Salam buat semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat serta tenang dalam meneruskan kehidupan dan menghadapi dugaan yang mendatang. Atok dan Wan pun sama, Alhamdulillah. Kehidupan masa pencen diibaratkan sebagai aliran sungai di peringkat kuala atau hilir; perlahan, tenang, serta penuh dengan hikmah dan kesabaran. Tak ada lagi habuan dunia yang hendak dikejar. Syukurlah dengan apa yang ada. Kini, masanya memperbanyak amalan akhirat.
Entri kali ini Atok masih menceritakan tentang Klang. Atok tak mahu sentuh Klang yang sekarang. Bandar raya warisan yang hiruk pikuk kehidupan penghuninya yang pelbagai. Apatah lagi aliran trafik yang huru hara serta keadaan kebersihan bandar yang sedikit lebih baik dari 'Bombay serta Dhaka'. Bukan yang itu. Atok tak berminat dengan Klang yang sekarang. Patutlah Klang termasuk antara 10 bandar paling stress di Malaysia.
Atok merujuk kepada Klang selepas Perang Klang. Klang semasa di bawah pentadbiran British. Klang makmur walaupun Si Kafir yang memerintah, berbanding Si Muslim yang berperang sesama sendiri, membunuh saudara seagama mereka sendiri. Atok 'spesifikeli'😅 membicarakan bandar Klang dan pelabuhan Pengkalan Batunya. Ini bukan cerita 'Batu Belah Batu Bertangkup', walaupun dikatakan cerita rakyat itu berlaku di dalam daerah Klang. Pengkalan Batu ialah nama pelabuhan bagi Klang. Dari sanalah Kuala Lumpur mendapat bahan makanan dan peralatan yang diimport dari Melaka dan Pulau Pinang; dan dari situ jugalah bijih timah dan hasil mahsul negeri dari daerah pedalaman dibawa keluar dan dieksport ke luar negeri/negara.
Pasti ada antara korang yang samakan Pelabuhan Klang dengan Pelabuhan di Klang. TIDAK SAMA. Pelabuhan Klang (sebelum ini dipanggil Port Swettenham) merupakan pelabuhan laut dalam terletak di kuala Sungai Klang, sementara Pelabuhan di Klang ini terletak di tebing Sungai Klang tidak jauh. dari Bukit Kubu (Kota Raja Mahadi); telah lama wujud sebelum Perang Klang lagi; merupakan pelabuhan sungai yang tertakluk kepada pasang surut air sungai. Kalau dalam bahasa Inggeris, Pengkalan Batu dipanggil Port of Klang. Pelabuhan itu kini sudah lama berkubur kecuali dalam kenangan potret yang diambil. Sudah tidak ada sebarang tanda/evidens fizikal tentangnya. Pasti ramai yang tidak mengetahui tentangnya.
Atok akan bahagikan cerita ini mengikut garis masa; semasa Perang Klang; pentadbiran awal British di Klang; Dekad 1880-an; dekad 1890-an serta masa kini, agar nampak permulaan, perkembangan dan pengakhirannya. Kalau korang rajin, kliklah satu persatu pautan Arkib Negara Malaysia yang telah Atok dapatkan untuk korang. Sebelum itu, Atok nak ucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang gambar-gambar, bahan grafik yang Atok gunakan dalam penulisan ini serta penulisan sebelum-sebelumnya. Semoga ilmu ini menjadi pendinding kita daripada api neraka kerana ilmu (termasuk bahan-bahan rujukannya) yang disampaikan menjadi sedekah jariah bagi tuannya. Amiiin. So, jemputlah menikmati juadah yang Atok sediakan kali ini. Wassalam.
