Assalamualaikum semua. Aku minta maaf kerana dah berbulan tak
menulis apa-apa dalam blog ini. Mesti korang rindu pakcik kan,kan,kan. Bukannya
apa, merajuk tidak, malas pun bukan. Cuma masa tak mengizinkan. Sorry yer
bro-bro dan otai-otai TPG.
Kali ini entri aku berbalik kepada Jugra. Ya, memang aku pernah
tulis tentang Jugra dalam entri-entri aku sebelum ini.
Tapi kali ini lain daripada
yang lain. Kisah Rumah Api di Jugra. Pasti korang belum tahu lagi kan? Kalau
nak tahu, duduk diam-diam..
Begini ceritanya……
Mukim Bandar/Jugra pada suatu ketika dahulu (1814-1903) terkenal
sebagai pusat pentadbIran negeri Selangor yang kini mula dilupakan.Jika kita
imbas kembali sejarah, nama Jugra tercatat dalam sejarah lama sejak
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka iaitu ketika Bendahara Tun Perak dihantar
ke Klang sebagai wakil sultan di sana. Daerah Langat diambil sempena nama
sungai yang bermaksud 'air hangat'. Sebenarnya perkembangan Jugra mula
dijadikan petempatan diraja sejak 1826, iaitu ketika Raja Mohamed menyerahkannya
kepada adindanya Raja Abdullah sebagai hadiah membantu baginda menjadi
sultan. Ketika itu Langat merupakan antara pengeluar timah (Rekoh di Hulu
Langat) dan rotan yang utama selain Lukut. Menurut catatan Inggeris, terdapat
kira-kira 500 orang penduduk tinggal di situ. Setelah kemangkatan raja Abdullah
pada 1857, Sultan Abdul Samad pula ditabalkan menjadi sultan yang baru.
|
Istana Jugra Lama 1874 |
|
Klang 1874 |
|
Terdapat dua petempatan orang asli di atas Bukit Jugra pada masa pemerintahan Sultan Abdul Samad |
Mengikut J.M Gullick dalam bukunya, A History of Selangor (1766-1939), bijih timah yang dilombong di
Reko, Ulu Langat diangkut melalui sungai Langat untuk dieksport. Bijih timah
diangkut dengan tongkang sehingga pengkalan berhampiran bandar Temasya (Bandar
Langat) dan kemudian diangkut menggunakan kereta lembu melalui jalan darat
sejauh 4 batu dan dipunggah semula ke atas kapal wap yang sedia menunggu di
Kuala Jugra. Namun disebabkan ciri fizikal Sungai Langat yang berliku-liku dan
panjang (lebih 50 batu atau 80km), maka pelombong- pelombong berbangsa Amerika
telah mengenal pasti satu laluan pintas yang berpotensi untuk memendekkan jarak
perjalanan ke laut. Lokasinya dikenalpasti dengan membina terusan sejauh
200 ela dari Sungai Keluang (sungai kecil yang masuk ke Sungai Langat) hingga
ke Sungai Jugra ( juga sungai kecil berpunca dari Bukit Jugra, yang mengalir ke
laut). Jarak cabang kedua sungai Langat tersebut dikenal pasti hanyalah sejauh
6 batu sahaja! Sudah pasti mereka tersenyum lebar. Maka pada sekitar
pertengahan 1850-an, kerja-kerja membina terusan dijalankan.(of courselah, dengan persetujuan
sultan).
Tapi tanpa kajian EIA (Environmental Impact Analysis) terlebih
dahulu,(oh ya, memey ler tak dibuat....Hahaha), maka usaha yang sepatutnya
menguntungkan telah membawa kesan sebaliknya. Air pasang dari laut masuk secara
ganasnya menyebabkan banyak hutan di tebing kedua-dua sungai tumbang dan
dihanyutkan. Arus deras dan hanyutan pokok-pokok yang tumbang menyukarkan
perjalanan tongkang malahan amat merbahaya. Tebing sungai asal runtuh dan saiz
sungai semakin melebar. Jadi, terusan yang dibina itu akhirnya menjadi cabang
kedua Sungai Langat yang lebih pendek dan lebih lurus berbanding aliran
utama Sungai Langat asal yang sememangnya lebar, panjang dan berliku-liku itu.
Dalam masa beberapa tahun sahaja sungai ini semakin membesar dan mendalam
kerana hakisan tebing akibat arus sungai yang deras sehinggalah menjadi
sungai. Maka wujudlah Pulau Carey yang kita kenali sekarang.
