Memaparkan catatan dengan label MISTIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MISTIK. Papar semua catatan

Ahad, 27 Februari 2022

RITUAL PELIK BOMOH, PAWANG DAN DUKUN DI JUGRA


Salam buat semua. Semoga kalian diberi kurniaan oleh Allah yang amat luas PemberianNya. Apa khabar? Semoga sihat selalu, bertambah keimanan dan ketakwaan.  Atok dah naik rimas dengan paksaan mengambil dos penggalak ini. Mula-mula dikatakan tidak dipaksa. Semuanya atas kerelaan sendiri. Kemudian keluar pula arahan kepada semua masjid dan surau, hanya yang sudah lengkap tiga dos vaksin (termasuk dos penggalak) dibenarkan masuk dan berjemaah di masjid atau surau. Yang tak lengkap walaupun dua dos TIDAK dibenarkan masuk!. Wow, cantiknya bahasa! 

Bayangkan tak boleh masuk masjid bererti tak boleh solat berjemaah harian, solat Jumaat, solat Tarawih, solat dua Hari Raya dan sebagainya. TAK BOLEH! Atas perintah MUFTI dengan perkenan SULTAN. Atok tak tahu nak cakap apa, pasal yang buat arahan sedemikian orang-orang yang diamanahkan menjaga agama. Beristighfar panjang sahaja yang Atok mampu lakukan.

Entri Atok yang lepas menceritakan sisi gelap Jugra suatu ketika dahulu. Begitulah realitinya, walaupun pahit untuk ditelan. Aduh, janganlah korang menuduh Atok keterlaluan dalam menulis, seolah-olah Atok mengkafirkan semua orang di Jugra ketika itu! Atok tidak bermaksud sedemikian, cuma Atok menyampaikan apa yang cuba diluahkan oleh para agamawan ketika itu, yang sedih melihat keadaan umat Islam yang bergelumang dengan dosa terbesar dalam Islam, iaitu mensyirikkan Allah. 

Apa yang berlaku di Jugra ini sebenarnya berlaku di dalam mana-mana masyarakat Melayu yang mengaku Islam di alam Nusantara ini. 

Entri kali ini pula masih mengenai bomoh, pawang dan dukun, di Jugra juga, tetapi kali ini Atok fokuskan penceritaan tentang amalan pelik dalam ritual pembomohan  yang terang-terang syirik dan menyesatkan. Atok berikan contoh-contoh kejadian nyata yang tercatat dalam sejarah di Jugra berdasarkan kajian ilmiah, bukan cerita-cerita lisan penduduk tempatan di Jugra pada awal kurun ke-20. 

Harap tiada sesiapapun yang tersinggung dengan penulisan ini kerana bukan niat Atok hendak memalukan sesiapa, baik dirinya ataupun keturunannya. Hanya sekadar menjadi iktibar buat kita semua untuk kembali ke pangkal jalan mengikut landasan Islam sebenar, andainya kita tersedar setelah ditipu Iblis, Syaitan dan golongan Jin jahat Laknatullah ini.

Jadi, sebelum Atok mulakan penulisan ini, maka ada baiknya Atok  lampirkan di sini sebagai perbandingan, amalan pembomohan  yang tidak bercanggah dengan Islam. Seterusnya, kemudian Atok bawakan realiti kejadian pembomohan khurafat dan penuh kesyirikan di Jugra, sebelum Atok tutup penulisan ini dengan beberapa usaha dan tokoh yang berjaya mengubah minda atau pemikiran rakyat, terutama di Jugra, kembali ke jalan yang diredai Allah. So, buka fikiran anda sambil membaca penceritaan Atok ini. Seperti biasa, gambar dan bahan grafik dalam artikel ini BUKAN milik Atok, tetapi Atok 'pinjam' daripada kengkawan di internet. Semoga penyumbang gambar-gambar ini juga mendapat pahala daripada Allah SWT.

Apakah syarat-syarat perbomohan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam ? Untuk memastikan amalan perbomohan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, perkara-perkara berikut perlu dikenal pasti :

  • Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifatNya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah, atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya. 
  • Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh daripada Rasulullah SAW, para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya. 
  • Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti wali sheikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih dan lain-lain. 
  • Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran dan jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.
  • Tidak boleh menggunakan perbuatan “menurun”,memanggil roh orang mati atau sebagainya dalam kaedah perbomohan. 
  • Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembah sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.
  • Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan, atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran. 
  • Tidak boleh membaca mana-mana ayat al-Quran seperti songsang, Qui Hiwalah dan lain-lain. 
  • Tidak boleh menggunakan kitab al-Quran secara tidak wajar menurut syarat seperti menggantung al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu. Jika berpusing begini dan jika tidak, begini pula maksudnya. Semuanya ini termasuk menghina al-Quran (Istihza’).
  • Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan perbomohan.

Ulama bersepakat bahawa mempelajari sihir, mengajar serta mempraktikkannya adalah haram. Hatta berjumpa bomoh untuk mengubati sihir pun hukumnya adalah haram. Kenapa haram? Sebabnya perbuatan tersebut membawa kepada pergantungan kepada selain Allah iaitu jin syaitan yang membawa kepada syirik kepada Allah! Nauzubillah! Al-Quran juga diturunkan untuk dibaca dan dihafal, dibaca untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT dan membentuk jati diri mentaati Allah SWT. 

Ayat al-Quran bukan digunakan untuk digantung atau dijadikan tangkal mahupun azimat. Al-Quran digunakan untuk diamati maknanya, difahami tuntutannya, dipraktikkan hukumnya dan dijadikan panduan kehidupan untuk mendapat keredaan Allah SWT di dunia serta akhirat. Penggunaan tangkal untuk apa-apa tujuan sekalipun, sama ada rawatan, mengelak diri daripada kemudaratan ataupun sebagai pelaris adalah diharamkan kerana ia mengandungi elemen syirik. 

Kita hendaklah yakin bahawa Allah berfirman: “Dan kami turunkan al-Quran sebagai ubat kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman” [al-Isra’:82]. 

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya jampi mantera dan tangkal serta ilmu pengasih adalah syirik." (Sunan Abi Daud).     

Agama Islam amat menitikberatkan hal-hal yang berkaitan dengan akidah, syariah, dan akhlak. Menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, segala amalan dan kepercayaan yang tidak berlandaskan sumber asal iaitu al-Quran, Hadis, Ijma'', dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Oleh itu, amalan seperti penggunaan azimat atau tangkal sebagai penjaga diri, penjaga rumah, penunduk musuh, penarik rezeki, pelaris kedai, ilmu pengasih, dan sebagainya yang bercampur aduk dengan sihir juga dianggap menyeleweng daripada ajaran agama Islam. Amalan-amalan seperti ini dilabel syirik dan menyesatkan. Manakala perbuatan menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek objek tertentu yang kemudian dicampur aduk dengan ayat al-Quran adalah haram. 

Kesesatan yang telah dilakukan oleh Tok Bomoh yang menggunakan kaedah ini adalah terhadap dirinya sendiri, kerana jampi mentera yang digunakan itu mengandungi permintaan pertolongan kepada kuasa khadam dampingannya di samping meminta pertolongan daripada Allah, ini menunjukkan seolah-olah terdapat dua pihak yang berkuasa dan dapat memberi pertolongan kepada mereka, iaitu Allah s.w.t dan Khadam-khadam mereka. Perbuatan tersebut dengan terang-terang telah melakukan perbuatan syirik kerana menyama-tarafkan Allah s.w.t dengan makhluk lain dan meminta pertolongan kepada makhluk lain selain daripada Allah.

Perbuatan menggunakan azimat atau tangkal yang seperti objek-objek tertentu yang kemudian dicampur aduk dengan ayat al-Quran adalah haram. Tangkal dan azimat adalah budaya khurafat, tahyul dan syirik yang sering dipaparkan dalam rawatan tradisional. Tujuannya adalah untuk mengubati penyakit seperti sawan, cacing, demam, gangguan hantu syaitan, menolak bala dan lain-lain. Dalam masyarakat Malaysia, fetish atau tangkal dipakaikan pada kanak-kanak, untuk mengelakkan daripada ditimpa penyakit sawan dan lain-lain. Tangkal juga diletakkan depan pintu rumah supaya tidak dimasuki makhluk halus dan orang yang jahat (Jawiah, 2010).

Perawat yang membuat tangkal lazimnya menggunakan ayat al-Qur’an, gambar rajah, nombor, simbol dan perkataan Arab, yang mempunyai makna tertentu pada sesuatu. Kemudiannya dibalut kemas dan di asapkan dengan kemenyan lalu dipakaikan pada orang yang berhajat. Tangkal atau azimat banyak dipakaikan kepada anggota badan dan digantung pada pintu rumah kononnya bagi mengelak penyakit, gangguan dan bala. Inilah cara yang lazim menggunakan tangkal dan azimat.

Tangkal dan azimat adalah haram dan termasuk dalam perbuatan sihir dan syirik bertepatan dengan sabda Nabi (s.a.w) melalui Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: “Sesiapa yang mengikat suatu ikatan (tangkal), kemudian menghembus (menjampi) pada ikatan tersebut, ia telah melakukan sihir, sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah berlaku syirik. Sesiapa yang menggantung sesuatu (tangkal), maka dia telah bertawakal dengannya” (Riwayat Imam Nasa’i r.a.).

Syeikh ‘Atiyyah Saqar juga pernah mengucapkan “Sesiapa yang mempercayai sesuatu khurafat seperti kayu Koka (sebagai tangkal pelindung yang) dapat menghindarkan syaitan dan iblis, memurahkan rezeki dan menyembuhkan penyakit adalah pelaku syirik kerana segala itu adalah hak Allah (s.w.t) semata-mata” (Zaharuddin, 2011).

