Aku Budak Telok..... Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tumpah darahku...Berbagai pengalaman hidup, asam garam pahit manis kehidupan aku lalui di sini..Mana mungkin aku melupakanmu, duhai kampungku, Telok Panglima Garang...Kau tetap di hatiku
Rabu, 2 April 2014
Keratan Akhbar Tentang Klang Sekitar 1940-an
Mufti Mempertikaikan Post Mortem
Kisah Pembunuhan Cina Klang
Perjanjian antara Majikan dan Pekerja Estet dimeterai
Kaum India di Estet Sertai Mogok Ganas
Bantahan Penutupan Farmasi di Klang
Lagi Mengenai Kekacauan di Estet-estet Sekitar Selangor
Jepun Bunuh Diri
Kes Berpaling Tadah dibuka
Bawa Ganja Dalam Kereta...4 Orang Kantoi!
Benggali Jaga Kena Dakwa Merompak
Jambatan Gantung di Klang Siap dibina
Anggota MPK Tangkap Anjing Liar
Kemalangan Yang Mengorbankan 9 Nyawa di Kapar
Pemandu Tertidur didenda
Kerja-kerja Mengangkut Boiler dari Port Klang ke Bangsar
Ketegangan Kaum di Bukit Changgang, Kuala Langat
Pasar Lama Klang (Belakang Emporium Makan) dibina
Cerita lama tentang Kehidupan di Estet
Petisyen Bebaskan Tengku Uddin
Gangster Klang Kantoi
Cerita Menarik di Akhbar sekitar Tahun 1930-an di Klang
Sejarah Keretapi di Klang
Pembunuhan Tragis di Klang
Lawatan Raja Langkat ke Klang
Sultan Berpindah Istana
Hadiah Wang RM25 kerana Selamatkan Nyawa di Sungai Klang
Kes Tikam Majikan kerana Tak Bayar Gaji
Wow, Kes Saman pasal Barangan Elektrik!
Institusi Penghulu di TPG
Penghulu merupakan satu jawatan tradisional yang sudah wujud begitu lama dalam pentadbiran tradisional. Nama jawatan penghulu begitu signifikan kepada dunia politik Melayu yang saling memerlukan dan juga mempunyai hubungan secara langsung dunia istana. Hal ini kerana, menurut pandangan J.M Gullick gambaran politik orang terdiri daripada Sultan yang bertindak sebagai pemimpin negeri yang dibantu oleh pembesar yang menjalankan khidmatnya bagi kesultanan di daerah masing-masing serta unit politik yang paling kecil di dalam daerah adalah berjawatan Penghulu. Secara umumnya, unit politik ini saling berkait dan berhubung dengan istana kerana jawatan yang dipegang akan menguruskan plotfolio masing-masing dalam pentadbiran bagi memastikan permasalahan dalam negara dapat diselesaikan.
Institusi Penghulu zaman Pemerintahan Raja-Raja Melayu
Perlantikan dibuat oleh Raja/ Pembesar mengikut keturunan yang merangkumi tugas-tugas seperti berikut :
- Memungut cukai,
- Menjaga keamanan,
- Mendamaikan pergaduhan,
- Menyediakan buruh.
Selepas campur tangan British dalam pentadbiran Selangor pada tahun 1874, sistem Residen British diperkenalkan di Selangor. British telah melantik kerabat diraja Selangor yang dianggap sesuai untuk berkhidmat dalam pentadbiran di sini. Perkhidmatan tersebut adalah sebagai penghulu di sesebuah mukim di daerah Selangor terdiri daripada Sungai Langat, Sungai Selangor, Sungai Bernam, Sungai Lukut, dan Sungai Klang. Pada tahun 1877, Pemungut Cukai, dan Majistret turut dilantik oleh British untuk menjaga hal ehwal, dan perbendaharaan di setiap daerah Selangor. Di samping itu, Pemungut Cukai, dan Majistret perlu membantu setiap penghulu di setiap daerah di Selangor. Meskipun wujudnya jawatan yang diperlukan seperti jawatan Sultan dan penghulu, namun begitu kuasa terletak tangan pihak kolonial atau dikenali sebagai Residen dan Residen Jeneral yang diaturkan sendiri oleh British.
