Salam buat semua anak cucu dan peminat blog Atok dan Wan ini. Semoga semuanya dirahmati dan diampuni Allah. SWT. Selawat dan salam buat Junjungan besar Rasulullah kita Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda R.A. Korang dah baca tak entri Atok tentang Penjara Pudu kelmarin? Kalau dah baca alhamdulillah, cer komen,cer komen sikit. Yang masih belum membacanya lagi, hmmm...Hampeh! Bacalah untuk tambah pengetahuan korang tentang sejarah IPTA untuk penyamun, penyangak, perogol dan sampah-sampah masyarakat kita suatu masa dahulu. Universiti ini dah tak ada lagi dah! Sudah dirobohkan tahun 2013 dahulu. Penjara-penjara sekarang ini semuanya macam hotel 5 bintang kalau dibandingkan dengan Penjara Pudu ini. Mengada-ngada, dimanja-manjakan oleh NGO dan Suhak*m atas nama hak-hak asasi manusia. HAKTUI...Sampai ada yang berkata, Malu apa Bossku?
So, Atok nak korang baca sambungan cerita hari itu. Yang tak sempat hari itu, klik sahaja link kat bawah ini.
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2015/02/sejarah-penjara-di-klang-1872-1896.html
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/09/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu.html
PENDAHULUAN
Menurut laporan akhbar, The Straits Times, pada tahun 1883, keadaan di penjara Klang dan Kuala Lumpur tidak seperti yang sepatutnya. Sel untuk didiami banduan sempit dan tidak mencukupi, Jumlah banduan (terutama bangsa Cina) ramai. Akibatnya, ramai banduan dihantar ke merata-rata balai polis di luar bandar dan dikerah untuk bekerja melakukan kerja-kerja awam di sana.
Banyak berlaku kes lari dari penjara ketika bekerja di luar (berhampiran hutan) di bawah pengawasan wadar Melayu yang dianggap tidak amanah dan cuai ketika bertugas. Beberapa kes wadar cuai sehingga banduan melarikan diri. Dalam tahun 1885, seramai 559 banduan di penjara. Ramai di antara mereka diberi kerja memunggah rel-rel keretapi kepada banduan. Kerja yang sememangnya berat ini menyebabkan daripada 40 orang banduan, 16 melarikan diri. Hanya 6 orang sahaja dapat ditangkap semua. Masalahnya wadar-wadar Melayu terlalu berlembut ketika menjalankan tugas. Sepatutnya mereka tegas dan tidak membiarkan banduan duduk bersembang atau culas ketika melakukan kerja. Wadar Sikh pula ada masalah minum arak, Walaupun ancaman potong gaji atau tangguh gaji diberi, ini tidak memberi kesan terhadap perlakuan mereka. Namun,kelakuan wadar pada umumnya baik. Ketua Wadar, Enche Imbi dipuji atas tugas cemerlang yang dilakukannya.
Pada tahun 1889 wadar-wadar berbangsa Eropah mula dilantik. Mengikut statistik kerajaan Selangor pada tahun 1890, terdapat 1075 pesalah, di mana 85 orang merupakan banduan jangka panjang, manakala 990 banduan jangka pendek( hukuman tidak lebih setahun), 79 orang banduan berulang, mengikut perincian tersebut, pada 31 Disember 1890, terdapat 267 kes, 164 di KL,manakala 76 kes di klang, selebihnya 27 orang banduan ditahan di balai-balai polis di seluruh negeri. Hukuman di penjara kurang berkesan kerana jumlah banduan berulang dan baharu meningkat.
Rentetan daripada kelemahan dalam pentadbiran dan pengurusan penjara ini, maka kerajaan telah merancang untuk membina sebuah penjara baharu yang lebih besar, lebih kukuh binaannya dan dapat memuatkan ramai pesalah. Kumpulan banduan terawal yang akan menghuni penjara ini nanti diambil dari lokap-lokap di daerah Jugra, Hulu Langat, Ampang, Klang dan Rawang. Warder-wardernya akan merupakan antara yang terbaik di Tanah Melayu. Penjara Pudu merupakan satu-satunya penjara di negeri Selangor dan digunakan untuk memenjarakan lelaki dan wanita dengan hukuman yang singkat. Penjara itu akan juga mempunyai kebun sayur yang boleh menghasilkan makanan yang mencukupi untuk banduannya setiap tahun
PEMILIHAN DAN PENYEDIAAN TAPAK
Maka seawal 1884 lagi mereka telah merancang secara serius tentang pembinaan penjara baharu ini. Pada tahun 1889, kerajaan Selangor telah mengenalpasti lokasi tapak penjara yang paling sesuai dan strategik. Sebidang tanah seluas 10 hektar di Kampung Pudu telah dikenalpasti. Kedudukan tanah ini yang hanya sebatu (kira-kira 1.5 km) sahaja dari pusat bandar. Tidak jauh tetapi tersembunyi daripada pandangan penduduk awam Kuala Lumpur. Pelan pembangunan penjara baharu di Pudu ini telah diluluskan oleh pemangku Residen British ketika itu, Sir J.P. Rodgers.