Latar Belakang Sejarah Klang
Klang mempunyai sejarah yang kaya dan telah disebut dalam pelbagai manuskrip sejarah luar dan tempatan. Pada zaman Dinasti Tang, laporan Cina telah mencatatkan kewujudan Klang, dan ia juga muncul dalam peta pelayaran Laksamana Cheng Ho. Di alam Melayu, Nagarakertagama yang ditulis oleh Prapanca pada tahun 1365 menyebut Klang sebagai wilayah kekuasaan Majapahit. Selain itu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) mengisahkan tentang Tun Perak, angkatan perang Klang, dan persinggahan Raja Muzaffar, putera Sultan Mahmud Melaka, di Klang. Manuskrip lain seperti Tuhfat Al-Nafis dan Hikayat Negeri Johor juga menceritakan kisah Raja Jaafar di Klang
Klang telah menjadi pusat pentadbiran sejak zaman Sriwijaya dan terus memainkan peranan penting ketika Kesultanan Selangor dibentuk. Pusat pemerintahan Selangor dipindahkan beberapa kali dari Klang ke Kuala Selangor pada tahun 1766, Jugra pada tahun 1859, dan kembali ke Klang pada tahun 1875 sebelum akhirnya dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1880.
Sejarah Klang juga dipengaruhi oleh kekayaan bijih timahnya, yang menjadi komoditi yang menarik perhatian pelbagai empayar dan bangsa. Majoriti masyarakat Cina di Klang adalah dari suku Hokkien, yang pada awalnya datang ke Klang untuk bekerja dalam industri perlombongan timah, pertanian, dan perdagangan. Istilah 'Ba Sheng' yang digunakan oleh masyarakat Cina di Klang dipercayai berasal dari perkataan Melayu 'pasang'
Kehadiran Tengku Kudin dalam Perang Klang (antara 1866 dan 1874) menandakan permulaan fasa baharu dalam sejarah penempatan itu, dengan beliau menjadikan Klang sebagai pengkalan selepas menawan kubu Raja Mahadi. Semasa era Perang Klang, Tengku Kudin merupakan Yam Tuan bagi negeri Selangor. Harga jual beli timah di Klang dan Melaka ditetapkan oleh Baba Teik Ee seorang pedagang kaya dari Melaka. Tengku Kudin juga berhutang kepada Baba Teik Ee ini untuk kos peperangan dalam Perang Klang yang dibayar secara ansuran. Ketika Ibrahim Munsyi melawat Tengku Kudin di Klang pada 1872, Tengku Kudin menyatakan beliau ada berhutang dengan Baba Teik Ee sebanyak $78,000 dan telah dibayar dengan timah milik Raja Mahadi. Pengalaman dan keterangan Muhammad Ibrahim Munsyi memberikan gambaran yang jelas tentang kesan buruk perang saudara terhadap masyarakat dan ekonomi Klang pada masa itu:
Kisah perkembangan Klang dari penempatan yang jarang penduduk kepada sebuah bandar yang berkembang pesat memang menarik. Pengaruh Tengku Kudin dalam memodenkan bandar itu tampak jelas, walaupun ada perdebatan mengenai pilihan nama jalan. Tengku Kudin terus memperkenalkan idea-idea moden. Selain daripada mendirikan bangunan baru dia merancang dan menamakan jalan itu juga. Nama-nama jalan, semuanya dimodelkan pada penggunaan bahasa Inggeris, itu, nama jalan yang digunakan adalah seperti berikut: King Street, Beach Street, Market Street, Wharf Street, China Street, Chulia Street, Hospital Street and Mosque Street. Semua nama ini mengingatkan nama-nama jalan di Pulau Pinang. Jelas dari mana idea Tengku Kudin berasal. Muhammad Ibrahim sedikit kecewa dengan apa yang telah dilakukan oleh Tengku Kudin dan tidak teragak-agak untuk mencatatkan bahawa beliau berpendapat "Adalah idea yang sangat baik untuk menggunakan nama Melayu.".
