Salam anak perantau dari Seremban...Apo kobar sumo? Esey sihat-sihat jo, ekau sumo camno?
Oklah. Kali ini aku nak kongsi pengalaman hidup rakan sekampung aku...Ramlan bin Sulaiman...mungkin sebaya aku, mungkin juga seusia adik aku. Aku kenal benor dengan bapanya...Pakcik Leman...Duduk kat Alor Pak Datu kata orang kampung aku...tepi kubur ler bhai.Tapi dia bukan Tok Adi! Siapa tak kenal dia, sah..BUKAN Anak Telok! Maaf, aku tak pasti sama ada beliau masih hidup atau sebaliknya. Dulu, Ontu (Orang Tua) Leman ni memang terer pasal durian. Di Telok dulu memang banyak dusun durian.,,,Dari Sungai Rambai sampai ler ke Batu 9 Kg. Medan dan Sijangkang...Durian, durian, durian. Pendek kata, kalau dah musim, berlambak-lambak durian, sampaikan kentut berak pun bau durian. Telok pusat durian. Duriannya kelas A..ramai orang cari durian kat Telok. Dalam hal durian jer, Telok dah melahirkan beratus-ratus peraih, penjual dan pencuri durian yang hebat-hebat belaka. Hahaha... Antara nama-nama yang hebat seperti Arwah Mat Jaman (rumah sebelah Masjid), Ontu Malik, Ontu Lias, Ontu Tambi (Batu 11), Ontu Rahman Pelat (Simpang). Kalau kat Telok pulak, Ontu Leman dan Keling Mata Buaya (Sori ler, nama aku tak tahu tapi yang pasti sebelah mata dia pakai mata batu..sure tak berkedip..pasal tu orang panggil Mata Buaya) Ini semua Otai-otai heavy weight !
Kalau kat Teloklah, penuh pondok-pondok durian tepi jalan sepanjang jalan menghala ke Banting...Kitorang tarak takut maa...sampai malam pun tak ada hal...misti habis punya! Terutamanya kalau hujung minggu... berbakul-bakul Ontu Malik raih, termasuk ler durian dari kebun pusaka atuk nenek aku yang enam ekar tu.Tak cukup atas pangkin depan, dia susun atas pangkin tempat dia duduk.Ontu Lias pulak kalau buah high class, dia letak kat dalam peti..untuk yakinkan pembeli, they've got the best deal in town.
Aku pernah jugak belajar daripada diorang cara nak raih (beli) durian. Cara diorang ini agak unik pada orang sekarang, iaitu cara padan. Yang korang tahu beli pakai timbang kilo,kan? Korang mesti tertanya-tanya camne tu..hihihi..tunggulah aku minum kejap....penat aku bercakap tau!
Caranya mula-mula tentukan buah paling besar dalam longgokan durian yang hendak dibeli tu..Itu namanya buah kepala. Tentukan harga borong buah kepala tu..Biasa standard yang digunakan, kalau buah baka kampung, tak lebih RM8. Jadi kalau saiz yang kecil sedikit daripada buah kepala, biasanya padanannya 3:2, maknanya tiga biji buah tu harganya RM8 x 2= 16 hengget ler..Kalau kecik sikit, mungkin 2:1, atau 3:1 dan seterusnya..Korang (penjual) tak payah ler sibuk-sibuk nak padan-padankan...itu kerja diorang. Korang tengok jer...sure korang akan setuju dengan tawaran harganya...good bargaining skills are needed when you're dealing with them. Aku tabik spring kat otai-otai ni...