Kawasan tapak Penjara Pudu ini sebenarnya kawasan hutan di mana sering kedengaran suara harimau mengaum mencari makanan di dalamnya. Cuma terdapat beberapa buah rumah papan beratap nipah di situ. Sebenarnya sebahagian besar tapak tersebut merupakan jirat Cina lama yang ditinggalkan. Kemungkinan jirat ini mengebumikan ratusan mayat pekerja-pekerja lombong bijih timah seawal pembukaan Kuala Lumpur lagi. Lama kelamaan jirat ini ditutupi hutan belukar. Namun,tidak jauh dari sana, terletaknya sebuah perkampungan kaum Cina di Pudu. Mereka bertani menanam sayur-sayuran di kebun-kebun mereka di pinggir hutan tersebut untuk dijual di pasar-pasar sekitar Kuala Lumpur. Kerajaan sedar tentang kewujudan jirat Cina lama di situ, tetapi kedudukan strategiknya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
|
Kedudukan Tapak Penjara Pudu yang strategik |
Maka proses pengambilan tanah di situ pun bermula. Sebahagian besar kawasan tersebut dimiliki oleh tiga orang penduduk tempatan iaitu Haji Suleyman, Baginda Halim dan See Bee Bee. Terdapat lima buah rumah milik penduduk tempatan di situ. Pampasan kewangan hanya akan dibayar selepas rumah-rumah mereka dirobohkan dan tanah diserahkan kepada kerajaan. Kerajaan memutuskan nilai pampasan sebanyak $25 dibayar bagi setiap lot tanah tersebut dan $20 hingga $30 bagi setiap rumah.
|
Keterangan pemilik-pemilik asal tapak penjara Pudu pada tahun 1891 |
Dalam tahun yang sama juga, Mayat dan sisa-sisa tulang dari jirat ini perlu dikumpulkan dengan betul, dengan penuh kehormatan, dikeluarkan dari tapak itu, dan dikebumikan di tempat lain mengikut adat pengebumian Cina. Kerajaan bersetuju dan akan membiayai semua kerja penggalian serta pengebumian semula tulang-tulang tersebut.
Mulai bulan Januari tahun 1891, kerja-kerja pembersihan tapak dijalankan. Kawasan lembah di belakang tapak penjara itu diterangkan tetapi dibiarkan sebagai tanah lapang untuk dimanfaatkan sebagai kebun sayuran untuk kegunaan penjara baharu ini nanti. Wad tahanan sementara bagi banduan-banduan yang bekerja di tapak tersebut mula didirikan.
PEMBINAAN INFRASTUKTUR DAN KEMUDAHAN PENJARA
Pada tahun 1892, Encik Nicholas, seorang Crown Agent, telah dilantik sebagai kerani kerja, Beliau diberi kontrak $ 28,700 untuk membina blok pentadbiran Penjara Pudu. Dua kontraktor telah diupah untuk bangunan itu, Encik Nicholas sendiri dan seorang kontraktor tempatan, Tambusammy Pillay. Mereka menggunakan banduan sebagai buruh. Penjara ini dibina dalam enam fasa menggunakan keluli, batu bata, dan simen yang semuanya diimport dari jajahan British. Bahan untuk pembinaan penjara itu dihantar dari India manakala besi tuang dari Great Britain. Pada tahun yang sama juga, pembinaan Dapur Penjara dimulakan. Setahun kemudian, pada tahun 1893, Rumah-rumah atap di situ telah dirobohkan dengan pampasan sebanyak $257.00 kepada pemilik-pemiliknya.
Namun, Residen Selangor ketika itu tidak berpuas hati dengan cara Encik Nicholas mengendalikan pembinaan itu. Surat daripada Jurutera Negeri Selangor, C.E. Spooner, pegawai lantikan Residen British ketika itu kepada Setiausaha Gaol Selangor pada 19 Julai 1894, menyatakan bahawa banduan di tapak pembinaan itu culas dan hanya berpura-pura bekerja. Spooner berkata banduan enggan melakukan tugasan mereka mengikut jadual. Hal Ini menyebabkan beliau kemudiannya memperkenalkan bengkel dan latihan buruh paksa sebagai aktiviti wajib untuk menangani masalah tersebut. Setiap hari seramai 117 orang dikerahkan untuk membina penjara baru. Dalam tahun 1894, banglo untuk Pengarah Penjara tersebut siap dibina. Penggalian perigi, rumah pam, penapis air serta penyaluran air ke penjara siap pada tahun 1895.