Jeti Jugra
Setelah campurtangan Inggeris di Selangor pada tahun 1873 bermula,
Jugra semakin dikenali. Pentadbiran Inggeris mula membina infrastruktur awam
seperti Balai Polis dan penjara, jeti dan pelabuhan Jugra. Sebagai pusat
pentadbiran Selangor, beberapa perahu dan kapal wap milik kerajaan berulang
alik dari Klang ke Jugra. Kapal wap Abdul
Samad membawa penumpang diraja, pekerja-pekerja dan pengurus- pengurus estet
berdekatan dan pegawai kerajaan di samping mel. Kapal wap Enid berulang alik ke Jugra dari Klang ke Jugra dua minggu
sekali.Pada minggu berikutnya kapal tersebut belayar dari Klang ke Kuala
Selangor. Tongkang dan kapal wap kepunyaan pedagang berbangsa Cina juga
berlabuh di jeti Batu Hampar Jugra. Pada bulan November 1891, longgokan timah
bermutu tinggi (68% tulin) ditemui dan
seterusnya dilombong di sepanjang Sungai
Jugra hingga ke pantai Selat Melaka. Jugra kini berkembang menjadi sebuah pekan
yang maju. Terdapat dua baris deretan kedai dibina di pekan ini bagi memenuhi
keperluan penduduk tempatan, pekerja estet dan pentadbir British. Pada tahun
1909 pekan Jugra diuruskan oleh Sanitary
board yang menguruskan kerja-kerja perbandaran seperti penyalaan lampu awam
dan sebagainya. Jugra became a place
of importance for fully a generation.
|
Pekan Jugra Lama 1901 |
|
Pekan Jugra Lama 1901 |
Namun, bermula pada tahun 1897, selepas pembukaan Pelabuhan
Swettenham di Kuala Klang dan selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad, Jugra dan
pelabuhannya mula dilupakan. Pada tahun 1914, hanya 21 buah bot wap
seberat 946 tan. serta 9 sampan tradisional seberat 18 tan dicatat memasuki pelabuhan ini.. Pekan Jugra lama
kini ditinggalkan. Bersemadilah Jugra Lama menjadi tempat pembiakan nyamuk
dan wabak demam malaria.
Sekali lagi, pada tahun 1945, tapak jeti dan Sungai Jugra menjadi
fokus dunia semula. Dengan kerjasama Mr.
Notly, bekas pengurus di Bandar Estate, seramai 1200 orang Tentera Berikat
serta kelengkapan kereta kebal mendarat di suatu tempat di tebing sungai tersebut
yang merupakan tempat batu kuari diangkut dari Jugra, seterusnya menyusuri
Sungai Langat sejauh 12 kilometer sehingga ke Telok Datok.
|
Peta Jugra menunjukkan Pengkalan Udara Tentera Jepun Di Klanang Estate |
Rumah Api Jugra
Oklah, cukuplah itu sebagai sejarah ringkas Jugra dan pelabuhannya
suatu ketika dahulu. Kita teruskan perbincangan tentang Rumah Api di atas Bukit
Jugra. Memang ada perkaitan langsung antara pelabuhan dan rumah api. Ini bukan
cerita baru.
Pelayaran merentasi Selat
Melaka sudah terkenal sejak abad ketiga masehi lagi. Bukit Jugra sudah dikenali
oleh ramai pedagang-pedang Arab, India, Siam dan China, lama sebelum kedatangan
penjajah Barat Portugis, Belanda, Inggeris dan Perancis. Apatah lagi setelah
pembukaan Terusan Suez yang menyaksikan ratusan kapal-kapal wap merentasi Selat
Melaka untuk ke India,China dan Asia Timur.
|
Laluan Selat Melaka |
|
Kompas Pelayaran Kapal Arab |
Sebelum wujudnya rumah api pertama yang dibina oleh Portugis di
Tanjung Tuan selepas 1511, pelayar dan pelaut menjadikan beberapa lokasi
termasuk Bukit Jugra sebagai pedoman pelayaran. Jarak dan masa pelayaran dikira
dari lokasi-lokasi rujukan ini. Namun pelayaran pada waktu malam begitu sukar
kecuali pada malam-malam bulan purnama. Kapal-kapal terpaksa melabuhkan sauh
ketika malam menjelma. Banyak kapal terkandas dan terdampar, tak kurang juga
yang karam kerana terlanggar beting pasir dan pantai yang cetek ketika belayar
malam. Itu belum lagi termasuk kapal, tongkang atau sampan yang terpaksa
berlindung di sebalik pulau-pulau
mengelakkan ribut pada waktu malam.