Seperti lazimnya bandar Semenanjung moden, penduduk Klang terdiri daripada pelbagai kaum: Melayu, Cina, Arab, Eurasia, India Selatan, Benggali serta orang-orang kelahiran tempatan yang berasal dari Negeri-Negeri Selat. Tidak sedikit juga orang Eropah yang tidak mendapat pekerjaan di Singapura dan diambil bekerja oleh Tengku Kudin sebagai pegawai sepoinya. Klang juga mempunyai peratusan pendatang yang lebih besar daripada mereka yang dilahirkan di penempatan itu sendiri.
Klang menjadi ibu negeri baharu negeri Selangor apabila pentadbiran British bermula. Kemunculan Klang sebagai ibu negeri Selangor dan pelabuhan utama negeri itu menunjukkan pentingnya bandar tersebut dalam sejarah Malaysia. Tetapi, di Selangor serta di Perak dan Sungai Ujong, tahun-tahun awal campur tangan British membawa sedikit perubahan yang membina. Walaupun telah ditubuhkan secara rasmi sebagai ibu negeri, Klang mengalami sedikit perubahan ketara.
Pelabuhan Pengkalan Batu
Pengkalan Batu, yang merupakan nama lama pelabuhan sungai untuk Klang, memainkan peranan penting dalam sejarah awal bandar tersebut apabila semua bot dan kapal mendarat di sana melalui tangga. Anak tangga ini telah mendapat nama Melayunya, Pengkalan Batu kerana jeti batunya, daripada pelantar yang tipis; digambarkan sebagai ' jeti rangka ' oleh Isabella Bird, yang berakhir dengan anak tangga batu di dalam sungai. Dengan jeti batunya, Klang mengendalikan aktiviti perdagangan bijih timah yang sibuk,
Pengkalan Batu, terletak di tebing selatan sungai Klang, ke Kuala Klang; jaraknya ialah lima batu, berhampiran tapak jambatan lama sebelum perang di atas sungai Klang. Pengkalan Batu menjadi pusat ekonomi yang berkembang pesat. Kemudian, sebagai pelabuhan utama Selangor, ia menghubungkan bandar dengan kawasan pedalaman, terutama Kuala Lumpur, melalui jalan desa yang dibina dengan baik.
Terdapat dokumen dalam fail Pejabat Daerah yang mentakrifkan had pelabuhan Pengkalan Batu sebagai dari satu titik bertentangan dengan stesen kereta api ke kilang papan yang wujud di Jalan Bukit Kuda. anak tangga jeti pendaratan lama boleh dilihat berhampiran pagar kereta api di Jalan Tepi Sungai lama. Kapal Pyah Pekhet adalah "satu-satunya kapal wap dalam perdagangan Selangor yang boleh sampai hingga ke Bukit Kuda. Sebenarnya hanya tongkang dan kapal wap yang di bawah draf 11 kaki, dapat meneruskan perjalanan ke sana. Namun, sungai ini cukup lebar untuk membelok dan navigasi.
Pada tahun 1857, Raja Abdullah dari Klang dan abangnya, Raja Jumaat dari Lukut, berjaya mengumpul $30,000 daripada dua pelabur Cina Peranakan (Baba) di Melaka dan menghantar sekumpulan 87 pelombong bijih timah Cina dari Pengkalan Batu (kini dipanggil Klang) ke hulu sungai dengan bot-bot kecil. Seperti yang digambarkan oleh Gullick: "Bot-bot itu akan membawa sama ada 10 lelaki setiap satu dengan muatan bekalan atau hanya 30 lelaki tanpa sebarang muatan. Untuk perjalanan ini, bot mereka dimuatkan dengan guni beras, balang minyak kelapa, dengan tembakau, roh dan candu. Di dalam peti ada cangkul, kapak dan alat-alat lain dan juga pungkis, bakul untuk membawa tanah. Mereka mengambil senjata-senjata, serbuk mesiu, pisau dan lembing ."