Pelan Penjara Pudu asal telah siap sepenuhnya pada tahun 1895. Namun, blok-blok tambahan seperti pembesaran Dapur Penjara dilakukan dalam tahun 1895 juga. Bilik Bacaan untuk staf penjara dibina dalam bulan Disember tahun 1896. Dalam tahun 1896 juga, tender pembinaan dua buah kuarters untuk Warden Eropah bernilai $3000 dikeluarkan. Pembinaan dua buah buah tandas awam dengan peruntukan sebanyak $730 disiapkan dalam tahun 1896. Kerja-kerja membina tangga berbatu bata ke kuarters Warden serta ke Bilik Bacaan Penjara disiapkan dalam tahun 1897. Dalam bulan November 1897 kerja-kerja pembinaan wad baharu dengan 30 katil dibuat untuk hospital penjara.
|
Butiran Terperinci Kos Pembinaan Dapur Tambahan di Penjara Pudu dalam tahun 1895 |
SEL TAHANAN
Pada mulanya Penjara Pudu direka untuk menempatkan 600 banduan tetapi dengan sel tambahan, kapasitinya ditingkatkan kepada 2,000. Penjara ini pada asalnya mempunyai 240 sel di tiga tingkat, tetapi lebih banyak sel telah ditambah dalam masa bertahun-tahun. Penjara utama adalah setinggi tiga tingkat dan mengandungi kira-kira 900 sel; dipisahkan kepada enam bahagian mengikut abjad, dengan banduan diletakkan mengikut kumpulan yang biasanya seperti berikut: penduduk tempatan, orang asing, banduan jangka pendek, juvana, sakit mental, blok terpencil dan hukuman mati. Blok F adalah untuk pengasingan manakala Blok G adalah untuk wanita.
Banduan wanita tidak tinggal di bangunan yang sama dengan banduan lelaki. Mereka tinggal di blok terpencil yang berasingan. Sel Banduan Hukuman Mati dan bilik pelaksanaan Hukuman gantung terletak dalan blok yang sama, iaitu di Blok D di penjara itu. Banduan kebanyakannya diletakkan di dalam blok penjara utama. Sel biasa yang mempunyai tiga tingkat adalah dibahagikan kepada lima sub-blok: Blok A, B1, C2, D3, dan E4.
Setiap satu sel terdiri daripada dimensi 8 kaki x 10 kaki yang dihuni seorang banduan. Tidak banyak ruang di dalam sel. Hanya katil batu dan tingkap kecil, kira-kira saiz kotak kasut dan suasana gelap yang mana anda hampir tidak dapat melihat apa-apa. Pintu logam sel penjaranya sangat kuat dan berat kerana dibuat daripada besi dan bahan-bahan lain. Adalah mustahil untuk memecahkan pintu sedemikian, tambahan pula dengan dinding yang tidak dapat ditembusi, menara pengawal dan deretan kawat berduri, jika ada mana-mana banduan merancang untuk melarikan diri dari Penjara Pudu. Semestinya, penjara adalah peringatan yang baik kepada rakyat bahawa undang-undang tidak boleh dipandang remeh.
|
Susunatur asal blok-blok bangunan di Penjara Pudu dalam tahun 1895 |
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU
Sumber Manusia
Sebelum tahun 1896, pakaian seragam Warder Eropah dan sub-warder berbangsa Asia tidak selaras dengan rakan setugas mereka di negeri-negeri Melayu yang lain. Hanya setelah wujudnya Negeri-negeri Melayu bersekutu (F.M.S) maka pakaiannya diselaraskan bagi negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Pakaian seragam penjara dibekalkan oleh Jabatan Pakaian, Malay States Guides.
Dalam tahun 1897 pula satu pekeliling dikeluarkan menghuraikan tugas dan skop kerja setiap Pengarah Penjara, Penguasa Penjara digunapakai di semua penjara dalam F.M.S. Juga dalam tahun yang sama jawatan kosong untuk dua orang warder Eropah diiklankan dalam kebanyakan suratkhabar pada masa itu.
Selain peruntukan untuk pakaian seragam, kuarters, penjara Pudu juga mempunyai dua buah bilik bacaan berasingan untuk Warder Eropah dan juga Warder Asia mereka. Mereka juga menubuhkan kelab sukan dan rekreasi mereka sendiri.
|
Bilik Bacaan dan Rekreasi untuk kakitangan Penjara Pudu pada tahun 1896 |
|
Penyeragaman pakaian untuk semua kakitangan penjara di FMS pada tahun 1896 |
|
1/2 Senarai pakaian seragam Penjara untuk pegawai, Warder Eropah dan Warder berbangsa Asia di Penjara Pudu pada tahun 1896 |
|
2/2 Senarai pakaian seragam Penjara untuk pegawai, Warder Eropah dan Warder berbangsa Asia di Penjara Pudu pada tahun 1896 |
|
Senarai tambahan pakaian seragam Penjara pada tahun 1896 |
|
Iklan Jawatan Warder Eropah untuk tahun 1897 |
|
1/3 Buku Peraturan jawatan,skop tugas pegawai atasan penjara 1896 |
|
2/3 Buku Peraturan jawatan,skop tugas pegawai atasan penjara 1896 |
|
3/3 Buku Peraturan jawatan,skop tugas pegawai atasan penjara 1896 |
Peralatan dan Keperluan Penjara
Pengarah Penjara Pudu bersama kakitangan pentadbirannya mestilah mengurus dan menyelenggara Sistem Fail Jabatan,mengurus dan menyelenggara kenderaan jabatan,mengurus dan menyelaras urusan surat menyurat Jabatan,mengurus pembelian harta modal / inventori pejabat, menyelenggara peralatan pejabat, menyelaras dan mengendalikan Mesyuarat Ketua-ketua Unit dan lain-lain tugasan yang berkaitan dengan tadbirurus sesebuah organisasi kerajaan. Pengeluaran tawaran tender bagi membeli dan mendapatkan barangan dan perkhidmatan bagi kegunaan penjara. Kadangkala pembelian dibuat melalui rundingan terus antara pembekal dan Pengarah Penjara. Biasanya tender ini berkuatkuasa untuk setahun sahaja dan perlu dikeluarkan untuk perbekalan pada tahun hadapannya.