|
Bukit Jugra sebagai Panduan Pelayaran
|
Lokasi Rujukan Pelayaran Selat Melaka di Utara Bukit Jugra
|
|
|
Sambungan lokasi 1
|
|
Lokasi Rujukan Pelayaran Djemur ke Jugra
|
|
Lokasi Pelayaran Bukit Jugra ke Pulau Karimun
|
Tidak dapat dinafikan sebelum Nusantara dijajah oleh kuasa –kuasa
Barat, memang tiada kerajaan Melayu yang menyediakan perkhidmatan pelayaran
sebegini. Pelabuhan Melaka ketika dibawah kekuasaan Portugis menjadikan Cape
Rachado atau Tanjung Tuan sebagai panduan kapal-kapal dari utara Selat Melaka
untuk ke pelabuhan tersebut. Pada tahun 1855, British membina Raffles
Lighthouse di Singapura dan seterusnya
Rumah Api di Pulau Pisang. Kedua-dua penjajah ini mengaut keuntungan lumayan
dengan mengenakan caj rumah api kepada setiap kapal yang melalui kawasan
perairan jajahan mereka.
Sebelum kita pergi lebih jauh, tahukah kita apa maksud rumah api?
Cuba korang hadamkan maklumat di bawah ini…Hahaha, Amekkau!
A lighthouse has various definitions, but
it usually refers to a structure or tower built in strategic locations to
elevate lights that serve as a guide for mariners or ships at sea. It is
located either on top of a hill or cliff, small island, coastal shore or in the
sea. Lighthouses have been used to mark dangerous territories and coastlines,
hazardous shoals away from the coast as well as to allow safe entries into
harbours. They usually have keepers who provide rescue services if
necessary.
A precise definition of a
lighthouse is:
"A fully or partially enclosed built
structure bearing a light that is used as a navigational aid and that is
capable of admitting at least one person to operate or maintain the light
entirely from within."
A logical structure for the
definition of terms describing some navigational aids has been developed. The main points are as follows:
The navigational aids
discussed are beacons, rather than GPS receivers, sextants, maps, charts or
lists of lights.Those beacons that are navigational aids can be classified as
built (implicitly assumed to be on land) and those that are floating
(implicitly assumed to be moored in water at a fixed position).The next
subdivision is between those that are lit and those that are unlit.
Lighthouses fall into the
‘built and lit’ division, distinguished from lightstructures by the definition
proposed above that includes a definition of the type of structure. Daymarks
fall into the ‘built and unlit’ category. Of the floating navigational aids,
those that bear lights can be separated into Lightships, LANBYs, Lightfloats
and lightbuoys. Unlit floating navigational aids are buoys or marks.
Kesimpulannya, rumah api menjadi pedoman kepada pelayar Selat
Melaka dan menjadi penanda pintu laluan keluar masuk ke perairan sesuatu negeri
atau negara.
Begitu juga di Jugra. Sebagai panduan pelayaran keluar masuk
jeti di situ, bermula pada tahun 1875 lagi, British membina rumah api di
Kuala Jugra, bukannya di atas Bukit Jugra. Kuala Jugra ini ialah di Tanjung
Tongkah masa kini. Rumah api awal ini merupakan binaan kayu yang ditanam di
atas tebing sungai tersebut. Lampu rumah api ini merupakan lampu ribut minyak
tanah bersumbu yang biasa digunakan di dalam
kapal pada masa itu. Kelemahan pelita ini ialah jarak penglihatan yang terhad.
Sering kali lampu ini terpadam kerana tiupan angin badai. Pekerjanya
terpaksa bersampan untuk memasang apinya
pada setiap senja dan ketika terpadam akibat ribut.
|
Kuala Jugra |
|
Kuala Jugra closeup |
|
Jeti Batu Hampar di Jugra Lama |
|
Rumah Api Kuala Jugra |
|
Rumah Api Kuala Jugra dari tebing selatan Sg. Jugra |
|
closeup rumah api Kuala Jugra |
|
Rumah Api Kuala Jugra ketika air surut |
Pada 15 Oktober 1890, pihak Inggeris menggantikan binaan rumah api Kuala Jugra dengan rumah api
yang dicat putih diletakkan atas
pelantar besi dan yang lebih kukuh dan stabil. Kedudukannya 100 ela ke daratan
di tebing selatan sungai tersebut berbanding rumah api kayu dan papan pada lima
tahun sebelumnya, 1885.….menggunakan lampu merah, cahayanya lebih terang serta menggunakan
kurang minyak tanah dan jarak penglihatannya menjangkau 6 batu (9 km) ke laut.mungkin
lampu apinya juga diganti dengan lampu gasoline yang menggunakan tekanan udara
seperti yang digunakan di rumah-rumah pada awal 1900. Kuarters penjaganya juga
dibina berhampiran. Rumah api Kuala Jugra ini diletakkan di bawah kawalan
Harbour Master Pelabuhan Swettenham selepas pelabuhan itu dibuka.
