Membuat Spesifikasi Rumah
Spesifikasi rumah amat penting kerana ianya menentukan kos pembinaan dan kualiti sesebuah rumah. Sebelum melantik tukang rumah atau kontraktor, sepatutnya anda membuat spesifikasi rumah terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak mampu membuatnya, anda boleh berbincang dengan arkitek atau QS.
Spesifikasi ini amat penting supaya kedua-dua pihak berpuashati semasa penyerahan kunci rumah nanti. Dengan adanya spesifikasi ini, ianya akan memudahkan kontraktor untuk membuat sebut harga dan membina rumah.
Contoh Spesifikasi :-
Atap – atap genting jenama Monier jenis contour
Besi – mengikut spesifikasi pelan rumah (ikut spec JKR)
Pintu – pintu utama kayu Nyatuh (atau setara) atau meranti
Mangkuk tandas berharga RM350 (apa2 jenis brand seperti Caresan)
Cat – jenis Kasai atau Jotun (jaminan 5 tahun)
Bumbung – kayu kelat atau berubat Malaysia
Siling – siling kapur untuk semua ruang dalaman, veranda dan parking kecuali siling tandas
Mozek – disemua tempat rumah
– bilik tidur (saiz 16 inci, lingkungan harga RM3.80 semua corak dan jenis),
Ruang keluarga dan tamu (saiz 20 inci, lingkungan harga RM4.80 sekeping, semua corak dan jenama menyebabkan kulat pada dinding rumah.
Kebanyakan kontraktor lain hanya beri sehingga 5 kaki sahaja.
Sinki dlm tandas harga sekitar RM150++. Sinki dapur 3 lubang harga sekitar RM300++
Longkang – jenis glace (berkilat)
Letrik – Punca kuasa untuk lampu, kipas. Pendawaian jenis 3-phase.
Piping – Paip, shower adalah jenis chrome.
3. Sebut Harga
Cari dan hubungi Kontraktor/Tukang rumah yang anda yakini dan berpengalaman.Mereka akan mengemukakan sebut harga bina rumah berdasarkan pelan dan 3D design yang telah dipersetujui.
4. Lantik Kontraktor Dan Peguam
Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang boleh berurusan dengan pihak LPPSA. Jika kontraktor atau peguam yang dilantik tidak pernah dan tidak tahu berurusan dengan pihak LPPSA, dikhuatiri akan berlaku banyak masalah. Hal ini disebabkan kebanyakan dokumen akan diuruskan oleh kedua-dua belah pihak berkenaan.
5. Kerja Pembinaan Rumah Oleh KontraktorTukang Yang Dilantik
Pihak pembina akan mula melaksanakan kerja – kerja pembinaan rumah mengikut tempoh dan masa yang telah anda persetujui.
6. Lawatan Semasa Pembinaan
Semasa dalam pembinaan, sebaik-baiknya anda pantau pembinaannya, paling kurang sebulan sekali. Lagi kerap lagi baik. Kalau boleh, bawalah rakan anda yang mempunyai pengalaman dalam pembinaan rumah
Kaedah Pembayaran Kepada Kontraktor
JADUAL BAYARAN BERPERINGKAT (PROGRESS)
ANSURAN YANG KENA DIBAYAR PERATUSAN (%) JUMLAH (RM)
1. Setelah perjanjian selesai ditandatangani
10% 9,000.00
2. Dalam tempoh 21 hari selepas peminjam menerima notis bertulis dari kontraktor menyatakan siapnya:
a) Kerja asas dan pertapakan bangunan.
10% 9,000.00
b) Kerangka konkrit bertetulang bangunan.
15% 13,500.00
c) Dinding bangunantersebut beserta rangka pintu dan tingkap dipasang dengan tepat.
10% 9,000.00
d) Memasang bumbung, pendawaian elektrik dan saluran paip pada bangunan tersebut.
10% 9,000.00
e) Kerja melapis dalam dan luar bangunan tersebut.
10% 9,000.00
f) Parit,saluran najis dan jalan pada bangunan tersebut.