|
1/2 Perbandingan Tender untuk Penjara Pudu bagi tahun 1897
|
|
2/2 Perbandingan Tender untuk Penjara Pudu bagi tahun 1897 |
|
1/2 Kontrak Pembelian barangan secara runding terus dengan pembekal terpilih untuk tahun 1897 |
|
2/2 Kontrak Pembelian barangan secara runding terus dengan pembekal terpilih untuk tahun 1897
|
Pengurusan Banduan
Pengarah Penjara dan Ketua Warder bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan menilai program pemulihan dalam kalangan banduan/ tahanan/ penghuni yang berada di bawah jagaan Penjara Pudu. Banduan/tahanan/penghuni seharusnya mendapat layanan sewajarnya. Beliau juga bertanggungjawab dalam memberi peluang pendidikan secara formal dan tidak formal kepada banduan/ tahanan/ penghuni dalam bidang akademik, kokurikulum, teknik vokasional dan pengajian tinggi sepanjang menjalani hukuman di dalam penjara itu. Mereka juga bertanggungjawab merancang,menyelaras dan meningkatkan aktiviti psikologi dan intervensi kaunseling ke arah program pemulihan yang efektif.
Penyediaan Buku Daftar
Di setiap tempat di mana orang dipenjarakan, hendaklah disimpan sebuah buku pendaftaran berjilid dengan halaman bernombor untuk mencatatkan maklumat berikut tentang setiap tahanan:
(a) Maklumat tentang identitinya;
(b) Sebab dia dipenjarakan dan pihak berkuasa yang memenjarakannya;
(c) Hari dan jam dia dimasukkan dan dibebaskan.
(2) Tiada seorang pun boleh diterima di sesebuah institusi tanpa perintah
pemenjaraan yang sah yang butir-butirnya telah dicatatkan sebelumnya di
dalam buku daftar.
Pengasingan Kategori
Bangsa dan kewarganegaraan di Penjara Pudu sering diasingkan oleh pentadbiran penjara bukan sahaja untuk menyekat sebarang bentuk konflik dalaman akibat masalah perkauman atau geng, tetapi juga kerana cara pengasingan ini juga meningkatkan peluang banduan dipengaruhi oleh kumpulan agama dominan, yang lebih cenderung mendorong banduan baru-baru ini bergabung dengan mereka dan amalan mereka juga. Tahanan yang berlainan hendaklah ditahan di institusi atau bahagian institusi yang berasingan dengan mengambil kira jantina, umur dan rekod jenayah mereka, serta sebab dari segi undang-undang mereka ditahan dan keperluan rawatan mereka.Tujuan klasifikasi adalah:
(a) Untuk mengasingkan tahanan lain daripada tahanan yang disebabkan rekod jenayah atau perangai jahat mereka berkemungkinan mendatangkan pengaruh buruk;
(b) Untuk membahagikan tahanan mengikut kelas bagi memudahkan layanan terhadap mereka supaya mereka dapat menjalani pemulihan sosial.
Dengan demikian,
(a) Lelaki dan wanita hendaklah seberapa yang boleh ditahan di institusi berlainan; di sebuah institusi yang menerima lelaki dan wanita, seluruh premis yang diperuntukkan untuk wanita hendaklah diasingkan sepenuhnya;
(b) Tahanan yang belum dibicarakan hendaklah diasingkan daripada tahanan yang disabitkan;
(c) Orang yang dipenjarakan kerana hutang dan tahanan sivil lain hendaklah diasingkan daripada orang yang dipenjarakan kerana kesalahan jenayah;
(d) Tahanan muda hendaklah diasingkan daripada tahanan dewasa.
Tahanan wanita hendaklah diurus dan diselia hanya oleh pegawai wanita. Walau bagaimanapun peraturan ini tidak menghalang kakitangan lelaki, terutamanya doktor dan guru lelaki, daripada menjalankan tugas profesional mereka di institusi atau bahagian institusi yang dikhaskan untuk wanita.