Di pertemuan sungai Klang dan Gombak, mereka turun kerana airnya terlalu cetek. Dengan berjalan kaki, mereka mengikuti laluan hutan ke Ampang di mana mereka mula menggali bijih timah. (Ampang ialah perkataan Melayu untuk 'empangan' yang dibina oleh pelombong merentasi sungai. Apabila kebanyakan lelaki mati akibat malaria, mereka digantikan oleh pekerja lain. Sekumpulan lagi 150 lelaki pergi ke hulu sungai. Lebih banyak pondok telah dibina dan dengan lebih ramai pelombong.
Tongkang wap dan perahu-perahu laut menelusuri sungai sejauh lapan belas batu ke sebuah kampung bernama Damarsara, atau dengan berjalan kaki sehari. Dari sana, terdapat jalan desa yang baik telah dibuat ke kampung Cina yang besar dan lombong bijih timah di Kuala Lumpur. Panjangnya hanya kira-kira enam belas batu dengan Kos pembinaannya ialah kira-kira 12,000 dolar. Perbelanjaan sebanyak itu amat berbaloi untuk menghubungkan tempat penting seperti Kuala Lumpur dengan Pengkalan Batu. Mereka kemudiannya akan menghantar jongkong bijih timah ke titik pendaratan di pertemuan di mana ia akan dihantar ke hilir ke Pengkalan Batu.
Gedung Raja Abdullah
Gedung Raja Abdullah yang berdekatan dengan Pengkalan Batu adalah pusat pengumpulan dan pentadbiran untuk bahan mentah tersebut. Raja Abdullah juga telah membina sebuah stor besar (Rumah Gedong) yang diperbuat daripada kayu cengal yang tebal berhampiran dengan tapak pendaratan, di mana baginda menyimpan bijih timahnya dan menjalankan perniagaan. Semua hasil bijih timah dari kawasan perlombongan sekitar Kuala Lumpur di bawa ke Klang sebelum dibawa dengan kapal api ‘Telegraf ‘ ke Melaka sebelum dieksport ke tempat lain. Kapal berkuasa wap ini bergerak di antara Melaka dan Pengkalan Batu seminggu sekali
Di Pengkalan Batu juga Ibrahim melihat gudang tempat tersimpannya bijih yang ditawan dari Raja Mahadi dan kini dipenuhi dengan bijih yang baru dikutip cukainya. Hasilnya dijangka antara empat hingga lima ribu ringgit sebulan dan mungkin meningkat sehingga seratus ribu ringgit setahun. Ibrahim juga melawat merata-rata pekan Kelang itu dan agaknya. walaupun Birch melaporkan yang ianya "teratur baik" serta "bazarnya maju" tetapi Ibrahim yang agak skeptikal itu mungkin kurang bersetuju. Di Kelang juga didapatinya Raja Ismail dan Abdul Rahman yang sekarang kuat menyokong Tengku Kudin.
Gambaran ilustrasi Bangunan Gudang Raja Abdullah berlatar belakangkan pelabuhan Pengkalan Batu dari atas Bukit Kubu di Klang |
Gedung Raja Abdullah sebagai Balai Polis Daerah Klang Selatan dalam tahun 1960-an |
Gedung Raja Abdullah kini diwartakan sebagai Bangunan Bersejarah |
Navigasi masuk ke Pelabuhan Pengkalan Batu
Sungai Klang yang dapat didekati dari Selat Klang, memiliki panjang kira-kira 2 batu dengan lebar 3 hingga 5 kabel dan kedalaman 6 hingga 10 depa dekat pantai selatan. Balai polis terletak di sebelah timur muara Klang dengan jeti pendek, dan air cetek berada 1 kabel barat daya balai polis. Di Kuala Klang, arus sungai mengalir 1 hingga 2 knot sejam dengan aliran banjir menghala ke timur. Tempat berlabuh dengan kedalaman 6 depa terletak 2 kabel barat daya balai polis, dicadangkan untuk dibina dermaga. Kapal mungkin perlu berlabuh di sini kerana sistem blok trafik menghalang kapal melepasi satu sama lain di sungai antara pintu masuk dan bandar Klang.