15% 13,500.00
3. Semasa serahan pemilikan kosong dan sambungan bekalan elektrik dan air pada bangunan.
15% 13,500.00
4. Dipegang oleh peguamcara sebagai pemegang pertaruhan untuk bayaran kepada kontraktor
5% 4,500.00
a) Apabila tamat tempoh 6 bulan selepas serahan pemilikan kosong – (2.5%)
b) Apabila tamat tempoh 12 bulan selepas pemilikan kosong – (2.5%)
JUMLAH 100% 90,000.00
Kualiti Sesebuah Rumah
Kualiti binaan sesebuah rumah bergantung kepada perkara-perkara berikut :
a)Bahan binaan
b)Spesifikasi rumah
Kemahiran pekerja (workmanship)
Sikap kontraktor/pemaju
Pengawasan – sama ada dari kontraktor atau anda sendiri
7. Serah Kunci
Rumah idaman anda siap dan sedia untuk diduduki. Namun anda harus tahu tentang grace period yang diberikan oleh pemaju sekiranya terdapat kecacatan pada rumah, hendaklah dimaklumkan kepada mereka. Walau bagaimanapun, kerja pembinaan berjalan dengan lancar dan mengikut spesifikasi dalam lukisan dan perjanjian. Untuk setiap kemajuan kerja tapak kerja, supervisor mereka akan update klien.
Pilihan B.
Bagi mereka yang sudah ada tanah, macam Atok, caranya ialah dengan “BINA SENDIRI RUMAH ANDA”.
Jika anda sudah ada tanah lot tapak rumah. Maksudnya ialah mengurus sendiri pembinaan rumah anda. Ini bermakna anda tidak perlukan kontraktor / pemaju bagi membina rumah anda. Maka kos membina rumah hanyalah membeli bahan binaan dan upah pekerja saja. TETAPI anda kena uruskan semuanya, daripada A sampai ke Z! Anda kini kontraktornya...Anda dah jimatkan duit anda sebanyak RM 28,800!
Untuk kerja-kerja tak sampai 3 bulan, Atok boleh bawa Wan korang pergi umrah dan honeymoon ke Istanbul, Turki......Bukan susah pun! Atok cuma kena buka buku sikit, belajar selok belok buat rumah...Alaaa..panduannya ada dalam internet. Ikut aje lah. Cari tukang-tukang bagi setiap fasa atau proses, dapatkan quotations, pilih yang ada reference yang baik, bayar dan supervise. Tak payahlah nak pasang peguam dan fail kat majlis bagai. Rumah sewa jer pun. Lagipun upah lawyer dan fi majlis daerah tu tu baik buat kenduri doa selamat nanti. Tak roboh punya! Jangan salah faham ya, Atok tak ajar korang langgar undang-undang pulak. Ini Atok cerita pasal cara Atok. Atok akan lantik anak sulung Atok yang duduk Shah Alam tu supervise kerja-kerja pembinaan. Atok lantik dia sebagai Project Manager. ATOK BAYAR DIA, TAU! Bagi dia rasa pulak macam Datok-datok dalam drama Melayu tu, pakai hard helmet dan kepit pelan...tunjuk sini, situ kat tukang-tukang rumah sambil pegang henfon. Pembayaran jadual kerja berdasarkan persetujuan yang ditetapkan. Bayar tukang, dia. Nak beli barang, dia. Atok sain cek jer ..... HAHAHA😅, Amacam, ok tak? Merasalah jadi Kontraktor sekali seumur hidup. Oklah. Doakan Atok berjaya dalam mengejar impian Atok sekeluarga ini, Amiiiiin.
Oh ya, kat bawah ini seperti biasa Atok selitkan sedikit ilmu dan maklumat tentang pembinaan ini. Kepada tuan punya blog, websites yang Atok rujuk, thanks alot,guys! Jazakallahukhairan. Atok tolong panjangkan sedekah jariah kamu. Sorrylah kalau tak sebut nama atau tercelok bahan-bahan tuan. Halalkan dunia akhirat, ya... Wasalam.
u.p korang, gambar foto projek yang kat bawah ini, semua BUKAN projek Atok punya. Atok ambil kat internet, nak bagi terang penjelasan proses pembinaan rumah.. Atok belum buat apa-apa lagi pun...Baru berangan-angan..
Jangan marah....ceria-ceria selalu.