Itu cerita peraih durian. Penjual pulak tak kurang hebatnya...macam-macam skil diorang bikin.Ada yang buat beli 5 free 1..atau kalau ambil semua, free satu bakul durian tempoyak... tengok rentak pelanggan ler... Tapi antara banyak-banyak penjual tu, aku cukup respek marketing strategy sorang mamat ni..Dia ni sedara aku jugak. Dia punya cara nak tawan pembeli sampaikan aku tengok kalau berhentilah kereta kat pangkin durian dia...9 out of 10, misti jadi! Hebat tak? Lagipun cara dia ni orang-orang lain masa tu tak gunakan. Dia jual pakai longgok, macam cara kat pasar malam sekarang...selonggok RM 20..Jadi, mahu tak mahu, orang terpaksa beli selonggok walaupun pada mulanya nak beli sebiji dua sahaja...Tak sampai petang, habis durian-durian dia. Petang tu dia pergi cari durian lagi untuk jualan sebelah malam pula. padahal orang lain masih tak laku-laku lagi durian pagi mereka. Memang ler hebat, banyak duit tapi habis bagi dekat tokan...beli ganja dan heroin. Kesian, kesian.
Aku pulak time musim durian..memey terasa macam anak orang kaya. Makan tengah hari tak pernah kat rumah..Restoran Selamat kat pekan Telok itu ler port aku. Ambil lauk macam mamak tu abah aku pulak. Apa ada heran...duit banyak! Camne tak banyak? Korang congak ler sendiri...Duit upah kutip durian dan tidur kat pondok + duit durian yang aku rembat dan jual sendiri (kebun atuk aku lah) + duit upah jual durian tepi jalan dan upah tunggu pangkin....Gua loaded, bro.
Pencuri durian kat Telok ini lagi hebat. Modus operandi diorang, pertama time hampir Subuh, lebih kurang pukul 4,5 pagi. Time tu kalau korang berjaga semalaman pun pasti lalok punya..Time tu pulak durian berdebuk-debuk gugur. Yang paling menyirap, bila durian yang kitorang dah kutip dan longgokkan di bawah pondok tu ler yang diorang rembat. Pokemon punya setan! Memey rezeki malaun tu ler.
Pernah pakcik aku terserempak dengan pencuri durian lebih kurang pukul 10 malam. Pakcik aku mengendap tunggu dalam pondok tanpa nyalaan pelita. Apabila pencuri tu hampir dengan kawasan pondok,pakcik aku suluh muka dia. Dia boleh buat muka selamba jer bila pakcik aku kata buat apa kat kebun malam-malam buta ni. Dia kata cari lembu dia.(memang ler bapak dia ada bela lembu kat sebelah kebun aku). Pernah sekali pencuri yang sama tertangkap dengan durian dalam guni. Dia boleh sound balik, "kebun lu kebun gua jugak pasal atuk lu atuk gua, kita sedara,kan?"
Kalau korang tengok lampu picit yang dia pakai paling kecil mentolnya. Kalau tak perasan, kita ingatkan cahaya serangga kelip-kelip, halus sangat! Tapi guni tu dia leretkan atas rumput. Bila terkena durian pasti melekat, pastu baru dia masukkan dalam guni lagi satu. Kalau sekali operasi dapat 5,6 biji durian, bayangkan satu malam dua kali...paling bangsat pun boleh dapat RM50. Senang-senang jer!
Tapi yang pastinya, bila time musim durian, hilang sifat penakut aku pada malam dan kubur (kebun aku memang ada kubur-kubur lama). Bapak aku pulak buat pondok kat celah-celah batu nesan tu. Pelik juga ler..tak ada rasa gerun langsung! Mungkin tika itu wang berharga...Tapi kalau lepas musim durian, nak ke jamban belakang rumah pun mintak ditemankan. Hihihihi...Korang macam mana pulak?
Aku Budak Telok..... Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tumpah darahku...Berbagai pengalaman hidup, asam garam pahit manis kehidupan aku lalui di sini..Mana mungkin aku melupakanmu, duhai kampungku, Telok Panglima Garang...Kau tetap di hatiku
Khamis, 27 Jun 2013
Isnin, 24 Jun 2013
Bukti Kewujudan Landasan Keretapi Lama Kuala Selangor- Klang
Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera buat semua kengkawan, tak kiralah kat mana korang berada. Cuaca malam ini cukup menenangkan, dengan bulan purnama berwarna jingga (oren ler). Pelik bukan? Semua ini gara-gara jerebu yang sedang asyik melanda. IPU di sekitar sini, Senawang dan Seremban kira-kira 130 jer, tak sihat..tapi lebih baik daripada Muar 742, tahap Gaban.....kih,kih,kih....maksud aku dah teruk sangat dah..silap-silap isteri kat sebelah pun tak nampak! Itu baru Indon hantar jerebu, orang Malaysia dah gelabah biawak, belum turun tok bomoh ilmu hitam diorang lagi...Eh, apa aku dah melalut ini daaa...?