“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”.

1. Amalan Berpuasa dan Bertapa

Bomoh juga menggunakan puasa untuk mendapatkan kebal, kekuatan fizikal, mental, penyelesaian masalah dan penembusan ilmu ghaib, untuk menguatkan kerohanian dan sihir mereka ketika bertapa. Puasa ini berbeza dengan puasa yang dilakukan oleh umat Islam ketika dalam bulan Ramadhan atau pun puasa-puasa sunat. Pertapaan dan puasa ini biasanya dilakukan di tempat-tempat sunyi yang tinggi seperi di Gunung Ledang atau di bukit-bukit yang mempunyai batuan  atau pokok yang unik. Mereka dibolehkan hanya memakan  sedikit bertih beras selama bertapa.  Pawang Che Utus dari Jugra pernah bertapa di bukit Jugra selama 21 hari.  Biasanya amalan ini akan dilakukan secara berterusan pada tahun-tahun akan datang

Fasting, or the performance of religious penance, which is now but seldom practised, would appear to have been only undertaken in former days with a definite object in view, such as the production of the state of mental exaltation which induces ecstatic visions, the acquisition of supernatural powers (sakti), and so forth. The fast always took place, of course, in a solitary spot, and not unfrequently upon the top of some high and solitary hill such as Mount Ophir (Gunong Ledang), on the borders of Malacca territory. Frequently, however, much lower hills, or even plains which possessed some remarkable rock or tree, would be selected for the purpose. Such fasting, however, did not, as sometimes with us, convey to the Malays the idea of complete abstinence, as the magicians informed me that a small modicum of rice contained in a kĕtupat (which is a small diamond-shaped rice-receptacle made of plaited cocoa-nut leaf) was the daily “allowance” of any one who was fasting. 

The result was that fasts might be almost indefinitely prolonged, and the thrice-seven-days’ fast of ’Che Utus upon Jugra Hill, on the Selangor coast, is still one of the traditions of that neighbourhood, whilst in Malay romances and in Malay tradition this form of religious penance is frequently represented as continuing for years.

2. Amalan Pengasapan dan Pemujaan

Pada asalnya Kemenyan, gaharu, candan dalam majlis doa selamat atau tahlil boleh digunakan sebagai pewangi dalam majlis doa selamat atau majlis tahlil dengan syarat tidak  diikat dengan apa-apa kepercayaan dan khurafat yang bertentangan dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah. Keris pula sering dikaitkan dengan latihan pertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan kemasyhuran. Kebiasaannya banyak dari keluarga orang Melayu yang mempunyai atau menyimpan keris sebagai sebahagian daripada barang pusaka yang perlu diurus dan diurus dengan baik. 

Kemenyan dibakar sebagai bauan wangi yang sangat disukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut. Kemenyan mula dibakar. Baunya memenuhi seluruh ruang bilik. Keris berkenaan perlu dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut dengan kain kuning atau hitam dan disimpan di tempat yang selamat.  Setelah siap keris itu mula diasap dengan kemenyan sambil bomoh mula kumat kumit membaca mantera. Selepas 2 minit upacara mengasap keris menggunakan asap kemenyan pun selesai. 

Pemujaan keris ini selalunya di buat pada malam Jumaat dengan bacaan mantera dan jampi-jampi tertentu. Pemujaan itu dilakukan dengan tujuan memelihara kekuatan keris, agar penjaga keris itu tidak menganggu keluarga mereka dan sebagainya. Sebenarnya keris itu tidak mempunyai apa-apa kuasa kerana ia adalah besi semata-mata tetapi yang berperanan terhadap keris itu, sebenarnya adalah terdiri dari Jin yang menjadi khadam kepada keris itu.


3. Jampi, Serapah dan Mantera

Jampi, Mantera dan Serapah mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis yang digunakan dalam upacara-upacara tertentu serta bersifat kudus atau menyelami soal-soal kebatinan Biasanya ia diwarisi daripada perguruan atau melalui cara ghaib seperti menurun atau mimpi. Biasanya memerlukan pengamalnya yakin bersungguh-sungguh, dan sekiranya pengamalnya berasa kurang keyakinan, ia akan menjadi tawar dan tidak berkesan  Ia juga mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata pujian dengan tujuan membawa keuntungan dan menjauhkan bencana di samping  mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan gambaran(imej) yang tertentu seperti gambaran alam semula jadi, benda, tingkah laku atau perbuatan, perasaan atau sentuhan, bunyi atau pendengaran. Malah, ia kaya dengan bahasa perbandingan, kata-kata pengulangan, kata-kata kiasan atau kiasan bahasa dan metafora. 

Istilah serapah atau “singelar” pula dikhususkan untuk mengusir makhluk jahat seperti syaitan, jin dan sebagainya, bahkan penggunaannya juga diperluaskan untuk menghalau binatang buas dengan cara sumpahan. Selain itu, terdapat banyak jampi mantera, tangkal dan azimat yang digunakan untuk memanggil, memujuk dan menjaga serta mengawal semangat padi. 

Demikian pula terdapat upacara dan istiadat untuk menghalau pengaruh jahat, jin, hantu, jembalang, tikus, babi, burung dan seumpamanya yang telah dijalankan dalam bentuk berpuar, bersengketa, menghilirkan sumbang, puji padi, semah dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk menjauhkan musuh-musuh ini atau supaya semua musuh ini tidak mengganggu semangat padi dan juga tanaman padi mereka. 

Mantera juga diberikan pengertian sebagai ungkapan kata-kata yang digunakan pawang dan bomoh Melayu dalam upacara –upacara yang mempunyai berbagai ragam maksud dari segi kepercayaan lama seperti digunakan dalam doa dan pendinding keselamatan daripada segala bencana iaitu digunakan dalam upacara ritual, pemujaan, kepada penunggu dan semangat juga dalam kerja-kerja bersangkut paut dengan pertanian dan menangkap ikan (supaya menjauhkan bala dan kerosakan segala bencana).Kata-kata yang diucapkan untuk mendapatkan sesuatu dengan kuasa ghaib (melalui mimpi). 

Jampi ialah kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendapatkan kesaktian (seperti menyembuhkan penyakit dan sebagainya). Jampi ialah sejenis mantera yang mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau memuja hantu syaitan dan jin iblis dan dibaca untuk tujuan perubatan yang lazimnya dibaca pada ubat, minyak, air dan benda-benda yang lain yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh. Jampi yang mengandungi unsur syirik, pemujaan jin, syaitan, menggunakan ilmu hitam atau sihir  menggunakan bahasa yang tidak difahami atau bercampur aduk seperti memulakan jampi dengan “Bismillah atau Alhamdulillah” kemudian diselangi dengan nama-nama hantu atau jin seterusnya disudahi dengan ucapan “Berkat kata Lailahaillallah Muhammadar Rasullulah” atau seumpamanya.

Pawang atau bomoh akan memulakan upacara dengan membaca mantera atau jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka. Kaedah Mengalin, iaitu menguli adunan tepung menjadi imej manusia ke atas badan pesakit untuk memanggil ruh yang mengganggu pesakit tersebut berpindah ke dalam figura tepung itu. Satu lagi kaedah ialah mengambil tujuh helai sirih bertemu urat, dilipat menjadi tujuh sirih untuk dikunyah. Kemudian  sepinggan nasi kunyit,  emping nasi , beras basah dan tujuh benang pelbagai warna serta sebiji telur ayam; diletakkan di hujung kaki pesakit. Satu hujung benang itu dipegang oleh pesakit manakala hujung yang lainnya diikat kepada telur ayam itu. Ruh diseru untuk kembali ke rumah melalui tali ke telur sebelum berpindah ke badan pesakit tersebut.

I now give a specimen of the ceremonies used for recalling a wandering soul by means of a dough figure or image (gambar tĕpong). It is not stated whether any of the usual accessories of these figures (hair and nails, etc.) are mixed with the dough, but an old and famous soul-doctor (’Che Amal, of Jugra) told me that the dough figure should be made, in strictness, from the ball of kneaded dough which is rolled all over the patient’s body by the medicine-man during the “sucking-charm” ceremony (mĕngalin). 

Another way to recall a soul (which was taught me by ’Che ʿAbas of Kelantan) is to take seven betel-leaves with meeting leaf-ribs (sirih bĕrtĕmu urat), and make them up into seven “chews” of betel. Then take a plateful of saffron-rice, parched rice, and washed rice, and seven pieces of parti-coloured thread (bĕnang pancharona tujoh urat) and an egg; deposit these at the feet of the sick man, giving him one end of the thread to hold, and fastening the other end to the egg. The soul is then called upon to return to the house which it has deserted, is caught in a soul-cloth, and passed (it is thought) first of all into the egg, and thence back into the patient’s body by means of the thread which connects the egg with the patient. 

4. Sawai atau upacara 'Menurun'

Menurun adalah satu keadaan di mana seseorang itu dikuasai oleh semangat, jin atau jin-jin yang diseru meresap masuk ke dalam jasad seseorang bomoh, menyebabkan individu berkenaan tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mantera atau jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.  

Bomoh yang mengamalkan kaedah ini biasanya mempunyai khadam ataupun bersahabat dengan makhluk halus setiap kali dipanggil dan diseru ketika upacara mengubati pesakit. Upacara-upacara dan tindak-tanduk yang dilakukan setelah itu bergantung kepada tujuan menurun itu dilakukan.