Lampu merah kecil dan tiang isyarat dengan bola merah digunakan untuk panduan navigasi, dengan lampu menggantikan bola merah pada waktu malam. Tebing sungai tinggi dengan hutan bakau dan pokok palma, lebar sungai 1 hingga 4 kabel, bebas bahaya hingga 11 batu dari pintu masuk, dengan kedalaman minimum 6 kaki pada air rendah. Klang terletak 12 batu dari pintu masuk dengan tempat labuhan di Pengkalan Batu dan Bukit Kuda, dihubungkan melalui telegraf ke pelabuhan Negeri-negeri Selat, telefon ke balai polis Kuala Klang, dan kereta api ke Kuala Lumpur.
Laluan Perkapalan Utama
Pengkalan Batu, sebuah pelabuhan bersejarah di Malaysia, menjadi pusat perdagangan yang sibuk pada abad ke-19, menghubungkan pusat-pusat perdagangan utama seperti Klang, Melaka, dan Singapura. Pelabuhan ini terkenal sebagai pusat pengangkutan penting untuk eksport bijih timah, candu, dan pelbagai produk lainnya. Perkhidmatan perkapalan, terutamanya kapal wap, memainkan peranan penting dalam membawa arus perdagangan yang sibuk ke dan dari pelabuhan ini, mencipta pemandangan kehidupan yang aktif dan dinamik.
Dengan aktiviti perkapalan yang sibuk antara Melaka dan Pengkalan Batu, perdagangan di kawasan ini berkembang pesat. Ketibaan dan keberangkatan kapal wap mencerminkan suasana pelabuhan yang sentiasa sibuk, di mana peningkatan perkhidmatan perkapalan dan penawaran subsidi oleh pihak berkuasa tempatan menjadi strategi utama untuk menarik lebih banyak kapal ke Klang. Residen British di Klang, Encik J. G. Davidson, memainkan peranan penting dalam memajukan perdagangan di kawasan tersebut. Beliau bercadang untuk menjadikan Klang sebuah pelabuhan bebas yang terbuka kepada semua pedagang, mirip dengan konsep Pelabuhan British. Ini bertujuan untuk meningkatkan aktiviti perdagangan dan memastikan Klang menjadi pusat perdagangan yang kompetitif dan menarik.
Laporan Akhbar dan Pergerakan Kapal
Beberapa laporan akhbar dari zaman tersebut memberikan gambaran yang jelas tentang aktiviti perkapalan di pelabuhan ini:
24 Mei 1872 - Kapal wap *Telegraph* tiba dari Klang pada pagi Rabu dan belayar semula pada malam yang sama.
8 Februari 1874 - Kapal wap Melayu *Telegraph*, dipandu oleh Kapten Valberg, tiba di Melaka dari Klang pada pagi Rabu dan belayar semula ke Klang pada petang Jumaat. Kapal wap *Rinaldo*, dipandu oleh Kapten Parsons, berlepas dari Singapura dan tiba di Klang, membawa lanun-lanun yang berkaitan dengan kes lanun Langat untuk dibicarakan di Klang. - Kapal wap Melayu *Telegraph* kembali ke pelabuhan Melaka dari Singapura pada petang Isnin selepas menjalani pembaikan yang diperlukan pada badan kapal dan jenteranya, kemudian belayar ke Klang pada Khamis.
Persaingan dan Subsidi Kapal Wap
Pada waktu itu, Klang merupakan wilayah yang luas dengan perdagangan yang berkembang pesat setiap hari. Ini menyebabkan keperluan untuk lebih banyak kapal wap bagi memenuhi permintaan yang meningkat. Kapal wap *Telegraph* sahaja tidak mencukupi untuk menampung perdagangan yang pesat berkembang. Oleh itu, perkhidmatan kapal wap kedua, *Rainbow*, diperkenalkan. Bagi memastikan *Rainbow* terus beroperasi antara Singapura, Melaka, Klang, Kuala Selangor, dan Pulau Pinang, Davidson menawarkan subsidi bulanan sebanyak $400 kepada pemilik kapal untuk menampung sebarang kerugian yang mungkin dihadapi.