Kali ini aku nak bercerita tentang laluan yang ramai orang termasuk orang Klang pun tak tahu atau perasan. Cuba korang tengok peta kat bawah ini. Korang familiar kan dengan nama-nama tempat dalam peta tu?Aku nak korang teka...yang warna merah tu garisan apa kebenda?Yesss, tepat sekali ..garisan tu menunjukkan landasan keretapi di Selangor. Tapi pelik sikit, mana ada keretapi kat Kuala Selangor? Memey ler takde sekarang, tapi dulu memang ada..masa omputeh dulu. Dari Klang ke Kuala Selangor, panjang landasannya 29 1/2 batu (kira-kira 50 km). Kalau korang nak tahu rel keretapi kini dah lama tak ada,dah dicabut.
Laluannya dah diturap atau dibiarkan tanah merah jer. Yang ada kini cuma nama jalan rayanya, Jalan Keretapi Lama,,Korang nak tahu kat mana jalan ni? Cuba bawa kereta menghala ke Kapar tapi ikut jalan belakang Kilang Fung Keong...itulah Jalan Keretapi Lama. Jalan itu selari dengan Jalan Kapar (Laluan Persekutuan 5). Jalan itu bersambung terus ke Batu Empat, iaitu Kg. Perepat, Kg.Sementa, sampailah ke pekan Kapar (jalan belakang) Cuba korang cruising area yang aku cakapkan itu...sure korang setuju dengan aku...Jadi, untuk buktikan apa yang aku cakapkan tadi Fakta bukan Auta, maka aku terpanggil untuk selongkar internet bagi mencari kebenaran, agar semua orang akan angguk,angguk...geleng,geleng apa yang aku cakap ini. Hihihihi...
Akhirnya, AKU DAH JUMPA! Bagi korang yang tak reti-reti speaking London tu, atau faham tapi TETAP nak pertahankan Kemelayuan korang, jadi aku translate ler ikut suka aku...
A map of the old railway line which ran along the coast from Klang to Kuala Selangor, a total length of 29 and half miles. The miles from Klang are marked on the map.
(Peta lama jalan keretapi lama pesisir pantai dari Klang ke Kuala Selangor. Jarak keseluruhan 29 1/2 batu. Jarak dari Klang ditanda di dalam peta.)
Tarikh Stesen Asal Stesen Destinasi Jarak(Batu&Rantai)
1st February 1913 Connaught Bridge Jn to Kapar 11-62
1st June 1913 Kapar to Jeram 7-63
1st September 1913 Jeram to Assam Jawa 5-47
15th February 1914 Assam Jawa to Kuala Selangor 4-36
Ini peta terkini Jalan Keretapi Lama
Jalan Landasan
Jambatan kecil depan masjid Bt 4 bersetentang Taman Klang Utama
The very faded old photographs of two bridges were found in the collection of George Dearie Russell and show their construction. The figure in white on top of the bridge on the right might be George. Both bridges are on the Klang to Kuala Selangor line.the bridge as being at Sg Puloh Batu 5, Kapar and for the information that the wheels on posts are the watergate to control the water level into sg puloh , the water coming from the sea (behind the cameraman). The other part of the bridge is under the big tree across the river. Batu 5 = 5th mile between Sg Putus Halt (4th mile) and Vallambrosa Halt (7th mile).
Dua gambar lama dua buah jambatan daripada koleksi George Dearie Russel yang menunjukkan kerja-kerja pembinaannya. George (bebaju putih) berdiri di atas jambatan tersebut.Kedua-dua jambatan terletak di laluan Klang- Kuala Selangor. Jambatan di Batu 5, Sg. Puloh, Kapar.Terdapat kunci air yang mengawal air dari laut. Sebahagian lagi jambatan ini sedang dalam pembinaan, iaitu di bawah pokok besar di seberang sungai tersebut. Batu 5 terleak di antara Hentian Sg. Putus (Batu 4) dan Hentian Vallambrosa di Batu 7.