Menurun ini dapat difahami dalam tiga bentuk; tahdir al-arwah (menghadirkan roh-roh) ataupun tanasukh al-arwah (persalinan roh/reinkarnasi) dan istinzal al-arwah. Kebiasaannya ia merujuk kepada kaedah yang sama. Bomoh atau pawang yang sedang melakukan rawatan akan “berubah” menjadi “individu lain” dengan suara dan perwatakan yang berbeza. Keadaannya seperti orang yang separuh sedar. Biasanya berlaku dalam tempoh masa yang singkat, kadangkala juga berlanjutan untuk jangka masa yang agak panjang. Ada yang memperkenalkan diri sebagai Bonda, Raja Bunian, pahlawan tertentu atau wali-wali dan nabi-nabi tertentu. 

5. Upacara Tepung Tawar

Amalan dan petua ini bertujuan untuk menjauhkan sebarang musibah. Perkara ini masih banyak diamalkan dalam masyarakat melayu. Majlis perkahwinan selalunya diadakan upacara menepung tawar dan beras kunyit sebagai petua dan amalan nenek moyang. Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat dalam beberapa upacara perkahwinan juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar, beras kunyit yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini. 

Adat Merenjis Tepung Tawar biasanya dilakukan setelah selesai melakukan sesuatu upacara . Renjisan itu dilakukan untuk “ mengambil berkat “ ( konon – kononnya ) dengan “ tepung tawar “ itu , supaya menjadi “ putih bersih “ dari aral dan bahaya , dan supaya terlepas dari penyakit dan dukacita. Seseorang bomoh akan melakukan “ pelepas “ setelah sesuatu hajat ataupun kenduri diadakan . “ Pelepas “ itu biasanya menggunakan daun kelapa dan tepung tawar di samping jampi-serapah yang berbeza di antara seorang bomoh dengan bomoh yang lain , menurut ajaran yang mereka pelajari  (turuti ). Selepas jampi-serapah selesai dibaca dan “diperlepaskan “ pula hajat ataupun sesuatu kenduri itu dengan menggunakan daun kepala, sang bomoh itu pula akan menandakan ( mencalit ) di dahi orang yang hadir berhampiran upacara itu ( ataupun para penghuni rumah itu ) dengan “ tepung tawar “. 

Orang – orang Melayu menggunakan “ tepung tawar “ yang dibuat daripada beras kerana beras itu sendiri mempunyai “ semangat “ yang bergelar “ Seri Mani “ dan ia dipuja kerana ia memberikan manusia kehidupan, kesihatan dan kekuatan . 

Upacara ini sebenarnya berasal daripada perbuatan orang – orang Hindu yang menggunakan “ Abu Suci “ ( menurut kepercayaan mereka ) lalu ditandakan (dicalitkan ) di dahi – dahi mereka , dan apabila adat ini “ diterima-pakai “ oleh orang-orang Melayu , mereka telah menukar-gantikannya dengan “ tepung tawar “.

Tĕpong tawar, or “Neutralising Paste,” is believed to avert ill-luck (mĕmbuang sial); 

One of the forms of lustration by water, however, appears rather to take the place of a sub-rite, forming an integral portion of a large class of ceremonies, such as those relating to Building, Fishing, Agriculture, Marriage, and so forth. Hence it will be necessary to give a general sketch of its leading features in the present context.

The ceremony of lustration by water, when it takes the form of the sub-rite referred to, is called “Tĕpong Tawar,” which properly means “the Neutralising Rice-flour (Water),” “neutralising” being used almost in a chemical sense, i.e. in the sense of “sterilising” the active element of poisons, or of destroying the active potentialities of evil spirits.

The rite itself consists in the application of a thin paste made by mixing rice-flour with water: this is taken up in a brush or “bouquet” of leaves and applied to the objects which the “neutralisation” is intended to protect or neutralise, whether they be the posts of a house, the projecting ends of a boat’s ribs (tajok p’rahu), the seaward posts of fishing-stakes (puchi kelong), or the forehead and back of the hands of the bride and bridegroom.

The brush must be first fumigated with incense, then dipped into the bowl which contains the rice-water, and shaken out almost dry, for if the water runs down the object to which it is applied it is held to “portend tears,” whereas if it spreads equally all round (benchar) it is lucky. The composition of the brush, which is considered to be of the highest importance, appears to vary, but only within certain limits. 

It almost invariably, in Selangor, consists of a selection of leaves from the following plants, which are made up in small bouquets of five, seven, or nine leaves each, and bound round with ribu-ribu (a kind of small creeper), or a string of shredded tree bark (daun t’rap).

Other not less important developments of the idea of lustration by water are to be found in such ceremonies as the bathing of mother and child after a birth and the washing of the floor (basoh lantei) upon similar occasions, the bathing of the sick, of bride and bridegroom at weddings, of corpses (mĕruang), and the annual bathing expeditions (mandi Safar), which are supposed to purify the persons of the bathers and to protect them from evil (tolak bala).

6. Upacara Penyemahan/ Buang Ancak/ Menjamu

Tujuan dilakukan pesta seperti ini dilakukan ialah untuk tujuan rawatan penyakit, yang dipercayai berpunca daripada iblis dan syaitan. Apabila ia melibatkan upacara di laut, ia dilakukan selalunya kerana berlakunya kemalangan yang berturut-turut di laut, atau di pantai, kematian, kemalangan, tangkapan yang kurang, penyakit berjangkit dan sebagainya. Upacara atau pesta seperti ini bukan dilakukan setiap tahun, tetapi dilakukan apabila berlakunya sesuatu masalah seperti yang dijelaskan, ataupun apabila pawang atau bomoh mendapat mimpi yang penunggu, hantu laut dan sebagainya meminta supaya diadakan pesta memberi jamuan tadi, ataupun melalui mimpi. 

Pesta Puja Pantai atau juga dikenali sebagai Menjamu Hantu Laut, atau Menyemah Pantai merupakan satu upacara popular yang dilakukan oleh golongan petani dan nelayan sebelum musim menangkap ikan. Pesta Pantai ini pada asalnya diadakan bersama semangat memuja pantai dengan membuang semah (kepala kerbau) ke laut untuk mendapat restu hantu laut agar memudahkan usaha menangkap ikan. Pesta Puja Pantai ini kemungkinan bermula bagi menolak bala gelombang-gelombang besar yang menghalang kegiatan mereka ke laut.  Pesta Puja Pantai ini biasanya berlangsung selama beberapa hari dan penduduk pelbagai kampung akan riuh-rendah mendirikan khemah dan pentas pelbagai permainan. 

Upacara menyemah berbeza, bergantung kepada kelaziman yang dilakukan orang yang mengetuai sesuatu upacara, ataupun kehendak orang yang berkenaan atas permintaan jin-jin, yang diberitahu melalui mimpi ataupun lain-lain medium. Kerana itu maka bahan-bahan yang disediakan berbeza, selain daripada bergantung kepada bahan makanan yang boleh didapati dan digunakan oleh penduduk tempatan. Seekor kerbau balar (putih) biasanya disembelih dan dihanyutkan ke laut bagi menenangkan semangat laut atau juga dikenali sebagai hantu air agar tidak membahayakan para nelayan ketika mereka menangkap ikan. Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Jin yang merasuk pesakit dipujuk dan dijanjikan akan diberi makan acak sekiranya sudi keluar dan tidak mengganggu pesakit. Tujuan lain ialah sebagai tanda berterima kasih kepada makhluk ini, yang sudi datang membantu manusia melakukan rawatan lantas membolehkan pesakit sembuh.

Upacara menyemah ada kalanya melibatkan darah binatang yang disembelih, ditadah dalam satu bekas, organ dalaman binatang yang disembelih, seperti kambing, kerbau atau lembu. Bahan-bahan tadi diletakkan di satu tempat, sama ada di hujung kampung, di pinggir hutan, dihanyutkan di sungai ataupun di laut. Amalan ini dikenali sebagai menyemah kampung, menyemah pantai, bela kampung, buang ancak dan sebagainya. Tujuannya supaya Jin itu tidak mengganggu kampung atau anak cucu mereka. 

Selain itu, acak juga disediakan dalam upacara semah biasanya sebagai balasan apabila pesakit yang diubati menurut kaedah tradisional sembuh, sebagai memenuhi perjanjian yang telah dipersetujui oleh orang yang melakukan rawatan dan jin-jin yang dikatakan membantu manusia yang dilakukan dalam keadaan menurun, ataupun melalui persembahan teater tradisional, yang juga melibatkan menurun.

Upacara ini juga dilakukan kerana mempercayai bahawa ada kuasa atau keupayaan penunggu atau jin-jin yang menghuni sesuatu tempat itu menguasai kehidupan manusia, boleh mendatangkan penyakit, mendatangkan kecelakaan, ribut taufan, menghalau ikan jauh daripada rezeki nelayan, boleh dipujuk dengan memberi makan dan sebagainya. Ancak digunakan kerana dikatakan dapat memujuk jin-jin yang mengganggu untuk mengikuti ancak yang kemudiannya dihanyutkan ke sungai. Penyembelihan  kerbau balar, kambing, ayam, dan telur sebagai ganti pesakit ketika upacara  penyemahan dilakukan. Kerana itulah maka sajian itu perlu diberi. 

Bahan-bahan yang biasa disediakan untuk penyemahan atau ancak ini bergantung kepada kepayahan penyakit atau bencana yang menimpa, biasanya ditentukan oleh pawang:

Beras/pulut kunyit, beras bertih, emping nasi, nasi pulut, lepat nasi, ketupat nasi, keledekpisang (dikukus), keladi, ubi kayu, hati (mentah), daging (dimasak), pisang muda,   telur, daun sirih 'bertemu urat'.

Pulut kuning dalam upacara-upacara pembomohan mempunyai unsur ghaib dan mistik menjadikan ia sebagai juadah wajib sebagai satu persembahan kepada makhluk halus dalam kebudayaan Melayu suatu masa dahulu. Pulut kuning merupakan 'buah tangan' daripada pelawat yang mempunyai hajat ketika melawat makam-makam keramat bagi membuat nazar atau niat.