Berbalik kepada objektif utama entri ini. Bilakah Rumah Api Bukit
Jugra didirikan?
Kenapa didirikan? Bagaimanakah sejarah pembinaannya? Memang banyak
persoalan, tapi jawapannya sukar dicari.
|
Rumah api Bukit Jugra masa kini |
|
Sebelah kiri Rumah api baru (1976)Sebelah kanan rumah api Zaman British |
|
maklumat Rumah Api Bukit Jugra |
Many ships had tried, but all of them
failed to reach the beaches that support the elevation which the locals called
Cockle Hill. These late19th century navigators had been travelling for weeks
along the Straits of Malacca, and each time they closed in, the shores sneakily
moved backwards further inland, breaking these mighty armadas to yield
frustration. So, they constructed a lighthouse on top of Cockle Hill. The old
Bukit Jugra lighthouse was built during the colonial era. According to legend,
the hill, disturbed by the construction of the lighthouse, bled for 30 days
causing the river to turn red.
Kemudian legenda lainnya yang lebih baru menceritakan bahwa
sebelum dibangunkan rumah api , arus sungai begitu kuat dan mampu merosakkan
kapal-kapal yang berlabuh di pantai dekat bukit ini. Menurut legenda, kekuatan
ghaib yang ada di bukit ini merasa terganggu dengan pembinaan rumah api British
tersebut sehingga efeknya menyebabkan pendarahan selama 30 hari. Air sungai pun
berubah menjadi merah darah.
Dah banyak surat khabar
lama Inggeris di Singapura aku selongkar, tapi jawapan yang aku peroleh masih
kabur. Tidak tercatat dengan jelas dan
tepat bila bangunan menara putih bulat terpacak di atas bukit tersebut? Aku
mula sangsi apakah tujuan sebenar rumah api itu dibina? Memang ianya berfungsi
sebagai rumah api sebenarnya, lengkap dengan mentol lampu putih yang berpusing
tidak jemu-jemu sepanjang malam sejak matahari tenggelam sehinggalah matahari
terbit.
|
Lampu Rumah api lama era British
yang serupa dengan di Rumah api Bukit Jugra |
The immortal lighthouse. And
from then on, deep in the night, when everything was still and the locals were
all snuggled and asleep on their woven mats, a beacon of light would part the
darkness looking for ships welcoming them to the shore. Within its compound,
all is unmoving, somewhat idle. Everything is silent. Only, and only if you
listen hard enough, you might just hear the quiet and unimposing humming the
lighthouse makes as its light goes round and round in a circular motion, day
and night, night and day. A lonesome edifice, solitary and isolated within its
neat compound that welcomes no visitors.
Penulis sebuah akhbar berbahasa Inggeris di Singapura pada tahun
1933 pernah menceritakan pengalaman beliau mendaki dan bermalam di Gunung Angsi
berdekatan Ulu Bendul, Negeri Sembilan memaklumkan cahaya daripada rumah api
Tanjung Tuan dan rumah api Bukit Jugra serta Rumah Api Pelabuhan Swettenham sayup kelihatan menyuluh dengan setia perairan
mereka sebagai pedoman para pelaut dan kapal yang belayar malam. Itu bukti
jelas kewujudannya.
Persoalannya, bila, tarikh tepat pembinaannya? Jarang sekali
sesuatu yang menjadi mercu tanda pembangunan penjajah Inggeris tidak tercatat
secara terperinci oleh akhbar mahupun media rasmi kerajaan. Langsung tidak
tertulis tentang pengurusan rumah api ini, sama ada di bawah Maritime
Department atau diuruskan oleh Straits
Settlements atau mana-mana agensi kelautan.
Aku sangsi. Hati berkata-kata. Mungkin rumah api ini hanyalah cover up untuk operasi ketenteraan,
memandangkan ada keratan akhbar tertulis tentang tanah milik RNAS (Royal Navy
Air Station) di Klanang Estate yang
dibeli oleh pihak tentera British dengan harga $1,000,000 pada tahun 1940.
Tambahan pula, terdapat asset militer (Lapangan Terbang Tentera Udara) di
Pandamaran milik RAF (Royal Air Force) dan asset awam di Pelabuhan Swettenham. Dan… kebetulan pula, 1930an merupakan dekad kemajuan teknologi radar. Dengan
kedudukan Bukit Jugra yang masih hutan dara dan terpencil, aku yakin, stesen
radar atau antenna telekomunikasi ketenteraan dibina di puncak Jugra itu . Keseluruhan
kawasan puncak termasuk rumah api menjadi kawasan larangan tentera….cuma belum hampir
pasti, teori konspirasi ini. Ya, Aku masih tak tahu. Nak cakap pun tak ada bukti
kukuh. Malu nak tulis tanpa data jelas dan tepat. Bukit Jugra memang bermisteri
sejak dahulu lagi, apatah lagi dengan news
blanket sebegini.