Penjara Pudu bukan sahaja mengendalikan pesalah atau banduan yang telah terhukum oleh mahkamah. Ia juga menguruskan penjara sivil bagi kesalahan-kesalahan kecil serta mereka yang sedang dibicarakan di mahkamah. Terdapat sebuah wad bagi golongan gelandangan, berserta sebuah penjara juvana. Kesemua mereka ini berada di dalam penjara Pudu atas perintah mahkamah bagi tempoh masa yang telah ditetapkan.
Penyimpanan Barang Tahanan
Semua wang, barang berharga, pakaian dan barang lain milik tahanan yang, mengikut peraturan institusi, tidak boleh disimpannya hendaklah diletakkan dalam jagaan selamat apabila dia dimasukkan ke institusi. Inventori barang berkenaan hendaklah ditandatangani oleh tahanan. Langkah perlu diambil bagi memastikan semua barang tersebut dalam keadaan baik. Apabila tahanan dibebaskan, semua wang dan barang tersebut hendaklah dipulangkan kepadanya kecuali wang yang telah dibelanjakannya dengan kebenaran atau mana-mana barang yang dihantar keluar dari institusi dengan kebenaran, atau mana-mana pakaian yang perlu dimusnahkan atas sebab menjaga kebersihan. Tahanan perlu menandatangani akuan penerimaan bagi barang dan wang yang dipulangkan kepadanya.
|
Gelandangan juga dipindahkan ke penjara baharu di Pudu mulai 1895 |
PELAKSANAAN HUKUMAN
Penjara adalah ruang kehidupan suram buat mereka yang pernah tercalar hidupnya dengan perilaku jenayah satu masa dahulu. Pelbagai episod duka dirakam di sana, ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang seakan hilang akal, malah ada yang sepi menanti hari-hari terakhir sebelum dibawa ke tali gantung. Pemenjaraan dan langkah lain yang menyebabkan seseorang pesalah terputus hubungan dari dunia luar, mendatangkan penderitaan kerana hak untuk menentukan nasib sendiri dilucutkan dengan terlucutnya kebebasan diri.
Proses pentadbiran penjara pastinya akan menjadi perubahan radikal dalam kerjaya moral banduan. Banduan akan melalui proses pentadbiran penjara standard biasa (yang rutin serupa masih berlaku di kebanyakan penjara Malaysia) yang akan melibatkan mengambil nota sejarah hidup mereka, mengambil gambar mereka, menimbang, cap jari, memberikan nombor penjara, menyenaraikan dan menyimpan barang peribadi, banduan dilucutkan dan dimandikan, diberi pakaian seragam penjara, memotong rambut mereka, diberi induksi kepada sistem dan peraturan penjara, dan akhirnya ditugaskan ke sel penjara. Nama banduan dan dari mana asalnya, mungkin, beberapa aset terakhir yang mereka tinggalkan, barang-barang tidak penting yang tidak dapat diambil. Tidak kira jenis jenayah yang dilakukan oleh banduan, mereka semua menerima proses dan rawatan yang sama daripada jabatan penjara.
Banduan juga akan mengalami pelbagai serangan mental yang merosakkan identiti mereka bukan hanya melalui penyingkiran harta peribadi mereka, tetapi juga dengan mengubah penampilan mereka (dengan cara pakaian seragam penjara dan potongan rambut pendek), menyekat pergerakan dan cara berkelakuan mereka, dan dengan mengenakan kewajipan jadual penjara dan aliran kerja ke atas mereka.
Disiplin dan ketenteraman hendaklah dijaga dengan ketat, tetapi dengan sekatan yang sekadar perlu untuk memastikan penahanan yang selamat dan kehidupan komuniti yang teratur:
a) Memastikan banduan/tahanan/juvana mengikuti program pemulihan sepanjang tempoh mereka berada dalam penahanan.
b) Memastikan banduan/tahanan/juvana mendapatkan layanan sewajarnya
c) Meningkatkan keberkesanan program-program
Mereka cukup patuh kebanyakan masa. Ia bergantung kepada penjara dan kategori mereka. Jika mereka disabitkan banduan, mereka kebanyakannya patuh dan tidak menghadapi masalah. Jika mereka tahanan yang tidak disabitkan kesalahan, mereka agak sukar dikawal kerana mereka tidak diberi diskaun untuk tingkah laku yang baik. Tetapi secara keseluruhan, mereka berkelakuan kerana mereka bergantung kepada kita untuk melakukan apa sahaja - makan, tidur, mandi dan sebagainya.
Rutin Harian Biasa di Pintu Penjara Pudu tidak berkunci untuk banduan mengosongkan pail sampah mereka (tiada kemudahan tandas/air di dalam sel penjara, jadi penghuni sel yang dilantik perlu mengosongkan dan membersihkan pail perkara pertama setiap pagi). Banduan kemudiannya akan kembali ke sel mereka dengan pail kosong yang bersih dan menunggu 0800 banduan yang dibebaskan dari sel mereka untuk sarapan pagi di Dapur Penjara.