Dulu
Kini
Pasir Tuntung Bridge, Assam Jawa, Selangor. Thanks to Khursaini A Fatah for identifying the bridge and to Abdul Rahim Mahmudin, Wan Mohd Faiz, Azizan Zulkifli, and Hafizi Azmal for permission to use their modern photographs of the two bridges
(Yang kat bawah ini pula gambar jambatan kat Pasir Tuntung, Assam Jawa, Selangor. Terima kasih ler buat bebudak Melayu yang tersebut tu kerana bagi izin pakai gambar-gambar moden kedua-dua jambatan tu)
Dulu
Kini
Nak tahu lagi? Bacalah kat sini.....
Ahad, 16 Jun 2013
Projek Homestay di sekitar Telok...Ada Berani?
Salam buat kengkawan, sedara mara dan pembaca blog ini. Terima kasih teman ucapkan kerana sudi bertandang ke blog Aku Budak Telok ini. Terharu juga apabila ramai yang mem'view' entri-entri dalam blog ini.Walaupun blog ini bersifat peribadi dan pengalaman aku ketika di Telok, mana tahu mungkin ada kengkawan yang berkongsi nasib, pengalaman, kenangan manis atau nostalgia yang sama kerana korang juga sememangnya anak Telok yang kini merantau di tempat orang, sama ada sementara atau menetap terus kat situ, macam aku. Itulah yang aku cuba imbaukan....Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tumpah darah dan daerah kita dibesarkan. Kepada teman-teman yang baru menjadi 'Orang Telok', tahniah kerana memilih kampung kami sebagai tempat korang menyemai bakti dan benih demi agama bangsa dan negara. Ramaikanlah umat di Telok, kerana sememangnya anak-anak Telok power-power belaka.HAHAHA...
Kali ini aku nak tulis pasal penduduk TPG yang semakin ramai. Aku dengar dari jiran-jiran dan sedara mara ketika aku balik hujung minggu (adalah sebulan sekali), sewa rumah kat Telok dah naik. Takde lagi sewa 2,3 ratus macam tahun 90-an, paling murah kat rumah kos rendah yang tak renovate pun RM 350 hingga 500 hengget. Itu baru rumah dua bilik, bhai...Kalau 3,4 bilik, mahu harga macam kat Shah Alam, bagai! Memey ler kos sara hidup meningkat, tapi harga sewa melampau-lampau mahalnya! Gaji masih kat takuk lama juga. Tak mustahil nanti akan ada 2 kelamin sewa satu rumah..Baru ler haru biru..macam Indon kita. Dah tak kenal halal haram, aurat bini dan laki orang... Dah tiba masanya banyak perumahan dibina di Telok.
Tapi sementara menunggu semua itu berlaku, apa pasal orang-orang Telok sendiri yang ada rumah sendiri, tak kiralah rumah pusaka kampung ke, rumah taman ke, tak ambil kesempatan untuk menambahkan pendapatan korang dan emak bapak korang yang masih ada di kampung tu? Tapi sebelum aku cerita lebih lanjut lagi, cuba korang fikir-fikirkan senario yang berlaku di Telok. Emak bapak korang yang masih setia menunggu rumah pusaka tradisional (papan atau sekerat batu) itu, sebenarnya tak nak duduk dengan korang di bandar. Bukan kerana benci atau apa, mereka cuma tak nak ganggu kehidupan korang laki bini anak beranak. Lagipun diorang masih sihat walaupun sekali sekala demam dan batuk. Hormatilah pendirian diorang! Jadi rumah pusaka yang besar itu, ada baiknya kalau dibuat homestay atau inap desa. Senang cerita...sewakan bilik-bilik kosong (sementara tunggu korang balik masa raya atau cuti panjang) kepada orang luar atau pelancong untuk sehari dua. Dapat juga tambah pendapatan selain duit yang korang hantar setiap bulan tu (kalau adalah).