Hanya catatan masa kini tentang menara kedua rumah api ini yang
dibina oleh kerajaan Malaysia di bawah agensinya Jabatan Laut Malaysia.
Seolah-olah secara rasminya Rumah Api Bukit Jugra memulakan misinya pada tahun
1976.
Bukit Jugra is 149m high. The new Bukit
Jugra Lighthouse is built in 1976 (79m tall. to assist ships coming in and out
of Port Klang and constructed at cost of RM598,670.
Aku akur. Akur dengan kelemahan diri yang tak mampu menyelongkar
lebih jauh lagi. Aku bukan reporter
atau penyelidik arkib sepenuh masa. Aku hanyalah seorang guru yang berminat
menyelusuri sejarah kampung sekitar tempat lahirku, Telok Panglima Garang. Tapi
aku tidak berputus asa.Tak ada rotan akar pun berguna juga. Aku cari, gali
lagi, lagi dan lagi nanti.
Tentang hubungan aku dengan rumah api ini sebenarnya secara
kebetulan. Aku pernah mendakinya ketika berumur 18 tahun, dengan menyusuri
jalan rayanya sehingga ke pintu tapak radar TUDM itu. Dengar cerita, pada tahun
1971, TUDM menempatkan radar Marconi S600 di situ. Kem TUDM jugra Skuadron 201
juga menempatkan pasukan HANDAU untuk memastikan keselamatan kemdan asset mereka
di puncak Bukit Jugra itu. Kini radar itu telah dipindahkan . Yang tinggal
hanyalah pintu masuk berpagar sebagai saksi kewujudannya satu masa dahulu.
Pertama kali aku tiba di puncak itu dengan rakan sekampungku bermotosikal. Aku
terpegun dengan keindahannya. Aku hanya
berdiri di luar pagar Rumah Api ini. Dapat kulihat saujana mata memandang.
Begitu mengasyikkan. Nun di kejauhan laut Selat Melaka. Di sebelah kananku, terbentang
luas topografi yang rendah dan rata Pulau Carey dan Pulau Lumut (kini dipanggil Pulau
Indah). Cuma pada masa itu Westport belum wujud lagi. Kapal-kapal bersusun
menunggu giliran untuk masuk ke muara Sungai Klang untuk ke Pelabuhan Klang.
|
Pemantauan laut oleh radar |
Tak lama kami di puncak tersebut. Matahari kian ke ufuk barat.
Kami harus segera turun memandangkan kami harus kembali ke Telok menumpang
sampan penambang untuk menyeberang sungai Jugra ke Pulau Carey sebelum berferi
ke Segenting dan seterusnya kembali ke rumah sebelum Maghrib. Lagipun terasa
seram ketika aku berlama-lama di puncak bukit itu. Hati kecilku menyuruh-nyuruh
aku supaya cepat beredar. Maklumlah tak ramai orang di sana. Yang ada
pengawal-pengawal TUDM di tapak radar
itu dan beberapa orang pengunjung seperti aku. Tambahan pula ketika melintas jirat
lama Cina dalam perjalanan turun itu, terasa seperti aku sedang diperhatikan
oleh manusia atau makhluk halus dari dalam hutan disekelilingku.
|
Jirat Cina Lama di Bukit Jugra |
Pengalaman kedua aku pula ketika aku mengajar di SMK Jugra (1997-2003) sekembalinya aku bertugas di Miri
Sarawak. Alhamdulillah. Sebagai seorang guru penasihat Kadet Tentera Udara, aku bergaul mesra dengan
beberapa orang kakitangan TUDM di situ. Antara aktiviti yang pernah kami
lakukan bersama pihak tentera ialah pendakian ke atas puncak Bukit Jugra. Aku
dan dan anak-anak murid kadetku mula mendaki
mengikut laluan paip air bersebelahan Masjid Permatang Pasir.
|
Saluran paip air Bukit Jugra |
Pendakian itu tidaklah
begitu memenatkan kerana ada anak-anak tangga konkrit dan denai yang selamat.