JENIS-JENIS HUKUMAN
Hukuman Sebat
Dijalankan di dalam kawasan penjara dan dengan pandangan
penuh banduan lain, hukuman boleh dikenakan sebagai hukuman kepada banduan terhukum, juga banduan yang melakukan kesalahan dalam penjara. Hukuman sebat dilakukan pada hari yang ditetapkan bagi
semua banduan yang telah diberikan hukuman. Banduan dibawa ke sel-sel dan
dikurung bersama untuk menunggu giliran mereka. Mereka dibawa keluar satu demi
satu untuk hukuman. Ini adalah kompaun di mana hukuman sebatan untuk banduan
dijalankan. Hukuman biasanya bermula pada pukul 8 pagi. Setiap banduan diberi
semua pukulan dalam satu sesi.
Banduan itu pertama kali diperiksa oleh doktor perubatan
yang berkelayakan untuk menentukan kecergasannya untuk hukuman itu. Selepas
disahkan sihat, banduan akan diperintahkan hukuman oleh Penguasa Penjara. Dia
kemudian diikat pada abah-abah kayu.
Pegawai atau warden yang terlatih akan menjalankan hukuman
sebatan. Oleh kerana hukuman sebatan diberikan, seorang pegawai kanan penjara akan mengira jumlah sebatan semasa doktor menonton
prosiding.
Sekiranya banduan pengsan di mana-mana peringkat hukuman
sebatan, doktor boleh menghentikan hukuman sebat untuk memeriksa banduan.
Sekiranya banduan disahkan sesuai untuk meneruskan, baki pukulan akan
diberikan. Sekiranya doktor mengisytiharkan banduan itu tidak layak untuk
meneruskan, baki pukulan akan diketepikan.
Pada akhir hukuman sebat, banduan dibebaskan dari abah-abah
dan diperiksa oleh doktor yang juga akan mengarahkan pembantu untuk memohon
rawatan perubatan yang diperlukan pada punggung banduan. Sekiranya luka itu
serius, doktor akan memerintahkan tahanan dimasukkan ke hospital.
Bagi orang dewasa, rotan tidak akan melebihi separuh
diameter inci. Dalam kes juvana, rotan ringan akan digunakan.
Pengasingan Sel
Penjara direka untuk memastikan penjagaan selamat individu. Keadaan ruang sel yang sempit, claustrophobic, memang tidak menyenangkan. Tempoh banduan tinggal lama di dalam sel penjara dan dikurung selama lebih daripada 12 jam pada satu-satu masa, direka untuk menumpukan minda. Di dalam ruang sel, semua yang berkumpul di sana, berpakaian penjara yang sama terpaksa melalui pengalaman yang sama dalam kehidupan penjara yang keras.
Satu perkara yang menarik ialah baldi najis (penjara Pudu tidak mempunyai sistem pembetungan). Banduan terpaksa berurusan membersihkan baldi najis dengan membuang kandungannya setiap pagi. Pihak Sanitary Board akan menghantar lori untuk mengambil najis dari Penjara Pudu pada setiap pagi sebelum 8.00 pagi. Amalan kuno pembuangan sisa ini pastinya akan mengganggu banduan yang masing-masing tidak mahu menjalankan tugas yang merendahkan diri tetapi perlu berbuat demikian.
Catuan Diet
Makanan mempunyai nilai yang besar untuk banduan penjara, kerana akses terhad mereka kepada barangan kewangan dan bahan. Pelbagai kesan ketegangan antara minoriti dan kumpulan etnik majoriti, penyediaan makanan, kepada tingkah laku banduan yang bermasalah. Rasa tidak puas hati tentang rasa dan jenis makanan. Ketegangan juga timbul kerana keengganan untuk menugaskan etnik minoriti untuk bekerja di dapur dan kakitangan penjara menganggap bahawa mereka tidak tahu bagaimana untuk "mengendalikan makanan dengan bersih".
Di penjara Pudu, konteks penjara adalah sebahagian daripada langkah hukuman sebenar. Penjara Pudu memainkan peranannya dalam catuan bahagian makan kepada banduannya, Makanan mempunyai kesan baik ke atas pemulihan serta dinamik sosial antara banduan dan warden. Diet pemakanan seimbang menyebabkan kurang insiden ganas di kalangan banduan.
Apa yang menarik ialah persepsi masa, jenis dan kuantiti makanan serta diet untuk banduan. Penjara Pudu menggunakannya sebagai alat strategik yang digunakan dalam usaha untuk membuat banduan bermasalah berhenti dari tingkah laku mereka yang bermasalah. Banduan sukar boleh dimasukkan ke dalam sel pengasingan selama tidak lebih daripada tujuh hari pada satu masa, dan tidak lebih daripada sembilan puluh hari secara kumulatif dalam setahun, sama ada untuk kesalahan kecil atau utama.