5. Pantang Larang dalam Upacara

Untuk memastikan pesakitnya akur dan yakin dengan usahanya, seorang Pawang akan menetapkan pantang larang sebelum sepanjang  atau selepas tempoh pengubatan berlangsung. Sebagai contoh, petani dilarang mengerjakan sawahnya pada setiap 14 dan  15 haribulan setiap bulan Islam. Ketika menuai pesawah tidak dibenarkan memotong batang padi dengan sabit, sebaliknya mesti menggunakan alat tuai padi. Ketika membanting padi, tidak dibenarkan memukul batang padi di bahagian dalam kotak. Pantang larang dalam perawatan bertujuan untuk mempercepat penyembuhan dan menyekat bertambahnya bahan-bahan yang memudaratkan.

6. Pemakaian Azimat/ Rajah/ Buntat

Permasalahan tangkal sudah lama bertapak dalam masyarakat Arab jahiliah awal sehingga meresap masuk ke alam Melayu, malah penggunaannya diterima pakai dan diamalkan oleh masyarakat dahulu hingga kepada masyarakat moden. Begitu juga dengan amalan yang sering dilakukan oleh sesetengah individu dalam masyarakat Melayu seperti amalan ‘pendinding’ dan perbuatan memohon pertolongan daripada objek yang telah dipuja atau dijampi dengan bacaan tertentu oleh dukun atau bomoh. Tangkal diertikan sebagai perkara yang digunakan bagi menolak bala seperti penyakit, hantu, jin dan lain-lain. 

Pengertian azimat pula adalah bahan terdiri daripada tulisan yang ditulis pada kertas, kain, keratan kayu tertentu atau sisik tenggiling dipakai pada bahagian tertentu tubuh, seperti di pinggang, serta tempat dianggap mempunyai sakti dan boleh mengelakkan penyakit serta bencana. Tangkal biasanya dipakai atau digantung pada leher, tangan atau kadang-kadang diletak di bawah bantal. 

Azimat atau tangkal ialah suatu objek yang ditulis dengan ayat-ayat atau huruf-huruf tertentu atau mengandungi rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami. Objek tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja. Azimat atau tangkal bermaksud "ketekadan, keteguhan niat..." merupakan sesuatu benda yang dipercayai memberikan tuah dan/atau perlindungan kepada pemiliknya. Objek sebegini terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk termasuk permata, patung, syiling, lukisan, loket, cincin, tumbuhan, haiwan, dan sebagainya ataupun kata ucapan yang disebut dalam keadaan tertentu misalnya:  "pulanglah wahai Syaitan", untuk menghindari kejahatan atau nasib malang. Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri, pemanis, mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk musuh, penunduk kata, pemerdu suara, pembungkam, penarik rezeki, penjaga diri, penguat tenaga batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir. 

Buntat - Sejenis atau beberapa jenis barangan yang dianggap ada khasiat atau keistimewaan tersendiri, yang kejadiannya dari sesuatu yang wujud dialam dunia kemudian menjadi seperti fossil atau mengeras atau mati dan mewujudkan sesuatu bentuk atau rupa seperti bermata , bercorak , berseni serta dianggap sebagai penawar. contoh : buntat kelapa yang berasal dari tombong kelapa , buntat siput dari siput , buntat delima dari buah delima , Buntat embun dari air embun.

Geliga - Sejenis atau beberapa jenis barangan Mistik dan misteri kewujudannya secara di luar pemikiran manusia atau pemahaman manusia sejagat. Wujudnya barangan seperti Geliga ini menjadi topik perbicaraan segelintir Manusia kerana keanehannya , kewujudannya yang jarang2 dapat dilihat secara zahir kelahirannya , barangan yang dikatakan mempunyai tenaga tertentu , kekuatan tertentu pada tahap tertentu , sememangnya 

Geliga adalah barangan yang perlu dijaga dengan rapi serta mempunyai kaitan dengan makhluk halus atau penjaga2 tertentu. Contoh :Geliga Lipan yang dibawa lipan, Geliga Embun yang keras, Geliga Obor-obor yang dibawa obor2, Geliga Cenderawasih yang dibawa burung Candrawasih.

Mustika - Sejenis atau beberapa jenis barangan pendua yang wujud dari Buntat atau Geliga , ada kalanya ia menyatu dalam beberapa jenis di dalam satu barangan , Mustika juga dikaitkan dengan khasiat serta energy tertentu yang wujud dari barangan tersebut. Contoh :Mustika Delima yang wujud dari buntat delima , Mustika Obor2 yang wujud dari Geliga Obor2

Biasanya, buntat, azimat atau geliga ini dimasukkan ke dalam air untuk disapu atau diminum oleh pesakit.

Jenis-jenis tangkal, dan azimat 

7. Pemutus Ubat

Pemutus ubat bermakna menamatkan rawatan dengan Tok Bomoh tersebut setelah pesakit sembuh dari penyakit yang di alaminya. Kononnya kalau tidak " putus ubat " penyakit itu akan kembali semula. Kesalahan dan kesesatan yang berlaku dalam keadaan ini ialah apabila pesakit tersebut percaya jika tidak menyediakan pengeras seperti yang di minta oleh Tok Bomoh itu maka penyakitnya tidak akan sembuh atau sukar untuk disembuhkan atau menganggap pengeras yang disediakan itulah yang menyebabkan penyakitnya sembuh. 

Berbagai jenis dan syarat amalan pemutus ubat diminta dan dikenakan oleh Tok Bomoh, antaranya seperti :-

a. Pesakit mesti menyembelih seekor ayam hitam, sepinggan pulut putih atau kuning dan sebiji telur dadar yang diletakkan di atas pulut tersebut.

b. Melepaskan ayam hitam di tepi hutan dengan niat tertentu

c. Mandi di kolah masjid tertentu sebanyak 3 atau 7 kali 

d. Membuat kenduri arwah dan di antara persiapannya ialah kemenyan yang dibakar, pulut kuning dan lain-lain kuih muih dan sebagainya.


RITUAL  PELIK BOMOH, PAWANG DAN DUKUN DI JUGRA

Masyarakat Melayu sekitar Bandar, Jugra dan Banting, Selangor masih mengamalkan penghanyutan ancak bagi tujuan menghindari gangguan hantu terutama hantu air sehinggalah tahun 2000. Perasaan penduduk kampung lebih lega dan selesa jika upacara menjamu hantu air dilakukan di sungai berhampiran. Jika tidak diadakan, apa juga kemalangan akan dikaitkan oleh perbuatan 'tidak memberi semah' kepada makhluk halus.

1. Rawatan untuk Pesakit  Abang kepada Umar, Penolong Pengutip Hasil di Jugra (1896)

In the autumn of 1896 (in the Kuala Langat District of Selangor) the brother of my Malay collector ʿUmar happening to fall ill of some slight ailment, I asked and obtained permission to be present at the ceremony of doctoring the patient. The time fixed for the commencement of the ceremony (which is usually repeated for three consecutive nights) was seven o’clock on the following evening. 

On reaching the house at the time appointed I was met by ʿUmar, and ascending the house-ladder, was invited to seat myself upon a mat about two yards from the spot where the medicine-man was expected to take up his position. Having done so, and looking round, I found that there were in all nine persons present (including myself, but exclusive of the Pawang, his wife, or the patient), and I was informed that although it is not necessary for the same persons to be present on each of the three nights, the greatest care must be taken to see that the number of persons present, which should never, in strictness, be an even number, does not vary from night to night, because to allow any such variation would be to court disaster. Hence I myself was only enabled to be present as a substitute for one of the sick man’s relatives who had been there on the preceding night.

Fig. 2.—Ceremony of invoking the tiger spirit.

     Fig. 2.—Ceremony of invoking the tiger spirit.

The accompanying diagram shows (approximately) the relative positions of all who were present. In one corner of the room was the patient’s bed (sleeping-mat) and mosquito curtain with a patchwork front, and in a line parallel to the bed stood the three jars of water, each decorated with the sort of fringe or collar of plaited cocoa-nut fronds called “centipedes’ feet” (jari ’lipan), and each, too, furnished with a fresh yam-leaf covering to its mouth. A little nearer to me than the three water-jars, but in the same line, stood a fairly big jar similarly decorated, but filled with a big bouquet of artificial “flowers” and ornaments instead of the water. 

These flowers were skilfully manufactured from plaited strips of palm-leaf, and in addition to mere “flowers” represented such objects as rings, cocoa-nuts, centipedes, doves, and the like, all of which were made of the plaited fronds referred to. This invention was intended (I was informed) to represent a pleasure-garden (taman bunga), and indeed was so called; it was (I believe) intended to attract the spirit whom it was the object of the ceremony to invoke. In front of the three jars stood, as a matter of course, a censer filled with burning embers, and a box containing the usual accessories for the chewing of betel. 

Everything being now ready, the medicine-man appeared and took his seat beside the censer, his wife, an aged woman, whose office was to chant the invocation, to her own accompaniment, taking her seat at the same time near the head of the patient’s sleeping-mat. Presently she struck up the invocation (lagu pĕmanggil), and we listened in rapt attention as the voice, at first weak and feeble with age, gathered strength and wailed ever higher and shriller up to the climax at the end of the chant. At the time it was hard to distinguish the words.

2. Rawatan untuk Pesakit bernama Umat, Tukang Kipas di Jugra (1896)

An example of this form of cure as practised by Malay medicine-men is referred to by Mr. Clifford, who, in speaking of his punkah-puller, Umat, says:—

“It was soon after his marriage that his trouble fell upon Umat, and swept much of the sunshine from his life. He contracted a form of ophthalmia, and for a time was blind. Native Medicine Men doctored him, and drew sheaves of needles and bunches of thorns from his eyes, which they declared were the cause of his affliction. 