Korang bayangkan kalau ada 3 bilik, sewakan satu bilik RM50 sehari...dah tentu emak bapak korang dapat RM 150 SEHARI. Kalau dua hari, (biasanya hujung minggu)? Kalau 4 minggu sebulan? 51 minggu setahun (tolak seminggu time korang ramai-ramai balik raya)?, Lu fikirlah sendiri! Lebih 'loaded' duit orang tua tu daripada duit yang korang kirimkan sebulan sekali tu...
Modalnya bukan apalah sangat, korang 'upgrade'kanlah sikit bilik-bilik tidur tu..beli katil baru, tilam baru, cat dinding kaler baru DAN jangan lupa renovate bilik air dan jamban tradisional korang...Yang nak tumpang duduk tu pelancong, tak kiralah tempatan atau mat saleh...mereka geli kalau bilik air berlumut dan jamban macam tandas awam..Utamakan pelanggan, utamakan kebersihan...Lagipun mereka pelanggan BERBAYAR.
A. Zahir mesti bersih (bilik tidur,bilik Air,keseluruhan dalaman rumah dan luar serta persekitaran rumah,
kumbahan,bau bersih,bau Cadar, selimut,bauan bilik,bau cawan, gelas etc.
B. Diri pulak (selamat,tenteram dan bersefahaman,layanan dan kemesraan,makanan bersesuaian)
Lagi satu, program homestay ini boleh melibatkan rumah-rumah yang korang beli tapi tak duduk, sewakanlah! Tapi...jangan sewakan bulanan macam orang lain buat.. korang sewakan ikut hari.
Satu rumah tiga bilik(lengkap dengan perabut) kalau kat Seremban ini, kira-kira RM 160 sehari, kalau dua hari (Satu dan Ahad)? Kalau 4 minggu sebulan? 51 minggu setahun (tolak seminggu time korang ramai-ramai balik raya)?, Sekali lagi, Lu fikirlah sendiri! Tahu-tahu hutang bank rumah itu pun boleh langsai cepat (kalau korang tak ambil langsung duit sewa tu). Aku konfiden, kalau Teloklah, sure ada pelanggan punya! Pertama anak -anak Telok (termasuk korang)yang balik jenguk orang tua tapi rumah pusaka kocik bonar! Sure tak selesa kalau tidur berhimpit-himpit, bentang toto kat ruang tamu, bercampur pulak ipar duai..maka terdedahlah aurat.Tak Islamik langsung!
Apa ada hal keluarkan RM160 untuk family korang tidur selesa, mandi pun selesa, ada kipas dan aircon lagi!
Kalau tak cukup bajet, kongsi dua keluarga, RM80 sorang. Budak-budak pompuan satu bilik, korang laki bini satu bilik seorang, bebudak jantan bentang tilam span (disediakan) kat ruang tamu.
Aku? Korang tanya apa projek aku? Aku yang beri idea ini mestilah ada projek aku sendiri. Takkan lah cakap tak serupa bikin. Tapi aku put on hold dulu sebab projek aku ini selepas aku pencen nanti, lebih kurang 6,7 tahun lagi. Nak dengar tak apa aku nak buat? Lepas jer dapat duit pampasan pencen (aku ni kerja gomen), aku nak laburkan sebahagian duit itu buat dua unit rumah batu (4 bilik) kat tanah pusaka bahagian aku.
Bukan untuk diduduk, tapi dijadikan homestay. Rumah pertama untuk family sewa, rumah kedua pulak aku buat guest house, sewa bilik ada, sewa katil pun ada (woi... korang jangan salah faham, ini bukan lorong Haji Taib tau!) maksud aku.... aku jadikan asrama ( katil double deck). Lagi bertambah pendapatan aku, tak termasuk duit pencen yang aku terima bulan-bulan.