Pada tahun 1883, Swettenham dilantik sebagai Residen British Selangor ke-3.Selepas perlantikan tersebut, Swettenham mengubah dasar pentadbiran daerah di Selangor kerana untuk menyeragamkan pentadbiran. Ekoran itu, pertama; daerah Selangor dibahagikan kepada enam bahagian iaitu Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Kuala Lumpur. Setiap daerah turut dilantik Pemungut Cukai di sini untuk membantu Residen British Selangor. Jawatan penghulu di Selangor dijadikan sebagai jawatan rasmi dalam pentadbiran Selangor. Jawatan ini berkuat kuasa pada bulan September 1883 dalam Majlis Mesyuarat Negeri Selangor berdasarkan perkenan Sultan Abdul Samad.
Pelantikan yang dilakukan pada zaman residen British adalah berdasarkan sebenarnya beberapa perkara. Ini disebab perlantikan penghulu kadang kala bukan disebabkan faktor diatas tetapi atas faktor cadangan yang diberikan oleh penghulu bagi mengantikan tempatnya. Hal ini berkemungkinan penghulu yang sedia ada telah mengenal pasti kemampuan bakal pengantinya serta bakal pengantinya sudah memahami tugas sebagai seorang penghulu. Disebabkan itu ia tidak semestinya bersifat warisan iaitu memberikan jawatan kepada ahli-ahli keluarga yang diwarisi . Ini disebabkan, kesukaran masih boleh berlaku semasa hendak mendapatkan persetujuan daripada residen kerana pihak pentadbiran akan melihat keupayaan seseorang bakal penganti penghulu untuk menguruskan
kawasan yang perlu dijaganya. Faktor cadangan ini akan melalui beberapa tapisan bagi memastikan calon-calon yang benar layak sahaja mendapat tugasan ini'. British telah mengawal.peraturan terhadap penghulu serta telah menyenaraikan kuasa-kuasa yang dianggap Residen tidak memberi impak yang begitu besar kepada pentadbiran British. pentadbiran residen telah memperkenalkan peraturan kuasa-kuasa penghulu
Dalam sistem residen, arahan-arahan yang dikeluarkan untuk penghulu bukannya hadir daripada Sultan, tetapi arahan residen. Ini disebabkan residen menguruskan pentadbiran untuk Selangor. Pada masa yang sama mengambil kesempatan dengan peluang ekonomi yang negeri Selangor. Disebabkan itu, British memerlukan pimpinan tempatan seperti untuk menjaga sesuatu kawasan yang diberikan. Di samping itu, punca kemerosotan penghulu semakin memuncak selepas pentadbiran negeri-negeri residen disatukan. gabungan Selangor, Perak , Pahang dan Negeri Sembilan. Hasil gabungan ini mengwujudkan pentadbiran pusat yang menyebabkan jawatan penghulu semakin daripada dunia istana seperti zaman tradisional.
Institusi Penghulu pada Zaman British
Perlantikan masih dibuat oleh Sultan yang merangkumi tugas-tugas seperti berikut :
- Menjaga undang-undang kerajaan di mukim (kepentingan British),
- Mengutip cukai dengan menyimpan 10% untuk kegunaan sendiri,
- Mendamaikan perkelahian anak buah,
- Menjaga keselamatan,
- Mengadili kesalahan-kesalahan yang kurang penting.
Peranan Penghulu Selepas Merdeka.
Perlantikan dibuat oleh Suruhanjaya Awam Negeri yang merangkumi tugas-tugas seperti berikut :
- Ketua Pentadbiran Mukim,
- Perantaraan kerajaan dengan rakyat,
- Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pegawai Daerah dan Penolongnya,
- Mengawasi kerja-kerja Ketua Kampung,
- Membantu Pentadbir Tanah,
- Mengawas perlakuan dan pelanggaran adat dan agama,
- Mengawasi kejadian jenayah,
- Menggalakkan perpaduan penduduk,
- Menguruskan hal-hal berkaitan harta pusaka kecil,
- Lain-lain perkara dalam mukim.