These miscellaneous odds and ends used to be brought to me at breakfast-time, floating, most unappetisingly, in a shallow cup half-full of water; and Umat went abroad with eye-sockets stained crimson, or black, according to the fancy of the native physician. The aid of an English doctor was called in, but Umat was too thoroughly a Malay to trust the more simple remedies prescribed to him, and though his blindness was relieved, and he became able to walk without the aid of a staff, his eyesight could never really be given back to him.”

3. Rawatan untuk Pesakit bernama Raja Kahar di Jugra (1898)

Raja Kahar, anakanda Almarhum Sultan Abdul Samad dikatakan mengalami penyakit misteri sejak sekian lama. Dalam tahun 1898, beliau dikatakan sering menderita akibat kesakitan yang melampau di bahagian kepala. Begitu sakit rasanya sehingga beliau merayu perawat-perawat atau bomoh membelah kepala untuk mengeluarkan 'hantu-hantu syaitan' yang melekap di belakang tengkorak kepalanya. Beliau tidak mahu makan sehingga badan menjadi kurus kering. Berbagai-bagai kaedah rawatan termasuk menyembelih kerbau balar (albino) dan mengalin tetapi tidak juga berjaya. Akhirnya, setelah dibekam di bahagian belakang kepalanya itu, beliau kembali sihat. Dikatakan tujuh ekor jembalang berupa serangga mentadak telah berjaya dikeluarkan. Walaupun begitu, beliau rasakan masih ada gangguan makhluk halus di kepala beliau. Namun, dua tahun kemudian, pada sekitar tahun 1900, beliau meninggal dunia. 

Keratan Akhbar yang secara sinis melaporkan penyakit ganjil Raja Kahar

To the above I may add that it is invariably the flesh of the Buffalo, and not that of the Ox, which is eaten sacrificially on the occasion of festivities. But the flesh of the so-called White (albino) Buffalo (kĕrbau balar) is generally avoided as food, though I have known it to be prescribed medicinally (as in the case of Raja Kahar, a son of H.H. the Sultan of Selangor, the circumstances of whose illness will be detailed elsewhere). The sacrificial buffalo (when presented to a Raja) is covered with a cloth, and has its horns dressed and a breast-ornament (dokoh) hung round its neck.  In the case of a great Raja or Sultan, yellow cloth is used. 

As might be expected, a story is told by the Malays to account for this distinction. The general outline of the tale is to the effect that a Malay boy (a mere child) fell into the big rice-bin (kĕpok) in his parents’ absence and was suffocated by the rice. After some days the body began to decompose, and the ooze emanating from the rice-bin was licked up by a buffalo belonging to the boy’s parents. 

The attention of these latter being thus attracted to the rice-bin, they found therein the remains of their child, and thereupon cursed the buffalo, which (we are led to infer) became “white,” and has remained so ever since. According to one version, a ground-dove (tĕkukur) was implicated both in the offence and the punishment which followed it. Wherefore to this day no man eats of the flesh of either of the offenders.  

An aged magician who came from Perak to doctor one of H.H. the Sultan’s sons (Raja Kahar) while I was at Langat, had the unusual reputation of being able to raise a sandbank in the sea at will; but when I asked if I could see it done, he explained that it could only be done in time of war when he was hard pressed by an enemy’s boat, and he could not do it for the sake of mere ostentation! 

Moreover, like members of their profession all the world over, these medicine-men are, perhaps naturally, extremely reticent; it was seldom that they would let their books be seen, much less copied, even for fair payment, and a Pawang once refused to tell me a charm until I had taken my shoes off and was seated with him upon a yellow cloth while he repeated the much-prized formula.

A general survey of the charms and ceremonies brought together in this volume will, I think, be likely to establish the view that the Malays (in accordance with the reported practice of many other races) probably commenced with the idea of sacrifice as a simple gift, and therefrom developed first the idea of ceremonial homage, and later the idea of sacrifice as an act of abnegation. 

Evidences of the original gift-theory chiefly survive in the language of charms, in which the deity appealed to is repeatedly invited to eat and drink of the offerings placed before him, as a master may be invited to eat by his servants. The intermediate stage between the gift and homage theories is marked by an extensive use of “substitutes,” and of the sacrifice of a part or parts for the whole. 

Thus we even find the dough model of a human being actually called “the substitute” (tukar ganti), and offered up to the spirits upon the sacrificial tray; in the same sense are the significant directions of a magician, that “if the spirit craves a human victim a cock may be substituted” and the custom of hunters who, when they have killed a deer, leave behind them in the forest small portions of each of the more important members of the deer’s anatomy, as “representatives” of the entire carcase. In this last case the usual “ritualistic change may be traced from practical reality to formal ceremony.” “The originally valuable offering is compromised for a smaller tribute or a cheaper substitute, dwindling at last to a mere trifling token or symbol.”

In the above connection I may remark that, whether from the working of their own imaginations or otherwise, those who were believed to be possessed by demons certainly suffered, and that severely. H.H. Raja Kahar, the son of H.H. the late Sultan of Selangor, was attacked by a familiar demon during my residence in the Langat District, and shortly afterwards commenced to pine away. 

He declared that the offending demon was sitting in his skull, at the back of his head, and that it dragged up and devoured everything that he swallowed. Hence he refused at length to eat any sort of solid food, and gradually wasted away until he became a mere skeleton, and went about imploring people to take a hatchet and split his skull open, in order to extract the demon which he believed it to contain. 

Gradually his strength failed, and at length I learned from H.H. the Sultan (then Raja Muda) that all the Malays in the neighbourhood had assembled to wail at his decease. As we strolled among the cocoa-nut palms and talked, I told him of the many miraculous cures which had attended cases of faith-healing in England, and suggested, not of course expecting to be taken seriously, that he should try the effect of such a cure upon his uncle, and “make believe” to extract some “mantises” from the back of his head. 

To my intense astonishment some days later, I learned that this idea had been carried out during my temporary absence from the district, and that the Muhammadan priest, after cupping him severely, had shown him seven large mantises which he pretended to have extracted from the back of his head. The experiment proved extraordinarily successful, and Raja Kahar recovered at all events for the time. He declared, however, that there were more of these mantises left, and eventually suffered a relapse and died during my absence in England on leave. 

For the time, however, the improvement was quite remarkable, and when Said Mashahor, the Pĕnghulu of Kerling, visited him a few days later, Raja Kahar, after an account of the cure from his own point of view, declared that nobody would now believe that he had been so ill, although “no fewer than seven large mantises” had been “extracted from his head.”

4. Rawatan untuk Pesakit bernama  Tengku Chik di Klang (1896)

Untuk mengubati penyakit Tengku Chik atau Tengku Arfah, permaisuri Tengku Kudin, juga anakanda perempuan sulung Almarhum Sultan Abdul Samad (mangkat pada 26 September 1896),  Lanchang (perahu kecil) yang dibuat khas untuk upacara menyemah ini diisi dengan bahan persembahan. Pesakit akan dipakaikan sejalur benang kuning di pergelangan tangannya dan diikat sebelahnya dengan lancang (perahu kecil)  tersebut. Kemayan dibakar dan serapah dibaca. Lanchang ini kemudiannya ditarik ke Sungai Klang oleh kapal kerajaan 'Abdul Samad'. serta dibiarkan hanyut ke laut.

The vessel in the case of an important person is occasionally of great size and excellent finish—indeed, local tradition has it that an exceptionally large and perfect specimen (which was launched upon the Klang river in Selangor some years ago, on the occasion of an illness of the Tungku ’Chik, eldest daughter of the late Sultan), was actually towed down to sea by the Government steam launch ʿAbdul Samad. When all is ready the lanchang is loaded with offerings, which are of an exactly similar character to those which are deposited on the sacrificial tray or anchak already described. 

Then one end of a piece of yellow thread is fastened to the patient’s wrist (the other end being presumably made fast to the spirit-boat, or lanchang); incense is burnt and a charm recited, the purport of it being to persuade the evil spirits which have taken possession of the patient to enter on board the vessel. This, when they are thought to have done so, is then taken down to the sea or river and set adrift, invariably at the ebb tide, which is supposed to carry the boat (and the spirits with it) “to another country.”

Seorang pawang, Che Amal dari Jugra, berkata, sebahagian bahan persembahan atau ancak itu akan dikeluarkan dari  lancang dan dibawa balik ke rumah pesakit. dan diberikan kepada pesakit sambil berkata, "ambillah ini sebagai upahmu dan jangan pulang lagi ke mari atau sakiti dirinya lagi.". Makhluk halus yang mengganggu pesakit itu akan berkata (menerusi suara pesakit), Ya, ya, Aku takkan kembali".

5. Upacara Buka Gelanggang di Jugra (1897)

Pada tahun 1897, Skeat dan Mr. Everard Fielding menyaksikan rawatan menggunakan azimat rajah yang dilakukan di belakang Banglonya di Jugra, Selangor. Upacara tepung tawar membuka gelanggang dilakukan oleh pawang bernama 'Che Hussein' untuk persembahan sekumpulan pemain muzik dari Pulau Pinang.

A big mat or mats having been laid upon the ground in a spot carefully selected for the purpose, four corner posts were planted and a big awning or ceiling-cloth (langit-langit) stretched between them. The square space between the posts was then fenced off by carrying a couple of cords round it horizontally from post to post, one at the height of two, and the other about five feet above the ground. 