Kami memasuki tapak radar tentera di puncak bukit, dengan kebenaran pihak
tentera. Masa itu radar sudah dismantled dan beberapa peralatannya masih terdapat
di situ. Kali ini aku lebih terpegun. Dari tapak itu, dapat aku lihat 360
darjah sekelilingku. Begitu indah pemandangannya.
|
Tinggalan Tapak Radar TUDM Bukit Jugra |
|
Pemandangan dari atas bukit Jugra |
|
Kelihatan Pulau Carey dari atas Bukit Jugra |
Kali ketiga aku di puncak itu bersama seorang rakan kenalan lamaku
ketika aku memandu teksi lagi. Kawanku ini bernama Omar. Tinggal di Kampung
Katong. Dia ini memang mekanik, tetapi juga dia salah seorang penjaga Rumah Api
di Bukit Jugra. Aku memang teruja ingin memasuki kawasan rumah api itu sejak dahulu lagi. Aku pujuk
rayu dia sehinggalah dia mengalah. Maka, suatu hari dengan izinnya ketika off duty, aku dan keluargaku berkereta
ke puncak Bukit Jugra. Pintu pagar dibuka. Aku mengambil kesempatan memasuki dan menaiki tangga berpusing menara
tua tinggalan British itu sehingga dapat kulihat lampunya. Memandangkan hari
masih siang, tidaklah lampu itu dinyalakan.
Aku turun dan berkenalan dengan
kawan Umar yang masih on duty itu. Dia
menunjukkan aku dan keluargaku kuarters tempat tinggal mereka ketika bertugas.
Kami berbual agak panjang tentang rutin harian mereka. Kemudian, aku dan anak
isteriku meninjau-ninjau kawasan rumah api tersebut. Kami terpegun. Ketika itu
jam sudah menunjukkan hampir 6.45 petang. Senja menyusul. Matahari hampir tenggelam.
Aku agak tergesa-gesa mohon diri kerana trauma lama masih terpahat di hati,
walaupun cahaya matahari jingga itu ke atas air kebiruan itu merupakan
pemandangan terindah yang tidak sepatutnya kami lepaskan. Hatiku tidak tenteram
seperti dahulu, tambahan pula anak dan isteriku bersama.
|
agak menyeramkan kalau berada di sini lewat petang atau ketika waktu malam |
Benarlah kata seorang penulis Inggeris terkenal yang pernah
tinggal di Jugra pada suatu masa:
At sunset, the view from Jugra Hill over the tangled swamps and ruffled
reaches of the broad creek below makes a beautiful picture of sunset colours
glowing on the burnished water in a setting of delicate misty green”
Berikut adalah nota yang aku peroleh butiran terperinci tentang
banyak lagi rumah api yang terdapat di sepanjang laluan pelayaran dari Tanjung
Tuan, Negeri Sembilan sehingga ke Tanjung Karang , Selangor. (Maaf, dalam Bahasa Inggeris)
|
Laluan Pelayaran memasuki Pelabuhan Klang |
1. Tanjung Tuan (Cape Rachado)
1863. Active; focal plane 118 m
(387 ft); three white flashes every 15 s. 24 m (79 ft) round masonry tower with
lantern and gallery, painted white. 1st order Fresnel lens in use. Original
1-story masonry keeper's house. A modern concrete tower, built in 1990, carries
radar to monitor ship traffic in the narrow Strait of Malacca This is
Malaysia's oldest active lighthouse and probably its most important; According
to other local accounts, the Portuguese built a lighthouse here in the 1500s,
and the Dutch built another in 1817; Located on a very prominent cape about 20
km (13 mi) south of Port Dickson. ARLHS WMA-003; Admiralty F1626; NGA 21748.
2. Arang
Date unknown. Active; focal plane
about 20 m (66 ft); two white flashes every 8 s. Approx. 20 m (66 ft) round
hourglass-shaped tower, mounted on a square concrete platform supported by
concrete piles. According to NGA, the tower is now painted black with one red
horizontal band; it was all white in a 2011 photo (no longer online). Located
800 m (1/2 mi) southwest of Pulau Arang, marking the entrance to the harbor of
Port Dickson. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty
F1622.5; NGA 21760.
3. Kuala Sepang Besar
Date unknown. Active; focal plane
19 m (62 ft); quick-flashing white light. 19 m (62 ft) skeletal tower, painted
white, mounted on a square platform supported by piles. Located just offfshore
at a large coal-fired power plant west of Port Dickson and just east of the
Selangor border. Accessible only by boat. Site status unknown. Admiralty F1620;
NGA 21772.
4. Sepat
Date unknown. Active; focal plane
14 m (46 ft); quick-flashing white light. 14 m (46 ft) tower supported by
piles. Upper half of the tower painted black, lower half yellow. Located on a
shoal in the Strait of Malacca about 16 km (10 mi) southwest of Tanjung Sepat.
Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1619.4; NGA 21774.
5. Tanjung Gebang
Date unknown. Active; focal plane
28 m (92 ft); white flash every 4 s. 28 m (98 ft) round concrete tower, mounted
on a platform supported by piles. Located a short distance off a headland about
15 km (9 mi) south of Banting. Accessible only by boat. Site open, tower
closed. Admiralty F1619; NGA 21776.