Berikut adalah ringkasan proses pembinaan sebuah rumah:-
- Mengenal pasti sempadan tanah tapak rumah
- Membina papan adang dan papan tanda
- Membuat pancang tanda
- Membina asas konkrit (footing)
- Membina stump konkrit
- Membina rasuk aras tanah (ground beam)
- Membina lantai konkrit
- Membina tiang konkrit
- Membina dinding batu bata (brickwall)
- Memasang bingkai jendela dan pintu
- Membina rasuk bumbung konkrit
- Memasang ke rangka dan penutup bumbung
- Memasang konduit pendawaian elektrik
- Memasang siling
- Melepa dinding
- Melepa lantai
- Memasang paip bekalan air (plumbing work) serta tangki air
- Memasang jubin lantai dan dinding
- Membina longkang dan apron
- Membina tangki septik dan paip kumbahan
- Memasang daun pintu dan ironmongeries
- Mengecat
- Membersih dan membawa keluar sampah dan sisa binaan
- Melakukan pemeriksaan akhir dan membuat permohonan CCC (Sijil Penyiapan dan Pematuhan)
Peringkat 1 - Penyediaan tapak rumah dan besi-besi binaan
bahan-bahan yg paling awal sampai ditempat kejadian. Batu bata dan Pasir Sebuah bangsal juga telah dibina utk menyimpan simen. (Kalau letak luar nnt kene hujan, terus takleh guna simen)
contoh2 besi yang telah disediakan awal untuk pembinaan rumah ini. Semuanya handmade.
Tapak rumah diukur dulu dan ditandakan dengan tali. Aras ketinggian dari pusat bumi juga dikira dengan menggunakan tiub berisi air.
contoh salah satu lubang untuk foundation rumah ini. 2ft x 2ft x 2ft..
Kerja-kerja menggali lubang sedang dilakukan. Memerlukan kudrat yang banyak.
lurus je lubang tu dengan dinding binaan yg telah ada.
Peringkat 2 - Penyediaan Tiang
foundation punya besi telah dicacakkan. ada besi diseluruh bahagian bawah tu yg mana kelak akan dicurahkan dengan simen konkrit pulak.
contoh yg dah terisi dengan simen. Simen tu dalam 1/2 ft @ 1 ft kot. Selebihnya akan ditimbus kembali dengan tanah.
Beginilah keadaan ceracak yang telah ditegakkan.
Peringkat 3 - Mulanya kerja-kerja pembangunan dinding dan sistem pembentungan
panggil backhoe, tuk gali lubang tuk tangki septik ni. Memang saje gali awal, supaya tanah yg digali ini bolah digunakan tuk tambak tapak rumah. Jadi save budget, tak payah beli tanah dah untuk tambak rumah.
Beginilah bersepahnya batu batan di tapak pembinaan
Kawasan membancuh simen. Bersih selepas tiap kali selesai bekerja.
dinding dibangunkan dulu. Dengan cara ini dapat menjimatkan kayu yg digunakan untuk membuat tiang kelak.
Haa, nampak tak tanah dalam petak2 rumah ni dah tambak. Tanah ni diambil dari tempat tangki septik tadi laa. Selain itu ada juga digali lubang lain di belakang rumah ini juga.
Ni saluran untuk paip kumbahan nanti. Korek awal-awal, tak payah laa nak panggil backhoe banyak kali nnt.
Peringkat 4 -Pembangunan Tiang dan Komponen-Komponen Rumah seperti Tingkap dan Rangka Pintu
Dinding da dibangunkan lagi. Nampak tak yang kayu tu, tu laa bahagian tiang tu. Bingkai tingkap dan pintu juga telah diinstall time ni.
Ni kawasan tempat ambil wuduk nnt nie.
Ni kawasan bilik mandi dan jamban
Peringkat 5 - Penyediaan Top beam dan Pemasangan Bumbung Sementara menyiapkan pemasangan batu-bata untuk dinding, sebahagian pekerja membuat kerangka besi untuk top beam. Inilah kerangka besi top beam yang telah diletakkan di atas dinding sebelum papan acuan dipasang.
.
|
Apabila beam dah keras, mereka pun pasang bumbung. Kenalah tentukan jenis bumbung apa, sebab nak pasang kerangka bumbung kena betul kiranya. Kalau pasang atap genting, banyak guna besi sebab genting berat. Saya nak atap genting, sebab rumah tak panas. Kalau boleh tak nak pakai air cond. Nak natural aje..
rangka bumbung besi
Selepas itu, barulah dipasang bumbung genting.
Bumbung genting yang hampir siap dipasang |
Rujukan
https://binarumahtanahsendiri.blogspot.com/2014/03/proses-membina-rumah-sendiri.html?m=1
https://profhariz.com/8-proses-bina-rumah-sendiri-dengan-mudah/
http://cikgukimi.blogspot.com/2015/02/proses-proses-awal-membuat-rumah.html?m=1
https://www.dawaibesi.com/2018/10/panduan-bagi-yang-ingin-memiliki-rumah.html?m=1
http://pemadamburuk.blogspot.com/2010/12/step-nak-buat-rumah-sebuah.html?m=1