Dengan adanya dua perkhidmatan perkapalan, *Telegraph* dan *Rainbow*, Klang semakin berkembang sebagai pusat perdagangan utama di rantau ini. Pelabuhan ini menjadi tumpuan pedagang dan kapal dari pelbagai destinasi, mencipta suasana perdagangan yang meriah dan dinamik. Aktiviti perkapalan yang sibuk, ditambah dengan strategi sokongan dari pihak berkuasa, menunjukkan betapa pentingnya peranan Pengkalan Batu dalam sejarah perdagangan dan pengangkutan di Malaysia. Pelabuhan ini bukan sahaja menjadi saksi kepada perkembangan ekonomi, tetapi juga lambang kepada kemajuan dan kecekapan perkhidmatan perkapalan pada zaman tersebut.
Destinasi perkapalan dari Pulau Pinang dan Singapura menjadikan Klang sebagai pelabuhan persinggahan dalam tahun 1879 |
Aktiviti-aktiviti lain di Pengkalan Batu
Selain itu, pelbagai lelongan awam untuk barang-barang perdagangan menunjukkan aktiviti ekonomi yang beraneka ragam di bandar tersebut. Perlumbaan tradisional seperti perlumbaan guni dan baldi menjadi hiburan yang disukai oleh penduduk setempat, menunjukkan kehidupan sosial yang aktif di sekitar pelabuhan Klang pada masa itu:
- Penjualan secara lelongan beberapa Peruntukan Bandar di Klang (Pengkalan Batu), Selangor, diiklankan akan berlangsung pada 12 Nov 1877 di Pejabat Awam, Klang,
- Tender Ladang Candu, Arak, Pajak Gadai, dan lain-lain Ladang Klang dan Kuala Selangor selama satu tahun mulai 1 Jun, 1877, akan dijual melalui Lelongan Awam di Pengkalan Batu, Klang, pada hari Selasa, 15 Mei, 1877.
- Candu, Minuman Keras, Pajak gadai, dan lain-lain Ladang Langat, selama satu tahun mulai 1 Ogos 1877, akan dijual melalui Lelongan Awam, di Pengkalan Batu, Klang, pada hari Rabu, 1 Ogos 1877.
- Perlumbaan kaki dan lompat tinggi telah dilakukan dengan baik tetapi yang paling menggembirakan ialah lumba guni dan baldi. Pada pukul 2 P. M. penangguhan dibuat ke S. S. Telegraph untuk menyaksikan sukan akuatik. Kapal-kapal Rosebud, Telegraph, dan Rainbow, berlabuh pada sauh dihiasi dengan bendera untuk majlis itu dan banyak bot-bot kecil yang dicat terang bersemangat untuk perlumbaan adalah satu pemandangan keseronokan yang indah.
- Tender Termeterai akan diterima oleh yang bertandatangan di bawah di Klang, pada tengah hari, pada hari Selasa, 23 haribulan 1879, daripada pihak yang bersedia membuat tender untuk kutipan duti tunggal pada $5 setiap bola bagi semua Candu yang diimport ke pelabuhan Klang, Selangor, atau pelabuhan-pelabuhan lain yang mungkin akan diatur selepas ini, untuk tahun 1880, 1881 dan 1882. Tender mestilah untuk jumlah yang ditambah untuk tahun ke-2 dan ke-3. Maklumat penuh tentang syarat-syarat yang dibuat, di mana kutipan duti akan dipajak, dan tentang kadar Candu mesti dijual secara runcit, boleh diperolehi atas permohonan kepada Yang Berhormat Setiausaha Tanah Jajahan, Singapura
Hasil Selangor berjumlah pada tahun 1881 kepada £47,045, diperoleh terutamanya daripada duti eksport ke atas bijih timah, duti import ke atas candu, dan penyewaan candu serta lesen dan ladang lain. Perbelanjaan ialah £46,876, item paling banyak adalah untuk "pertubuhan," "pencen," dan "kerja dan bangunan." Prospek bagi Selangor nampaknya cerah, dan adalah diharapkan, di bawah pentadbiran bertenaga Sir F. A. Weld, keupayaannya akan dibangunkan dan anomali undang-undang dan percukaiannya diperbaharui, dan kedua-dua orang Melayu dan orang asing mungkin mengalaminya. kelebihan ketenteraman dan keselamatan yang terhasil daripada peraturan yang adil.