From these cords were suspended various ornamental objects made of plaited strips of cocoa-nut leaf, fashioned into rough resemblances of animals, birds, fruit and flowers, a few bananas being added at intervals, these latter serving as light refreshments for the players whenever they felt so minded. Stems of banana trees with their leaves fastened at each post made the structure complete, and the general effect, enhanced by the bright costumes of the performers, was extremely picturesque, and, as it was intended to be, extremely rural.

While by divination and by inferences from omens and dreams, Malays attempt to ascertain the course of fate, so by charms of the nature of amulets and talismans they sometimes endeavour to influence its direction or modify its force. Charms of the nature of invocations have been dealt with already under different headings in connection with a variety of matters, and it will only be necessary to refer here to a few miscellaneous ones of a less elaborate character. It should be observed that some charms are directly effective or protective, like amulets or talismans, while others are supposed to work only by influencing the volition of another mind. 

Under the latter head come the great mass of love-charms, charms for securing conjugal fidelity, or for compelling the revelation by another person of his or her secret thoughts, and the like, of which Malay books of magic are full; while under the former come sundry recipes of a more or less medicinal nature for the purpose of curing various diseases, of increasing physical power or virility, or of protecting the person against evil influences, natural or supernatural. 

6. Penyemahan Puja Pantai di Jugra (1897)

Pada bulan Januari tahun 1897, Skeat menyaksikan sendiri penyemahan puja pantai yang dilakukan di Kg. Ayer Hitam di pesisir pantai Jugra yang dilakukan oleh Pawang bernama Bilal Umat yang juga tuan punya kelong:

In January 1897 I witnessed the ceremony of sacrificing at the fishing-stakes (mĕnyemah b’lat) which took place at the hamlet of Ayer Hitam (lit. “Blackwater”), in the coast district of Kuala Langat (Selangor). The chief performer of the rites was an old Malay named Bilal Umat, who had owned one of the fishing-stakes in the neighbourhood for many years past, and had annually officiated at the ceremony which I was about to witness. I and my small party arrived in the course of the morning, and were received by Bilal Umat, who conducted us to the long, low palm-thatch building (bangsal kelong), just above high-water mark, in which he and his men resided during the fishing-season. 

Here we found that a feast was in course of preparation, but what most attracted my attention was the sight of three large sacrificial basket-work trays, each about 2½ feet square, and with high fringed sides which were suspended in a row from the roof of the verandah, on the seaward side of the building. These trays were empty, but had been lined with banana leaves to prepare them for the reception of the offerings, which latter were displayed upon a raised platform standing just in front of them.




7. Penyimpanan dan Penjagaan Peti Besi Misteri Sultan Abdul Samad (1968)

Satu peti besi  yang berukuran  4 x 2 ½  kaki persegi sentiasa diselimuti dengan kain kuning. Peti besi ini pada mulanya disimpan di Istana Sedang Masa yang digunakan oleh baginda untuk menyimpan hartanya yang berharga, dokumen-dokumen penting  dan beberapa bilah keris kerajaan negeri Selangor.  Hal ini diperakui oleh ramai VVIP British yang menjadi tetamu baginda kerana baginda kerap menunjukkan barangan kebanggaan baginda kepada mereka daripada peti tersebut.

Pada tahun 1968, kewujudan peti besi ini berdepan dengan pelbagai perkara pelik dan luar biasa. Pengarah  Muzium Negara, Dato' Shahrom Yeop, pada masa itu berminat untuk mempamerkan peti besi Sultan ini untuk tatapan umum. Maka beliau dikatakan mendapat kebenaran khas daripada Tuanku Abdul Rahman, DYMM Yang Dipertuan Agong Malaysia ketika itu untuk mengalihkan dan membawa peti itu ke Kuala Lumpur.  

Harus diingat baginda (YDPA) pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Langat suatu masa dahulu dan beliau mengetahui perihal peti misteri ini. Lagipun, istana tersebut masih milik kekandanya, Tengku Yaakob. Maka operasi memindahkannya dirancang. Namun beberapa perkara pelik berlaku pada hari kejadian. Salah satu daripadanya adalah kesukaran yang dihadapi kakitangan muzium untuk mengangkat peti sehingga terpaksa menggunakan khidmat kren. Memang pelik kerana saiz peti itu hanya satu meter panjang dan setinggi paras paha. Secara logiknya ia boleh diusung oleh empat hingga lima orang.

Pihak penduduk yang gempar dengan pemindahan peti itu membuat laporan polis.  Penjaga peti itu, YM Raja Sakiah binti Raja Mustar memanjangkan hal ini ke pendengaran Timbalan Menteri Besar Selangor pada masa itu, memohon campur tangan politik agar dipulangkan kembali peti itu. Bahkan, seorang bomoh wanita terkenal di Jugra, memberi amaran bahawa penduduk Jugra akan ditimpa malapetaka jika peti itu tidak dipulangkan segera.

Kejadian misteri itu tidak berakhir di situ kerana selepas dipindahkan ke muzium berlaku banyak gangguan terhadap kakitangan dan pelawat. Ia hangat diperbincangkan apabila pengawal yang bertugas di muzium negara sepanjang tempoh pameran peti tersebut berasa tidak senang dan sering terdengar bunyi yang aneh walhal peti tersebut tidak mempunyai isi apa-apa.

Setelah dikembalikan peti besi berpuaka itu ke tempat asalnya di Jugra, seorang bomoh wanita bernama Che Saniah Wok, 40 tahun menaburkan beras kunyit, kuntum-kuntum bunga dan beras pulut ke atas peti besi tersebut. Seekor ayam putih disembelih sebagai sesembahan dalam upacara itu. Kain kuning dibentang untuk menutupi peti tersebut. Setelah itu, bomoh tersebut menabur sekali lagi beras kunyit dan beras pulut ke atas peti itu sebelum dia pengsan seketika, namun pulih kembali.


https://akubudaktelok64.blogspot.com/2019/09/bukit-jugra-dan-misteri-peti-besi-sultan.html

https://akubudaktelok64.blogspot.com/2019/09/misteri-bukit-jugra-dan-peti-besi.html


PERUBAHAN PEMIKIRAN /MIND SET DI JUGRA

Pelantikan Pawang Diraja dalam pentadbiran istana sejak awal kesultanan Bugis di Selangor terus diguna pakai. Nama-nama seperti Tok Jumpol atau Tok Purba ketika pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Samad (1859-1898) serta Tuan Haji Syawal ketika era Pemerintahan Almarhum Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah Ibni Sultan Alauddin Suleiman Shah (1942-1945) tercatat dalam  lipatan sejarah negeri Selangor.  Seperti mana di negeri-negeri Melayu lain di Tanah Melayu ketika itu, Peranan mereka adalah untuk menasihati Sultan dan golongan istana dalam pengurusan negeri yang melibatkan adat resam, kepercayaan dan adat istiadat Melayu termasuk Istiadat Pertabalan dan Pemasyhuran  DYMM Seri Sultan dan Raja PermaisuriPerlu diingat bahawa bukan semua nasihat Pawang Diraja dan adat resam dan istiadat Melayu ini selari dengan kehendak dan kerangka agama Islam. 

Banyak amalan ini yang terkeluar daripada ajaran agama, bahkan menjerumus ke arah kesyirikan terhadap Allah SWT. Ulama membisu dan tidak berani berkata benar demi menjaga periuk nasi mereka. Inilah yang dinamakan ‚ulama suk' oleh Imam al-Ghazali. Pandangan dan fatwa ulama tidak dipandang serius oleh umat Islam. Jika ini terus berlaku, maka kejahilan terhadap agama akan semakin menebal dalam diri umat Islam di mana juga mereka berada.

1. Penubuhan Jabatan Kesihatan Selangor

Pada tahun 1881 Jabatan Kesihatan telah dicadangkan penubuhannya oleh Douglas. Selepas mendapat persetujuan kerajaan British dan perkenan Sultan Abdul Samad, Jabatan Kesihatan ditubuhkan di Selangor termasuklah di Jugra. Penubuhan jabatan kesihatan adalah sebagai langkah awal kepada penjagaan kesihatan dengan matlamat utamanya mewujudkan persekitaran yang bersih. Melalui penubuhan Jabatan Kesihatan penyakit seperti Disenteri, Diarea dan Malaria dapat dicegah dengan lebih awal dengan pemberian suntikan vaksin (SSF MISC 105/82, Accepts Appt. Off Resident Surgeon in Selangor).

Perkembangan penjagaan kesihatan yang berlaku dalam era pemerintahan baginda, membuktikan baginda adalah seorang pemimpin yang mementingkan penjagaan kesihatan dalam kalangan rakyatnya. Bagi tujuan tersebut Pada 15 Mac 1889 Dr. Welch telah datang ke Jugra untuk menjalankan suntikan vaksin. Pada awalnya timbul salah faham antara pegawai yang bertugas dengan Sultan Abdul Samad, dikatakan bahawa baginda tidak memberikaan kerjasama yang baik dalam penyuntikan vaksin kerana tidak mengeluarkan arahan kepada rakyatnya untuk mendapatkan suntikan tersebut (SSF 1228/89, Forwards Journal for March 1889). 

Hakikatnya Sultan Abdul Samad sebenarnya tidak mendapat maklumat berkaitan dengan kedatangan Dr. Welch ke Kuala Langat. Secara umumnya pemimpin tempatan menyokong pelaksanaan pemberian vaksin. Ini diperkukuhkan dengan laporan Dr. Sinclair yang menyatakan pada tahun 1887, setiap penghulu di Selangor termasuklah Raja Abdullah memohon ubat-ubatan daripada kerajaan kesihatan dan turut memberi galakan kepada penduduk untuk mendapatkan suntikan vaksin sepanjang menerajui pentadbiran Selangor, Sultan Abdul Samad sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat (SSF 564/88, Annual Medical Report for the year 1887).