Institusi Penghulu di Telok Panglima Garang
Berikut adalah antara nama-nama tokoh berpengaruh di Telok suatu masa dulu yang pernah berkhidmat dan berbakti sebagai Penghulu semasa pemerintahan Inggeris sehingga kini di Selangor. Tak diketahui tarikh dan tempoh perkhidmatan mahupun biodata kesemua individu ini. Mohon dapat ahli keluarga mereka menceritakan kisah hidup arwah datuk-datuk mereka untuk dikongsi bersama oleh generasi Telok kini. Apa-apa pun, Alfatihah kita sedekahkan buat roh-roh mereka, moga ditempatkan Allah bersama-sama para nabi dan syuhada. Harap ada pihak lain yang dapat menjalankan kajian ilmiah tentang Penghulu-penghulu di Telok.
1 | Penghulu Raja Ibrahim bin Raja Budu (1 Januari 1893-?) |
2 | |
3 | Penghulu Haji Jaafar bin Abdul Rahman (Jun 1906-?) |
4 | Penghulu Che Abdullah bin Sheikh Hassan |
5 | Penghulu Ngah |
6 | Penghulu Osman |
7 | Penghulu Raja Idris |
8 | Penghulu Syed Hashim |
9 | Penghulu Abdullah |
10 | Penghulu Wan Hamid |
11 | Penghulu Omar |
12 | Penghulu Wan Hassan |
13 | Penghulu Abu Bakar |
14 | Penghulu Muhammad Bandar |
15 | Penghulu Hamzah bin Abdullah |
16 | Penghulu Faidzullah |
17 | Penghulu Mohd Salleh bin Abdul Rahman |
18 | Penghulu Aziz bin Kasim |
19 | Penghulu Abdul Hamid |
20 | Penghulu Haji Mohd Halil bin Selamat |
21 | Penghulu Haji Mahadzir bin Abu Samah (16 September 1999 - 31 Disember 2005) |
22 | Penghulu Faisal bin Yahya (1 Januari 2006 - 15 Ogos 2008) |
23 | Penghulu Haji Mat Isa bin Harun (16 Ogos 2008 - ) |
Pernah Memegang/Memangku Jawatan Penghulu:
Inche Ibrahim bin Jaafar
Pernah Memohon Jawatan Penghulu:
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Penghulu-penghulu di TPG, klik pada pautan di bawah:
Permohonan:
Cadangan:
Sumber: Arkib Negara Malaysia
BEBERAPA DOKUMEN RASMI TERPERINCI TENTANG PENGHULU-PENGHULU DI TPG:
Langgan:
Catatan (Atom)
Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas
Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...
-
Salam buat semua. Hari itu aku balik kejap kat Telok. Jumpa keluarga time cuti sekolah ni..Aku pun jalan-jalan tengok rumah saudara yang ba...
-
Salam buat semua. Hari ini Jumaat 2 Mei 2014. Jam dekat tangan aku menunjukkan pukul 11:35 pagi. Ya, memang hari ini hari persekolahan . Su...
-
Salam buat semua. Hari ini Jumaat. Cuti sekolah semester satu. Aku tak ke mana-mana hari ini. Sakit pinggang, Terasa benar sakitnya. Mungk...
-
Assalamualaikum... Salam Jumaat. Salam buat semua sahabat,rakan dan pembaca sekalian.Maaf dah lama tak turun padang..bukan nak bersenam, mai...
-
Salam buat semua. Wah, semua nampak sihat-sihat jer.Alhamdulillah. Pertama-tama marilah kita panjatkan rasa kesyukuran kita kita ke hadrat A...
-
Salam buat semua. Kepada yang baru datang melawat Ahlan Wa Sahlan. Arigato mas. Selamat Datang. Sihat semuanya? Alhamdulillah. Semoga Alla...
-
Salam buat semua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang buat kita semua memohon keampunanNya, mengharapkan bela...
-
Sejarah pendidikan di Telok sememangnya panjang. Bermula dengan pendidikan fardhu ain tak formal di rumah tok-tok guru ketika mengaji alq...
-
Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua.. Sebut pasal warigh, teringat...
-
Salam buat semua pembaca blog aku ini. Terima kasih ler kerana sudi menjenguk kat sini. Blog aku ini ,pada mulanya ketika aku mula menulis,...