Bukan itu sahaja, aku nak buat bisnis tour group aku sendiri. Aku beli van baru yang besar dan selesa dan bawa pelancong yang menginap kat homestay aku ke tempat sakai Mah Meri di Pulau Carey, istana lama di Jugra, tengok jawa buat kerepek di Sungai Lang, KLIA dan Port Dickson (pakej 1). Pakej 2 pulak lawatan ke Klang, Kuala Selangor, Shah Alam dan KL (tempat menarik dan bersejarah ler). Pakej penginapan dan lawatan ini dah termasuk dalam bayaran prepaid diorang.(pakai credit card tu, brader!)
Dekat mana aku nak cari pelancong-pelancong ini? Internet ler, bhai! buat laman web dan tempahan sekali. Lagi satu, aku gunakan networking aku dengan Kementerian Pelancongan. Sure ada orang maa...
Pendek kata akulah towkay, akulah pencacai angkat beg, aku ler penyambut tetamu, aku juga kuli dan pemandu dan tourist guide...semuanya aku ...OMS..One Man Show a.k.a The Lone Ranger.
Apa macam,geng, ada berani??

Rumah kampung

Rumah Teres

Rabu, 12 Jun 2013
Mari Kenali Sejarah TPG: Telok, Kampung Medan, Sijangkang, Pulau Carey dan Jenjarom
Salam
buat kengkawan semua. Apa khabar waris
(warigh,
kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua..
Sebut
pasal warigh, teringat aku lagu rapper Negeri Sembilan tu...
(Aku tukar sikit liriknya)
Melayu
Telok..where you at?
Jawa
Sijangkang...where you at?,
Melayu/
Jawa Kg. Medan...where you at?,
Jawa Kebun
Baharu...where you at?
Jawa
Jenjarom...Where you at?
Sakai Telok
Gonjeng...where you at?
Semua ada
berapa?
Beribu-ribu. (Hahaha...Amekkau!)
Sebut
pasal Telok Panglima Garang, sebenarnya kita bercakap pasal
kampung dan mukim menggunakan nama yang sama.
Mukim Telok ini
terletak
dalam daerah Kuala Langat. Di dalamnya ada banyak kampung
tradisional, kampung baru dan taman-taman
perumahan yang sedang
rancak
naik macam cendawan lepas hujan. Aku sengaja masukkan
dalam entri ini sejarah kg. Jenjarom.Walaupun
Jenjarom berada dalam
mukim yang lain ( Mukim Tanjong Dua Belas),
namun hubungan erat
penduduk
telah terjalin sejak sekian lama. Dulu klinik kerajaan, dewan
orang
ramai, ,balai polis, pejabat pos hanya ada di Sg. Jarom.
Jadi,
Jenjarom penting bagi orang-orang di Telok.
Korang tengok jer peta di bawah ni, korang
akan get the picture,
kata cikgu omputeh aku dulu.
Jadi,
hari ini, aku nak bawa tuan-tuan, puan-puan, adik kakak ke mukim kami
yang tercinta ini. Bukan citer pasal
lanskapnya, tapi sejarah gemilangnya.
Semoga anak-anak dapat belajar asal usul
tempat tumpah
darah
datuk nenek , ayah emak kamu sekalian. Begini ceritanya.....
Kampung
Telok Panglima Garang
Nama
asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil
dan terletak di telok sungai di mana didiami
oleh kaum orang asli.
Disebabkan kedudukannya yang strategik, ramai
pedagang-pedagang Aceh
datang dan mula membuat penempatan di hilir
sungai sehingga kawasan
tersebut dipanggil Beting Pak Aceh.
Apabila
segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli
tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh
ini mudik ke hulu
untuk
mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi
pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan
Orang Asli melarikan diri
ke Bukit Tampoi di Dengkil. Di sepanjang
perjalanan Orang Asli
yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi,
Dengkil mereka telah
berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan
kata-kata :
“JAGA
BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG”
Sebagai
bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli di Bukit Tampoi,
Dengkil
mendakwa dan mengaku bahawa mereka berasal dari Telok
dan
menetap di sini setelah dihalau oleh pedagang Aceh yang
amat
handal dan garang. Begitulah asal-usul nama
Kampung Telok Panglima Garang manakala
lambang harimau diambil di atas keberanian dan
sifat pedagang Aceh
Kampung
Medan
Kampung
Medan telah ditubuhkan sekitar tahun 1885 oleh sekumpulan
orang – orang Melayu yang
berasal dari Kampung Bandar, Kuala Langat.