Di peringkat awal pengenalan institusi kesihatan moden ini tidak mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan khususnya di Jugra kerana masyarakat tradisional pada waktu tersebut mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap perubatan tradisional dan perkhidmatan dukun kampung. Walau bagaimanapun dengan penglibatan dan galakan daripada golongan istana akhirnya rakyat tempatan dapat menerima pelaksanaan sistem kesihatan moden yang diperkenalkan oleh kerajaan (SSF 564/88, Annual Medical Report for the year 1887).

Bagi membuktikan sokongan baginda terhadap perubatan moden, baginda sendiri menerima rawatan daripada Dr. Janz iaitu pegawai perubatan barat. Melalui surat Innes yang bertarikh 23 April 1881, pada waktu tersebut Sultan Abdul Samad mengalami sakit dan setelah diperiksa didapati penyakit baginda adalah tidak membahayakan (SSF Kuala Langat 160/81 Reporting the Sultan Illness). Berdasarkan kepada keadaan ini ianya dapat memupuk sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap sistem kesihatan moden.

2. Sumbangan Keluarga Diraja Kepada Perubahan Pemikiran Rakyat 

a. Sultan Alaeddin Sulaiman

Ada catatan menyatakan, jawatan mufti mula dilantik secara rasmi buat kali pertama pada tahun 1826. Selangor pernah menggunakan gelaran Syeikhul Islam kepada penyandang jawatan mufti sebagai penasihat kepada Raja bagi mengukuh pelaksanaan syariat.

Kesungguhan al-Marhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dalam menyumbang bakti kepada rakyat jelata mencerminkan keperihatian baginda dalam intitusi agama Islam. Segala sumbangan yang dicurahkan semada dalam bentuk tenaga, harga dan masa pasti menjadi ingatan kepada Tanah Melayu dari dulu hingga kini, khususnya kepada rakyat jajahan Negeri Selangor Darul Ehsan. 

Hasil penulisan sebagaimana yang telah dinyatakan walaupun dalam bentuk yang ringkas, ia sesuai dengan sasaran pembacanya, membuktikan kesungguhan pengarangnya membudayakan dakwah melalui budaya ilmu dalam masyarakat yang dimulai dengan institusi istana dan dilebarkan kepada rakyat jelata. Ini didokong pula oleh golongan ulama’ yang menjadi penyuluh kepada kecerahan ilmu. 

Di samping itu, ia juga mencerminkan kesungguhan usaha pengarangnya membebaskan minda rakyat daripada kejahilan kepada ilmu cahaya yang menerangi. Baginda merupakan seorang Sultan yang sangat menitikberatkan soal agama Islam terhadap rakyat negeri Selangor Darul Ehsan dan merupakan seorang Sultan yang sangat menghormati ulama. 

Sepanjang tempoh pemerintahan baginda, sekolah-sekolah agama sangat diberi perhatian oleh baginda. Ketika baginda bergelar Yang Dipertuan Muda Selangor baginda telah menubuhkan sebuah sekolah agama perempuan di Kampong Bandar, Kuala Langat dengan pembiayaan baginda sendiri yang pada ketika itu datok baginda iaitu Al-Marhum Sultan Abdul Samad Ibni Al-Marhum Tengku Panglima Besar – Raja Abdullah (1857-1898) menjadi Raja Yang Dipertuan Selangor. Sekolah Agama Perempuan Bandar asalnya dikenali sebagai Sekolah Melayu Bandar Dandan Bakti Raja. Sekolah ini dibina bertujuan bagi memastikan kaum perempuan diberi pendidikan Islam yang lebih baik. Inilah sekolah perempuan pertama di negeri Selangor.

Pada bulan September 1894, baginda Sultan semasa menjadi Raja Muda Selangor telah menyerahkan kepada Pentadbiran Negeri-Negeri Selat satu draf Undang-Undang berhubung kesalahan-kesalahan antara lelaki dan wanita menurut undang-undang Islam tetapi diketepikan dengan mudah oleh Inggeris. Namun baginda tidak pernah berputus asa bagi mengadakan sebuah Undang-Undang Islam. 

Baginda bersama-sama Raja-Raja dan Yamtuan Besar Negeri Sembilan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang lain telah mendesak Residen masing-masing dan Residen General supaya mengadakan undang-undang melarang menjual makanan kepada orang Islam di siang hari pada bulan Ramadan. 

Akhirnya pada tahun 1914 undang-undang berkenaan telah diluluskan dan dipakai di semua Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Seterusnya Undang-undang Mencegah Berzina Tahun 1894 (Preventation of Adultry Regulation 1894) adalah undang-undang pertama yang dikanunkan di negeri Selangor. Diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri Selangor pada 26 September 1894 dan undang-undang ini hanya berkuatkuasa untuk yang beragama Islam sahaja. Kemudian dipinda apabila Selangor Muhammadan Law Enactments 1904 diluluskan.

Pada tahun 1900 pula, Majlis Mesyuarat Negeri telah meluluskan Undang-undang Pendaftaran Nikah Kahwin dan Cerai Orang-Orang Islam 1900 (Muhammadan Marriage and Divorce Registration Enactment 1900) iaitu undang-undang berkaitan nikah kahwin dan cerai orang Islam di negeri Selangor. Pada tahun yang sama juga, jawatan kadi mula diperluaskan ke daerah-daerah dalam negeri Selangor dan pada tahun 1922 tiap-tiap daerah ada kadinya masing-masing iaitu daerah Klang, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Ulu Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Kubu dan Rawang. 

Pada 1931 semasa pemerintahan baginda komuniti telah dikemaskini lagi dan diberi nama Jawatankuasa Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Selangor (The Religious and Customary Committee Of State). Jawatankuasa ini mempunyai sedikit kuasa eksekutif dan ia akan menimbangkan semua persoalan mengenai agama Islam seperti perlantikan dan persaraan kadi, guru-guru agama, kes-kes rayuan mahkamah yang berkaitan dengan undang-undang Islam, pembiayaan membina dan memperbaiki masjid-masjid. 

Manakala pada 16 Sept 1933, Majlis Mesyuarat Selangor telah meluluskan penubuhan satu jawatankuasa yang dinamakan Committee Ugama Islam dan Adat Istiadat Negeri iaitu bagi menimbang segala perkara yang bersabit dengan agama Islam termasuklah yang berkaitan dengan mahkamah syariah dan ulang bicara.

Baginda merupakan Sultan pertama menghasilkan buku dan buku-buku tersebut dijadikan rujukan oleh sekolah-sekolah Melayu ketika itu. Hasil penulisan baginda yang dikenalpasti sebanyak tiga buah kitab/buku iaitu
(1) Kitab Pohon Ugama Bahagian Rukun Iman, 
(2) Kitab Tauhid, bertajuk Kitab Melatih Kanak-Kanak Laki-laki dan Perempuan 
(3) Nasehat (Pemilihan Guru) Melatih Kelakuan Perjalanan Adab Kanak-kanak Pelajaran di Dalam Sekolah Melayu – Agama – Negeri Selangor Darul Ehsan.

Masjid ini menjadi bukti bahawa baginda sangat mementingkan pembangunan Islam dalam negeri jajahan takluknya. Masjid adalah pusat segala aktiviti dan sosial.  Masjid yang mampu menampung 800 Jemaah dalam satu masa  di atas tapak berkeluasan 21.2067 ekar, kira-kira 200 meter dari Istana Temasya ini dibina hasil dari sumbangan dana Baginda Sultan Alaeddin sendiri. Baginda adalah seorang yang alim dan banyak memberi sumbangan dalam perkembangan Islam sepanjang pemerintahannya. Lebih mengharukan lagi apabila baginda kerap menyampaikan khutbah sama ada khutbah dua hari raya mahu pun khutbah Jumaat di masjid ini, walaupun bersemayam di Klang. 

Sultan Ala'eddin Suleiman Shah juga sering memberi syarahan agama dan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Ala'eddin yang dibina berdekatan istana. Masjid Bandar ini telah dirasmikan pada tarikh 18 Jun 1924 dalam upacara gilang- gemilang. Masjid ini juga pernah menjadi Masjid Negeri di negeri Selangor.

Baginda Sultan Alaeddin disifatkan sebagai pemerintah dan raja yang sangat mengasihi ulama serta cintakan ilmu pengetahuan namun seorang yang tegas. Kesungguhan dan kecenderungan baginda dalam institusi agama Islam dapat dilihat dari latar belakang dalam bidang pendidikan. Antara tokoh yang boleh diangkat ialah Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdul Rahman al-Fatani beliau telah berhijrah dari Makkah ke Jambi, Sumatra pada 1344H/1925M. Apabila Sultan Alaeddin Sulaiman mendengar perkhabaran tersebut, baginda sendiri berkenan mencemar duli datang ke Jambi untuk menjemput Tengku Mahmud Zuhdi berpindah ke Selangor. 

Pada tahun 1929 beliau berangkat ke Klang dan diamanahkan sebagai Penasihat Agama Selangor dan kemudian dilantik menjadi Syeikhul Islam Setia Diraja Selangor. Beliau mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Sultan dan sering diundang oleh para ulama untuk mengajar di masjid-masjid dan juga pondok terutamanya Kiyai Haji Muhammad Ali untuk mengajar di pondoknya di Sijangkang.

Baginda adalah salah seorang murid kepada Tengku Mahmud Zuhdi. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang rapat antara ulama dan umara’. Baginda pernah meminta agar Tengku Mahmud Zuhdi mengiringi baginda ke luar negara terutama ke London. 

