang harus dijunjung tinggi.

Berbanding orang-orang bukan Islam, umat Islam seharusnya melihat kepada segala-galanya dari dua sudut pandangan  iaitu pandangan zahiriyyah dan pandangan batiniyya. Melalui pandangan batiniyyah, segala-galanya akan dilihat daripada perspektif ajaran  Islam yang hakikatnya adalah kehendak Allah dan RasulNya. Alim ulama perlu dirujuk bagi mendapatkan pandangan-pandangan mereka  sebagaimana  yang diamalkan dalam pemerintahan tradisional Melayu

Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains,perubatan dan kejuruteraan. Tujuannya supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain, bahkan fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang Islam yang mempelajarinya.

Tentera Islam digerakkan atau dibentuk sebaik sahaja ada ancaman. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, baginda sendiri terpaksa membentuk tentera tatkala menghadapi ancaman Quraisy yang mencetuskan Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Ahzab. Hal yang sama dilakukan apabila Rom mengancam di sempadan Ghassan, tentera Islam digerakkan sehingga mencetuskan Perang Mu’tah dan Perang Tabuk. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, penduduk Mesir (kaum Qibti) memohon bantuan agar tentera Islam membebaskan Mesir daripada kezaliman Rom, lalu Khalifah Umar menghantar  tentera yang dipimpin oleh Amru bin al-As yang membawa kepada pertapakan Islam sepenuhnya di bumi Mesir. Mudah-mudahan Allah memberi kemenangan kepada kita yang membela agamaNya, seterusnya memungkinkan pelaksanaan sepenuhnya hukum dan syariat Islam di bumi Malaysia. Wallahu 'alam.

RUJUKAN:






Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...