Rabu, 20 September 2023

PERISTIWA BERGAMBAR SEKITAR KUALA LANGAT (SEJAK MERDEKA - 1969)


Salam. Entri kali ini entri yang kedua bagi tempoh selepas Malaya merdeka sehinggalah tahun-tahun 1960-an. Banyak sungguh ceritanya! Daripada pembangunan sampailah aktiviti sosialnya. Pergaulan masa itu masih terbatas mengikut agama dan budaya. Namun pergaulan bebas mula mengugut kesopanan anak muda, tambahan pula Banting sudah terang benderang dilimpahi cahaya lampu elektrik. Betul juga kata orang, kalau nak buat maksiat, tak perlu ke bandar. Dalam semak belukar di kampung pun boleh. Yang itu, sisi gelap masyarakat kita lupakan buat sementara waktu. Lagipun takkanlah kita nak katakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Yang jahatnya seorang dua, yang masih menjaga kehormatan diri dan maruah keluarga beribu. Jangan dikutuk-kutuk, tengoklah generasi datuk nenek korang masa itu dan banding-bandingkanlah dengan generasi korang masa kini. Jauh bezanya, banyak ketidaksamaannya.

1958





 
Penganugerahan Pingat kepada Yang Berjasa kepada Negeri



1959








1960



1961


1962




1963














1964


































16 May 1964  —Angkatan Tunas Asal Pemuda Pemudi Morib telati mengadakan perjumpaan hari raya haji di-Pusat Latehan Pemuda Pemudi Morib baharu2 ini  di-hadhiri oleh pemuka2 tempatan. termasok ahli Parlemen Inche Mohamad Tahir bin Abdul Majid





1965



















Pasukan Bolasepak Wanita OPRS Kelanang Baru menjuarai Pertandingan Bolasepak Wanita Kuala Langat

1966







1967


















1968




















1969

Belia Pelopor Juara Kawad di Pusat Latehan Belia Morib


























Peristiwa Bergambar di sekitar Kuala Langat (Sebelum Merdeka)


Berbalik kepada entri Atok kali ini, kita santai-santailah sayang ku. Kita belek-belek surat khabar lama tentang tempat kita Kuala Langat yang Atok dah siapkan untuk korang layari.  Atok bahagi-bahagikan penulisan ini kepada 3 +3 bahagian; 3 yang pertama, link untuk korang klik untuk membaca berita tentang Kuala Langat sejak zaman Omputih sampailah kini, dan 3 slot lagi tentang peristiwa bergambar yang berlaku di Kuala Langat dalam tempoh masa tersebut. Maaflah gambar-gambar hitam putih serta kualiti surat khabar lama. Memang tak cantik dan jelas, tapi itu sahajalah yang Atok ada. Kalau ada antara korang yang nak kalerkan gambar tersebut, buatlah. Atok suka, Atok suka! Kongsi sama Atok dalam ruangan komen, ok? Ajak emak bapa, Atok, nenek, wak embah korang sekali, pasti ada yang kenal sesiapa dalam gambar-gambar itu. Jadikan modal untuk Quality Time korang. Kalau ada silap salah Atok dan Wan , kami minta maaf banyak-banyak. Wasalam.

Entri kali ini entri yang pertama bagi tempoh sejak mula campurtangan Inggeris di Selangor sehinggalah detik-detik terakhir sebelum Malaya merdeka  Banyak sungguh ceritanya! Tapi malang, semuanya dalam Bahasa Inggeris. Korang carilah sesiapa yang ada English Education minta tolong terjemahkan dalam Bahasa Melayu. Atok dah tak larat dah. Pandai-pandailah korang. Daripada pembangunan sampailah aktiviti sosialnya. Pergaulan masa itu masih terbatas mengikut agama, bangsa dan budaya. Apa boleh buat. Kita rakyat, Omputeh Tuan. Yes, Master.


1876


1929



 
1930


1936


1937



1938









1947

Cik Esther Yue menerima B.E.M. daripada, Gabenor Kesatuan pada satu majlis di Kuala Lumpur. Nukilannya berbunyi- pada Januari 1942 selepas pemindahan kakitangan pembinaan lapangan terbang Klanang dia kembali bersama Encik J. H. West of the P.W.D. untuk memusnahkan rekod di sana. Dia juga membekalkan makanan, pakaian dan ubat-ubatan kepada tentera British selepas berundur dan membantu ramai daripada mereka melarikan diri. 



1952
















1953




































Sejarah Rumah Rehat dan Halting Bungalow di daerah Jempol

Salam buat semua. Hari ini hari Jumaat. Atok baru sahaja balik selepas menunaikan solat Jumaat. Di kejauhan terdengar bunyi guruh dan seseka...