Baginda akan memastikan ulama yang berasal dari Patani tersebut ikut bersama-sama dalam rombongan baginda. Peristiwa ini mencerminkan bahawa Sultan Alaeddin Sulaiman berusaha sedemikian menggabungkan kerjasama dan kesepaduan antara umara’ dan ulama sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah SAW.

b. Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj

Sultan Hishamuddin amat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Ayahanda baginda merupakan seorang sultan yang mengasihi ulama'.

Seperti mana putera-putera sultan yang lain, Sultan Hishamuddin mendapat pendidikan yang cukup setaraf dengan pangkat dan kedudukan baginda. Baginda mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Bandar Kuala Langat dan seterusnya pengajian peringkat tinggi di Sekolah Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Sultan Hishamuddin merupakan salah seorang pengasas Malay College Old Boys Association (MCOBA) pada tahun 1929. 

Pada tahun 1925, Sultan Hishamuddin menjadi Presiden Jawatankuasa Masjid Sultan Ala'eddin. Pada tahun 1931, ketika berusia 33 tahun, baginda menjadi setiausaha peribadi kepada ayahanda baginda yang juga Sultan Selangor. Baginda mengiringi ayahanda baginda ke majlis-majlis rasmi negeri. Dari sinilah baginda belajar selok belok bagaimana menjadi pemerintah sesebuah negeri. 

Seterusnya pada tahun 1933, baginda dilantik sebagai Presiden Lembaga Sekolah-Sekolah Arab di Selangor. Kerjaya baginda banyak melibatkan hal ehwal agama islam. Baginda dididik sebagai seorang pemimpin yang mementingkan elemen-elemen islam. Bermula tahun 1934 hingga 1938, Sultan Hishamuddin bekerja sebagai Malay School Commissioner (MSC) di negeri Selangor.

Sejarah Penubuhan JAIS bertitik tolak daripada keprihatinan Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat dalam zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang boleh menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada masa itu. 

Baginda menitahkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan. Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, di mana YM Raja Haji Nong bin Raja Hussin telah dilantik menjadi setiausaha institusi ini. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda. Pembiayaan pengurusan adalah bersumberkan daripada peruntukan diraja.

Penubuhan Jabatan ini membantu usaha kerajaan dalam mengekang perkembangan fahaman komunis di Tanah Melayu di samping memperbaiki akhlak dan kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Setelah dirujuk susunan pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor berasaskan satu lawatan ke Jabatan Agama Islam Johor pada 1946, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah digubal pada tahun 1947 meliputi hal penubuhan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. 

Rentetan daripada perkembangan ini, tertubuhlah secara rasminya Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam pada bulan Januari 1948. Bangunan lama Kelab Diraja Selangor dipilih sebagai pejabat pentadbirannya.

Sultan Hishamuddin merupakan seorang sultan yang menyokong gerakan nasionalis Melayu yang menentang British. Pada 1 Mac 1946, baginda telah merasmikan Kongres Melayu Pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kongres ini dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor yang diketuai oleh pendeta Allahyarham Tan Sri Zainal Abidin Bin Ahmad atau Za'ba. 

Baginda dikenali sebagai seorang sultan yang alim dan warak. Imej baginda yang seringkali berjubah putih amat menarik minat rakyat jelata. Oleh kerana itu, nama Kolej Islam Klang telah ditukar kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah mengambil sempena nama baginda. Sekolah Sultan Alam Shah juga mengambil nama baginda. Ibu negeri Selangor, Shah Alam juga mengambil sempena nama baginda. Mewarisi ilmu agama daripada Almarhum ayahanda baginda, Sultan Hishamuddin merupakan sultan pertama yang membaca khutbah Jumaat di masjid. 

Sesungguhnya, ketokohan Almarhum Sultan Hishamuddin harus disanjung dan diingati oleh semua rakyat jelata. Kesungguhan baginda dalam mentadbir negeri Selangor dan kearifan baginda dalam bidang keagamaan haru dijadikan contoh oleh kita semua. Legasi yang ditinggalkan baginda bukan sedikit. Marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah Alhaj sebagai tanda kenangan kepada baginda. Semoga roh-roh baginda ditempatkan oleh ALLAH SWT bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

3. Perubahan Minda Melalui Media Massa

Satira membawa maksud karya puisi atau prosa yang menyindir atau mempersendakan orang lain. Tujuan utama satira ini bukanlah untuk merendahkan mahupun menghina, tetapi untuk memberi nasihat serta pengetahuan dengan kaedah yang santai.  P. Ramlee dengan cara sinis mengkritik pelbagai amalan tradisional Melayu seperti kebergantungan kepada bomohdan ketaatan membabi buta kepada istana. Beliau juga secara sindiran menemberang sultan dan mempermainkan istana sehingga  akhirnya menjadi orang kanan sultan. 

Juga beliau menggambarkan imej pawang atau bomoh sebagai kejam yang boleh berubah menjadi separuh harimau separuh manusia serta penyangak yang meminta orang kampung membayar duit perlindungan, penggunaan batu akik yang  kononnya berhikmat untuk meminjam wang tetapi tidak berhasil, serta penggunaan khidmat bomoh temberang untuk memikat hati perempuan. Semua  ini dilakukan oleh P. Ramlee secara bersahaja dalam keadaan santai dan menghiburkan, dalam filem  Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Nasib Do Re Mi, Labu Labi, Nujum Pak Belalang,  Sitora, Hantu Kubor. 



4. Keberanian Ulama Menegur Pihak Istana

a. Hal ini dibuktikan melalui surat Tuan Guru kepada Al Sultan Perak kepada Residen Perak pada masa itu:

“One evening I was discussing these various superstitions with the Sultan of Perak, and I did not notice that the spiritual teacher of His Highness had entered and was waiting to lead the evening prayer. The guru, or teacher, no doubt heard the end of our conversation, and was duly scandalised, for the next day I received from him a letter, of which the following is the translation:—

“‘First praise to God, the Giver of all good, a Fountain of Compassion to His servants.

“‘From Haji Wan Muhammad, Teacher of His Highness the Sultan of Perak, to the Resident who administers the Government of Perak.

“‘The whole earth is in the hand of the Most High God, and He gives it as an inheritance to whom He will of His subjects. The true religion is also of God, and Heaven is the reward of those who fear the Most High. Salvation and peace are for those who follow the straight path, and only they will in the end arrive at real greatness. No Raja can do good, and none can be powerful, except by the help of God, the Most High, who is also Most Mighty.

“‘I make ten thousand salutations. I wish to inquire about the practice of bĕr-hantu, driving oneself mad and losing one’s reason, as has been the custom of Rajas and Chiefs in this State of Perak; is it right, according to your religion, Mr. Resident, or is it not? For that practice is a deadly sin to the Muhammadan Faith, because those who engage in it lose their reason and waste their substance for nothing; some of them cast it into the water, while others scatter it broadcast through the jungle. How is such conduct treated by your religion, Mr. Resident; is it right or wrong? I want you in your indulgence to give me an answer, for this practice is very hard on the poor. The Headmen collect from the rayats, and then they make elaborate preparations of food, killing a buffalo or fowls, and all this is thrown away as already stated. According to the Muhammadan religion such proceedings lead to destruction.

“‘I salute you many times; do not be angry, for I do not understand your customs, Mr. Resident.

“‘(Signed) Haji Muhammad Abu Hassan.’”

2. Amalan ‘Tabal Jin’ iaitu adat menabal jin pada sebelah malam dan siangnya pula Istiadat Pertabalan Sultan Perak. Amalan ini bermula apabila semua orang yang berpakaian hitam masuk ke dalam dewan, menutup lampu dan hanya menyalakan lilin. Selepas tu, Pawang Diraja akan menyempurnakan upacara berkenaan. Sultan Azlan bersetuju dengan Mufti Perak ketika itu, Harussani dan memperkenankan supaya amalan Tabal Jin dimansuhkan dari istiadat Istana Perak. Amalan tu kemudiannya diganti dengan Istiadat Tabal Pusaka yang hanya sekadar iringan paluan nobat sebagai alat kebesaran dan dijirus air mawar, Tidak ada  sebarang mantera yang digunakan dalam istiadat ini.

5. Penyerahan Diri Secara Total kepada Allah SWT

Amalan khurafat yang HARAM hukumnya lagi bercanggahan dengan ajaran Islam. Justeru, kami menasihati kepada seluruh umat Islam agar menjauhi perkara-perkara seperti ini dan beramallah dengan amalan yang bertepatan dengan petunjuk Islam yang suci lagi murni.

Kita hendaklah yakin bahawa Allah berfirman: “Dan kami turunkan al-Quran sebagai ubat kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman” [al-Isra’:82].

Al-Quran juga diturunkan untuk dibaca dan dihafal, dibaca untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT dan membentuk jati diri mentaati Allah SWT. Ayat al-Quran bukan digunakan untuk digantung atau dijadikan tangkal mahupun azimat. Al-Quran digunakan untuk diamati maknanya, difahami tuntutannya, dipraktikkan hukumnya dan dijadikan panduan kehidupan untuk mendapat keredaan Allah SWT di dunia serta akhirat. Penggunaan tangkal untuk apa-apa tujuan sama ada rawatan, mengelak diri daripada kemudaratan ataupun sebagai pelaris adalah diharamkan kerana ia mengandungi elemen syirik. 

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya jampi mantera dan tangkal serta ilmu pengasih adalah syirik." (Sunan Abi Daud).  

Hadis-hadis Nabi SAW menyatakan berbagai-bagai fadhilat yang penting tentang Surah Al Fatihah untuk mendapat keberkataannya. 

Antaranya Hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Surah Al-Fatihah itu dapat mengubat segala jenis penyakit”. 
Dan, “Apabila engkau selalu membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas amanlah engkau dari segala sesuatu”.  
 
Wallahualam.

Rujukan:




Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...