Penjualan secara lelongan Ladang-ladang Hasil Kerajaan Selangor diadakan secara terbuka di Pelabuhan Pengkalan Batu dalam tahun 1870-an |
Pengkalan Batu dalam Tahun 1880-an
Klang telah lama menggantikan Kuala Selangor sebagai pelabuhan utama negeri Selangor. Pemindahan ibu negeri ke Kuala Lumpur dalam tahun 1880 tidak menyebabkan kehancuran Klang, sebaliknya, bandar itu terus berkembang sebagai pelabuhan utama Selangor. Bermula dari awal 1880-an, ia sentiasa berhubung dengan pelabuhan Pulau Pinang dan Singapura. Kapal wap secara berkala berlabuh di Klang. Seperti yang diketahui umum, Klang adalah pelabuhan utama Selangor dan Kuala Lumpur sebagai bandar utama. Barangan yang dibawa masuk ke Selangor melalui Klang termasuk minyak, beras, tembakau, garam, candu, dll. Namun, eksport Selangor hanya terhad kepada bijih timah.
Pada tahun 1883, saudagar Cina Keng Yong mencadangkan membina landasan kereta api untuk menghubungkan Kuala Lumpur ke Pelabuhan di Klang, yang merupakan langkah penting dalam meningkatkan komunikasi antara kedua-dua kawasan. Syarikat Kereta Api Selangor membuka laluan pertamanya dari Bukit Kuda, dekat Klang ke Kuala Lumpur, sepanjang 19½ batu pada September 1886. Bukit Kuda terletak di kawasan yang lebih tinggi. berhampiran tebing utara Sungai Klang. Pembukaan landasan kereta api telah meningkatkan komunikasi antara Klang dan kawasan pedalaman.
J.P. Rodger, Residen Selangor dari 1884 hingga 1888, memainkan peranan penting dalam menghubungkan Kuala Lumpur ke Bukit Kuda melalui kereta api. Pada mulanya, rancangan itu adalah untuk menghubungkan Kuala Lumpur ke pantai, tetapi Rodger mengisytiharkan bahawa landasan kereta api itu adalah satu keperluan dan berkeras untuk membina talian tetap dari Kuala Lumpur ke Klang, walaupun ia hanya sampai ke Bukit Kuda kira-kira tiga batu lebih jauh dari sungai. Andaian bahawa sungai masih diutamakan berbanding kereta api untuk pengangkutan. Bagaimanapun, Rodger kemudiannya mengubah fikirannya dan memutuskan untuk terus membina landasan kereta api.
Jeti di Bukit Kuda telah diperbaharui dan dinaik taraf menjadi sebuah dermaga, yang mampu menerima dan melepaskan kargo. Walaupun Jalan Damansara sudah menjadi laluan yang mantap untuk barangan am, kereta api itu menawarkan kapasiti yang jauh lebih besar daripada tempat lain, termasuk Singapura. The Penang Gazette, sebuah akhbar yang sering mengkritik dasar British di negeri-negeri Melayu, memuji usaha Rodger dalam membantu Keretapi Selangor berjaya. Dia mengambil langkah berani dengan menaikkan cukai ke atas bot yang membawa muatan ke atas sungai daripada $2 kepada $5. Langkah ini, yang diakuinya pada masa itu, bertujuan untuk meningkatkan perdagangan dari sungai ke kereta api. The Gazette menyatakan bahawa keputusan Rodger adalah berkesan dalam memacu perniagaan ke arah kereta api.