Pada tahun 1905, dikatakan terdapat seramai 40
orang yang mendiami kampung ini
dengan
kehidupan secara tradisi, bermasyarakat dan berdikari. Pada ketika itu
pertanian merupakan aktiviti ekonomi utama
para penduduk.
Pada
tahun 1921, kampung ini dikenali dengan nama Batu 9 Sijangkang.
Penduduknya ketika itu dianggarkan hanya
seramai seratus orang dengan
25 buah rumah sahaja.
Pada
tahun 1951, penduduk kampung ini mendesak mahukan seorang Ketua Kampung
yang berasingan dari Kampung Sijangkang.
Dengan itu pada tahun 1953, seorang
Ketua
Kampung yang pertama telah dilantik di kampung ini. Beliau ialah
Tuan
Haji Ismail Bin Malik.
Nama
kampung ini turut berubah pada tahun 1957 dengan nama barunya
iaitu KAMPUNG MEDAN. Medan mengikut membawa erti kawasan, padang,
gelanggang, alun-alun, arena, lingkungan,
lapangan. dunia atau kancah.Terdapat juga mitos yang menceritakan bagaimana
nama Kampung Medan
boleh tercipta dari mulut orang – orang tua.
Kononnya Kampung Medan ini
merupakan medan pertempuran antara seorang
Panglima dengan seekor harimau.
Bertitik tolak dari peristiwa itulah nama
Kampung Medan tercipta.
Namun begitu kisah itu hanyalah sebuah mitos
yang tidak dapat dipastikan
kesahihannya.Selepas nama Kampung Medan digunakan
sehingga kini
nama
itu masih dikekalkan. Pada tahun 1974, kawasan Kampung Medan
telah diwartakan dengan keluasan 2,300 ekar
dengan penduduknya pada
ketika itu seramai 2,188 orang.
Kampung
Sijangkang
Kampung
Sijangkang merupakan salah satu kampung yang terletak
di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia.
Kampung Sijangkang
terletak lebih kurang 12 km dari arah Klang ke
Banting di Kuala Langat.
Pusatnya
pekan Sijangkang.Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok
yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis
pokok hutan yang
menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan
sendiri.
Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok
ini terdapat di
sebahagian tempat di Indonesia.
Masih
berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati
di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi
nama sungai Jangkang
iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina,
mati disebut ‘si’.
Maka timbul nama ‘Si Jangkang’ yang akhirnya
bertukar menjadi ‘SIJANGKANG’.
Adalah
dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907.
ia diteroka dari arah Sungai Jangkang.
Sebahagian dari penduduk kampung
ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau
Jawa, manakala yang
lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang
lebih lama dibuka
seperti Kampung Beting Tengah dan Kampung
Pendamar.
Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari
pengkalan-pengkalan kecil
yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna
kampung Benting Tengah
dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari
Kampung Sijangkang.
Tanah
perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan
ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air
sungai tersebut. Wakaf perkuburan
yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid
lama
dan
Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari
tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang
adalah di bawah Geran Bebas
(Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang
asing. Peneroka Kampung Sijangkang
yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk
menambah pembiayaan
menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga
sekarang, orang Cina
masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun
dalam lingkungan tahun 1925,
ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah
dari Geran Putih ke Geran Merah.
Pada
tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina
menghubungkan
satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar)
Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak
di Batu 8
(jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km).
Kemudian selepas zaman darurat,
selepas orang-orang Cina dipindahkan ke
kampung-kampung baru,
Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu
1.
Tanaman
hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.
Pulau
Carey
Pulau
Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor,
Malaysia. Ia terletak di selatan Pelabuhan
Klang dan utara Banting.
Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar
yang besar
terletak di daerah Kuala Langat, Selangor,
Malaysia. Walaupun secara teknikal
ia
merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini
hanya
dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat
diantara keduanya. Pulau Carey mendapat nama
dari seorang pegawai British
yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan
getah bernama Valentine Carey,
beliau dilihat arif dalam aktiviti pertanian
dan kesuburan tanah pertanian yang
telah digunakan melebihi 100 tahun. Pulau
Carey juga pernah dikenali dengan
nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng.