6. Bukit Jugra
1976. Active; focal plane 146 m
(479 ft); white flash every 10 s. 25 m (82 ft) round cylindrical concrete tower
with lantern and gallery. A second concrete tower carries radar to monitor ship
traffic. Located on a conspicuous hill on the east side of a river at Permatang
Pasir. Site open, tower closed. ARLHS WMA-001; Admiralty F1614; NGA 21780.
7. Tanjung Rhu (Tanjung Ru)
2016. Active; focal plane 29 m
(95 ft); white flash every 5 s. 29 m (95 ft) round cylindrical fiberglass tower
mounted on a square platform supported by piles. The original lighthouse, a 24
m (79 ft) round fiberglass tower mounted on a square concrete pier, was
demolished or destroyed in 2010. Located in shallows about 1 km (0.6 mi) west
of Tanjung (Cape) Rhu, the western tip of Pulau Carey, about 25 km (15 mi)
southwest of Klang. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty
F1610; NGA 21804 (ex-21803).
8. Tanjung Mahang Range Front
Date unknown. Active; focal plane
19 m (62 ft); quick-flashing white light. 19 m (62 ft) square pyramidal
skeletal tower, mounted on a platform supported by piles. Lighthouse painted
white. The tower also carries a white triangular daymark, point up. This is the
entrance range for Klang, the capital of Selangor state and a major port.
Located off the southern tip of Pulau Che Mat Zin, 180 m (200 yd) south of the
rear light. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1609;
NGA 21806.
9. Tanjung Mahang Range Rear
Date unknown. Active; focal plane
26 m (85 ft); red light, 2 s on, 2 s off. 25 m (82 ft) square pyramidal
skeletal tower, mounted on a platform supported by piles. Lighthouse painted
white. The tower also carries a white triangular daymark, point down. Located
on the southern tip of Pulau Che Mat Zin, about 40 km (25 mi) southwest of
downtown Klang. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty
F1609.1; NGA 21806.1.
10. Klang First Point
Date unknown. Removed. This was a
17 m (56 ft) round hourglass-shaped concrete tower, mounted on a platform
supported by four concrete piles. this light had been replaced by a buoy. In
2016 a new, smaller light on a post (focal plane 11 m (36 ft); red flash every
4 s) was installed. Located on the west side of the Klang entrance channel
about 1200 m (3/4 mi) northeast of the Tanjung Mahang range lights. Accessible
only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1608; NGA 21808.
11. Tanjung Sarang Lang
Date unknown. Active; focal plane
26 m (85 ft); two white flashes every 10 s. 25 m (82 ft) square pyramidal
skeletal tower, mounted on a platform supported by piles. Lighthouse painted
white. Located on the eastern point of Pulau Klang, opposite the inner harbor
of the city. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1594;
NGA 21820.
12. Marine Department Signal Station
Date unknown. Active; focal plane
28 m (92 ft); flashing red light. Light mounted atop the 5-story Marine
Department building in Klang (this is the national headquarters of the
department). Located on the Klang River on the north side of the harbor area.
Site open, tower closed. Admiralty F1597; NGA 21826.
13. Tanjung Harapan
Date unknown. Active; focal plane 11 m (36 ft); red flash every 5
s. 11 m (36 ft) white concrete post carrying a large gallery and mounted on a
platform supported by three piles. Gallery painted red as a daymark. Located
just offshore on the north side of the entrance to the inner harbor of Port
Klang. Accessible only by boat but easily seen from shore. Site open, tower
closed. Admiralty F1595; NGA 21834.
14. Klang First Point Light
First Point Light, Klang, March
2008 (since removed)
15. Tanjung Tentaram
Date unknown. Active; focal plane
10 m (33 ft); red flash every 3 s. 10 m (33 ft) white concrete post carrying a
large box-like red daymark and mounted on a platform supported by three piles.
Located off the southwestern tip of Pulau Ketam, an island west of Pulau Klang.
Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1612; NGA 21800.
16. One Fathom Bank Lighthouses
Note: One Fathom Bank is a
notorious shoal in the Strait of Malacca off the port of Klang. Shipping is
crowded together in this area by the limited amount of deep water available, so
a traffic separation scheme (TSS) is in place. Vessels headed southeast keep to
the Indonesian side, and those headed northwest keep to the Malaysian side. A
chart is available. The lights in this section are important markers for the
TSS.
17. One Fathom Bank (Permatang
Sedepa)
1907 (station established 1852).