Kedudukan bandar Klang Selatan dan Bukit Kuda di Klang Utara |
Kedudukan Stesen Kereta api Bukit Kuda dan Pengkalan bot Bukit Kuda |
Jambatan Kereta api Connaught yang pertama melintasi Sungai Klang siap dalam tahun 1890 |
- 1800 ela rel penutup tebing.
- 3 buah gudang sejajar dengan dermaga,
- 3 pontoon terapung untuk pendaratan
- Gangway dari pontoon ke dermaga
- laluan berbumbung antara dermaga, pejabat dan stor
- pagar serta pembinaan parit sekeliling pelabuhan
Senarai kapal-kapal wap yang menjadikan Klang sebagai destinasi persinggahan sepanjang tahun 1880-an sehingga 1887 |
Peruntukan Kewangan untuk Pengkalan Batu dalam tahun 1888 disyorkan dalam dokumen rasmi kerajaan |
Jadual Perkapalan dalam tahun 1888 di Klang |
Maklumat penumpang yang turun ke Pengkalan Batu daripada kapal "Chow Phya" dari Pulau Pinang pada 19 Mac 1888 |
Struktur pentadbiran daerah Klang dalam tahun 1889 melibatkan pengurusan pelabuhan Pengkalan Batu |
Kapal Pyah Pekhet dari Pulau Pinang menjadikan Klang sebagai destinasinya. |
Kapal Teutonia berulang alik dari Melaka ke Klang |
Kapal wap berulang alik dari Pulau Pinang-Port Weld-Klang-Port Dickson |
1/5 Dokumen "Peraturan Pelabuhan 1 tahun 1891" yang menyeragamkan peraturan serta penalti di semua pelabuhan dalam negeri Selangor |
2/5 Dokumen "Peraturan Pelabuhan 1 tahun 1891" yang menyeragamkan peraturan serta penalti di semua pelabuhan dalam negeri Selangor |
3/5 Dokumen "Peraturan Pelabuhan 1 tahun 1891" yang menyeragamkan peraturan serta penalti di semua pelabuhan dalam negeri Selangor |
4/5 Dokumen "Peraturan Pelabuhan 1 tahun 1891" yang menyeragamkan peraturan serta penalti di semua pelabuhan dalam negeri Selangor |
5/5 Dokumen "Peraturan Pelabuhan 1 tahun 1891" yang menyeragamkan peraturan serta penalti di semua pelabuhan dalam negeri Selangor |
Kadar Bayaran untuk Perkhidmatan Telegraf dalam tahun 1892 dari Selangor ke seluruh dunia |
Kapal-kapal yang berulang alik dari Klang ke pelbagai destinasi dalam tahun 1892 |
Statistik Eksport dari Pelabuhan Pengkalan Batu dalam tahun 1896 |
Statistik Perkapalan keluar masuk dari/ke Pelabuhan Pengkalan Batu dalam tahun 1896 |
Memo perkapalan perjalanan dari Singapura ke Port Dickson, Klang dan Telok Anson dalam tahun 1900 |
Ilustrasi pelukis pemandangan di pengkalan perahu di Pengkalan Batu menghadap ke Bukit Raja di tebing utara Sungai Klang dalam tahun 1900 |
Pemandangan jalan di Klang dalam tahun 1901 |
Pandangan udara Taman Pengkalan Batu kini |
Pepohon bakau menguasai kembali tebingan dan sungai di Pengkalan Batu |
Notifikasi
Harap maaf! Untuk menambah bahan ini tuan/puan perlu log masuk/pendaftaran baru.