Pulau
Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal
masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal
di Malaysia.
Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah
puak Orang Asli
yang wujud di Malaysia. Jarak Pulau Carey
dengan bandaraya Kuala Lumpur
ialah
sekitar 50 kilometer. Di sini terdapat enam buah penempatan
masyarakat Mahmeri iaitu di Kampung Sungai
Judah, Kampung Bumbun,
Kampung
Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, Kampung Sungai Jugra
dan Kampung Sungai Kurau (Shaiful Bahri Md.
Radzi, 2002a).
Komuniti
Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang,
yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka
kayu dan topeng.
Kampung
Jenjarom
Menurut
catatan sejarah, Kampung Jenjarom mula diterokai oleh
sekumpulan orang Melayu pada tahun 1926
bersamaan 1346 Hijrah
dalam Kalendar Islam. Kumpulan peneroka kebun
ini diketuai oleh
Tuan
Haji Masrek Haji Narang yang juga berketurunan Banjar.
Pada asalnya, tanah di Kampung Jenjarom hanya
diusahakan
sebagai kawasan perkebunan. Antara tanaman
yang mereka usahakan
ialah nanas, pisang, ubi kayu dan banyak lagi.
Setelah selesai berkebun,
kumpulan
peneroka ini akan pulang ke rumah masing-masing yang
terletak berhampiran Kampung Jenjarom seperti
di Sungai Jarom,
Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang.
Jenjarom
dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Sungai Jarom
dan Kampung Jenjarom. Nama Kampung Jenjarom
berasal dari sejenis
tumbuhan yang dikenali sebagai Rumput Purun.
Pada masa dahulu,
rumput ini banyak tumbuh di sekitar kawasan
Kampung Jenjarom.
Bentuknya
yang tirus, tajam dan tersusun seperti jarum memberi ilham
kepada peneroka kampung untuk menamakan
kampung ini sebagai
Kampung Jenjarom.
Ia dibahagikan mengikut kawasan-kawasan
tertentu, bermula dari
Kawasan Satu hingga Kawasan 12. Setiap kawasan
ditandakan
dengan
sebuah papan tanda.
more on telok
Langgan:
Catatan (Atom)
Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas
Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...
-
Salam buat semua. Hari itu aku balik kejap kat Telok. Jumpa keluarga time cuti sekolah ni..Aku pun jalan-jalan tengok rumah saudara yang ba...
-
Salam buat semua. Hari ini Jumaat 2 Mei 2014. Jam dekat tangan aku menunjukkan pukul 11:35 pagi. Ya, memang hari ini hari persekolahan . Su...
-
Salam buat semua. Hari ini Jumaat. Cuti sekolah semester satu. Aku tak ke mana-mana hari ini. Sakit pinggang, Terasa benar sakitnya. Mungk...
-
Assalamualaikum... Salam Jumaat. Salam buat semua sahabat,rakan dan pembaca sekalian.Maaf dah lama tak turun padang..bukan nak bersenam, mai...
-
Salam buat semua. Wah, semua nampak sihat-sihat jer.Alhamdulillah. Pertama-tama marilah kita panjatkan rasa kesyukuran kita kita ke hadrat A...
-
Salam buat semua. Kepada yang baru datang melawat Ahlan Wa Sahlan. Arigato mas. Selamat Datang. Sihat semuanya? Alhamdulillah. Semoga Alla...
-
Salam buat semua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang buat kita semua memohon keampunanNya, mengharapkan bela...
-
Sejarah pendidikan di Telok sememangnya panjang. Bermula dengan pendidikan fardhu ain tak formal di rumah tok-tok guru ketika mengaji alq...
-
Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua.. Sebut pasal warigh, teringat...
-
Salam buat semua pembaca blog aku ini. Terima kasih ler kerana sudi menjenguk kat sini. Blog aku ini ,pada mulanya ketika aku mula menulis,...