Inactive since 1999. Approx. 27 m (89 ft) octagonal skeletal cast iron tower
with lantern, gallery, and enclosed upper portion, mounted atop a 2-story
octagonal keeper's house standing on piles. In fact there are two lanterns,
with a newer and smaller one raised above the original first-order lantern by
an octagonal skeletal extension. The lighthouse was orginally painted with red
and white horizontal bands; today the keeper's house and cast iron skeletal
sections and painted white and the upper extension is black. This historic
lighthouse was restored in 2004-05. The original lighthouse was replaced by a
screwpile lighthouse in 1874. Accessible only by boat. Site open, tower closed.
ARLHS WMA-030.
18. One Fathom Bank (Permatang
Sedepa)
1999 (station established 1852).
Active; focal plane 43 m (141 ft); four white flashes every 20 s. 43 m (141 ft)
round cylindrical steel tower with lantern and triple gallery, rising from the
center of a dome-shaped equipment shelter, mounted on a circular platform
supported by pilings. Light tower painted with red and white horizontal bands.
A photo is at right, and Wikimedia has the same photo. The base of the
lighthouse has accommodations visited by sport fishermen. The lighthouse is on
the north (Malaysian) side of the northwestbound channel, near the southeast
end. Located on the shoal, about 30 km (20 mi) west southwest of the Klang
Delta. Accessible only by boat. Site open, tower closed. ARLHS WMA-007;
Admiralty F1616; NGA 21784.
19. One
Fathom Bank North
2009. Active; focal plane 30 m
(98 ft); white flash every 3 s. 30 m (98 ft) round fiberglass tower on a
platform supported by piles. No photo available. This light is on the north
side of the northwestbound channel, near the northwest end. Located about 20 km
(12.5 mi) northwest of the original One Fathom Bank lighthouse. Accessible only
by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1616.5; NGA 21795.
20. One Fathom Bank Southbound
East Beacon
Date unknown. Active; focal plane
13 m (43 ft); six quick white flashes and one long white flash every 15 s. 13 m
(43 ft) beacon, upper half painted yellow and lower half black. No photo
available. The exit from the southbound channel is quite narrow; it is marked
by this light and the next two. Located 9.4 km (5.8 mi) southwest of the One
Fathom Bank lighthouse. Accessible only by boat. Site open, tower closed.
Admiralty F1617; NGA 21788.
21. One Fathom Bank Light
1999 One Fathom Bank Light,
Strait of Malacca, April 2008
22. One Fathom Bank Southbound
South Beacon
Date unknown. Active; focal plane
13 m (43 ft); quick-flashing white light 13 m (43 ft) beacon, upper half
painted black and lower half yellow. Located 10.5 km (6.5 mi) southwest of the
One Fathom Bank lighthouse. Accessible only by boat. Site open, tower closed.
Admiralty F1617.2; NGA 21792.
23. One Fathom Bank Southbound
West Beacon
Date unknown. Active; focal plane
11 m (36 ft); quick-flashing white light 11 m (36 ft) beacon, painted yellow.
Located 13.8 km (8.6 mi) west southwest of the One Fathom Bank lighthouse.
Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1617.4; NGA 21794.
24. Pulau Angsa
1887. Active; focal plane 36 m
(118 ft); flash every 10 s, white or red depending on direction. 11 m (36 ft)
round masonry tower with lantern and gallery, painted white. Keeper's house and
modern concrete radar tower. Located atop a small island about 40 km (25 mi)
northwest of Port Klang and 25 km (15 mi) south of Kuala Selangor. Accessible only
by boat. Site open, tower closed. ARLHS WMA-008; Admiralty F1586; NGA 21848.
25. Kuala Selangor (Altingsburg,
Bukit Melawati)
1907. Active; focal plane 73 m
(240 ft); two white flashes every 15 s. 27 m (89 ft) round two-stage tower with
lantern and gallery, painted white. The lower half of the tower is cylindrical
masonry, and the upper half is a conical cast iron tower. The lighthouse stands
on the hill known as Bukit Melawati, in the center of a 250 ha (600 acre)
nature reserve adjoining the town of Kuala Selangor. Ruins of the Dutch Fort
Altingsburg, built in 1784, can be seen near the lighthouse, and the historical
museum of Kuala Selangor is adjacent to the light station. The road to the
lighthouse is closed on weekends due to limited parking, but trams are
provided. Site open, tower closed. ARLHS WMA-005; Admiralty F1578; NGA 21860.
26. Permatang Angsa
Date unknown. Active; focal plane 22 m (72 ft); quick-flashing
white light. 22 m (72 ft) tower, upper half painted black, lower half yellow.
Located on a shoal off Tanjung Karang, about 40 km (25 mi) northwest of Kuala
Selangor. Accessible only by boat. Site open, tower closed. Admiralty F1580;
NGA 21861.