"Separuh Catuan", yang hanya terdiri daripada roti dan air, akan menjadi cara yang berkesan untuk membendung tingkah laku mereka kerana ia tidak syak lagi pengalaman yang mengerikan untuk dilalui. Makanan mereka boleh dipotong dengan teruk kepada bahagian-bahagian kecil dan mereka boleh diletakkan di dalam sel-sel yang lebih kecil dan biasanya lebih gelap dan kotor, dan diasingkan daripada sebarang hubungan dengan banduan lain.,
Jenis Diet
Makanan biasanya terdiri daripada bubur, dengan beberapa alternatif seperti ikan masin, daging, atau ayam ke dalam bubur Penghuni akan bersurai dan pergi ke bengkel mereka. Penghuni berehat untuk makan tengah hari Kemudian banduan meneruskan bengkel mereka atau kelas petang pilihan lain Banduan kembali ke sel mereka dan dikurung sehingga pagi berikutnya
Hidangan mingguan penjara, bukan sahaja menunjukkan realiti diet harian banduan, tetapi juga mendedahkan bahawa sering terdapat jadual makanan yang disediakan cuma cukup untuk hidup, tetapi sungguh sedikit untuk mereka nikmati.
Masa Makan
Banduan perlu menyesuaikan diri dengan masa makan. Masa makan banduan diberi makan lebih awal. Terdapat jurang 16 jam antara makan malam dan sarapan pagi jadi penghuni baru mesti belajar makan apabila mereka tidak lapar pada waktu pagi dan petang dan untuk mengawal atau menekan permintaan badan mereka untuk makanan pada waktu petang. Apa yang menarik ialah cara menjadualkan makanan ini menjejaskan banduan secara keseluruhan. Kawalan mereka terhadap selera makan mereka tidak lagi disebabkan oleh kelaparan tubuh mereka, sebaliknya mereka mesti tunduk kepada kawalan masa makan yang ditetapkan penjara dan diet tetap membosankan.
LATIHAN VOKASIONAL, PEKERJAAN DAN GANJARAN
Kerja di dalam penjara tidak boleh bersifat menyakitkan. Semua tahanan yang menjalani hukuman hendaklah diwajibkan bekerja, tertakluk kepada kecergasan fizikal dan mental seperti yang ditentukan oleh pegawai perubatan. Kerja yang secukupnya dan bermanfaat hendaklah diberikan bagi memastikan tahanan bekerja secara aktif pada hari kerja biasa.
Sistem ganjaran yang saksama hendaklah diadakan untuk kerja yang dilakukan oleh tahanan. Di bawah sistem itu, tahanan dibenarkan untuk menghabiskan sekurang-kurangnya sebahagian daripada pendapatan mereka untuk membeli barang yang diluluskan untuk kegunaan sendiri dan untuk mengirim sebahagian daripada pendapatan mereka kepada keluarga. Sistem tersebut juga hendaklah menetapkan bahawa sebahagian daripada pendapatan tahanan diasingkan oleh pentadbiran sebagai wang simpanan
yang akan diserahkan kepada tahanan apabila dia dibebaskan.
Jenis-jenis pekerjaan
|
1/2 Pembahagian jenis pekerjaan mengikut kategori banduan di Penjara Pudu pada tahun 1895 |
|
2/2 Pembahagian jenis pekerjaan mengikut kategori banduan di Penjara Pudu pada tahun 1895 |
|
TAHAP KESIHATAN BANDUAN
Pengarah Penjara bertanggungjawab menyelaras perkhidmatan Kesihatan yang lebih berkualiti. Bahkan beliau bertanggungjawab dalam pencegahan dan kawalan penyakit, membuat pengesanan awal tahap ketagihan dadah dan menyelaras program Harm Reduction dalam meningkatkan tahap kesihatan penghuni. Aktiviti rekreasi dan kebudayaan hendaklah disediakan di semua institusi untuk kebaikan kesihatan mental dan fizikal tahanan.
Seperti yang
dinyatakan sebelum ini, banduan penjara tidak diberikan penjagaan yang terbaik
semasa mereka berada di sana, yang mengakibatkan tragedi. Beberapa bulan
selepas penjara dibina, bermula pada 14 Mei 1895. Wabak Taun atau kolera mula
merebak di penjara ini. Kolera adalah jangkitan cirit-birit akut yang
disebabkan oleh pengambilan makanan atau air yang tercemar dengan bakteria
Vibrio cholerae. Dalam kalangan orang
yang mengalami gejala, majoriti mempunyai gejala ringan atau sederhana,
manakala minoriti mengalami cirit-birit berair akut dengan dehidrasi yang
teruk.Beberapa orang banduan mati kerananya. Pihak penjara mula mengambil
Langkah-langkah membasmi wabak ini.Fokus diberikan kepada pesakit, tempat dan
peralatan makanan. pada Ogos 1895, wabak kolera atau taun terus merebak di penjara yang baharu
dibina ini. Ramai banduan dikuarantin di dalam sel mereka. Malangnya, hanya
sebilangan kecil yang dirawat manakala beberapa ratus banduan lain mati.
Kemudian
didapati bahawa penyakit itu disebabkan oleh sistem bekalan air di penjara yang
bergantung pada perigi lama milik tanah perkuburan Cina sebelum ini.
Pemeriksaan oleh pihak berkuasa penjajah British mendedahkan bahawa air di
dalam telaga itu tercemar teruk. siasatan dilancarkan untuk mencari sumber
wabak pada 17 Oktober 1895.
Siasatan
menjurus kepada kebersihan air minuman dan kebersihan persekitan penjara.
Ternyata, pembinaan penjara di atas tanah perkuburan mempunyai kesan sampingan reputan
mayat yang mencemarkan air bawah tanah yang dipam terus ke sistem air penjara. Sudah
pasti airnya tidak bersih dan tidak selamat untuk diminum kerana mengandungi
mikoorganisma merbahaya seperti kuman taun. Air yang dipam, diambil terus dari
parit atau tali air milik pekebun-pekebun sayur Cina di situ yang menggunakan
najis haiwan sebagai baja. Lebih malang
lagi, siasatan mendapati penapis air di penjara itu telah tidak dibersihkan atau diselenggara dengan baik sejak enam bulan
yang lalu.
Tidak cukup dengan
taun, Dalam tahun 1895 juga penghuni penjara ini diuji dengan wabak Dysentery
atau Cirit Berdarah. Disentery atau nama umumnya cirit darah atau berak
berdarah adalah kondisi keradangan perut usus mengakibatkan pengeluaran tinja
cair (atau "cirit") yang turut berlendir dan berdarah. Gejala lain
mungkin termasuk demam, sakit perut, dan rasa buang air besar yang tidak
lengkap. Kes Dysentery meningkat dengan banyaknya sehingga menyebabkan ramai
banduan mati kerananya. Sekali lagi siasatan mendapati bahawa air kotor sebagai
punca wabak ini menular. Air untuk masakan di penjara itu diambil terus dari
perigi cetek yang kotor persekitarannya. Tambahan pula airnya berbau.
Air untuk
minuman pula adalah dari tangki penapis yang mana punca airnya adalah daripada air
parit yang mengalir lesu, terletak 300 meter jauhnya dari Kawasan penjara ini
tetapi hanya kira-kira tiga meter sahaja dari kebun sayur pekebun Cina itu .
Akses kepada air
minuman yang selamat dan sanitasi yang mencukupi untuk memastikan penggunaan
air yang selamat, sanitasi asas dan amalan kebersihan yang baik amat perlu di
kawasan hotspot kolera dan dysentery. Langkah Pengurusan Penjara menggunakan
sumber air bersih yang dibekalkan dari Ampang menerusi paip air terbukti
memberi kesan positif sekaligus mengurangkan kadar kematian dalam kalangan
pesakit taun di hospital penjara itu. Tetapi itu hanyalah Langkah sementara
kerana Kuala Lumpur Ketika itu belum lagi dibekalkan dengan air bersih
sepenuhnya.
Untuk mengatasi
atau sekurang-kurangnya membendung wabak ini, pihak penjara mengambil inisiatif
menggali perigi yang lebih dalam serta memastikan air minuman dimasak selepas ditapis.
Dalam tahun 1896, kerja-kerja menimbus lopak-lopak dan meratakan Kawasan
persekitaran penjara dijalankan. Seterusnya dalam bulan Disember 1897,
pembinaan parit atau longkang konkrit dari Kawasan Penjara terus ke parit besar
di bawah laluan keretas api dijalankan bagi memastikan air kumbahan dari
Penjara tidak bertakung yang mana sudah pasti tidak selamat untuk kebersihan
penjara
|
1/5 Laporan kesihatan banduan di hospital Penjara Pudu bagi Suku Akhir tahun 1895 |
|
2/5 Laporan kesihatan banduan di hospital Penjara Pudu bagi Suku Akhir tahun 1895 |
|
|
3/5 Laporan kesihatan banduan di hospital Penjara Pudu bagi Suku Akhir tahun 1895 |
|
|
4/5 Laporan kesihatan banduan di hospital Penjara Pudu bagi Suku Akhir tahun 1895 |
|
|
5/5 Laporan kesihatan banduan di hospital Penjara Pudu bagi Suku Akhir tahun 1895 |
|
Dalam tahun 1896
sehingga 1897, terdapat kenaikan mendadak kes pesakit beri-beri di hospital
penjara ini. Beri-beri adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin
B1, juga dikenali sebagai kekurangan thiamine. Ia sering berlaku di negara-negara
membangun di kalangan orang-orang dengan diet yang kebanyakannya terdiri
daripada beras putih atau nilai karbohidrat yang sangat rendah
Terdapat dua
jenis penyakit: beriberi basah dan beriberi kering. Beri-beri basah menjejaskan
jantung dan sistem peredaran darah. Dalam kes-kes yang teruk, beri-beri basah
boleh menyebabkan kegagalan jantung. Beri-beri kering merosakkan saraf dan
boleh menyebabkan penurunan kekuatan otot dan akhirnya lumpuh otot. Beri-beri
boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.
|
Perbandingan Kematian akibat Beriberi di Hospital Penjara Pudu dari tahun 1895 hingga 1902 |
LAPORAN TAHUNAN PENJARA